You are on page 1of 5

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

DATO ABU BAKAR BAGINDA

KERTAS KERJA
BADAN BERUNIFORM
PERSATUAN BULAN SABIT MERAH
TAJUK
BENGKEL BALUTAN DAN ANDUH

TEMPAT
PUSAT SUMBER SMK DATOABU BAKAR BAGINDA

ANJURAN
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
CAWANGAN SEPANG

1.0 PENGENALAN
Aktiviti kokurikulum meruakan aktiviti yang berteraskan akademik,pasukan pakaian seragam,
pendidikan luar dan kesenian serta kebudayaan. Kokurikulum ditakrifkan sebagai segala
rancangan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah untuk mencapai matlamat
pendidikan.Aktiviti yang dirancang bagi sesebuah organisasi hendaklah sesuai dengan peringkat
perkembangan dan pertumbuhan pelajar. Selain itu, aktiviti yang dirancang hendaklah sesuai
dengan situasi, alam sekitar, ekonomi dan keadaan sekolah.
2.0 RASIONAL
Tujuan bengkel diadakan adalah untuk menggabungkan pelajar-pelajar yang mempunyai minat,
kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang sama supaya pelajar itu berpeluang dan
berkesempatan:
a) berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam bidang yang diminati
b) merancang dan melaksanakan aktiviti secara berkumpulan
c) mempersetujui matlamat yang ditentukan dan dilaksanakan bersama
d) mengembangkan bakat dan potensi
3.0 OBJEKTIF
Pada akhir aktiviti diharakan ahli PBSM dapat:
1.

Membentuk satu pasukan yang berkualiti, fleksibiliti dan mempunyai koordinasi yang
baik antara satu sama lain untuk membentuk organisasi produktiviti

2.

Melahirkan satu pasukan bantu mula kecemasan yang terlatih dan cekap dalam rawatan
kecemasan

3.

Memberikan pengetahuan dan memupuk semangat kerjasama serta komitmen pada


seorang ahli PBSM.

4.0 KUMPULAN SASARAN


Semua ahli Persatuan Bulan Sabit Merah sesi 2011

5.0 TARIKH DAN TEMPAT


Rujuk takwim PBSM (Lampiran 1)

6.0 JAWATANKUASA ORGANISASI PBSM


Pengerusi
Naib Pengerusi
Guru Penasihat
Ketua Utama Seksyen
Penolong Ketua Seksyen
Setiausaha
Penolong setiausaha
Bendahari
Quartermaster
Penolong Quartermaster
AJK

: Puan Hajah Khatijah Bt Kunji Maraikar


: En. Hassan Hamidi B Benu
: Pn. Zarah Ahmad
Pn. Nor baizura Bt Mohd Nor
: Muhd Syamim B Azman
: Wan Ahmad Fathi B Mohd Jarir
: Ieshahira Bt Ahmad
: Siti Nor Azimah Bt Mohd Sulaiman
: Siti Mazieyana Bt Mohd Mustakim
: Muhd Addieq Efwan B Mohd Zaizul
: Mehnaz Zainab Bt Wan Mokhtar
:
1. Muhammad Haikal B Hamdan
2. Muhd Sahlan B Sharudin
3. Nooraqma Laily Bt Zamshahri
4.Mohd Syafiq Hamidi B Zulkifli
5. Wan Amirul Ashraf B Abdul Razak

7.0 BUTIRAN PERBELANJAAN AKTIVITI


Bil
1.
2.
3.
4.

Perkara
Anduh
Balutan
Cenderahati
Bayaran perkhidmatan jurulatih
JUMLAH

Kuantiti
30 x RM5
30 x RM5
1 x RM50
1 x RM100

8.0 PERUNTUKAN
Sumber kewangan unit kokurikulum
9.0 LAMPIRAN
1. Surat permohonan pembiayaan
2. Surat jemputan jurulatih Bulan Sabit Merah Malaysia (Cawangan Sepang)

Jumlah(RM)
150
150
50
100
450

10.0 PENUTUP
Aktiviti badan beruniform mampu membentuk pelajar yang bertanggungjawab,
berdedikasi dan berpengetahuan tinggi jika aktiviti dirancang dengan teratur. Pendedahan pelajar
terhadap siri rawatan kecemasan dapat membentuk pelajar yang mampu menangani saat
kecemasan dengan jaya mengikut prosedur yang selamat. Sokongan dan dorongan adalah
diperlukan untuk terus membakar semangat ahli PBSM supaya dapat melaksanakan aktiviti yang
telah dirancangkan pada tahun ini dengan jayanya.
Disediakan oleh :

(ZARAH BT AHMAD)

Disahkan oleh :

SMK DATO ABU BAKAR BAGINDA


JALAN MAKTAB, SUNGAI MERAB, SEPANG
43650 BANDAR BARU BANGI, SELANGOR D.E.
BEA 9612
Tel : 03 89266839
Fax: 03 89266840
_____________________________________________________________________________________
Rujukan tuan :
Rujukan kami : SMKDABB02/03/03 (1)
Tarikh
: 1 APRIL 2011
PERSATUAN BULAN SABIT MERAH (PBSM)
SMK Dato Abu Bakar Baginda
Tuan,
MEMOHON PEMBIAYAAN AKTIVITI BENGKEL ANDUH DAN BALUTAN AHLI
PBSM SESI 2011
Adalah dengan hormatnya perkara di atas dirujuki.
2.
Untuk makluman pihak tuan, ahli PBSM adalah seramai 100 orang terdiri daripada
pelajar tingkatan 1, 2,3,4 dan 5. Pelbagai aktivit telah dirancang, namun kerana masalah
kekangan kewangan maka aktiviti ini tidak akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.
3.
Disini saya lampirkan bersama kertas kerja BENGKEL BALUTAN DAN ANDUH
PBSM TAHUN 2011 untuk perhatian pihak tuan. Saya berharap akan mendapat sokongan dan
sumbangan dari pihak tuan untuk menjayakan aktiviti yang telah dirancang.
4.
Kerjasama dari pihak tuan amatlah saya hargai dan didahului dengan ucapan terima
kasih.
Sekian,terima kasih.
Yang Benar,

You might also like