Professional Documents
Culture Documents
Mikrobiologi
Mikrobiologi
Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
KANDUNGAN
Prakata . . . 7
1.
2.
3.
Pengamatan Mikrob . . . 17
3.1. Pengamatan Bakteria . . . 17
3.2. Pengamatan Fungus . . . 30
3.3. Pengamatan Virus dengan Mikroskop Elektron . . . 38
3.4. Reagan Pewarnaan: Rumusan dan Persediaan . . . 42
4.
Pengkulturan Mikrob . . . 44
4.1. Pengkulturan Bakteria . . . 44
4.2. Pengkulturan Fungus . . . 54
4.3. Pengkulturan Virus . . . 59
5.
6.
7.
PRAKATA
Mikrobiologi merupakan suatu sains praktik. Oleh itu, selain mempelajari dan mengumpul
fakta serta konsep adalah penting bagi pelajar dan pengamal mikrobiologi mahir dan cekap
dalam mengendalikan kaedah-kaedah makmal mikrobiologi.
Sungguhpun kaedah yang digunakan dalam mikrobiologi banyak dan berbagai-bagai,
terdapat beberapa kaedah seperti pewarnaan bakteria yang boleh dianggap sebagai teknik
asas dalam amalan sains ini. Teknik asas ini biasanya diajarkan kepada pelajar mikrobiologi
dalam sesi amali yang terancang. Daripada pengalaman kami dalam mengendalikan sesi
amali mikrobiologi terdapat beberapa kesilapan serta amalan yang tidak sewajarnya diulangi
oleh setiap kumpulan pelajar baru. Sering juga terdapat soalan serta kemusykilan yang
sama yang diajukan oleh mereka. Oleh yang demikian, sebuah buku yang menyentuh
tentang teknik-teknik dasar makmal dan tradisional mikrobiologi amat diperlukan. Menyedari
hakikat di atas, kami menulis buku ini yang bukan sahaja memaparkan kaedah serta
pelaksanaan yang sempurna, tetapi juga merangkumi pengenalan ringkas dan tepat mengenai
teknik-teknik tersebut. Ini dilakukan supaya pelajar dapat memahami teori serta penggunaan
teknik-teknik di atas dengan lebih mendalam kerana buku ini menyertakan beberapa
petunjuk dan petua bagi mencapai hasil yang baik dan diharapkan. Buku ini mengandungi
81 teknik dan maklumat teknikal. Penggunaan setiap teknik ini sengaja diolah berdasarkan
konsep yang dimaksudkan di atas. Kami menaruh harapan agar buku ini berguna dalam
mempertingkatkan lagi kemahiran pelajar mahupun pengamal mikrobiologi, di samping
menambahkan sebuah lagi judul teks ke dalam senarai buku-buku teknikal dalam Bahasa
Melayu yang tercinta.
1.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
Pakai kot makmal dan kasut pada setiap waktu anda bekerja di dalam makmal. Kot makmal
janganlah dipakai di luar makmal.
Basuh tangan dengan sabun dan air atau dengan disinfektan kulit sebelum anda memulakan
sebarang pekerjaan di makmal.
Jangan membawa bahan-bahan makmal yang rosak, pecah atau tercemar kepada instruktor.
Panggillah instruktor dengan segera jika berlaku sebarang KEMALANGAN terutama yang
berkaitan dengan kultur mikroorganisma.
Jangan menyentuh kawasan muka atau mulut anda semasa bekerja.
Jangan makan, minum atau merokok di dalam makmal pada setiap waktu.
Jangan memasukkan pensil, jari atau sebarang objek ke dalam mulut atau membasahkan
pelekat dengan menggunakan lidah.
Jangan menyedut sebarang cairan ke dalam pipet dengan mulut. Gunakan penyedut getah
atau alat penyedut khas untuk tujuan ini.
Jangan membawa keluar dari makmal sebarang kultur atau bahan-bahan dalam kelas amali.
Simpan buku dan catatan berjauhan daripada tempat bekerja anda di dalam makmal untuk
menghindari daripada tercemar.
Buangkan semua bahan dan kultur yang tercemar ke dalam bekas khusus yang disediakan,
misalnya bikar yang berisi disinfektan atau bekas yang disediakan khas.
Jangan nyalakan mancis semasa bekerja dengan/atau berdekatan dengan reagen meruap
seperti alkohol dan eter.
Tutup gas dan paip air dengan rapat dan bersihkan meja setelah anda selesai bekerja dan
bersiap sedia untuk meninggalkan makmal.
Periksa penunu Bunsen dari semasa ke semasa untuk memastikan tidak berlaku kebocoran
gas. Gantikan tiubnya jika perlu.
Basuh tangan anda semula dengan sabun dan air atau dengan disinfektan kulit sebelum
meninggalkan makmal.
4.
Luka bakar asid. Segera simbah dengan sabun dan air dan sapukan dengan natrium
bikarbonat.
Luka bakar alkali. Elak daripada menggunakan air kerana boleh menyebarkan alkali
berkenaan. Bilas bersungguh-sungguh dengan asid asetik 2%.
Luka bakar api. Untuk luka bakar kulit yang ringan (kulit kemerahan tetapi tidak sampai
mengelupas), sapukan lapisan tipis jeli petroleum di kawasan berkenaan. Bagi luka bakar
yang lebih serius, jangan berikan sebarang rawatan tetapi bawalah mangsa ke hospital.
Luka. Untuk luka ringan dan cakaran, cuci luka dan teliti sama ada terdapat bendasing
(kaca) di dalam luka. Bilas dengan alkohol 70% atau dengan antiseptik. Balut dengan kain
pembalut berperekat atau dengan balutan longgar. Jika luka kelihatan parah, jangan
menggunakan antiseptik. Segera berjumpa doktor. Jika formalin atau mana-mana cairan
tersimbah ke dalam mata, pastikan mata dicuci dengan air yang banyak dengan air paip. Jika
keradangan pada mata tersebut masih berterusan, jumpalah doktor.
Digunakan untuk kebanyakan bahan organik, bahan tuberkulosis dan bahan bakteriologi
umum; tidak digunakan untuk darah dan virus.
Aktiviti antimikrobnya tidak banyak dikurangkan oleh bahan organik dan tidak bertindak
terhadap logam.
Sesuai untuk kerja mikrobiologi umum, balang buangan sisa makmal.
Digunakan pada pencairan seperti yang ditetapkan oleh pengeluar disinfektan.
Contoh: Clearsol, Sudol.
3.
4.
Aktiviti antimikrobnya dikurangkan oleh bahan organik. Bahan antimikrob ini menyerang
logam.
Gunakan hipoklorit untuk bahan yang mengandungi hanya sedikit bahan organik atau
sedikit darah; sesuai untuk menginaktivasi virus, tetapi tidak digunakan untuk bahan
tuberkulosis atau yang diperbuat daripada logam.
Boleh digunakan dalam bidang virologi, hematologi dan patologi kimia di dalam balang
buangan sisa makmal, balang pipet terpakai dan untuk mendisinfeksi permukaan.
Hipoklorit sesuai digunakan dengan detergen anionik dan bukan ionik tetapi tidak sesuai
10
5.
6.
7.
1.
2.
3.
Gelung dawai
Rak gelung dawai
Penunu Bunsen
TATA C A R A
1.
2.
3.
4.
P E R H AT I A N
1.
2.
Gelung dawai haruslah sentiasa disterilkan melalui pembakaran merah membara seperti di
atas sebelum dan sesudah digunakan.
Pastikan gelung dawai yang steril ini tidak tersentuh sebarang objek sebelum digunakan.
Elakkan daripada meletakkannya langsung di atas meja. Letakkan ia di atas rak khas atau
pegang sahaja sementara menunggu dingin.
11
1.
2.
TATACARA
1.
2.
3.
4.
Pegang objek kecil seperti slaid mikroskop atau penutup slaid dengan forseps dan objek yang
lebih besar pada pemegangnya.
Celup objek atau bahagian yang akan disterilkan ke dalam balang alkohol.
Singkirkan alkohol yang berlebihan.
Sentuhkan objek beralkohol kepada api penunu Bunsen supaya alkohol terbakar.
12
5.
Jauhkan objek daripada api penunu Bunsen dan biarkan sehingga api pembakaran alkohol
tersebut padam dengan sendirinya.
PERHATIAN
1.
Kaedah ini hanya boleh digunakan untuk objek kaca dan logam sahaja.
2.
Letakkan balang berisi alkohol berjauhan daripada api penunu Bunsen untuk mengelak
daripada disambar api tersebut.
NOTA
1.
2.
3.
Sentiasalah memegang objek supaya parasnya lebih rendah daripada paras tangan untuk
mengelak daripada alkohol yang sedang terbakar mengalir ke tangan dan mengakibatkan
kebakaran pada diri sendiri.
Mata gunting mestilah dalam keadaan terbuka semasa proses pensterilan supaya bahagian
tajamnya terdedah kepada alkohol dan pembakaran.
Bahan kaca seperti slaid atau penutupnya akan pecah sekiranya dibiarkan dalam api
pembakar terlalu lama.
5.
Peganglah botol/tabung di bahagian dasarnya (iaitu agak berjauhan daripada mulut botol/
tabung) dengan tangan kiri.
Longgarkan dahulu penutup botol/tabung yang ketat dengan tangan kanan.
Tanggalkan penutup botol/tabung tersebut dengan jari kelengkeng kanan dan pegang terus
penutup ini dengan jari berkenaan, tanpa meletakkannya (lakukan prosedur ini berdekatan
dengan api penunu Bunsen).
Dengan tangan kiri, segera lalukan mulut botol/tabung ke dalam api beberapa kali dan
kemudian masukkan sesuatu yang diambil dengan gelung dawai atau pipet steril dengan
tangan kanan.
ATAU dengan peralatan yang sama keluarkan sesuatu bahan (misalnya kultur) daripada
botol/tabung berkenaan.
Lalukan semula mulut botol/tabung ke dalam api beberapa kali sebelum botol/tabung
tersebut ditutup.
PERINGATAN
Amalkan prosedur ini setiap kali anda melakukan penginokulasian supaya pencemaran khususnya
dari udara di sekitar kita dapat dihindari.
NOTA
1.
2.
Teknik ini membolehkan anda melakukan dua perkara secara serentak dengan kedua-dua
tangan, iaitu mensterilkan mulut botol/tabung sambil menghindari daripada berlakunya
pencemaran udara dan mengambil inokulum daripada sejenis media kultur ataupun
memasukkan inokulum ke dalam media.
Pada prinsipnya, api penunu Bunsen menghasilkan arus perolakan, iaitu arus udara yang
bergerak ke atas disebabkan haba dari api tersebut. Jadi udara di persekitaran api akan
terbawa arus ini ke atas dan akan mencegah partikel kecil seperti debu dan sebagainya daripada
mendap di kawasan persekitaran ini. Dengan demikian, ia dapat mengelak daripada
berlakunya pencemaran dari udara disebabkan partikel-partikel yang kecil apatah lagi spora
fungus dan bakteria yang biasanya terapung atau berterbangan akan bergerak ke atas
menurut arus dan tidak akan terjatuh ke dalam mana-mana media yang terdedah di
bawahnya berdekatan dengan api. Berdasarkan konsep ini, dipercayai bahawa bekerja
berdekatan dengan sesuatu sumber api umumnya boleh mengurangkan kadar pencemaran
dari udara. Oleh itu, untuk melaksanakan pengambilan inokulum dari spesimen tertentu atau
penginokulasian sesuatu media, bekerja berdekatan dengan api ini amat digalakkan dan
seharusnyalah menjadi amalan di bidang mikrobiologi.
13
2.
2.1.
1.
2.
3.
4.
Mikroskop cahaya
Slaid apusan bakteria yang telah diwarnai
Minyak rendaman
Kertas/tisu kanta
TATACARA
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
14
11.
12.
13.
14.
Turunkan objektif semula sehingga terendam di dalam minyak rendaman dan hampir-hampir
menyentuh slaid.
Sambil mengamati melalui kanta okular, putarkan tombol fokus halus perlahan-lahan supaya objektif
bergerak ke atas sehingga anda dapat memfokus dan meneliti morfologi sel bakteria dengan jelas.
Setelah selesai pengamatan, gerakkan objektif ke atas menjauhi slaid.
Lapkan minyak rendaman daripada objektif dengan kertas kanta kering atau dibasahi dengan sedikit
xilena diikuti dengan kertas kanta kering yang bersih lainnya sejurus selepas setiap kali anda selesai
melakukan pengamatan minyak rendaman.
NOTA
1.
2.
3.
Adalah suatu amalan yang baik jika dalam melaksanakan pemfokusan ke atas sesuatu objek, yang
digerakkan adalah objektif mikroskop daripada permukaan slaid ke arah atas dan bukan sebaliknya.
Ini kerana dalam sesetengah jenis/jenama mikroskop, objektif dapat diturunkan sehingga boleh
melampaui paras pentas mikroskop dan apabila ini berlaku semasa pemfokusan besar kemungkinan
penghujung objektif akan menekan ke atas slaid dan boleh menyebabkan slaid pecah.
Sebelum melakukan pengamatan, pastikan terlebih dahulu apusan pada permukaan slaid berada di
sebelah atas atau slaid tidak diletakkan dalam keadaan terbalik.
Jika spesimen masih tidak kelihatan dengan kanta rendaman minyak ada kemungkinan spesimen
tidak dapat difokus kerana tombol pengatur objektif mikroskop diputarkan terlalu cepat, atau minyak
rendaman yang diletakkan di atas apusan tidak mencukupi, atau slaid melekat kepada kanta objektif
dan turut bergerak ke atas semasa kanta digerakkan (masalah ini boleh diatasi dengan menekan
slaid dengan satu jari semasa objektif digerakkan), atau mungkin juga slaid dalam keadaan terbalik
dan apusan berada di sebelah bawah.
Tiub binokular
Bahagian mata
(eye piece)
Bahagian mercu
yang berputar
Objektif
Pentas
Kondenser
Tombol pengatur fokus
Lampu
Pentas
mikroskop
RAJAH 2.1
15
4.
5.
Penggunaan kertas tisu lain seperti kertas tisu muka, atau tisu tandas atau sapu tangan untuk
membersihkan permukaan kanta hanya akan mengakibatkan calar ke atas kanta dan ini akan
mempersulitkan pengamatan seterusnya.
Jika minyak rendaman pada kanta rendaman minyak tidak dilap dengan baik, lambat-laun debu
akan melekat dan menutupi kanta tersebut dan akan menyebabkan pengamatan kabur serta
menimbulkan kesulitan.
16
3.
PENGAMATAN MIKROB
3.1.
PENGAMATAN BAKTERIA
3.1.1.
Bakteria dalam keadaan semulajadi susah untuk diamati dengan mikroskop cahaya kerana
bersifat transparen atau tidak mempunyai warna. Walau bagaimanapun, pengamatan dalam
keadaan seperti ini terpaksa dilakukan juga, misalnya untuk menentukan pergerakannya
(motiliti). Dalam hal ini terdapat dua tatacara yang boleh digunakan, iaitu pelekapan basah
dan titisan tergantung. Pengamatan motiliti bakteria di dalam suspensi cairan digunakan
khusus untuk bakteria yang dikulturkan dalam media broth kerana tidak dapat tumbuh
dengan baik pada media padat (agar).
Tatacara Pelekapan Basah Bakteria
BAHAN
1.
2.
3.
4.
TATACARA
1.
2.
3.
4.
5.
6.
Sterilkan gelung dawai melalui kaedah pembakaran dan biarkannya sehingga sejuk.
Letakkan setitis kecil salin steril di atas sekeping slaid mikroskop bersih.
Sentuhkan gelung dawai steril kepada 1 koloni bakteria pada plat kultar.
Buatkan suspensi bakteria dari gelung dawai di dalam titisan salin di atas.
Letakkan sekeping penutup slaid di atas suspensi bakteria seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 3.1.
Amati pergerakan bakteria dengan kanta objektif 40X.
Sterilkan gelung dawai melalui kaedah pembakaran dan biarkannya sehingga sejuk.
Letakkan 1 gelung penuh kultur cecair bakteria (yang agak keruh atau tebal) ke atas slaid
mikroskop.
1.
2.
3.
4.
5.
TATACARA
1.
2.
3.
Sediakan 1 titis suspensi bakteria di tengah-tengah sebuah penutup slaid mengikut tatacara
pelekapan basah.
Buatkan 1 lingkaran/cincin plastisin berukuran tidak melebihi luas penutup slaid.
Letakkan lingkaran tersebut di atas penutup slaid supaya titisan suspensi berada tepat di tengahtengah lingkaran plastisin dan tekan sedikit supaya lingkaran ini melekat kepada
penutup slaid.
17
Letakkan sebuah slaid mikroskop yang bersih di atas lingkaran plastisin dan tekan sedikit
supaya ia melekat kepada plastisin.
Angkat dan terbalikkan slaid mikroskop dengan cepat supaya penutup slaid berada di atas
dan suspensi bakteria menjadi tergantung.
Amati pergerakan bakteria dengan kanta objektif 40X.
NOTA
1.
2.
3.
18
4.
5.
penyejatan dari sisi kaca penutup. Motiliti sebenarnya ditunjukkan dengan gerakan yang
aktif bercorak putaran, atau partikel individu bergerak dengan pantas menuju ke sesuatu
arah tertentu.
Kebanyakan spesies yang diambil daripada kultur padat sering memberikan hasil yang
negatif untuk motiliti (memperlihatkan tidak motil). Oleh yang demikian, untuk melakukan
ujian motiliti, disarankan agar kultur cecair digunakan. Pengeraman optimum yang biasanya
digunakan, dalam hal ini, adalah kira-kira 2 jam dan bagi kebanyakan bakteria, suhu
pengeramannya adalah di bawah 37C, yakni 22C atau 25C.
Kelebihan tatacara ini daripada tatacara pelekapan basah adalah perubahan rupa bentuk
(distortion) bakteria dikurangkan kerana tidak ditindih oleh penutup kaca.
RAJAH 3.2
19
3.1.2.
1.
2.
3.
4.
Slaid mikroskop
Etanol 70%
Metanol 95%
Asid hidroklorik pekat
PERSEDIAAN REAGEN
1.
2.
3.
PERHATIAN
Pastikan balang slaid tidak diletak berhampiran penunu Bunsen atau sebarang sumber api kerana
alkohol mudah terbakar.
Tatacara Membuat Apusan Bakteria
BAHAN
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
Slaid mikroskop yang disimpan di dalam metanol 95% di dalam bekas yang tertutup
Forseps
Kertas turas
Penunu Bunsen
Gelung dawai
Pensil gris/pena tanda (marker) kalis air
Kultur bakteria
Larutan salin 0.85% (steril)
TATACARA
1.
2.
3.
4.
Keluarkan slaid mikroskop yang disimpan di dalam bekas yang mengandungi alkohol
dengan menggunakan sebuah forseps bersih.
Pegang slaid supaya aras tangan berada lebih tinggi daripada slaid.
Hapuskan alkohol dengan membakarnya dengan api penunu Bunsen.
Letakkan slaid di atas kertas penyerap dan biarkan sehingga sejuk.
PERHATIAN
1.
2.
20
Emparkan urin dan cecair serebrospina pada tekanan emparan 10,000 g selama 10 minit pada
suhu bilik.
Tuangkan supernatan dan masukkan beberapa titis salin steril ke dalam tiub emparan ini.
Kacau.
Letakkan setitis kecil salin steril di atas sebuah slaid.
Buat apusan dengan suspensi bakteria yang diperolehi.
NOTA
1.
2.
3.
21
4.
5.
Dalam pengamatan ke atas sesuatu apusan dengan mikroskop, pastikan bahawa permukaan
slaid mikroskop yang mengandungi apusan berada di sebelah atas menghadap kanta objektif.
Permukaan slaid di mana terdapatnya apusan ini dapat dipastikan dengan tanda pensil gris
yang dapat dikikis atau pena tanda kalis air pada permukaan bawah slaid.
Lazimnya, di sekeliling kawasan apusan (di sebelah bawah slaid) dilingkari dengan pensil gris
atau pena tanda kalis air supaya tapak di mana terdapatnya apusan mudah dikesan untuk
diletak tepat di bawah kanta objektif serta untuk meletakkan titisan minyak rendaman.
1.
2.
TATACARA
1.
2.
3.
4.
5.
Pegang salah satu penghujung slaid dengan ibu jari dan jari telunjuk dengan apusan di
sebelah atas.
Lalukan slaid sekali dengan cepat ke dalam api penunu Bunsen.
Dengan cepat sentuhkan slaid ke atas tapak tangan.
Ulangi prosedur ini sebanyak 3 kali (kesemuanya).
Biarkan slaid dingin di udara.
NOTA
1.
2.
3.
22
3.1.3.
PEWARNAAN BAKTERIA
Oleh kerana perbezaan indeks biasan antara bakteria dan kawasan sekelilingnya tidak besar,
maka jurang perbezaan optikalnya juga adalah sedemikian. Keadaan ini mengakibatkan sel
bakteria sukar untuk diamati. Tambahan pula, perbezaan indeks biasan yang kecil antara
komponen-komponen sel bakteria juga menyulitkan substruktur bakteria untuk dilihat.
Sebagai langkah untuk mengatasi masalah ini perbezaan warna digunakan untuk
memudahkan melihat keseluruhan sel bakteria dan juga untuk mempamerkan substruktur
bakteria dan segala-galanya mengenai bakteria dengan lebih terperinci. Pewarnaan juga
digunakan untuk menunjukkan taburan dan jenis kimia berbagai-bagai komponen sel serta
membezakan antara golongan-golongan bakteria.
Pewarna dan Jenis Pewarnaan
Bahan pewarna boleh dibahagikan kepada dua golongan: pewarna asid dan pewarna bes.
Pada pewarna asid, ciri pewarnaan adalah bergantung kepada anion (ion negatif) dan pada
pewarna bes, ciri pewarnaan bergantung kepada kationnya (ion positif). Pewarna yang
digunakan, umumnya, berasal daripada terbitan garam asid bebas kerana bentuk ini lebih
larut, mampu menyusup masuk ke dalam sel dengan lebih baik dan pewarnaannya lebih
kekal.
Bakteria menunjukkan kecenderungan atau afiniti yang kuat terhadap pewarna bes (contoh:
safranin, metilena biru, kristal ungu) kerana protoplasma bakteria mempunyai kandungan
asid nukleik bercas negatif yang tinggi. Apabila diwarnakan dengan pewarna bes, cas yang
negatif ini akan bertindak dengan ion positif pewarna bes. Sebaliknya cas negatif ini akan
menolak pewarna asid, dengan demikian hanya latar belakang (kawasan di luar bakteria)
sahaja yang diwarnai.
Apabila sel bakteria diwarnakan dengan satu jenis pewarna sahaja, pewarnaan ini disebut
pewarnaan sederhana (simple staining). Pada umumnya dalam pewarnaan ini, keseluruhan sel
bakteria diwarnakan secara sama rata dan substruktur atau komponen-komponen selnya
tidak dibezakan. Untuk menunjukkan perbezaan yang wujud di kalangan sel bakteria
tertentu, tatacara pewarnaan perbezaan yang menggunakan dua atau lebih pewarna
digunakan.
Intensiti pewarnaan boleh dipertingkatkan (ataupun supaya sasaran dapat diwarnakan)
dengan menggunakan haba dalam keadaan tertentu atau menggunakan bahan kimia
(aksentuator) seperti asid asetik, fenol atau anilin. Tindakan aksentuator ini tidak melibatkan
pergabungannya dengan pewarna seperti yang berlaku pada mordan.
Mordan adalah bahan kimia yang membolehkan sesuatu pewarna mewarnakan sesuatu
bahan, atau mordan mempertingkatkan afiniti ataupun kecenderungan pewarna terhadap
struktur tertentu.
Pewarnaan yang diterangkan setakat ini dikenal sebagai pewarnaan positif kerana yang
diwarnakan ialah bakteria. Dalam pewarnaan negatif, satu filem pewarna gelap meliputi
ruang dan celah di antara bakteria-bakteria (latar belakang) dan bakteria tidak diwarnakan.
Perlu disedari bahawa ciri-ciri pewarnaan bakteria (serta morfologi) dipengaruhi oleh
beberapa faktor seperti umur kultur dan sumber bakteria, iaitu sama ada berasal daripada
spesimen klinikal atau dari kultur pertumbuhan.
Pewarnaan Gram
Pewarnaan Gram adalah tatacara pewarnaan utama di bidang bakteriologi. Di samping
membolehkan bakteria dilihat dengan lebih mudah, pewarnaan ini juga digunakan untuk
menggolongkan bakteria. Dalam tatacara pewarnaan Gram, pewarna digunakan secara
berlebihan dan kemudian agen penghapus warna atau pembeza digunakan untuk
23
1.
2.
3.
4.
5.
6.
Kultur bakteria
Kristal ungu
Iodin Lugol
Aseton-alkohol
Safranin/karbol fuksin
Kertas turas
Tatacara
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
Buat apusan bakteria pada slaid mikroskop, keringkan di udara dan fiksasi apusan tersebut.
Liputi apusan dengan kristal ungu selama 1 minit.
Cuci dengan air, kemudian singkirkan keseluruhan air tersebut.
Liputi pula apusan dengan iodin Lugol selama 1 minit, kemudian buangkan.
Pegang slaid di dalam sinki secara condong dan titiskan dengan cepat aseton-alkohol ke atas
apusan sehingga tiada warna biru (kristal ungu) terlihat keluar dari apusan (lebih kurang 3-10
saat bergantung kepada ketebalan apusan).
Segera cuci dengan air.
Kemudian liputi apusan dengan safranin atau karbol fuksin cair selama 30 saat.
Cuci dengan air dan keringkan dengan kertas penyerap (lipat kertas turas/penyerap,
masukkan slaid ke dalam lipatan dan tekan kertas dari luar sehingga semua air terserap
daripada slaid tanpa menggosok permukaan slaid atau apusan).
1.
2.
Dalam kebanyakan spesies bakteria, reaksi Gram berubah dengan umur kultur. Kultur tua
bakteria Gram-positif memberikan reaksi Gram tak tetap (Gram variable) ada sel yang
terwarna biru dan ada yang terwarna merah bercampur di antara satu dengan lainnya. Ada
juga bakteria Gram-positif seperti Corynebacterium yang mudah kehilangan warna
pertamanya dan seringkali kelihatan sebagai Gram-negatif.
Pada beberapa spesies basilus aerobik yang menghasilkan spora (contoh, Bacillus subtilis), sel
vegetatifnya akan terwarna Gram-negatif atau granul-granul di dalam sel diwarnakan Grampositif selama beberapa generasi selepas spora bergerminasi.
24
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
Kultur bakteria
Karbol fuksin Ziehl-Neelsen
Alkohol asid
Metilena biru
Alkohol
Sebatang kaca yang satu penghujungnya dibalut kain kasa (gauz)
Kertas turas
Penunu Bunsen
TATACARA
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
Buat apusan bakteria pada slaid mikroskop, keringkan di udara dan fiksasikan apusan
tersebut.
Banjirkan apusan dengan pewarna karbol fuksin Ziehl-Neelsen.
Panaskan slaid dengan api pembakaran kain gauz yang dibasahi dengan alkohol. Lakukan
ini sehingga keluar wap dari apusan selama 5-10 minit. (Pastikan pewarna tidak mendidih
atau menjadi kering).
Biarkan sejuk dan cuci dengan air.
Tambahkan alkohol-asid (penghilang warna) selama 25-30 saat.
Cuci dengan air.
Liputi pula apusan dengan metilena biru selama 30 saat.
Cuci dan keringkan dengan kertas penyerap.
1.
Pemanasan dilakukan dari bahagian bawah slaid (apusan di permukaan atas) yang
diletakkan di atas rak pewarnaan iaitu dengan menggunakan api kecil penunu Bunsen.
Sebaliknya boleh juga dengan menggunakan sebatang kaca yang salah satu penghujungnya
25
2.
3.
dibalut dengan kain yang dicelup di dalam alkohol dan kemudian dinyalakan. Elakkan daripada
memanaskan slaid dan pewarna dengan memegang slaid dengan forseps dan memasukkannya
langsung ke dalam api penunu Bunsen.
Kadangkala sel mikobakteria tidak terwarna sama rata dan kelihatan berjalur merah
berselang-seli dengan bahagian tanpa warna atau kelihatan berbutir. Ini adalah suatu artifak
yang disebabkan oleh beberapa faktor seperti kemurnian pewarna karbol fuksin, daya
kelarutan fenol di dalam air dan kehadiran elektrolit di dalam larutan pewarna.
Jika spesimen klinikal digunakan, sel pesakit akan berwarna biru-kehijauan.
1.
2.
3.
4.
TATACARA
1.
2.
3.
4.
5.
Butir-butir berwarna biru kehitaman di dalam sitoplasma bakteria yang berwarna hijau: Kehadiran
granul metakromatik.
Sitoplasma bakteria yang berwarna hijau tanpa butir-butir berwarna biru kehitaman di dalamnya:
Tiada granul metakromatik.
Pewarnaan Schaeffer-Fulton (Pewarnaan Spora)
Bakteria Genus Bacillus dan Clostridium dicirikan dengan kehadiran struktur bulat atau bujur yang
dinamakan spora (atau endospora). Tapak atau kedudukan spora di dalam sel serta saiz spora
berbanding dengan sel yang mengandunginya mempunyai kepentingan taksonomi. Spora bakteria
hanya dapat diwarnakan jika mordan atau haba digunakan. Pemanasan meningkatkan ketelapan
dinding spora sehingga pewarna malakit hijau dapat dengan mudah masuk dan mewarnai struktur
ini. Semasa pendinginan/pencucian pewarna terperangkap di dalamnya, sedangkan pada sel
26
vegetatif, ia tercuci bersih. Pewarna balas memberikan warna yang kontras supaya spora dapat
dikesan dengan mudah. Pewarna malakit hijau nampaknya merupakan pewarna terbaik untuk
pewarnaan spora bakteria.
Tatacara Pewarnaan Schaeffer-Fulton (Pewarnaan Spora)
BAHAN
1.
2.
3.
4.
5.
6.
TATACARA
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
Butir-butir berwarna hijau di dalam sel bakteria yang berwarna merah ATAU butir-butir berwarna
hijau bertaburan di luar sel bakteria. Butir berwarna hijau adalah spora bakteria, manakala
bahagian sel vegetatif bakteria berwarna merah.
NOTA
1.
2.
Jika apusan bakteria tidak dipanaskan secukupnya, spora akan kelihatan tanpa warna atau
berwarna pudar.
Oleh kerana sebahagian daripada sel telah mengalami lisis, di dalam apusan akan kelihatan
spora yang bebas.
27
1.
2.
3.
4.
5.
Kultur bakteria
Larutan salin 0.85% (steril)
Penutup slaid
Slaid mikroskop
Dakwat India (PelicanTM atau PilotTM)
TATACARA
1.
2.
3.
4.
Letakkan setitis kecil kultur cecair ke atas slaid mikroskop atau buatkan suspensi organisma
dari sedikit pertumbuhan kultur muda mikroorganisma pada media padat di dalam setitis
salin dengan menggunakan dawai inokulasi.
Campurkan dengan baik satu gelung kecil dakwat India ke dalam suspensi mikroorganisma
yang telah disediakan.
Tutup campuran dengan penutup slaid.
Kurangkan cahaya mikroskop dengan menurunkan kondensernya dan amati kultur dengan
objektif 40X (untuk fungus) atau objektif minyak rendaman (untuk bakteria).
Kapsul kelihatan sebagai suatu lapisan cincin lutcahaya atau bersinar melingkari keseluruhan sel di
atas latar belakang yang gelap.
NOTA
1.
2.
3.
Jika terlalu banyak dakwat digunakan bakteria mungkin tidak dapat dilihat kerana transmisi
cahaya terhalang.
Intensiti cahaya perlu dikurangkan untuk memberikan kontras yang lebih baik.
Ia merupakan tatacara yang paling mudah untuk mengesan kehadiran kapsul dan sering
digunakan ke atas spesies bakteria seperti Streptococcus pneumoniae, Klebsiella pneumoniae
dan fungus Cryptococcus neoformans. Dalam hal ini, ia mempunyai nilai diagnostik.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
Kultur bakteria
Forseps jenis tukang jam tangan, bengkok No.7
Grid mikroskop elektron yang disaluti filem Formvar
Asid fosfotungstik 1.5%, pH 6.5
Kepingan kertas turas gred Whatman No. 1
Larutan salin 0.85% (steril)
Tabung yang steril
Gelung dawai
Penunu Bunsen
Alat penyimpan grid atau piring Petri yang dialas dengan kertas turas
28
TATACARA
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
Tatacara Pengamatan Grid yang Disaluti Spesimen Bakteria Selepas Pewarnaan Negatif
Tatacaranya adalah seperti pengamatan partikel virus (lihat muka surat 41-42). Walau
bagaimanapun, oleh kerana saiz bakteria lebih besar daripada virus, kuasa pembesaran yang
digunakan adalah di antara 5000 10 000 kali ganda sahaja.
3.1.4.
Bentuk
Kokus
Basilus
Spiroket
Berfilamen
Vibrio
Spirilla
Susunan
Bakteria yang membiak secara aktif mempunyai kecenderungan untuk mengekalkan susunan selnya
yang menjadi ciri bakteria tersebut. Ini merupakan suatu kriteria yang berfaedah dalam
pengenalpastian bakteria. Berbagai-bagai susunan sel bakteria dikenali dan telah ditentukan
berdasarkan perbezaan dari segi pertumbuhan serta strukturnya.
Susunan sel-sel basilus:
Sel tunggal
Berpasangan
Berantai
Tak teratur
29
Palisad
Kokus tunggal
Diplokokus
Berantai
3.2.
Tetrad (berempat)
Berkelompok
PENGAMATAN FUNGUS
Seperti juga bakteria, pengamatan fungus boleh dilakukan sama ada melalui pemeriksaan secara
langsung ke atas spesimen yang diambil, ataupun ke atas kultur dari sesuatu spesimen klinikal.
Pengamatan ke atasnya boleh dilakukan dalam bentuk pelekapan basah atau terhadap apusan
fungus yang telah diwarnai. Berbeza dengan bakteria, di mana pelekapan basahnya hanya terhad
kepada ujian motiliti, pelekapan basah fungus berperanan penting dalam pengenalpastian fungus
serta diagnosis penyakit yang disebabkan olehnya. Beberapa pewarnaan yang digunakan dalam
bidang bakteriologi juga digunakan dalam bidang mikologi sungguhpun prosedurnya disesuaikan
untuk fungus.
3.2.1.
Pelekapan basah fungus di dalam salin dilakukan dalam pengamatan secara langsung fungus,
dan jika perlu, perhitungan jumlah sel epitelium dan sel darah putih dapat dilakukan. Di
dalam salin, keutuhan sel dan organisma tersebut dapat dikekalkan.
Tatacara Pelekapan Basah Salin
BAHAN
1.
2.
3.
TATACARA
1.
2.
3.
4.
1.
Perbezaan di antara yis dengan gelembung udara dan sel darah merah:
Sel yis mengandungi badan inklusi.
30
2.
3.
4.
NOTA
Intensiti cahaya dikurangkan, dengan kondenser mikroskop diturunkan untuk memberikan kontras
yang secukupnya.
Pelekapan Basah Kalium Hidroksida (KOH)
Spesimen kikisan kulit dan rambut diamati secara langsung untuk pengesanan fungus dalam pelekapan
basah yang terdiri daripada larutan penjernih. Kulit, rambut dan kuku, yang
mengandungi keratin, adalah legap dan latar belakang ini boleh menyelubungi fungus. Masalah
ini boleh diatasi dengan menggunakan beberapa persediaan yang boleh menghancurkan serta
melarutkan keratin supaya latar belakang menjadi jernih. Jenis larutan kalium hidroksida penjernih
termasuklah natrium lauryl 5% di dalam air suling, natrium sulfida 10% di dalam alkohol 20% dan
larutan kalium hidroksida (KOH) atau natrium hidroksida (NaOH).
Penjernihan biasanya dilakukan dengan KOH mungkin kerana bahan kimia ini mudah didapati di
dalam makmal. KOH (20%) melarutkan keratin dan memudahkan pengamatan ke atas hifa fungus.
Gliserin yang ditambah mengakibatkan pelekapan menjadi lambat kering dan menghalang
presipitasi KOH. Proses penjernihan dapat dipercepatkan melalui pemanasan.
PERHATIAN
Pelekapan KOH juga boleh digunakan untuk spesimen kahak (sputum) atau spesimen daripada
vagina yang banyak mengandungi bahan mukoid.
Tatacara Pelekapan Basah Kalium Hidroksida (KOH)
BAHAN
1.
2.
3.
4.
Spesimen
10-20%
Kaca penutup slaid
Penunu Bunsen
KOH
TATACARA
1.
2.
3.
4.
5.
6.
Untuk kuku dan kikisan kulit yang keras, tatacara ini dapat diubahsuai dengan penambahan dimetil
sulfoksida (DMSO) 40%. Pelekapan ini tidak dipanaskan dan diamati dalam masa 20 minit.
31
Hifa adalah dalam bentuk filamen kurus dengan bahagian tepinya sejajar dan disusun secara rawak
berbanding dengan sel.
NOTA
1.
2.
3.
4.
5.
6.
1.
2.
3.
4.
5.
Spesimen fungus
Slaid mikroskop
Kaca penutup slaid
Jarum atau dawai dengan penghujungnya dibengkokkan
Lactophenol cotton blue (LCB)
TATACARA
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
Miselium (dinding dan septum sel) serta struktur spora (fruiting structures) kelihatan biru tua di atas
latar belakang yang berwarna pudar (muda).
32
NOTA
1.
2.
Struktur fungus lebih mudah dilihat jika pelekapan ini dibiarkan selama kira-kira 10 minit.
Pada kultur fungus, ambillah spesimen daripada bahagian koloni yang terletak di antara tepi
dan tengahnya: bahagian tepi dan tengah koloni biasanya terdiri daripada struktur yang
sama ada terlalu muda atau terlalu tua dari segi pembentukan spora dan berkemungkinan
akan memberikan hasil pengamatan yang kurang memuaskan.
3.2.2.
PEWARNAAN FUNGUS
Pewarnaan Gram
Semua fungus adalah Gram-positif. Kapsul Cryptococcus neoformans lazimnya menghalang sel yis
ini daripada diwarnai dengan sempurna dan seringkali mengakibatkan ia kelihatan seperti bahan
lemak Gram-negatif berwarna merah jambu pucat (lavender) dengan badan inklusi yang bergranul
berwarna ungu (Gram-positif).
Tatacara Pewarnaan Gram
Tatacara tersebut adalah seperti yang dilakukan untuk bakteria (lihat pewarnaan Gram, muka surat
23-24).
Pewarnaan Tahan Asid Diubahsuai Kinyoun
Tatacara ini tidak menggunakan haba untuk memudahkan pewarna memasuki sel. Sebaliknya
fungsi haba diambil alih oleh sejenis detergen (Tergitol) yang bertindak di atas permukaan sel.
Aktinomiset adalah golongan bakteria yang hampir menyerupai fungus dan secara tradisional
dirangkumkan ke dalam bidang mikologi. Nocardia adalah aktinomiset yang bersifat separuh tahan
asid. Pewarna tahan asid yang digunakan untuk mikobakteria mungkin menyahwarnakan pewarna
secara berlebihan ke atas spesies ini dan memberikan hasil yang negatif palsu. Oleh yang demikian,
suatu pengubahsuaian pewarnaan tahan asid perlu dilakukan khususnya untuk Nocardia.
Tatacara Pewarnaan Tahan Asid Diubahsuai Kinyoun
BAHAN
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
TATACARA
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
Buatkan 3 apusan tipis. Masing-masing daripada kultur yang diuji, kontrol kultur positif dan
negatif dan biarkan kering di udara.
Fiksasi apusan dengan haba.
Banjiri slaid dengan karbol fuksin Kinyoun dan biarkan selama 5 minit.
Cuci dengan air.
Banjiri dengan etanol 50% sehingga tiada lagi pewarna yang keluar (biasanya sejurus selepas
alkohol ditambah).
Cuci dengan air.
Hilangkan pewarna dengan asid sulfurik 1% sehingga tiada lagi pewarna yang keluar.
Cuci dengan air yang mengalir.
33
9.
10.
Nocardia kelihatan merah manakala bakteria lain dan fungus kelihatan biru.
Askus yis kelihatan merah manakala blastokonidia berwarna biru.
Pewarnaan Asid Periodik-Schiff
Dalam pewarnaan asid periodik-Schiff (periodic acid-Schiff PAS), asid periodik mengoksidasi
gugusan 1,2-glikol daripada polisakarid fungus ke gugusan aldehid. Grup aldehid yang reaktif ini
bergabung dengan reagen Schiff-leuko-fuksin untuk menghasilkan warna fuksin merah ungu.
Pewarnaan ini amat berguna untuk mengesan fungus pada keratan tisu serta apusan seperti kikisan
kulit.
Tatacara Pewarnaan Asid Periodik-Schiff
BAHAN
1.
2.
3.
4.
5.
6.
TATACARA
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
Fungus (dan juga komponen tisu) yang mempunyai polisakarida di dalam strukturnya kelihatan
merah ungu, nukleus kelihatan biru dan latar belakang adalah hijau.
NOTA
1.
2.
Keberkesanan tindakan pewarna Schiff boleh diuji dengan menitiskannya ke dalam formalin
40%. Reagen ini masih boleh digunakan jika ia cepat berubah menjadi ungu-merah.
Sebaliknya, ia tidak boleh digunakan lagi jika tiada warna yang muncul atau warnanya ungubiru.
Aktinomiset tidak diwarnakan dengan baik atau langsung tidak diwarnakan dengan tatacara
ini.
34
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
TATACARA
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
Letakkan slaid yang mengandungi apusan di dalam larutan asid kromik selama 1 jam.
Cuci dengan air paip selama 15 saat.
Bilas dengan natrium bisulfit selama 1 minit.
Cuci dengan air paip selama 5 10 minit.
Cuci 3 kali dengan air suling.
Letakkan slaid di dalam bekas yang mengandungi larutan metenamin-argentum nitrat dan
eramkan bekas berkenaan di dalam ketuhar pada suhu 58-60C.
Gunakan forseps yang diselaputi dengan parafin untuk mengeluarkan slaid dari larutan
metenamin-argentum nitrat dan celupkannya ke dalam air suling.
Periksa apusan dengan mikroskop untuk menentukan sama ada fungus telah terwarna
perang tua atau memerlukan pengeraman yang lebih lama.
Bilas 6 kali dengan air suling apabila kontrol menunjukkan pewarnaan yang optimum telah
dicapai.
Liputi apusan dengan larutan emas klorid 0.1% selama 2 hingga 5 minit.
Bilas dengan air suling.
Hilangkan argentum yang tidak tereduksi dengan natrium thiosulfat selama 2 hingga 5 minit.
Cuci dengan air.
Balas warna dengan pewarna light green selama 30-45 saat.
Keringkan dengan 2 pertukaran masing-masing alkohol 70%, 95% dan mutlak.
Jernihkan spesimen dengan 2 hingga 3 kali pertukaran xilena.
Lekapkan dengan media pelekap PermountTM.
Dinding sel fungus (serta fiber retikulum dan fiber elastik tisu) terwarna hitam, manakala bahagian
di dalam miselium dan hifa diwarnakan kelabu tua dan latar belakang adalah hijau muda.
Cryptococcus neoformans diwarnai merah muda gelap atau merah. Komponen tisu sebagai latar
belakang diwarnai kuning dengan nukleus berwarna hitam.
NOTA
1.
2.
Larutan stok metenamin-argentum nitrat adalah stabil jika disimpan di dalam peti beku.
Presipitasi putih yang muncul berikutan penyimpanan boleh dihilangkan dengan menggoncangnya.
Sesetengah bakteria (termasuk Nocardia spp) serta sesetengah komponen tisu juga
diwarnakan. Oleh yang demikian semua yang diwarnakan kelabu tua tidak semestinya
fungus.
35
3.
4.
5.
Pastikan pewarnaan tidak menjadi telalu gelap hingga struktur morfologi halus tidak dapat
diamati.
Nocardia serta fungus tua dan yang telah mati mungkin memerlukan masa pengeraman yang
lebih lama (sehingga 90 minit) dengan larutan metenamin-argentum nitrat untuk diwarnai.
Tatacara ini boleh juga digunakan untuk keratan tisu dari ketulan parafin. Dengan spesimen
jenis ini, keratan tisu terlebih dahulu dihilangkan parafinnya dengan 2 pertukaran rendaman
di dalam xilena dan kemudian dihidrasikan melalui suatu urutan rendaman di dalam alkohol
mutlak, alkohol 95% dan air suling.
1.
Morfologi mikroskopik
Blastokonidia (blastospora)
Klamidokonidia (klamidospora)
Artrokonidia (artrospora)
Bercabang
Tak bercabang
36
Membengkak
Bentuk konidiofor:
Konidia
Makrokonidia (konidia bersaiz besar pada fungus yang menghasilkan konidia yang besar dan kecil)
Septum: Berseptum atau tanpa septum
Bujur
Raket
Bernodul
Sabit
Sigar
Bentuk:
Berasingan
Berkelompok
Berantai
Bulut/sfera
Bujur (ovoid)
Gada
Bentuk:
Tunggal
Bertunas
37
Multipel
3.3.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
TATACARA
1.
2.
3.
4.
38
5.
6.
7.
8.
9.
Pegang slaid berdekatan dengan mulut dan keluarkan nafas dengan kuat supaya permukaan
filem diliputi dengan wap yang terkondensasi dari mulut.
Masukkan slaid ke dalam air pada sudut 30 darjah supaya filem terapung bebas pada
permukaan air.
Letakkan grid dalam 2 barisan di atas filem yang terapung-apung di atas air tersebut.
Tekan grid perlahan-lahan dengan forseps untuk mencapai sentuhan yang baik di antara
filem dan grid.
Letakkan sekeping kertas turas di atas filem dan apabila kertas ini tenggelam ia dikeluarkan
dan filem dibiarkan sehingga menjadi kering.
NOTA
1.
2.
Gunakan slaid mikroskop baru yang sengaja dilap dengan kertas pengering tangan. Slaid
yang dicuci dengan teliti (dengan asid alkohol) akan melekatkan filem dengan kuat sehingga
membuatkannya sukar untuk ditanggalkan daripada slaid.
Pastikan air yang digunakan bersih.
Penyalutan Virus Ke atas Grid dan Pewarnaan Negatif: Teknik Mikroskop Elektron Secara Langsung
Spesimen diletakkan di atas filem sokongan melalui kaedah pemindahan titisan tunggal sebelum
pewarnaan dilakukan. Proses perlekatan bahan protein ke atas filem memerlukan beberapa saat
sahaja dan selepas itu, ia tidak akan tanggal lagi kecuali jika dilarutkan atau dihadamkan. Oleh
yang demikian, proses yang berikutnya, seperti pewarnaan virus, dapat dilakukan tanpa kehilangan
virus.
Pewarnaan negatif melibatkan penanaman (embedding) bahan kecil yang berpartikel, seperti virus,
ke dalam suatu lapisan bahan berketumpatan tinggi supaya spesimen dapat diamati sebagai objek
yang cerah di atas latar belakang gelap. Keadaan ini wujud kerana kawasan yang mempunyai lebih
pewarna seperti kawasan di sekeliling virus dan celah-celah permukaan virus akan menaburkan
lebih elektron berbanding dengan kawasan yang kurang pewarna. Oleh yang demikian, jumlah
elektron yang sampai ke layar dari kawasan yang mempunyai lebih pewarna adalah lebih rendah
dan menyebabkan kawasan ini kelihatan lebih gelap daripada kawasan lainnya.
Terdapat beberapa pewarna negatif seperti natrium fosfotungstat, natrium tungstat dan garam
uranium seperti uranil asetat. Tetapi natrium fosfotungstat merupakan pewarna negatif yang utama.
Tatacara Pewarnaan Negatif dengan Asid Fosfotungstik
BAHAN
1.
2.
3.
4.
5.
6.
Sampel virus
Forseps halus jenis tukang jam yang bengkok No.7
Grid mikroskop elektron yang disaluti filem Formvar
Kepingan kertas turas gred Whatman No. 1
Kertas lilin
Asid fosfotungstik 1.5%, pH 6.5
TATACARA
1.
2.
3.
Letakkan setitis (~ 20 l) suspensi virus, air suling dan pewarna dalam 1 barisan di atas
sekeping kertas gris.
Apungkan 1 grid dengan permukaan filem sokongannya bersentuhan dengan titis suspensi
virus selama 3 minit.
Dengan forseps halus keluar dan sentuhkan tepi grid dengan sekeping kertas turas supaya
dapat menghilangkan cairan yang berlebihan.
39
4.
5.
6.
7.
8.
9.
Letakkan grid tersebut di atas kertas gris dan biarkan sehingga kering.
Apungkan grid dengan permukaan yang didedahkan kepada virus di atas titisan air suling
selama 30 saat.
Keluar serta hilangkan cairan yang berlebihan.
Apungkan grid dengan permukaan yang didedahkan kepada virus ke atas titis pewarna
selama 30 saat.
Keluar dan hilangkan cairan yang berlebihan.
Pindahkan grid ke sekeping kertas turas yang terletak di dalam sebuah piring Petri.
NOTA
1.
2.
3.
4.
5.
Asid fosfotungstik seharusnya disediakan dengan menggunakan air suling steril. Ia diagihagihkan dalam jumlah kecil ke dalam botol dan disimpan beku kecuali satu botol untuk
kegunaan semasa yang seharusnya disimpan di dalam peti beku. Buang sediaan ini apabila
didapati berubah kepada warna kebiruan.
Permukaan grid yang disaluti dengan filem yang digunakan untuk melekatkan virus adalah
permukaan di sebelah atas kertas turas.
Pegang grid dengan kemas dengan menggunakan forseps kerana grid-grid ini amat ringan
dan mudah terlepas daripada forseps akibat tarikan tegangan permukaan titisan cecair.
Cecair yang berlebihan disingkirkan dengan menyentuhkan bahagian tepi grid sambil
dipegang dengan penghujung forseps. Kertas turas yang dikoyak adalah lebih berkesan
daripada yang digunting.
Bagi spesimen multipel, elakkan daripada berlakunya pencemaran silang dengan menggunakan forseps yang berbeza atau mencelupkan forseps yang telah digunakan di dalam air
mendidih setiap kali sebelum digunakan semula.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
Sampel virus
Forseps halus jenis tukang jam tangan
Grid mikroskop elektron yang disaluti filem Formvar
Asid fosfotungstik 1.5%, pH 6.5
Kepingan kertas turas gred Whatman No. 1
Kertas lilin
Antiserum yang spesifik terhadap virus berkenaan
Larutan salin ditampan fosfat
TATACARA
1.
2.
3.
4.
5.
Larutkan antiserum dalam larutan salin ditampan fosfat (nisbah antiserum: larutan salin
yang digunakan bergantung kepada sediaan antiserum).
Campurkan 15 l virus dengan 15 l tiap larutan antiserum ke atas sekeping kertas lilin.
Letakkan kertas lilin dengan campuran virus/antiserum di dalam piring Petri yang dialas
dengan kertas turas lembap.
Eramkan campuran virus/antiserum di dalam bekas ini selama satu jam pada 37C.
Letakkan campuran ke atas grid dan warnakan mengikut bahagian tatacara menyaluti grid
dengan virus & tatacara pewarnaan negatif dengan asid fosfotungstik di muka surat 39-40.
40
NOTA
1.
2.
3.
4.
Dalam tatacara ini, tidak semestinya IgG atau IgM yang murni digunakan. Serum biasa pun
sudah mencukupi.
Serum haruslah didedahkan kepada suhu tinggi (56C) sebelum digunakan untuk
menghapuskan komplemen yang boleh melisiskan sampul (envelop) virus.
Campuran virus dan antiserum daripada satu siri pencairan dilakukan untuk mendapatkan
konsentrasi antibodi yang optimum untuk menghasilkan pengelompokan virus. Dalam
keadaan antibodi yang berlebihan, partikel virus akan disaluti dengan suatu lapisan protein
yang tebal dan ini akan menyukarkan pengamatan ke atas struktur virus serta menyebabkan
perubahan bentuk vitus berkenaan.
Suspensi virus murni boleh menyebabkan partikel virus dikelompokkan secara spontan. Oleh
yang demikian, adalah amat penting sekali, jika teknik ini dilakukan dengan menggunakan
spesimen tanpa campuran antibodi sebagai kontrol.
1.
2.
TATACARA
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
Letakkan spesimen dengan menggunakan forseps di dalam ruang khas pemegang spesimen
(berhati-hati supaya tidak tersentuh bahagian pemegang spesimen yang akan diletakkan di
dalam ruang hampas udara).
Letakkan batang pemegang spesimen ke dalam tapak yang ditetapkan dan tunggu sehingga
lampu merah padam, iaitu sebagai isyarat bahawa ruang hampas udara telah pun dicapai di
dalam ruang spesimen.
Putarkan batang pemegang ke arah lawan pusingan jam, supaya spesimen mencapai tempat
yang ditetapkan.
Kurangkan kuasa pembesaran kepada 80 kali dan pilih satu kawasan (segi empat sama)
untuk diamati.
Naikkan kuasa pembesaran kepada 60,000 kali ganda dan dalam masa yang sama pusatkan
semula pancaran elektron serta tingkatkan intensitinya.
Putarkan tombol fokus sehingga memperolehi imej yang paling jelas.
Amati layar melalui tingkap pengamatan. Skan secara teratur kawasan di dalam segi empat
tepat yang dipilih supaya seluruh kawasan diamati.
Untuk mengamati sesuatu objek dengan lebih teliti dan mendalam, gunakan binokular.
NOTA
1.
2.
Dalam memilih segi empat tepat untuk diamati, janganlah mendapatkan kawasan yang gelap
kerana virus akan terlindung/tersembunyi dan susah untuk diamati. Juga, dalam hal ini,
janganlah memilih segi empat yang kelihatan terlalu bersih kerana ia tidak dapat
memberikan kontras yang baik di antara virus dengan latar belakangnya.
Saiz serta bentuk virus, jika diketahui, akan banyak membantu dalam proses pencarian virus
berkenaan.
41
3.
3.4.
Oleh kerana terdapat kemungkinan bahawa taburan virus di atas filem grid tidak rata,
amatilah 5 segi empat tepat, iaitu yang berada di tengah, bawah, atas serta kiri dan kanan
grid sebelum spesimen tersebut dapat dianggap sebagai tidak mengandungi virus (iaitu pada
tahap kesensitifan mikroskop elektron dalam mengesan virus).
2.
Aseton-alkohol
Campurkan aseton dan etil alkohol 95% dalam nisbah isipadu yang sama.
3.
Alkohol asid
Campurkan 5 ml asid hidroklorik dengan 95 ml etanol 95%.
4.
Asid sulfurik
Campurkan 1 ml asid sulfurik pekat ke dalam 100 ml air suling. Lakukan di dalam almari
asap.
5.
6.
7.
8.
Iodin Gram
Larutkan 1 g kalium iodid di dalam 70 ml air suling. Tambahkan 0.5 g iodin dan tambah air
sehingga mencapai 100 ml. Goncang sehingga keseluruhan iodin tersebut larut.
9.
Kristal ungu
Larutkan 1 g kristal ungu di dalam 100 ml air suling.
10.
11.
12.
13.
42
14.
15.
16.
Reagan Schiff-leuko-fuksin
Larutkan 1g fuksin bes di dalam 200 ml air suling yang mendidih. Kemudian kurangkan suhu
kepada 50C dan saringkan dengan kertas turas. Tambahkan 20 ml 1N HCl dan 1g kalium
metabisulfit bentuk kontang. Biarkan di tempat gelap selama 2 hari. Tambahkan 0.5 g arang
kayu yang teraktivasi dan goncang sekali-sekala dalam tempoh 1 jam. Saring dengan kertas
turas dan simpan larutan reagen Schiff ini di dalam botol gelap di dalam peti beku.
17.
Safranin (0.5%)
Larutkan 0.5 g safranin di dalam 100 ml air suling.
43
4.
PENGKULTURAN MIKROB
Mikroorganisma dan virus dikulturkan untuk beberapa tujuan. Dalam mikrobiologi diagnostik, ujian yang
dijalankan ke atas kultur sesuatu mikrob tertentu dapat membantu mengenal pasti atau menentukan identiti
mikrob berkenaan. Jika mikrob ini merupakan suatu agen baru yang mungkin belum dikenali, melalui
pengkulturan dapatlah diwujudkan satu sumber atau bekalan kultur agen berkenaan supaya kajian boleh
dijalankan untuk menentukan ciri-cirinya. Dalam bidang perindustrian dan bioteknologi, mikrob merupakan
salah satu komponen yang harus diperolehi bagi penghasilan sesuatu produk, misalnya vaksin.
Keadaan pengkulturan mikrob adalah berbeza-beza bergantung kepada jenis mikrob, misalnya bakteria
ataupun virus. Kadangkala keadaan yang berbeza ini wujud walaupun di kalangan mikrob daripada golongan
yang sama.
4.1.
PENGKULTURAN BAKTERIA
4.1.1.
Media kultur digunakan terutama untuk pertumbuhan bakteria (dan mikroorganisma lain) dan
terdapat dalam bentuk pepejal, separuh pepejal dan cecair. Di samping pertumbuhan, media
juga digunakan untuk pemencilan, ujian motiliti dan menentukan ciri-ciri metabolik dan
fisiologi bakteria.
Media boleh dibahagikan kepada media sintetik (media yang diketahui kandungannya) dan media
tiruan atau kompleks. Media sintetik adalah media yang semua komponennya merupakan bahan
kimia yang nyata dan spesifik daripada segi kandungannya; manakala media tiruan adalah media
yang mengandungi bahan-bahan kompleks seperti ekstrak daging lembu, yis atau darah di mana
kandungannya kurang jelas atau tidak dapat dipastikan.
Dari segi penggunaan, media kultur dibahagikan kepada beberapa golongan:
Media dasar (juga dipanggil media nutrien atau media basal) yang mengandungi infusi, pepton,
garam dan air.
Infusi
Pepton
Ekstraks daging.
Hasil daripada penghadaman enzim ke atas bahan organik. Contoh; Pepton soya
disediakan daripada tindakan enzim terhadap kacang soya, pepton P adalah
penghadaman daging oleh pepsin.
Contoh: Agar nutrien, broth nutrien, broth infusi (otak-jantung, jantung, otak atau hati).
Media diperkaya (enriched media) adalah media dasar yang dicampurkan dengan bahan yang
boleh menggalakkan pertumbuhan seperti cecair tubuh (contohnya darah, serum), vitamin tertentu,
asid amino, protein atau sebarang nutrien yang memiliki ciri yang khas dan tepat.
Media pengaya (enrichment media) digunakan untuk pertumbuhan bakteria yang tidak tumbuh
baik pada media dasar atau kerana pertumbuhannya pada media ini lebih baik dan cepat berbanding
dengan bakteria yang lazimnya tumbuh dengan pesat dan seringkali mengatasi kecepatan
pertumbuhannya dalam media dasar.
44
1.
Agar darah
Agar coklat
Broth (atau agar) serum
Agar darah triptos
Agar Mueller-Hinton
Darah utuh
Darah yang dipanaskan
Serum
Darah, triptos
Kanji
Media pemilih (selective) adalah media dasar atau media diperkaya yang dicampurkan dengan bahan
yang menghalang pertumbuhan majoriti jenis bakteria dan memberikan kelebihan kepada segolongan kecil
bakteria lain yang diinginkan untuk tumbuh. Media ini juga meningkatkan peluang untuk memencilkan
bakteria tertentu di dalam sesuatu kultur campuran.
Media pembeza (differential) adalah media dasar atau media diperkaya yang mengandungi bahan kimia
khusus yang akan bertindak ke atas sesetengah jenis bakteria melalui cara yang membolehkan bakteria
berkenaan dikenali, misalnya dalam bentuk perubahan warna koloni (fermentasi) ataupun perubahan kepada
media itu sendiri (hemolisis). Pada hakikatnya, kebanyakan media pembeza juga mempunyai reagen yang
dapat menghalang pertumbuhan bakteria tertentu dan dalam hal ini, ia juga dianggap sebagai media pemilih.
Media pengaya (enrichment) digunakan untuk pemencilan (misalnya patogen usus) dengan merencat
atau menekan pertumbuhan saprofit dan/atau flora normal tubuh. Dari segi fungsi, media pengaya boleh
juga disifatkan sebagai media pemilih. Sebagai contoh, dalam broth selenit F natrium selenit pada pH 7.0
adalah toksik terhadap bakteria koliform dan dengan demikian, ia memberi peluang kepada Salmonella
dan/atau Shigella untuk membiak dengan lebih baik kerana kekurangan atau ketiadaan persaingan
pertumbuhan spesies koliform lainnya.
2.
Bahan pemilih
Ciri pembezaan
Ciri
Indikator
MacConkey
Hempedu
Fermentasi laktosa
Neutral red
Potassium telurit
Kalium telurit
Reduksi telurit
Kalium telurit
Deoksikolat sitrat
Natrium deoksikolat
Fermentasi laktosa
Kesan penghasilan H2S
Neutral red
Ferik ammonium
Sitrat
Garam manitol
Natrium klorida
Fermentasi manitol
Fenol merah
Lowenstein-Jensen
Malakit hijau
Fermentasi laktosa akan menyebabkan koloni menjadi merah atau merah jambu.
Fermentasi manitol menghasilkan koloni bakteria berwarna kuning.
Penghasilan H2S akan menukar ferik ammonium sitrat kepada ferik sulfida dan pembentukan warna hitam
pada koloni bakteria.
Reduksi telurit akan menghasilkan koloni berwarna hitam.
45
4.1.2.
Media kultur dipadatkan dengan agar dan disediakan dalam 2 bentuk, sebagai satu lapisan rata di
dalam plat Petri (juga dipanggil plat agar/piring agar) dan dalam bentuk cerun (agar cerun/
condong) di dalam tabung atau botol. Tiap-tiap bentuk agar mempunyai fungsi tersendiri. Pada
umumnya, bakteria dikulturkan ke atas plat media agar melalui teknik plat garisan untuk
mendapatkan koloni bakteria yang terpencil, manakala pengkulturan pada cerun agar digunakan
untuk ujian biokimia atau sebagai kultur simpanan.
Tatacara Menyediakan Plat Media Agar
BAHAN
1.
2.
3.
4.
Media agar
Bikar air yang mendidih
Penganggas air
Piring Petri
TATACARA
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
Larutkan media agar berisipadu kecil di dalam bikar air mendidih dan media agar berisipadu besar
di dalam penganggas air atau autoklaf.
Letakkan larutan media agar ke dalam penganggas air bersuhu 50C.
Tuangkan 15 20 ml agar ke dalam setiap piring Petri bergaris pusat 90 cm.
Putarkan plat supaya agar tersebar sama rata.
Biarkan sehingga beku.
Eramkan secara terbalik dengan penutup dalam keadaan terbuka pada suhu 37C selama
semalaman.
Pada keesokan harinya pastikan tiada pertumbuhan (bakteria/fungus) atau kontaminasi berlaku ke
atas media.
Tutup plat dan simpan pada suhu 4 8C jika tidak digunakan.
NOTA
1.
2.
3.
4.
Sungguhpun suhu yang tinggi diperlukan untuk mencairkan agar, apabila keseluruhan agar menjadi
cair, suhu tersebut mestilah diturunkan kepada 48C sebelum darah dan bahan lain yang tidak
tahan panas dicampurkan. Sebaliknya jika agar dibiarkan sehingga terlalu sejuk, besar kemungkinan bahan pelengkap (supplement) ini tidak akan bercampur dengan baik dan merata di dalam
media.
Pada agar yang tidak mengandungi bahan protein seperti darah, ada baiknya juga jika media agar
dituangkan selepas suhu diturunkan kerana ini akan mengurangkan pemeluapan.
Elakkan daripada menggoncang media agar sebelum dituangkan ke dalam plat. Tindakan
menggoncang ini hanya akan menyebabkan pembentukan gelembung udara di dalam media dan
mengakibatkan media plat yang tidak rata apabila membeku kelak. Jika setelah penuangan media,
masih terdapat gelembung udara pada permukaan media plat, segera hilangkan dengan mengarahkan/
melalukan api penunu Bunsen ke atas gelembung-gelembung tersebut sehingga semuanya terhapus/
tersingkir sebelum media menjadi beku.
Semasa media agar digunakan, pastikan permukaannya tidak basah. Jika didapati demikian, media
tersebut perlulah dikeringkan terlebih dahulu kerana penginokulasian di atas media yang berkeadaan
sedemikian hanya akan menyulitkan pemencilan mikroorganisma nantinya. Koloni-koloni bakteria
yang seharusnya telah terasing, akan saling bersentuhan dan bercantum semula di antara satu dengan
lain; apatah lagi jika di kalangan bakteria yang ingin dipencilkan terdapat spesies yang dapat bergerak
atau menunjukkan kemampuan untuk menyebar (swarming), misalnya Proteus spp.
46
1.
2.
3.
4.
Media agar
Bikar air yang mendidih
Penganggas air
Tabung/botol
TATACARA
1.
2.
3.
4.
Tuangkan 10 hingga 15 ml media agar yang telah dicairkan ke dalam setiap tabung atau
botol.
Tutup tabung atau botol tersebut dan sterilkan.
Setelah pensterilan, letakkan tabung atau botol dalam keadaan condong dan biarkan membeku
pada suhu bilik.
Simpan media cerun agar pada 4 8C jika tidak digunakan.
NOTA
1.
2.
4.1.3.
Media agar untuk tujuan persiapan media agar cerun disediakan dan dibahagi-bahagikan ke dalam
tabung atau botol dan kemudian disterilkan. Ini boleh mengelakkan daripada tercemar semasa
membahagikan media yang telah disterilkan terlebih dahulu ke dalam tabung atau botol, sungguhpun
teknik aseptik diamalkan.
Sebaliknya, jika sesuatu bahan yang ingin dicampurkan ke dalam media adalah daripada jenis
yang tidak tahan panas, maka media dalam isipadu yang besar tersebut perlu disterilkan terlebih
dahulu. Selepas pensterilan, dinginkan sehingga mencapai suhu sekitar 48C. Kemudian tambahkan
bahan berkenaan yang steril dan campurkan dengan baik dan merata. Kemudian, dengan teknik
aseptik, bahagi-bahagikan media berkenaan dalam isipadu yang ditetapkan ke dalam tabung atau
botol yang terlebih dahulu disterilkan.
KULTUR MURNI
Plat Garisan
Kultur murni adalah kultur yang mengandungi satu jenis atau spesies bakteria sahaja. Umumnya,
kultur murni diperolehi dengan menggunakan media padat, sama ada melalui teknik plat garisan
atau teknik plat tuangan (pour plate). Teknik plat garisan merupakan teknik yang paling mudah
untuk mendapatkan koloni terpisah dan terasing. Berdasarkan teori bahawa satu koloni bakteria
merupakan hasil daripada pertumbuhan yang berasal daripada satu sel bakteria, maka satu koloni
akan hanya terdiri daripada satu jenis atau spesies sahaja. Bakteria daripada koloni ini kemudian
boleh ditumbuhkan semula supaya semua koloni di dalam sesuatu plat terdiri daripada jenis bakteria
yang sama. Kultur yang sedemikian ini dikenali sebagai kultur murni dan menunjukkan pertumbuhan
koloni yang morfologinya kelihatan serupa di antara satu dengan lain.
Kultur murni penting kerana ia diperlukan dalam kajian-kajian mengenai pelbagai ciri sesejenis
bakteria, misalnya ciri morfologi koloni, biokimia, morfologi sel, reaksi pewarnaan, reaksi imunologi
dan kepekaannya terhadap berbagai agen antimikrob.
Tatacara Plat Garisan
BAHAN
1.
2.
Kultur bakteria
Piring Petri yang mengandungi media agar
47
3.
4.
Gelung dawai
Penunu Bunsen
TATACARA
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
Labelkan plat Petri yang mengandungi media pertumbuhan yang steril (pada bahagian dasar
atau bawahnya dan bukan di atas penutupnya).
Letakkan plat Petri tersebut dengan bahagian dasarnya di sebelah atas.
Sterilkan gelung dawai melalui pembakaran api penunu Bunsen dan setelah sejuk, ambil
spesimen dengannya.
Pegang dan angkat bahagian dasar plat sehingga permukaan media yang terdedah
menghadap anda.
Letakkan gelung yang mengandungi spesimen di atas permukaan media agar kira-kira 1 cm
daripada dinding plat Petri tersebut.
Sebarkan inokulum seluas 1 cm garis pusat.
Bermula daripada sebaran di atas gariskan inokulum dengan menggerakkan gelung bolakbalik supaya garisan meliputi satu kawasan seluas kira-kira sepertiga daripada plat.
Garisan seterusnya bermula daripada kawasan di sekitar penghujung garisan-garisan
pertama.
Bakar semula gelung dawai dan biarkan sejuk. Putarkan plat ~ 90 darjah dan buatkan pula
beberapa garisan mengulangi prosedur di atas sehingga garisan meliputi keseluruhan
kawasan permukaan media.
Pastikan garisan yang terakhir tidak menyentuh sebaran inokulum yang pertama.
Piring Petri yang telah diinokulasi dieramkan pada suhu tertentu dalam keadaan terbalik.
NOTA
1.
2.
3.
4.
5.
6.
Gunakan penghujung gelung dawai sahaja untuk menyentuh permukaan media supaya
mendapatkan garisan yang halus dan tipis.
Dalam membuat garisan, yang penting ialah menyentuh gelung pada permukaan media dan
menggariskannya; usahakan menggaris perlahan-lahan supaya anda tidak sampai mencungkil atau merobek media sehingga mengakibatkan media menjadi pecah-pecah.
Pastikan juga garisan yang dibuat tersebut rapi, berterusan tetapi terpisah serta tidak saling
memotong atau bersilang di antara garisan atas dengan yang di bawahnya supaya
mendapatkan koloni bakteria yang berasingan.
Gelung dawai dibakar semula selepas garisan dibuat pada bahagian pertama piring Petri
supaya inokulum (jumlah bakteria) dikurangkan, maka koloni bakteria yang terpisah akan
didapati.
Jangan bercakap semasa melakukan prosedur ini untuk mengelakkan semburan air liur
terjatuh ke atas permukaan media agar.
Piring Petri yang telah diinokulasi dieramkan secara terbalik supaya sebarang pemeluapan
yang berlaku pada penutupnya tidak akan menitis ke atas kultur.
48
RAJAH 4.1
4.1.4.
Kajian mengenai koloni bakteria adalah penting kerana ia boleh memberikan maklumat
lanjut mengenai identiti, aktiviti biokimia, ciri genetik dan antigenik bakteria berkenaan.
Koloni bakteria biasanya diamati berdasarkan pertumbuhannya di atas media padat. Seperti
juga ciri-ciri morfologi sel bakteria, ciri-ciri koloni bakteria dipengaruhi oleh beberapa faktor
seperti jenis media, suhu pertumbuhan, umur kultur, strain bakteria dan semua keadaan ini
biasanya diambil kira dan dinyatakan semasa menghurai sesuatu koloni bakteria.
1.
Bentuk:
Bulat
Berserabut
2.
Tidak teratur
Berfilamen
Bertitik bujur
Menyeluruh
Beralun
Lobate
49
Erose
3.
Permukaan: Elevasi
Datar
Menaik
Pulvinat
4.
Cembung
Cembung papilat
Umbonat
Cembung berkerut
Permukaan: Tekstur
Licin
Kasar
Berkontour
: permukaan licin dan undulat (beralun) secara tak teratur.
Batasan secara radial : permukaan berbatas-batas yang terpancar dari tengah-tengah koloni.
Berkerut
5.
Permukaan: Konsistensi
Legap
Lutsinar
Opalesens :
Iridesens
Pudar
Berkilat
Fotogenik memancar di dalam gelap.
Pendaflour satu warna dengan cahaya transmisi dan warna lain (yang cerah dan terserlah)
dengan cahaya pantulan (berpendafluor).
7.
Bergelung
Berfilamen
50
Bergranul
8.
irregular
rhizoid
punctiform
entire
indulate
curled
flat
raised
convex
imbonate
pulvinate
convex papillate
convex rugose
radially ridged
rugose
brittle
butyrous
dull
glistening, glossy
Oleh kerana penyesuaian bakteria kepada alam sekelilingnya, maka bakteria dari lingkungan yang
berbeza memerlukan keadaan sekeliling yang berbeza pula untuk pertumbuhan yang optimum.
Oleh yang demikian, pengkulturan bakteria di dalam makmal hanya dapat dicapai jika keadaan
alam persekitarannya dapat diwujudkan.
Di samping pengaruh kandungan media ke atas pertumbuhan bakteria, beberapa faktor lain di
alam sekeliling juga mempengaruhi pertumbuhan dan tumbesarannya. Faktor ini termasuk suhu
pengeraman, air, aras oksigen, osmolariti media dan kepekatan ion hidrogen (pH).
Pengeraman Bakteria dalam Keadaan Anaerobik
Pada bakteria heterotrof, tenaga yang digunakan untuk menjalankan proses biosintesis berpunca
daripada tindakan oksidatif ke atas bahan organik. Ada bakteria yang hanya boleh
menggunakan oksigen bebas sebagai penerima akhir hidrogen (aerob obligat). Oleh yang
demikian ia hanya dapat tumbuh dalam kehadiran oksigen. Sebaliknya, terdapat juga bakteria
yang sama sekali tidak dapat menggunakan oksigen sebagai penerima akhir hidrogen (anaerob
obligat). Justeru itu ia tidak dapat tumbuh dalam keadaan kehadiran oksigen dan kemungkinan
akan mengalami kematian apabila terdedah kepada gas berkenaan. Terdapat pula segolongan
bakteria yang dinamakan aerotoleran kerana berkeupayaan untuk tumbuh di dalam udara,
sungguhpun ia tidak menjalankan metabolisme oksidatif. Bakteria golongan ini melakukan
fermentasi meskipun dalam kehadiran oksigen. Sekumpulan besar bakteria mempunyai sistem
enzim yang boleh menggunakan oksigen atau terbitan organik sebagai penerima akhir hidrogen
(aerob fakultatif atau anaerob fakultatif). Bakteria jenis ini boleh tumbuh secara anaerobik
dan dalam keadaan ini akan memfermentasi karbohidrat dengan menghasilkan produk
fermentasi seperti berbagai-bagai jenis asid. Walau bagaimanapun, apabila ditumbuhkan dalam
kehadiran udara (oksigen), metabolismenya akan berubah kepada keadaan aerobik dan
51
karbohirat umumnya akan dioksidasi kepada air dan CO2. Terdapat segolongan bakteria lagi
yang menunjukkan pertumbuhan optimum pada kadar oksigen yang rendah dan bakteria ini
dikenal sebagai mikroaerofilik.
Tatacara Mewujudkan Keadaan Anaerobik di dalam Balang Anaerobik dengan GasPaktm
BAHAN
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
TATACARA
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
Gunakan balang anaerobik yang sedia dilengkapi dengan 1 pek mangkin aktif yang dilekatkan
kepada penutupnya.
Masukkan media plat yang telah diinokulasi ke dalam balang.
Potong salah satu sudut atas paket GasPak dan letakkan sampul GasPak secara menegak di sebelah
susunan plat.
Letakkan indikator redoks (oksidasi-reduksi) di sebelah susunan plat.
Masukkan 10 ml air paip ke dalam GasPak dengan pipet.
Kemudian lekapkan penutup tepat pada kedudukannya menutupi mulut balang.
Pasang alat pencengkam penutup supaya balang tertutup dengan rapi dan rapat sehingga tidak
dapat ditembusi udara.
Eramkan keseluruhan balang bersama isi kandungannya di dalam inkubator 37C semalaman.
Katalis biji-biji aluminium disaluti paladium
GasPakTM kit penjana/pembebas hidrogen
NOTA
1.
2.
3.
Balang jenama GasPak menggunakan katalis atau mangkin sejuk yang tidak perlukan dipanaskan
sejurus sebelum GasPak digunakan. Butir-butir mangkin yang terpakai dipulihkan kepada aktiviti
penuh dengan dipanaskan di dalam ketuhar pada suhu 160-170C selama 2 jam. Mangkin ini
kemudian disimpan di dalam tempat kering atau balang pengering (desikator).
Pada balang anaerobik yang menggunakan mangkin yang perlu dipanaskan dengan arus elektrik
atau api, pastikan proses ini dilakukan jauh dari gas yang boleh meletup.
Indikator redoks metilena biru digunakan untuk memastikan keadaan anaerobik dicapai. Dalam
keadaan tanpa oksigen metilena biru akan menghilangkan warnanya. Tetapi masa kehilangan
warnanya dicapai lebih lewat daripada pencapaian keadaan anaerobik di dalam balang.
1.
2.
52
TATACARA
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
Gunakan balang anaerobik yang terpakai (atau bekas plastik berbentuk silinder yang mempunyai
dua lubang kecil pada penutupnya).
Masukkan media plat yang telah diinokulasi ke dalam bekas ini dan kemudian tutup rapat dengan
bantuan pencengkam penutup tersebut.
Buka salah satu kepala salur gas dan hubungkan dengan tiub ke sebuah pam vakum dan kemudian
sedut keluar udara di dalam balang sehingga terbentuk ruang hampa gas sepenuhnya.
Tutup rapat kepala salur gas pertama ini dan sambungkan sebuah tiub pada kepala kedua yang
menghubungkannya dengan tangki silinder gas campuran.
Buka kepala salur gas kedua ini dan salurkan gas ke dalam balang sehingga terisi penuh kemudian
tutup dengan rapat.
Tanggalkan semua tiub penyambung pada balang dan tutup lubang kepala salur gas dengan pita
selofan.
Eramkan balang bersama isi kandungannya di dalam inkubator 37C selama semalaman.
NOTA
Penutup bekas yang digunakan mesti berbentuk bulat kerana bentuk ini mempastikan ia tidak ditembusi
udara.
Tatacara Balang Lilin dalam Pengeraman Kultur dalam Keadaan Atmosfera Karbon Dioksida
BAHAN
1.
2.
3.
TATACARA
1.
2.
3.
4.
NOTA
1.
2.
3.
Gunakan tin dengan penutup berbentuk bulat supaya tin dapat ditutup dengan rapat.
Pastikan saiz tin yang digunakan tidak terlalu kecil supaya terdapat sedikit ruangan
untuk menempatkan lilin yang menyala pada jarak yang agak berjauhan dengan piring
Petri.
Keadaan atmosfera yang dicapai di dalam balang lilin adalah CO2 5%.
Tatacara Menggunakan Inkubator Karbon Dioksida dalam Pengeraman Kultur dalam Keadaan
Atmosfera Karbon Dioksida
Inkubator CO2 merupakan suatu alat yang lumrah didapati di makmal mikrobiologi. Dengan adanya alat
ini pengeraman kultur bakteria (ataupun kultur sel) di dalam atmosfera CO2 adalah lebih mudah dilakukan
di samping kehadiran ruang yang boleh memuatkan lebih banyak kultur. Instrumentasi adalah di luar skop
buku ini dan haruslah mengikuti arahan dengan teliti di dalam buku operasi (manual) yang dibekalkan
53
bersama-sama dengan alat ini. Apa yang akan dibentangkan di sini hanyalah beberapa nota mengenai
jenis inkubator CO2 dan penggunaan alat ini.
NOTA
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
4.2.
Alat inkubator CO2 yang mempunyai jaket air adalah lebih cekap dalam menstabilkan suhu dan
melambatkan penurunan suhu jika bekalan elektrik terputus.
Alat inkubator CO 2 yang mempunyai sensor jenis inframerah membolehkan paras CO2 di dalam inkubator kembali ke paras asalnya dengan lebih cepat berbanding dengan sensor jenis
konduktiviti termal (haba). Oleh yang demikian, ia lebih sesuai bagi inkubator yang kerapkali
dibuka.
Alat inkubator CO2 yang lebih moden mempunyai mekanisme yang menghentikan bekalan gas ini
secara automatik semasa pintu dibuka dan menyambungnya semula hanya apabila pintu ditutup
semula. Sistem ini mengelakkan pembaziran gas.
Rancangkan terlebih dahulu dalam tempoh masa kerja, apa yang akan disimpan atau dikeluarkan daripada inkubator CO 2 ini supaya dapat mengelak daripada terlalu kerap membukanya.
Pastikan juga terlebih dahulu apa yang akan dikeluarkan daripada inkubator CO2 atau dimasukkan
supaya dapat mengurangkan lamanya ia dibuka.
Jangan gunakan inkubator CO2 yang sama untuk kultur bakteriologi dan kultur sel untuk
mengelakkan pencemaran bersilang.
Pada kultur bakteria, aras CO2 ditetapkan pada 7% dan kultur sel 5%.
PENGKULTURAN FUNGUS
4.2.1.
MEDIA KULTUR
Media kultur utama yang digunakan untuk kultur primer fungus (pengkulturan daripada
spesimen klinikal) adalah agar dekstrosa Sabouraud (SDA ) yang merupakan sejenis media
dasar seperti juga agar nutrien. Media padat ini terdiri daripada dekstrosa 4%, pepton 1%
yang sesuai untuk fungus dan agar 1.5-2% dan mempunyai pH asid 5.6. Keadaan pH asid
dan tanpa bahan yang kaya menghalang pertumbuhan kebanyakan jenis bakteria tetapi membenarkan pertumbuhan fungus, sama ada kontaminan (fungus saprofitik daripada alam sekitar)
atau fungus patogenik, kecuali Histoplasma capsulatum dan beberapa strain aktinomiset seperti
Nocardia asteriodes.
Agar dekstrosa Sabouraud yang dicampurkan dengan cycloheximide 0.05% dan Chloramphenicol
0.005% mengurangkan pencemaran oleh bakteria dan fungus bukan patogenik. Ini memberi peluang
yang lebih baik kepada fungus patogenik untuk tumbuh, sungguhpun terdapat banyak juga fungus
patogenik yang terhalang pertumbuhannya. Media ini biasanya digunakan untuk pengkulturan
dermatofit dan Candida albicans kerana spesies-spesies ini tidak sensitif terhadap kedua-dua jenis
agen antimikrob tersebut.
Agar infusi otak dan jantung dicampur 5% darah kambing biri-biri merupakan sejenis media yang
diperkaya dan digunakan untuk pemencilan Histoplasma dan Nocardia. Media agar ini boleh
dibekukan di dalam piring Petri atau tabung uji.
4.2.2.
PENGKULTURAN FUNGUS
Fungus wujud dalam dua bentuk: yis dan hifa atau miselium. Pengkulturan fungus ke atas plat
agar boleh menonjolkan dua bentuk ini iaitu koloni yis kelihatan bulat dan agak lekit, manakala
koloni berhifa atau miselium seperti kapas atau permaidani pada permukaan media. Pada fungus
berfilamen, pengamatan kultur secara in situ dapat dilakukan dengan teknik kultur slaid.
Pengkulturan Candida albicans di dalam serum lembu misalnya boleh menunjukkan penghasilan
tiub germa oleh yis berkenaan. Ini merupakan suatu ujian diagnostik.
54
1.
2.
3.
4.
TATACARA
1.
2.
3.
4.
NOTA
1.
2.
3.
Untuk mengelakkan pencemaran oleh fungus khususnya dari udara, penginokulasian kultur
disarankan dilakukan di dalam kabinet biohazard kelas 2 yang memberi perlindungan kepada
pengguna, fungus yang dikulturkan serta alam sekeliling.
Inokulum daripada tapak di antara pertengahan dan tepi koloni yang diambil, kerana koloni yang
di tepi mungkin terlalu muda dan belum bersporulasi atau membentuk spora, manakala di bahagian
pertengahannya pula mungkin sudah agak tua dan steril, atau tidak mengandungi spora atau
badan pembuahan (fruiting body) lagi.
Sungguhpun suhu bilik (25C) digunakan sebagai suhu pengeraman oleh beberapa makmal, perlulah
diingat bahawa dalam hal ini, pertumbuhan fungus adalah lebih lambat.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
Kultur fungus
Agar dekstrosa atau agar dekstrosa kentang
Piring Petri
Balang alkohol
Penunu Bunsen
Sebatang kaca berukuran 6 cm
Penutup slaid
Slaid mikroskop
Air suling (steril)
Pisau pembedahan (steril)
Dawai inokulasi lurus
55
TATACARA
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
NOTA
1.
2.
3.
4.
Dalam tatacara ini, 4 objek iaitu batang kaca berbentuk V, slaid mikroskop, penutup slaid dan
jarum inokulasi disterilkan dengan pembakaran api atau alkohol. Tunggu sehingga objek yang
disterilkan menjadi sejuk sebelum meneruskan dengan prosedur selanjutnya.
Semasa pengambilan inokulum, pastikan jarum dimasukkan tepat ke dalam koloni supaya inokulum
mengandungi bahagian vegetatif fungus bersama bahagian aerialnya (yang mengandungi spora).
Pastikan air di dalam piring Petri yang memberikan kelembapan kepada atmosfera ruangan kultur
slaid sentiasa ada dan tidak sampai kering dan tambah jika perlu.
Dalam penyediaan pelekapan basah, jangan tekan penutup slaid kerana ini boleh mengakibatkan
struktur konidia terpisah daripada hifa.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
Kultur yis
Tabung uji
Penganggas air
Jarum inokulasi
Slaid mikroskop
Penutup slaid
Serum lembu (steril)
TATACARA
1.
2.
56
3.
4.
PERHATIAN
Tiub germa akan kelihatan sebagai filamen yang muncul daripada blastospora tanpa adanya
penyempitan mahupun pembengkakan pada bahagian-bahagian tertentu di sepanjang filamen tersebut.
Dengan penyempitan
Tanda penyempitan
NOTA
1.
2.
4.2.3.
Serum yang digunakan kali pertama harus diuji dengan suatu strain Candida albicans yang telah
dipastikan boleh mengeluarkan tiub germa.
Pastikan ampaian yis yang disediakan tidak tebal kerana inokulum yang besar akan
mengurangkan bilangan sel yang menunjukkan tiub germa (105 106 sel/ml adalah kepekatan
optimum).
CIRI-CIRI KOLONI FUNGUS
Dalam catatan mengenai morfologi koloni fungus, adalah penting jenis media pertumbuhannya
juga disebutkan kerana fungus boleh mempamerkan ciri yang berbeza-beza menurut jenis media
yang digunakan. Di samping jenis media, beberapa faktor lain seperti suhu pengeraman dan umur
koloni juga mempengaruhi tekstur koloni fungus. Pigmentasi pada permukaan fungus biasanya
dihasilkan oleh spora dan hifa, di dalam struktur itu sendiri, manakala pigmentasi pada bahagian
dasar koloni ditentukan melalui pigmen hifa vegetatif dan pigmen larut yang meresap ke dalam
agar. Walau bagaimanapun, pigmentasi pada fungus sering kali tidak digunakan sebagai ciri
pengesahan utama spesies-spesiesnya kerana ciri ini umumnya tidak stabil atau berubah, sekalipun
daripada strain yang sama.
PERHATIAN
Dalam pengamatan fungus pada kultur plat agar, seboleh-bolehnya elakkan daripada membuka penutup
Petri/botol, kerana ini akan menyebabkan terjadinya aerosol yang mengandungi spora fungus yang akan
bertebaran di udara dan boleh tersedut oleh bukan sahaja orang yang sedang mengkajinya, tetapi juga
mereka yang berada di dalam ruangan yang sama. Bagi sesetengah individu ini boleh menimbulkan alahan
yang serius.
Morfologi Keseluruhan Koloni Fungus
1.
Tofografi:
57
Menaik ala-butang
Berkerut
2.
Tekstur:
entire edge
fringed edge
irregular folding
depressed center
knob-like
button-like
raised
glabrous
velvety
58
4.3.
PENGKULTURAN VIRUS
Berbeza dengan bakteria dan fungus, virus hanya boleh beraplikasi di dalam sel hidup. Oleh
demikian, sel yang dapat ditumbuhi dan dibiakkan in vitro boleh merupakan suatu sumber media
untuk pembiakan virus. Oleh itu kita perlu menumbuhkan sel-sel tertentu terlebih dahulu untuk
dijadikan kultur bagi pembiakan virus. Aspek-aspek mengenai pertumbuhan sel secara in vitro ini
dikenal se-bagai kultur sel.
4.3.1.
Media
Maklumat tentang kesesuaian sesuatu media untuk sesejenis kultur sel boleh didapati dari buku
maklumat yang dikeluarkan oleh syarikat yang memasarkan media kultur berkenaan atau dari
artikel jurnal.
Media ini umumnya didapati dalam bentuk serbuk atau cecair dan dalam kepekatan 1X atau 10X.
Jika sesuatu jenis media yang berkepekatan 10X didapati dalam bentuk cecair, maka ia dipilih dan
diutamakan daripada bentuk lainnya. Jika media berbentuk serbuk, ia terlebih dahulu dilarutkan di
dalam air suling supaya mencapai kepekatan 5X atau 10X. Media yang pekat boleh disimpan di
dalam bekas-bekas yang lebih kecil. Agih-agihkan media ini dalam isipadu 10 atau 20 ml di dalam
botol universal dan simpan beku, pada suhu 20C jika boleh. Apabila hendak digunakan media
dikeluarkan dari simpanan dan biarkannya pada suhu bilik buat seketika dan kemudian buatkan
suatu pencairan berkepekatan 1X dan campurkan bahan-bahan yang diperlukan untuk
pertumbuhan.
Pastikan semua media serbuk dilarutkan sehingga kelihatan betul-betul jernih.
Media mesti disterilkan melalui penyaringan dengan penyaring membran berukuran liang 0.2 m.
2.
Serum
Jenis serum yang diperlukan bergantung kepada jenis kultur sel. Dalam kebanyakan kultur sel,
serum lembu yang menjadi pilihan. Gunakan serum fetus lembu kerana serum ini berbeza dengan
serum lembu dewasa atau anak lembu, terutama disebabkan ia bebas daripada antibodi yang
mungkin dapat menghalang pengkulturan virus dalam kultur sel. Pastikan serum fetus lembu yang
diperolehi mempunyai jangka hayat simpanan yang panjang.
Eramkan serum lembu di dalam penganggas air pada suhu 50C selama 30 minit untuk
menghapuskan bahan atau faktor-faktor yang terdapat di dalamnya yang boleh menghalang
pertumbuhan sel apabila digunakan nanti.
Agihkan ke dalam isipadu 10 atau 20 ml. Labelkan nombor pengeluaran (batch number), dan tarikh
diagihkan. Simpan beku, seharusnya pada suhu 20C.
Pastikan sampel dari sesuatu botol itu steril dan dapat menampung pertumbuhan kultur sel dengan
baik dengan membandingkannya dengan serum yang diketahui memberikan hasil yang baik.
59
3.
Pertumbuhan sel haiwan di dalam media kultur sel yang lengkap biasanya adalah optimum apabila
media ditampan dalam julat pH 7.2 hingga 7.4. Larutan penampan pH yang sering kali digunakan
di dalam media kultur sel adalah natrium bikarbonat. Larutan penampan ini digunakan dalam sistem
tertutup (bekas kultur ditutup rapat) yang diseimbangkan dengan udara atau sistem terbuka (seperti
piring Petri) yang diseimbangkan dengan atmosfera yang mengandungi kadar CO 2 yang tinggi
seperti di dalam inkubator CO2. Kepekatan natrium bikarbonat yang digunakan adalah bergantung
kepada jenis media. Adalah sesuai jika ia disediakan dalam kepekatan 10X yang seterusnya hanya
perlu dicairkan menjadi 1X apabila hendak digunakan nantinya di dalam media lengkap. Larutan
natrium bikarbonat disterilkan melalui penyaringan ataupun diautoklaf. Larutan tampan HEPES
(asid N-2-Hidroksietilpiperazin-N-2-etanasulfonik) yang berfungsi sebagai zwitterion juga boleh
digunakan sebagai larutan penampan menggantikan natrium bikarbonat dalam sistem terbuka dan
ia digunakan pada kepekatan mutlak 20 mM. Jika natrium bikarbonat diperlukan juga sebagai
nutrien maka kepekatannya seharusnya tidak melebihi 10 mM (0.85 g/l).
4.
Larutkan 5.6g NaHCO 3 di dalam 95.5 ml air suling dan campurkan 0.5 ml fenol merah 0.4%.
Gaskan dengan CO 2 sehingga warna media menjadi oren. Saringkan dengan menggunakan
penyaring membran berukuran liang 0.2 m atau diautoklaf pada 20 tekanan paun setiap inci
(pound per square inch: psi). Agih-agihkannya ke dalam botol yang kemudian ditutup rapat.
Simpan pada suhu bilik.
5.
Antibiotik
Antibiotik dicampurkan ke media kultur untuk menghalang pertumbuhan mikrob. Antibiotik yang
sesuai adalah Gentamicin dan Amphotericin B (Fungizone). Gentamicin adalah agen antibakteria
berspektrum luas (aktif terhadap bakteria Gram-positif dan Gram-negatif) dan berkesan terhadap
mikoplasma. Amphotericin B adalah agen antifungus. Kepekatan yang sesuai digunakan adalah
Gentamicin 30 g/ml dan Amphotericin B 5 g/ml. Kedua-dua agen antimikrob ini disediakan
dalam kepekatan 100X di dalam air suling steril (jika dibekalkan dalam bentuk serbuk), disaring
melalui penyaring dengan saiz liang 0.2 m, diagih-agihkan dalam isipadu 1.0 ml dan disimpan
beku. Larutan antibiotik dicairkan 1:100 di dalam media.
Untuk kedua-dua jenis antibiotik ini, gunakan gred yang ditentukan khusus untuk kultur sel.
Tatacara dalam Persediaan Media Kultur Sel
BAHAN
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
TATACARA
1.
2.
3.
Biarkan reagen yang disimpan beku seperti media, serum dan antibiotik mencair pada suhu
bilik di atas meja. Jangan masukkan ke dalam penganggas air untuk mengelakkan
pencemaran.
Lapkan permukaan luar setiap bekas dengan tuala kertas sehingga kering.
Tuangkan media ke dalam 1 botol steril jika kesemua kandungannya diperlukan (jika hanya
sebahagian sahaja media yang diperlukan, gunakan pipet steril untuk memindahkannya).
60
4.
5.
6.
7.
Campurkan isipadu air suling yang diperlukan diikuti dengan larutan penampan dan
antibiotik.
Campurkan serum supaya mencapai peratus kepekatan yang diperlukan. Biasanya media
pertumbuhan memerlukan 5 10% serum dan media pengekal 0 2%.
Simpan media pertumbuhan atau pengekal pada suhu 4C. Tempoh simpanan media yang
mengandungi serum adalah 4 minggu.
Sebelum media digunakan, goncangkannya terlebih dahulu untuk menentukan kehadiran
pencemaran yang berat yang ditandai dengan kekeruhan pada media tersebut.
PERHATIAN
Persediaan ini dilakukan dengan menggunakan kabinet aliran udara laminar kelas 1 atau kelas 2.
N OTA
1.
2.
L-glutamina, salah satu komponen sesetengah media, adalah tidak stabil dalam bentuk
cecair. Oleh yang demikian, bagi media yang seharusnya mengandungi L-glutamina, asid
amino ini perlulah ditambahkan ke dalamnya jika media tersebut disimpan lebih daripada 2
minggu.
Serum yang dibeku dan dicairkan kadangkala mengandungi serpihan-serpihan yang mendap
di dasar botol. Ini bukanlah suatu pencemaran, tetapi seboleh-bolehnya elakkan daripada
menggunakannya.
TRIPSINISASI
Tripsinisasi adalah proses peleraian tisu atau sel selapisan kepada sel-sel individu menggunakan
enzim tripsin.
Tatacara untuk Tripsinisasi Tisu Seluruh
BAHAN
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
PBS)
PERSEDIAAN
1.
Larutan tripsin dan versena
Larutkan 1.0 % tripsin dan 0.4% versena di dalam PBS. Campurkan kedua-dua jenis larutan ini
dalam isipadu yang sama. Sterilkan dengan menggunakan penyaringan membran dengan liang 0.2
m. Simpan pada suhu 4C.
61
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
Bunuh haiwan yang berkenaan dan letakkan menelentang supaya bahagian tubuh atau tapak
di mana pembedahan akan dijalankan terdedah.
Lap kulit bahagian yang terdedah ini dengan etanol 70% dan bedah/potong untuk
mendapatkan organ yang diperlukan.
Tatacara berikut dilakukan dalam keadaan aseptik dengan menggunakan peralatan yang
steril.
Keluarkan organ dan letakkan di dalam piring Petri di mana ia dipotong menjadi serpihanserpihan kecil berukuran 2 mm3.
Masukkan PBS yang mengandungi antibiotik dan antifungus. Goyang piring Petri perlahanlahan untuk membersihkan potongan-potongan tisu.
Pindahkan potongan tisu ke dalam sebuah kelalang kon yang mengandungi magnet yang
disaluti teflon atau silikon. Masukkan larutan tripsin-versena (lebih kurang 20 ml setiap 1g
tisu).
Aduk kandungan kelalang dengan pengaduk magnet pada suhu 37C.
Tuangkan larutan tripsin 10 minit selepas proses ini bermula. Tambahkan tripsin baru dan
aduk semula.
Dari masa ke masa tuangkan sel yang telah dileraikan daripada tisu dan simpan pada 4C.
Tambahkan tripsin baru setiap kali ini dilakukan.
Saring suspensi sel melalui penyaring kasar untuk memisahkan sel-sel dari serpihan tisu-tisu
besar. Emparkan suspensi sel pada 400 g selama 15-30 minit dan leraikan mendapan sel di
dalam media yang sesuai dan lakukan perhitungan hidup.
Ubah kepekatan sel menjadi 2 x 10 5 sel/ml media pertumbuhan dan kulturkan di dalam bekas
kultur.
N OTA
1.
2.
3.
1.
2.
62
3.
4.
5.
PERSEDIAAN
1.
Larutan tripsin dan versena
Larutkan tripsin 0.5% dan versena 0.4% di dalam PBS . Campurkan 2 jenis larutan ini dalam isipadu
yang sama. Sterilkan dengan menggunakan penyaring membran dengan liang 0-2 m. Simpan pada
suhu 4C.
2.
PBS tanpa kalsium dan magnesium
Larutkan 8.0g NaCl, 0.2g KCl, 1.15g Na 2HPO4 dan 0.2g KH2PO4 di dalam 950 ml air suling.
Aturkan nilai pH larutan kepada 7.3. Tambahkan air suling sehingga mencapai 1 liter. Agihagihkan ke dalam botol dan sterilkan dengan autoklaf pada 10 psi (115C) selama 15 minit. Simpan
pada suhu bilik.
TATACARA
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
N OTA
1.
2.
3.
Masa yang diambil untuk penanggalan sel daripada permukaan dalam bekas bergantung
kepada jenis kultur yang terlibat. Sel akan mengalami kerosakan atau mati jika didedahkan
terlalu lama. Amatilah selalu dengan mikroskop untuk menentukan sama ada sel telah
berbentuk bulat. Peganglah kultur sel hampir tegak lurus dan ketuk permukaan bekas kultur
untuk menentukan sama ada sel boleh ditanggalkan (dilepaskan) daripada permukaan atau
belum.
Jika didedahkan terlalu lama kepada tripsin, sel-sel akan mati. Aktiviti tripsin ini boleh
dihapuskan oleh serum. Oleh itu, untuk menghalang aktiviti tripsin tersebut, media yang
mengandungi serum digunakan dalam mensuspensikan sel selepas sel-sel ditanggalkan.
Jika campuran tripsin dan versena yang digunakan sedikit sahaja, sel tidak perlu dicuci
melalui emparan dan supernatannya dituang keluar untuk menghilangkan campuran tripsin
dan versena tersebut. Pencairan dengan media pertumbuhan boleh mengurangkan kepekatan
tripsin dan versena kepada suatu aras yang tidak akan menjejaskan pertumbuhan sel.
63
4.
5.
Semasa mencuci sel-sel daripada permukaan bekas kultur, peganglah bekas supaya
permukaan di mana terdapatnya sel adalah di atas. Pada posisi ini lapisan sel lebih mudah
diamati dan sel-sel ditanggalkan dengan lebih mudah kerana tidak diselaputi oleh lapisan
media semasa dicuci.
Dalam keadaan tertentu, kepekatan sel mestilah ditentukan terlebih dahulu supaya jenis sel
dengan kepekatan yang diperlukan boleh ditetapkan. Tetapi, dalam keadaan yang telah
menjadi kebiasaan seperti pertumbuhan sel di dalam bekas kultur yang sama ukurannya,
tatacara nisbah perpisahan (split ratio) boleh digunakan. Dalam cara ini, kultur sel dari satu
bekas kultur dibahagikan (dibelah) kepada dua hingga empat bahagian (bergantung kepada
jenis kultur sel) dan setiap bahagian dikulturkan secara berasingan di dalam bekas kultur
yang mempunyai isipadu yang sama dengan bekas induk.
1.
2.
3.
4.
Suspensi sel
0.1% tripan biru di dalam PBS
Hemositometer jenis Neubauer
Mikroskop cahaya
PERSEDIAAN
1.
2.
3.
4.
5.
6.
Hemositometer Neubauer mempunyai sembilan segi empat sama (SES) yang besar terletak di
tengah.
SES ini dibahagikan pula kepada 25 SES yang dipisahkan oleh tiga garis.
Hitung sel di dalam SES yang kecil ini.
Hitunglah sekurang-kurangnya 100 sel (ini bermakna bahawa pada suspensi tidak
mengandungi banyak sel, maka sel-sel di dalam kesemua 25 SES kecil dihitung. Tetapi jika
suspensi mengandungi banyak sel maka perhitungan sel-sel di dalam kesemua SES kecil tidak
perlu dilakukan lagi. Apa yang perlu hanyalah menghitung sel-sel di dalam SES kecil yang
terletak di tengah dan di keempat-empat sudut hemositometer tersebut sahaja).
Sebagai panduan, sel yang menyentuh atau melintang garis sebelah kiri dan atas setiap segi
SES dihitung atau diambil kira, manakala yang menyentuh atau melintang garis bawah dan
kanan SES tidak dihitung atau diabaikan.
Bilangan sel ml-1 =
64
begitu ketara, ialah untuk mengekalkan ciri-ciri kultur sel tertentu. Apabila sesuatu sel dikulturkan
untuk jangka masa yang berlarutan terdapat kemungkinan ciri-cirinya akan berubah: yang paling
sering dikesan ialah sensitivitinya terhadap virus menjadi berkurangan. Jika perubahan yang tidak
sesuai berlaku dalam kultur sel yang sedang digunakan, kultur ini boleh digantikan dengan kultur
sel lain yang disimpan. Kultur simpanan ini lazimnya masih mempunyai ciri-ciri yang dikehendaki
kerana ia merupakan kultur sel yang mempun-yai riwayat pensubkulturan yang awal.
Tatacara Kriopengawetan Sel yang Hidup
BAHAN
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
14.
15.
Kultur sel
Campuran larutan tripsin (0.5%) dan versena (0.02%)
Media pertumbuhan
PBS (steril)
Tripan biru
Dimetil sulfoksida (DMSO)
Kriovial
Peti beku suhu 70C
Tangki nitrogen cair untuk menyimpan spesimen
Alat emparan
Mikroskop cahaya
Mikroskop cahaya terbalik
Kapas
Kertas timah nipis
PERSEDIAAN
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
Sediakan suspensi sel di dalam media yang mengandungi serum 10% (lihat tatacara
tripsinisasi sel, ms 62-64).
Pindahkan ke dalam 1 tabung atau botol steril dan tambahkan media jika perlu.
Emparkan pada 200 g selama 15 minit.
Keluarkan supernatan dan masukkan media pertumbuhan yang mengandungi DMSO 10%.
Campurkan dan hitung jumlah sel untuk menentukan kadar sel hidup.
Atursuaikan supaya kepekatan sel adalah 2 x 106 sel setiap ml.
Pindahkan 1 ml ke dalam setiap kriovial.
Labelkan kriovial dengan nama sel, nombor pindahan sel (cell passage no.) dan tarikh.
Balutkan dengan kapas, kemudian balut dengan kertas timah dan masukkan ke dalam satu
kotak polistirena (5-10 cm tebal).
Simpan pada lantai peti bek 70C semalaman dan segera pindahkan ke dalam bekas yang
mengandungi nitrogen cecair, jika ada.
N OTA
1.
2.
3.
Pilih kultur sel yang sihat, iaitu dalam fasa tumbesaran logaritmanya dan hampir mencapai
lapisan sel yang meliputi keseluruh permukaan bekas kultur.
Jika sel mengambil masa yang lama untuk mencapai keadaan di atas, tukarkan media kultur
sekitar 24 jam sebelum sel diproses.
Jangan tambah DMSO kepada suspensi sel secara langsung ke dalam media pertumbuhan.
65
4.
5.
6.
7.
8.
9.
Tambahkan media pertumbuhan yang mengandungi DMSO yang tersedia kepada sel-sel
selepas diemparkan.
Adukkan suspensi sel sejurus sebelum diagihkan ke dalam botol kriovial untuk memperoleh
suspensi sel yang sama rata.
Adalah penting suhu kultur sel yang disimpan dikurangkan secara beransur-ansur. Ini
dicapai dengan kriovial dibalut dengan kapas serta kertas timah dan disimpan di dalam kotak
polistirena.
Oleh kerana amat sukar untuk mengekalkan suhu peti beku pada 70C, adalah lebih selamat
jika sel disimpan di dalam nitrogen cair. Untuk mengelakkan penyejatan, bekas nitrogen cair
disimpan di dalam bilik sejuk dan dipastikan nitrogen cair ditambahkan semula dalam
tempoh masa yang sesuai mengikut kekerapan bekas tersebut dibuka.
Walaupun ampul kaca atau polipropilen boleh digunakan sebagai bekas untuk simpanan,
kriovial lebih mudah dikendalikan kerana dilengkapi dengan penutup, manakala ampul
biasanya harus ditutup melalui penaupan dengan pembakaran api. Lagipun, kadangkala
ampul yang dimasukkan ke dalam air untuk pencairan boleh meletup jika penaupan tidak
dilakukan dengan sempurna.
Kultur sel yang disimpan pada 70C harus dikulturkan selepas 6 bulan sebelum disimpan
semula. Amalan ini dipraktikkan kerana sel haiwan yang disimpan pada suhu 70C tidak
boleh mengekalkan viabilitinya dalam masa yang begitu lama. Kita juga harus menyedari
bahawa ada kemungkinan suhu 70C tersebut tidak dicapai di seluruh ruangan simpanan di
dalam peti beku.
Sebelum sesuatu kumpulan kultur sel yang disimpan dianggap sempurna, pastikan salah satu
bekas kultur sel daripada kumpulan ini boleh dihidupkan semula tanpa terjadinya sebarang
pencemaran mikrob.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
TATACARA
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
Keluarkan sebuah kriovial dari tempat simpanan dan serta-merta pindahkannya ke dalam
penganggas air.
Pegang kriovial di dalam penganggas air sehingga semua pembekuan menjadi cair.
Jika ampul kaca digunakan, tudung ampul dengan sehelai kain dan pakai kaca mata
pelindung kerana ampul yang tidak ditaup dengan sempurna boleh meletup.
Keluarkan kriovial/ampul sejurus selepas suspensi sel menjadi cair.
Keringkan permukaan luar ampul dan lap dengan alkohol.
Pindahkan kandungan kriovial atau ampul ke dalam sebuah bekas kultur dan campurkan
media pertumbuhan ke dalamnya.
Eramkan pada 37C.
Selepas beberapa jam hingga semalaman, selepas sel telah melekat pada permukaan bekas
kultur pipet keluar media dan gantikan dengan media baru.
N OTA
1.
Semasa kandungan kriovial dicairkan, pastikan aras air tidak mencapai penutupnya untuk
mengelak kemungkinan air menyentuh bahagian mulut kriovial dan berlakunya pencemaran.
66
2.
3.
4.
5.
Sama ada kriovial digoncang untuk menggalakkan pembekuan suspensi sel supaya lebih
cepat mencair atau tidak bergantung kepada jenis sel tertentu kerana terdapat jenis sel yang
viabilitinya terjejas akibat goncangan dengan kuat.
Lap keseluruhan bahagian luar bekas dengan alkohol untuk mengelakkan pencemaran.
Untuk memperoleh pemulihan kultur sel yang lebih cepat, pada peringkat awal tempoh
pertumbuhan sel, eramkan kultur di dalam inkubator CO 2, atau di dalam bekas khas yang
mengandungi CO 2 5%, atau udara di dalam ruangan bekas kultur digantikan dengan
campuran gas yang mengandungi CO 2 5%.
Media kultur dibuang dan digantikan dengan yang baru secepat boleh supaya DMSO dan selsel yang mati yang boleh menjejaskan pertambahan sel-sel yang hidup disingkirkan.
1.
2.
3.
4.
Suspensi virus
Larutan garam seimbang Hank dengan antibiotik (pencair virus)
Kultur sel dalam bentuk monolapisan penuh
PBS (steril)
TATACARA
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
N OTA
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
Jika banyak kultur sel perlu diinokulasi dalam masa yang sama, media boleh dikeluarkan
dengan pipet yang dihubungkan kepada sebuah pam udara. Jika kultur berada di dalam
bekas kaca, kandungannya bolehlah dituang. Permukaan bekas kaca dibakar sebelum dan
sesudah cecair dituang.
Pergandaan infektiviti, adalah nisbah partikel virus berinfeksi dan sel. Jika m.o.i yang terlalu
tinggi digunakan ada kemungkinan sebahagian besar virus yang tak lengkap dihasilkan.
Penjerapan virus dilakukan dalam isipadu cecair yang kecil untuk memudahkan kontak di
antara virus dan sel. Bekas kultur sel digoncang bukan sahaja untuk menyebarkan virus
tetapi juga untuk mempastikan seluruh sel monolapisan sentiasa diliputi cecair untuk
mengelak daripada kekeringan.
Penjerapan boleh dilakukan pada suhu bilik atau pada suhu pengeraman kultur.
Sama ada inokulum virus dikeluarkan selepas tempoh penjerapan atau tidak bergantung
kepada keperluan.
Persediaan ini dilakukan dengan menggunakan kabinet biohazard kelas 2.
Pilih suhu pengeraman yang optimum untuk sesejenis virus yang dikulturkan. Pada
kebanyakan virus haiwan, suhu pengeraman adalah 37C sungguhpun pada virus respiratori
suhu yang lebih rendah, yakni 35C merupakan suhu yang optimum.
67
4.3.2.
Telur ayam berembrio hidup merupakan suatu sistem yang digunakan untuk pengkulturan
beberapa jenis virus. Tiga jenis tapak pada telur membran amnion, membran alantoik dan
membran korioalantoik boleh digunakan bergantung kepada jenis virus yang terlibat. Sebelum
inokulasi dilakukan adalah penting untuk menentukan terlebih dahulu sama ada telur yang akan
digunakan tersebut mempunyai embrio yang masih hidup dan kedua, tapak yang sesuai untuk
suntikan.
Pengamatan Telur Melalui Transiluminasi (Penyuluhan)
Embrio telur dipastikan hidup dengan cara transiluminasi yang diberi istilah candling dalam bahasa
Inggeris kerana pada zaman dahulu cahaya lilin digunakan untuk tujuan ini. Pada masa ini, yang
digunakan ialah kotak cahaya atau lampu suluh yang telah diubahsuai.
Tatacara Penyuluhan Telur
BAHAN
1.
2.
3.
4.
5.
6.
Telur berembrio
Lampu suluh
Kertas manila
Pita selofan
Gunting
Pena penanda
PERSEDIAAN
1.
2.
3.
4.
N OTA
Pilih telur yang bersih dan mempunyai cangkerang yang berwarna putih pudar untuk memudahkan
pengamatan bahagian dalamnya.
68
1.
2.
3.
4.
5.
TATACARA
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
TATACARA
1.
2.
3.
4.
5.
69
6.
7.
8.
Suntikkan 0.1 ml inokulum ke pundi amniotik dengan menusukkan jarum ke tapak yang
berhampiran dengan kepala embrio.
Tutup lubang dengan pita selofan.
Eramkan dengan tapak yang diinokulasi di sebelah atas selama dua hingga tiga hari pada
suhu 37C.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
TATACARA
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
1.
2.
3.
4.
5.
70
TATACARA
1.
2.
3.
4.
Letakkan telur di dalam peti sejuk selama beberapa jam atau di dalam peti beku suhu
20C selama 1 jam.
Lap cangkerang di bahagian atas ruang udara telur dengan etanol.
Pecahkan cangkerang di atas ruang udara dan guntingkan satu lubang besar.
Gunakan pipet Pasteur untuk menolak embrio dan pundi kuning telur ke tepi dan
kumpulkan cecair alantoik dengan menggunakan pipet Pasteur lain.
N OTA
Telur disejukkan untuk membunuh embrio serta mengecutkan salur darah supaya pengumpulan
cecair yang mengandungi virus dilakukan tanpa pencemaran dengan sel darah merah.
Tatacara Mengumpulkan Cecair Amniotik
BAHAN
1.
2.
3.
4.
5.
TATACARA
1.
2.
3.
Letakkan telur di dalam peti sejuk selama beberapa jam atau di dalam peti beku suhu 20C
selama 1 jam.
Tanggalkan pita selofan yang menutupi ruang udara.
Pegang pundi amniotik dengan forseps dan tembusinya dengan pipet Pasteur untuk
mengeluarkan cecair amniotik daripada ruang amniotik.
N OTA
Jika cecair amniotik didapati kurang, tambahkan 0.5 ml larutan salin yang steril. Sedut dan
keluarkan cecair daripada pipet beberapa kali sebelum dikumpulkan.
Tatacara Pengambilan Membran Korioalantoik
BAHAN
1.
2.
3.
4.
5.
6.
TATACARA
1.
2.
3.
Letakkan telur di dalam peti sejuk selama beberapa jam atau di dalam peti beku suhu 20C
selama 1 jam.
Tanggalkan pita selofan yang menutupi tapak suntikan pada permukaan telur.
Lap tapak suntikan dengan alkohol.
71
4.
5.
6.
Pecahkan cangkerang di atas celah dengan bahagian pemegang gunting dan potong
cangkerang sehingga ke pinggir ruang udara palsu.
Pegang membran korioalantoik ini dan gunting di sekelilingnya sehingga semuanya terlepas
daripada cangkerang.
Cuci membran korioalantoik yang dikeluarkan di dalam larutan salin steril dan
rentangkannya di dalam piring Petri.
72
5.
5.1.
1.
2.
3.
4.
73
TATACARA
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
Sterilkan gelung dawai melalui pembakaran api penunu Bunsen dan biarkan sehingga dingin.
Sentuhkan pada 1 koloni bakteria pada media plat.
Inokulasikan kultur ini ke dalam media cecair yang mengandungi sejenis gula. Ulangkan
inokulasi ke dalam media yang mengandungi gula lain.
Tutup rapat media yang telah diinokulasi dan tunggangkan sekali supaya keseluruhan tiub
Durham dipenuhi media dan sama sekali tidak mengandungi gelembung udara di dalamnya.
Tegakkan semula botol media.
Eramkan pada 37C selama semalaman.
Amati perubahan warna media dan penghasilan gas (yang terperangkap di dalam tiub
Durham).
N OTA
1.
2.
3.
Media cecair terdiri daripada gula 1% di dalam air pepton 1%. Biasanya media ini juga
disertakan sejenis indikator pH.
Tiub Durham adalah sebuah tabung/tiub kecil yang boleh dimuatkan di dalam botol Bijou
dan diletakkan terbalik (dengan mulutnya di bawah). Jika pada mulanya tiub ini hanya
dipenuhi dengan media, setelah penghasilan gas oleh mikroorganisma, gas ini akan
mengganti media yang dimaksudkan dan akan terperangkap di dalam tiub maka kehadiran
ruang tanpa media menunjukkan kehadiran gas.
Catatkan hasil selepas 24 jam pengeraman dan seterusnya pengeraman dilanjutkan selama
beberapa hari sebelum hasilnya dinyatakan sebagai negatif.
1.
Penghasilan asid
Ujian positif:
Media berwarna merah
Ujian negatif: Tanpa perubahan warna media
Pentafsiran hasil positif: Bakteria dapat menfermentasikan gula berkenaan
2.
Penghasilan gas
Ujian positif:
Ruang kosong di dalam tiub Durham
Ujian negatif: Tiub Durham masih dipenuhi media
Pentafsiran hasil positif: Bakteria menghasilkan gas semasa menfermentasi gula
Ujian Tiga Gula-Besi
Media tiga gula-besi atau Triple Sugar Iron ( TSI ) merupakan sejenis media campuran yang
digunakan untuk membezakan spesies bakteria dalam famili Enterobacteriaceae dengan
berdasarkan kepada kemampuan spesies-spesies ini untuk memfermentasi gula dekstros, laktos
atau sukros atau kombinasi daripada ketiga-tiga gula tersebut; penghasilan gas dan penghasilan
hidrogen sulfid.
Media TSI disediakan dalam agar condong. Bahagian permukaan agar (agar condong) (slant) adalah
terdedah kepada udara maka wujud dalam keadaan aerobik. Sebaliknya, bahagian puntung agar (di
bahagian dasar tabung) (butt) dilindungi dari udara dan wujud dalam keadaan anaerobik
(walaupun bukan 100%). Gula yang digunakan adalah glukosa (0.1%) , laktosa (1.0%) dan sukrosa
(1.0%). Indikator pH, sebagai penunjuk fermentasi, adalah fenol merah yang akan menjadi kuning
pada pH 6.8 (keadaan asid). Media TSI ditampan pada pH 7.4 iaitu pH alkali maka warna agar
kelihatan oren-kemerahan atau merah.
74
Peptid dan asid amino yang berasal dari pepton di dalam media TSI didegradasikan melalui proses
dekarboksilasi oksidatif kepada amina, sejenis terbitan alkali. Proses in dipercepatkan oleh bakteria
yang tumbuh di bahagian permukaan agar. Di bahagian puntung, oksigen di dalam udara tidak
dapat sampai maka proses dekarboksilasi oksidatif adalah pada tahap minimum.
Jika bakteria yang diinokulasi tidak menfermentasi karbohidrat, asid tidak dihasilkan dan warna
merah akan kekal di seluruh media. Jika bakteria hanya boleh menfermentasi glukosa, kuantiti asid
yang dihasilkan adalah terhad kerana kuantiti glukosa yang digunakan adalah rendah (0.1%).
Walau bagaimanapun, kuantiti ini mencukupi untuk bahagian permukaan dan puntung agar
menjadi kuning. Tetapi di permukaan agar yang terdedah kepada oksigen udara, amina dihasilkan
dan lama kelamaan (18-24 jam selepas pengeraman) kuantitinya mencapai aras yang mampu
mengatasi kesan kuantiti rendah asid yang dihasilkan, pH asid di bahagian permukaan agar akan
berubah semula menjadi alkali (ungu-merah) manakala bahagian puntung agar (bahagian dasar
tabung) akan kekal asid (kuning) kerana di situ amina yang dihasilkan tidak mencukupi untuk
mengatasi kesan asid. Jika laktosa atau sukrosa, atau kedua-duanya difermentasi kuantiti asid yang
dihasilkan daripada salah satu di antara kedua gula ini adalah besar kerana konsentrasi kedua-dua
gula ini adalah tinggi iaitu masing-masing 1%. Jadi, walaupun amina dihasilkan kuantiti asid yang
dihasilkan terlalu besar untuk perubahan pH kembali kepada keadaan alkali maka bahagian
condong mahupun bahagian puntung agar akan tetap berkeadaan asid (kuning). Sukrosa
dicampurkan untuk menyaringkan spesies Salmonella dan Shigella kerana kedua-dua bakteria ini
tidak menfermentasi sukrosa atau laktosa.
Penghasilan gas ditunjukkan dengan kehadiran gelembung gas atau bahagian puntung agar akan
kelihatan pecah-pecah. Hidrogen sulfid yang dihasilkan akan bertindakbalas dengan ferrous sulfat
dan suatu presipitasi hitam (ferik sulfid) akan terbentuk di dalam media.
Tatacara Ujian Tiga Gula Besi
BAHAN
1.
Kultur bakteria
2.
Cerun agar TSI di dalam tabung uji
3.
Dawai inokulasi lurus (dawai lurus)
4.
Penunu Bunsen
(Reagen TSI: Dari sumber komersial)
TATACARA
1.
2.
3.
4.
5.
Sterilkan keseluruhan dawai lurus melalui pembakaran dan biarkan supaya sejuk.
Sentuhkan penghujung dawai kepada koloni bakteria.
Tusukkan inokulum menembusi cerun agar TSI di dalam tabung sehingga ke dasarnya.
Tarik semula dawai dan gariskan organisma di atas permukaan agar yang condong.
Eramkan semalaman dan teruskan selama 48 jam (jika perlu).
75
JADUAL 5.1
Rupa Agar
Penghasilan
Tafsiran
Condong
Puntung
Merah*
Merah
Ungu-kemerahan
Kuning
Kemungkinan
Bakteria (Jenis)
Gas
H 2S
Fermentasi glukosa
Ungu-kemerahan
Kuning
Fermentasi glukosa
Ungu-kemerahan
Kuning
Fermentasi glukosa
Ungu-kemerahan
Kuning
Fermentasi glukosa
Kuning
Kuning
Kuning
Hafnia,Klebsiella,Staphylococcus,
Streptococcus, Serratia
.
laktosa atau sukrosa
Kuning
Kuning
* Atau tiada perubahan dan warna agar seperti warna sebelum diinokulasi
N OTA
1.
2.
Tabung TSI harus ditutup secara longgar sahaja selepas diinokulasi supaya udara dapat
masuk ke dalam tiub kultur untuk membolehkan berlakunya oksidasi dan perubahan balik
condong agar daripada asid (kuning) ke alkali (ungu-kemerahan).
Oleh kerana sesetengah spesies Proteus dan beberapa spesies lainnya boleh memberikan
reaksi pada TSI yang serupa dengan Salmonella ataupun Shigella, maka untuk membezakan
spesies-spesies ini ujian urease dilakukan. (Salmonella dan Shigella adalah urease-negatif,
manakala Proteus, urease-positif).
Ujian Indol
Bakteria menghasilkan indol (benzopyrrole) daripada asid amino triptofan akibat tindakan enzim
triptofanase. Indol bertindak dengan para-dimetil-aminobenzaldehid dan menghasilkan pewarna
rosindole (warna merah tua). Sungguhpun tindak balas kimia asas dalam pengesanan indol adalah
sama, terdapat beberapa jenis reagen untuk mengesannya. Walau bagaimanapun, reagen Kovac
merupakan yang paling popular digunakan di masa kini.
Tatacara Ujian Indol
BAHAN
1.
2.
3.
Kultur bakteria
Air pepton di dalam tabung uji
Broth triptofan di dalam tabung uji
76
4.
5.
PERSEDIAAN
Reagen Kovac
Masukkan 10 g p-dimetilaminobenzaldehid ke dalam 150 ml alkohol jenis amilalkohol, isoamilalkohol
atau butilalkohol. Panaskan di dalam penganggas air pada 56C sehingga larut.
Biarkan sehingga dingin. Dengan perlahan dan hati-hati campurkan 50 ml HCl pekat (Lakukan di
dalam kabinet asap). Reagen ini berwarna kuning muda. Simpan di dalam botol gelap dengan
penutup kaca di dalam peti beku. Reagen ini stabil selama beberapa tahun.
TATACARA
1.
2.
3.
4.
5.
6.
Ujian positif:
Merah tua
Ujian negatif: Kuning
Pentafsiran hasil positif: Penghasilan indol akibat degradasi protein triptofan oleh bakteria.
N OTA
Di samping reagen Kovac, reagen Ehrlich juga boleh digunakan dalam ujian Indol. Walau
bagaimanapun, dalam ujian yang menggunakan reagen Ehrlich, media diuji biasanya dicampurkan
kloroform sejenis bahan kimia yang toksik. Ujian indol yang dilakukan dengan reagen Kovac tidak
memerlukan kloroform.
Ujian Metil-Merah
Metil-merah pada pH neutral dan asid sederhana (nilai 7-6) berwarna kuning tetapi menjadi merah
pada pH yang agak rendah iaitu di bawah nilai 4.4. Ciri ini digunakan untuk membezakan di antara
spesies bakteria yang menghasilkan asid kuat (strong acids) dalam kuantiti besar dan spesies
bakteria yang tidak berbuat demikian. Bakteria yang menggunakan tapak jalan fermentasi asid
campuran dalam katabolisme glukosa biasanya menghasilkan kuantiti pelbagai jenis asid organik
(formik, asetik, laktik) yang mencukupi untuk menurunkan pH media di bawah nilai 4.4 manakala
bakteria yang menggunakan tapak jalan fermentasi butilena glikol tidak menghasilkan asid.
Dalam penciptaan ujian metil-merah, kepekatan komponen media yang sesuai untuk ujian metilmerah serta ujian Voges Proskauer telah ditentukan dan media untuk kedua-dua ujian ini kemudian
dipasarkan sebagai media MR-VP (Methyl Red Voges Proskauer).
Tatacara Ujian Metil-Merah
BAHAN
1.
Kultur bakteria
2.
Air pepton
3.
Broth MR-VP di dalam tabung uji
4.
Metil-merah
(Media MR-VP: Dari sumber komersial)
77
PERSEDIAAN
Reagen metil-merah
Larutkan 0.1 g metil-merah di dalam 300 ml etanol 95%. Campurkan air suling sehingga 500 ml.
TATACARA
1.
2.
3.
4.
5.
6.
Ujian positif:
Warna merah jambu sehingga merah.
Ujian negatif: Warna kuning.
Pentafsiran hasil positif:
Menunjukkan penghasilan asid dalam kuantiti tinggi hasil
fermentasiglukosa oleh bakteria.
N OTA
1.
2.
3.
Inokulum yang tebal adalah penting supaya kuantiti asid yang besar dapat dihasilkan untuk
membolehkan ujian dibaca berikutan pengeraman selama 18-24 jam.
Jika hasil yang kurang pasti didapati, ujian diulangi ke atas kultur dengan pengeraman yang
lebih lama.
Warna oren, warna pertengahan di antara kuning dan merah tidak dianggap positif.
Ujian Voges-Proskauer
Asetil-metil karbinol (atau asetoin) adalah metabolit pertengahan/perantaraan dalam proses
penghasilan butilena glikol pada fermentasi glukosa. Penghasilan asetoin merupakan salah satu
kriteria dalam fermentasi glukosa oleh bakteria yang digunakan dalam pengenalpastian. Dalam
kehadiran KOH dan oksigen (dari udara) asetoin secara spontan (tidak melibatkan enzim) dioksidasi
menjadi metabolit pertengahan, diasetil. Diasetil kemudian bertindak dengan kumpulan NH2 bebas
daripada kumpulan guanidina (kreatin adalah sumber kumpulan guanidina) untuk menghasilkan
kompleks berwarna merah. Sensitiviti ujian ini dipertingkatkan dengan penambahan a -naftol.
Tatacara Ujian Voges-Proskauer
BAHAN
1.
2.
3.
4.
5.
Kultur bakteria
Air pepton
Broth MR-VP (0.5 ml) di dalam tabung uji
a -naftol 5% dalam alkohol pekat 95%
KOH (40% yang mengandungi 0.5% kreatin)
TATACARA
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
78
Ujian positif:
Merah.
Ujian negatif: Tiada perubahan atau kuning.
Pentafsiran hasil positif:
Kehadiran asetil-metil-karbinol (asetoin), suatu hasil pertengahan dalam
proses fermentasi glukosa oleh sesetengah bakteria.
N OTA
Oleh kerana suatu perubahan warna akan berlaku di antara permukaan campuran kultur dan
reagen, maka elakkan daripada menggerak-gerakkan tabung sehingga membolehkan warna tersebut
muncul segera selepas reagen dicampurkan dan tabung digoncang supaya sebati. Kadangkala
tindak balas mengambil masa yang lama (~ 2 jam) sebelum kemunculan warna yang dimaksudkan.
Ujian Sensitiviti Terhadap Bacitracin dan Optochin
Sensitiviti terhadap Bacitracin, sejenis antibiotik, digunakan untuk membezakan streptokokus
kumpulan A Lancefield daripada streptokokus b-hemolitik lainnya. Kajian yang telah dilakukan
menunjukkan bahawa kebanyakan streptokokus kumpulan A (93-98%) sensitif terhadap
konsentrasi rendah Bacitracin dan sebaliknya streptokokus bukan kumpulan A amnya resistan.
Sensitiviti terhadap Optochin (ethylhydrocuprein hydrochloride) pula digunakan untuk membezakan Streptococcus pneumoniae daripada streptokokus a -hemolitik lainnya. Ujian ini menunjukkan
korelasi yang rapat dengan ujian kelarutan hempedu. Pneumokokus (Streptococcus pneumoniae)
selain larut di dalam hempedu, adalah sensitif terhadap Optochin dan menghasilkan zon rencatan
pertumbuhan di sekeliling disk tersebut. Streptokokus a -hemolitik yang lainnya pula tumbuh
sehingga mencapai ke pinggir disk atau kadangkala hanya menghasilkan zon rencatan pertumbuhan
yang biasanya dibaca sebagai resistan.
Kesimpulannya, Streptococcus pyogenes (atau streptokokus kumpulan A Lancefield) sensitif
terhadap Bacitracin, manakala Streptococcus pneumoniae sensitif terhadap Optochin. Sebaliknya,
streptokokus selain daripada kedua spesies ini menunjukkan keresistanan sama ada terhadap
Bacitracin bagi kumpulan b-hemolitik atau terhadap Optochin bagi kumpulan a -hemolitik menurut
ujian yang dilakukan di atas.
Tatacara Ujian Sensitiviti Terhadap Bacitracin dan Optochin
BAHAN
1.
Kultur bakteria
2.
Agar darah
3.
Swab (steril)
4.
Gelung dawai
5.
Jarum/forseps steril
6.
Disk Bacitracin dan disk Optochin
(Reagen Bacitracin dan Optochin: Dari sumber komersial)
TATACARA
1.
2.
3.
Ambil 1 koloni bakteria streptokokus b-hemolitik dan buat garisan-garisan pada permukaan
agar darah.
Sapukan permukaan agar dengan menggunakan swab steril pada arah 90 daripada arah
garisan pertama bakteria untuk mendapatkan lapisan bakteria yang tersebar dan sama rata di
atas permukaan media.
Letakkan secara aseptik dengan menggunakan jarum atau forseps steril 1 disk Bacitracin ke
atas agar sejurus sebelum pengeraman kultur.
79
4.
5.
6.
7.
Tekan disk pada permukaan agar dengan forseps atau jarum steril supaya tidak tanggal.
Eramkan pada 37C selama 18 sehingga 24 jam.
Amati zon perencatan pertumbuhan bakteria.
Ulangi kaedah di atas dengan menggunakan kultur streptokokus a -hemolitik dan disk
Optochin. Pengeraman seharusnya dilakukan dalam CO 2 5-10% untuk mencapai
pertumbuhan optimum.
1.
Kultur bakteria
2.
Agar nutrien
3.
Air pepton
4.
Swab (steril)
5.
Gelung dawai
6.
Jarum/forseps (steril)
7.
Disk faktor X, V, XV
(Disk faktor X, V dan XV : Dari sumber komersial)
TATACARA
1.
2.
3.
4.
5.
80
Spesies
H.
H.
H.
H.
H.
H.
B.
influenzae
parainfluenzae
aegyptius
ducreyi
hemolyticus
parahemolyticus
pertussis
XV
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
N OTA
1.
2.
Penggunaan Sitrat
Koser mencipta sejenis media broth asas yang mengandungi natrium ammonium fosfat sebagai
sumber tunggal nitrogen, dan natrium sitrat sebagai sumber tunggal karbon. Bakteria golongan
aerogen boleh menggunakan sitrat sebagai sumber karbon, manakala golongan koliform tidak.
Dalam ujian yang menggunakan media Koser, hasilnya ditafsir berdasarkan berlakunya kekeruhan
pada media broth akibat pertumbuhan bakteria. Seterusnya, Simmons mengubahsuai media Koser
tersebut dengan menambahkan agar dan indikator, bromthymol blue, yang kelihatan hijau pada pH
6.8 dan biru pada pH lebih 7.6.
Pengubahsuaian ini membolehkan pertumbuhan bakteria dikesan dengan lebih mudah kerana
dalam metabolisme karbon pada sitrat (pertumbuhan positif), suatu tindak balas alkali berlaku dan
ini ditunjukkan dengan perubahan pada warna media daripada hijau kepada biru tua. Kadangkala
bacaan hasil ujian tidak semata-mata berdasarkan kepada perubahan warna, tetapi sama ada
terdapat atau tidaknya pertumbuhan bakteria pada garis inokulasi di atas media.
Kehadiran pertumbuhan bererti kemampuan bakteria mengurai sitrat sebagai sumber karbon, dan
hasil ujian dinyatakan sebagai positif untuk sitrat. Perubahan warna, dalam hal ini, mempermudahkan lagi pembacaan hasil ujian.
81
1.
Kultur bakteria
2.
Dawai lurus
3.
Cerun agar sitrat Simmons di dalam botol Bijou
(Agar sitrat Simmons: Dari sumber komersial)
TATACARA
1.
2.
3.
4.
5.
Ujian positif:
Pertumbuhan dengan/tanpa media menjadi biru.
Ujian negatif: Tiada pertumbuhan atau media tetap hijau.
Pentafsiran ujian positif: Kemampuan menggunakan sitrat sebagai sumber tunggal karbon.
N OTA
1.
2.
3.
Gunakan sedikit sahaja inokulum supaya semasa penginokulasian inokulum ini tidak
kelihatan sama sekali pada garis inokulasi dan untuk mengelakkan reaksi positif palsu akibat
bakteria yang mati membebaskan karbon dan nitrogen dalam kuantiti yang boleh
menampung pertumbuhan.
Elakkan daripada mengambil sebarang bahan nutrien daripada media kultur di mana
inokulum diambil.
Kultur yang menunjukkan pertumbuhan tanpa perubahan pH (perubahan warna) juga
dianggap positif kerana pada sesetengah bakteria yang lambat tumbuh keadaan tindak balas
alkali tidak dapat dicapai dalam tempoh pengeraman yang ditetapkan. Pengeraman selama
48 jam mungkin diperlukan untuk bakteria yang lambat tumbuh supaya warna biru dapat
muncul.
Ujian Urease
Urea adalah substrat spesifik yang dihidrolisis oleh enzim urease kepada ammonia dan karbon
dioksida. Ammonia menyebabkan campuran tindak balas menjadi alkali. Tanda kehadiran urease
dapat dikesan melalui indikator pH yang menunjukkan perubahan warna media daripada oren (pH
6.8) kepada merah jambu (pH 8.1)
Ujian untuk mengesan penghasilan enzim urease oleh bakteria biasanya digunakan dalam
pengenalpastian bakteria genus Proteus. Walau bagaimanapun, bakteria-bakteria lain yang juga
penting dalam perubatan mempunyai kemampuan untuk menghasilkan urease.
Terdapat beberapa jenis ujian urease dengan sensitiviti yang berbeza-beza. Tahap sensitiviti ini
ditentukan terutamanya oleh kandungan larutan penampan. Pemilihan dari segi jenis ujian ini
adalah bergantung kepada kegunaannya. Oleh kerana pH media boleh ditingkatkan melalui sesuatu
tindak balas lain, maka hasil positif palsu untuk urease memang terdapat.
Untuk mengesan keadaan seperti ini ujian kawalan terhadap media yang tidak mengandungi urea
diperlukan.
82
1.
2.
3.
4.
5.
Kultur bakteria
Air pepton
Broth urea di dalam botol Bijou
Gelung dawai
Pipet Pasteur steril
TATACARA
1.
2.
3.
4.
Positif:
Merah.
Negatif: Kuning.
Pentafsiran hasil positif: Kehadiran enzim urease yang menghidrolisis urea kepada ammonia.
Ujian Oksidase
Ujian oksidase menentukan kehadiran sitokrom C, sejenis enzim respiratori. Oleh yang demikian,
ujian ini hanya positif untuk bakteria yang memiliki sitokrom C. Sitokrom adalah protein yang
mengandungi heme dan merupakan enzim oksidatif dalam kitaran respiratori yang terlibat dalam
fosforilasi oksidatif. Dalam ujian oksidase tatacara Kovacs, reagen oksidase adalah tetrametil-pfenilena-diamina dihidroklorida 1%. Enzim oksidase sitokrom tidak bertindak secara langsung
dengan reagen oksidase, tetapi menyebabkan oksidasi sitokrom C yang kemudian menyebabkan
oksidasi tetrametil-p-fenilena-diamina dihidroklorida sehingga membentuk sejenis bahan kimia
berwarna biru yang disebut biru Wunster. Sitokrom C yang direduksi (ditambah elektron) dalam
tindakan ini diubah secara tidak langsung kepada bentuk yang teroksidasi oleh oksidase sitokrom
yang menerima elektronnya. Enzim oksidase sitokrom kemudian menggantikan elektron tersebut
kepada oksigen untuk menghasilkan air dengan ion hidrogen.
Ujian ini digunakan untuk membezakan streptokokus (oksidase-negatif) daripada neisseria
(oksidase-positif).
Tatacara Ujian Oksidase
BAHAN
1.
2.
3.
4.
5.
Kultur bakteria
Slaid mikroskop
Kepingan kecil kertas turas Whatman No. 1
Reagen oksidase (tetrametil-p-fenilena-diamina dihidroklorida 1%)
Kayu aplikator
TATACARA
1.
2.
83
3.
4.
Ambil koloni bakteria dengan kayu aplikator dan goreskan ke atas kertas turas pada
bahagian yang menyerap reagen oksidase.
Amati kemunculan warna dalam beberapa saat.
Ujian positif:
Kemunculan warna lavender (ungu pudar) yang cepat (dalam beberapa saat)
menjadi biru/ungu.
Ujian negatif: Tiada perubahan warna atau warna muncul hanya setelah beberapa minit.
Pentafsiran hasil positif: Perubahan segera ke warna biru/ungu menunjukkan bakteria memilikim
sitokrom C.
N OTA
1.
2.
3.
4.
5.
Reagen ini mesti disediakan segar kerana sifatnya yang tidak stabil. Auto-oksidasi oleh
oksigen bebas dari udara boleh berlaku dan oleh yang demikian reagen ini dengan sendirinya
akan berubah menjadi biru atau ungu jika dibiarkan di udara agak lama.
Reagen yang baru disediakan perlu dibiarkan selama 15 minit untuk menjadi masak
sebelum digunakan.
Pastikan dan patuhi tempoh masa yang ditetapkan untuk mentafsirkan hasil ujian ini kerana
pada ujian yang disimpan lama sebelum dibaca hasil positif palsu boleh berlaku kerana warna
biru atau ungu boleh muncul akibat auto-oksidasi yang berlaku ke atas reagen.
Gunakan kayu aplikator atau dawai platinum untuk mengambil koloni. Dawai nikrom juga
boleh mempengaruhi hasil ujian dan memberikan hasil positif palsu.
Tatacara alternatif ujian oksidase ini adalah dengan membanjiri kultur pada piring Petri
dengan reagen dan kemudian segera menyingkirkan bahan yang berlebihan ini dengan pipet.
Hasilnya ditunjukkan dengan perubahan warna koloni bakteria kepada warna ungu
(oksidase-positif) atau tiada perubahan warna (oksidase-negatif).
Ujian Koagulase
Ujian untuk menentukan penghasilan enzim koagulase oleh stafilokokus adalah suatu ujian penting
dalam mikrobiologi diagnostik. Ia membezakan stafilokokus patogenik kerana berkemampuan
untuk menghasilkan enzim ini, daripada yang tidak menghasilkannya atau tidak patogenik.
Terdapat dua jenis koagulase; yang satu terikat pada dinding sel bakteria (koagulase terikat) dan
tidak bebas, dan yang satu jenis lagi dirembeskan oleh sel ke dalam media atau cairan (koagulase
bebas). Ujian slaid di mana penggumpalan atau pengelompokan bakteria dihasilkan dipercayai
disebabkan oleh koagulase terikat yang terdapat pada dinding sel. Enzim bentuk ini bertindak
secara langsung ke atas fibrinogen haiwan-haiwan tertentu dan menghasilkan fibrin yang
memerangkap bakteria sehingga berlakunya penggumpalan/pengelompokan tersebut. Sebaliknya,
koagulase yang dihasilkan secara bebas bertindak dengan protrombin untuk menghasilkan trombin,
yang seterusnya bertindak ke atas fibrinogen untuk menghasilkan fibrin (pembekuan).
Tatacara Ujian Koagulase Slaid
BAHAN
1.
2.
3.
4.
5.
Kultur bakteria
Larutan salin 0.85%
Slaid mikroskop
Gelung dawai
Plasma arnab
84
TATACARA
1.
2.
3.
4.
5.
Letakkan setitis larutan salin steril di atas sebuah slaid mikroskop yang bersih dan kering.
Ambil beberapa koloni bakteria dengan gelung dawai steril.
Buatkan suspensi bakteria ini di dalam titisan salin.
Tambahkan setitis plasma arnab kepada suspensi dan campurkan dengan gelung dawai.
Goncangkan slaid dan amatilah penggumpalan (clumping) bakteria yang akan kelihatan
sebagai kelompak-kelompak putih dalam masa 15 saat.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
Mana-mana bakteria yang boleh menggunakan sitrat sebagai sumber tenaga boleh
membebaskan kalsium yang akan mengakibatkan pembekuan plasma jika plasma tersebut
diambil daripada darah yang bercampur sitrat. Oleh yang demikian, adalah amat penting
untuk mempastikan bahawa bakteria yang diuji adalah benar-benar kultur murni
stafilokokus, dan ujian ini digunakan semata-mata untuk membezakan antara strain yang
menghasilkan koagulase daripada yang tidak.
Gunakan plasma arnab atau manusia dan bukan spesies mamalia lain kerana kebanyakan
plasma daripada spesies lain tidak bertindak dengan koagulase stafilokokus. Perlu juga
diperhatikan bahawa kadangkala plasma manusia yang digunakan mengandungi bahan
perencat yang akan memberikan hasil negatif palsu.
Plasma perlulah diuji terlebih dahulu dengan strain kawalan positif dan negatif sebelum
digunakan. Seterusnya, supaya hasil ujian boleh dipercayai dan diterima tanpa ragu-ragu,
ujian haruslah dilakukan juga ke atas beberapa jenis bakteria kawalan yang memberikan
hasil positif kuat, positif lemah dan kawalan negatif.
Pastikan koloni bakteria boleh diemulsifikasi di dalam salin supaya tidak menimbulkan
masalah dalam pembacaan hasilnya nanti.
Ujian positif palsu boleh berlaku jika penggumpalan yang berlaku lewat diambil kira.
Hasil positif yang berlaku lewat atau negatif diuji semula dengan ujian koagulase tabung
kerana terdapat strain S. aureus yang menghasilkan hanya koagulase bebas yang tidak
bertindak dalam ujian koagulase slaid.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
Kultur bakteria
Larutan salin 0.85%
Tabung uji steril
Gelung dawai
Plasma arnab
Penganggas air pada 37C
TATACARA
1.
2.
3.
Sediakan 1:9 pencairan plasma arnab atau manusia di dalam larutan salin.
Sediakan suspensi stafilokokus di dalam larutan salin (atau gunakan kultur broth).
Campurkan 1 isipadu suspensi bakteria dengan 5 isipadu larutan plasma.
85
4.
5.
Campurkan dengan memutarkan tabung uji di antara kedua dua tapak tangan. Jangan
campur dengan goncangan.
Eramkan pada suhu 37C di dalam penganggas air dan amati selepas 1, 3 dan 6 jam dan
selepas semalaman, jika masih negatif.
1.
2.
3.
Untuk memudahkan pembekuan diamati, tabung uji dicondongkan. Pembekuan jika hadir,
akan kekal di dasar tabung uji.
Sesetengah strain stafilokokus menghasilkan enzim fibrinolisin yang akan melisis semula
pembekuan plasma yang dihasilkan. Untuk mengelakkan daripada memperolehi hasil yang
negatif palsu, tabung haruslah diamati beberapa kali di sepanjang tempoh pengeraman.
Pastikan tabung tidak digoncang semasa mengamati dan membaca hasil ujian (penghasilan
pembekuan) kerana ini akan mengakibatkan pembekuan menjadi terlerai dan tidak dapat
dikesan.
Spesimen yang memberi hasil negatif pada masa pengeraman 6 jam dieramkan semula
semalaman kerana terdapat strain S. aureus yang kadar penghasilan koagulasenya adalah
rendah maka masa yang panjang diperlukan untuk koagulase mencapai aras yang memberi
hasil yang positif (hasil positif yang lewat)
Ujian Katalase
Katalase adalah enzim dengan bahagian (moieti) yang mengandungi besi. Tindak balas kimia yang
berlaku dalam ujian katalase adalah : 2H 2O 2 2H 2O + O2 . Penghasilan gelembung gas
(oksigen) adalah tanda bagi ujian yang positif. Ujian katalase digunakan khususnya untuk
membezakan antara stafilokokus (katalase positif) dengan streptokokus (katalase negatif) dan juga
kadangkala digunakan dalam pengenalpastian pelbagai jenis bakteria.
Tatacara Ujian Katalase
BAHAN
1.
2.
3.
4.
Kultur bakteria
Slaid mikroskop
Kayu aplikator
Hidrogen peroksida 3%
TATACARA
1.
2.
3.
4.
Letakkan setitis larutan hidrogen peroksida di atas sebuah slaid kaca bersih dan kering.
Sentuhkan penghujung kayu aplikator kepada koloni bakteria.
Masukkan organisma ke dalam titisan reagen di atas slaid.
Amatilah kehadiran gelembung-gelembung gas yang dihasilkan dengan cepat, rancak dan
berterusan.
Ujian positif:
Penghasilan dan pembebasan gas dengan cepat dicirikan dengan gelembunggelembung gas yang dibebaskan dengan rancak.
86
Ujian negatif:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
1.
2.
3.
4.
5.
Kultur bakteria
Cerun agar nutrien di dalam tabung
Dawai lurus
Kertas turas
Plumbum asetat 5%
TATACARA
1.
2.
87
3.
4.
Gantung kertas ini pada sisi mulut tabung uji dan pastikan kertas ini tidak menyentuh
permukaan agar.
Eramkan pada 37C semalaman.
1.
Kultur bakteria
2.
Agar nutrien
3.
Penganggas air pada 50C
4.
Ekstrak Fildes
5.
Emulsi kuning telur pekat
6.
Piring Petri
7.
Antitoksin Clostridium perfringens (Cl. welchii) (antibodi anti-lesitinase)
8.
Swab (steril)
9.
Gelung dawai
(Reagen agar Nagler dan kuning telur : Dari sumber komersial)
TATACARA
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
Cairkan 20 ml agar nutrien yang steril (Difco: Blood Agar Base CM55).
Turunkan suhu kepada 50C dengan membiarkan media di dalam penganggas air selama 15
minit.
Campurkan 1 ml ekstrak Fildes.
Campurkan emulsi kuning telur pekat (Difco: SR47) untuk mencapai kepekatan 5% dan
tuangkan agar campuran ini ke dalam sebuah piring Petri. Biarkan kering.
Titiskan 2 titis antitoksin (antilesitinase) Cl. perfringens pada setengah bahagian daripada
media plat.
Sebarkan antitoksin ini sama rata ke atas permukaan setengah plat agar dan biarkan ia
meresap dan kering.
Buatkan 1 garisan bakteria melintasi kedua-dua bahagian setengah plat agar ini (bahagian
yang disapu antitoksin dan yang tidak).
Eramkan secara anaerobik.
88
Ujian positif:
1.
Kultur bakteria yang diuji
2.
Kultur bakteria kawalan positif (disahkan menghasilkan toksin difteria)
3.
Kultur bakteria kawalan negatif (disahkan tidak menghasilkan toksin difteria)
4.
Agar dasar Elek
5.
Penganggas air 50C
6.
Serum lembu
7.
Kertas turas
8.
Piring Petri yang steril
9.
Antitoksin difteria
10.
Inkubator
(Reagen agar dasar jenis Elek: Dari sumber komersial)
TATACARA
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
Ujian positif:
Garis presipitasi kelihatan muncul daripada sudut pertumbuhan bakteria yang diuji
dan bakteria kawalan positif.
Ujian negatif: Tiada garis presipitasi.
Pentafsiran ujian positif: Bakteria menghasilkan toksin difteria.
89
N OTA
1.
2.
3.
4.
1.
2.
3.
4.
Kultur bakteria
Agar nutrien (0.4% atau <) yang mengandungi indikator (garam tetrazolium) di dalam
tabung uji
Dawai lurus
Inkubator
TATACARA
1.
2.
3.
4.
5.
Ujian positif:
Pertumbuhan bakteria (merah) tersebar daripada garis tusukan dawai lurus.
Ujian negatif: Pertumbuhan bakteria terhad kepada garis tusukan.
Pentafsiran ujian: Ujian positif bakteria motif; ujian negatif bakteria tak motil.
N OTA
1.
2.
3.
4.
Beberapa bakteria seperti Pseudomonas adalah aerobik dan akan hanya menunjukkan
motiliti pada bahagian atas media ini.
Oleh kerana keseluruhan dawai lurus akan ditusuk ke dalam agar maka pastikan keseluruhan
dawai ini dibakar untuk mensterilkannya.
Pertumbuhan beberapa jenis bakteria tertentu mungkin dihalang oleh garam tetrazolium.
Dawai yang ditusuk ke dalam media dikeluarkan seboleh-bolehnya bertepatan dengan garis
kemasukannya. Elakkan daripada menggerakkan dawai ke kiri atau ke kanan semasa
dikeluarkan (dan juga semasa dawai ditusuk) kerana ini akan menyebabkan pertumbuhan
yang kelihatan tersebar dan memberi tafsiran positif palsu mengenai mobiliti.
90
6.
6.1.
1.
2.
3.
TATACARA
1.
2.
3.
4.
Celupkan swab steril ke dalam suspensi bakteria yang berada di dalam tabung uji.
Putarkan swab pada dinding sebelah dalam tabung untuk menyingkirkan suspensi yang
berlebihan.
Sapukan swab sambil memutarkannya pada permukaan media agar untuk penginokulasian
mengikut corak seperti diterangkan di bawah:
Sapukan swab mula-mula ke satu arah sehingga memenuhi keseluruhan permukaan media
dan kemudian sapukan pula menurut arah kira-kira 90 darjah daripada arah sapuan semula.
Buangkan swab ke dalam bekas khas yang mengandungi disinfektan.
91
Tatacara Membuat Inokulasi 2 Jenis Bakteria di Bahagian yang Berasingan pada Permukaan
Media Plat Agar
BAHAN
1.
2.
3.
4.
5.
TATACARA
1.
2.
3.
4.
5.
6.
N OTA
Pastikan swab tidak terlalu basah atau meninggalkan kesan yang tidak diingini pada permukaan
agar.
Ujian Resapan Disk: Tatacara Perbandingan
BAHAN
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
TATACARA
Hari pertama
1.
2.
3.
4.
92
5.
6.
7.
Biarkan supaya permukaan media menjadi kering dan kemudian letakkan disk-disk
antibiotik di atas media dengan menggunakan jarum atau forseps steril dan tekan disk ke
atas permukaan agar. Pastikan terdapat jarak yang sekurang-kurangnya 1.5 cm antara 1
dengan lain mahupun antara disk dengan dinding plat.
Ulangi kaedah 1 hingga 5 untuk strain kawalan pada plat lain yang mengandungi media yang
sama.
Eramkan plat pada 37C semalaman.
Hari kedua
8.
9.
10.
Pastikan pertumbuhan bakteria yang diuji dan bakteria kawalan adalah secara kuantitatif
hampir sama.
Balikkan plat dan ukurlah garis pusat zon tanpa pertumbuhan bakteria (zon rencatan).
Bandingkan hasil sensitiviti kedua-dua strain terhadap antibiotik dan tentukan sama ada
strain yang diuji sensitif, separuh sensitif (intermediate) atau resistan.
N OTA
1.
2.
Jika suatu carta rujukan piawai diperolehi atau sudah tersedia, ujian ke atas strain kawalan
tidak perlu dijalankan. Seseorang hanya perlu merujuk kepada carta tersebut untuk
menentukan pola sensitiviti strain bakteria yang diuji menurut senarai yang ditetapkan di
dalam carta berkenaan. Ini bagi menyatakan sama ada bakteria tersebut sensitif, separuh
sensitif, atau resistan.
Tatacara perbandingan berdasarkan carta atau suatu piawai yang tersedia dikenali sebagai
Tatacara Kirby-Bauer.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
TATACARA
Hari pertama
1.
2.
3.
Inokulasi bakteria yang diuji dan bakteria kawalan di atas plat yang sama di bahagian yang
berasingan (rujuk kepada bahagian tatacara di m.s. 94).
Letak dan tekan disk antibiotik tepat di atas garis perbatasan antara kedua-dua kultur
supaya sebelah disk berada di kawasan kultur kawalan dan sebelah lagi di kawasan kultur
yang diuji. Pastikan terdapat jarak sekurang-kurangnya 1.5 cm antara satu disk dengan yang
lain dan juga disk dengan dinding plat.
Eramkan plat pada 37C semalaman.
93
Hari kedua
4.
5.
Balikkan plat dan ukurlah jejari zon tanpa pertumbuhan bakteria (zon rencatan, bermula
daripada titik pusat disk).
Buat perbandingan antara zon tanpa pertumbuhan yang dihasilkan terhadap strain ujian
dengan zon yang dihasilkan terhadap strain kawalan untuk menentukan keresistanan
bakteria kepada sesuatu antibiotik.
N OTA
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
6.2.
Agar Mueller-Hinton merupakan media yang paling sesuai untuk ujian sensitiviti resapan
disk. Bagi bakteria yang sukar tumbuh pada media ini bolehlah dicampurkan darah 5%
sebagai nutrien tambahan.
Disk antibiotik harus diletakkan sejurus selepas inokulasi dilakukan. Kelewatan meletakkan
disk menyebabkan bakteria tumbuh sebelum antibiotik dapat meresap ke dalam media dan
bertindak ke atas bakteria. Ini menghasilkan pembacaan yang kurang tepat.
Gunakan isipadu agar yang sama setiap kali supaya ketebalan agar dalam piring Petri
sentiasa sama. Dalam keadaan ini, kepekatan antibiotik yang meresap ke dalam media agar
juga akan sentiasa sama.
Jangan gunakan disk antibiotik yang telah tamat tempoh penggunaannya atau melebihi
tarikh pelupusannya.
Kultur plat harus dieramkan sejurus selepas disk diletakkan. Jika ini tidak dipatuhi, besar
kemungkinan zon rencatan pertumbuhan yang lebih besar akan dihasilkan kerana resapan
antibiotik terlebih dahulu berlaku sebelum pertumbuhan bakteria bermula.
Zon rencatan yang berbentuk bujur boleh disebabkan oleh disk yang tergeser di atas
permukaan media atau disk diletakkan terlalu rapat dengan pinggir piring. Dalam keadaan
ini, ukuran garis pusat atau jejari yang terkecil yang diambil kira.
Pastikan pertumbuhan bakteria yang diuji dan kawalan hampir sama secara kuantitatif
untuk memberikan perbandingan yang tepat di antara kedua-duanya.
Stafilokokus yang menghasilkan zon rencatan yang jelas, tetapi memperlihatkan juga
pertumbuhan bakteria yang berbonjol di sekitar pinggir zon harus dilaporkan sebagai
resistan. Fenomena ini mungkin ditemui di kalangan stafilokokus penghasil enzim betalaktamase yang diuji dengan disk antibiotik yang mengandungi penisilin dan terbitannya.
94
1.
2.
3.
4.
5.
6.
TATACARA
1.
2.
3.
4.
5.
Sediakan 2 siri tabung yang mengandungi siri pencairan 2 kali ganda antibiotik yang diuji di
dalam broth dengan kepekatan tertinggi antibiotik 200 g atau 200 unit setiap ml (tabung
bersaiz 13 mm x 100 mm, isipadu larutan 0.5 ml).
Lakukan pencairan kultur broth semalaman bakteria yang diuji dan bakteria kawalan
sebanyak 1:1000 di dalam broth baru untuk memperoleh ~ 10 5 bakteria hidup setiap ml.
Masukkan 0.5 ml ke dalam setiap tabung, termasuk satu tabung yang mengandungi broth
tanpa antibiotik (tabung kawalan positif).
Pastikan terdapat juga 1 tabung yang mengandungi antibiotik dengan broth yang tidak
mengandungi bakteria (tabung kawalan negatif).
Eramkan pada 37C semalaman.
Goncang dan amatilah setiap tabung daripada kedua-dua siri tabung ini untuk menentukan
pertumbuhan bakteria (positif - keruh; negatif - jernih).
N OTA
1.
2.
3.
4.
Pastikan tabung yang steril digunakan dan pencairan dibuat secara teknik aseptik.
Kultur tabung harus dieramkan sejurus selepas bakteria dicampurkan.
Untuk memastikan sama ada berlaku pertumbuhan atau tidak, cara yang mudahnya adalah
dengan merujuk kepada tabung kawalan positif yang mengandungi bakteria tanpa antibiotik
(keruh), dan tabung kawalan negatif yang mengandungi antibiotik sahaja (jernih).
Bakteria kawalan adalah bakteria yang sensitif terhadap antibiotik yang digunakan dalam
ujian ini dan mesti beri hasil yang positif sebelum hasil bakteria yang diuji boleh diterima.
1.
2.
3.
MIC
TATACARA
1.
2.
3.
4.
5.
Gunakan pena penanda untuk membahagikan permukaan dasar setiap plat media kepada 2
bahagian sama besar untuk mendapatkan 2 separuh plat bagi setiap plat media.
Tuliskan nombor siri tabung (atau kepekatan antibiotik) pada setiap separuh plat.
Pastikan permukaan agar betul-betul kering.
Dengan menggunakan pipet yang sama, titiskan (secara terpisah) 3 titis kandungan setiap
tabung yang didapati jernih sahaja dalam siri tabung ujian MIC ke atas separuh plat. Mulakan
penitisan dari separuh tabung dengan kepekatan antibiotik yang tertinggi hinggalah kepada
tabung dengan kepekatan yang paling rendah.
Biarkan titisan larutan mengering sebelum mengeramkan plat pada 37C semalaman.
95
6.
7.
96
7.
7.1
ELISA
Asai imunosorben bergabung enzim (enzyme-linked immunosorbent assay) atau lebih terkenal dengan
singkatan ELISA adalah sejenis imunoasai yang antigen atau antibodi larut dilekatkan kepada suatu
permukaan pepejal seperti permukaan manik atau telaga tanpa menghilangkan reaktiviti komponen
imunologiknya.
Asai ini merupakan imunoasai heterogenus kerana ia mempunyai suatu peringkat di mana
komponen yang dilabelkan (gabungkan) enzim yang telah bertindak dengan ligannya dipisahkan
daripada komponen yang sama yang tidak bertindak. Pemisahan ini dilakukan melalui pencucian.
ELISA terdiri daripada beberapa jenis asai: tatacara persaingan, tatacara dwilapisan antibodi,
tatacara dwilapisan antibodi yang diubahsuai, tatacara perencatan, fasa pepejal anti-IgM dan
tatacara secara tidak langsung (asai untuk pengesanan antibodi). ELISA boleh merupakan asai
kuantitatif atau kualitatif, sungguhpun kebanyakan ELISA untuk kegunaan dalam mikrobiologi
adalah termasuk dalam golongan kedua ini.
N OTA
1.
2.
3.
Ikuti arahan dengan tepat mengenai tatacara yang dinyatakan oleh pengeluar ujian.
Jangan gunakan reagen selepas tarikh pelupusan bagi mengelakkan kemungkinan hasil
negatif palsu.
Rancangkan kekerapan ujian yang akan dijalankan untuk mengoptimumkan penggunaan
sesuatu kit kerana reagen dan fasa pepejal (telaga, manik) yang disaluti antigen atau antibodi
juga digunakan kerana sampel kawalan positif dan negatif turut diasaikan dengan sampel
ujian setiap kali ujian dijalankan.
97
4.
5.
6.
7.
Reagen komersial biasanya mempunyai sensitiviti yang amat tinggi dan ini boleh
menimbulkan hasil positif palsu jika pencucian antara peringkat pengeraman dengan reagen
tidak dilakukan dengan sempurna, sama ada daripada segi masa cucian mahupun bilangan
cucian yang dilakukan.
Jangan tunggu terlalu lama selepas hasil asai dibaca, khususnya, jika ia dilakukan dengan
menggunakan alat pembaca ELISA. Dalam sesetengah sistem enzim-indikator, penyimpanan
lama, umpamanya semalaman sungguhpun pada suhu peti beku, akan menukar warna hasil
ujian daripada apa yang didapati sejurus selepas asai tamat, sungguhpun tindak balas enzim
ke atas substratnya telah dihentikan dengan bahan kimia yang sesuai.
Jangan lakukan ujian dengan menggunakan reagen daripada beberapa kit yang mempunyai
nombor pengeluaran yang berbeza.
Pastikan sisa asai seperti cucian dimasukkan di dalam bekas disinfektan yang sesuai untuk
mengelakkan berlakunya infeksi ke atas pengguna makmal.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
Ikut arahan dengan tepat mengenai tatacara yang dinyatakan oleh pengeluar ujian.
Biarkan reagen mencapai suhu bilik sebelum ujian dilakukan kerana penggunaan kit sejurus
selepas dikeluarkan dari peti beku mungkin memberikan hasil yang kurang memuaskan, atau
pun hasil negatif palsu.
Goncang botol-botol reagen supaya memperolehi suspensi reagen lateks yang sama rata
sebelum reagen lateks digunakan.
Titisan reagen lateks yang dititiskan daripada botol reagen adalah berbeza-beza. Titisan
dengan isipadu yang sama boleh dicapai dengan menggunakan mikropipet.
Baca hasil ujian pada masa yang ditetapkan selepas ujian dimulakan. Oleh kerana ujian
direka dengan sensitiviti yang tinggi, ada kemungkinan hasil negatif palsu didapati jika
sampel diuji lebih daripada masa yang ditetapkan.
Jangan gunakan reagen selepas tarikh pelupusan supaya mengelakkan kemungkinan hasil
positif palsu.
Jangan lakukan ujian dengan menggunakan reagen daripada beberapa kit yang mempunyai
nombor pengeluaran yang berbeza.
Titisan besar reagen daripada botol reagen mungkin menggalakkan para pengguna berusaha
untuk mengurangkan isipadu reagen bagi mengurangkan kos. Amalan ini seharusnya jangan
dilakukan kerana mengurangkan isipadu reagen boleh menimbulkan hasil negatif palsu.
Pastikan sisa daripada asai seperti cucian dimasukkan di dalam bekas disinfektan yang sesuai
untuk mengelakkan berlakunya infeksi ke atas pengguna makmal.
98
Nisbah amaun tenaga yang dikeluarkan kepada tenaga yang diserap adalah amat tinggi
(~85%) maka ia memberi sensitiviti yang baik.
Pancaran cahayanya pada gelombang 520 m adalah di kawasan sensitiviti pengamatan yang
paling baik maka ia memberi sensitiviti yang baik.
Autopendafluor berwarna hijau-kuning jarang berlaku, maka ia meningkatkan spesifisiti.
Fluoresein digunakan dalam bentuk fluorescein isothiocyanate ( FITC) kerana kehadiran
kumpulan sianat yang mempunyai afiniti untuk protein membolehkan antibodi dicantum
dengannya.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
TATACARA
2.
3.
Titiskan suspensi sampel (sel diinfeksi mikrob dan ditanggalkan dari permukaan bekas
kultur, atau sel dari spesimen klinikal) ke atas sekeping slaid mikroskop atau di dalam telaga
cetak slaid mikroskop khas untuk ujian imunopendafluor.
Sebarkan sehingga meliputi kawasan bulat seluas 1 cm garis pusat slaid mikroskop atau
memenuhi seluruh telaga.
Biarkan kering.
Fiksasi spesimen (spesimen yang dititiskan kepada slaid mikroskop atau sel yang ditumbuhkan di
atas slaid penutup dan diinfeksi dengan virus)
99
4.
5.
6.
Alas satu piring Petri dengan sekeping kertas turas dan basahkan dengan air.
Patahkan sebatang kayu aplikator di bahagian tengahnya dan letakkan dalam bentuk V di
atas kertas turas di dalam piring Petri (Ini merupakan bekas lembap).
Letakkan slaid di atas kayu aplikator supaya slaid berada lebih tinggi daripada aras kertas
turas.
Letakkan spesimen yang berada pada penutup slaid di atas slaid yang diletakkan di atas kayu
aplikator.
Titiskan persediaan antiserum (sumber antibodi terhadap virus) ke atas spesimen dan
sebarkan supaya meliputi seluruh spesimen.
Tutup piring Petri dan eramkan dalam alat inkubator bersuhu 37C selama 30-60 minit.
Bilas spesimen ke atas slaid (atau penutup slaid) dengan PBS .
Rendam dalam PBS selama 3 minit di dalam piring Petri (cuci).
Cuci semula 2 kali.
Masukkan di dalam bekas lembap.
Titiskan persediaan konjugat ke atas spesimen dan sebarkan supaya meliputi ke seluruh
spesimen.
Tutup piring Petri dan eramkan di dalam inkubator bersuhu 37C selama 30-60 minit.
Bilas spesimen yang ada di atas slaid (atau penutup slaid) dengan PBS.
Cuci 3 kali dengan PBS.
Bilas dengan air suling.
Biarkan kering di dalam tempat gelap seperti laci yang tertutup.
Spesimen di atas penutup slaid dilekapkan di atas setitis kecil larutan PBS gliserol, penutup
slaid berkenaan ditekan.
Amati dengan mikroskop pendafluor.
N OTA
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
Fiksasi spesimen yang terlalu lama mungkin menimbulkan pendafluor yang tak spesifik.
Pencucian yang dilakukan selepas pengeraman boleh dipendekkan serta lebih berkesan jika
PBS dalam bekas yang mengandungi slaid spesimen dikacau dengan alat magnet yang
berputar.
Reagen konjugat antibodi-fluorokrom biasanya diperolehi daripada sumber komersial. Oleh
yang demikian, pastikan ia berfungsi dengan baik sebelum amaun yang lebih besar dibeli.
Reagen konjugat, dan lebih-lebih lagi antiserum, biasanya digunakan dalam pencairan yang
amat tinggi. Oleh yang demikian, amaun yang kecil digunakan setiap kali. Untuk
mengelakkan kehilangan aktiviti biologinya akibat reagen selalu dicairkan dan dibeku,
reagen berkenaan boleh disimpan pada suhu 20C tanpa dibeku jika ia dicampurkan
dengan isipadu sama gliserol.
Sinaran pendafluor latar belakang boleh ditindaskan dengan spesimen dieramkan dengan
metilin biru selepas tindakan dengan konjugat antibodi-fluorokrom.
Biarkan lampu raksa mikroskop bernyala kira-kira 15 minit bagi menstabilkan pancaran
cahayanya sebelum spesimen diamati.
Pastikan mikroskop imunopendafluor dinyalakan sekurang-kurangnya 20 minit sebelum ia
dipadamkan supaya jangka hayat lampu raksa dapat dikekalkan lama.
Spesimen harus dibaca (diamati dengan mikroskop pendafluor) secepat mungkin kerana
intensiti cahaya pendafluor akan berkurang. Penyimpanan spesimen di dalam tempat yang
gelap akan melambatkan proses ini. Jika reagen bermutu tinggi dan ujian dilakukan dengan
sempurna, spesimen masih boleh dibaca selepas disimpan semalaman.
100
INDEKS
Apusan bakteria-membuat, 20-21
Asepsis-pemindahan benda dari botol yang tertutup, 13
Balang anaerobik-penggunaan, 52
Balang lilin-mewujudkan atmosfera karbon dioksida, 53
Bantuan pemula-rawatan, 10
Disinfektan-penggunaan, 10
Fiksasi bakteria dengan haba-membuat, 22
GasPak-mewujudkan keadaan anaerobik, 52
Inokulasi plat agar dengan kultur yis, 47-49
Inokulasi plat agar dengan 1 jenis bakteria untuk ujian
sensitiviti antibiotik, 91
Inokulasi plat agar dengan 2 jenis bakteria untuk ujian
sensitiviti antibiotik, 92
Inkubator CO2 - penggunaan, 53-54
Kultur sel-inokulasi dengan virus, 67
Kultur sel-kriopengawetan kultur sel yang hidup, 64-65
Kultur sel-penghitungan dengan menggunakan hemosiometer, 64
Kultur sel-pengkulturan semula sel yang dikrioawetkan,
66
Kultur sel-persediaan media, 60-61
Kultur sel-tripsinisasi seluruh tisu, 61-62
Kultur sel-tripsinisasi sel selapisan dan pengermaan
kultur sel, 62-63
Kultur slaid fungus-membuat, 55-56
Kultur yis-merangsang penghasilan tiub germa, 56-57
Media agar-menyediakan di dalam plat Petri, 46
Media agar-menyediakan sebagai cerun, 47
Media bakteria-jenis, 44-45
Mikroskop elektron-menyaluti grid dengan Formvar,
38-39
Mikroskop elektron-pengamatan spesimen bakteria, 23
Mikroskop elektron-pengamatan spesimen virus, 41
Mikroskop elektron-pewarnaan negatif, 39-40
Mikroskop elektron-tatacara imun, 40
Mikroskop cahaya-mengelakkan pertumbuhan fungus,
16
Mikroskop cahaya-pembersihan kanta, 16
Mikroskop cahaya-penggunaan, 14-15
Pensterilan gelung dawai dengan api, 11
Pensterilan menggunakan alkohol yang membakar,
12-13
Pewarnaan Albert (pewarnaan granul metakromatik),
26
Pewarnaan asid periodik-Schiff, 34
Pewarnaan Gram untuk bakteria, 23
Pewarnaan Gram untuk fungus, 33
Pewarnaan kapsul (rujuk kepada pewarnaan negatif
dengan dakwat India), 27
Pewarnaan Kinyoun (terubahsuai) untuk fungus, 33
Pewarnaan metenamina-argentum Gomori, 34-35
101