You are on page 1of 41

Implikasi Kepelbagaian Sosio Budaya Dari Aspek Guru, Murid, Sekolah Dan Kurikulum

Guru
Memastikan kaedah
p&p yang
digunakannya dapat
diterima oleh semua
murid
. - Mewujudkan
pergaulan yang tidak
berkelompok dan
tanpa sekatan
budaya dan
masyarakat. Sebagai
contohnya, guru
mengadakan aktiviti
kumpulan semasa
P&P dan melibatkan
murid-murid yang
pelbagai kaum.
- Guru perlu
menerangkan
kepada murid
mengenai perlunya
menghormati
kepercayaan setiap
kaum. Misalnya,
semasa mengajar
mata pelajaran
Pendidikan
Moral guru
boleh menerapkan
nilai hormat
menghormati melalui
penerangan yang
berkaitan perbezaan
antara kaum. Memberi ruang yang
sama rata kepada
semua murid untuk
mengambil bahagian
dalam aktiviti
pembelajaran.
- Guru perlu
menggunakan
bahasa standard

Murid

Sekolah

Kurikulum

- Murid secara
bersama-sama
dalam satu
kumpulan besar
akan sentiasa
mengikut aktiviti
pengajaran dan
pembelajaran yang
berlangsung dalam
bilik darjah.
- Murid harus
bersosial di antara
satu sama lain dalam
melakukan aktiviti
bagi memastikan
objektif
pembelajaran dapat
dicapai.
- Murid juga perlu
mengamalkan
penggunaan bahasa
yang standard dan
mengelakkan unsurunsur dialek
mengikut kaum.
- Kemahiran
berkomunikasi
memainkan peranan
penting ke arah
pembentukan
budaya
penyayang di
kalangan murid

Mewujudkan sekolah
yang terdiri daripada
pelbagai bangsa
seperti sekolah
kebangsaan untuk
semua kaum,
sekolah jenis
kebangsaan Cina
dan Tamil.
- Pihak berkuasa
juga perlu
memainkan peranan
dalam membina
perhubungan
tersebut selain
daripada sekolah.
- Program Intergrasi
Untuk Perpaduan
(RIMUP) adalah
salah satu aktiviti
yang diusahakan
oleh Kementerian
Pelajaran bagi
memastikan
perpaduan dipupuk
di kalangan murid
tanpa mengira latar
belakang, agama,
kaum, jantina dan
sebagainya
- Sekolah Wawasan
ditubuhkan untuk
mewujudkan
perpaduan dalam
kalangan murid di
sekolah. Sekolah ini
adalah antara
sekolahyang
dahulunya terasing
antara satu sama
lain, kini disatukan
dalam satu sistem
pendidikan yang
seragam

- Kurikulum tersirat
memberi penekanan
kepada persekitaran
yang wujud di
kalangan warga
sekolah.
Budaya akademik di
sekolah boleh
dikatakan sebagai
kurikulum tersirat.
- Kurikulum tersirat
juga boleh
dilaksanakan melalui
aktiviti ko-kurikulum
seperti aktiviti
berpersatuan,
kegiatan panitia dan
sebagainya.
- Kurikulum tersirat
merangkumi nilainilai yang dibentuk
oleh warga sekolah
sendiri seperti
amalan, prosedur,
peraturan, pertalian
dan struktur di
sekolah.
Ianya dijalankan
secara tidak
langsung seperti
murid mempelajari
tingkah laku baik
guru, guru
mempamerkan
akhlak budi pekerti,
hubungan rapo di
antara warga
sekolah dan
sebagainya

kebangsaan yang
boleh diterima oleh
semua lapisan
murid.

KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN


1) Definisi Ketaksamaan
Menurut Kamus Dewan edisi ke-3:
Ketidaksamaan perihal (sifat, keadaan) tidak sama antara gambaran dan hakikat.

Noran Fauziah Yaakub - keadaan di mana manusia tidak memperoleh ganjaran sosial yang
sama.

Perbezaan semulajadi seperti sahsiah,kecondongan yang berlainan

Perbezaan darjat@taraf seperti keupayaan mental, bakat dan kekuatan

Bergantung kepada penilaian sesuatu masyarakat

Penilaian tersebut adalah suatu yang berterusan dalam suatu jangka masa panjang

Penilaian boleh diwarisi dari satu generasi ke genarasi yang lain

Memberi kesan langsung kepada peluang-peluang pendidikan


2)Jantina
Gender
Memberi makna wujudnya status, cita-cita, perlakuan dan ciri-ciri yang sesuai untuk lelaki
dan perempuan, interaksi lelaki dan perempuan.
Zaman tradisonal: fungsi wanita terhad sebagai pembantu suami.
Pada zaman penjajahan peluang melanjutkan pengajian diutamakan untuk golongan lelaki.
Amalan patriarki iaitu menerima budaya lelaki sebagai ketua yang mempunyai kuasa dan
dominasi ke atas wanita dan kanak-kanak.
Sistem meritokrasi telah digunakan iaitu pemilihan berdasarkan pencapaian akademik dan
bukannya gender.
Kecenderungan pemilihan kursus di institusi pengajian tinggi

3)Murid Berkeperluan Khas


Dr. Chua Tee Tee- satu program khas untuk kanak-kanak istimewa atau luar biasa.
Mempunyai kecerdasan yang amat rendah atau kebolehan mental yang lebih tinggi.
Persekitaran yang kurang yang kurang mesra menyebabkan golongan ini tertinggal.
Mereka mengalami kecelaruan tingkah laku
Tingkah laku terbias
Tingkah laku bersifat pengongkongan dalaman.
Mengalami ketidakmatangan yang sangat ketara.
Golongan ini mesti diberi peluang supaya tidak tertinggal dalam arus pendidikan nasional.
Melalui Akta Pendidikan Khas 1966 memberi kuasa kepada KPM menyediakan pendidikan
yang sesuai untuk golongan ini.
4)Siapakah Mereka?
Kerencatan mental
Masalah pembelajaran
Kecelaruan tingkah laku
Kecacatan pendengaran & masalah komunikasi
Kecacatan penglihatan
Kecacatan fizikal
Pintar cerdas & berbakat istimewa

5)Kerencatan Akal
Autisme
- ketidakupayaan kanak-kanak memahami perkara sekeliling.
- biasanya mula berlaku pada usia 30 bulan.
- gangguan dalam otak yang menguasai bahagian kefahaman, emosi & komunikasi.
Bilangan pengidap di dunia 10-15 dalam 10 ribu orang.
Kanak-kanak lelaki lebih banyak mengidap dengan nisbah 4:1.
a)

Ciri-ciri Autisme;
Suka menyendiri
Masalah bahasa & komunikasi
Asyik dengan aktiviti sendiri
Ketawa tiba-tiba
Tidak rasa sakit apabila jatuh
Tidak takut pada bahaya
Menangis/marah tanpa sebab
Mengulangi kata-kata
Tidak dapat mengawal keseimbangan fizikal
Tidak bertentangan mata semasa bercakap
Menunjukkan dgn jara arah yang disukai
Bertingkah laku melampau

Cara Mengatasi;
Pakar jiwa.
Ibu bapa bersabar dan membimbing dengan penuh perhatian.
Boleh sembuh jika mengidapi sebahagian ciri-cirinya.
Hantar ke Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia untuk rawatan.

b)Sindrom down
Sindrom Down
- kecacatan mental dan fizikal.
- Punca pembahagian kromoson yang tidak seimbang.
- Wanita mengandung berumur 40 tahun ke atas kebarangkalian bayi mendapat sindrom
down 5%.

Ciri-ciri;
Fizikal
Kepala bulat
Hidung kemik
Berbadan pendek
Mata sepet
Rupa hampir serupa
Mudah mendapat penyakit jantung, sembelit & leukemia
Kecerdasan
IQ rendah daripada 50
Boleh diajar mengurus diri apabila meningkat dewasa

c)Cerebral palsy
Cerebral-otak & palsy-kurang daya kawalan pada otot.
Penyakit yang berkaitan dengan kerosakan otot.
Bukan berpunca daripada keturunan tetapi faktor lain.
Otot kurang bermaya (mudah letih) & lambat menyiapkan kerja.
Terjejas pusat kawalan otok di otak.

Masalah koordinasi antara kawalan otot dan pergerakan tangan dan badan.
Kesan-gerak badan kekok, imbangan badan mengeletar, badan lembik, kaki & tangan
kejang,masalah menghisap & menelan
Punca;
Kerosakan otak
Deman kuning yang teruk selepas lahir
Deman panas
Kelahiran awal
Kecederaan, pembengkakan otak & selaput
Jangkitan rahim
Pendarahan sebelum kelahiran
Rawatan;
Mengajar kebolehan asas.
Berjumpa pakar otopedik, fisioterapi, jurupulih cara kerja & jurupulih pertuturan
d) Kecacatan Penglihatan
Keadaan seseorang tidak dapat melihat dan memerlukan braille.
Individu yang kehilangan penglihatan sepenuhnya atau ketajaman penglihatan 6/60 atau
20/200 atau kurang.
Individu yang tidak nampak sebarang cahaya dan penglihatannya 3/60 atau kurang.
Definisi di Malaysia- mereka yang tidak boleh melihat dengan terang tanpa kawalan cahaya,
kanta khas dan latihan khusus.

Punca;
Penyakit berjangkit- siplis, campak rubell.
Keturunan
Jangkitan kuman semasa mengandung.
Kekurangan vitamin A.
Termakan bisa
Kemalangan

Hewett & Forness- cirinya dapat dilihat dari segi rupa, tingkah laku & aduan.
rupa: sensitif pada cahaya, bgh tepi mata merah & berair, juling terdapat bintik putih di
tengah mata hitam.
Tingkah laku: mengosok-gosok mata, menutup sebelah mata, selalu mengelip mata,
menjeling kelopak mata dan memegang buku dekat dengan mata.
Aduan: mengadu mata panas, kabur, berganda & pening kepala.
e) Kecacatan Pendengaran
Terbahagi dua pekak deria tidak berfungsi dan separuh pekak boleh mendengar tetapi
kurang jelas boleh dibantu dengan bantuan alat.
Kecacatan pendengaran tidak mengalami kecacatan akal.

Ciri-ciri;
Lambat menjawab pertanyaan
Lain ditanya lain dijawab
Gangguan dalam sebutan
Sukar menguasai kosa kata
Menyendiri

Punca;
Baka
Jangkitan kuman semasa mengandung
Ibu mengidap kencing manis, penyakit beri-beri & pernah menagih dadah

Lahir tidak cukup bulan


Demam campak
Terdedah bunyi yang sangat kuat
f)Kecelaruan Tingkah Laku
Hiperaktif- terdiri daripada lelaki dan tingkah lakunya jelas pada usia 4-9 tahun.
Mula berkurangan pada usia 9 tahun ke atas.
Jika tidak berubah langkah rawatan mesti diambil untuk mengelakkan masalah tingkah laku.

g)Ciri-ciri Hiperektif
Bising/merayau
Mengganggu orang tanpa sebab
Nakal & tidak takut pada hukuman
Tidak mendengar kata
Tidak menumpukan pada kelas
Tidak menyiapkan kerja sekolah
Suka membuat rekaan
Suka merosakkan harta orang
Kasar
Resah
Tidak disukai orang lain
Punca;
Kurang kasih sayang
Minta perhatian
Pengaruh cerita
Pengaruh keluarga
Kerosakan otak
Sifat semula jadi
Selalu ditakuti oleh keluarga semasa kecil
Kebimbangan tinggi
Deraan
Keluarga terlampau keras dalam mendidik

h)Masalah Pembelajaran
Masalah Pembacaan (Dyslexia)
sebagai gangguan yang jelas menunjukkan kesukaran membaca walaupun diajar secara
lisan.
mempunyai kecerdikan yang memuaskan & boleh bersosio budaya.
otak kanak-kanak tidak dapat memproses bahasa dan bunyi dengan baik.
mereka mengalami kesukaran mengikuti arahan sama ada secara lisan atau tulisan.
Kesukaran ini akan hilang apabila meningkat dewasa.

Ciri-ciri;
Kesukaran membaca sifir, tambah & tolak.
Selalu menggunakan jari atau alat untuk mengira.
Melakukan banyak kesilapan ejaan.
Lambat atau terhenti-henti ketika membaca.
Kesukaran menyebut atau menulis abjad tertentu spt s,c,p & d.
Perlu perhatian dan kesabaran untuk mendidik kanak-kanak ini.
Boleh dipulihkan.

i)Ciri-ciri Kanak-kanak Pintar Cerdas


Daya pemerhatian tajam & perasaan igin tahu tinggi.
Bahsa- perbandaharaan kata luas & pertuturan lancar.

Menyelesaikan masalah kreatif & inovatif.


Ingatan yang baik.
Cepat menguasai kemahiran baru.
Menunjukkan bakat luar biasa.
Menggunakan perkara yang dipelajari dalam konteks baru.
Menyusun turutan secara logik.
Menghasilkan idea yang aneh & tidak munasabah.
Boleh berbincang & menghuraikan idea.
Minat menulis & membaca.
Cepat belajar & mengaplikasikan apa yang dipelajari.
Inisiatif & mahu bekerja sendiri.
Menumpukan perhatian yang lama & meneruskan kerja yang mencabar.
Menunjukkan kepintaran & kelucuan.
Terangsang dengan sesuatu yang kompleks & suka meramal.
Menunjukkan perasaan & pendapat yang teguh.
Sangat kritikal pada diri sendiri.

6) KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN.. ( PEDALAMAN )


merapatkan jurang pendidikan, yang merangkumi jurang di antara bandar dengan luar
bandar ; jurang di antara yang miskin dengan yang kaya ; jurang digital dan jurang antara
mereka yang bekeperluan khas ; agar tidak ada sebarang golongan yang tercicir dari arus
pembangunan negara.
YB Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein
( Perutusan Tahun Baru, 2006 )
A) Pengenalan

Pembangunan pendidikan di Malaysia pada peringkat awal sekolah di bandar dan


kawasan pertumbuhan ekonomi sekolah di bandar dibekalkan dengan kemudahan
bangunan, guru terlatih dan sumber mencukupi.

Bagi penduduk di luar bandar dan pedalaman, mengalami pelbagai kekurangan


daripada segi kemudahan asas. Guru serta sokongan ibu bapa dan masalah jurang
pendidikan ini wujud disebabkan keutamaan pada usaha memastikan lebih ramai
pelajar mendapat peluang pendidikan yang disediakan.

Bagi penduduk di luar bandar dan pedalaman, mengalami pelbagai kekurangan


daripada segi kemudahan asas. Guru serta sokongan ibu bapa dan masalah jurang
pendidikan ini wujud disebabkan keutamaan pada usaha memastikan lebih ramai
pelajar mendapat peluang pendidikan yang disediakan.

Selain lokasi, jurang pendidikan juga wujud antara jenis sosioekonomi dan tahap
keupayaan pelajar. Jurang ini dan pencapaian pelajar, penyediaan kemudahan fizikal
pelajar. Impak jurang pendidikan telah menyumbang perbezaan yang ketara dari segi
sosioekonomi antara penduduk. Usaha menangani jurang ini terus mendapat
perhatian Rancangan Malaysia Ketiga (RMKe-3).

Usaha merapatkan jurang pendidikan telah berkembang pesat dan mencapai banyak
kemajuan sejak RMKe-3. Walaubagaimanapun, tugas ini belum selesai dan akan
terus diberi keutamaan dalam RMKe-9.

B)Dasar dan Matlamat


1. Dasar KPM adalah untuk merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, tahap
sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Matlamat KPM adalah untuk
memastikan semua sekolah dan pelajar mempunyai peluang dan keupayaan yang
sama untuk cemerlang termasuklah daripada SK dan SJK. KPM telah mengenalpasti
jurang pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti dan kualiti dapat
ditingkatkan.

2. Jurang bandar dan luar bandar

Jurang antara bandar dan luar bandar merujuk kepada ketidaksamarataan daripada segi
penyediaan infrastruktur dan penempatan guru terutama di Sekolah Kurang Murid (SKM),
sekolah Orang Asli dan sekolah di pedalaman.
Jurang Digital
Jurang digital merupakan perbezaan daripada segi akses kepada kemudahan ICT antara
lokasi dan penguasaan kemahiran ICT dalam kalangan guru.
Jurang antara tahap pencapaian pelajar
Jurang antara tahap pencapaian pelajar merujuk kepada kesulitan menguasai 3M,
kegagalan mencapai standard minimum dan pelajar berisiko tinggi untuk cicir daripada
sistem pendidikan.
Jurang antara pelajar normal dan bekeperluan khas.
Jurang antara pelajar normal dan bekeperluan khas merujuk kepada perbezaan
penyediaan pelbagai kemudahan yang sesuai untuk menyokong proses p&p pelajar
bekeperluan khas termasuklah yang kurang upaya, pintar cerdas dan berbakat.
Jurang sosioekonomi
Jurang sosioekonomi merujuk kepada perbezaan daripada segi tahap kesihatan, disiplin,
kebajikan pelajar dan kemiskinan termasuklah kemiskinan dalam Bandar.

2. Kekurangan Kemudahan Asas


o Terdapat 767 buah sekolah rendah dan 28 buah sekolah menengah yang masih belum
mempunyai bekalan elektrik 24 jam. Janakuasa yang dibekalkan pula berkuasa rendah dan
tidak mencukupi untuk menampung penggunaan ICT di sekolah, di samping menghadapi
kesukaran mendapatkan bekalan diesel terutama sekolah-sekolah yang jauh di pedalaman.
Cabaran KPM adalah untuk membekalkan janakuasa yang berkuasa tinggi iaitu 30-35KVa,
menyediakan mekanisme penyelenggaraan janakuasa dan pembekalan diesel agar
sekolah-sekolah ini dapat memanfaatkan penggunaan ICT sepenuhnya untuk p&p.
o Kebanyakan sekolah mempunyai bekalan air awam kecuali di 1517 sekolah rendah dan 68
sekolah menengah. Bagi sekolah-sekolah tersebut, bekalan air disediakan melalui kaedah
bekalan air graviti, penuaian hujan (rain harvesting) dan telaga tiub (tube well).
Bekalan air graviti menggunakan air dari sungai atau air terjun manakala penuaian hujan
pula menggunakan air tadahan hujan.

3. Sekolah Kurang Murid


Sehingga tahun 2005, terdapat 2,261 (29.7%) sekolah rendah yang dikategorikan sebagai
SKM, iaitu sekolah yang enrolmennya kurang daripada 150 orang. Hampir 90 % SKM ini
berada dalam keadaan daif dan menghadapi masalah kekurangan peruntukan, kemudahan
dan guru terlatih.
Norma perjawatan sedia ada tidak bersesuaian dengan keperluan SKM seperti ketiadaan
perjawatan guru pemulihan. Selain itu, penempatan guru di SKM sukar dilakukan kerana
kebanyakannya berada jauh dipedalaman.
Jumlah murid yang terlalu kecil pula menyebabkan SKM mengamalkan pengajaran kelas
bercantum atau multigrade teaching iaitu mengajar sebuah kelas yang terdiri daripada
pelbagai tahun persekolahan.

4.

a)
b)
c)
d)
e)
f)
g)
h)
i)
j)

Cabaran KPM
Cabaran KPM adalah untuk memastikan agar infrastruktur, perkakasan, perisian dan
latihan yang mencukupi diberi kepada sekolah-sekolah di kawasan luar bandar yang kurang
terdedah dengan ICT berbanding kawasan bandar.
Dalam program pembestarian sekolah, semua sekolah luar bandar akan dilengkapkan
dengan makmal komputer, bilik komputer dan perkakasan yang mencukupi. Sekolahsekolah juga akan dirangkaikan dengan akses jalur lebar SchoolNet dan bagi sebahagian
sekolah di luar bandar dan pedalaman, pusat akses akan dibina.

BANTUAN DAN PROGRAM SOKONGAN


KPM memperuntukkan lebih daripada RM 1.0 bilion setiap keluarga miskin dan golongan
kurang upaya melalui program berikut;
Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
Kumpulan Wang Simpanan Pelajar Miskin (KWAPM)
Bantuan Makanan Asrama.
Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid
Jaket Keselamatan
Elaun Bulanan Pelajar Kurang Upaya
Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
Skim Baucer Tuisyen (SBT)
Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU)
Asrama Harian
FAKTOR-FAKTOR KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN BAGI MASYARAKAT
PEDALAMAN

Faktor pertama : Kurangnya guru pakar yang berpengalaman dalam satu-satu bidang.
Hal yang demikian menyebabkan cara ataupun pendekatan yang digunakan oleh guru di
dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran menjadi tidak menarik.
Kesannya, murid tidak berminat untuk belajar apatah lagi kebanyakan murid-murid di
kawasan pedalaman terutamanya di Sabah dan Sarawak pada kebiasaanya akan
menggunakan bahasa pertuturan kaum mereka sendiri.
Oleh yang demikian, guru perlu belajar menguasai bahasa pertuturan satu-satu kaum agar
apa yang disampaikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran difahami oleh anak
muridnya dan secara tidak langsung ia akan menarik minat untuk mereka belajar dan
meningkatkan tahap pencapaian akademik mereka.

Faktor kedua : Pertumbuhan pusat urban yang lembab.


Ia merujuk kepada kegagalan sesuatu kawasan itu untuk berkembang sebagai pusat
penawaran khidmat perbandaran yang efektif. Sebagai contoh, kurangnya kemudahan
awam seperti bekalan air, elektrik , pengangkutan serta kemudahan prasarana sekolah
yang teruk.
Apabila segala kesulitan ini dihadapi oleh murid-murid, secara tidak langsung ia menjadi
sebagai satu halangan kepada murid-murid untuk pergi menuntut ilmu. Hal ini juga turut
mengakibatkan murid-murid tidak berminat dan tertarik pergi ke sekolah untuk memajukan
diri mereka sendiri.
Faktor ketiga : Suasana persekitaran fizikal dan sosio budaya yang kurang merangsang.
Ia merujuk kepada masyarakat pedalaman yang boleh dikatakan masih tebal dengan ciri-ciri
penduduk desa, boleh dikatakan tidak berfikiran terbuka terutama dalam aspek pendidikan.
Sebagai contoh, ibu bapa di kawasan pedalaman tidak mementingkan pelajaran anak-anak
mereka. Hal ini berlaku kerana ibu bapa itu sendiri turut tidak berpendidikan ataupun tidak
berpelajaran. Mereka lebih suka anak-anak mereka melakukan aktiviti harian seperti
menangkap ikan dan mencari hasil hutan.

Ketaksamaan Kelas Sosial


Taraf @ kelas sosial adalah faktor kepada ketaksamaan peluang pendidikan
Boleh wujud dalam sesuatu kumpulan kaum itu sendiri atau juga antara kaum
Contoh: Masyarakat Melayu( golongan pembesar dan rakyat bawahan)
Masyarakat India ( kasta dalam masyarakat )
Masyarakat Cina ( antara golongan berada dan kurang berkemampuan

Kelas sosial masyarakat:


Sistem feudal
Rakyat bawahan@marhain
Golongan pembesar
Golongan istana

Aspek ketaksamaan peluang pendidikan:


Kemudahan mendapatkan guru
Bahan-bahan rujukan
Peluang kerjaya selepas tamat belajar

Kelas sosial masyarakat:


Perubahan zaman,sistem kelas masyarakat turut berubah:
Golongan petani
Golongan masyarakat kampung
Golongan yang tinggal di bandar
Golongan kurang berkemampuan
Golongan pemimpin
Golongan berada

Aspek ketaksamaan peluang pendidikan:


Kemudahan mendapatkan guru
Kemudahan peralatan fizikal di sekolah
Kelas tambahan@tuisyen
Pembiayaan kewangan
Bahan-bahan rujukan
Peluang-peluang melanjutkan pelajaran

Peluang kerjaya selepas tamat belajar

Pendidikan Masyarakat Indigoneous


Sistem pendidikan sekolah yang secara nasional dikembangkan di Tanah Air belum
menyentuh sistem belajar asli (indigenous learning system) masyarakat tradisional. Padahal,
sistem belajar asli memiliki banyak hal positif, antaranya mempertahankan nilai-nilai budaya
tanpa kehilangan kemampuan mempelajari sesuatu.
Merujuk kelompok masyarakat yang tinggal jauh di pedalaman & masih belum menerima
sebarang perubahan luar.

Mereka masih taksub dengan sistem kehidupan mereka.

Dalam konteks Malaysia merujuk penduduk pribumi di pedalaman Sabah & Sarawak.
Di Sabah spt Kadazan, Bajau, Murut, Suluk & Orang Brunei.
Di Sarawak spt Melayu, Melanau, Iban, Bidayuh, Penan & Kelambit.

Sistem pendidikan nasional belum menyentuh sistem belajar asli (indigenous learning
system) masyarakat tradisional.

Sistem belajar asli mempertahankan nilai-nilai budaya tanpa kehilangan kemampuan


mempelajari sesuatu.

Sistem belajar asli yang diwarisi potensi yang berharga.


Sistem belajar asli masyarakat indigenous berpandukan pengalaman merupakan proses
pendidikan yang manusiawi kerana proses pendidikan itu disesuaikan dengan kudrat dan
perkembangan manusia.

Dalam sistem belajar asli, proses belajar seseorang akan mencakupi empat perkara.
manusia akan mengalami sesuatu secara nyata.
memikirkannya secara konseptual.
mengamati sesuatu sambil merenung, dan
mencubakannya dalam situasi lain yang lebih luas.

Proses belajar di sekolah yang cenderung melakukan proses belajar secara deduktif iaitu
proses yang dialami adalah pengetahuan konseptual dulu barulah mengalami pengalaman
nyata.

Berbeza dalam sistem belajar asli masyarakat indigenous.


Dalam sistem belajar asli, masyarakat lebih memiliki kepekaan terhadap alam dan nilainilai budaya

Orang Asli
Orang Asli merupakan komuniti yang terbukti kaya dengan ilmu pengetahuan dan
kebijaksanaan tentang pengurusan alam semulajadi.
Keserasian cara hidup dengan alam sekitar membolehkan mereka mengetahui di mana
tanah yang sesuai untuk bertani, hasil hutan yang bermanfaat dan cara pemeliharaan. (Rusli
Zaenal, 2002)
Kajian Kementerian Pelajaran, mendapati, ada dalam kalangan ibu bapa ORANG ASLI yang
menanamkan kepercayaan bahawa sekolah tidak akan mengubah masa depan kaum
mereka.

`Sekolah' bagi mereka ialah kemahiran membezakan madu dan tuba, ketangkasan dan
ketepatan berburu dan menyumpit, dan sebagainya.
Kadar keciciran sangat tinggi dalam kalangan murid Orang Asli merupakan isu yang perlu
ditangani secara bersama dan bersemuka supaya sejajar dengan dasar pendemokrasian
pendidikan.
Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) melaporkan 34.31 peratus murid Orang Asli tercicir
daripada memasuki sekolah menengah sementara 46.28 peratus dilaporkan tidak
menamatkan pendidikan sehingga ke tingkatan lima.
Dalam kes tertentu terdapat segelintir kanak-kanak Orang Asli yang tidak dapat ke sekolah
kerana tergolong sebagai kanak-kanak berkeperluan khas.
Faktor kemunduran Orang Asli turut dikaitkan dengan latar belakang akademik yang rendah
(Mustaffa Omar, 2004).
Menurut JHEOA (1998), minat belajar dalam kalangan Orang Asli masih berada di tahap
rendah.
Keciciran yang dicatatkan pada 1998 adalah tinggi iaitu 45.8 peratus dan kadar buta huruf
49.2 peratus (kadar nasional 6.4 peratus).

Bagi golongan dewasa pula, buta huruf dan sering ditipu peraih.
Kesannya pendapatan Orang Asli merosot dan hidup serba kekurangan.
Seisi keluarga adalah tenaga kerja yang keluar mencari makan seharian suntuk.
Tempat kediaman terlalu jauh dengan sekolah.
Taraf sosio-ekonomi yang rendah.

Tanggapan negatif ibu bapa dan penjaga terhadap anak sama ada anak mereka itu normal
atau berkeperluan khas.
Minat belajar dalam kalangan anak Orang Asli masih berada pada tahap yang kurang
memuaskan.
Pengaruh persekitaran seperti kurang ambil berat ibubapa terhadap hal-hal berkaitan
pelajaran dan tiada tekanan untuk berubah.
Cara hidup yang masih tertumpu kepada hutan mendorong ramai anak Orang Asli berhenti
sekolah lebih awal untuk mengikut bapa mereka ke hutan mencari rotan atau membantu
mengusahakan ladang ubi dan padi bukit.
Kesannya berlakunya keciciran pelajaran dalam kalangan mereka.
Bagi meningkatkan minat pendidikan anak Orang Asli dan seterusnya mengurangkan kadar
keciciran pelajaran, guru hendaklah mengubahsuai sistem pendidikan daripada 3M kepada
6M (dengan tambahan main-pelajaran di luar bilik darjah, makan-Rancangan Makanan
Tambahan (RMT) dan muzik-tarian dan kegiatan kebudayaan).
http://cikgusemasa.blogspot.com/2011/05/bab-4-ketaksamaan-peluang-pendidikan.html

BILIK DARJAH MESRA BUDAYA

1.0 PENDAHULUAN
Malaysia merupakan sebuah negara yang didiami oleh rakyat berbilang kaum
daripada pelbagai latar belakang budaya yang hidup aman dan damai bersama.
Integrasi antara kaum ini seterusnya membentuk budaya Malaysia.Budaya ini
menjadi sebahagian daripada budaya pendidikan di sekolah yang turut meliputi
budaya dari segi lokasi, pekerjaan ibu bapa, pendidikan yang diterima, status
ekonomi, sosial, keturunan, kuasa politik, bangsa, bahasa, adat resam, kepercayaan
dan jantina. Justeru itu, bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif,
adalah penting bagi guru dan pihak sekolah untuk membina persekitaran bilik darjah
yang mesra budaya.Guru perlulah kreatif dan bijak dalam menyediakan pelan bilik
darjah yang mesra budaya.
Umur, tahap persekolahan, minat dan keperluan murid-murid dalam kelas
tersebut perlulah diambil kira dalam penyediaan pelan bilik darjah ini. Hasil daripada
pembelajaran dalam persekitaran bilik darjah yang mesra budaya ini, kita dapat
melahirkan murid-murid tanpa mengira latar belakang sosio -budaya yang seimbang
daripada segi jasmani, emosi, rohani, intelektualdan sosial selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Murid-murid ini seterusnya akan membentuk masyarakat
yang harmonis dan aman serta berjaya.
Menurut Najeemah Md. Yusof (2006), pembelajaran merujuk kepada
perubahan

tingkah

laku

atau

pengetahuan

hasil

daripada

pengalaman.

Pembelajaran ini pula dipengaruhi oleh persekitaran yang positif, atau disebut
persekitaran pembelajaran kondusif iaitu merupakan satu komponen yang amat
penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks pendidikan,
Choong Lean Keow (2008) mendefinisikan persekitaran pembelajaran yang kondusif
sebagai iklim dan budaya bilik darjah secara menyeluruh yang merangkumi
beberapa aspek seperti pola komunikasi, reka bentuk, pelan lantai dan susun atur
ruang fizikal dan kebolehan guru mengurus murid-murid dalam bilik darjah.
Bersandarkan maksud tersebut, dapat difahami bahawa persekitaran pembelajaran
kondusif

merupakan

satu

keperluan

wajib

untuk

memungkinkan

proses

pembelajaran berlaku dengan lancar. Persekitaran yang kondusif ini merangkumi


empat aspek iaitu persekitaran fizikal, persekitaran psiko-sosial, peraturan bilik
darjah dan rutin bilik darjah.
2.0 Huraian Tentang Pelan Lantai.

Setiap pelajar mempunyai cara pembelajaran yang berbeza-beza antara satu


sama lain. Sebagai guru, kami tahu bahawa setiap individu pelajar itu mempunyai
budaya, latar belakang keluarga, dan tahap sosioekonomi yang berbeza-beza
Kepelbagaian yang wujud antara pelajar perlu dikaji dan difahami dengan sebaiknya
dalam membantu untuk memahami gaya pembelajaran setiap orang pelajar dalam
menentukan strategi pengajaran yang lebih berkesan. Oleh yang sedemikian kami
sentiasa memastikan strategi yang dipilih bersesuaian dengan murid. Sebagai
memenuhi keperluan pengurusan bilik darjah yang mersra budaya, beberapa
langkah telah kami tetapkan ke arah itu. Antara langkah-langkah tersebut ialah:
2.1 Sebagai guru, kita perlu tahu bahawa setiap individu murid itu mempunyai
budaya agama latar belakang keluarga tahap sosio ekonomi yang berbeza-beza. Ia
juga adalah satu impak yang sangat penting kepada murid untuk mencapai kejayaan
daripada hasil pembelajaran mereka di sekolah.
2.2 Layanan yang sesuai ialah layanan berbentuk sama rata tanpa ada berat
sebelah kepada murid-murid tanpa mengira status dan latar belakang kehidupan
seseorang murid itu . Kepelbagaian murid, guru seharusnya bersikap adil dan
saksama kepada murid-murid mereka. Sebagai contoh, apabila seseorang guru itu
berbangsa Melayu, guru tersebut tidak seharusnya melebihkan murid bangsanya
sendiri daripada murid-murid berbangsa lain. Ia akan memberi kesan secara
langsung kepada murid-murid bangsa lain dan memberikan perspektif yang negatif
terhadap guru tersebut. Dengan itu, pemupukan semangat perpaduan tidak dapat
dicapai dengan jayanya. Oleh itu kami mengambil langkah dengan meletakkan
murid-murid dalam kumpulan yang mempunyai pelbagai kaum.
2.3 Dalam menghadapi kepelbagaian sosiobudaya di bilik darjah, guru seharusnya
bijak mengendalikan bilik darjah. Sebagai contoh dengan mewujudkan satu
persekitaran psikososial Guru tidak seharusnya memberikan layanan yang berat
sebelah kepada murid-murid. Ditambah pula apabila di dalam sesuatu bilik darjah itu
mempunyai murid-murid yang datang dari latar belakang keluarga yang berbeza,
budaya yang pelbagai, agama yang berlainan dan tahap kognitif yang berbeza. Kami
sentiasa memastikan layanan yang diberikan sama rata antara semua murid-murid
tanpa mengira bangsa dan agama.
2.4 Interaksi dua hala yang bersifat ramah mesra dan produktif menimbulkan satu
persekitaran yang mesra antara guru-murid mengeratkan serta merapatkan jurang
perpaduan dalam kalangan mereka mudah dicapai semangat motivasi yang tinggi

pemupukan perpaduan. Kedudukan antara murid-murid yang duduk menghadap


antara satu sama lain membolehkan mereka berinteraksi dengan mudah. Dalam
memupuk satu persekitaran psiko sosial yang baik di dalam bilik darjah, seseorang
guru itu seharusnya mempunyai kemahiran dalam hubungan dengan manusia,
khususnya murid-murid. Sebagai contoh, beramah mesra, bersikap positif,
mendengar masalah murid, dan kebolehan memberi kata-kata pujian secara ikhlas .
Ia merupakan satu tret yang penting bagi seorang guru. Lebih-lebih lagi apabila
terpaksa menguruskan bilik darjah yang mempunyai kepelbagaian sosiobudaya,
oleh itu kami sentiasa menunjukkan sikap ramah sama ada dengan memberikan
senyuman atau dalam memberikan ucapan apabila berselisih dengan murid-murid
dan lain-lain.
2.5 Dengan kata lain, di sini terdapatnya unsur-unsur kurikulum tersirat , di mana
kami cuba untuk mendidik murid supaya menghormati antara satu sama lain serta
memupuk sikap yang baik dalam kalangan mereka. Apabila mereka melihat guru
yang berperwatakan mesra, secara tidak langsung memberikan mereka motivasi
dalaman untuk menunjukkan sikap seperti guru itu.
Guru perlu mengetahui pengetahuan yang mendalam tentang sesuatu etnik.
Kami juga perlu sensitif dengan tabiat dan perangai bangsa sendiri dan penyataan
yang dinyatakan dalam kelas. Pastikan bilik darjah membawa imej yang positif
kepada pelbagai kumpulan etnik. Sebagai guru juga kami perlu sensitif dengan
bangsa dan tabiat etnik pelajar dan tanpa menilai pelajar melalui luaran sahaja. Guru
juga perlu bijaksana dalam membuat pilihan dan alat bantu mengajar. Mendalami
budaya dan warisan etnik sendiri.
2.6 Mengetahui sensitiviti setiap etnik dengan lebih mendalam untuk mencapai
objektif pengajaran. Sensitif dengan tahap perkembangan pelajar apabila terlibat
dengan aktiviti bangsa, etnik, budaya dan bahasa. Kami sentiasa berusaha untuk
tonjolkan pelajar sebagai pemenang. Guru memainkan peranan yang penting dalam
kejayaan pelajar. Kami gunakan teknik belajar bekerjasama dan kerja berkumpulan
untuk memperkenalkan bangsa dan integrasi kaum di dalam sekolah dan kelas.
Semua aktiviti di sekolah mestilah melibatkan pelbagai bangsa, agama dan etnik.
Sebagai kesimpulannya kepelbagaian sosio budaya murid, secara tidak
langsung

menjadi

cabaran

utama

dalam

menghasilkan

pengajaran

dan

pembelajaran yang berkesan. Guru perlu kreatif serta peka dengan aspek ini kerana
ia akan berubah mengikut peredaran masa. Guru yang berjaya merealisasikan

perkara-perkara ini merupakan guru yang berkesan dan cemerlang. Kepekaan guru
terhadap kepelbagaian sosio budaya ini adalah sangat penting dalam dunia
pendidikan. Apa jua cabaran yang mendatang, inilah dunia pendidikan yang sebenar
dalam usaha menyatukan kepelbagaian pelajar yang pelbagai budaya seiring
dengan konsep 1 Malaysia.
3.0 Pelan Lantai Persekitaran Fizikal Bilik Darjah Yang Mesra Budaya
Konsep pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah yang mesra budaya adalah
amat penting dalam pengajaran dan pembejaran dalam abad yang mencabar ini dan
lebih-lebih

lagi

melibatkan

murid-murid

dari

pelbagai

latar

belakang

etnik.Pengurusan fizikal harus melewati bukan hanya dari aspek kemudahan


prasarana serta kemudahan fizikal sahaja namun hasil dari pengurusan persekitaran
fizikal dapat mewujudkan satu suasana serta iklim pembelajaran yang kondusif
dengan mengambil kira keunikan perspektif dari pelbagai latar belakang budaya dan
sosial.
Pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah telah dirumuskan oleh Fred
Steele(1973) sedemikian the effects of physical setting in a classroom is a setting
for social interaction, symbolic identification, growth, security,shelter and pleasure.
Kenyataan yang diutarakan oleh Steele (1973) disokong oleh Lambert (1994) yang
menyatakan bahawa aspek persekitaran fizikal seperti dengan siapa dan di mana
pelajar duduk dapat membantu dalam interaksi antara mrurid dari latar belakang
lingustik dan kebudayaan yang berbeza.
Kriteria-kriteria Fizikal Umum Untuk Mewujudkan Persekitaran Bilik Darjah yang
Mesra Budaya
3.1 Aspek Fizikal :Terdapat meja dan kerusi yang sesuai dengan murid dan boleh diubah suai
mengikut keperluan aktiviti. Murid diletakkan dalam kumpulan yang sama, terdiri
daripada etnik yang berbeza, Menyusun atur tempat duduk semula murid-murid
dalam bilik darjah supaya terdapat kesamarataan taburan di antara murid-murid dari
pelbagai kumpulan etnik dan tidak hanya satu kumpulan etnik dikelompokkan dalam
satu kumpulan. Apabila ada perbincangan kumpulan atau aktiviti-aktiviti kumpulan
ahli-ahli kumpulan akan terdiri dari pelbagai kaum etnik. Secara tidak langsung
kepelbagaian kumpulan etnik dalam satu-satu kumpulan akan dapat diwujudkan
serta memupuk satu suasana mesra budaya,.Pembelajaran dalam persekitaran

fizikal yang mesra budaya akan merangsang pelajar untuk menimba ilmu secara
berkesan
3.2 Sudut-Sudut Pembelajaran:Dalam bilik darjah, terdapat pelbagai sudut pembelajaran dan aktiviti yang dapat
membantu perkembangan intelek murid seperti sudut boneka, kognitif, kinestetik
serta sudut kreativiti dan sebagainya.Di samping itu, terrdapat sudut-sudut bacaan
seperti buku cerita dan majalah pendidikan dan sudut multimedia seperti komputer,
televisyen dan multimedia.
Aktiviti mengecat dinding dengan melukis mural -mural biasanya dilakukan oleh
guru kelas sendiri atau beberapa murid yang menjadi pembantunya. Adalah sesuai
sekiranya tema lukisan mural berkisar mengenai perayaan-perayaan serta
kebudayaan perihal pelbagai kaum etnik di negara ini.Aktiviti sedemikian juga
merupakan salah satu aktiviti yang sesuai yang boleh dilakukan oleh murid-murid
dari pelbagai latar belakang kumpulan etnik supaya dapat memupuk perasaan
kekitaan dalam kalangan mereka. Perbincangan serta persediaan untuk lukisan
mural secara tidak langsung akan dapat memupuk nilai serta belajar untuk
bertoleransi dan bekerjasama. Secara tidak langsung guru telah berjaya secara tidak
langsung untuk memujudkan persekitaran mesra budaya.
Ruang untuk bekerja adalah penting untuk memupuk nilai kerjasama dan tolong
menolong antara murid dari pelbagai latarbelakng dan budaya.Tugasan yang di
berikan oleh guru dapat di bincang diruang ini; di mana secara tidak langsung Atan,
Kumari serta Kim Sengi dapat berbincang untuk mendapatkan jawapan atau fakta
untuk tugasan mereka. Keberkesanan konsep ruang bekerja atau work space ini
disokong oleh Woolfolk (2001) yang menyatakan sedemikian bahawa the physical
environment of the classroom such as use of space, classroom setting and cocial
dimensions interact to shape classroom culture
3.3 Sudut-Sudut Pembelajaran dan Bacaan:Selain daripada sudut-sudut yang biasa guru juga boleh mewujudkan sudut baru
seperi sudut budaya, sudut sejarah dan sudut patriotik. Sudut-sudut ini dapat
mendedahkan murid-murid kepada pelbagai agama, adat resam, kebudayaan serta
kepercayaan dari pelbagai kaum etnik di negara ini. Secara tidak langsung muridmurid dapat memupuk nilai-nilai murni seperti sabar, toleransi serta hormatmenghormati yang merupakan komponen penting untuk mewujudkan perpaduan

kaum .Guru juga boleh menyediakan pelabagai aktiviti - aktivti multimedia atau
interaktif di setiap sudut pembelajaran tersebut untuk menarik minat muridmurid.Contohnya di sudut budaya ini Ali dapat mengetahui tentang kebudayaan
serta agama Samy dan sebaliknya agar terdapat satu pemahaman yang jelas dan
tidak prasangka agar tidak menyentuh isu-isu sensitif serta menjaga sensitiviti
sesuatu

kaum

etnik.Begitu

juga

dengan

murid-murid

dari

Sabah

dan

Sarawak.Tindakan mewujudkan sudut-sudut pembelajaran disokong oleh Morrow


dan Weinstein (1982) yang menyatakan sedemikian keep in mind to include a
literacy center in your classroom to allow pupils to explore, investigate and discover
knowledge.
Guru juga harus mewujudkan sudut-sudut sejarah dan patriotik; di mana sudutsudut ini akan meyedarkan murid-murid betapa pentingnya perpaduan antara kaumkaum dari pelbagai latar belakang etnik untuk mewujudkan sebuah negara yang
aman dan makmur. Secara tidak langsung ini akan mewujudkan satu suasana
mesra budaya dalam bilik darjah. Selain daripada sudut-sudut pembelajaran, guru
juga boleh menyediakan sudut bacaan di mana bahan bacaan adalah terdiri dari
buku-buku atau risalah-risalah dari Sabah dan Sarawak atau sebaliknya yang
mengandungi informasi mengenai sesuatu kaum atau kumpulan etnik.
Sudut pembelajaran elektronik adalah penting; di mana murid dari pelabagi latar
belakang etnik dapat menggunakan perisian software yang di sediakan oleh guru
seperti aktiviti interaktif dan multimedia untuk dapat melaksanakan tugasan dalam
kumpulan.Semasa membuat tugasan murid-murid dapat memupuk serta menghayati
nilai-nilai seperti bekerjasama, tolong menolong serta toleransi.
3.0 Kesimpulan
Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran akan terus meningkat setanding
dengan mutu pendidikan di negara-negara maju yang lain. Budaya sekolah dan iklim
sekolah merujuk kepada sejumlah nilai, budaya, praktis-praktis keselamatan dan
struktur organisasi di sekolah yang mempengaruhi dan memberi kesan kepada
proses pembentukan tingkah laku dan keselamatan pelajar di sekolah. Kaedah
pengajaran dan pembelajaran (P&P), keterbukaan dan bentuk hubungan yang wujud
antara pentadbir, guru, ibu bapa dan pelajar menyumbang kepada pembentukan
iklim sekolah.Walau bagaimanapun, budaya sekolah dan iklim sekolah adalah dua
bentuk yang saling berkaitan.

Namun begitu, iklim sekolah lebih merujuk kepada kesan persekitaran sekolah
ke atas pelajar manakala, budaya sekolah lebih merujuk kepada cara dan gaya guru
dan staf bekerja dalam satu kumpulan. Maka jelaslah di sini bahawa iklim sekolah
serta budaya sekolah

memainkan peranan yang sangat penting di dalam

mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Untuk


mewujudkan suasana interaksi sosial yang baik, guru dan pelajar perlu mengetahui
peranan yang sebenarnya yang perlu dimainkan oleh setiap individu. Ini kerana
dalam usaha menyesuaikan diri dalam masyarakat, pelajar dipengaruhi oleh
berbagai-bagai egen sosialisasi termasuk keluarga, sekolah, rakan sebaya dan
media massa.
Sekolah sebagai institusi sosial bertanggungjawab mewujudkan interaksi sosial
dan pembentukan sikap kepimpinan di kalangan pelajar dengan menekankan
keberkesanan interaksi di dalam bilik darjah. Usaha dari segi perubahan pengajaran
dan pembelajaran, meningkatkan teknologi, infrastruktur dan perkakasan di sekolah
seterusnya peranan dan tingkahlaku guru yang menggalakkan proses pengajaran
dan pembelajaran, mengenalpasti perbezaan antara pelajar serta mempertingkatkan
persekitaran fizikal bilik darjah harus dilaksanakan dengan berkesan supaya tidak
ada lagi pelajar-pelajar yang akan tercicir dari arus pendidikan yang yang akan
memberi impak kepada pembangunan negara. Peluang pendidikan yang sama rata
perlu diambil kira.
http://faizahembi.blogspot.com/2013/04/bilik-darjah-mesra-budaya.html

Pembinaan Persekitaran Bilik Darjah Yang Mesra Budaya

Persekitaran bilik darjah perlulah mesra budaya supaya suasana pembelajaran


menjadi kondusif untuk murid pelbagai latar bangsa dan budaya. Ianya turut
mengembangkan nilai sivik yang menjadi nadi bagi kehidupan masyarakat
yang harmonis dan aman diperingkat nasional dan global.

Antara nilai sivik yang di perlukan oleh masyarakat pelbagai agama, etnik dan
budaya ialah hormat-menghormati, toleransi, kasih-sayang terhadap alam
sekitar, kepatuhan kepada peraturan dan undang-undang dan semangat
patriotik.

Matlamat bagi guru adalah mewujudkan suasana pembelajaran yang


mengalakkan interaksi dan intergrasi di kalangan murid, di dalam dan di luar
bilik darjah.

5. Pembinaan Persekitaran Bilik Darjah Yang Mesra Budaya

Pengurusan fizikal bilik darjah bermaksud satu proses mendapatkan


penyertaan, kerjasama dan campurtangan ahli untuk mencapai objektif
organisasi atau kumpulan dalam sesuatu gerakerja. Proses yang dimaksudkan
adalah merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal. Bilik
darjah merupakan medan perjuangan utama kerjaya seorang guru.

Sumber: http://visual.merriam-webster.com/society/education/school/classroom.php

Pengurusan bilik darjah yang dinamik adalah untuk pembinaan modal insan
yang menjurus kepada pembinaan jasmani, emosi, rohani dan intelek. Ianya
memerlukan pelbagai pengetahuan, kemahiran, prosedur, teknik dan strategi.

5.1 Pengurusan Persekitaran Fizikal

Guru harus memiliki gaya kepimpinan, kemahiran merancang, kecekapan


mengurus, kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran, kebijaksanaan
interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kemahiran kaunseling dan mampu
mengendalikan teknologi maklumat dan komunikasi.

Lemlekh (1988) menjelaskan bahawa pengurusan bilik darjah sebagai orkestra


dalam kehidupan. Memerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan
prosedur dan sumber pengajaran. Keutamaan ditumpukan adalah penyusunan
suasana bilik darjah bagi memaksimumkan keberkesanan, pemantauan
perkembangan murid serta pemikiran terlebih dahulu mengenai maslaahmasalah yang mungkin timbul.

Marzano (2003) menyatakan tindakan guru dalam bilik darjah mempunyai


impak dua kali ganda dalam pencapaian murid berbanding polisi sekolah
berkenaan kurikulum, penilaian kerjasama antara guru dan penglibatan
masyarakat.

Peralatan asas bagi sesebuah bilik darjah adalah papan tulis, papan
kenyataan, ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid, almari,
bahan bacaan, bahan bantuan mengajar serta dihiasi dengan keceriaan dan
kebersihan.

Susunan kerusi dan meja boleh memberikan kemudahan mengadakan aktiviti


pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan; cahaya yang
mencukupi serta peredaran udara secukupnya.

Papan kenyataan yang dilengkapi jadual waktu, jadual bertugas, carta


organisasi, pelan keselamatan, sudut matapelajaran, sudut bacaan, kata-kata
motivasi, pengunaan laman web, komputer dan CD serta LCD.

Kejayaan guru mengurus fizikal, sumber dan suasana bilik darjah yang
kondusif bermakna guru berjaya membentuk budaya berdisiplin, kerjasama,
sayang kepada keindahan alam sekitar, mematuhi setiap arahan, kehidupan
berkualiti yang melambangkan sebahagian daripada keimanan.

Fasilitator Guru berperanan sebagai pencetus idea, pembimbing, fasilitator

dan suasan pembelajaran yang berkondusif, menyeronokkan,


bermotivasi, bermoral, kreatif, inovatif menjadikan pengajaran dan
pembelajaran lebih berfokus.

Peraturan keselamatan dan amalan bilik darjah juga membantu


mengawal dan mencorakkan tingkahlaku dan disiplin murid.
Tak senyum
langsung ..? Pelanggaran peraturan akan dibantu dengan memberi nasihat,
amaran dan tindakan. Tindakan yang diambil hendaklah berbentuk
mendidik dan bukannya menghukum.

Ruang dan pergerakan harus diurus lebih fleksibel. Kebersihan dan keindahan
bilik darjah merupakan elemen meningkat nilai murni dalam diri seperti rasa
bertanggungjawab, perasaan kekitaan dan berbangga dengan kelas sendiri.

5.2 Pengurusan Persekitaran Sosio-Emosi

Pengurusan sosio-emosi yang berkesan akan menjadi perangsang yang


membangkitkan dan mengekalkan minat seseorang murid kearah mencapai
matlamat termasuk minat, sikap dan tingkah laku terhadap pembelajaran
mereka.

Woolfolk

(1990) berkata motivasi atau kuasa dalaman akan membangkitkan, mengarah


dan mengawal minat dan tingkah laku murid. Emosi murid harus diurus
dengan berkesan supaya emosi mereka sentiasa stabil untuk meneruskan
aktiviti dalam pembelajaran.

Guru boleh memberikan pujian dan galakkan kepada murid untuk terus terlibat
dalam aktiviti-aktiviti di bilik darjah. Penghargaan yang sesuai dengan
penglibatan; ganjaran dalam bentuk hadiah atau token ekonomi boleh
diberikan kepada murid.

Peneguhan positif penting untuk menambah kebarangkalian gerak balas


daripada murid. Peneguhan negatif yang diberi boleh membawa kesan yang
tidak menyeronokkan.

Guru harus mengurus emosi murid dengan berkesan supaya mereka dapat
menerima hakikat terhadap kekuatan dan kelemahan mereka. Murid perlu
belajar menerima diri, orang lain dan semulajadi sekara seadanya.

Mereka yang stabil emosi akan mempunyai minat yang mendalam, di senangi
kawan, menerima demokrasi sekara terbuka, suka berjenaka dan paling utama
mampu menanggung konflik yang berlaku.

Emosi murid harus di urus dengan penuh bijaksana supaya mereka tidak
berada dalam kebimbingan. Emosi harus di urus dengan berkesan untuk
membangkit naluri ingin tahu dan mengelak dari mereka berputus asa.

Emosi harus di urus dengan cara hubungan positif; guru harus mengamalkan
kepimpinan demokrasi dengan tidak terlalu mengongkong murid; perlu
mengambil berat keperluan fisiologi dan akademik murid dengan pengajaran
mengunakan pendekatan asertif dan berpusatkan murid.

Hubungan positif sesama rakan kelas perlulah dibina; mereka harus diberi
peluang bersosial dan mengutamakan semangat kerjasama dan memahami
emosi rakan.

Murid boleh mengunakan bahan mainan bagi menjelaskan perasaan dan


menyelesaikan masalah sosio-emosi. Nilai-nilai murni, keyakinan, inisiatif
pergaulan diri dan inisiatif pergaulan serta persefahaman perlu dikembangkan
bagi mengalakkan menghasilkan keputusan yang bertanggungjawab dan
berkesan.

5.3 Perhubungan Antara Kelompok Etnik

Linton (1945) menyatakan kebudayaan adalah segala yang dipelajari dan di


ulangi dalam sesebuah masyarakat iaitu warisan sosial ahli-ahli masyarakat.
Mesra bermaksud suatu hubungan erat yang terjalin antara individu di dalam
sesuatu masyarakat.

Mesra budaya ini merupakan suatu budaya yang dipersetujui oleh semua ahli
dalam suatu komuniti dan mereka mengiktiraf budaya itu sebagai suatu
amalan yang murni.

Generasi muda wajar membaca dan memahami serta menghayati roh

perlembagaan negara dan kontrak sosial yang diamalkan dinegara ini.

Golongan muda disarankan memahami Perlembagaan Persekutuan yang


menjamin hak setiap rakyat Malaysia, sekali gus meneruskan kejayaan
pembinaan negara dan menjaga perhubungan etnik.

Kementerian Pengajian Tinggi mewajibkan pelajar tahun satu mengikuti kursus


Hubungan Etnik sejak Oktober 2004. Modul Hubungan Etnik ialah unsur tradisi
Perlembagaan Malaysia iaitu bahasa kebangsaan, agama persekutuan,
kedudukan istimewa orang Melayu, bumiputera Sabah dan Sarawak. Muka
surat nota hilang woooo

Orientasi sosial di dalam bilik darjah menentukan apa yang patut diamalkan
dan apaka perkara yang tidak sepatutnya di lakukan di dalam bilik darjah; ini
termasuklah orientasi sikap dan tanggungjawab, orientasi belajar, orientasi
pengunaan masa dan orientasi penyesuaian dan pergaulan.

Tajuk pembelajaran berkaitan kepelbagaian budaya masyarakat harus dipilih


dan setiap murid perlu diberi peluang untuk berorientasi dan berbincang
tentang perayaan masing-masing. Penerapan budaya dan nilai murni dari etnik
yang berlainan dapat di serapkan di dalam objektif pembelajaran.

Guru harus adil, tidak bersikap pilih kasih, berat sebelah dan sentiasa peka
terhadap budaya murid tanpa mengira latar belakang mereka; dan guru tidak
boleh merendahkan dan memburukkan walau apa pun etnik mereka.

Aktiviti dan program yang dirancangkan tidak harus menyentuh isu-isu sensitif
yang mampu mengguriskan perasaan mana-mana pihak. Guru hendkalah
menerapkan nilai murni, kepentingan perpaduan, bertolak ansur dan
bekerjasma dalam mengekal keamanan dan kesejahteraan tanpa mengira
etnik atau warna.

5.4 Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran

Pengurusan pengajaran dan pembelajaran adalah aspek terpenting yang perlu


diberi perhatian serius agar pembaziran waktu tidak akan berlaku. Pelan
tindakan strategik bagi mata pelajaran yang diajar perlu disediakan dan aspek
kekuatan, kelemahan, peluang dan halangan hendaklah disertai dengan
perancangan lima tahun dan perancangan untuk tahun semasa selaras
dengan perancangan strategik sekolah.

Peningkatan profesionalisme guru di lihat dalam aspek kebolehan mencorak


kualiti pengajaran, kebolehan menyusun organisasi pembelajaran, kebolehan
mencorak iklim dalam kelas dan mencorak perkembangan murid.

Guru berperanan sebagai pendidik, pemudahcara, pemimpin, pembimbing,


penilai, perancang, perunding dan pendorong kearah
kecemerlangan murid.

Guru perlu bijaksana dan teliti dalam perancangan, pelaksanaan, penyeliaan,


penilaian dan rekfleksi.

Guru juga perlu merancang kurikulum, sukatan, huraian sukatan, buku teks,
rujukan tambahan dan maklumat tambahan termasuk laman web.

Inovasi dan kreativiti pengajaran dan pembelajaran agar tidak beku dan kaku
perlu diberi perhatian. Penyediaan perancangan kemajuan murid, merangka
kerja tahunan, menyediakan ujian, penilaian dan pentaksiran.

Perancangan yang berkualiti menjamin peningkatan kuantiti dan kualiti dalam

proses perkembangan pembelajaran serta hasilannya.

Pembelajaran yang bermakna melibatkan proses memahami, berfikir,


berbincang, membuat pertimbangan, menganalisis, kognitif, bagi
mengembangkan minda murid dan diperluas kepada kemahiran komunikasi,
penyesuaian diri, kemahiran bersosial dan perkembangan tingkahlaku.

Prinsip umum pembelajaran ialah meningkatkan dan mengekalkan rasa


kejayaan, meluaskan tahap intelektuan, kerohanian, kekuatan emosi,
keteguhan jasmani, merangsang minat dan menghasilkan keseronokkan,
memberi ruang dan peluang untuk mengatasi kelemahan, tidak menakut dan
mengugut murid, tidak membiarkan kegagalan berterusan, pembelajaran yang
realistik dan boleh dilakukan mengambil kira kemampuan murid.

Pembelajaran perlulah selaras objektif iaitu apa yang hendak dikuasai oleh
murid dan mampu mencabar kebolehan murid bagi mengembangkan potensi
mereka. Objektif yang dirancang perlulah tepat, jelas dan mampu dicapai oleh
murid pelbagai budaya dan latar belakang.

Pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan akan menjayakan


proses penyampaian ilmu pengetahuan,kemahiran,nilai dan sikap yang
membawa kepada perubahan kepada tingkahlaku murid.

Teknik dan kaedah mestilah sesuai dengan kumpulan sasaran; isi dan aktiviti
perlulah melibatkan interaksi murid pelbagai budaya.

Pengesanan dan penilaian perlu dijalankan untuk memastikan


penambahbaikan dijalankan dalam pengaajaran berikutnya. Bagi peringkat
pelaksanaan, penyampaian pengajaran berdasarkan objektif yang dirancang
perlulah dipatuhi, motivasi yang bersesuaian supaya mereka memahami
perbezaan diantara mereka perlu dititikberatkan. Aplikasi sumber yang hendak
digunakan mestilah selaras dengan kaedah dan teknik yang di pilih.

Semasa kelas dijalankan,adalah digalakkan murid bertanya dan bersoal jawab


serta mempunyai perasaan ingin tahu. Interaksi yang aktif dikalangan murid
hendaklah dijalankan. Guru perlu menjadi role model kepada pelajar.

Guru harus menjadi pengerak kepada pembelajaran berpusatkan murid.


Perbezaan budaya harus menjadi pencetus minda dan motivasi kearah
pembelajaran aktif, interaktif dan konstruktif. Guru boleh membantu
menyediakan bahan berasaskan teknologi, eletronik, bukan elektronik atau
sumber lain.

Murid terlibat dengan berkongsi pengalaman berasaskan tugas dan kejadian


sebenar. Tugasan boleh dijalankan secara koloborasi dan koperatif.

Pelaksanaan aktiviti dapat dilaksanakan dengan mengawal masa dan


menyusun aktiviti sekara berkesan. Proses brain breaks atau ruang
merihatkan minda juga perlu diberikan.

Pengurusan pengajaran pembelajaran perlu dirancang supaya murid saling


bergantung antara satu sama lain sekara positif, saling berinteraksi sekara
bersemuka dan memupuk semangat tanggungjawab individu kearah
pemprosesan berpasukan. Ini membolehkan murid menjadi lebih berani, yakin
dan berwibawa dan melahirkan murid yang lebih rasional, beretika, hormatmenghormati, bantu membantu diantara satu sama lain.

Pengunaan instrumen yang ditetapkan oleh bahagian yang bertanggungjawab


hendaklah digunakan yang termasuklah fokus dan hasil pembelajaran, isi
kandungan mata pelajaran, set induksi, perkembangan pengajaran dan
pembelajaran, penilaian, rumusan, tugasan dan refleksi.

Set induksi merupakan suatu proses yang diperkenalkan pada minit pertama
pengajaran dengan tujuan menarik perhatian dan mendorong murid
mempengaruhi hasil pembelajaran.

Set induksi yang menarik dapat menarik minat mengenai tajuk yang ingin
disampaikan dan memberi gambaran awal sebelum memulakan tajuk yang
sebenar, mendorong murid untuk mengetahui isi pengajaran dan pemusatan
mental murid kepada suatu konsep atau pendekatan.

Set induksi boleh disediakan dalam pelbagai bentuk dan kaedah yang menarik
seperti tayangan seduutan filem, nasyid, pantun, puisi, persembahan atau
lakonan, permainan, soal jawab, mempamer suatu bentuk atau objek,
pernyataan kontrovesial, klip video suatu panorama, satu persoalan yang
mencabar minda murid.

Set induksi hendaklah disediakan tentang apa yang dapat dikaitkan dengan
hasil pembelajaran, isi pelajaran, mendorong minat murid terhadap tajuk dan
dimulakan dalam keadaan murid sudah bersedia serta dalam jangkamasa satu
hingga lima minit.

Perkembangan isi pelajaran berlaku sekara berurutan dengan set induksi dan
berlaku dalam tiga aras ;

i)

aras pertama adalah aras asas dan semua murid yang hendak di
ajar hendaklah menguasai aras ini atau dikehendaki mengikuti
program pemulihan seperti menyediakan soalan yang mudah,
memahami nota ringkas guru

ii)

aras kedua adalah meneruskan perkembangan selanjutnya, guru


membuat penilaian dan yang gagal dikehendaki mengikuti program
pemulihan dengan pendekatan yang lebih sesuai

iii)

aras ketiga adalah aras sehingga selesai dan di ikuti penilaian yang
terakhir di hujung pengajaran dan pembelajaran

Perkembangan isi pelajaran bermula dari yang mudah kepada yang lebih
kompleks; disusun mengunakan kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai
dengan kemampuan serta menarik minat murid untuk menghayati ilmu yang
diterokai.

Aktiviti hendaklah dilaksanakan dalam masa yang ditetapkan dimana semua


pelaksanaan dapat dinyatakan, difahami sementara sebahagian murid dapat
menganalisa, membandingbeza dan dapat membuat penilaian.

Penyerapan dengan mata pelajaran lain termasuk prinsip Islam Hadhari,


penggabung jalinan dengan tajuk-tajuk lain serta penerapan nilai harus
diuruskan dengan bijaksana.

Pengajar perlu mengunakan pelbagai kaedah, teknik bagi meningkat


penguasaan ilmu disamping menjana kemahiran berfikir, berkomunikasi,
berinteraksi, menulis, berhujah, berimiginasi dan sebagainya bagi membentuk
kemenjadian murid.

Kemahiran mengunakan sumber yang sedia ada seperti alat bantuan


mengajar, bahan bantuan mengajar, kemudahan teknologi maklumat dan
telekomunikasi, bahan rujukan dan maklumat tambahan dan sebagainya
menjadi inspirasi guru untuk memudah dan mempercepatkan proses
pengajaran dan pembelajaran.

Sumber pengajaran dan pembelajaran hendaklah relevan dengan hasil


pembelajaran serta isi pembelajaran dimana sumber dapat mempercepatkan
dan menjimat masa pembelajaran, menarik minat murid dan boleh disertai
oleh semua murid. Maklumat dari sumber berkenaan adalah tepat, pengolahan
yang mudah difahami, senang digunakan dan boleh diubah dan sesuai
dengan keadaan semasa.

Apabila seluruh potensi insan dibangunkan sekara integrasi atau bersepadu,


bakal melahirkan insan yang berketrampilan yang mampu menyumbang
segala kebolehan untuk kebaikan diri, masyarakat dan negara.

Inikah hati yang di maksudkan ?

Hati adalah penentu dalam pembangunan insan kerana hati menjadi punca
penggerak dan keinginan manusia dan dari hati juga lahirnya pertimbangan
dan nilai sesuatu amalan. Hati perlu menjalani proses pendidikan supaya
lahirnya hati yang bersih, baik dan bermanafaat.

5.5 Pedagogi Relevan Budaya dan Kepelbagaian

Pedagogi yang relevan menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan


pembelajaran supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna kepada murid.

"Pedagogi ialah kajian mengenai pengajaran, khususnya pengajaran dalam pendidikan


formal. Dengan kata lain, ia adalah sains dan seni mengenai cara mengajar di sekolah.
Secara umumnya pedagogi merupakan mata pelajaran yang wajib bagi mereka yang ingin
menjadi guru di sekolah. Sebagai satu bidang kajian yang luas, pedagogi melibatkkan kajian
mengenai proses pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah
dan juga interaksi guru-pelajar.
Dari segi etimologinya, perkataan Pedagogi datangnya daripada bahasa Yunani paidagogos,
hamba yang menghantar dan mengambil budak-budak pergi balik dari sekolah. (lihat
Paideia.) Perkataan paida merujuk kepada kanak-kanak, yang menjadikan sebab kenapa
sebahagian orang cenderung membezakan antara pedagogi (mengajar kanak-kanak) dan
andragogi (mengajar orang dewasa). Perkataan Yunani untuk pedagogi, pendidikan, adalah
digunakan dengan lebih meluas, dan seringkali kedua-duanya boleh ditukar guna."
Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Pedagogi

Penekanan diberikan kepada pengintegrasian pengetahuan, kemahiran asas


serta nilai murni bagi perkembangan menyeluruh dari kepelbagaian kebolehan

dan budaya murid.

Konsep kebudayaan dalam sosiologi, dikatakan cara hidup yang dipelajari,


diubahsuaikan dan diturunkan dari generasi ke generasi. Dari sudut perspektif
ahli fungsionalisme, sekolah dilihat berfungsi sebagai proses sosialisasi
mendidik kanak-kanak mengikut kehendak masyarakat mereka dan guru
bertanggungjawab memenuhi keperluan murid tanpa prejudis.

Konsep modal budaya merujuk kepada individu yang mewarisi dan


memperolehi keupayaan bahasa dan budaya dari keluarga dan
masyarakatnya.

Pierre Bourdieu (1930) dalam kajiannya menyatakan pencapaian


persekolahan seseorang individu adalah berkaitan rapat dengan latar belakang
kebudayaan ibubapanya dan tahap pendidikan ibubapa mempengaruhi
pencapaian persekolahan anak-anak mereka daripada kedudukan kerjaya
mereka dalam masyarakat.

Diantara teknik dan kaedah yang boleh di gunakan adalah ;

Kaedah Direktif

Kaedah Mediatif

i)

belajar melalui penerangan dan di ikuti oleh ujian kefa

ii)

fokus kepada kemahiran asas, latih tubi dan latihan ke

iii)

guru sebagai model

i)

mengunakan bahan media

ii)

Kaedah Generatif

Kaedah Kontekstual

Kaedah Metakognitif

Kaedah Konteks Luar

Kajian Masa Depan

diajar mengaplikasikan pengetahuan untuk menyelesa


dan menilai andaian

i)

mengalakan menjana idea kritis dan kreatif

ii)

murid dijangka dapat membuat pertimbangan untuk m

i)

boleh diaplikasikan dalam amalan pedagogi supaya bu

ii)

dapat mengaitkan bahan pengajaran dan pembelajara

iii)

boleh dikaitkan dengan pembelajaran eksperential iai

i)

memberi peluang untuk memikir tentang proses pemb


kendiri

ii)

murid akan berbincang tugasan dan dapat mempraktik

i)

memerlukan aktiviti dijalankan dan dilakukan diluar bil

ii)

guru bertindak sebagai fasilitator

iii)

murid akan menjalankan aktiviti penyelesaian dan akan

i)

membolehkan murid mengambil bahagian mencipta p

ii)

membantu murid berfikiran jauh

Kaedah Koperatif

Pembelajaran
Koloboratif

i)

murid dapat berbincang sekara kumpulan dan harmon

ii)

dapat belajar bekerjasama dan berinteraksi di antara m

iii)

akan menjadi menarik kerana penglibatan aktif

iv)

melatih meningkatkan akauntabiliti diri dan bertanggun

v)

kemahiran dan interaksi sosial dapat dipupuk

i)

dapat bekerjasama erat diantara dua pihak atau lebih

ii)

berusaha bersama mencapai matlamat pembelajaran

iii)

melibatkan kumpulan murid berusaha mencapai presta

iv)

keberkesanan pembelajaran dapat di tingkatkan

5.6 Pedagogi Kelas Bercantum

Di wujudkan apabila bilangan murid dalam satu tahun persekolahan adalah


kurang dari 15 orang. Sesebuah kelas Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 dicantum
jika bilangan murid tidak mencukupi.

Kelas bercantum juga wujud dalam sesebuah sekolah yang bilangan muridnya
kurang dari 145 orang. Bilangan guru besar dan guru pula tidak melebihi 5
orang.

Guru akan mengajar lebih dari satu tahun persekolahan sekara serentak dalam
kelas bercantum. Bangunan sekolah terdiri dari pondok-pondok kecil dan

biasanya kurang lengkap.

Guru mengajar sekara berkumpulan dan berpusatkan murid; tujuannya


adalah membolehkan murid aktif dan memenuhi keperluan mereka yang
mempunyai pelbagai kebolehan.

Murid akan mengikuti mata pelajaran mengikut aktiviti yang diperingkat


mengikut tahap pencapaian mereka; sekara langsun dapat diberi peluang
untuk memberikan pendapat kepada rakan sekelas walaupun dari pelbagai
kecerdasan yang berbeza.

Guru juga mengunakan kaedah perbincangan, yang melibatkan perbualan


antara guru-murid dan murid-murid didalam sebuah kelas. Perbincangan
boleh sekara keseluruhan kelas yang biasanya diketuai dan diarahkan oleh
guru atau perbincangan sekara kumpulan kekil yang diketuai murid.

Guru perlu bijak melaksanakan kelas cantum kerana terdapat aras perbezaan
yang agak ketara dalam diri murid; kelemahan mengunakan pedagogi yang
sesuai akan menjejaskan dan merencatkan minat murid.

5.7 Sosiologistik

Sosiologistik adalah gabungan perkataan sosio dan linguistik yang


menunjukkan bidang ilmu adalah perpaduan sosiologi dan linguistik.
Perbahasan pokok dalam ilmu adalah masyarakat dan bahasa.

Sosiolinguistik adalah ilmu interdisiplin yang membincangkan dan menyusun


teori tentang perhubungan masyarakat dan bahasa yang dituturkan dalam
komunikasi seharian.

Maksud masyarakat dalam ilmu linguistik adalah mencakupi kajian mengenai


pihak yang terlibat dalam interaksi kelompok besar dan kekil, fungsi kelompok,
pertembungan antara kelompok, sektor sosial, perhubungan dan perbezaan
dari segi bahasanya.

Maksud istilah bahasa mencakupi gagasan seperti perbezaan kod-kod antara


bangsa seperti bahasa Melayu, Indonesia, Arab, Inggeris dan lain-lain.

Ragam regional dari satu kod adalah seperti bahasa Melayu Malaysia,
Singapura, Brunei, Thai Selatan, Kelantan, Kedah dan lain-lain.

Ragam kelompok sosial adalah seperti bahasa golongan bangsawan, kelas


tinggi dan rendah dan ragam stailistik melibatkan situasi rasmi, santai, intim
dan sebagainya. Kesemuanya ini diamati dengan memberi perhatian kepada
ciri pola bunyi dan sebutan, kosa kata, ciri tatabahasa atau tahap makna iaitu
semantik.

Sosiologi adalah ilmu yang mempelajari struktur masyarakat dan proses


kemasyarakatan termasuk di dalamnya perubahan-perubahan masyarakat.
Sosiologi adalah ilmu kemasyarakatan yang mutlak dan abstrak yang memberi
pengertian umum, rasional dan emperikal serta bersifat umum (Soekanto
1982:50).

Linguistik adalah ilmu yang mengkaji bahasa sebagai bentuk lisan dan tulisan;
linguistik memiliki rumus yang menjelaskan system, rasional, emperikal dan
kesimpulan sebagai pemberian daripada kenyataan struktur, penggolongan
dan rumus-rumus bahasa termasuklah pernyataan kekekualian.

Bahasa itu sendiri adalah alat untuk berkomunikasi dalam proses sosialisasi,
yang diberi pemerian sekara formal dan abstrak atau kadang-kadang kaku
oleh linguistik.

Linguistik khususnya di Amerika menurut Fishman (1968:7) sehingga


pertengahan pertama abad kedua puluh adalah disiplin normal yang hamper
sejajar dengan matematik yang abstrak. Bidang ini memberi tumpuan ke atas
analisis struktur bahasa dan pendekatan psikologis dan sosiologis dianggap
berbahaya dan menyesatkan.

Pada pertengahan 1960an pula, penemuan kembali antara kedua bidang ilmu
ini, dan kesedaran baru khususnya dalam kalangan ilmuan Amerika akan
hubungan yang tidak boleh di pisahkan antara perilaku bahasa dan perilaku
sosial (Loveday, 1982:2).

Istilah sosiolinguistik baru muncul dalam karya Haver C. Currie yang


menyarankan supaya di selidiki perhubungan antara perilaku ujaran dengan
status sosial ahli masyarakat (Dittmar, 1976:127).

Dell Hymes (1962) menyebut sosio-lingusitik sebagai etnografi pertuturan.

Lima perkara yang dapat disimpulkan mengenai istilah sosiolinguistik adalah :

Mereka yang meminati bidang mempelajari metod dan alat yang digunakan
dalam kelompok sosial di panggil ethnomethodologis.

Dell Hymes mengutarakan konsep sosiolingusitik sebagai kecekapan


berkomunikasi

Variasi dan aneka bahasa dihubungkan dengan kerangka sosial para


penuturnya

Pemanfaatan unsur-unsur bahasa dalam politik adalah sasaran kajian

sosiolinguistik terutamanya bagi menentukan bahasa asing untuk diajar disatu


negara.

Aspek sosial dalam bilingualisme dan multilinguisme adalah penting seperti


code-switching.

Tujuh dimensi dalam penyelidikan sosiolinguistik yang dirumuskan oleh


Dittmar (1976:128) dalam konferens di UCLA , 1964 ialah :

i)

identiti sosial penuntut

ii)

identiti sosial pendengar yang terlibat dalam proses komunikasi

iii)

lngkungan sosial tempat peristiwa perbincangan berlaku

iv)

analisis sinkronik dan diakronik terhadap dialek sosial

v)

penilaian sosial yang berbeza oleh penutur akan bentuk perilaku


penutur

vi)

tingkatan aneka atau ragam linguistik

vii)

penerapan praktikal daripada penyelidikan sosiolinguistik

Sosiolingusitik adalah kajian interdisiplin yang mempelajari pengaruh budaya


terhadap suatu bahasa yang digunakan. Bidang ini melibatkan interaksi sosial
dan bahasa sesuatu budaya.

5.8 Penilaian Berasaskan Budaya

Guru perlu melaksanakan penilaian terhadap murid berasaskan budaya yang


sesuai dengan situasi di dalam kelas berkenaan. Antara perkara yang perlu di
beri perhatian adalah aturan dan kedudukan fizikal kelas dalam kumpulan
dengan kaum yang berbeza. Murid perlu diberi peluang melakukan aktiviti
bersama kaum yang berbeza, boleh memperkenalkan adat dan kaum yang

ada; penerapan nilai kerjasama dalam subjek akan memudahkan proses


penilaian terhadap murid.

Penilaian terhadap nilai yang diamalkan merupakan garis panduan, tindakan


dan pola tingkah laku yang diingini. Nilai yang dipilih dan diamalkan dapat
mencorakkan perkembangan tingkahlaku yang baik dan menjamin
keharmonian bilik darjah. Nilai mencakupi satu dimensi tingkahlaku sosial yang
luas dan memberi kesan kepada hubungan suasana bilik darjah, sikap dan
tanggungjawab, dorongan kejayaan dan lain-lain.

Penilaian terhadap aspek disiplin boleh mempengaruhi suasana dan


persekitaran bilik darjah yang efektif mencerminkan adanya disiplin dalam
kalangan guru dan murid.

Nilai hidup berdisiplin bermula dari bilik darjah yang bertujuan membentuk
individu yang bertanggungjawab dan dapat meneruskan amalan cara hidup
yang baik. Disiplin juga meliputi dimensi moral dan akhlak yang mencorakkan
sahsiah dan tingkah laku yang baik dan terpuji tanpa mengira latar belakang
budaya murid.

Budaya belajar murid yang dinamik akan meluaskan ruang ekspresi,


perbincangan, penyelidikan, pembacaan, penyelesaian masalah, mengasah
pemikiran kritikal dan mencorakkan murid bersifat kreatif dan seronok di
samping dapat menguasai kemahiran tertentu. Bilik darjah yang berkesan
menawarkan pelbagai peluang pembelajaran untuk membantu setiap murid
mengembangkan potensi, minat dan bakat yang berbeza.

Penilaian terhadap aspek psikologi murid meliputi kesan pelbagai pengaruh


budaya keatas perkembangan dimensi mental, sosial, moral dan psikologi bilik
darjah. Psikologi yang membina keyakinan dan keberanian boleh mendorong
satu pembentukan sahsiah dan tingkah laku yang baik di bilik darjah. Guru
diminta membentuk sikap murid terhadap over-dependency atau terlalu
bergantung kepada guru atau orang lain untuk belajar dan mendapatkan

maklumat.

Orientasi sosial bilik darjah akan menentukan apa yang patut diamalkan dan
apakah yang tidak sepatutnya dilakukan di dalam bilik darjah. Ini termasuklah
orientasi sikap dan tanggungjawab, orientasi belajar, orientasi pengunaan
masa dan orientasi penyesuaian serta pergaulan mereka. Orientasi akan
menentukan iklim bilik darjah yang akan mempengaruhi pembelajaran murid.

Fungsi organisasi ialah meningkatkan pengawalan sosial dengan


mementingkan kepada keseragaman, kestabilan dan kepatuhan. Keadaan
yang tidak kondusif seperti sesak, memberi kesan seperti tidak selesa dan
bising, kurang perhatian individu, pengabaian terhadap murid lemah dan iklim
dan suasana bilik darjah yang tegang.

Faktor streaming mengikut kebolehan boleh memberi impak psikologi yang


luas terutama ke atas harga diri, keyakinan dan rasa kejayaan dalam kalangan
murid.

Sumber :

Kamus Dewan (1999). Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur


Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Kuala Lumpur.
Syed Ismail & Ahmad Subki (2008). Budaya dan Pembelajaran (2008) . Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd ISBN
978-967-5451-04-1
Ting Chew Peh (1985) Konsep Asas Sosiologi. Dewan Bahasa Pustaka dan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kuala Lumpur

Hubungan Etnik http://khai89.wordpress.com/pengalaman/


Hubungan Etnik di Malaysia http://ewarga4.ukm.my/ewarga/pdf/102008/29-96-3.pdf
Konflik Etnik dan Ras http://sarjana.tripod.com/konflik1.html

Orang Cina Malaysia http://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Cina_Malaysia


Orang India Malaysia http://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_India_Malaysia
Orang Melayu Malaysia http://ms.wikipedia.org/wiki/Melayu
Teori Perhubungan Etnik http://www.usm.my/ipptn/v2/documents/MonographsIPPTN/Monograf
%206,%202005%20Integrasi%20etnik%20di%20IPTA/Bab%202.pdf
Pengukuhan Perpaduan Negara http://www.pemudaumno.org.my/modules.php?

name=News&file=print&sid=2523

Kembali

http://kheru2006.webs.com/edu_3106/5_Pembinaan_Persekitaran_Bilik_Darjah.ht
m
Dibina pada Disember 1, 2009 oleh dan dikemaskini pada Disember 22, 2009 oleh Pengendali@2006

You might also like