CTH Laporan Permainan Tradisional

You might also like

You are on page 1of 6

PERMAINAN TRADISIONAL (PETRA) 2013

LAPORAN PERMAINAN TRADISIONAL (PETRA) 2013


Sebelum
Bagi memenuhi keperluan PJM 3112 iaitu Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani
bagi semester 5 tahun 2013, telah diadakan satu program permainan tradisional yang
melibatkan seramai 84 orang guru pelatih iaitu PISMP BM 1, PISMP BM 2, PISMP BM 3 dan
PISMP Pengajian Sosial. Pada awal permulaan, setiap guru pelatih diminta untuk bersedia dan
menubuhkan AJK bagi program Permainan Tradisional supaya dapat dijalankan dengan lancar
dan sempurna.Selepas perlantikan dilakukan, setiap AJK mula menjalankan tanggungjawab
masing- masing dan mula merangka untuk membuat kertas kerja program Permainan
Tradisional.
Perjumpaan kali pertama mengenai program ini telah dijalankan dan Pengerusi bagi program ini
ialah Mohamad Dzulwaqar Bin Dzulkarnain daripada PISMP Pengajian Sosial Semester
5.Selama taklimat ini berlangsung, kami telah didedahkan mengenai latar belakang program
permainan tradisional ini dan antara acara yang dijalankan ialah, sepak raga, galah panjang,
konda kondi, baling selipar dan sebagainya. Setiap kelas akan mengelolakan 2 jenis permainan
tradisional dan semua peserta ialah guru pelatih semester 5 sendiri. Program yang bakal
berlangsung ini akan diadakan bermula pada pukul 7.30 pagi hingga 5.00 petang.
Mengenai program ini, nama PETRA telah dipilih sebagai simbolik proram ini iaitu Permainan
Tradisional. Setiap kelas juga diminta untuk bersedia dengan permainan masing-masing dan
perlu

memnbuat

kertas

kerja

masing-masing

mengikut

acara

yang

dipertandingkan.Pendedahan awal mengenai kepentingan pengurusan pertandingan sukan


membantu guru pelatih merancang sebuah pertandingan sukan yang baik dan lebih
bersistematik. Permainan Tradisional merupakan warisan bangsa yang tidak ternilai.
Sudah menjadi tanggungjawab kita memelihara warisan yang menjadi identiti kita.Malah
permainan

tradisional

ini

mencakupi

hasrat

Falsafah

Pendidikan

Kebangsaan

yang

mementingkan keseimbangan individu daripada segi jasmani, rohani, emosi, intelek dan sosial.
Permainan tradisional merupakan salah satu cara bagi rakyat Malaysia untuk mengamalkan
gaya hidup yang sihat kerana mengunakan kemahiran asas antaranya pergerakan lokomotor
dan bukan lokomotor serta manipulasi alatan. Antara contoh permainan tradisional ialah galah
panjang, batu seremban serta lain-lain. Diharap penganjuran Karnival Permainan Tradisional ini
akan menambah pengetahuan serta kesedaran terhadap generasi muda mengenai kewujudan
permainan tradisional sekaligus memelihara warisan ini dari terus lekang dek zaman.

PERMAINAN TRADISIONAL (PETRA) 2013


Semasa
Tepat jam 7.30 pagi, semua guru pelatih telah berkumpul dan satu majlis perasmian telah
dijalankan bersama 3 orang pensyarah iaitu Encik Abdul Halim Bin Abdul Wahab selaku
pensyarah BM2 dan BM3 manakala Encik Roslee Bin Ismail selaku penyarah bagi BM1 dan
PS. Pengarah Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan tidak dapat hadir kerana atas sebabsebab yang tidak dapat dielakkan namun, majlis tetap dijalankan dan disempurnakan oleh
Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan iaitu Tn Haji Salleh Bin Mohamed Sheh.
Dalam ucapan yang diberikan, beliau memberi teguran dan nasihat kepada kami bakal guru
pelatih mengenai sikap lambat hadir ke program permainan tradisional dan mengharapkan agar
sikap sebegini dapat diubah dan tidak menjadi tabiat kerana kita bakal guru haruslah
menunjukkan imej sebagai seorang guru.
Seterusnya, acara pertama mula dijalankan dan permainan yang dipertandingkan ialah
permainan Galah Panjang. Semua guru pelatih diminta menghantar wakil seramai 8 orang dan
setiap kumpulan akan bermain dan bertanding mengikut jumlah mata yang diperoleh. Sebelum
permainan dijalankan, satu taklimat mengenai permainan dijalankan dan pengundian bagi
kumpulan dilangsungkan sebelum permainan bermula.Setelah acara ini berlangsung, semua
guru pelatih turut serta terlibat dalam permainan tersebut dan tempoh untuk satu permainan
dijalankan ialah 20 minit.
Selesai acara permainan Galah Panjang, permainan kabbadi telah dijalankan dan semua kelas
diminta untuk menghantar wakil untuk menyertai permainan tradisional tersebut. Begitu juga
dengan seterusnya permainan lain juga tetap dijalankan dan mesti diselesaikan dengan
sempurna. Sewaktu permainan dijalankan semua guru pelatih kelihatan sangat seronok dan
tidak membosankan. Semua guru pelatih tidak sabar untuk mencuba permainan yang
dijalankan ini kerana ada guru pelatih yang tidak pernah bermain permainan tradisonal dan
program ini sangat penting untuk diterapkan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
berlangsung dan ini merupakan amali bagi kami sebelum kami menjalani praktikum di sekolah
selama sebulan dan banyak lagi perkara yang perlu kami pelajari dan dalami sebagai seorang
guru.
Permainan menjadi semakin sengit oleh kerana acara kemuncak akan berlangsung dimana
setiap kelas akan merebut mata dan masing-masing berusaha untuk menang dalam permainan
yang dipertandingkan. Tiada masalah yang dihadapi sepanjang program ini berlangsung dan
segala aktiviti berjalan dengan lancar.

PERMAINAN TRADISIONAL (PETRA) 2013


Selepas
Setelah semua acara selesaikan dipertandingkan, semua guru pelatih diminta untuk berkumpul
di astaka dan majlis penutup akan dijalankan dan upacara penyampaian hadiah kepada para
peserta juga disediakan. Sebelum program itu diakhiri, Encik Roslee Bin Ismail telah
memberikan ulasan dan beliau menegaskan kepada kami supaya memperkemaskan lagi
pengurusan kerana tiada suasana keadaan program tradisonal dimana tiada persiapan tempat
dan alatan juga lambat disediakan.
Selesai ulasan yang diberikan, upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang
dijalankan dan juara bagi keseluruhan permainan tradisional ialah PISMP BM 2 yang telah
banyak memperoleh kutipan mata dan Naib Johan pula ialah PISMP BM 1 yang agak kurang
satu mata sahaja. Kami sebagai guru pelatih amat berasa lega dan kami mula mengemas
persiapan tempat dan peralatan supaya tidak hilang serta dibiarkan begitu sahaja.
Makanan tengahari juga disediakan dan selesai mengemas peralatan, guru pelatih diagihkan
makanan dan majlis bersurai.

PERMAINAN TRADISIONAL (PETRA) 2013


REFLEKSI PROGRAM PERMAINAN TRADISIONAL 2013
Pada tanggal 19 Mac 2013 telah diadakan satu program permainan tradisional yang melibatkan
seramai 84 orang guru pelatih dari PISMP semester 5 ambilan Januari 2011. Penganjuran
Karnival Permainan Tradisional ini merupakan salah satu tugasan yang perlu dilaksanakan bagi
memenuhi keperluan

sukatan

PJM3112 iaitu

Pengurusan

dan

Pentadbiran

Pendidikan Jasmani. Pendedahan awal mengenai kepentingan pengurusan pertandingan


sukan membantu guru pelatih merancang sebuah pertandingan sukan yang baik dan lebih
bersistematik.
Permainan Tradisional merupakan warisan bangsa yang tidak ternilai.Sudah menjadi
tanggungjawab kita memelihara warisan yang menjadi identiti kita.Malah permainan tradisional
ini mencakupi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mementingkan keseimbangan
individu daripada segi jasmani, rohani, emosi, intelek dan sosial. Permainan tradisional
merupakan salah satu cara bagi rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat
kerana mengunakan kemahiran asas antaranya pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor
serta manipulasi alatan. Antara contoh permainan tradisional ialah galah panjang, batu
seremban serta lain-lain. Diharap penganjuran Karnival Permainan Tradisional ini akan
menambah pengetahuan serta kesedaran terhadap generasi muda mengenai kewujudan
permainan tradisional sekaligus memelihara warisan ini dari terus lekang dek zaman.
Objektif program ini ialah supaya guru pelatih dapat mengelola dan mengurus sesuatu
pertandingan permainan tradisional dengan baik dan sistematik.Selain itu, guru pelatih dapat
mengaplikasikan teori pentadbiran sukan yang dipelajari melalui subjek PJM 3112 serta dapat
meningkatkan kemahiran interpersonal guru pelatih dengan pihak-pihak tertentu dalam situasi
mengelola penganjuran permainan tradisional.
Antara permainan yang dijalankan ialah Galah Panjang, Kabbadi, Konda Kondi, Nenek-nenek,
baling tin, baling selipar, sepak bulu ayam, batu seremban, lastik getah, rebut tiang, tinting, dan
congkak. Kami selaku guru-guru pelatih semester 5 amat berharap agar pelaksanaan karnival
ini, dapat mencapai setiap objektif yang telah digariskan. Kami juga berharap agar setiap ilmu
dan pengalaman yang diperoleh sepanjang karnival ini berlangsung akan dapat membantu
kami dalam meningkatkan keupayaan mengurus dan mengelola sukan dengan sebaik mungkin.
Harapan kami sangat tinggi agar projek ini mendapat sokongan dan komitmen.

PERMAINAN TRADISIONAL (PETRA) 2013


Mudah-mudahan usaha kami ini akan memberi manfaat yang besar, di samping melengkapkan
kami dengan ilmu yang berguna agar dapat dipraktikkan pada masa akan datang. Semoga
pengetahuan dan kecekapan guru pelatih tentang pengurusan dan pentadbiran pendidikan
jasmani dan sukan dapat ditingkatkan. Segala perhatian dan kerjasama pihak pengurusan,
didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

PERMAINAN TRADISIONAL (PETRA) 2013


PENGHARGAAN
Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana limpah dan kurnianya dapat saya menyiapkan
Laporan Proram Permainan Tradisional Tahun 2013.Saya ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada pensyarah saya iaitu Encik Roslee Bin Ismail kerana telah banyak memberikan
nasihat dan teguran sepanjang menguruskan dan mengelola permainan tradisonal.Program
yang berlangsung selama sehari ini disertai oleh semua guru pelatih semester 5 sendiri.
Penganjuran Karnival Permainan Tradisional ini merupakan salah satu tugasan yang perlu dilaksanakan
bagi memenuhi keperluan sukatan PJM3112 iaitu Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani.
Pendedahan awal mengenai kepentingan pengurusan pertandingan sukan membantu guru pelatih
merancang sebuah pertandingan sukan yang baik dan lebih bersistematik. Permainan Tradisional
merupakan warisan bangsa yang tidak ternilai.
Sudah menjadi tanggungjawab kita memelihara warisan yang menjadi identiti kita.Malah permainan
tradisional ini mencakupi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mementingkan keseimbangan
individu daripada segi jasmani, rohani, emosi, intelek dan sosial. Permainan tradisional merupakan salah
satu cara bagi rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat kerana mengunakan
kemahiran asas antaranya pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor serta manipulasi alatan.
Antara contoh permainan tradisional ialah galah panjang, batu seremban serta lain-lain. Diharap
penganjuran Karnival Permainan Tradisional ini akan menambah pengetahuan serta kesedaran terhadap
generasi muda mengenai kewujudan permainan tradisional sekaligus memelihara warisan ini dari terus
lekang dek zaman.

You might also like