You are on page 1of 11

1.

SEJARAH SUKAN DI MALAYSIA


Sebelum kedatangan pengaruh pendidikan barat, sistem pendidikan

Malaysia merupakan sistem yang tidak formal seperti kelas agama dan AlQuran, kelas kesenian dan pertukangan. Sistem ini tidak memberatkan ciriciri pendidikan secara formal. Oleh itu, pelajaran Malaysia tidak ada
langsung pendidikan jasmani.
Sistem pendidikan yang formal diperkenalkan di Negara kita selepas
kedatangan Inggeris di negeri-negeri Selat. Sekolah yang pertama didirikan
di Tanah Melayu ialah Penang Free School yang ditubuhkan pada tahun 1816.
Sekolah itu ialah di bawah pentadbiran Inggeris. Pada masa itu, Pendidikan
jasmani tidak dijalankan lagi.
Sehingga tahun-tahun 1920-an masih belum ada sistem dan sukatan
pelajaran yang formal walaupun mata pelajaran Pendidikan Jasmani mula
diajar secara tidak formal. Keutamaan diberi kepada aktiviti senaman,
latihan kawat dan permainan yang membawa pengaruh penjajahan Inggeris.
Pada tahun 1924 kerajaan baru melantik seorang pengusaha pendidikan
jasmani untuk negeri-negeri Selat. Sungguhpun begitu, sukatan pelajaran
pendidikan jasmani belum tersusun. Guru-guru yang tidak pernah menerima
latihan pendidikan jasmani telah ditugaskan mengajar pelajaran itu. Tahuntahun 1930_an pihak kerajaan barulah berusaha merancang pendidikan
jasmani masuk dalam pelajaran sekolah. Sukatan pelajaran itu merupakan
asas untuk pelajaran pendidikan jasmani di Malaysia. Ia berdasarkan kepada
sukatan pelajaran latihan fizikal bagi sekalah-sekolah Inggeris di England
yang telah diperkenalkan dalam tahun 1933. Siri buku-buku Jefferson, How
To Teach Physical Training dijadikan asas sukatan pelajaran pendidikan
jasmani Malaysia. J.W.Jefferson yang dilantik sebagai penguasa pendidikan
jasmani dalam tahun 1932, beliau telah melancarkan rancangan latihan guru
pendidikan jasmani ke seluruh Negara. Kursus-kursus dalam perkhidmatan
jasmani telah diadakan di seluruh Negara. Tahun 1946 sehingga 1948,

pejabat pendidikan negara telah melaporkan satu sukatan yang formal untuk
sekolah-sekolah rendah dan menengah. Sukatan ini diterbitkan oleh Maktab
perguruan Sultan Idris, (MPSI), Tanjung Malim (Universiti Pendidikan Sultan
Idris kini). Sistem latihan guru pendidikan jasmani dilancarkan secara
berperingkat-peringkat.
Penubuhan

persekutuan

Tanah

Melayu

menunjukkan

pengaruh

penjajahan Inggeris dalam perkembangan pendidikan jasmani. Gimnastik,


sukan dan rentak rama merupakan bahagian program-program yang
terdapat di sekolah-sekolah rendah, sementara itu, di sekolah-sekolah
menengah, Inggeris memajukan satu program yang serupa yang terdapat di
negara-negara Asia di bawah penjajahan British Komanwel. Bola sepak, bola
keranjang, berenang dan tenis adalah popular tetapi permainan badminton
paling popular di seluruh Negara.
Tidak

dinafikan,sukan

bermula

popular

di

Negara

selepas

kemerdekaan. Atlet-atlet tempatan telah dihantar ke luar Negara untuk


menyertai pelbagai pertandingan sukan seperti Sukan Asia, Sukan Komanwel
dan sebagainya. Mereka juga memenangi banyak pingat dan menyerlahkan
nama negara ke antarabangsa.
2.0

SOSIALISASI DAN SUKAN DEFINISI PROSES SOSIALISASI

Dalam konteks budaya, sukan dianggap sebagai satu wadah


sosialisasi. Sosialisasi merupakan proses di mana anggota masyarakat saling
berkomunikasi dan berinteraksi di antara satu sama lain serta menentukan
peranan yang mesti dimainkan oleh setiap anggota masyarakat untuk
menjadi ahli masyarakat tersebut.

Secara tradisinya, penyertaan dalam sukan untuk kaum lelaki dan


wanita sudah lama terbentuk. Kita boleh lihat bagaimana pembahagian serta
jenis-jenis sukan mengikut jantina terbentuk dalam masyarakat kita.
Bagaimanapun, bagi wanita yang melibatkan diri dalam sukan secara aktif,
mereka sebenarnya telah melangkah batas norma yang telah ditetapkan
oleh masyarakat, khususnya dalam sukan yang kompetitif. Menurut Eccles
dan Harold (1991), terdapat tiga cara individu dipengaruhi untuk menyertai
sukan dan aktiviti fizikal iaitu faktor sosialisasi,situasi dan persekitaran dan
faktor peribadi. Faktor sosialisasi merujuk kepada proses interaksi antara
individu. Dalam konteks sukan, pengaruh sosialisasi individu yang signifikan
dalam

kehidupan

seseorang

kanak-kanak

lelaki

atau

perempuan

mempengaruhi penglibatan mereka dalam sukan (Greendorfer, 1992).


Antaranya dorongan kedua ibu bapa serta pengaruh saudara tua (abang
atau adik) turut mempengaruhi penglibatan dalam sukan (Eccles & Harold,
1991) ; Greendorfer, 1992).

3.0

SOSIALISASI DALAM SUKAN


Sosialisasi ke dalam sukan berlaku apabila seseorang individu tersebut

mengambil keputusan untuk melibatkan diri dalam sukan tersebut. Antara


agen-agen sosialisasi yang mempengaruhi sosiaisasi ke dalam sukan ialah
keluarga, masyarakat, institusi pendidikan, rakan sebaya dan media massa.
Agen-agen sosialisasi ini akan mempengaruhi sikap, nilai dan kemahiran
individu tersebut.
Sosialisasi ke dalam sukan berlaku apabila individu yang melibatkan
diri dalam sukan tersebut menerima norma-norma yang terdapat dalam
sesuatu sukan yang ingin diceburi. Sikap seperti tidak menghisap rokok,
menghormati orang lain dan ketua, rajin berlatih, taat kepada perintah tuhan
dan menunjukkan teladan yang baik akan dapat diterapkan ke dalam diri

seseorang individu setelah melibatkan diri dalam sesuatu institusi sukan.


Konsep ini merupakan suatu peraturan yang harus diterima oleh individu
yang ingin melibatkan diri dalam sesuatu institusi sukan.
Selain itu, seseorang individu juga akan melakukan anjakan budaya
yang harus ada setelah melibatkan diri dalam sukan. Sebagai contoh,
personaliti individu seseorang individu akan berubah sekiranya melibatkan
diri dalam sukan golf seperti kemas dalam berpakaian, lebih tenang dalam
melakukan sesuatu perkara, pertuturan yang teratur dan sopan, juga disiplin
yang tinggi seharian selaras dengan norma-norma yang harus ada pada
seorang pemain golf. Perwatakan sedemikian bukan sahaja berlaku di dalam
institusi sukan berkenaan, malahan akan berterusan sekiranya tidak lagi
melibatkan diri dalam sesuatu acara sukan berkenaan.
Bukan itu sahaja, seseorang juga akan bersosialisasi ke dalam sukan
dengan menjadi sebahagian daripada keperluan institusi sukan tertentu.
Seseorang individu yang ingin bermain bola sepak akan cenderung untuk
memantapkan lagi kemahiran yang harus ada padanya selaras dengan
kemahiran atau teknik yang diperlukan dalam permainan tersebut. Individu
akan cuba untuk menjadi atlet yang berkemahiran tinggi agar dapat diterima
sebagai salah seorang ahli dalam institusi berkenaan.
Selain itu, sosialisasi ke dalam sukan juga berlaku apabila wujudnya
interaksi yang erat antara ahli dalam institusi sukan tersebut seperti
interaksi antara atlet dengan atlet, atlet dengan jurulatih, malahan antara
atlet dengan pentadbir sesuatu organisasi sukan berkenaan. Interaksi
berkisar dalam permasalahan

personaliti, prestasi atlet dan

jurulatih

malahan berkaitan dengan kebajikan mereka sendiri yang mempunyai kaitan


dengan pentadbiran institusi sukan.

Seseorang yang mengambil keputusan untuk melibatkan diri ke dalam


sesuatu jenis sukan tersebut akan mendapat ganjaran yang setimpal dengan
kemahiran mereka dan berpeluang melawat ke tempat-tempat yang mereka
tidak pernah lawati. Oleh itu, seseorang individu yang ingin mendapatkan
kepercayaan daripada institusi sukan agar terpilih menjadi pemain, akan
cenderung untuk berusaha dengan lebih gigih mengasah kemahiran yang
sedia ada. Setelah terpilih, individu tersebut akan menjadi pemain kepada
sesuatu pasukan tersebut dan mereka akan melawat ke tempat lain dalam
melengkapkan takwim pertandingan.

4.0

SOSIALISASI MELALUI SUKAN


Proses sosialisasi yang kedua adalah proses sosialisasi melalui sukan.

Faktor utama proses sosialisasi melalui sukan ialah sukan sebagai alat
mensosialisasikan individu terbabit. Elemen-elemen yang terdapat dalam
peraturan sukan seperti sikap bekerjasama, berdisiplin, saling menghormati
di antara individu serta mematuhi undang-undang dan peraturan dapat
membantu untuk pembentukan sifat peribadi individu itu sendiri. Melalui
sukan sikap individu dapat di bentuk dengan menunjukkan sikap yang baik,
nilai-nilai murni, tingkah laku yang terpuji dan kepimpinan individu terserlah.
Melalui sukan juga perwatakan individu boleh berubah misalnya, jika dahulu
seorang individu itu pendiam maka dengan mengikuti aktiviti sukan individu

tersebut bertukar menjadi orang yang agresif. Tindakan agresif ini dapat
dilihat dalam sukan ragbi dan gusti.
Di samping itu, proses sosialisasi melalui sukan ialah sukan sebagai
alat untuk mengintegrasikan atlit-atlit atau ahli-ahli. Dalam pasukan tersebut
akan terbentuk sikap saling membantu dan sentiasa memastikan pasukan
menang dalam pertandingan sukan dengan mengamalkan sikap saling
membantu. Sikap ini akan mewujudkan perpaduan di kalangan ahli-ahli
pasukan.
Selain itu, proses sosialisasi melalui sukan ialah sukan tersebut
berunsurkan motivasi kejayaan. Pasukan atau individu akan berusaha
bersungguh-sungguh untuk mencapai kemenangan dalam pertandingan.
Motivasi yang diterima sama ada berbentuk motivasi intrinsik atau pun
motivasi ekstrinsik. Melalui motivasi dalam aktiviti sukan tersebut individu
atau kumpulan pasukan akan bersama-sama untuk mengharumkan
negara
atlet

nama

dan keluarga. Semangat ini didapati berkesan untuk mendorong


mencapai kejayaan dalam sesuatu pertandingan. Misalnya dalam

sukan badminton dan skuasy.


Seterusnya, proses sosialisasi melalui sukan juga ialah sukan sebagai
alat pertahanan diri. Individu akan bersukan adalah untuk mempertahankan
diri sama ada untuk mempertahan diri sendiri atau organisasi atau pun
disebabkan faktor lain.

Dengan mempelajari kemahiran yang terdapat

melalui sukan tersebut maka individu tersebut berasa lebih selamat.


Misalnya individu boleh mempelajari seni mempertahankan diri dalam sukan
seperti karate do, taekwando, menembak dan memanah.

5.0

BERHENTI ATAU UBAH HALUAN DALAM SUKAN

Menurut

Mohd

Jafius

Bahari,

faktor

interpersonal

juga

akan

mempegaruhi penglibatan seseorang pelajar dalam aktiviti sukan. Sebagai


contoh, Alan ingin main badminton tetapi semua rakannya ingin bermain
bola sepak. Maka, dia akan mengalami kesulitan mencari rakan yang ingin
bermain badminton dengannya dan seterusnya akan menyebabkan dia
jarang mengikuti aktiviti sukan. Faktor interpersonal yang lain termasuklah
tekanan kebimbangan budaya, sikap keagamaan , serta kemampuan dan
kemahiran diri yang dimiliki.
Pelajar yang selalu didenda oleh guru akan berasa takut terhadap guru
sukan tersebut menyebabkan mereka berhenti untuk belajar dan berpretasi
baik semasa p&p. Dendaan yang tidak bersesuaian apabila dikenakan
kepada pelajar akan menyebabkan gangguan emosi yang akan menjejaskan
kecergasannya. Pelajar yang selalu didenda akan bertindak agresif dan
cenderung melakukan keganasan dan vandalisme
Gejala pelajar tidak memakai pakaian sukan semasa pengajaran dan
pembelajaran PJK sering berlaku. Segelintir pelajar lupa, tidak suka atau
sengaja tidak berpakaian sukan semasa menghadiri kelas pjk. Penekanan
peraturan dan pengawalan pakaian yang longgar semasa Pendidikan jasmani
menyebabkan

pelajar

tidak

peduli

akan

akibatnya.

Kesediaan

untuk

melibatkan diri dalam sukan


Malina (1988) menjelaskan bahawa kesediaan sebenarnya merujuk
kepada satu tahap di mana seseorang individu sudah bersedia dari
segi kematangan serta kemahiran yang membolehkan mereka berjaya
dalam aktiviti yang diceburi.
Terdapat persamaan di antara tumbesaran kanak-kanak, kematangan
serta tugasan atau tuntutan aktiviti berkenaan. Jadi dapat kita rumuskan ,
kayu ukur bagi tahap kesediaan ini berdasarkan kemampuan minimum

kanak-kanak dalam melaksanakan kemahiran yang diperlukan dalam aktiviti


tersebut.
Terdapat tiga faktor utama yang telah dikenal pasti sebagai faktor
utama yang menentukan tahap kesediaan penyertaan kanak-kanak dalam
sukan. Yang pertama kematangan, pembelajaran dan motivasi, kesemua
faktor ini berkait rapat di antara satu sama lain.
Kematangan merupakan faktor terpenting yang menentukan bila
sesuatu kemahiran boleh didedahkan kepada kanak. Interaksi pengaruhpengaruh

tersebut

membantu

dalam

menentukan

pencapaian

perkembangan ke satu tahap yang maksimum (Bee 1995; Rohani 2001).


Kematangan merujuk kepada proses perkembangan yang dikawal oleh faktor
intrinsik, terutamanya gen, iaitu bahan kimia terkandung dalam nukleus
setiap sel.
Pembelajaran pula menurut Moh. Surya (1997) : belajar dapat
diartikan

sebagai

suatu

proses

yang

dilakukan

oleh

individu

untuk

memperoleh perubahan perilaku baru secara keseluruhan, sebagai hasil dari


pengalaman individu itu sendiri dalam berinteraksi dengan lingkungannya.
Witherington (1952) : belajar merupakan perubahan dalam kepribadian
yang dimanifestasikan sebagai pola-pola respons yang baru berbentuk
keterampilan, sikap, kebiasaan, pengetahuan dan kecakapan.
Motivasi pula didefinisikan sabagai arah merujuk kepada tindakan
individu sama ada untuk menghampiri atau menjauhi sesuatu situasi,
Sage(1977). Wann (1977) sebagai proses kebangkitan dalam diri individu
yang membantu dalam usaha mengarah serta mengekalkan kelakuan yang
diingini. Terdapat dua jenis motivasi iaitu motivasi intrinsik dan ekstrinsik.

Kanak-kanak melibatkan diri dengan aktiviti sukan kerana perbagai


sebab

serta

untuk

memenuhi

perlbagai

keperluan.

Bagaimana

pun,

penglibatan mereka dalam aktiviti sukan tidak kekal lama kerana motif
mereka sering berubah. Inilah di antara punca yang menyebabkan keciciran
dalam sukan. Kadar keciciran kanak-kanak dalam aktiviti sukan di Amerika
Syarikat di antara umur 10-17 tahun telah meningkat sebanyak 80%
(Roberts,1993). Ini kerana kehendak mereka yang sentiasa berubah-ubah itu
tidak dapat dipenuhi. Berdasarkan kajian, terdapat tiga faktor utama yang
menyebabkan keciciran dalam aktiviti sukan iaitu perbandingan komparatif,
persepsi tentang kekurangan kemampuan dan tahap intrinsik yang rendah
serta stress pertandingan (Anshel,1997).
Perbandingan komparatif bermaksud membandingkan diri dari segi
kemampuan motor dengan orang lain, dan ini sering dilakukan oleh kanakkanak pada peringkat usia 7 hingaa 12 tahun (Scanlan,1988) oleh kerana
kekurangan pengalaman serta kurangnya penglibatan dalam aktiviti sukan
pada usia yang muda, kanak-kanak ini terpaksa menggunakan perbandingan
komparatif sebagai kayu ukur status kemahiran motor mereka. Sebagai
perbandingan, jika kemahiran yang ingin dilakukan boleh dilakukan oleh
ramai kanak-kanak yang lain, maka tahap kemahiran motor individu tersebut
bolehlah dianggap sebagai sama dengan orang lain. bagaimanapun, jika
kemahiran yang ingin dilakukan hanya boleh dilakukan oleh beberapa orang
kanak-kanak yang lain, maka tahap kemahiran motor individu ini boleh
dianggap tinggi.Perbandingan boleh dilakukan dengan pelbagai cara, oleh
sesiapa pun dan dalam perbagai situasi. Dalam konteks sukan, yang
biasanya dimainkan dalam keadaan terbuka, maklum balas dari penonton,
jurulatih, ibu bapa serta rakan-rakan terbabit. Maklum balas yang diberikan
sama ada secara verbal atau bukan lisan memberikan kesan yang positif dan
juga negatif kepada kanak-kanak tersebut. Input yang diberikan secara lisan
seperti kata-kata semangat dan pujian merupakan rangsangan positif,
manakala ejekan, celaan serta komen yang pedas merupakan rangsangan

yang negatif, begitu juga maklum balas lisan ini dapat dilihat dan yang
didengarinya. Kesan inilah yang menyebabkan mereka ingin meneruskan
penglibatan atau menarik diri dari sukan. Justeru itu, tanggungjawab kita
yang terlibat secara langsung dengan kanak-kanak ini memastikan mereka
merasai kesan kejayaan ketika melibatkan diri serta memenuhi keperluan
lain seperti motivasi, pengiktirafan atau persepsi kemampuan diri yang
positif.
Persepsi tentang kekurangan kemampuan diri juga merupakan salah
satu sebab kanak-kanak menarik diri dari aktiviti sukan- Ini adalah kerana
mereka

menjustifikasikan

kemampuan

diri

mereka.

kegagalan
Justeru

kepada

itu,

kekurangan

apalah

gunanya

dari

segi

meneruskan

penglibatan dalam aktiviti tersebut jika mereka sudah tahu bahawa mereka
tidak mempunyai kemampuan untuk berjaya dalam aktiviti tersebut. Jika
dilihat dari peringkat awal penglibatan kanak-kanak dalam sukan sekitar usia
6

hingga

10

tahun,

faktor

kejayaan

dikaitkan

dengan

kemampuan

menamatkan atau melaksanakan tugasan tersebut dengan sempurna.


Contohnya, kemampuan menamatkan larian 50 meter dianggap sebagai satu
kejayaan. Bagaimanapun, semakin usia meningkat, kayu ukur kejayaan
dinilai berdasarkan perbandingan dan pengiktirafan sosial. Justeru itu
pengiktirafan dari individu yang signifikan seperti ibu bapa, jurulatih serta
rakan sepasukan menjadi pemangkin kepada tindakan untuk meneruskan
atau menarik diri dari sukan. Dengan penambahan pengalaman, kanakkanak ini mendapati bahawa pengiktirafan dari jurulatih adalah penting
kerana peluang untuk bermain hanya akan ditentukan oleh jurulatih, kanakkanak tersebut terpaksa berusaha dengan lebih gigih lagi. Akhirnya, usaha
menjadi

kriteria

kejayaan

kepada

kanak-kanak

ini

tidak

mempunyai

kemampuan untuk berjaya dan ini mungkin menyebabkan mereka menarik


diri dari sukan. Tahap motivasi yang rendah- kita sudah sedia maklum
bahawa motif utama

penglibatan dalam aktiviti sukan bagi kanak-kanak

kerana keseronokan. Keseronokan ini sebenarnya bersifat intrinsik kerana

tiada ganjaran yang boleh diberikan kerana keseronokan melakukan sesuatu,


melainkan rasa puas dan kegembiraan yang terbayang di akhir sesuatu
aktiviti. Ganjaran serta sesuatu yang berbentuk luaran tidak diperlukan oleh
kanak-kanak tersebut. Bagaimanapun ada individu tertentu (orang dewasa)
yang merasakan bahawa kanak-kanak ini memerlukan ganjaran(piala atau
wang) untuk terus melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Kesannya aktiviti
sukan atau permainan sudah hilang keseronokannya kerana terpaksa
bersaing untuk berebut ganjaran. Bagi mendapatkan ganjaran, mereka
terpaksa

berlatih

bersungguh-sungguh

sehingga

aktiviti

sukan

atau

permainan ini dianggap sebagai satu pekerjaan yang perlu dilakukan untuk
mendapatkan ganjaran. Akhirnya, keseronokan hilang dan mereka tidak
berminat lagi untuk meneruskan aktiviti tersebut. Stres pertandinganBagaimanapun, sebelum kita memulakan perbincangan cuba anda jawab
soalan ini Jika sukan kompetitif dianggap satu permainan, mengapakah
ramai atlet muda (kanak-kanak) yang terlibat merasa tertekan apabila
melibatkan diri dalam permainan tersebut?
Keadaan ini berlaku kerana kanak-kanak ini diletakkan dalam keadaan
yang tertekan iaitu mereka mesti menang. Kesannya, mereka akan mula
memikirkan (persepsi) tentang apakah yang akan diterima jika gagal
melaksanakan

tanggungjawab

ini

(bertanding).

Kesimpulannya

stres

pertandingan menghilangkan keseronokan kanak-kanak untuk melibatkan


diri dengan aktiviti sukan dan jalan keluar yang paling sesuai dengan
menarik dari sukan.

You might also like