You are on page 1of 21

PERJANJIAN INI diperbuat pada

haribulan

2007 diantara

LEMBAGA PEMEGANG AMANAH YAYASAN PAHANG yang diberikan kuasa di bawah


Enakmen YAYASAN PAHANG No. 6 Tahun 1982 yang beralamat di KOMPLEKS YAYASAN
PAHANG, TANJUNG LUMPUR, 26060 KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR (selepas ini
dirujuk sebagai YAYASAN PAHANG) di satu pihak dan ________________________________
(NO. SYARIKAT: _______________) sebuah syarikat yang ditubuhkan di Malaysia di bawah
Akta Syarikat, 1965 yang beralamat di _________________________________________
_________________________ (selepas ini dirujuk sebagai SYARIKAT) di satu pihak yang lain.
BAHAWASANYA:A.

YAYASAN PAHANG telah mendapat anugerah Kawasan Konsesi Kayu Balak


daripada Kerajaan Negeri Pahang (selepas ini dirujuk sebagai Pihak Berkuasa
Negeri) dan kebenaran untuk mengeluarkan kayu balak (selepas ini dirujuk
sebagai kayu balak tersebut) di kawasan seluas lebih kuVrang +______ hektar
(lebih kurang +_____ ekar) di HUTAN SIMPAN ________ di dalam DAERAH ________
(KOMPARTMENT ________) di dalam NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR (selepas ini
dirujuk sebagai Kawasan Konsesi Kayu Balak tersebut) seperti yang terdapat di
dalam pelan bertanda

MERAH

yang dilampirkan di dalam ini dan ditanda

sebagai LAMPIRAN A.
B.

Kedua-dua pihak bersetuju bahawa YAYASAN PAHANG akan menjual dan


SYARIKAT akan membeli kayu balak di dalam Kawasan Konsesi Kayu balak
tersebut menurut terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan di dalam ini.

C.

Kedua-dua belah pihak bersetuju bahawa Perjanjian ini adalah tertakluk


sentiasa kepada syarat-syarat di dalam lesen yang akan dikeluarkan oleh pihak
Pejabat Perhutanan Negeri/Daerah atau apa-apa arahan undang-undang atau
peraturan yang dikeluarkan atau akan dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh
Pihak Berkuasa Negeri atau mana-mana pihak berkuasa yang berkenaan.

-1-

ADALAH DENGAN INI DIPERSETUJUI bahawa:1.

Sebagai balasan kepada wang berjumlah RINGGIT MALAYSIA: ________________


_________________ (RM ______________) sahaja yang telah dibayar oleh SYARIKAT
kepada YAYASAN PAHANG (selepas ini disebut sebagai Deposit cagaran
Tender) dan penerimaannya dengan ini telah diakui oleh YAYASAN PAHANG
dan sebagai sebahagian dari Bayaran Keseluruhan yang perlu dibayar oleh
SYARIKAT kepada YAYASAN PAHANG berjumlah RINGGIT MALAYSIA: ____________
____________________________________________________________ (RM ____________)
sahaja (selepas ini disebut sebagai Bayaran Keseluruhan), YAYASAN PAHANG
dengan ini

bersetuju menjual kayu balak yang terdapat di dalam Kawasan

Konsesi Kayu Balak tersebut tertakluk kepada pematuhan SYARIKAT terhadap


terma-terma, syarat-syarat dan persetujuan yang dinyatakan selepas ini di dalam
Perjanjian ini.
2.

Baki Bayaran Keseluruhan yang perlu dibayar oleh SYARIKAT kepada YAYASAN
PAHANG

adalah

berjumlah

RINGGIT

MALAYSIA:

_________________________

_______________________________________________________________________________
(RM

_____________)

sahaja

(selepas

ini

disebut

sebagai

Baki

Keseluruhan) yang merangkumi bayaran-bayaran berikut:Bayaran Fasa 1


(a)

Harga Kawasan (Baki 80%)

RM ____________

(b)

Deposit Lesen

RM ____________

(c)

Yuran Proses

RM ____________

(d)

Kerja-kerja Ukur oleh Jurukur Berlesen

RM ____________

(e)

Kerja-kerja pengesahan Sempadan

RM ____________

Jumlah Fasa 1

RM ____________

Bayaran Fasa 2
(f)

Deposit Kerja

RM ____________

JUMLAH FASA 1 DAN 2

RM ____________

-2-

Bayaran

3.

Bayaran Fasa 1 dan 2 yang berjumlah RINGGIT MALAYSIA: ___________________


________________________________________________________

(RM _______________)

sahaja hendaklah dijelaskan oleh SYARIKAT kepada YAYASAN PAHANG dengan


menggunakan bank deraf atas nama YAYASAN PAHANG seperti berikut:(a)

Bayaran-bayaran yang dinyatakan dalam Fasal 2(a), (b), (c), (d) dan (e)
yang kesemuanya berjumlah RINGGIT MALAYSIA: ___________________
________________________________________________

(RM

____________)

sahaja (selepas ini disebut sebagai Bayaran Fasa 1) hendaklah


dijelaskan dalam tempoh Tiga Puluh (30) hari dari tarikh Perjanjian ini.
(b)

Bayaran-bayaran yang dinyatakan dalam Fasal 2(f) yang berjumlah


RINGGIT

MALAYSIA:

_______________________________

(RM

_________)

sahaja (selepas ini disebut sebagai Bayaran Fasa 2) hendaklah


dijelaskan oleh SYARIKAT SEBELUM lesen pembalakan ditandatangani
iaitu dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh notis tuntutan yang
akan dikeluarkan oleh YAYASAN PAHANG menuntut Bayaran Fasa 2
tersebut. YAYASAN PAHANG hanya akan menandatangani apa-apa
dokumen, suratikatan dan apa jua suratcara berhubung dengan Lesen
Pembalakan selepas Bayaran Fasa 2 tersebut dijelaskan sepenuhnya oleh
SYARIKAT.
4.

(a)

Sekiranya SYARIKAT gagal untuk menjelaskan Bayaran Fasa 1 dalam


tempoh

yang

ditetapkan

maka

YAYASAN

PAHANG,

boleh

atas

permohonan bertulis daripada SYARIKAT melanjutkan tempoh penjelasan


Bayaran Fasa 1 tersebut selama Lima Belas (15) hari bermula dari tarikh
tamat tempoh 30 hari yang ditetapkan.

Sekiranya tempoh lanjutan

tersebut di atas budibicara mutlaknya dipersetujui oleh YAYASAN


PAHANG, maka SYARIKAT hendaklah membayar kepada YAYASAN
PAHANG faedah pada kadar Sepuluh Peratus (10%) setahun dikira
atas asas harian ke atas Bayaran Fasa 1 yang belum dijelaskan sehingga
tarikh penjelasan penuh Bayaran Fasa 1 tersebut.

-3-

(b)

Sekiranya SYARIKAT masih gagal menjelaskan Bayaran Fasa 1 tersebut


pada tarikh tamat tempoh lanjutan masa tersebut maka SYARIKAT
dianggap telah menamatkan Perjanjian ini dan Perjanjian ini akan dikira
tamat dan tidak berkuatkuasa lagi dan YAYASAN PAHANG berhak untuk
merampas keseluruhan Deposit Tender yang telah dibayar oleh SYARIKAT
kepada YAYASAN PAHANG.

(c)

Apabila Perjanjian ini ditamatkan mengikut Fasal 4(b) di atas, maka


SYARIKAT tidak berhak untuk membuat apa-apa tuntutan terhadap
YAYASAN PAHANG mengenai apa pun yang berkaitan dengan Perjanjian
ini dan YAYASAN PAHANG berhak untuk menender semula kawasan
tersebut atau melupuskan Kawasan Konsesi Kayu Balak tersebut dengan
harga dan kepada mana-mana pihak lain yang difikirkan patut oleh
YAYASAN PAHANG mengikut budibicara mutlak YAYASAN PAHANG.

(d)

Sekiranya SYARIKAT gagal untuk menjelaskan Bayaran Fasa 2 dalam


tempoh yang ditetapkan maka YAYASAN PAHANG melalui budi bicara
mutlaknya berhak untuk menamatkan Perjanjian ini dan merampas
keseluruhan wang yang telah dibayar oleh SYARIKAT kepada YAYASAN
PAHANG dan dalam keadaan sedemikian Perjanjian ini dikira tamat dan
tidak berkuasa lagi dan Fasal 4(c) adalah terpakai mutatis mutandis.

5.

Adalah diperuntukkan dengan nyata bahawa SYARIKAT menyedari bahawa jika


sekiranya pihak Kerajaan atau Pihak Berkuasa Negeri atau mana-mana Pihak
Berkuasa Berkenaan menaikkan cukai dan/atau premium atau levi ke atas
pengeluaran

dan/atau

penjualan

balak,

maka

SYARIKAT

hendaklah

menjelaskan apa-apa kenaikan tersebut kepada YAYASAN PAHANG dan/atau


Pihak Kerajaan atau Pihak Berkuasa Negeri atau mana-mana Pihak Berkuasa
Berkenaan dalam masa Tujuh (7) hari dari tarikh notis yang dikeluarkan oleh
YAYASAN PAHANG atau Pihak Kerajaan atau pihak Berkuasa Negeri atau manamana Pihak Berkuasa Berkenaan mengenai kenaikan tersebut mengikut mana
yang berkenaan dan jika SYARIKAT gagal berbuat demikian maka YAYASAN
PAHANG berhak untuk membatalkan Perjanjian ini mengikut Fasal 16 Perjanjian
ini.

-4-

6.

Sekiranya penganugerahan Kawasan Konsesi Kayu Balak tersebut dibatalkan


atau ditarik balik oleh Pihak Berkuasa Negeri atau mana-mana Pihak Berkuasa
Berkenaan, maka Perjanjian ini akan dianggap terbatal dengan sendirinya dan
SYARIKAT tidak boleh membuat apa-apa tuntutan gantirugi terhadap YAYASAN
PAHANG melainkan atau kecuali jika dituntut secara notis bertulis YAYASAN
PAHANG hendaklah mengembalikan semua wang yang telah dibayar oleh
SYARIKAT kepada YAYASAN PAHANG tanpa sebarang faedah dalam tempoh
yang munasabah yang akan dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

7.

Kedua-dua belah pihak dengan ini bersetuju bahawa pengiraan harga kayu
balak bagi Kawasan Konsesi Kayu Balak tersebut juga akan dikira berdasarkan
apa jua premium, yuran, Cukai SES atau pembayaran yang dikenakan oleh
Pihak Berkuasa Negeri atau mana-mana Pihak Berkuasa yang berkenaan
berhubung dengan penganugerahan Kawasan Konsesi Kayu Balak tersebut.

8.

(a)

Tanpa menyentuh apa-apa peruntukan di dalam Perjanjian ini SEKIRANYA


terdapat pertambahan keluasan kawasan yang ditender dengan keluasan
kawasan yang disahkan oleh Pejabat Hutan Daerah atau Pihak Berkuasa
Berkenaan maka YAYASAN PAHANG boleh atas budi bicaranya yang
mutlak memohon kepada Pejabat Hutan Daerah meminda pelan kawasan
yang telah disahkan itu supaya selari dan mengikut keluasan pelan
kawasan yang telah ditender oleh YAYASAN PAHANG.

(b)

SEKIRANYA terdapat kekurangan keluasan kawasan yang ditender dengan


keluasan kawasan yang disahkan oleh Pihak Pejabat Hutan Daerah, pihak
YAYASAN PAHANG tidak akan mengganti kekurangan keluasan kawasan
tersebut dan YAYASAN PAHANG tidak akan memulangkan wang yang
telah dibayar kepada YAYASAN PAHANG.

9.

SYARIKAT dengan ini mengaku dan mengisytiharkan seperti berikut:(a)

SYARIKAT telah membuat pemeriksaan dan pemerhatian di keseluruhan


Kawasan Konsesi Kayu Balak tersebut dan berpuashati dengan isi hutan,
jalan masuk, kontor, faktor mukabumi dan lain-lain keadaan di Kawasan
Konsesi Kayu Balak tersebut dan SYARIKAT dengan itu tidak berhak untuk

-5-

menamatkan Perjanjian ini atau menuntut apa-apa gantirugi, pampasan


atau pengurangan harga kawasan terhadap YAYASAN PAHANG
sekiranya terdapat kekurangan atau kecacatan di dalam kawasan
tersebut.
(b)

Sewaktu

pemilihan

permerhatian

dan

pemeriksaan

dijalankan

di

Kawasan Konsesi Kayu Balak tersebut, SYARIKAT telah memerhati semua


faktor mukabumi yang mungkin melibatkan kos pembalakan yang akan
ditanggung oleh SYARIKAT. SYARIKAT juga telah mengambil perhatian
dari segi pengiraan isi hutan bagi Kawasan Konsesi Kayu Balak tersebut
mengenai adanya kawasan mampan (buffer zone) di sepanjang sungai
dan anak sungai (jika ada). Oleh yang demikian kayu-kayu balak yang
terdapat di kawasan mampan (buffer zone) tersebut tidak boleh
ditebang, dikeluarkan atau dibalak.
(c)

Kawasan Konsesi Kayu Balak tersebut yang ditender samada mempunyai


isi hutan yang baik atau sebaliknya atau melibatkan kawasan paya,
bekas lombong, kawasan yang telah dicerobohi (jika ada) tidak boleh
ditukar ganti. Sebarang permohonan atau rayuan untuk menukar ganti
Kawasan Konsesi Kayu Balak tersebut tidak akan dilayan.

(d)

SYARIKAT hendaklah dikira berpuashati dengan keadaan yang ada


sekarang berhubung dengan jalan raya, jalan keretapi atau lain-lain cara
pengangkutan (jika ada) yang telah sedia ada di dalam Kawasan
Konsesi Kayu Balak tersebut dan kemudahan yang ada, kontor, risiko
terhadap

kecederaan

atau

pun

kerugian

harta

benda

yang

berhampiran atau pun kepada penghuni di dalam harta benda tersebut


atau kepada cara mana kerja-kerja akan dijalankan, keadaan yang
akan melibatkan buruh, kemudahan untuk mendapatkan bahan-bahan
dan seterusnya terhadap semua perkara yang akan mempengaruhi
faktor serta tujuan SYARIKAT.

-6-

10.

SYARIKAT dengan ini berwaad dan berjanji untuk menangggung di atas kos dan
perbelanjaan sendiri berhubung dengan perkara-perkara tersebut:(a)

untuk menebang, mengalih dan mengeluarkan kayu balak dari Kawasan


Konsesi Kayu Balak tersebut dalam tempoh masa yang ditetapkan di
dalam lesen membalak yang dikeluarkan;

(b)

untuk melepaskan YAYASAN PAHANG dari sebarang liabiliti atau


tanggungan dan menanggungrugi YAYASAN PAHANG terhadap apaapa tuntutan pihak ketiga yang mungkin timbul berhubung dengan
penebangan, pengalihan dan pengeluaran kayu balak tersebut dan dari
sebarang kegagalan untuk mematuhi apa-apa syarat yang telah
ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri atau Pejabat Perhutanan Negeri
atau Pihak Berkuasa Berkenaan;

(c)

untuk menyediakan pelan bagi jalan balak atau matau serta apa-apa
butiran yang dikehendaki oleh Pihak Berkuasa Berkenaan dan hendaklah
pada sepanjang masa mematuhi pelan-pelan yang diluluskan oleh Pihak
Berkuasa Berkenaan berserta syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh
Pihak Berkuasa Berkenaan.

(d)

untuk membiayai kos dan pembayaran bagi mendapatkan permit jalan


utama sehingga ke kawasan kerja yang mana permit tersebut akan
dipohon oleh YAYASAN PAHANG bagi pihak SYARIKAT dan SYARIKAT juga
hendaklah melaksanakan kerja-kerja mengawas selia dan membaik pulih
jambatan serta menanggung segala kos dan pembayaran bagi tujuan
tersebut;

(e)

untuk menyediakan laporan penutupan operasi pembalakan dan


pengeluaran kayu balak dari Kawasan Konsesi Kayu Balak tersebut
setelah semua kerja-kerja tersebut selesai dan memajukannya kepada
YAYASAN PAHANG.

-7-

(f)

untuk membayar kepada Pihak Berkuasa Negeri ataupun Pejabat


Perhutanan Negeri atau Daerah apa jua bayaran royalti/cukai/apa-apa
bayaran lain yang dikenakan berhubung dengan penebangan dan
pengeluaran kayu balak di dalam Kawasan Konsesi Kayu Balak tersebut
termasuk apa-apa bayaran yang berkaitan dengan Perjanjian ini tidak
kira samada kayu balak tersebut telahpun dikeluarkan ataupun tidak.
SYARIKAT juga hendaklah membayar dan menjelaskan semua jumlah
tunggakan royalti yang dikenakan kelak.

(g)

untuk menyediakan sendiri apa-apa mesin, alat, kenderaan ataupun


jentera bagi kerja-kerja, penebangan, pengalihan ataupun pengeluaran
berhubungan dengan Kawasan Konsesi Kayu Balak tersebut dan
SYARIKAT juga hendaklah memastikan bahawa mesin, alat, kenderaan
atau jentera yang digunakan tersebut mempunyai lesen atau

permit

(sekiranya diperlukan) sebagaimana peruntukan mengikut mana-mana


Akta, Enakmen, Statut ataupun Undang-Undang Kecil yang berkuatkuasa
dari

masa

ke

semasa

dan

SYARIKAT

akan

melepaskan

dan

menanggungrugi YAYASAN PAHANG dari sebarang denda, hukuman,


penalti ataupun apa jua tuntutan yang dikenakan oleh mana-mana
Pihak Berkuasa yang berkenaan berhubung dengan kegagalan atau
ketidakpatuhan terhadap mana-mana peruntukan berhubung dengan
penggunaan mesin, alat, kenderaan ataupun jentera-jentera tersebut.
(h)

di sepanjang Perjanjian ini berkuatkuasa, untuk memastikan perlindungan


melalui polisi ataupun polisi-polisi insuran, segala liabiliti (tanggungan)
untuk membayar sebarang saguhati ataupun gantirugi kepada pekerjapekerja yang digaji dalam menjalankan kerja-kerja penebangan dan
pengeluaran

kayu

balak

dan/atau

terhadap

waris-waris

mereka

berhubung dengan kemalangan ataupun kecelakaan ke atas pekerjapekerja tersebut dalam melaksanakan tugas ataupun kerja mereka (ini
the course of their employment) di bawah sebarang peruntukan undangundang ataupun di bawah Common Law untuk apa jua gantirugi
terhadap harta benda atau nyawa atau kecederaan ketika kerja-kerja
penebangan, pengalihan dan pengeluaran kayu balak tersebut.

-8-

(i)

untuk membayar apa jua denda, penalti ataupun tuntutan yang


dikenakan oleh Pihak Berkuasa Negeri ataupun mana-mana Pihak
Berkuasa yang berkenaan sekiranya SYARIKAT, wakil dan/atau agen
dan/atau pekerja mereka didapati melanggar apa-apa syarat ataupun
peruntukan yang dikenakan oleh mana-mana Pihak Berkuasa yang
berkenaan berhubung dengan operasi pembalakan tersebut dan dalam
melaksanakan kerja-kerja mengeluarkan Kayu Balak tersebut dan
bersetuju untuk melepaskan dan menanggungrugi YAYASAN PAHANG
ataupun wakil mereka daripada tuntutan tersebut.

TANPA MENYENTUH PERUNTUKAN di atas sekiranya SYARIKAT di denda oleh manamana Pihak Berkuasa yang berkenaan berkaitan dengan apa-apa kerja
penebangan, pengalihan, pengeluaran, penjualan kayu balak tersebut dengan
jumlah wang yang tertentu maka SYARIKAT hendaklah membayar kepada
YAYASAN PAHANG bayaran sebanyak Tiga (3) kali ganda jumlah denda yang
dikenakan oleh mana-mana Pihak Berkuasa yang berkenaan berkaitan dengan
perlanggaran tersebut dan hendaklah dibayar kepada YAYASAN PAHANG
dalam tempoh Tujuh (7) hari dari tarikh tuntutan oleh YAYASAN PAHANG.
(j)

untuk mengadakan langkah-langkah perlu untuk mengelakkan dan untuk


tidak membenarkan atau membiarkan perkara-perkara berikut:(i)

menjalankan operasi pembalakan di luar Kawasan Konsesi Kayu


Balak tersebut; atau

(ii)

menebang/mengeluarkan kayu balak yang tidak dibenarkan


oleh Pihak Pejabat Perhutanan Negeri atau Daerah ataupun
mana-mana Pihak yang berkuasa Berkenaan; atau

(iii)

mencuri/mengambil secara haram kayu balak di luar Kawasan


Konsesi Kayu Balak tersebut/buffer zone;

dan jika sekiranya SYARIKAT melanggar syarat-syarat tersebut, SYARIKAT


hendaklah bertanggungan terhadap gantirugi dan terhadap kecurian
kayu balak di luar Kawasan Konsesi Kayu Balak tersebut ataupun

-9-

penebangan/pengeluaran kayu balak yang tidak dibenarkan dan


SYARIKAT juga hendaklah melepaskan dan menanggungrugi YAYASAN
PAHANG dari segala denda, penalti, prosiding, tindakan, tuntutan dan
liabiliti tersebut.
(k)

untuk

menanggung

dan

membayar

kesemua

kos

serta

perbelanjaan konsultan yang dilantik oleh YAYASAN PAHANG bagi


memantau dan mengawal selia kerja-kerja penyediaan jalan
balak atau matau dan penebangan pokok serta pengeluaran
kayu dari kawasan konsesi balak tersebut.
(l)

untuk

menanggung

dan

membayar

kesemua

kos

serta

perbelanjaan yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Negeri


ataupun pihak Pejabat Perhutanan Negeri atau Daerah ataupun
mana-mana Pihak Berkuasa yang berkenaan berhubung dengan
penganugerahan Kawasan Konsesi Kayu Balak tersebut.
(m)

SYARIKAT dengan ini bersetuju dan mengakui bahawa SYARIKAT


akan sentiasa mematuhi apa-apa arahan, peraturan dan/atau
undang-undang yang akan dikeluarkan oleh YAYASAN PAHANG
atau mana-mana Pihak Berkuasa yang berkenaan dari masa ke
semasa berhubung dengan apa-apa perkara yang berkaitan
dengan kerja-kerja pembalakan atau apa-apa peruntukan yang
dinyatakan di dalam Perjanjian ini dari masa ke semasa.

11.

TERTAKLUK sentiasa kepada pematuhan oleh SYARIKAT akan terma-terma dan


syarat perjanjian ini, YAYASAN PAHANG dengan ini berwaad dan berjanji
dengan SYARIKAT, di atas kos dan perbelanjaan SYARIKAT sendiri untuk:(a)

Menandatangani apa-apa dokumen, suratikatan dan apa jua suratcara


berhubung dengan lesen pembalakan ataupun sub-lesen kepada
SYARIKAT dan melantik SYARIKAT sebagai kontraktor penebangan bagi
Kawasan Konsesi Kayu Balak tersebut tertakluk sentiasa kepada Fasal 3(b)
Perjanjian ini.

- 10 -

(b)

untuk membantu SYARIKAT mendapatkan sebarang jalan masuk (access


road) untuk kegunaan SYARIKAT sekiranya SYARIKAT tidak boleh
mendapatkan mana-mana laluan masuk atau keluar dari Kawasan
Konsesi Kayu Balak tersebut dengan kos dan perbelanjaan yang
ditanggung sepenuhnya oleh PIHAK SYARIKAT.

12.

Kedua-dua pihak dengan ini bersetuju bahawa:(a)

Harga yang telah ditetapkan tersebut adalah bagi kesemua dan apa jua
jenis (species) kayu balak yang berada di dalam Kawasan Konsesi Kayu
Balak tersebut serta yang dibenarkan untuk dibawa keluar dari Kawasan
Konsesi Balak tersebut dan mana-mana pihak tidak boleh membuat
tuntutan kepada pihak satu lagi berhubung dengan jumlah, serta kualiti,
terhadap berat (tonnage) dan/atau jenis-jenisnya (species) yang
dibenarkan untuk ditebang dan/atau dibawa keluar dari Kawasan
Konsesi Kayu balak tersebut.

(b)

SYARIKAT hendaklah memulakan kerja-kerja pembalakan di Kawasan


Konsesi Kayu Balak tersebut dalam tempoh Empat Belas (14) hari dari
tarikh penerimaan lesen pembalakan dari YAYASAN PAHANG atau
Pejabat Perhutanan Negeri Pahang dan kerja-kerja tersebut hendaklah
diselesaikan di dalam tempoh satu (1) tahun seperti yang dinyatakan
didalam

lesen

pembalakan

tersebut.

Sekiranya

SYARIKAT

gagal

menyiapkan dan menyelesaikan kerja-kerja tersebut dalam tempoh yang


ditetapkan tanpa apa-apa sebab yang munasabah menurut arahan
atau peraturan yang dinyatakan oleh YAYASAN PAHANG maka
YAYASAN PAHANG tidak akan bertanggungjawab untuk memohon bagi
memperbaharui lesen pembalakan dari Pejabat Perhutanan Negeri
Pahang bagi SYARIKAT.
(c)

sekiranya

YAYASAN

PAHANG

mengambil

keputusan

untuk

menandatangani apa jua dokumen, suratcara ataupun suratikatan


berhubung

dengan

permohonan

perlanjutan

masa

ataupun

pembaharuan mana-mana permit ataupun lesen sebagaimana yang


diperlukan oleh mana-mana Pihak Berkuasa Negeri bagi SYARIKAT dan

- 11 -

jika sekiranya perlanjutan masa ataupun pembaharuan tersebut tidak


dapat

diperolehi

maka

YAYASAN

PAHANG

tidaklah

boleh

dipertanggungjawabkan bagi penolakan tersebut.


(d)

SYARIKAT hendaklah mempunyai hak mutlak serta kebebasan untuk


menjual kayu balak tersebut kepada mana-mana pihak menurut syaratsyarat serta terma-terma yang akan diputuskan oleh SYARIKAT menurut
budibicara SYARIKAT dan YAYASAN PAHANG tidak boleh mencampuri
urusan

jual

beli

tersebut

tetapi

SYARIKAT

hendaklah

melepaskan/menanggungrugi (indemnify) YAYASAN PAHANG terhadap


apa jua liabiliti berhubung dengan penjualan tersebut, dan ianya tidaklah
melepaskan

SYARIKAT

dari

mematuhi

apa-apa

tanggungan,

tanggungjawab atau apa-apa obligasi SYARIKAT sebagaimana yang


diperuntukkan di bawah Perjanjian ini.
13.

(a)

YAYASAN PAHANG berhak untuk membuat potongan-potongan berikut


dari Deposit Kerja yang dibayar oleh SYARIKAT:(i)

apa-apa bayaran yang berkaitan dengan Perjanjian ini yang


perlu dibayar dan/atau yang dikenakan terhdap SYARIKAT
termasuklah

bayaran

bagi

Penyata

Penutupan

Kerja

dan

sebagainya;
(ii)

bayaran bagi setiap penggunaan helikopter tersebut berkaitan


dengan Kawasan Konsesi Kayu Balak tersebut; dan

(iii)

bayaran melaksanakan kerja-kerja tanam semula di dalam


Kawasan Konsesi Balak tersebut.

(b)

YAYASAN PAHANG berhak untuk menuntut bayaran tambahan daripada


SYARIKAT sekiranya bayaran-bayaran yang dinyatakan didalam Fasal
13(a)(i), (ii) dan (iii) Perjanjian ini melebihi dari wang deposit kerja.

- 12 -

(c)

YAYASAN PAHANG mempunyai budi bicara untuk mendahulukan


bayaran tambahan dan bayaran tambahan yang didahulukan oleh
YAYASAN PAHANG tersebut adalah dikira sebagai hutang oleh SYARIKAT
kepada YAYASAN PAHANG dan haruslah dibayar dalam tempoh 14 hari
dari tarikh surat tuntutan YAYASAN PAHANG.

(d)

Sekiranya SYARIKAT gagal menjelaskan bayaran tambahan yang dituntut


oleh YAYASAN PAHANG dalam tempoh 14 hari tersebut, maka SYARIKAT
hendaklah menjelaskan bayaran tambahan tersebut berserta faedah
pada kadar 10% setahun dikira atas kiraan harian ke atas baki bayaran
tambahan yang belum dijelaskan dikira dari tarikh tamat tempoh 14 hari
dari tarikh surat tuntutan sehingga tarikh penjelasan penuh baki bayaran
tambahan.

14.

Deposit Kerja dan Deposit Lesen akan dipulangkan kepada SYARIKAT setelah
potongan-potongan yang dinyatakan dalam Fasal 13 Perjanjian ini dibuat tanpa
sebarang faedah, tertakluk sentiasa kepada syarat-syarat berikut:(a)

Laporan Penyata Penutupan Kerja telah dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa


Berkenaan;

(b)

Wang Deposit deposit tersebut telah dikembalikan oleh Pihak Berkuasa


Berkenaan kepada YAYASAN PAHANG; dan

(c)

SYARIKAT hendaklah menuntut Deposit-Deposit tersebut secara bertulis


dalam masa Tiga (3) bulan dari tarikh Laporan Penyata Penutupan Kerja
dikeluarkan.

Sekiranya SYARIKAT gagal membuat tuntutan tersebut di dalam tempoh yang


ditetapkan maka Deposit-Deposit tersebut akan dianggap hangus dan
dilupuskan oleh YAYASAN PAHANG dan SYARIKAT adalah tidak berhak untuk
menuntut apa-apa lagi daripada YAYASAN PAHANG selepas tempoh tersebut.

- 13 -

15.

Jika sekiranya Laporan Penyata Penutupan Kerja yang telah disediakan oleh
SYARIKAT dan dimajukan kepada YAYASAN PAHANG, setelah disemak dan
diselidiki oleh YAYASAN PAHANG didapati ianya tidak benar atau dibuat secara
palsu

atau

melalui

keterangan

palsu,

maka

SYARIKAT

hendaklah

bertanggungjawab ke atas Laporan tersebut dan hendaklah membayar


gantirugi khas kepada YAYASAN PAHANG iaitu jumlah wang yang bersamaan
dengan jumlah Deposit Kerja yang dinyatakan di dalam Fasal 2(e) Perjanjian ini
dan gantirugi khas ini hendaklah dibayar dalam masa Tujuh (7) hari dari tarikh
notis yang akan dikeluarkan oleh YAYASAN PAHANG menuntut gantirugi khas
tersebut.
16.

(a)

Sekiranya SYARIKAT:(i)

gagal, enggan dan/atau abai untuk membayar apa jua denda,


penalti, kompaun, tuntutan ataupun apa jua tanggungan atau
untuk melepaskan (indemnify) YAYASAN PAHANG berhubung
dengan Perjanjian ini; atau

(ii)

gagal, enggan dan/atau abai untuk membuat mana-mana


bayaran seperti yang dinyatakan di dalam Perjanjian ini dalam
masa yang telah ditetapkan; atau

(iii)

tindakan kebankrapan di ambil terhadap mana-mana Pengarah


SYARIKAT ataupun jika SYARIKAT adalah sebuah perniagaan atau
perkongsian tindakan kebankrapan di ambil terhadap manamana pemilik perniagaan itu atau mana-mana rakan kongsi
perniagaan atau tindakan penggulungan syarikat di ambil
terhadap SYARIKAT termasuklah diperingkat petisyen; atau

(iv)

gagal untuk menjelaskan Bayaran Keseluruhan menurut syarat


yang diperuntukkan di dalam Fasal 3 dan Fasal 4(a) atau Fasal 5
Perjanjian ini; atau

(v)

gagal atau enggan mematuhi apa-apa arahan atau peraturan


yang dikeluarkan oleh YAYASAN PAHANG atau Pihak Berkuasa

- 14 -

Negeri atau mana-mana Pihak Berkuasa yang berkenaan


terhadap SYARIKAT dari masa ke semasa; atau
(vi)

gagal atau enggan atau engkar untuk mematuhi mana-mana


atau salah satu dari syarat-syarat yang diperuntukkan di dalam
Perjanjian ini;

MAKA YAYASAN PAHANG berhak untuk menamatkan Perjanjian ini dan


boleh melupuskan apa-apa wang yang telah dibayar oleh SYARIKAT
kepada YAYASAN PAHANG di bawah Perjanjian ini dengan memberikan
satu Notis bertulis kepada SYARIKAT berkenaan dengan penamatan
Pejanjian ini dan perlupusan wang tersebut.
(b)

Jika penamatan menurut peruntukan di atas dibuat, maka SYARIKAT tidak


berhak untuk mendapatkan balik apa jua deposit, wang pendahuluan
ataupun pembayaran yang telah dibuat ataupun didahulukan kepada
YAYASAN

PAHANG

sebelum

penamatan

tersebut

DAN

SYARIKAT

hendaklah secara aman menyerahkan kembali Kawasan Konsesi Kayu


Balak tersebut kepada YAYASAN PAHANG.
(c)

Selepas penamatan Perjanjian ini YAYASAN PAHANG berhak untuk


melupuskan Kawasan Konsesi Kayu Balak tersebut kepada mana-mana
pihak mengikut apa-apa terma dan syarat-syarat yang difikirkan wajar
menurut budibicara mutlak YAYASAN PAHANG dan SYARIKAT tidak
mempunyai apa-apa hak untuk membuat apa-apa tuntutan terhadap
YAYASAN PAHANG.

17.

(a)

Tanpa menjejaskan hak YAYASAN PAHANG untuk menamatkan Perjanjian


ini menurut peruntukan di bawah Fasal 16 Perjanjian ini, YAYASAN
PAHANG di atas budibicara mutlaknya berhak untuk melanjutkan tempoh
masa bagi SYARIKAT menjelaskan Bayaran Fasa 2 yang dinyatakan
dalam Fasal 3(b) Perjanjian ini dan bayaran denda yang dinyatakan
didalam Fasal 10(i) dan Fasal 15 Perjanjian ini selama tempoh Empat
Belas (14) hari yang akan bermula dari tarikh tamat tempoh notis di
dalam Fasal 4(b), Fasal 10(i) dan Fasal 15 tersebut.

- 15 -

(b)

Sebagai balasan untuk tempoh lanjutan tersebut SYARIKAT hendaklah


membayar kepada YAYASAN PAHANG faedah pada kadar Sepuluh
Peratus (10%) setahun dikira atas asas harian ke atas bayaran-bayaran
tersebut yang belum dijelaskan sehingga tarikh penjelasan penuh
bayaran-bayaran tersebut;

(c)

Sekiranya SYARIKAT masih gagal menjelaskan bayaran tersebut pada


tarikh tamat tempoh lanjutan masa tersebut maka YAYASAN PAHANG
berhak di atas budibicara mutlaknya menamatkan Perjanjian ini dan
melupuskan mana-mana wang yang telah dibayar oleh SYARIKAT
dengan memberikan satu Notis bertulis kepada SYARIKAT berkenaan
dengan penamatan Perjanjian ini dan pelupusan wang tersebut dan
Fasal 16(c) akan berkuatkuasa mutatis mutandis.

18.

(a)

Apa-apa Notis bertulis yang perlu diserahkan oleh mana-mana pihak


kepada pihak yang satu lagi menurut apa-apa peruntukan di dalam
Perjanjian ini hendaklah dihantar ke alamat terakhir yang diketahui pihak
yang lagi satu dengan pos berdaftar ataupun ditinggalkan di alamat
terakhir tersebut dengan tangan.

(b)

Notis yang dihantar dianggap telah diserahkan atau berkuatkuasa pada


masa:(i)

Jika dihantar melalui surat pos berdaftar, pada masa bila surat
berdaftar itu boleh disampaikan mengikut perjalanan biasa pos;
atau

(ii)

jika diberi oleh satu pihak kepada pihak yang satu lagi dengan
tangan pada masa penyampaian itu.

(c)

Apa jua pertukaran alamat oleh mana-mana satu pihak hendaklah


diberitahu kepada pihak yang satu lagi.

- 16 -

19.

Segala

kos

dan

perbelanjaan

berhubung

dengan

penyediaan

serta

penyempurnaan Perjanjian ini termasuk bayaran setem dan bayaran guaman


akan ditanggung serta dibayar serta merta kepada Peguamcara yang
menyediakan Perjanjian ini oleh SYARIKAT.
20.

Masa hendaklah menjadi pati penting kontrak berhubung dengan segala


peruntukan di dalam Perjanjian ini.

21.

Perjanjian ini akan mengikat mana-mana waris, wakil-wakil, Pentadbir, pengganti


serta penerima serahak pada kedua-dua pihak Perjanjian ini.

22.

Segala cukai yang dikenakan berhubung dengan Perjanjian ini akan ditanggung
serta dijelaskan sepenuhnya oleh SYARIKAT.

23.

YAYASAN PAHANG melalui agennya atau kakitangannya samada sendiri atau


bersama-sama dengan kakitangan Pejabat Hutan Negeri atau Daerah atau
mana-mana pihak berkuasa yang berkenaan boleh memasuki kawasan
pembalakan atau matau bagi kawasan pembalakan tersebut pada bila-bila
masa

dan

memeriksa

samada

pihak

SYARIKAT

atau

pekerjanya

atau

kontaktornya atau agennya telah melakukan apa-apa perbuatan yang


bertentangan

dengan

syarat-syarat

yang

dinyatakan

di

dalam

lesen

pembalakan atau melanggar apa-apa syarat atau peraturan yang ditetapkan


dari masa ke semasa oleh mana-mana pihak berkuasa yang berkenaan
termasuklah Pejabat Hutan Negeri atau daerah dan sekiranya YAYASAN PAHANG
mendapati hal yang demikian itu, YAYASAN PAHANG berhak untuk mengambil
apa-apa tindakan yang difikirkan sesuai munasabah oleh YAYASAN PAHANG
termasuklah tetapi tidak terhad kepada mengenakan denda dan/atau
menamatkan ini.
24.

Jika berlaku sebarang pertelingkahan di antara kedua-dua belah pihak


berkaitan dengan Perjanjian ini yang mana persetujuan tidak dapat dicapai
dengan apa jua cara sekalipun, maka perkara tersebut hendaklah dirujuk
kepada Timbangtara yang dipersetujui menurut Akta Timbangtara (Arbitration
Act) 1992.

- 17 -

25.

Perkataan Pihak Berkuasa Berkenaan yang terdapat di dalam Perjanjian ini


hendaklah ditafsir dan diertikan sebagai mana-mana Pihak Pejabat Hutan
Daerah atau Pejabat Perhutanan Negeri Pahang atau Majlis Mesyuarat Kerajaan
Negeri atau mana-mana pihak berkuasa termasuklah pihak Kerajaan yang
mempunyai kuasa untuk memutuskan atau menentukan apa-apa peraturan,
arahan-arahan atau keputusan berkaitan dengan kerja-kerja pembalakan di
dalam Kawasan Konsesi Kayu Balak tersebut termasuklah segala urusan yang
berhubung dengan Perjanjian ini.

26.

Sekiranya mana-mana satu atau lebih syarat, waad atau peruntukan dalam
Perjanjian ini di atas apa-apa sebab sekalipun diputuskan sebagai tidak sah,
menyalahi undang-undang atau tidak boleh dikuatkuasakan di bawah undangundang

yang

mempunyai

bidangkuasa

ke

atas

Perjanjian

ini

atau

perlaksanaannya, maka keputusan itu tidak akan membabitkan syarat-syarat,


waad-waad atau peruntukan-peruntukan lain dalam Perjanjian ini dan Perjanjian
ini akan ditafsirkan seolah-olah syarat, waad atau peruntukan yang diputuskan
tidak sah, menyalahi undang-undang atau tidak boleh dikuatkuasakan itu tidak
pernah terkandung di dalam Perjanjian ini dan mana-mana syarat, waad atau
peruntukan lain yang terdapat di dalam Perjanjian ini adalah masih terpakai dan
berkuatkuasa.
27.

SYARIKAT

dengan

ini

bersetuju

akan

menanggungrugi

dan

sentiasa

menanggungrugi sepenuhnya YAYASAN PAHANG dari segala tuntutan, tindakan,


prosiding atau apa-apa bentuk tuntutan yang dibuat oleh mana-mana pihak
terhadap YAYASAN PAHANG berkaitan dengan Perjanjian ini.
28.

Tiada

apa-apa

peruntukan

samada

secara

nyata

atau

tersirat

yang

diperuntukkan di dalam Perjanjian ini yang boleh dianggap mewujudkan


perjanjian rakan kongsi atau menimbulkan hubungan prinsipal dan agen di
antara YAYASAN PAHANG dan SYARIKAT.
29.

Kedua-dua pihak bersetuju bahawa Perjanjian ini mula berkuatkuasa pada tarikh
seperti yang dinyatakan dalam Mukadimah Perjanjian ini tanpa menghiraukan
tarikh berbeza di mana kedua-dua pihak telah menandatangani Perjanjian ini.

- 18 -

30.

Pengetahuan atau akuiesens oleh mana-mana pihak di sini berkaitan atau di


dalam apa-apa perlanggaran mana-mana syarat, waad atau peruntukan di
dalam Perjanjian ini tidak menjadi atau tidak dikira sebagai satu pengenepian
syarat-syarat, waad-waad atau peruntukan-peruntukan atau mana-mana di
antaranya dan tanpa menghiraukan pengetahuan atau akuisens tersebut tiaptiap pihak disini berhak untuk menguatkuasakan hak-haknya di bawah Perjanjian
ini dan memerlukan pematuhannya secara mutlak oleh pihak yang satu lagi
terhadap syarat-syarat, waad-waad dan peruntukan-peruntukan Perjanjian ini.

31.

Perjanjian ini tertakluk kepada undang-undang negara Malaysia.

32.

Segala terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan dalam KENYATAAN


TAWARAN TENDER (selepas ini disebut sebagai Kenyataan Tawaran Tender)
yang dilampirkan didalam ini dan ditanda sebagai LAMPIRAN B dan SURAT
TAWARAN bertarikh _____________ (selepas ini disebut sebagai Surat Tawaran)
yang dilampirkan di dalam ini dan ditanda sebagai LAMPIRAN C termasuk
semua ubahan, tambahan atau pindaan-pindaan yang dibuat ke atas Surat
Tawaran tersebut hendaklah diambil dibaca dan ditafsirkan sebagai sebahagian
dari Perjanjian ini dan jika terdapat apa-apa percanggahan di antara termaterma dan syarat-syarat didalam Surat Tawaran dan Perjanjian, maka termaterma dan syarat-syarat di dalam Perjanjian ini terpakai.

33.

Dalam Perjanjian ini jika konteksnya mengkehendaki sedemikian:(a)

perkataan-perkataan yang membawa erti gender maskulin hendaklah


dianggap dan dikira termasuk gender feminine dan neuter dan bilangan
tunggal termasuklah bilangan banyak dan sebaliknya;

(b)

Segala rujukan kepada Lampiran, Fasal, Sub-fasal dan Perenggan adalah


rujukan kepada Lampiran, Fasal, Sub-fasal dan Perenggan yang
terkandung di dalam Perjanjian ini.

(c)

Segala rujukan kepada mana-mana dokumen dianggap meliputi rujukan


kepada dokumen tersebut yang telah diubah, dipinda atau diganti dari
masa ke semasa.

- 19 -

(d)

Segala rujukan kepada peruntukan mana-mana perundangan dianggap


meliputi rujukan kepada pindaan statutori dan enakmen semula
perundangan tersebut.

(e)

Segala Lampiran kepada Perjanjian ini akan diambil kira, dibaca dan
ditaksirkan sebagai sebahagian Perjanjian ini.

(f)

Perkataan yang digunakan untuk orang sebenar meliputi mana-mana


pertubuhan, syarikat, perbadanan, firma atau rakan kongsi, samada yang
diperbadankan atau tidak dan vice versa.

(g)

Segala rujukan kepada hari bekerja bermaksud hari di mana YAYASAN


PAHANG bekerja dan orang awam dibenarkan untuk berurusan.

(h)

Satu tempoh hari dari terjadinya sesuatu perkara akan dianggap meliputi
hari berlakunya perkara itu atau perkara ini dilakukan dan jika hari terakhir
tempoh itu adalah hari minggu atau cuti umum (selepas ini disebut
sebagai hari yang dikecualikan) maka tempoh hari ini akan meliputi hari
selepas hari yang dikecualikan tersebut yang juga bukan hari yang
dikecualikan.

- 20 -

PADA MENYAKSIKAN PERKARA DI ATAS, kedua-dua pihak kepada Perjanjian ini telah
menurunkan tandatangan dan meteri mereka pada hari dan tahun yang tertera di atas.

Ditandatangani dan dimeterai

oleh LEMBAGA PEMEGANG

AMANAH YAYASAN PAHANG

di hadapan:-

)
..
AHLI LEMBAGA

..
AHLI LEMBAGA

Ditandatangani oleh

untuk dan bagi pihak SYARIKAT

______________________________

(NO. SYARIKAT: _____________)

dihadapan:-

.
PENGARAH

.
PENGARAH / SETIAUSAHA

Nama

Nama

: ______________________

NO. K/P : ______________________

: ______________________

NO. K/P : ______________________

- 21 -

You might also like