You are on page 1of 12

Ciri-ciri Usahawan Berjaya

Ciri-ciri
ciri Usahawan Berjaya

Dari Meja & Laptop


Penulis,

Pertama sekali, terima


kasih saya ucapkan kerana
anda telah mendapatkan
ebook ini. Saya yakin anda
adalah salah seorang
usahawan yang betul-betul
betul
ingin mencapai kejayaan
dan menjadi seorang
usahawan yang Berjaya.
Oleh itu, saya dengan besar
hati ingin mengucapkan tahniah sekali lagi dan saya mendoakan agar anda menjadi seorang Usahawan yang
Berjaya suatu hari nanti. Aminn..
Ebook ini akan mendedahkan
kan pelbagai ciri
ciri-ciri
ciri yang terdapat dalam diri seorang usahawan yang Berjaya. Saya
yakin, anda boleh Berjaya dengan menanamkan ciri-ciri ini di dalam diri anda. Jom kita mulakan pembacaan
kita tentang ciri-ciri
ciri meraka yang Berjaya.

Ciri-ciri
ciri Usahawan Berjaya

Anda seorang yang bercita-cita


cita untuk menjadi seorang usahawan yang Berjaya? Tapi semua perkara yang
anda lakukan seperti sia-sia
sia sahaja kerana semuanya tidak menjadi. Di manakah silapnya? Adakah anda
sendiri tahu dimanakah silapnya? Jika kita ditanya, siapakah yang mah
mahukan
ukan kejayaan? Sudah tentu semua
orang inginkan kejayaan. Tetapi, mengapa kebanyakan daripada mereka sentiasa gagal untuk mencapai
sesuatu kejayaan itu?
Adakah anda tahu?
usahawan yang Berjaya itu adalah seorang usahawan yang sentiasa berfikir untuk mencapai
Usahawan-usahawan
matlamat yang telah disasarkan dan memperolehi kejayaan. Usahawan Berjaya juga memerlukan daya minda
seorang jutawan. Minda jutawan adalah minda usahawan yang berjaya.

Kawai Ayuma seorang usahawan


pengeluar komputer yang berjaya,
berpendapat bahawa usahawan perlulah
mempunyai inspirasi, perasaan
keseronokan dan rasa kepuasan
daripada keupayaan menjana idea.

Tajuddin Ramli seorang usahawan


mengimbaskan bahawa usahawan
sentiasa berupaya melihat masa
hadapan dan keluaran zaman hadapan
h
sebelum orang lain melihatnya dan
berbuat sesuatu ke atasnya.

Ciri-ciri
ciri Usahawan Berjaya

Apakah dia sifat dan elemen yang perlu ada pada diri seorang usahawan?
Apabila diterjemahkan kepada praktis perniagaan sebenar, nilai keusahawanan ini boleh diukur dari
keberanian pengusaha untuk berpisah dengan simpanan atau wang pinjaman untuk melaksanakan idea dan
impian yang jauh ke hadapan. Usahawan
sahawan sentiasa berupaya mencari dan merebut peluang seterusnya
melaksana dengan jayanya. Ini mungin berasaskan pada satu kebo
kebolehan
lehan luar biasa fikiran untuk mengikut
naluri yang positif.
Seorang usahawan yang Berjaya adalah usahawan yang rajin bekerja, berpengetahuan luas dalam bidang
yang diceburi. Mereka ini juga sangat tekun dan tidak mudah berputus asa untuk melakukan sesuatu
sesuatu.
Kegagalan adalah guru kepada mereka. Dan kegagalan lah yang akan me
mengajar
gajar mereka untuk terus Berjaya.
Jika
ika sesaorang itu berniaga untuk mencari rezeki, maka lebih mudah untuknya beroleh kejayaan.

9/10 rezeki adalah daripada perniagaan.

Ciri-ciri Usahawan Berjaya

Mari kita lihat apakah ciri-ciri yang ada pada seorang Usahawan Yang Berjaya.

Adakah anda tergolong dalam kalangan usahawan yang berjaya? Baca lebih lanjut untuk mengetahui sifatsifat penting sebagai seorang usahawan yang berjaya.

1. Keperluan untuk kejayaan


Usahawan sentiasa mempunyai keperluan untuk berjaya dengan cemerlang dalam hidup. Mereka sedar
hidup yang berjaya adalah hidup yang bermakna.

2. Hasrat untuk menerima hasrat


Seseorang usahawan adalah pengejar risiko. Namun, risiko yang dipilihnya adalah yang sederhana. Mereka
sukakan cabaran dan kejayaannya mengatasi cabaran akan memberi kepuasan kepadanya setelah mereka
berjaya.

3. Bebas dari aspek fikiran dan tindakan


Usahawan tidak akan membiarkan dirinya terkongkong oleh perkara yang akan membantutkan cita-citanya.
Mereka akan merancang dan melakukan sendiri apa yang sebaik-baiknya yang patut mereka lakukan.

4. Menyelesaikan masalah
Seseorang usahawan akan menyelesaikan masalahnya dengan cepat dan sebaik mungkin. Mereka tidak
membiarkan masalah itu bertimbun-timbun hingga gagal diselesaikan. Mereka mengambil masalah dan
memecahkannya kepada masalah kecil, kemudian menyelesaikannya satu persatu. Ini akan lebih
memudahkan lagi mereka untuk menyelesaikannya dengan lebih cepat.

5. Sering mengharapkan masa depan yang baik


Usahawan sentiasa mempunyai harapan dan pemikiran yang positif mengenai masa depannya. Mereka ini
akan sering berfikir bahawa jika berusaha bersungguh-sungguh, suatu hari nanti akan beroleh kejayaan yang
mereka impikan.

6. Mencari persekitaran yang baik


Untuk menjamin bahawa mereka ini tidak terpengaruh oleh gejala negatif, usahawan mencari persekitaran
yang baik dan dapat membantunya menjayakan cita-citanya. Dan membuat sesuatu pekerjaan itu di
persekitaran yang tenang, membantu kita untuk lebih FOKUS menyiapkan sesuatu pekerjaan itu.

Ciri-ciri Usahawan Berjaya

7. Keupayaan mempraktikkan sesuatu


Satu cara terpenting bagi seseorang usahawan ialah membuat apa yang dirancang. Mereka bukan hanya
sekadar mempunyai banyak idea, malah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadikan ideanya satu
kenyataan yang diimipkan seterusnya memberikan mereka kejayaan.

8. Tampuk kawalan
Seorang usahawan adalah seorang ketua yang berwibawa dalam organisasi perniagaannya. Mereka ini sedar
mengenai kepentingan pengurusan manusia dan dapat mengurus pekerjaannya dengan baik. Mereka ini
selalunya disukai serta dihormati oleh pekerjanya. Mereka juga berkebolehan untuk mengawal
perniagaannya dengan teratur dan memastikannya berjalan lancar serta memperoleh keuntungan.

9. Kepercayaan timbal balik dengan orang lain


Asas bagi perniagaan ialah saling mempercayai. Seseorang usahawan perlu percaya kepada kebolehan
pekerjanya, percaya kepada pembekalnya serta pembelinya. Namun, dia harus menangani perkara ini dengan
penuh kebijaksanaan. Oleh itu, barulah sesuatu perniagaan itu akan Berjaya dengan sikap percaya antara
satu sama lain.

10. Keyakinan terhadap kebolehan dirinya sebagai usahawan


Ini sifat yang amat penting. Keyakinanlah yang menyebabkan seseorang usahawan menjadi berani
menempuh risiko dan dugaan. Bersama keyakinan inilah mereka ini mampu bergerak maju walaupun dengan
bantuan yang sedikit atau tiada bantuan langsung. Inilah yang akan mendorong mereka untuk lebih maju dan
Berjaya.

11. Kesediaan menerima tanggungjawab


Usahawan itu bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan. Jika mereka membuat kesilapan, mereka akan
bertanggungjawab terhadap kesilapannya itu dan menjadikannya pengajaran serta bertekad tidak mahu
mengulanginya lagi pada masa akan datang. Sememangnya, kegagalan itulah yang akan memberikan kita
kejayaan suatu hari nanti.

12. Keupayaan mencuri peluang


Usahawan bijak mengenal pasti peluang. Dia sentiasa berkesempatan mengaut keuntungan atau peluang
baru bagi memajukan perniagaannya. Keupayaan mengenal pasti peluang, merebut dan melaksanakannya
adalah kualiti penting seseorang usahawan berjaya.

Ciri-ciri Usahawan Berjaya

13. Mempunyai cita-cita lebih tinggi


Kebiasaannya manusia akan berhenti di zon selesa dan tidak lagi memasang cita-cita untuk lebih maju.
Usahawan berjaya sentiasa menetapkan matlamat yang lebih tinggi apabila cita-citanya selama ini telah
dicapai.

14. Konsep diri yang positif


Seorang usahawan berfikir secara positif. Dengan cara ini dia berkebolehan melihat sesuatu masalah sebagai
peluang, berbeza daripada ramai insan yang menganggap peluang sebagai masalah.

15. Belajar dari keputusan


Seseorang usahawan itu sentiasa mahu mengetahui sejauh manakah dia berjaya melaksanakan tugasnya. Dia
sentiasa mahu mendapatkan maklum balas mengenai pencapaiannya. Maklum balas ini membolehkan
mereka merangka strategi baru untuk memajukan
perniagaan atau membuat keputusan penting.

16. Berperasaan tidak puas hati dan mahu berubah


Usahawan berfikir bahawa sebenarnya mereka boleh
melakukan lebih baik daripada sebelumnya. Mereka
sentiasa mencari jalan bagi memperbaiki cara
mengurus perniagaan atau produk yang
dihasilkannya. Mereka melakukan semua ini untuk
memajukan lagi perniagaannya.

17. Berorientasikan perancangan.


Usahawan menyusun strateginya dengan rapi sebelum dia memulakan sesuatu projek. Mereka perlu
mengambil kira kemungkinan yang akan berlaku dan mengambil langkah untuk meminimumkan
kemungkinan kegagalan pada perkara yang boleh dikawal oleh dirinya. Mereka juga mengenal pasti perkara
di luar kawalan yang mungkin berlaku & membuat persediaan awal mengelakkan sebarang akibat buruk yang
akan menimpa dirinya. Paling penting pada seorang usahawan ialah merancang masa kerana inilah kunci
segala perancangan. Mereka yang gagal adalah mereka yang gagal membuat perancangan.

18. Menyedari keperluan menggunakan agensi dan maklumat


Usahawan memerlukan seberapa banyak maklumat yang terkini dan berguna untuk membolehkan dia
merancang serta membuat keputusan dalam perniagaannya. Oleh itu, seorang usahawan sentiasa mencari
maklumat terbaru dan menggunakan khidmat agensi sebaik mungkin.

Ciri-ciri Usahawan Berjaya

19. Menetapkan matlamat


Usahawan akan fokus pada pencapaian matlamatnya. Ia jelas dan mempunyai nilai dalam hidup. Mereka
akan melakukan pelbagai usaha yang dirancang rapi untuk matlamatnya itu. Dengan fokus inilah usahawan
dapat melakukan sesuatu dengan cara atau usaha yang tidak mampu dilakukan oleh orang lain. Apabila telah
mencapai matlamat, dia akan menetapkan matlamat yang lebih cemerlang lagi.

20. Ubah suai pentadbiran


Seseorang usahawan mampu mengubah suai pentadbiran untuk memajukan syarikatnya. Dia akan
menggunakan kakitangan dan mengagihkan kerja berdasarkan minat serta kebolehan kakitangan. Oleh itu,
semua kerja yang dilakukan akan menjadi seronok kerana adanya minat dalam melakukan kerja itu.

21. Kemahiran pengurusan


Pengurusan perniagaan yang efisien dan efektif adalah perlu bagi menjamin kemajuan sesebuah perniagaan.
Seorang usahawan perlu mahir dalam merancang, mengorganisasi, mendorong pekerja dan mengawal
perniagaan.

22. Rasa kemanjuran (semangat waja)


Semangat yang kental perlu untuk usahawan kerana dalam perniagaan dia akan menempuh pelbagai dugaan
dan rintangan. Sesiapa yang dapat menempuh cabaran tersebut, dialah yang boleh Berjaya. Dan mereka yang
gagal adalah mereka yang berputus asa dalam menempuh cabaran dan rintangan yang datang.

23. Kepimpinan
Usahawan adalah pemimpin. Mereka bijak dalam menyusun strategi pengaruhnya. Dengan pengaruh,
mereka mampu mendapatkan lebih banyak peluang yang menguntungkan dalam masa yang singkat. Seorang
usahawan perlu ada daya pengaruh bagi membolehkannya berjaya dalam urus niaga dan mengatur urusan
pekerjanya.

24. Kuat berusaha


Seseorang usahawan yang berjaya itu kuat bekerja. Mereka sanggup melakukan kerja tanpa mengira masa.
Ini dapat dilakukannya kerana dia sukakan kerjayanya. Bak kata pepatah, susah-susah dahulu, senangsenang kemudian.

25. Pandai membuat keputusan


Usahawan pandai membuat keputuan yang bijak untuk membolehkan perniagaan berjalan lancar dan
meminimumkan masalah yang bakal timbul. Selain pengetahuan, mereka menggunakan gerak hati.

Ciri-ciri Usahawan Berjaya

" Seseorang usahawan yang berjaya itu kuat bekerja. Dia sanggup melakukan kerja tanpa mengira masa.
Ini dapat dilakukannya kerana dia sukakan kerjayanya."

Kesemua 25 ciri-ciri tadi adalah antara usahawan-usahawan yang Berjaya. Jika anda mahu menjadi seorang
usahawan yang Berjaya tidak kira dalam bidang apa sahaja, ciri-ciri ini sangat perlu ada dalam diri kita.
Dengan ini, kejayaan akan datang dengan sendirinya tanpa kita sedari. Tetapi, jika ciri-ciri ini tidak
disematkan di dalam diri setiap usahawan, begini lah (seperti gambar di bawah) yang akan terjadi.

Berada di tahap yang selesa dan Berjaya, tetapi jika tiada ciri-ciri sebagai seorang usahawan yang Berjaya,
mereka akan terus jatuh dan terus gagal.

Ciri-ciri Usahawan Berjaya

Ingin saya kongsikan lagi antara ciri-ciri lain yang patut diterapkan lagi dalam diri seorang usahawan
yang Berjaya.

Mari teruskan pembacaan kita.

1. Suka bertanya soalan yang membina dan bukan menghina.


Dalam mengatur langkah menuju kejayaan, kita perlu selalu bertanya kepada mentor atau guru
sekiranya ada perkara yang tidak faham atau tidak pasti. Dengan bertanya, sifat menganggap sentiasa
betul akan lupus. Anda akan dapat yang terbaik!

2. Fokus kepada apa yang di inginkan


Untuk berjaya dalam perniagaan, anda perlu fokus kepada perkara-perkara yang pelanggan anda
inginkan. Fokus kepada permintaan bukan pengeluaran. Mengeluarkan sesuatu yang bukan pelanggan
mahukan, adalah sesuatu yang merugikan.

3. Tindakan yang berkesan dan mantap.


Bersungguh-sungguh ketika melakukan sesuatu perniagaan dengan tindakan yang mantap bukan sambil
lewa atau melakukan dengan bersahaja. Kerja yang dilakukan secara sambil lewa, selalunya tidak akan
menjadi dan merugikan masa sahaja. Malah, kegagalan yang akan datang bukannya kejayaan.

4. Keinginan yang memuncak


Sentiasa melakukan sesuatu aktiviti dengan penuh semangat dan harapan yang kental tanpa mudah
mengalah dengan perasaan jemu.

5. Enjoy dengan segala aktiviti


Lakukan aktiviti tanpa tekanan dan gangguan emosi. Pastikan anda minat dan enjoy dengan apa yang
lakukan tanpa paksaan. Ianya akan membuatkan kita lebih teruja untuk melakukan Sesutu yang kita
minat.

10

Ciri-ciri Usahawan Berjaya

6. Imej professional
Jadi seorang yang pakar didalam bidang anda dan sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan. Dan
Nampak sebgai seorang yang professional.

7. Bertanggungjawab
Anda harus mempunyai sikap tanggungjawab yang tingi didalam segala urusan perniagaan anda.
Terutama kepada para pelanggan anda.

8. Sentiasa ingin belajar


Walau siapa anda sekali pun anda harus terus belajar samaada mendalami bidang yang sedang diceburi
atau bidang yang lain. Anda harus memiliki sikap ini.

9. Bertutur dari hati


Lagi satu sikap yang anda perlu untuk berjaya. Setiap pertuturan anda harus lah ikhlas dan jujur.
Penipuan dalam berkata-kata tidak akan menjadikan kita sebagai seorang yang Berjaya.

10. Tunjukkan standard anda


Untuk pencapaian yang berterusan dan sentiasa maju kehadapan, anda harus kawal imej dan tatatertib
anda dengan kesemua pelanggan anda.

MULAKAN DENGAN LANGKAH PERTAMA....


KEJAYAAN MENANTI DIHADAPAN....

11

Ciri-ciri Usahawan Berjaya

PENUTUP
Akhir kata dari penulis, semoga dengan pembacaan ini akan menaikkan semangat anda untuk menjadi
seorang usahawan yang lebih Berjaya lagi di masa akan datang. Saya berharap agar anda menerapkan nilainilai dan ciri-ciri yang telah dilihatkan didalam ebook ini dan saya yakin anda akan Berjaya menjadi usahawan.
InsyaAllah..

12

You might also like