You are on page 1of 32

GARIS PANDUAN

PELAKSANAAN PENDEKATAN ISLAM HADHARI


DI AGENSI-AGENSI KERAJAAN

1. TUJUAN
Garis Panduan ini bertujuan untuk memberi penjelasan kepada ketuaketua agensi mengenai Pendekatan Islam Hadhari, iaitu dari segi konsep,
struktur dan pelan tindakan bagi melaksanakannya dalam Perkhidmatan
Awam. Pelaksanaan Pendekatan Islam Hadhari diharap akan dapat
mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang maju berdasarkan
perspektif ketamadunan Islam yang telah terbukti mampu membawa
kepada kegemilangan.
2.

LATAR BELAKANG
2.1

Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Islam Hadhari


sebagai suatu pendekatan untuk membangun ummah dan
Negara berdasarkan perspektif ketamadunan Islam. Mesyuarat
Jemaah Menteri pada 31 Mac 2004 meminta supaya agensiagensi Kerajaan mempromosikan Pendekatan Islam Hadhari
yang progresif melalui pembaharuan dan penambahbaikan.
Pada 17 Oktober 2004 Jemaah Menteri telah melantik Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai agensi penyelaras
bagi melaksanakan Pendekatan Islam Hadhari.

2.2

Pendekatan Islam Hadhari diperkenalkan berdasarkan kepada


beberapa rasional iaitu;
(a) Islam Sebagai Agama Persekutuan
Perlembagaan Malaysia Fasal 3(1) menyebut bahawa Ugama
Islam adalah ugama Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain
boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana
bahagian Persekutuan. Realitinya negara-negara luar melihat
Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh dalam bidang
pentadbiran, ekonomi, pendidikan, teknologi, sosio-budaya dan
kestabilan politik. Walaupun Malaysia merupakan negara

berbilang agama dan kaum, namun agenda pembangunan


ummah dapat dijayakan secara harmoni hingga dapat
membawa kemakmuran kepada rakyat dan Negara.
(b) Kesinambungan Kepada Dasar Penerapan Nilai-Nilai
Islam
Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam (DPNI) telah diperkenalkan
oleh Kerajaan pada tahun 1985. Pada tahun 2001 Pekeliling
Am Bil. 2 Tahun 2001 Mengenai Garis Panduan Mengadakan
Ceramah Penerapan Nilai-Nilai Islam Dalam Perkhidmatan
Awam telah dikeluarkan. Setelah dua dekad DPNI
diperkenalkan, banyak hasil dan manfaat yang telah dapat
dilihat dan dinikmati bersama, khususnya dalam budaya kerja,
malah secara amnya telah turut diamalkan oleh sektor swasta.
DPNI juga telah dapat melahirkan sistem ekonomi berteraskan
prinsip Syariah, serta kemajuan dalam sistem pendidikan Islam
di Malaysia.
Pada tahun 2004 Pendekatan Islam Hadhari pula
diperkenalkan. Pendekatan ini merupakan tambahnilai kepada
DPNI kerana konsep pendekatannya yang lebih komprehensif
dan menyeluruh berdasarkan peradaban. Pendekatan Islam
Hadhari memberi penekanan kepada usaha mempertingkatkan
mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan
modal insan dan pembangunan fizikal yang merupakan teras
pembinaan sesebuah tamadun.
(c) Pendekatan Islam Hadhari Sebagai Pemacu Wawasan 2020
Wawasan 2020 yang diumumkan pada tahun 1991
mengandungi aspirasi Negara Malaysia untuk menjadi sebuah
negara maju menurut acuan sendiri serta berupaya menangani
cabaran-cabaran yang bakal dihadapi. Pendekatan Islam
Hadhari adalah selari dengan Wawasan 2020, serta menjadi
pemangkin dan pemacu kepada kejayaan wawasan tersebut.
Matlamat Pendekatan Islam Hadhari adalah untuk mencapai
kemajuan secara menyeluruh dengan harapan menjelang
tahun 2020 akan wujud sebuah negara Malaysia yang maju
dan membangun melalui acuan ketamadunan Islam.

(d) Menjadikan Islam Sebagai Penyelesai Cabaran


Semasa
Dunia dan kehidupan manusia sentiasa mengalami perubahan
disebabkan oleh proses perubahan masa dan tahap
pencapaian tamadun. Proses perubahan tersebut berlaku
dengan pantas membawa cabaran dan permasalahanpermasalahan yang baru. Untuk menghadapi cabaran ini,
ajaran Islam perlu dijadikan pemangkin bagi menghadapi realiti
kehidupan semasa. Antaranya ialah bersikap fleksibel dalam
berijtihad bagi perkara-perkara yang boleh diijtihadkan, dengan
keyakinan bahawa ajaran Islam mampu menyelesaikan
permasalahan ummah dalam sebarang situasi. Jika para ulama
dan pemimpin Islam zaman dahulu telah mampu
menyelesaikan permasalahan yang berlaku pada zaman
mereka, maka ulama pada masa kini juga sewajarnya
berupaya menyelesaikan isu-isu ummah yang berlaku pada
masa kini secara berkesan.
(e)

Merealisasikan Islam Sebagai Agama Yang Dapat


Memberi Rahmat Kepada Alam Sejagat

Dalam konteks Malaysia yang rakyatnya terdiri daripada


berbilang kaum dan agama, kepimpinan negara telah
meletakkan ketamadunan Islam sebagai agenda bagi
mengurus pembangunan Negara. Pendekatan Islam Hadhari
akan memberi manfaat kolektif yang dapat dinikmati secara
harmoni kepada seluruh rakyat. Ini kerana keharmonian ajaran
Islam itu adalah meliputi seluruh umat tanpa mengira bangsa
dan kepercayaan.
2.3

Tumpuan awal pelaksanaan Pendekatan Islam Hadhari adalah


untuk memberi pendedahan dan kefahaman mengenai konsepkonsep umum Pendekatan Islam Hadhari kepada seluruh
lapisan masyarakat. Tugas ini telah dipertanggungjawabkan
kepada lapan agensi pelaksana, dengan sasaran masingmasing. Agensi-agensi tersebut adalah seperti berikut:

BIL.
1.

2.

3.
4.
5.

3.

AGENSI

SASARAN

Jabatan Kemajuan
Malaysia
(JAKIM)

Islam Kakitangan
kerajaan
dan
masyarakat
awam
Pejabat Penasihat Agama
Sektor swasta
kepada YAB Perdana
Menteri
Jabatan Hal Ehwal Khas
(JASA)
Jabatan Pendidikan Islam
dan Moral (JAPIM)
Jabatan Pengajian Tinggi
(JPT)

Pertubuhan
politik
Guru dan pelajar

6.

Kor Agama Angkatan


Tentera (KAGAT)

Institusi
pengajian tinggi
awam dan
swasta
Warga Angkatan
Tentera Malaysia

7.

Institut Kefahaman Islam


Malaysia (IKIM)

Masyarakat
bukan Islam

8.

Yayasan Dakwah Islamiah


Malaysia (YADIM)

Pertubuhan
bukan kerajaan
(NGO)

PENDEKATAN ISLAM HADHARI


3.1

Konsep Pendekatan Islam Hadhari


Pendekatan Islam Hadhari adalah untuk membuktikan
keupayaan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh yang
sentiasa mengamalkan prinsip kesederhanaan (wasatiyah),
sesuai dengan tuntutan agama Islam. Ia selaras dengan dasardasar negara yang dilaksanakan masa kini dan yang akan
dicapai pada masa hadapan seperti Wawasan 2020, Dasar
Pembangunan Negara dan sebagainya. Pendekatan Islam
Hadhari menekankan nilai-nilai pembangunan sejagat yang

sama sekali tidak bercanggah dengan konteks masyarakat


majmuk.
Definisi, visi, misi dan objektif Pendekatan Islam Hadhari
adalah seperti berikut ;
Definisi
Suatu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan
negara Malaysia yang bersifat menyeluruh, berdasarkan
kepada perspektif tamadun Islam.
Visi
Untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam
Contoh, iaitu sebuah negara maju mengikut acuan sendiri.
Misi
Melaksanakan agenda pembangunan negara dan ummah
berlandaskan pendekatan Islam yang universal, maju,
bertamadun, bertoleransi dan berimbang.
Objektif
Bagi melahirkan individu dan masyarakat yang mempunyai
kekuatan rohani (spritual), akhlak, intelektual, material, mampu
berdikari, berdaya saing, melihat ke hadapan, inovatif serta
cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara bijaksana,
rasional, praktikal dan damai.
3.2

Prinsip-prinsip Pendekatan Islam Hadhari


Prinsip-prinsip Pendekatan Islam Hadhari adalah seperti
berikut;
(a) Prinsip 1 : Keimanan dan Ketaqwaan Kepada
Allah SWT
Prinsip keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT
merupakan teras kepada Pendekatan Islam Hadhari. Umat
Islam hendaklah mengamal serta menunjukkan kemurnian
ajaran Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah. Prinsip ini

bertujuan membentuk sebuah negara yang rakyatnya


mempunyai akhlak luhur. Prinsip ini ingin memastikan
kemantapan akidah umat Islam direalisasikan dalam bentuk
amalan-amalan yang bersifat produktif dan mampu membawa
kepada kemajuan diri, masyarakat dan negara.

Ciri dan nilai yang ingin dibangunkan;

Keimanan yang mantap


Ketaqwaan yang menyeluruh
Pegangan agama Islam yang teguh
Pengamalan kolektif nilai-nilai murni
Masyarakat yang beragama selaras dengan prinsip pertama
Rukunegara

(b) Prinsip 2 : Kerajaan Adil dan Beramanah


Adil ialah memberi hak kepada yang berhak. Pelaksanaan
keadilan tidak melihat kepada keturunan, warna kulit, bangsa
dan kedudukan, miskin ataupun kaya, atau perbezaan agama.
Amanah pula bermaksud menunaikan segala tanggungjawab
dan kewajipan yang diberikan. Pendekatan Islam Hadhari
meletakkan amalan tadbir urus (good governance ) dan adil
serta amanah kepada semua lapisan rakyat. Pengurusan
Negara yang cekap, adil, amanah dapat melahirkan negara
yang maju dan makmur.
Ciri dan nilai yang ingin dibangunkan ;
Pentadbiran yang adil bagi semua rakyat
Tadbir urus yang berkesan, telus, amanah, ikhlas, tekun dan
bertanggungjawab
Kebajikan rakyat terpelihara
Berjimat cermat mengelak pembaziran

(c )

Prinsip 3 : Rakyat Berjiwa Merdeka

Antara faktor kejayaan sesuatu bangsa ialah sejauhmana


minda, sikap dan budaya masyarakat tersebut terikat dengan
pemikiran dan amalan negatif, tanpa berusaha melakukan
sesuatu anjakan paradigma. Setiap rakyat perlu bersedia untuk
berubah dan memerdekakan pemikiran serta budaya yang
positif dan melihat ke hadapan.
Masyarakat yang berjiwa merdeka adalah masyarakat yang
kreatif dan inovatif serta dapat melahirkan idea-idea
bermanfaat untuk membangun diri dan masyarakat. Namun
pada masa yang sama setiap anggota masyarakat masih
terikat dengan peraturan-peraturan dan undang-undang serta
etika yang luhur. Kesan penjajahan yang membelenggu
semangat, pemikiran dan budaya perlu dipulihkan dengan
semangat jati diri. Semangat berjiwa merdeka sangat
diperlukan bagi mengangkat martabat harga diri dalam
menghadapi sebarang situasi. Rakyat perlu konsisten dalam
menghadapi apa jua cabaran dari dalam dan luar, serta tidak
taksub dengan budaya dan tradisi lama yang bertentangan
dengan nilai-nilai tamadun yang luhur.
Ciri dan nilai yang ingin dibangunkan;

Semangat jati diri


Berfikiran terbuka
Tidak terbelenggu kesan penjajah
Kreatif dan inovatif
Mampu bersaing
Berdaya maju
Berdikari
Berusaha menerima perubahan
Tidak taksub dengan budaya lama yang melemahkan

(d) Prinsip 4 : Penguasaan Ilmu Pengetahuan


Ilmu merupakan asas untuk mencapai kemajuan. Bangsabangsa yang berjaya dan maju adalah mereka yang menguasai
ilmu. Pendekatan Islam Hadhari menyeru rakyat Malaysia
supaya menjadi umat peneroka ilmu dalam pelbagai bidang.
Tujuan penguasaan ilmu adalah bagi mewujudkan umat yang
bertamadun. Rakyat Malaysia perlu menjadi umat peneroka
7

ilmu, umat yang mampu berdikari, serta berupaya menangani


cabaran semasa dalam kehidupan. Dalam menghadapi
cabaran globalisasi, faktor ilmu bersepadu, kemajuan sains dan
teknologi sewajarnya menjadi fokus bagi melahirkan sumber
tenaga manusia yang bukan sahaja mempunyai ilmu dan
ketrampilan tetapi juga memiliki nilai-nilai murni yang sifatnya
menyumbang terhadap pembangunan negara, bangsa dan
manusia sejagat.
Melalui sistem pendidikan dwipengkhususan yang saling
melengkapi antara penguasaan ilmu fardhu ain dan ilmu fardhu
kifayah kita boleh melahirkan pakar-pakar dalam pelbagai
bidang seperti Ibnu Sina, Al-Khawarizmi dan Ibnu Khaldun.
Ciri dan nilai yang ingin dibangunkan;
Umat yang cintakan ilmu
Menjadi bangsa peneroka ilmu
Mendalami ilmu fardhu ain (bagi umat Islam)
Menguasai semua bidang ilmu fardhu kifayah
Meninggalkan ilmu-ilmu negatif yang boleh merosakkan
akidah
Membina masyarakat melalui pendekatan ilmu
Memantapkan integrasi ilmu melalui program
dwipengkhususan

(e) Prinsip 5 : Pembangunan Ekonomi Seimbang dan


Komprehensif
Membangun kekuatan ekonomi merupakan suatu tuntutan
fardhu kifayah, serta memenuhi konsep jihad dalam bidang
tersebut. Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif
memberikan satu pendekatan yang menggabungkan kepada
usaha memantapkan amalan ekonomi yang berakhlak dengan
kemampuan melaksanakan aktiviti ekonomi secara berkesan
sesuai dengan perkembangan ekonomi di dalam negara dan di
peringkat global. Pendekatan Islam Hadhari menekankan
pembangunan ekonomi yang seimbang dan menyeluruh dalam
masyarakat. Kerjasama yang baik antara agensi Kerajaan
dengan sektor swasta sangat diperlukan bagi menjana
pertumbuhan ekonomi yang lebih mapan, serta memberi
keutamaan kepada ekonomi yang berkait dengan keperluan
asasi rakyat.
8

Ciri dan nilai yang ingin dibangunkan;


Umat yang mengambil berat tuntutan fardhu kifayah dalam
bidang ekonomi
Umat yang maju dalam bidang ekonomi
Negara yang maju dan berkat
Mengelak pembaziran dalam aktiviti ekonomi
Mengutamakan golongan kurang berkemampuan
Negara membangun berasaskan ekonomi yang halal
Keseimbangan ekonomi antara bandar dengan luar bandar
Kerjasama kondusif antara sektor awam dengan swasta
Memberi keutamaan kepada ekonomi yang berkait dengan
keperluan asasi rakyat
Mengelak penindasan dalam aktiviti ekonomi
(f) Prinsip 6 : Kehidupan Berkualiti
Pendekatan Islam Hadhari menekankan aspek kualiti hidup
secara kolektif. Kita hendaklah menjadi umat yang berkualiti
dari aspek pemikiran, tingkahlaku dan cara hidup. Umat yang
berkualiti mampu melahirkan idea-idea yang positif serta
membentuk masyarakat yang sejahtera. Kehidupan berkualiti
akan dicapai melalui kejayaan negara memenuhi keperluan
asas kehidupan seperti meningkatkan kualiti penghayatan
kehidupan
beragama,
kemampuan
memajukan
taraf
pendidikan, menghayati kehidupan yang aman damai, peluang
dan hak memiliki harta, serta jaminan kepada generasi masa
hadapan yang cemerlang.

Ciri dan nilai yang ingin dibangunkan;


Menjadikan ibadah khusus
berkualiti
Tempat tinggal yang selesa
Persekitaran yang selamat
Kehidupan yang sihat
Keluarga yang harmoni
Pemakanan yang berkualiti
Masyarakat yang penyayang

sebagai

asas

kehidupan

Prasarana yang lengkap dan sempurna


Memberi perhatian kepada golongan kurang upaya
(g) Prinsip 7 : Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan
Wanita
Islam melindungi hak dan kebajikan semua peringkat
masyarakat khususnya kaum wanita. Kedudukan kaum wanita
adalah sangat mulia. Peranan mereka amat penting dalam
pembangunan keluarga, masyarakat dan negara. Kedudukan
mereka akan terus dimartabatkan berdasarkan hak dan
peranan yang bersesuaian. Pendekatan Islam Hadhari juga
ingin memastikan supaya tidak wujud pengabaian dari segi
kebajikan serta hak kumpulan minoriti dalam masyarakat, tanpa
mengira bangsa ataupun suku kaum untuk menjadi anggota
masyarakat yang bahagia dan berjaya.
Ciri dan nilai yang ingin dibangunkan;
Memberi perhatian kepada kumpulan etnik dan golongan
minoriti
Memberi keadilan dan hak yang sewajarnya kepada kaum
wanita
Memberi perhatian kepada ibu tunggal
(h) Prinsip 8 : Keutuhan Budaya dan Moral
Dalam usaha meningkatkan kemajuan Negara Malaysia,
kepelbagaian budaya dan moral perlu dipertahankan
berasaskan sistem nilai dan akhlak yang kukuh, murni dan
luhur. Penghayatan nilai-nilai akhlak yang mutlak dan tinggi
akan menjamin kesejahteraan dan keharmonian dalam
masyarakat. Dengan demikian, kemajuan ekonomi dan
teknologi akan berkembang seiring dengan keluhuran budaya
dan ketinggian akhlak masyarakat berbilang kaum. Cabarancabaran semasa berkaitan dengan kepincangan moral
hendaklah diatasi secara bersepadu dan bijaksana oleh setiap
anggota masyarakat.
Ciri dan nilai yang ingin dibangunkan;

Memperteguh dan memelihara budaya berdasarkan nilainilai murni dan prinsip Rukunegara.

10

Membangun moral masyarakat berteraskan ajaran Agama


Menangani secara berkesan budaya yang negatif

(i) Prinsip 9 : Pemuliharaan Alam Semulajadi


Pendekatan Islam Hadhari menekankan kesedaran tentang
tanggungjawab dan kepentingan hubungan antara manusia
dengan alam. Alam semulajadi atau alam tabie merupakan
pinjaman daripada Allah SWT untuk keperluan manusia dan
makhluk-makhluk lain. Justeru alam tabie perlu dimakmurkan
secara bijaksana untuk kesejahteraan sejagat secara
berterusan. Pendekatan Islam Hadhari menekankan aspek
pemuliharaan alam semulajadi untuk kehidupan kini dan
generasi akan datang melalui pengurusan sumber alam yang
seimbang dan terancang.
Ciri dan nilai yang ingin dibangunkan;

Kesedaran dan tanggungjawab manusia sebagai khalifah


Pemuliharaan alam semulajadi yang berkesan
Pembangunan sumber alam untuk perkara kebaikan
Mengelak pembaziran sumber alam
Mengekal keindahan alam
Memelihara sumber air dan udara yang berkualiti
Melindungi habitat kehidupan flora dan fauna

(j) Prinsip 10 : Kekuatan Pertahanan


Islam mengambil berat aspek keselamatan dan pertahanan
Negara. Pendekatan Islam Hadhari menekankan supaya
negara memiliki kekuatan pertahanan terbaik dan disegani
serta mampu berdikari dalam urusan penyediaan alat dan
teknologi pertahanan. Di samping itu Pendekatan Islam
Hadhari memberi penekanan kepada usaha untuk
membangunkan teknologi pertahanan yang sesuai dengan
keperluan semasa dan cabaran masa hadapan. Keselamatan
sistem maklumat dan kerahsiaan negara perlu dipertingkatkan.
Pendekatan Islam Hadhari berusaha menerapkan semangat
patriotik dan cintakan negara di kalangan rakyat bagi
mewujudkan sebuah negara yang aman damai dan berdaulat.

11

Ciri dan nilai yang ingin dibangunkan;

4.

Membina ketahanan rohani dan jasmani melalui modal insan


Menyemarakkan semangat patriotik dan cintakan negara
Memiliki sistem pertahanan terbaik dan disegani
Meningkatkan sistem maklumat dan kerahsiaan negara
Membangun kekuatan pertahanan berasaskan teknologi

STRUKTUR PELAKSANAAN
Struktur pelaksanaan Pendekatan Islam Hadhari adalah seperti
berikut. Carta struktur ditunjukkan dalam Lampiran A.
4.1

Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam


Malaysia (MKI)
Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam ditubuhkan
oleh Majlis Raja-Raja pada tahun 1968. MKI adalah sebuah
majlis yang terpenting kerana ianya menjalankan tugas
penyelarasan mengenai urusan agama di Peringkat
Kebangsaan.

Pengerusi dan keahlian MKI adalah seperti berikut;


Pengerusi :
Keahlian :
(i)
(ii)
Urusetia

YAB Perdana Menteri


Menteri-Menteri Besar/Ketua-Ketua Menteri
Tokoh-tokoh profesional yang dilantik
JAKIM

Kekerapan mesyuarat : 2 kali setahun


MKI sekaligus berperanan sebagai jawatankuasa induk bagi
pelaksanaan Pendekatan Islam Hadhari. Perkara ini telah
dipersetujui dalam Mesyuarat MKI Kali Ke-45 pada 8 Februari
2005. Laporan pelaksanaan Pendekatan Islam Hadhari
hendaklah dijadikan salah satu agenda tetap dalam mesyuarat
tersebut.

12

4.2

Jawatankuasa Penyelarasan Pelaksanaan Pendekatan


Islam Hadhari Peringkat Kebangsaan
Pengerusi : Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang
bertanggungjawab mengenai urusan agama Islam.
Keahlian :

(i)

Penasihat Agama Kepada YAB Perdana


Menteri
(ii) Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian
(iii) Setiausaha Persekutuan Sabah
(iv) Setiausaha Persekutuan Sarawak
(v) Setiausaha-Setiausaha Kerajaan
Negeri
(vi) Ketua Pengarah JASA
(vii) Ketua Pengarah IKIM
(viii) Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan
(Pendidikan Islam dan Moral) (JAPIM)
(ix) Pengarah KAGAT
(x) Pengarah JPT
(xi) Yang Di Pertua YADIM

Setiausaha :

Ketua Pengarah JAKIM

Urusetia

JAKIM

Bidang tugas :
(i)

Menyelaras dan memantau pelaksanaan


Pendekatan Islam Hadhari peringkat
kementerian/negeri

(ii)

Mengesahkan draf Perancangan Strategik


5 Tahun Pendekatan Islam Hadhari
(generik)

(iii)

Mengesahkan laporan kemajuan


pelaksanaan Pendekatan Islam Hadhari
untuk diangkat kepada Majlis Kebangsaan
Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI)

Kekerapan mesyuarat : 2 kali setahun

13

4.3 Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Pelaksanaan


Pendekatan Islam Hadhari Antara Agensi
Pengerusi :
Keahlian

Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

:
(i)
(ii)

Wakil Kementerian-Kementerian
Wakil Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah
(iii) Wakil Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak
(iv) Wakil Kerajaan-Kerajaan Negeri
(v) Wakil JASA
(vii) Wakil IKIM
(viii) Wakil JAPIM
(ix) Wakil KAGAT
(x) Wakil JPT
(xi) Wakil YADIM

Setiausaha :

Pengarah Bahagian Dakwah JAKIM

Urusetia

Bahagian Dakwah JAKIM

Bidang tugas :
(i)

Menyediakan draf Perancangan Strategik 5


Tahun Pendekatan Islam Hadhari (generik)

(ii)

Menganalisa
laporan-laporan
kemajuan
pelaksanaan Pendekatan Islam Hadhari

(iii)

Memastikan segala dasar yang telah


diputuskan oleh Majlis Kebangsaan Hal Ehwal
Ugama Islam (MKI) dan Jawatankuasa
Penyelarasan Pelaksanaan Pendekatan Islam
Hadhari Peringkat Kebangsaan dilaksanakan
sepenuhnya

(iv)

Memberi input kekesanan pelaksanaan modul


dan
kurikulum
mengenai
10
Prinsip
Pendekatan Islam Hadhari bagi tujuan
mengemaskini dari semasa ke semasa.

14

Kekerapan mesyuarat :

2 kali setahun

4.4 Jawatankuasa Penyelarasan Pelaksanaan


Pendekatan Islam Hadhari Peringkat Kementerian
Pengerusi :

Keahlian

Ketua Setiausaha Kementerian/


Timbalan Ketua Setiausaha Kanan bagi
Jabatan Perdana Menteri

:
Ketua-ketua Jabatan/agensi di bawah
kementerian berkenaan

Setiausaha :

Pengarah Pentadbiran/Dasar

Urusetia

Bahagian Pentadbiran/Dasar

Bidang tugas :
(i)

Menyedia perancangan strategik Pendekatan Islam


Hadhari peringkat kementerian

(ii)

Menyelaras
dan
memantau
Pendekatan
Islam
Hadhari
kementerian/agensi

(iii)

Menyedia
laporan
kemajuan
pelaksanaan
Pendekatan Islam Hadhari peringkat kementerian

(iv)

Melaksanakan modul dan kurikulum Pendekatan


Islam Hadhari.

Kekerapan mesyuarat :

pelaksanaan
peringkat

2 kali setahun

4.5 Jawatankuasa Penyelarasan Pelaksanaan Pendekatan Islam


Hadhari Peringkat Negeri
Pengerusi : YAB Menteri Besar/YAB Ketua Menteri
Timbalan : Setiausaha Kerajaan Negeri

15

Keahlian :
(i)
(ii)
(iii)
(iv)

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang


bertanggungjawab mengenai urusan agama
Islam
Ketua-ketua agensi peringkat negeri
Pegawai-pegawai daerah
Ketua-ketua agensi Pihak Berkuasa Tempatan

Setiausaha :
Yang Di Pertua/Pengarah/Pesuruhjaya
Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri
Urusetia : Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri

Bidang tugas :
(i)

Menyedia perancangan strategik Pendekatan Islam


Hadhari peringkat negeri

(ii)

Memastikan
pelaksanaan
Perancangan
Pendekatan Islam Hadhari dilaksanakan dengan
jayanya

(iii)

Menyelaras
dan
memantau
pelaksanaan
Pendekatan Islam Hadhari peringkat negeri

(iv)

Menyedia
laporan
kemajuan
pelaksanaan
Pendekatan Islam Hadhari peringkat negeri kepada
JAKIM.

Kekerapan mesyuarat : 2 kali setahun

16

5.

PELAN TINDAKAN PENDEKATAN ISLAM HADHARI


5.1

Peranan Kementerian/Negeri
Kementerian/negeri dikehendaki menubuhkan mekanisme,
merancang, melaksana, menyelaras serta memantau
pelaksanaan Pendekatan Islam Hadhari di peringkat
kementerian/negeri masing-masing. Carta Tindakan adalah
seperti di Lampiran B1.
5.1.1 Menubuhkan Jawatankuasa Pelaksanaan Islam Hadhari
Peringkat Kementerian/Negeri
Semua kementerian/negeri dikehendaki menubuhkan
Jawatankuasa Pelaksanaan Pendekatan Islam Hadhari di
peringkat kementerian/negeri.
5.1.2 Menyediakan Perancangan
Semua kementerian/negeri dikehendaki menyediakan
Perancangan Strategik 5 Tahun Pendekatan Islam
Hadhari bagi Kementerian/Negeri masing-masing. Contoh
format Perancangan Strategik adalah seperti di Lampiran
C.
Penyediaan
perancangan
strategik
hendaklah
berdasarkan dokumen Perancangan Strategik 5 Tahun
Pendekatan Islam Hadhari (Generik) yang telah
disediakan oleh JAKIM dan diakuterima oleh Mesyuarat
Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia.
Dokumen tersebut boleh diperolehi daripada JAKIM.
5.1.3 Melaksana dan Menyelaras
(a)

Semua kementerian/negeri diminta memastikan


pelaksanaan dan penyelarasan program-program
yang terkandung dalam Perancangan Strategik 5
Tahun Pendekatan Islam Hadhari yang telah
disediakan di peringkat kementerian/negeri masingmasing.

(b)

Semua kementerian/negeri diminta melaksanakan


program penjelasan mengenai Pendekatan Islam

17

Hadhari.
Pelaksanaan
program
penjelasan
Pendekatan Islam Hadhari dibuat dalam bentuk
kursus, bengkel dan seminar. Butiran lanjut
diperincikan dalam Lampiran D.
5.1.4 Memantau dan Menyedia Laporan
Kementerian/negeri
diminta
memantau
kemajuan
pelaksanaan Pendekatan Islam Hadhari di peringkat
kementerian/negeri
masing-masing.
Semua
jawatankuasa pelaksanaan Pendekatan Islam Hadhari
peringkat kementerian/negeri hendaklah mengadakan
mesyuarat masing-masing pada setiap enam bulan.
Laporan kemajuan pelaksanaan Pendekatan Islam
Hadhari peringkat kementerian/negeri hendaklah
dikemukakan kepada JAKIM pada setiap bulan Jun
dan Disember. Format dan contoh-contoh laporan
maklumbalas pelaksanaan adalah seperti di Lampiran
E1 dan Lampiran E2.

5.2

Peranan Jabatan/agensi-agensi di bawah Kementerian/


Negeri
Jabatan/agensi-agensi di bawah kementerian/negeri juga perlu
melaksanakan pelan tindakan di peringkat jabatan/agensi
masing-masing sepertimana tahap-tahap tindakan yang
dinyatakan pada para 5.1.1, 5.1.2, 5.1.3 dan 5.1.4, dengan
melakukan penyesuaian. Walau bagaimanapun laporan
maklumbalas kemajuan pelaksanaan perlu dihantar kepada
pihak kementerian/negeri masing-masing. Carta Tindakan
adalah sama seperti di Lampiran B2.

5.3

Peranan JAKIM
5.3.1 Penyelarasan
(a)

Menyelaras Pelaksanaan Pendekatan Islam


Hadhari peringkat Kementerian/Negeri

(b)

Menilai tahap pencapaian Pelaksanaan Pendekatan


Islam Hadhari peringkat Kementerian/ Negeri serta

18

melapor kepada Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi


Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia.
5.3.2 Pelaksanaan kursus
(a)

Menyedia dan mengemaskini


modul kursus
berkaitan 10 Prinsip Pendekatan Islam Hadhari.

Modul-modul dan kurikulum bagi kursus berkaitan 10


Prinsip Pendekatan Islam Hadhari disediakan oleh JAKIM
untuk melatih penceramah/fasilitator.
(b)

Melantik dan melatih penceramah/fasilitator

Semua penceramah/fasilitator yang terlibat dengan


penjelasan mengenai 10 prinsip Islam Hadhari adalah
mereka yang telah dilantik secara khusus oleh JAKIM
atau Pihak Berkuasa Agama di Negeri-negeri. Pelantikan
penceramah/fasilitator Pendekatan Islam Hadhari di
peringkat Negeri hendaklah mengikut peraturan dan
prosedur sedia ada yang diamalkan oleh Pihak Berkuasa
Agama di negeri masing-masing.
Penceramah/fasilitator adalah terdiri daripada kalangan
ahli-ahli profesional iaitu ahli-ahli akademik, pegawaipegawai
Kerajaan
dan
juga
individu
yang
berpengetahuan dan berpengalaman untuk menghurai
dan memberi khidmat nasihat mengenai ketamadunan
Islam dalam bidang-bidang berkaitan dengan 10 Prinsip
Pendekatan Islam Hadhari.
JAKIM
bertanggungjawab
melatih
penceramah/fasilitator yang dilantik di
Persekutuan dan negeri.

19

semua
peringkat

6. KOS PELAKSANAAN
Kementerian/negeri hendaklah menyediakan peruntukan
kewangan yang diperlukan untuk membiayai program-program
berkaitan pelaksanaan Pendekatan Islam Hadhari mengikut
prosedur kewangan sedia ada.
7. KHIDMAT NASIHAT
Sebarang kemusykilan berkaitan dengan Pekeliling dan Garis
Panduan ini hendaklah dirujuk kepada;
Urusetia Induk Pendekatan Islam Hadhari Peringkat
Kebangsaan,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,
Aras 7, Blok D7, Parcel D,
Pejabat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA.
Tel : 03-8886 4030
Faks : 03-8889 2041
Laman Web: www.islam.gov.my
e-mail : hadhari@islam.gov.my
8.

PENUTUP
Garis Panduan Pelaksanaan Pendekatan Islam Hadhari Di
Agensi-Agensi Kerajaan ini menjadi panduan kepada semua
ketua agensi di peringkat Persekutuan dan negeri untuk
melaksanakan Pendekatan Islam Hadhari di peringkat
kementerian/negeri masing-masing. Agensi-agensi Kerajaan
berperanan
penting
dalam
menjayakan
pelaksanaan
Pendekatan Islam Hadhari ke arah pembangunan minda
masyarakat menjadikan ajaran agama sebagai pemangkin
kepada kemajuan ummah dan negara.

20

LAMPIRAN A
STRUKTUR PELAKSANAAN
PENDEKATAN ISLAM HADHARI

Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal


Ugama Islam Malaysia
(MKI)
Pengerusi : YAB Perdana Menteri
Ahli : YAB Menteri Besar/YAB
Menteri dan Ahli Yang Dilantik
Urusetia :

Ketua

JAKIM

Jawatankuasa Penyelarasan
Pendekatan Islam Hadhari
Peringkat Kebangsaan
Pengerusi : YB Menteri di JPM
Ahli :

KSU Kementerian,
SUK Negeri, SUP Sabah,
Sarawak, 8 agensi pelaksana

Urusetia :

SUP

JAKIM

Jawatankuasa Kerja Pelaksanaan


Pendekatan Islam Hadhari
Antara Agensi
Pengerusi : Ketua Pengarah JAKIM
Ahli :

Wakil Kementerian-Kementerian,
SUK Negeri, SUP Sabah, SUP Sarawak,
8 agensi pelaksana

Urusetia : JAKIM

Jawatankuasa Penyelarasan
Pelaksanaan Pendekatan Islam
Hadhari Peringkat Kementerian

Jawatankuasa Penyelaras
Pelaksanaan Pendekatan Islam
Hadhari Peringkat Negeri

Pengerusi : KSU Kementerian


Ahli
: Ketua Jabatan/agensi
Urusetia : Bahagian Pentadbiran/Dasar

Pengerusi : YAB MB/YAB Ketua Menteri


Timb. Pengerusi : SUK Negeri
Ahli
: Ketua Jabatan/agensi Negeri,
Ketua Agensi PBT, Pegawai Daerah.
Urusetia : Setiausaha Kerajaan Negeri

21

LAMPIRAN B1
CARTA TINDAKAN
PELAKSANAAN PENDEKATAN ISLAM HADHARI
PERINGKAT KEMENTERIAN/NEGERI
Tubuh J/K
Penyelarasan
Pelaksanaan
peringkat
Kementerian/
Negeri

Sediakan program
Kursus/Seminar/
Bengkel.
(Rujuk Lampiran D)

Sediakan Perancangan
Strategik 5 Tahun
Kementerian/Negeri
(Guna format
Lampiran C)

Laksana
program

Laksana
program

Buat
pemantauan
Buat
pemantauan

Sediakan laporan
(Guna format
Lampiran E)

Hantar laporan
kepada
urusetia di
JAKIM

22

LAMPIRAN B2
CARTA TINDAKAN
PELAKSANAAN PENDEKATAN ISLAM HADHARI
PERINGKAT JABATAN/AGENSI
Tubuh J/K
Penyelarasan
Pelaksanaan
peringkat
Jabatan/
agensi

Sediakan program
Kursus/Seminar/
Bengkel.
(Rujuk Lampiran D)

Sediakan Perancangan
Strategik 5 Tahun
Jabatan/agensi
(Guna format
Lampiran C)

Laksana
program

Laksana
program

Buat
pemantauan
Buat
pemantauan

Sedia laporan
(Guna format
Lampiran E)

Hantar laporan
kepada
urusetia di
Kementerian/
Negeri

23

LAMPIRAN C
FORMAT PERANCANGAN STRATEGIK 5 TAHUN
PENDEKATAN ISLAM HADHARI
Nama Agensi :...............................................................................................

PRINSIP NO. 9 :

ISU DAN
PERSOALAN

DASAR
(DASAR SEDIA
ADA MENGIKUT
SEKTORIAL)

(ISU DAN
PERSOALAN YANG
BERHUBUNG
PRINSIP ISLAM
HADHARI)

PEMULIHARAAN ALAM SEMULAJADI

STRATEGI
(PELAN
BERTINDAK
BERTINDAK
BAGI
MENANGANI
ISU DAN
PERSOALAN
BERDASARKAN
PENDEKATAN
ISLAM
HADHARI)

24

PROGRAM
& AKTIVITI
(PROGRAM
YANG
DICADANGKAN)

PELAKSANA

LAMPIRAN D
PELAKSANAAN PROGRAM
PENJELASAN PENDEKATAN ISLAM HADHARI
(DALAM BENTUK KURSUS, BENGKEL DAN SEMINAR)
1.

BENTUK
Program penjelasan mengenai konsep-konsep Pendekatan
Islam Hadhari boleh dilaksanakan dalam bentuk kursus,
bengkel dan seminar.

2.

PENGISIAN
(i)
(ii)

(iii)
3.

Kursus : Kuliah, ceramah, latihamal, tayangan


dokumentari.
Bengkel : Ceramah dan latihan dalam
kumpulan (LDK)/bimbingan dalam
kumpulan (BDK), pelan tindakan
dan penilaian
Seminar : Pembentangan kertaskerja dan
resolusi

TUJUAN PROGRAM
Tujuan diadakan program-program kursus, bengkel dan
seminar mengenai 10 Prinsip Pendekatan Islam Hadhari
adalah bagi membina kesedaran dan mengukuhkan
penghayatan peserta terhadap pentingnya merealisasikan
ajaran agama bagi membina ketamadunan ummah, iaitu
sebagai menunaikan tanggungjawab fardhu ain dan fardhu
kifayah.

4.

SASARAN PROGRAM
Program kursus, bengkel dan seminar disasarkan kepada
kakitangan dan pelanggan luaran khusus bagi sesuatu agensi
berkenaan;

25

(i) Warga agensi


(ii) Masyarakat awam yang menjadi pelanggan luaran
Jabatan/agensi berkenaan. Contoh : Bengkel Islam
Hadhari kepada para usahawan iaitu pelanggan luaran
bagi Kementerian Pembangunan Usahawan dan
Koperasi.
5.

PENGANJURAN KURSUS
5.1

Kursus-kursus Pendekatan Islam Hadhari yang berkaitan


Prinsip 1 : Keimanan dan Ketakwaan Kepada Allah
SWT dikendalikan oleh JAKIM. Walau bagaimanapun
pihak Kementerian/Negeri dan agensi-agensi dibawahnya
diminta menganjur sendiri program tersebut dengan
kerjasama daripada JAKIM. Modul-modul kursus yang
ditawarkan bagi Prinsip 1 adalah seperti berikut;
(i)
(ii)
(iii)

5.2

5.3

6.

Kursus Tasawwur Islam (3 hari)


Kursus Bina Taqwa (3 hari)
Kursus Bina Insan (3 hari)

Agesi-agensi diminta menganjurkan kursus-kursus yang


berkaitan dengan Prinsip Ke-2 hingga Prinsip Ke-10.
Tajuk-tajuk kursus dan modul disediakan oleh JAKIM.
Setiap agensi diminta
menganjurkan kursus-kursus
kepada sasaran masing-masing sekurang-kurangnya
satu kali dalam setahun. Manakala bagi program
berbentuk bengkel dan seminar boleh dilaksanakan
mengikut kemampuan pihak agensi.

MODUL DAN KURIKULUM KURSUS


Semua agensi yang melaksanakan kursus-kursus berkaitan 10
Prinsip Pendekatan Islam Hadhari hendaklah menggunapakai
modul dan kurikulum yang disediakan oleh JAKIM. Bagi
program bengkel dan seminar, pengisiannya boleh dirancang
sendiri oleh penganjur masing-masing, berdasarkan isu dan
keperluan bagi kumpulan sasar. Walau bagaimanapun JAKIM
sedia memberi khidmat nasihat bila diperlukan.

26

7.

TANGGUNGJAWAB KETUA AGENSI


Ketua-ketua agensi hendaklah menggalakkan semua pegawai
dan kakitangan mengikuti kursus-kursus berkaitan Pendekatan
Islam Hadhari.

8. PELAN TINDAKAN PELAKSANAAN KURSUS/ BENGKEL/


SEMINAR PENDEKATAN ISLAM HADHARI
Tubuh Jawatankuasa Teknikal Pelaksanaan Kursus/Bengkel/
Seminar
Kenalpasti jenis program
Tentukan pengisian program berdasarkan modul yang
disediakan oleh JAKIM
warga agensi
Tentukan kumpulan sasar
pelanggan luaran bagi
agensi berkenaan
Tentukan fasilitator/ penceramah berdasarkan senarai nama
yang dilantik oleh JAKIM/ Pihak Berkuasa Agama di Negerinegeri
Tentukan anggaran perbelanjaan menggunakan peruntukan
semasa agensi
Laksanakan kursus/ bengkel/ seminar
Buat penilaian kursus/ bengkel/ seminar
Lapor dalam mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan
Pendekatan Islam Hadhari

27

LAMPIRAN E1
[ CONTOH 1 ]
FORMAT LAPORAN MAKLUMBALAS
PELAKSANAAN PENDEKATAN ISLAM HADHARI
(Berdasarkan Perancangan Strategik 5 Tahun Pendekatan Islam Hadhari
Peringkat Kementerian//Negeri)
Nama Agensi:

PRINSIP
ISLAM
HADHARI

Prinsip : 9
PEMULIHARAAN
ALAM
SEMULAJADI

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

STRATEGI

Pengharaman
racun
Paraquat
secara
berperingkat
dalam sektor
perladangan
dan pertanian
bagi mengelak
risiko
pencemaran

NAMA PROGRAM
DAN AKTIVITI

Tahun : Jun 2007

PENCAPAIAN
Catatan/Masalah
(jika ada)
(Nama
Program/Tindakan
yang telah
dilaksanakan,
bilangan peserta
dan lain-lain
maklumat
berkaitan)

Kempen
penggunaan
racun yang
rendah risiko.

Sebanyak 10
kempen telah
diadakan meliputi
50 buah kampung.

Sasaran -100
kampung. 50 buah
kampung lagi akan
dilaksanakan pada
setengah tahun
kedua.

Bengkel
kaedah
penggunaan
baja baru
organik secara
meluas

Sebanyak 20
bengkel
telah diadakan di
seluruh Negara,
melibatkan 1,000
orang petani dan
pengurus ladang.
Hasil maklumbalas
peserta
menampakkan
ada peningkatan
dari segi kesedaran
untuk beralih
kepada baja
organik.

Sasaran 1,000
orang. Telah berjaya
dilaksanakan
100 %.

28

LAMPIRAN E2
[ CONTOH 2 ]
FORMAT LAPORAN MAKLUMBALAS
PELAKSANAAN PENDEKATAN ISLAM HADHARI
(Berdasarkan Perancangan Strategik 5 Tahun Pendekatan Islam Hadhari
peringkat Jabatan/Agensi-agensi di bawah Kementerian//Negeri)
Nama Agensi:

PRINSIP
ISLAM
HADHARI

Prinsip : 6
KEHIDUPAN
BERKUALITI

Polis Di Raja Malaysia (PDRM)

STRATEGI

Meningkatkan
keperluan dan
kemudahan
asas yang
berkualiti
kepada warga
PDRM dan
pelanggannya

NAMA PROGRAM
DAN AKTIVITI

Menyediakan persekitaran
yang ceria dan sihat di
kawasan persekitaran balai
polis dan perumahan
kakitangan melalui aktiviti
penamaman pokok bunga
dan lanskap.

Tahun : Jun 2007

PENCAPAIAN
Catatan/Masalah
(jika ada)
(Nama
Program/Tindakan
yang telah
dilaksanakan,
bilangan peserta
dan lain-lain
maklumat
berkaitan)

Menyediakan makanan
yang berkualiti kepada
tahanan-tahanan di lokap

29

Kempen
mengenainya
telah
dilaksanakan
semua negeri
dengan
kerjasama
Jabatan
Lanskap
Negara dan
Pihak PBT

Pemantauan
yang
sewajarnya
telah dibuat
oleh setiap
semua Ketua
Balai Polis.

Mendapat
sambutan
yang sangat
menggalakkan.

Tiada
masalah

JABATAN PERDANA MENTERI MALAYSIA,


KOMPLEKS JABATAN PERDANA MENTERI,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN,
62505 PUTRAJAYA
Tel : 603-88881957
Fax : 603-8883721
______________________________________________________________________________

Rujukan Kami : ............................


Tarikh : ....................
Semua Ketua Setiausaha Kementerian
Semua Ketua Jabatan Persekutuan
Semua Ketua Pengurusan Badan Berkanun Persekutuan
Semua Y.B.Setiausaha Kerajaan Negeri
Semua Ketua Pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan
___________________
PEKELILING AM BILANGAN .. TAHUN 2007
____________________
GARIS PANDUAN
PELAKSANAAN PENDEKATAN ISLAM HADHARI
DI AGENSI-AGENSI KERAJAAN
TUJUAN
Pekeliling ini bertujuan untuk memberi penerangan mengenai strategi, pendekatan dan
langkah-langkah bagi melaksanakan Pendekatan Islam Hadhari. Garis Panduan
Pelaksanaan Pendekatan Islam Hadhari Di Agensi-Agensi Kerajaan adalah seperti di
Lampiran kepada pekeliling ini.
LATARBELAKANG
2.
Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Islam Hadhari sebagai satu
pendekatan untuk membangun ummah dan negara berdasarkan kepada perspektif
ketamadunan Islam. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 31 Mac 2004 meminta supaya
agensi Kerajaan mempromosikan Pendekatan Islam Hadhari yang progresif melalui
pembaharuan dan penambahbaikan tertentu. Jemaah Menteri juga memutuskan
supaya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menjadi penyelaras kepada
pelaksanaannya.
3.
Pendekatan Islam Hadhari ialah kesinambungan kepada Dasar Penerapan NilaiNilai Islam (DPNI) yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan pada tahun 1985.
Pendekatan Islam Hadhari memberi penekanan kepada aspek pembangunan yang
menjurus kepada pembinaan peradaban yang memberi fokus kepada usaha
mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan dan

30

pembangunan fizikal. Pendekatan Islam Hadhari diperkenalkan dengan harapan untuk


membangunkan ummah dan negara berdasarkan pendekatan ketamadunan Islam yang
telah terbukti dapat memberi rahmat dan kebahagiaan kepada seluruh masyarakat,
tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.
4.

10 Prinsip Pendekatan Islam Hadhari iaitu;


(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)
(vii)
(viii)
(ix)
(x)

Keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT


Kerajaan adil dan beramanah
Rakyat berjiwa merdeka
Penguasaan ilmu pengetahuan
Pembangunan ekonomi yang seimbang dan komprehensif
Kehidupan berkualiti
Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita
Pemuliharaan alam semulajadi
Keutuhan budaya dan moral
Kekuatan pertahanan

Justeru, Pendekatan Islam Hadhari yang dibangunkan melalui 10 prinsip tersebut perlu
direalisasikan dalam bentuk program dan aktiviti secara menyeluruh dan bersepadu
oleh setiap agensi Kerajaan sebagaimana surat pekeliling mengenai Pelaksanaan Islam
Hadhari Dalam Perkhidmatan Awam, Ruj: JAKIM(4.00)/902/5 bertarikh 4 April 2005.
5.
Bagi menjayakan Pendekatan Islam Hadhari yang juga menjadi falsafah kepada
pembinaan Misi Nasional Negara, ketua-ketua agensi diminta melaksanakannya
berdasarkan garis panduan yang disediakan.
URUSETIA INDUK PELAKSANAAN PENDEKATAN ISLAM HADHARI
6.
Urusetia Induk Pelaksanaan Pendekatan Islam Hadhari ialah Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (JAKIM) yang bertanggungjawab untuk menyelaras, merancang dan
memantau pelaksanaan Pendekatan Islam Hadhari di peringkat Persekutuan dan
Negeri melalui struktur pelaksanaan yang telah ditetapkan.
TANGGUNGJAWAB AGENSI
7.
Semua agensi Kerajaan dikehendaki mengambil perhatian kepada Garis
Panduan Pelaksanaan Pendekatan Islam Hadhari di Agensi-Agensi Kerajaan.
Tindakan-tindakan yang perlu dilakukan diperincikan dalam Garis Panduan tersebut.
TARIKH KUATKUASA
8.

Pekeliling ini berkuatkuasa mulai tarikh ia dikeluarkan.

31

PEMAKAIAN
9.
Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing,
peruntukan Pekeliling ini dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Negeri, Pihak
Berkuasa Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

TAN SRI MOHD. SIDEK BIN HAJI HASSAN


Ketua Setiausaha Negara

32

You might also like