You are on page 1of 1

Konflik di Pusat Pemindahan Banjir: Kajian Kes di Daerah Padang

Terap, Kedah.
Ulasan Artikel
Artikel yang telah saya pilih untuk dianalisis ialah sebuh artikel yang bertajuk Konflik di
Pusat Pemindahan Banjir: Kajian Kes di Daerah Padang Terap, Kedah oleh Mohd Zulhafiz Said,
Salfarina Abdul Gapor, Mohd Nazri Samian and Abd Malik Abd Aziz. Secara umumnya, artrikel
ini menceritakan mengenai sebuah konflik yang berlaku di pusat pemindahan banjir. Banjir
merupakan bencana yang papling kerap melanda Negara kita, hampir setiap tahun pada musim
tengkujuh khususnya negeri seperti di pantai timur akan dilanda banjir.
Konflik di pusat pemindahan banjir ini wujud kerana beberapa perkara yang timbul dan
telah menjadi isu dalam kalngan magsa banjir. Antara isu yang dikenalpasti telah menyebabkan
konflik berlaku ialah seperti sumber makanan, makanan tidak mencukupi serta lambat sampai
menyebabkan mangsa banjir yang berada di tempat pemindahan kelaparan. Isu kedua ialah
berkenaan keselesaan di pusat pemindahan. Keadaan pusat pemindahan yang teruk seperti
bumbung bocor dan kotor menyebabkan menimbulkan perasaan tidak selesa dengan keadaan
tersebut. Selain itu, masalah bunyi bising turut mengganggu keselesaan mangsa banjir. Isu ketiga
ialah berkenaan sikap magsa banjir yang sering bergaduh dan bertengkar kerana tekanan mereka
gagal mengawal emosi ekoran kemusnahan serta kehilangan harta benda setelah ditimpa banjir.
Masalah infrastruktur yang tidak mencukupi juga telah menjadi isu yang hangat. Infrastruktur
seperti bot sebagai pengangkutan utama yang berkurangan sudah tentu menjadi masalah
kelewatan barang bantuan.
Pelbagai faktor lain wujud yang telah menyebabkab konflik ini berlaku. Antaranya ialah
sikap pilih kasih dalam pemberian barang bantuan seperti ada magsa banjir yang tidak mendapat
bantuan, bantuan yang diterima tidak setimpal serta wujud penyelewengan dalam penberian
barang bantuan. Selain itu makanan yang tidak berkhasiat serta berpotensi mendatangkan
penyakit merupakan salah satu isu serta kekurangan barangan keperluan lain seperti bekalan air
bersih, pakaian, selimut dan tuala wanita.
Kesimpulannya terdapat banyak perkara yang telah menyebabkan konflik ini timbul.
Tidak cekap dalam menangani sesuatu isu dalam keadaan yang tegang seperti ini akan
merumitkan lagi keadaan. Adalah penting untuk pihak yang berkenaan samaada pihak Kerajaan
atau NGO mengambil langkah awal sebagai persediaan dalam menghadapi bencana banjir

You might also like