You are on page 1of 1

Faktor yang menjayakan proses asimilasi kaum baba dan nyonya di Melaka ialah kesanggupan kumpulan

etnik minority ini mencairkan identity dan budaya asal mereka serta menerima identity dan budaya
kumpulan etnik majority. Asimilasi ini berlaku dalam konteks budaya tanpa melibatkan aspek
kepercayaan.
Berdasarkan pernyataan diatas :
a) Bincangkan 3 aspek kebudayaan kaum Baba-Nyonya yang diterima daripada orang Melayu.
b) Bincangkan 3 ciri yang terdapat dalam sesuatu budaya sehingga membolehkan ia bertahan lama.
c) Huraikan 4 faktor penyumbang kepada plurality di zaman kesultanan melayu Melaka pada abad ke15M.
Dalam tempoh 50 tahun merdeka, Malaysia telah mencapai satu tahap pembangunan yang
menbanggakan serta menjadi peneraju dan role model kepada negara-negara yang sedang
membangun.
Berdasarkan pernyataan diatas :
a) Jelaskan 3 bentuk projek modenisasi yang telah dilaksanakan oleh kerajaan dalam usaha mencapai
status negara maju pada tahun 2020. (9 markah)
b) Huraikan 3 peranan utama yang telah dimainkan oleh institusi institusi islam dalam aspek
pembangunan ekonomi Malaysia.. (9 markah)
c) Bincangkan 4 hambatan yang boleh menjejaskan usaha kerajaan membangunkan ekonomi negara
sebagaimana yang digariskan dalam DEB dan DPN. (12 markah)
Perlembagaan persekutuan yang diisytiharkan pada 31 ogos 1957 adalah hasil permuafakatan semua
pihak. Ia merupakan kontrak social antara melayu dan bukan melayu yang bersetuju dalam beberapa
perkara penting demi kestabilan negara.
Berdasarkan pernyataan di atas :
a) Bincangkan 3 hak istimewa orang melayu sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan
persekutuan . (12 markah)
b) Huraikan 4 kebebasan hak asasi manusia yang diperuntukkan dalam perlembagaan persekutuan. (18
markah)
Kehidupan harmonis yang dinikmati pada zaman plurality dan zaman masyarakat plural menjadi asas
keamanan negara kini. Ia menarik minat masyarakat antarabangsa untuk mengenali Malaysia dengan
lebih dekat.
Berdasarkan pernyataan di atas:
a) Jelaskan maksud plurality dalam masyrakat plural. (6 markah)
b) Terangkan 3 peringkat pembentukan masyarakat plural. (12 markah)
c) Bincangkan 3 keunikan masyarakat plural Malaysia hari ini. (12 markah)
Pembangunan politik yang berasaskan kerjasama antara kaum menjamin survival Malaysia sebagai
sebuah negara masyarakat majmuk yang unik. Namun ia masih berdepan dengan cabaran cabaran
yang boleh menggugat kestabilan politiknya.
Berdasarkan pernyataan diatas
a) Kemukakan tiga (3) bukti pencapaian pembangunan politik di Malaysia (9 Markah)
b) Bincangkan tiga (3) strategi politik yang dilaksanakan oleh kerajaan selepas peristiwa 13 Mei 1969 . (9
markah)
c) Analisiskan tiga (3) cabaran yang boleh menggugat kestabilan politik di Malaysia dan tiga (3) cara
mengatasinya. (12 markah)
1) Unsur tradisi dan kontrak social menjadi asas utama dalam merangka perlembagaan persekutuan
1957. Berdasarkan pernyataan tersebut :
a) Huraikan empat (4) unsur tradisi dan rasional ia dikanunkan dalam perlembagaan. (12markah)
b) Bincangkan tiga (3) hak keistimewaan orang Melayu sebagaimana yan terdapat dalam perkara 153
..(9markah)
c) Buktikan tiga (3) bentuk kerjasama antara pelbagai etnik di Malaysia menjelang kemerdekaan.

You might also like