You are on page 1of 36

KUALA LUMPUR, 23 Julai 2014 Ketika membentangkan usul mengenai tragedi

malang yang menimpa pesawat MH17 pada Persidangan Khas Dewan Rakyat,
Perdana Menteri mengatakan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak
bertamadun, tidak berperikemanusiaan dan ganas oleh pihak yang dipercayai
menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 di timur
Ukraine, minggu lepas.
Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang termasuk 43 warga Malaysia
sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia dipercayai
ditembak dan terhempas di wilayah Donetsk pada 17-7-2014.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia kecewa dan marah
apabila kawasan tragedi itu tidak dihormati sebagai kawasan larangan, selain
kelewatan mengendalikan mayat mangsa kejadian itu. Namun demikian, buat masa
ini Malaysia tidak menuding jari kepada mana-mana pihak sehinggalah bukti benarbenar sahih diperoleh.
Najib berkata Malaysia juga menggesa Pertubuhan Penerbangan Awam
Antarabangsa (ICAO) selaku penjaga keselamatan penerbangan awam sedunia
supaya mengeluarkan resolusi mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas
pesawat MH17, sebagaimana yang telah dibuat dalam kes-kes seumpama itu
sebelum ini. Tambahan pula, menembak jatuh pesawat komersial MH17 ini suatu
tindakan sangat zalim dan merupakan jenayah yang sangat kejam dan sangat
ganas.
Selain mengalu-alukan siasatan oleh badan bebas antarabangsa, Malaysia juga
mendesak semua pihak untuk bekerjasama bagi memastikan siasatan mengenai
punca tragedi yang menimpa pesawat MH17 dapat diselesaikan. Malaysia menuntut
dan menyokong siasatan antarabangsa yang bebas dalam tragedi ini. Pihak yang
bertanggungjawab terhadap berlakunya tragedi ini perlu dibawa dan dihadapkan ke
muka pengadilan.
Perdana Menteri menegaskan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini
telah menerima secara sebulat suara resolusi bagi mendesak puak pemisah
memberi akses tanpa halangan ke kawasan kejadian, selain menghentikan sertamerta semua kegiatan ketenteraan di kawasan itu.
Najib juga telah mengarahkan Peguam Negara untuk mengkaji tragedi itu dengan
teliti, bagi memastikan sebarang tindakan yang akan Malaysia ambil kelak adalah

selaras dengan undang-undang antarabangsa.


Beliau bagaimanapun turut menarik perhatian bahawa persetujuan yang dicapai
dengan Alexander Borodai, ketua wilayah lokasi MH17 terhempas, mengenai akses
pasukan penyiasat bebas antarabangsa ke kawasan nahas dan jaminan keselamatan
mereka, masih belum tercapai sepenuhnya.
Dalam pada itu, Najib turut menggariskan beberapa persoalan yang memerlukan
jawapan segera mengenai insiden itu termasuk sama ada ia benar-benar ditembak
dengan peluru berpandu, dalang di sebaliknya dan motif yang sebenarnya.
Najib mengulangi pendiriannya bahawa pergolakan geopolitik tidak menguntungkan
sesiapa, malah hanya menyebabkan manusia semakin menderita kerana kehilangan
orang tersayang.
Perdana Menteri memberi jaminan kepada keluarga mangsa tragedi MH17 bahawa
kerajaan akan terus menuntut keadilan dan tidak akan berhenti mencari kebenaran
walaupun berdepan kesukaran dan kepayahan.
Sesungguhnya jua, let us walk through this difficult time together. Marilah kita jalani
tempoh-tempoh dan waktu-waktu yang payah ini bersama-sama, bersatu dalam
kesedihan.
Moga-moga yang Maha Berkuasa memberi bantuan dan pencerahannya agar ada
cahaya penyelesaian di hujung, katanya.
Najib menyifatkan tragedi MH17 seumpama pembunuhan beramai-ramai dan
menuntut pembunuhnya dibawa ke muka pengadilan.
Pada masa yang sama, Perdana Menteri turut mengucapkan terima kasih kepada
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Anggota Parlimen Gelang Patah
Lim Kit Siang serta ketua-ketua parti yang lain, kerana turut mengutuk insiden itu.

PM mengutuk keganasan ke atas MH17

We Are One. Satu bangsa satu negara

Leave a comment
Posted in Karangan Pengajian Am STPM Penggal 1& 2,Karangan Pengajian Am STPM
Penggal 3

Masalah gelandangan di Kota-Kota Besar

Posted on July 10, 2014 | Leave a comment

9-7-2014
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebuah tempat khas untuk
menempatkan golongan gelandangan di ibu kota dijangka siap dalam tempoh enam
bulan akan datang.
PM berkata sedemikian selepas melakukan tinjauan secara mengejut aktiviti dapur
jalanan di sekitar Jalan Tun Perak malam 8-7-2014.
Selain menyediakan tempat tidur pada waktu malam buat gelandangan, tempat
khas itu juga akan dilengkapi kemudahan bilik mandi serta lokar untuk menyimpan
barangan golongan kurang bernasib baik itu. Golongan ini boleh tidur di pusat
sedemikian supaya tidak tidur di tepi jalan.
Najib turut melahirkan penghargaan kerajaan terhadap peranan yang dimainkan
sukarelawan khususnya yang terlibat dalam menyediakan makanan dan minuman
serta bantuan kesihatan kepada golongan gelandangan di ibu kota. Perdana menteri
meluangkan masa kira-kira sejam melihat sendiri aktiviti pengagihan makanan dan
minuman oleh sukarelawan Dapur Jalanan, selain turut berjalan kaki melihat keadaan
di sekitar Bangunan Cahaya Suria.

Najib, yang turut ditemani Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan
Tengku Mansor serta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk
Seri Rohani Abdul Karim, meluangkan masa untuk beramah mesra dengan beberapa
gelandangan yang tidur di tepi jalan, termasuk di perhentian bas.
Isu gelandangan di ibu kota menjadi topik hangat kebelakangan ini termasuk apabila
Kementerian Wilayah Persekutuan membuat keputusan melarang Dapur Jalanan
daripada beroperasi dalam lingkungan 2km dari pusat beli belah terkemuka Lot 10 di
Jalan Bukit Bintang minggu lepas.
Namun, Tengku Adnan menarik balik arahan tersebut dan memberi peluang kepada
badan bukan kerajaan (NGO) yang menjalankan aktiviti dapur jalanan untuk
beroperasi di kawasan itu sehingga 16 Ogos ini, iaitu selepas sambutan Aidilfitri.
Perdana menteri telah meninjau aktiviti sukarelawan Pertiwi Soup Kitchen yang
mengedarkan nasi berlauk ayam bersama buah epal, kopi O panas, sirap, roti bun,
biskut wafer dan minuman kotak kepada gelandangan, kebanyakannya warga emas
di kawasan tersebut.
Najib turut diberi penerangan mengenai aktiviti Pertiwi Soup Kitchen oleh
pengasasnya Munirah Abdul Hamid.
Ketika mengadakan tinjauan di sekitar Bangunan Cahaya Suria, Najib turut menegur
seorang lelaki warga emas yang sedang tidur di sebuah perhentian bas dan beliau
terkejut apabila menyedari Perdana Menteri berdiri di sebelahnya.
Najib turut meluangkan masa hampir 10 minit bertanya khabar kepada bekas
pemandu teksi Lim Kim Hua, 63, yang terpaksa hidup bergelandangan kerana tiada
keluarga untuk menjaganya.
Perdana menteri juga sempat menjenguk seorang ayah dan anak lelakinya yang
berusia kira-kira du

DATUK Seri Najib Razak melihat Lim Kim Hua, 63, yang tidur di pondok hentian bas, Kuala Lumpur.

Makanan diagihkan kepada gelandangan, tengah malam oleh PERTIWI Soup Kitchen

a tahun yang sedang nyenyak tidur beralaskan


plastik di siar kaki Jalan Silang.
Najib turut bertanya khabar dengan satu-satunya wanita yang ditemui tidur di tepi
Jalan Silang itu iaitu Norliza Mat Zain, 42, yang berasal dari Teluk Intan dan datang
ke Kuala Lumpur untuk menemani suaminya mendapatkan pekerjaan.
Bagaimanapun suaminya kini berada dalam penjara dan bakal dibebaskan sebelum
Aidilfitri ini.

Najib juga turut mendengar luahan hati bekas penjual kereta Tan Yap Heng, 70-an
yang mendakwa sudah 20 tahun hidup bergelandangan berikutan tidak mampu
untuk mendapatkan pekerjaan kerana faktor usia dan pernah dirompak. Tan
memberitahu perdana menteri bahawa setiap kali beliau memohon bantuan dari
agensi kebajikan kerajaan, permohonan beliau sering ditolak kerana beliau tidak
mempunyai alamat tempat tinggal tetap.

Leave a comment
Posted in Karangan Pengajian Am STPM Penggal 1& 2,KARANGAN TAJUK SOSIAL
KEMASYARAKATAN

Esscom menjamin kedaulatan Malaysia di Sabah


Posted on June 2, 2014 | Leave a comment

Pasukan keselamatan mengawal resort pelancongan

Esscom tekad pastikan kawasan Pantai Timur Sabah selamat


Insiden penculikan di Singamata Adventures and Reef Resort Semporna bulan Mei
2014 memberi mesej jelas kepada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah
(Esscom) bahawa masih banyak perlu dilakukan untuk meningkatkan tahap
keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).
Ancaman keselamatan berikutan pencerobohan pengganas Sulu dan kes penculikan
menuntut Esscom mengambil tindakan drastik dan langkah proaktif bagi menjaga
kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur Sabah ekoran krisis di Tanduo,
Lahad Datu pada tahun 2013.
Jenayah rentas sempadan di perairan timur Sabah, yang tujuh daripada 362 pulau di
kawasan itu menempatkan pusat peranginan dan aktiviti marin, boleh mencemarkan
imej Malaysia dan memberi kesan kepada industri pelancongan negara serta aktiviti
ekonomi.
Menyedari impak negatif ancaman keselamatan di kawasan sepanjang 1,733.7
kilometer itu, Esscom mengambil beberapa langkah drastik bagi memastikan
keadaan di kawasan pantai timur Sabah adalah selamat dan terkawal kepada
penduduk dan pelancong.
Esscom kini melarang pergerakan keluar masuk ke kawasan resort selepas pukul 6
petang bagi mengelakkan insiden penculikan yang modus operandinya dilakukan
pada waktu malam dan awal pagi daripada berulang.

Esscom memutuskan tiada sebarang aktiviti di laut dan sungai selepas matahari
terbenam (semua aktiviti hanya dilakukan pada waktu siang). Pengusaha resort yang
mempunyai aktiviti unik pada waktu malam hendaklah memohon kebenaran
daripada Esscom terlebih dahulu.
Selain itu, pasukan keselamatan akan mengadakan rondaan dan pemeriksaan dari
semasa ke semasa di setiap resort dan pengusaha yang gagal mematuhi arahan
berkenaan akan dirujuk kepada Kementerian Pelancongan dan pihak berkuasa
tempatan untuk tujuan digantung lesen perniagaannya.
TAMBAH ASET KESELAMATAN
Insiden penculikan seorang pelancong China dan seorang pekerja resort berasal dari
Filipina mengejutkan banyak pihak kerana ia berlaku selang hanya empat bulan
daripada insiden pembunuhan dan penculikan pelancong di Pulau Pom-Pom.
Insiden penculikan itu adalah kes jenayah rentas sempadan atau kes penculikan dan
bukan kejadian yang pertama kerana beberapa penculikan sedemikian pernah
berlaku di kawasan Semporna dan Lahad Datu.
Esscom tidak menolak kegiatan penculikan yang dilakukan oleh kumpulan
pengganas dari selatan Filipina sejak tahun 2000 itu bertujuan mendapatkan sumber
kewangan.
Bagi membanteras kegiatan penculikan berleluasa khususnya di kawasan perairan
Semporna dan Lahad Datu yang terletak hampir dengan sempadan Filipina, pasukan
keselamatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan
Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) menambah 30 peratus bilangan aset
seperti bot dan kapal di kawasan perairan Semporna tanpa menjejaskan kawalan
rondaan di kawasan lain.
PERBAIKI KELEMAHAN
Tidak menafikan masih banyak penambahbaikkan yang perlu dilakukan Esscom
untuk memastikan sektor pelancongan tidak terjejas akibat aspek keselamatan.
Esscom mampu memperbaikinya dan berupaya membentuk persefahaman lebih
mantap pada masa akan datang.
Memang agak sukar untuk Esscom memberi jaminan bahawa penculikan tidak akan
berlaku di ESSZONE memandangkan beberapa faktor dikenal pasti mendorong
berlakunya kes penculikan.
Dari awal, Esscom tidak dapat disamakan dengan Rascom (Rajang Area Security
Command). Rascom diwujudkan untuk memerangi komunis di Sarawak pada awal
tahun 70an sehingga 90an sementara Esscom berperanan menjaga dan mengawal
kawasan yang jauh lebih luas meliputi laut dan daratan.
Tambahan lagi pantai yang panjang sejauh 1,733.7km dari Kudat sehingga ke Tawau
membuatkan tentera kita sukar mengenal pasti musuh memandangkan mereka
mempunyai hubungan kekeluargaan dengan penduduk negeri ini di samping

mengamalkan budaya hidup yang sama dengan penduduk Sabah. Ada di antara
mereka yang terlibat dengan jenayah penculikan sudah tinggal di Sabah bertahuntahun lamanya dan hal itu adalah satu cabaran besar Esscom untuk mengatasinya.
KERJASAMA ESSCOM DAN PENGUSAHA PELANCONGAN
Justeru, bagi tujuan menjaga keselamatan pelancong dan pelanggan, Esscom
menetapkan beberapa syarat penting untuk dipatuhi semua pengusaha pusat
peranginan di ESSZONE.
Antara inisiatif itu ialah menggaji pengawal keselamatan terlatih yang akan
mengawal premis perniagaan 24 jam sehari selain menugaskan seorang pegawai
bertanggungjawab untuk melapor terus kepada polis atau Esscom sekiranya berlaku
sesuatu kejadian yang mendatangkan ancaman terhadap keselamatan pelanggan
resort.
Langkah itu membolehkan tindakan segera diambil kerana sebelum ini pekerja resort
terlebih dahulu memaklumkan kejadian kepada pengurus resort dan kemudian
barulah pengurus melaporkannya kepada polis. Setiap resort di ESSZONE hendaklah
memasang peralatan keselamatan seperti CCTV (kamera litar tertutup), menara
tinjau, lampu sorot dan peralatan komunikasi. Semua pengusaha resort juga
dikehendaki memberi kerjasama kepada pasukan keselamatan dengan
membenarkan anggota keselamatan membuat rondaan di kawasan resort. Mereka
juga boleh melaporkan kepada Esscom sekiranya ada anggota keselamatan yang
tidak serius ketika menjalankan tugas di resort.
Pada masa ini terdapat 362 buah pulau di ESSZONE. Daripada jumlah itu, tujuh pulau
mempunyai pusat peranginan iaitu Kapalai, Mabul, Pulau Bum-Bum, Pom-Pom,
Mataking, Langkayan dan Billean.
HUBUNGAN KERJASAMA ANTARA AGENSI
Esscom, sebagai agensi penyelaras, menempatkan pasukan keselamatan dan aset
pertahanan di kawasan-kawasan strategik yang menjadi laluan masuk di kawasan
perairan melibatkan semua komponen keselamatan dan tugas-tugas pertahanan
secara holistik dan bersepadu.
Arahan penugasan masih terletak di bawah ketua perkhidmatan dan agensi masingmasing. Bagi mencapai matlamat penubuhannya, Esscom dari semasa ke semasa
meningkatkan kerjasama dengan agensi penguatkuasa yang lain antaranya Jabatan
Imigresen, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, pihak berkuasa tempatan dan agensi
Persekutuan dan negeri yang berkaitan. Persefahaman itu menjadi asas kekuatan
Esscom untuk menghadapi ancaman jenayah rentas sempadan atau jenayah
penculikan.
Esscom merupakan entiti yang berjaya merealisasikan program Strategi Lautan Biru
Kebangsaan hasil penggabungan komponen pertahanan, keselamatan dan awam.
Esscom turut mengukuhkan pelaksanaan program peningkatan semangat

patriotisme masyarakat di ESSZONE serta menyelaras dan memantapkan program


pembangunan sosial ekonomi berteraskan keselamatan kepada kumpulan sasar di
ESSZONE.
Esscom ditubuhkan pada 1 April 2013 di bawah Peraturan-Peraturan Pemeliharaan
Keselamatan Awam 2013 selepas insiden pencerobohan pengganas Sulu di Kampung
Tanduao, Lahad Datu Sabah pada awal Mac 2013.
Dianggotai empat komponen utama iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan
Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan
Pegawai Awam, asas penubuhannya ialah mempertahankan kedaulatan dan
keselamatan rakyat Sabah susulan pencerobohan pengganas Sulu di Tanduo, Lahad
Datu.
Matlamat Esscom antaranya memastikan dan mempertingkatkan keselamatan dan
kesejahteraan rakyat, memastikan kesejahteraan hidup, kesihatan awam dan
kewujudan bersama, memastikan, memelihara dan memudahkan penjalanan secara
bebas serta melaksanakan tindakan yang sewajarnya untuk menempatkan semula
orang atau kumpulan orang di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).
ESSZONE meliputi 10 daerah iaitu Kudat, Pitas, Kota Marudu, Sandakan,
Kinabatangan, Beluran, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau

Pantai Timur Sabah sentiasa jadi sasaran kumpulan pengganas dari selatan Filipina yang gemar
melakukan penculikan.

Leave a comment

Posted in KARANGAN TAJUK SOSIAL KEMASYARAKATAN,STPM Penggal 3(Bhg A) Malaysia


dan Negara Luar

Teknologi Hijau
Posted on April 9, 2014 | Leave a comment

Teknologi Hijau
Definisi
Teknologi Hijau merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem
untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau
mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Teknologi Hijau merujuk
produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi kriteria-kriteria berikut:
? Ia meminimumkan degrasi kualiti persekitaran; ia mempunyai pembebasan Gas
Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar; ia selamat untuk digunakan dan
menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan;
? Menjimatkan tenaga dan sumber asli; dan
? Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.
Empat Tunggak Dasar Teknologi Hijau Negara
Tenaga Mencari ketidakbergantungan tenaga dan mempromosikan kecekapan
tenaga
Alam sekitar Memulihara dan meminimumkan kesan kepada alam sekitar
Ekonomi Meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan
teknologi; dan
Sosial Meningkatkan kualiti hidup untuk semua.
Objektif
Untuk mengurangkan kadar peningkatan penggunaan tenaga dalam masa yang
sama meningkatkan pembangunan ekonomi;
Untuk membantu pertumbuhan dalam industri Teknologi Hijau dan meningkatkan
sumbangannya kepada ekonomi negara;
Untuk meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam pembangunan Teknologi Hijau
dan meningkatkan daya saing dalam Teknologi Hijau di persana antarabangsa;
Untuk memastikan pembangunan mapan dan memulihara alam sekitar untuk
generasi akan datang; dan
Untuk meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam terhadap Teknologi Hijau
dan menggalakkan penggunaan meluas Teknologi Hijau.

Sektor Utama
Kemajuan yang signifikan dan peningkatan utama dalam empat sektor utama yang
berikut:
i) Sektor Tenaga
Sektor Bekalan Tenaga: Aplikasi Teknologi Hijau dalam penjanaan tenaga dan
pengurusan bekalan tenaga, termasuk penjanaan bersama (co-generation) di sektor
industri dan komersial; dan
Sektor Penggunaan Tenaga Aplikasi Teknologi Hijau dalam semua sektor
penggunaan tenaga dan dalam program pengurusan permintaan tenaga.
ii) Sektor Bangunan: Menerima pakai Teknologi Hijau dalam pembinaan, pengurusan,
pemuliharaan dan pemusnahan bangunan
iii) Sektor Air dan Pengurusan Sisa
Menerima pakai Teknologi Hijau dalam pengurusan dan penggunaan sumber air,
rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah; dan
iv) Sektor Pengangkutan
Memasukkan elemen Teknologi Hijau dalam prasarana pengangkutan dan
kenderaan, khususnya biobahan api dan pengangkutan jalan awam.
Matlamat
i. Matlamat Jangka Pendek (Rancangan Malaysia ke-10)
Kesedaran masyarakat yang lebih tinggi melalui program-program sokongan dan
komitmen untuk penerimaan dan penerapan Teknologi Hijau;
Ketersediaan dan pengiktirafan meluas Teknologi Hijau dari segi produk, aplikasi,
peralatan dan sistem di pasaran tempatan melalui piawaian, perkadaran, pelabelan;
Pelaburan Langsung Asing (Foreign Direct Investments, FDIs) dan Pelaburan
Langsung Tempatan (Domestic Direct Investments, DDIs) yang lebih besar dalam
sektor pembuatan dan perkhidmatan Teknologi Hijau; dan
Institusi-institusi penyelidikan tempatan dan institusi pengajian tinggi
mengembangkan penyelidikan, pembangunan dan aktiviti inovasi mengenai
Teknologi Hijau ke arah pengkomersialan menerusi mekanisme yang sesuai.
ii. Matlamat Jangka Sederhana (Rancangan Malaysia ke-11)
Teknologi Hijau menjadi pilihan utama dalam memilih produk dan perkhidmatan;

Teknologi Hijau mempunyai pasaran tempatan yang lebih besar berbanding


dengan teknologi lain, dan menyumbang kepada penerimaan Teknologi Hijau dalam
pasaran serantau;
Peningkatan pengeluaran produk Teknologi Hijau tempatan;
Peningkatan penyelidikan dan pembangunan serta inovasi Teknologi Hijau oleh
universiti tempatan dan institusi penyelidikan yang dikomersialkan melalui
kerjasama dengan industri tempatan dan syarikat multinasional;
Peningkatan perniagaan SME dan SMI tempatan dalam Teknologi Hijau ke pasaran
global; dan
Peningkatan aplikasi Teknologi Hijau dalam kebanyakan sektor ekonomi.
iii. Matlamat Jangka Panjang (Rancangan Malaysia Ke-12 dan Tempoh Seterusnya)
Penerapan Teknologi Hijau dalam budaya Malaysia;
Penggunaan meluas Teknologi Hijau mengurangkan penggunaan sumber secara
keseluruhan, di samping mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara;
Mengurangkan signifikan dalam penggunaan tenaga negara;
Membaiki kedudukan Malaysia dalam peningkatan persekitaran;
Malaysia menjadi pengeluar utama Teknologi Hijau dalam pasaran global; dan
Peningkatan kerjasama peringkat antarabangsa dengan universiti tempatan dan
institusi penyelidikan dengan industri Teknologi Hijau.
Risiko nanoteknologi boleh diluaskan kepada tiga bahagian:
risiko kepada kesihatan dan persekitaran yang berpunca daripada zarah dan jirim
nano
risiko yang disebabkan oleh pengilangan atau penghasilan molekul (atau teknologi
nano lain)
risiko yang datangnya daripada masyarakat sendiri.
Teras Strategik
i) Teras Strategik 1
Mengukuhkan kerangka institusi
Dalam memupuk penerimaan dan pembangunan Teknologi Hijau, penyusunan
institusi yang kukuh adalah kritikal untuk mempromosikan aplikasi Teknologi Hijau
melalui:

Penubuhan Majlis Teknologi Hijau yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri atau
Timbalan Perdana Menteri untuk menyelaraskan peringkat tinggi antara
Kementerian, agensi, sektor swasta dan pihak berkepentingan utama untuk
melaksanakan Teknologi Hijau yang efektif;
Penubuhan Jawatankuasa Kabinet Teknologi Hijau yang dipengerusikan oleh Perdana
Menteri atau Timbalan Perdana Menteri;
Penubuhan Agensi Teknologi Hijau Malaysia untuk menyelaraskan dan melaksanakan
usaha dan program Teknologi Hijau yang efektif;
Pengenalan dan penguatkuasaan mekanisme perundangan untuk mempercepat
pembangunan Teknologi Hijau, selaras dengan objektif dan matlamatnya; dan
Peyelarasan fungsi setiap institusi supaya semua agensi mengetahui peranan dan
tanggungjawab masing-masing.
ii) Teras Strategik 2
Menyediakan Persekitaran Pembangunan Teknologi Hijau yang Kondusif
Pembangunan industri Teknologi Hijau, sama ada dalam sektor pembuatan atau
perkhidmatan, adalah kritikal bagi memenuhi objektif Dasar Teknologi Hijau. Industri
ini menyediakan Teknologi Hijau bagi pasaran setempat dan global, menyediakan
peluang pekerjaan, dan meningkatkan ekonomi Negara. Ini boleh dicapai melalui:
Pengenalan dan pelaksanaan instrumen ekonomi yang inovatif dengan disokong oleh
langkah-langkah kewangan dan fiskal bagi menbantu peningkatan pertumbuhan
Teknologi Hijau selaras dengan objektif dan matlamatnya;
Memperkukuh pemahaman masyarakat tempatan terhadap industri Teknologi Hijau
dan rantaian nilai termasuk industri sokongan melalui pelbagai program peningkatan
industri;
Mempromosikan pelaburan langsung asing (FDIs) terhadap Teknologi Hijau yang
membantu perkembangan pelaburan langsung tempatan (DDIs) serta penglibatan
dan pembangunan industri tempatan;
Menubuhkan hab Teknologi Hijau yeng straregik di seluruh Malaysia, yang
dikembangkan daripada rantaian nilai utama kepada industri utama; dan
Menubuhkan mekanisme pembiayaan untuk Teknologi Hijau.
iii) Teras Strategik 3
Memperkukuh Pembangunan

Modal Insan dalam Teknologi Hijau


Sumber manusia yang mahir, berkelayakan, cekap dan produktif sangat penting
untuk pembangunan Teknologi Hijau. Ini boleh dicapai melalui;
Reka bentuk dan pengukuhan program latihan dan pendidikan bagi meningkatkan
kapasiti sumber manusia yang berkaitan dengan Teknologi Hijau;
Bantuan kewangan dan biasiswa untuk pelajar yang mengikuti jurusan Teknologi
Hijau di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan pasca ijazah;
Program melatih semula dan skim pelapis untuk meningkatkan kemahiran sumber
manusia yang separa terlatih bagi memenuhi keperluan industri Teknologi Hijau;
Penyediaan mekanisme penggredan dan pensijilan bagi pekerja yang cekap dalam
bidang Teknologi Hijau; dan
Pengekploitasian program brain gain bagi mengukuhkan kepakaran tempatan dalam
sektor Teknologi Hijau.
iv) Teras Strategik 4
Penggiatan Penyelidikan dan Inovasi Teknologi Hijau
Penyelidikan, Pembangunan, Inovasi dan Pengkomersialan (RDIC) amat penting
dalam penghasilan teknologi baru, teknik dan implikasi yang dapat mengurangkan
kos Teknologi Hijau dan mempromosikan penggunaannya. Penyelidikan,
Pembangunan dan Inovasi (RDI) akan ditingkatkan melalui:
Dana kewangan atau bantuan untuk sektor awam dan swasta dalam RDIC;
Keperluan Teknologi Hijau pada masa hadapan;
Penubuhan badan penyelaras yang efektif untuk RDI dan pusat kecemerlangan atau
institut penyelidikan yang baru untuk perkembangan Teknologi Hijau;
Perkongsian pintar antara kerajaan, industri, dan pusat penyelidikan;dan,
Penubuhan rangkaian yang kukuh dengan institusi penyelidikan tempatan dan
serantau dan pusat kecemerlangan antarabangsa dalam RDI Teknologi Hijau.
v) Teras Strategik 5
Promosi dan Kesedaran Awam

Promosi yang efektif dan kesedaran awam merupakan dua faktor utama yang
mempengaruhi kejayaan pembangunan Teknologi Hijau. Hal ini penting kerana
perkara tersebut memerlukan perubahan pemikiran masyarakat melalui pelbagai
pendekatan termasuklah:
Promosi berterusan yang efektif, pendidikan dan penyebaran maklumat melalui
program yang komprehensif untuk meningkatkan kesedaran awam dalam Teknologi
Hijau;
Penglibatan media, pertubuhan bukan kerajaan dan pihak berkepentingan yang
efektif untuk mempromosikan Teknologi Hijau;
Memupuk budaya menghayati Teknologi Hijau dalam kalangan pelajar pada setiap
peringkat melalui pembangunan sistem sukatan pelajaran yang efektif;
Program demonstrasi secara efektif dalam implikasi Teknologi Hijau; dan
Menerima pakai Teknologi Hijau dalam semua kemudahan kerajaan dan entiti yang
berhubung dengan kerajaan
Lima langkah strategik jayakan Dasar Teknologi Hijau Negara
BANGI: Datuk Seri Najib Razak hari ini menggariskan lima langkah strategik bagi
menjayakan Dasar Teknologi Hijau Negara.
Perdana Menteri berkata, langkah pertama adalah mengukuhkan rangka kerja
institusi terutama di kalangan Menteri manakala langkah kedua mensasarkan untuk
menyediakan persekitaran yang kondusif bagi Pembangunan Teknologi Hijau.
Katanya, langkah ketiga pula akan menggiatkan lagi pembangunan modal insan
menerusi pemberian latihan dan program pendidikan.
Langkah keempat adalah akan menggalakkan penyelidikan dan inovasi Tekologi
Hijau menerusi pengkomersialan.
Langkah terakhir adalah memantapkan usaha mempromosi dan meningkatkan
kesedaran rakyat terhadap Teknologi Hijau, katanya berucap melancarkan Dasar
Teknologi Hijau Negara di sini, hari ini.
Sumber: Berita Harian

Temubual Galeri@1, RTM 1


Y. Bhg. Dato Dr Halim Bin Man
Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
1. Apakah maksud teknologi hijau?
Teknologi hijau adalah aplikasi sains alam sekitar untuk memulihara sumber dan
alam semulajadi bagi menangani impak negatif aktiviti manusia. Teknologi Hijau
adalah teknologi rendah karbon dan lebih mesra alam berbanding dengan teknologi
sedia ada. Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kita menggunakan sumbersumber seperti tenaga, air dan sebagainya secara minimum untuk menghasilkan
sesuatu produk. Oleh yang demikian, apa-apa teknologi yang menyumbang kepada
pengurangan pelepasan Gas Rumah Hijau atau digunakan untuk membangunkan
produk dan perkhidmatan yang menghasilkan pelepasan Gas Rumah Hijau yang
tinggi perlu dikurangkan melalui kesedaran pada peringkat permulaannya dan
selanjutnya melalui penguatkuasaan. Aplikasi Teknologi Hijau juga adalah selaras
dengan konsep pembangunan mapan (sustainable development) di mana
pembangunan yang dilaksanakan perlu memenuhi keperluan semasa tanpa
menjejaskan keperluan generasi masa depan. Sehubungan itu, kita
bertanggungjawab untuk memastikan generasi akan datang dapat sekurangkurangnya menikmati kualiti kehidupan yang kita perolehi sekarang atau kualiti yang
lebih baik dari sekarang.
2. Mengapakah teknologi hijau diberi penekanan dalam pentadbiran negara?
Pada 9 April lalu, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan pembentukan
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air bagi menggantikan Kementerian
Tenaga, Air dan Komunikasi. Saya percaya penekanan terhadap teknologi hijau
adalah pendekatan yang tepat dalam menangani masalah alam sekitar dan
pertumbuhan ekonomi. Ia juga selaras dengan agenda utama Kerajaan-Kerajaan di
seluruh dunia pada masa kini yang memberi prioriti kepada isu-isu alam sekitar
khususnya fenomena perubahan cuaca dunia. Kita sebagai penduduk dunia perlu
bertanggungjawab untuk bersama-sama memainkan peranan dalam menjadikan
dunia ini a better place to live in.
Dalam mengaplikasi teknologi hijau, faedah terbesar ialah dari segi peningkatan
kualiti hidup rakyat dengan menjamin kualiti alam sekitar yang lebih mapan.
Pencemaran udara, air, bunyi dan sebagainya akan menjejaskan kualiti hidup rakyat

sekiranya masalah tersebut dibiarkan berterusan. Apabila kita menggunakan


teknologi hijau, kesan negatif terhadap alam sekitar adalah minima.
Teknologi hijau juga mempunyai potensi besar dalam memacu pembangunan
negara. Industri yang menggunakan atau membangunkan produk berhubung
teknologi hijau dapat menyediakan peluang-peluang pekerjaan untuk masyarakat
tempatan. Kita boleh juga meneroka peluang mengeksport produk hijau yang telah
kita hasilkan. Pasaran untuk teknologi dan produk hijau amat besar, khususnya
dalam sektor tenaga boleh diperbaharu atau renewable energy. Contohnya, industri
solar photovoltaic telah dikenalpasti sebagai sumber pertumbuhan ekonomi baru
untuk negara kita. Mengikut unjuran kami, menjelang tahun 2020, industri PV dapat
menyumbang sebanyak 4 peratus pendapatan daripada Keluaran Dalam Negara
Kasar (GDP).
Kerajaan akan menyediakan dasar yang sesuai untuk mempromosikan teknologi
hijau. Pihak swasta, para profesional serta penyelidik harus bekerjasama untuk
mencipta dan mengkomersilkan teknologi hijau.
3. Apakah kepentingan aplikasi teknologi dan amalan hijau dalam kehidupan kita
sebagai orang awam?
Seperti yang telah saya katakan tadi, secara amnya, Teknologi Hijau merupakan satu
teknologi yang mesra alam dan merupakan teknologi yang rendah karbon bagi
mengurangkan pelepasan gas karbon ke udara yang menyebabkan antara lainnya
fenomena perubahan cuaca dunia. Antara kesan-kesan fenomena perubahan cuaca
dunia yang kita rasai pada masa kini ialah cuaca yang melampau seperti keadaan
cuaca panas yang sedang kita hadapi pada masa ini. Selain itu, kejadian bencana
alam seperti ribut taufan, kecairan ais di Kutub Utara dan Selatan, kenaikan paras
dan suhu air laut, kepupusan spesis flora dan fauna dan sebagainya juga merupakan
kesan-kesan fenomena perubahan cuaca dunia yang prominen pada masa sekarang.
Oleh yang demikian, mitigasi fenomena perubahan cuaca dunia telah menjadi antara
prioriti dalam masyarakat dunia pada masa kini.
Proses perubahan cuaca global sememangnya tidak dapat dihalang. Walau
bagaimanapun, usaha-usaha boleh dilakukan untuk melambatkan proses ini. Oleh
yang demikian, aplikasi Teknologi Hijau merupakan salah satu langkah yang diambil
bagi melambatkan proses perubahan cuaca dunia. Kita sebagai pengguna
merupakan salah satu daripada penyumbang terbesar dalam pelepasan gas rumah

hijau melalui aktiviti harian dan pilihan yang kita buat sebagai contohnya
penggunaan kereta, tenaga elektrik, penggunaan bahan-bahan kimia seperti racun
serangga dan sebagainya.
Sehubungan itu, aplikasi teknologi dan amalan hijau seperti penggunaan alat-alat
elektrik cekap tenaga, penggunaan kenderaan awam atau bahan api alternatif,
penjimatan penggunaan air merupakan antara perkara-perkara yang boleh
dipertimbangkan dalam melaksanakan aktiviti harian kita. Walaupun amalan-amalan
hijau bukan merupakan satu kebiasaan pada sebahagian daripada kita pada masa
kini, kita perlu mengubah minda kita bagi memastikan kita masih akan dapat
menikmati kehidupan yang kita nikmati pada hari ini dalam jangka masa panjang.
Kita juga harus sedar bahawa pilihan-pilihan yang dibuat oleh kita pada hari ini akan
menentukan masa depan yang akan dilalui oleh anak-anak kita di masa akan
datang. Oleh yang demikian, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru
kepada semua agar mula mendekati amalan-amalan hijau yang kecil seperti
mengitar semula sampah, menggunakan peralatan cekap tenaga, mengamalkan
penjimatan tenaga dan air dan sebagainya.
4. Boleh Y.Bhg Dato berikan sedikit saranan dan harapan Datuk kepada masyarakat
ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengutamakan teknologi
hijau?
Usaha Kerajaan untuk menerapkan teknologi hijau perlu dilihat dari dua aspek.
Pertama ialah aspek inovasi, iaitu usaha mencipta atau membangunkan teknologi
hijau. Kita tidak semestinya mencipta sesuatu yang komplikated atau kompleks.
Produk mudah yang mesra alam serta praktikal untuk negara kita boleh dihasilkan.
Adalah penting supaya pelajar-pelajar digalakkan dari peringkat sekolah lagi untuk
mencipta sesuatu. Pada peringkat yang lebih tinggi pula, para penyelidik kita boleh
menghasilkan teknologi yang dapat menghasilkan sesuatu produk tanpa membazir
sumber-sumber seperti tenaga dan air. Rekaan baru haruslah rekaan praktikal yang
boleh dikomersilkan untuk penggunaan tempatan dan untuk tujuan eksport.
Keduanya ialah penggunaan atau aplikasi teknologi hijau sama ada dalam
melaksanakan proses kerja atau amalan hidup seharian. Kita harus mengamalkan
amalan hijau sebanyak yang boleh, bermula dengan perkara-perkara mudah yang
boleh kita laksanakan. Contohnya, kita boleh membawa air minum dalam bekas
tanpa keperluan membeli botol-botol air. Kalau kita membeli makanan untuk dibawa
balik ke rumah, eloklah kita menggunakan bekas makanan sendiri daripada

menggunakan bekas styrofoam atau plastik yang tidak mesra alam. Bawalah beg
sendiri ketika membeli-belah.
Pengguna juga harus mengutamakan pembelian peralatan elektrik jenis cekap
tenaga. Utamakan penggunaan lampu cekap tenaga. Tindakan sedemikian akan
menghasilkan penjimatan tenaga. Walaupun harga peralatan cekap tenaga lebih
mahal sedikit berbanding peralatan biasa, namun penjimatan tenaga adalah banyak
dan kurang menjejaskan alam sekitar. Yang penting adalah supaya kita mulakan
dengan langkah-langkah yang mudah dan murah dahulu. Jadikan amalan hijau
budaya hidup. Ibubapa harus menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak
supaya mereka akan turut terdorong untuk mengamalkan budaya hijau.
Sebenarnya perubahan gaya hidup dan perubahan minda akan mengorak langkah ke
arah penghayatan dan pengamalan teknologi hijau. Perubahan kecil yang kita buat
pada hari ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.
5. Adakah sebarang galakan disediakan oleh Kerajaan untuk menggalakkan teknologi
hijau?
Untuk bidang kecekapan tenaga dan tenaga boleh diperbaharu, Kerajaan telah
memperkenalkan pelbagai insentif fiskal sejak tahun 2003 bagi syarikat-syarikat
yang menjana elektrik daripada sumber Tenaga Boleh Diperbaharu atau Renewable
Energy (RE) dan syarikat-syarikat mengamalkan aktiviti-aktiviti penjimatan tenaga
Energy Efficiency (EE) dimana mereka layak diberi Pengecualian Cukai Pelaburan
(Investment Tax Allowance) dan Status Perintis (Pioneer Status).
Syarikat-syarikat ini juga boleh memohon untuk mendapatkan pengecualian duti
import dan cukai jualan untuk tempoh setahun bagi mesin, peralatan, material dan
alat ganti import yang digunakan secara terus dalam penjanaan tenaga elektrik
daripada sumber RE dan dan aktiviti EE. Insentif-insentif ini telah ditambah baik di
bawah Bajet 2009 dimana pengecualian boleh diberikan bagi:
i- duti import dan cukai jualan untuk peralatan sistem solar untuk kegunaan pihak
ketiga diberi kepada pengimport termasuk penyedia perkhidmatan photovoltaic yang
diluluskan oleh ST;
ii- pengecualian cukai jualan untuk pembelian peralatan sistem pemanas solar
daripada pengilang tempatan;
iii- Pengecualian duti import dan cukai jualan diberi ke atas peralatan EE seperti

motor cekap tenaga (high efficiency motors) dan bahan penebat (insulation material)
diberi kepada pengimport termasuk agen yang diluluskan oleh ST.
iv- Pengecualian cukai jualan diberi kepada pembelian EE consumer goods yang
diluluskan oleh ST seperti bahan penebat, peti sejuk domestik, Ballast untuk lampu
fluorescent, kipas domestic, lampu dan penyaman udara.
6. Boleh Y.Bhg Dato terangkan langkah-langkah yang diambil atau contoh-contoh
program yang dijalankan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat?
Kementerian telah mula menjalankan program-program kesedaran mengenai
Kecekapan Tenaga dan Tenaga Boleh Diperbaharu yang merupakan salah satu
daripada cabang Teknologi Hijau sejak tahun 2000 lagi melalui penubuhan Centre for
Education, Training and Research in Renewable Energy and Energy Efficiency
(CETREE) oleh Universiti Sains Malaysia. Program-program ini disasarkan kepada
golongan profesional, sekolah, institusi pengajian tinggi dan orang awam di Malaysia.
Antara program yang telah dilaksanakan oleh CETREE ialah Pameran program
Kempen Penjimatan Tenaga & Alam Sekitar dan Kempen Cekap Tenaga di USM,
Pertandingan Eureka, Kereta Solar dan Dapur Suria, Karnival Pendidikan Sains dan
Teknologi Kebangsaan dan sebagainya. Selain daripada itu, CETREE juga telah
membangunkan Modul Tenaga Boleh Diperbaharu dan Kecekapan Tenaga Merentasi
Kurikulum Sekolah Rendah di seluruh Malaysia bagi menimbulkan kesedaran murid
sekolah di peringkat awal dalam Tenaga Boleh Diperbaharu dan Kecekapan Tenaga.
Selain itu, Kementerian juga telah melaksanakan program Energy Month peringkat
Kebangsaan secara tahunan bagi meningkatkan kesedaran mengenai Tenaga Boleh
Diperbaharu dan mempromosikan amalan Kecekapan Tenaga di kalangan orang
awam dan sektor swasta. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa program
Energy Month adalah mengadakan ceramah-ceramah berkaitan Kecekapan Tenaga,
menerbitkan buku panduan Kecekapan Tenaga Di Rumah, menerbitkan siri artikel di
surat khabar dan menggunakan media massa untuk menggalakkan amalan
Kecekapan Tenaga.
Di masa akan datang, Kementerian akan melaksanakan kempen Teknologi Hijau
yang akan melibatkan stake-holders yang berkaitan termasuk orang awam dan
Kementerian/ Jabatan Kerajaan, badan bukan Kerajaan dan lain-lain agensi yang
berkaitan bagi mendidik dan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan semua
pihak mengenai kepentingan Teknologi Hijau dalam kehidupan kita. Ini bagi
memastikan program-program lain yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan dalam

mempromosi dan membangunkan Teknologi Hijau tempatan dapat dilaksanakan


dengan berkesan dan dihayati oleh semua lapisan masyarakat.
Sumber: Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

Leave a comment
Posted in Karangan Pengajian Am STPM Penggal 1& 2,KARANGAN TAJUK SAINS DAN
TEKNOLOGI

Dasar Angkasa Negara penentu hala tuju


Posted on April 6, 2014 | Leave a comment

Dasar Angkasa Negara penentu hala tuju

Selain pertambahan infrastruktur berkaitan angkasa yang dimiliki oleh Agensi


Angkasa Negara (Angkasa) seperti Observatori Negara Langkawi (ONL) tahun 2011,

pembangunan sektor angkasa negara mengorak langkah ke hadapan dengan Dasar


Angkasa Negara.
Dasar Angkasa menjadi pemangkin bagi pembangunan sektor angkasa negara masa
hadapan, termasuk pembangunan sektor industri angkasa, yang mana Angkasa akan
bertindak sebagai agensi penggerak utama.
Dasar itu penting sebagai memenuhi keperluan rangka kerja dan hala tuju dalam
membangunkan sektor angkasa yang strategik dan penting bagi negara. Dasar ini
merupakan kerangka dan garis panduan untuk memandu industri angkasa negara
dalam tempoh 10 tahun akan datang iaitu sehingga 2020.
Dengan adanya dasar baru itu, sektor angkasa akan diiktiraf sebagai sektor baru
yang strategik yang boleh menjana ekonomi baru bagi negara di samping
meningkatkan keupayaan negara di dalam teknologi tinggi bagi tujuan keselamatan.
Dasar ini meliputi bidang satelit komunikasi, satelit navigasi, remote sensing
(penderiaan jauh atau pencerapan bumi), undang-undang angkasa, sumber
manusia, pendidikan dan kesedaran awam, penyelidikan dan pembangunan (R&D),
industri angkasa dan teknologi angkasa.
Dengan adanya dasar angkasa itu, pembangunan sektor angkasa akan memberi
tumpuan kepada aktiviti-aktiviti hiliran seperti aplikasi bagi satelit telekomunikasi,
satelit navigasi dan satelit atau remote sensing, yang dijangka menjadi industri
penting bagi penjanaan ekonomi baru negara. Sebagai contoh, penggunaan Sistem
Penentu Kedudukan Global (GPS) begitu meluas kerana ada pihak yang bersedia
menjualnya secara komersial untuk pengguna.
Jawatankuasa Angkasa Negara (Jangka) itu dipengerusikan oleh Menteri Sains,
Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili. Ia turut dianggotai
oleh Kementerian Pertahanan, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian
Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri (MITI), Kementerian Perusahaan, Perladangan dan
Komuniti (KPPK), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) dan Kementerian
Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA).
Turut terlibat ialah Kementerian Luar, Kementerian Pelajaran (KPM), Kementerian
Kewangan, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Unit Perancang Ekonomi (EPU),
Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT), Jabatan
Penerbangan Awam dan wakil Industri Aeronautic Technology Sdn. Bhd. (ATSB), dan
MEASAT Satellite Systems Sdn. Bhd.
Jangka yang akan membincang dan mencadangkan program berkaitan angkasa bagi
negara akan melaporkan kepada hasil perbincangan kepada Majlis Aeroangkasa
Malaysia ( MAC) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.
Akta Angkasa untuk mengawal selia aktiviti dan operasi berkaitan sektor angkasa
seperti pelancaran dan pengoperasian satelit, pendaftaran objek yang dilancarkan ke

angkasa lepas, pengoperasian stesen Bumi dan aktiviti lain yang berkaitan juga
digubal. Setiap pelancaran dan pengoperasian satelit yang dimiliki oleh rakyat
ataupun syarikat Malaysia perlu diberi lesen dan Angkasa bertanggungjawab
pengeluaran lesen pada masa akan datang selepas akta tersebut diwartakan.Ketika
ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) merupakan badan
yang bertanggungjawab mengeluarkan lesen untuk kebenaran menggunakan julat
frekuensi gelombang sahaja.
Dalam pada itu, program kesedaran dan pendidikan juga terus dilaksanakan untuk
pelbagai peringkat lapisan kumpulan sasar termasuk sekolah rendah, sekolah
menengah dan pelajar universiti.

Leave a comment
Posted in Karangan Pengajian Am STPM Penggal 1& 2,KARANGAN TAJUK SAINS DAN
TEKNOLOGI

11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan


sektor awam
Posted on January 1, 2014 | Leave a comment

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 11 langkah bagi
mengurangkan perbelanjaan sektor awam, termasuk mengurangkan elaun keraian
menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus, berkuatkuasa 1 Jan 2014.
Tindakan itu selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan yang
lebih berhemah pada tahun 2014. Keputusan itu dibuat hasil rundingan dengan
timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali
Hamsa.

1. Kerajaan akan mengurangkan elaun keraian sebanyak lima hingga 10 peratus bagi
pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (Jusa C) ke atas.
2. Selain itu, kemudahan tol pegawai kanan kerajaan gred Jusa juga akan
dikurangkan sebanyak RM50 hingga RM100 atau sebanyak 30 peratus.
3. Kerajaan meminda kelayakan Tiket Penerbangan Domestik dan Antarabangsa bagi
penjawat awam iaitu kelayakan penerbangan sektor domestik bagi Gred Jusa C ke
bawah ialah Kelas Ekonomi.
4. Kerajaan mengurangkan lima peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian,
jabatan, agensi dan premis kerajaan.
5. Membekukan permohonan baharu bagi pengubahsuaian ruang pejabat kerajaan.
6. Mengoptimakan penggunaan ruang pejabat sedia ada bagi mengurangkan sewaan
premis pejabat.
7. Mengetatkan pelantikan juru perunding untuk projek-projek fizikal kerajaan
termasuk dalam menjalankan kajian kebolehlaksanaan.
8. Cadangan pelantikan hendaklah dikemukakan terlebih dahulu kepada
Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara yang dipengerusikan Ketua
Setiausaha Negara untuk kelulusan.
9. Kerajaan mengurangkan penggunaan syarikat pengurusan acara atau event
management serta pemberian saguhati (door gifts) atau cenderamata untuk
penganjuran persidangan atau majlis-majlis kerajaan yang melibatkan anggota
pentadbiran dan penjawat awam.
10. Kerajaan mengurangkan penyediaan makanan dan minuman serta
mengurangkan penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) bagi penganjuran
persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi
kerajaan.
11. Kerajaan mengaplikasi pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS)
dengan mengoptimakan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan
kemudahan-kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran
kursus, seminar dan bengkel.

Leave a comment
Posted in Ekonomi Malaysia dan antarabangsa, KARANGAN TAJUK SOSIAL
KEMASYARAKATAN, KENEGARAAN: ISU SEMASA

Ancaman Terhadap Keselamatan dan


Kedaulatan Negara
Posted on November 19, 2013 | 1 comment

Dipetik dan disesuaikan daripada Bernama 15-11-2013

Pulau Pom Pom di Sipadan, Sabah

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan laporan kejadian culik dan
bunuh membabitkan dua pelancong China, dipercayai suami isteri, di Pulau Pom
Pom, Semporna, Sabah awal pagi ini.
Polis sedang giat memburu kumpulan lelaki bersenjata yang terlibat dalam kejadian
kira-kira pukul 1 pagi itu. Kejadian melibatkan seorang pelancong lelaki warga China
yang ditembak mati, manakala seorang lagi pelancong wanita yang kita percayai
isteri mangsa telah dilarikan oleh kumpulan lelaki berkenaan. Kedua-dua mangsa
menginap di resort di pulau berkenaan bermula Selasa lepas dan dijangka mendaftar
keluar Rabu depan.
Dipetik dan disesuaikan daripada Bernama 19-11-2013

Pasukan keselamatan mengawal resort pelancongan

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar meminta pihak media tidak
mendedahkan identiti mangsa culik warga Taiwan di Pulau Pom Pom, Semporna,
Sabah pada Jumaat lepas demi keselamatan mangsa. Setiap laporan yang
mendedahkan identiti mangsa boleh mengancam nyawanya kerana mangsa diculik
pengganas dari Selatan Filipina yang terkenal dengan kekejamannya. Justeru, media
tempatan perlu mengutamakan keselamatan mangsa dalam membuat laporan
berita.
Dalam kejadian pukul 1 pagi itu, pelancong lelaki berusia 57 tahun terbabit ditemui
mati dengan kesan tembakan pada badan, sementara rakan wanitanya yang berusia
58 tahun hilang, dipercayai diculik oleh sekumpulan pengganas lelaki yang
menggunakan senjata berat dari Selatan Filipina.
Polis menjalin kerjasama erat dengan Polis Filipina dan Aseanapol untuk
membebaskan mangsa culik itu.
IPSOM dizahirkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
pada 20 Mei lepas dan ia adalah sebuah institusi yang berfungsi memberikan
cadangan kepada polis dan Kementerian Dalam Negeri melalui kajian-kajian
berkaitan keselamatan awam.
Katanya, IPSOM dipengerusikan Ahmad Zahid dan terdapat empat pusat utama
dalam institusi itu yang diketuai seorang pengarah iaitu Pusat Penyelidikan
Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Pusat Strategi Lautan Biru Kebangsaan,
Pusat Latihan dan Pembangunan Modal Insan dan Unit Pentadbiran dan Kewangan

1 Comment
Posted in Karangan Pengajian Am STPM Penggal 3, KARANGAN TAJUK SOSIAL
KEMASYARAKATAN

INTEGRITI

Posted on September 12, 2013 | Leave a comment

Faktor-faktor yang menjejaskan integriti boleh dibahagikan kepada lima


kategori iaitu, kepimpinan, sistem dan prosedur, struktur dan institusi,
budaya dan individu.
1. Kepimpinan
Kepimpinan sangat penting dalam mencorakkan budaya organisasi dan
masyarakat serta tahap integriti.
Kepimpinan pelbagai peringkat perlu mempunyai azam dan iltizam yang teguh
untuk memberikan pedoman, dan petunjuk serta melakukan perubahan untuk
kebaikan.
Iltizam yang lemah akan menyebabkan merosotnya integriti.
Begitu juga pemimpin yang tidak memberikan teladan yang baik, lebih-lebih lagi
mereka yang cakap tidak serupa bikin.
Pemimpin juga mesti mematuhi undang-undang, prosedur dan peraturan yang
ditetapkan.
Sebarang tindakan pemimpin mengeluarkan arahan yang bercanggah dengan
undang-undang, prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan akan menjejaskan
integriti.
2. Sistem dan Prosedur
Sistem dan prosedur merangkumi pelbagai dimensi.
Enam aspek sistem dan prosedur yang boleh menjejaskan integriti ialah:
Kurang ketelusan dalam urusan yang melibatkan kepentingan awam, misalnya
dalam urusan tender.
Kelemahan sistem, prosedur dan garis panduan bagi menjalankan tugas.
Kelemahan ini boleh menyebabkan ketidakcekapan, kecelaruan dan perselisihan
pendapat dalam kalangan petugas.
Penguatkuasaan yang tidak berkesan dan ada kalanya dilakukan secara berpilih.
Kurang pemantauan dan penilaian tentang keberkesanan sesuatu strategi atau
program.
Keupayaan sumber yang terhad sama ada sumber manusia ataupun material
sehingga menjejaskan keupayaan penguatkuasaan.
Kerangka undang-undang yang lapuk, kurang jelas dan adanya percanggahan
dalam sesetengah undang-undang.
3. Struktur dan institusi ialah komponen penting dalam menjamin
kelancaran pentadbiran Kerajaan, swasta dan masyarakat umum.
Struktur sesebuah organisasi perlu kemas, terfokus serta mempunyai matlamat
yang jelas dan munasabah.
Bahagian-bahagian di dalamnya haruslah sesuai dengan tugasnya.
Struktur organisasi juga perlu diubah dan diperkemas dari semasa ke semasa bagi

menangani tuntutan dan cabaran baru.


Struktur yang tidak kemas, kurang fokus dan lapuk akan membazirkan sumber dan
menyebabkan tidak berkesan untuk mencapai matlamatnya.
Institusi memainkan peranan yang amat penting dalam keseluruhan sistem
pentadbiran.
Skop, tugas dan tanggungjawab antara institusi perlu diperincikan dan dikoordinasi
dengan baik.
Pertindihan dalam skop, tugas dan tanggungjawab boleh mengakibatkan
persaingan tidak sihat ataupun konflik antara institusi, serta pengabaian
tanggungjawab.
Kurang koordinasi antara institusi pula boleh menyebabkan pembaziran sumber
dan tugas yang dilakukan tidak sempurna.
Institusi yang mempunyai matlamat atau kepentingan yang bertentangan antara
satu sama lain juga boleh menjejaskan integriti.
Misalnya, ada institusi yang memupuk nilai-nilai murni, sedangkan ada institusi lain
menyebarkan nilai-nilai sebaliknya.
Pertentangan kepentingan antara institusi yang berlaku secara berterusan serta
nilai-nilai yang berlawanan itu boleh menimbulkan kecelaruan dan krisis nilai.
Dengan demikian, integriti individu, masyarakat dan negara turut terjejas.
4. Budaya
Persekitaran amat penting dalam mempengaruhi individu dari segi pembentukan
nilai dan tingkah laku.
Salah satu komponen persekitaran ialah budaya.
Budaya dipengaruhi oleh sejarah dan perkembangan semasa.
Justeru, budaya berubah dan boleh diubah.
Budaya yang menjunjung tinggi integriti akan memberi persekitaran yang sesuai
kepada individu untuk tidak menyimpang dalam tingkah lakunya.
Budaya yang sebaliknya akan mempengaruhi mereka untuk bersikap tidak ambil
peduli, tidak bertanggungjawab dan melepaskan tanggungjawab kepada orang lain.
Salah satu kesan sikap di atas ialah keengganan membuat laporan atau
menegurapabila melihat sesuatu kesalahan berlaku.
Kebimbangan terhadap akibat tindakan menegur atau melapur adalah antara
punca keengganan tersebut.
Contohnya, individu yang mempunyai maklumat mengenai atau menyaksikan
sesuatu salah laku, bimbang akan keselamatan dirinya sekiranya membuat aduan.
Maka timbullah sikap dan amalan angguk dan ampu lebih-lebih lagi terhadap
pemimpin.
5. Individu

Akhir sekali, penentu kepada kejayaan pengukuhan integriti ialah diri sendiri.
Individu yang lemah didikan agama dan penghayatan nilai-nilai murni, lemah
disiplin diri dan etika kerja, serta tamak dan mementingkan diri akan melibatkan diri
dalam pelbagai bentuk salah laku.
Kemerosotan integriti juga boleh berlaku sekiranya individu itu hanya meihat
kelemahan orang lain, enggan memeriksa kelemahan diri sendiri, lantaran itu jauh
sekali untuk mengakui dan mengatasinya.
Tekanan hidup juga boleh menyebabkan individu terjerumus ke dalam kancah
rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan gejala tidak bermoral.
Hal ini berkemungkinan lebih besar berlaku sekiranya pegangan kepada nilai-nilai
murni itu sendiri adalah lemah.

Leave a comment
Posted in Dasar Dalam Negara, KARANGAN TAJUK SOSIAL KEMASYARAKATAN, STPM
Penggal 2(Bhg A) Malaysia Maju dan Sejahtera

Senjata Pemusnah Besar-Besaran


Posted on August 25, 2013 | Leave a comment

Malaysia Gesa PBB Siasat Penggunaan Senjata Kimia Di Syria


25 Ogos 2013
Media antarabangsa melaporkan satu serangan yang menggunakan senjata
kimia berlaku di daerah Ghouta berdekatan Damsyik pada Rabu lepas,
yang menyebabkan kematian beratus rakyat Syria serta mencederakan
ramai lagi penduduk.

Kanak-kanak yang terkorban akibat serangan gas saraf/senjata kimia

Keganasan akibat pergolakan politik

Ada kemajuan tamadun manusia?????

Malaysia menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat laporan


yang mendakwa wujud penggunaan senjata kimia, yang menyebabkan kematian dan
kecederaan di Syria.
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Malaysia juga menyeru pihak yang
terbabit agar memberi akses serta pelindungan keselamatan kepada pasukan pakar
kimia PBB untuk menjalankan tugas mereka.
Malaysia amat prihatin terhadap laporan itu dan mengutuk tindakan berkenaan,
sekiranya dibuktikan benar. Hal ini kerana kekejaman itu jelas melanggari undangundang antarabangsa dan mendesak agar mereka yang bertanggungjawab ke atas
tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan ini dibawa ke muka pengadilan.
Maklumat tambahan:
Penggunaan senjata pemusnah besar-besaran (Weapon of mass
destruction-WMD) seperti senjata kimia (gas saraf), biologi (virus anthrax),
radioaktif dan nuklear (CBRN) dalam peperangan serta serangan-serangan
keganasan sudah berkembang menjadi ancaman global yang terbaru

kepada dunia sejagat. Penggunaan senjata pemusnah besar-besaran ini


akan menyebabkan kemusnahan paling maksimum terhadap sasaran.
Leave a comment
Posted in Karangan Pengajian Am STPM Penggal 1& 2,Karangan Pengajian Am STPM
Penggal 3

Kebebasan Dan Hak Asasi Manusia mesti


ada batasnya
Posted on August 22, 2013 | Leave a comment

Pada masa kini terdapat sesetengah kumpulan di Malaysia bangkit mempersoalkan


kebebasan dan hak asasi manusia tanpa menyedari kesan kepada pembangunan
negara dan rakyat keseluruhannya.
Persepsi mereka mengenai kebebasan dan hak asasi manusia telah berubah. Kalau
dahulu kebebasan dimaksudkan bebas daripada cengkaman penjajah tetapi kini ia
lebih kepada kebebasan mutlak dalam konteks asas hak asasi manusia. Jadi
kebebasan dalam bersuara dan ekspresi, beragama, berkumpul dan seumpamanya
kini dianggap sebagai sebahagian daripada hak asasi manusia. Inilah antara yang
menjadi cabaran negara dalam proses pembangunan negara di samping mengisi
dan mengekalkan semangat kemerdekaan yang telah dicapai sejak 56 tahun yang
lepas.

Anarki di banyak negara yang tiada batasan undang-undang dan hak asasi

Kebangkitan Arab Spring yang meghancurkan negara sendiri

PENGARUH BARAT
Dakyah dan ideologi yang dimainkan barat itu, kini menjadi topik di mana-mana
negara dan kini menjadikan isu kebebasan sebagai isu sejagat. Masyarakat dunia
termasuk di Malaysia semakin menerima norma-norma kehidupan di barat yang
lebih mengutamakan hak individu dan kumpulan kecil tertentu berbanding
kepentingan umum.
Kerana itu di barat, mereka tidak peduli jika segelintir individu atau kumpulan kecil
memilih gaya hidup yang bercanggah dengan norma kehidupan masyarakatnya
kerana mereka bebas untuk melakukan apa sahaja atas nama demokrasi. Contohnya
isu hubungan seks luar nikah, perkahwinan sejenis dan seumpamanya.
Ini jugalah yang pernah diperjuangkan golongan aktivis sosial di Malaysia dalam
Program Seksualiti Merdeka dua tahun lepas yang secara terbuka menuntut hak
golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT).
Pemikiran liberalisme dan pluralisme juga semakin menular dalam masyarakat hari
ini terutama dalam isu kebebasan beragama. Bagi mereka agama menjadi satu
kongkongan dan untuk menuju kemajuan caranya ialah dengan membebaskan diri
daripada kongkongan agama dengan membawa prinsip semua ideologi dan fahaman
dianggap setara, sama benar dan sah.
Kebebasan bersuara yang diiktiraf sebagai hak asasi manusia di dalam Perkara 19
Pengistiharan Hak Asasi Sejagat dan diiktiraf dalam undang-undang Hak Asasi
Manusia Antarabangsa dalam Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak-hak Sivil dan
Politik (ICCPP) turut mengundang konflik kepada masyarakat.

Penggunaan media sosial sebagai medan kebebasan bersuara hingga melangkaui


sempadan terutama menyentuh nilai-nilai berkaitan budaya, agama, institusi raja
jelas memberi impak yang buruk kepada masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Hal ini kerana, walaupun ada golongan liberal dan terbuka untuk membicarakan soal
tersebut, namun majoriti masyarakat Malaysia masih lagi teguh dengan adat dan
budaya serta berpegang kepada agama.
Kebebasan di alam maya yang sukar dikawal ini jugalah menjadi ancaman pengisian
kemerdekaan dan tamadun yang dibina.
HAK ASASI PERLU SEKATAN
Kemerdekaan memberi ruang sesebuah negara membina tamadun dan
peradabannya. Untuk mengisi kemerdekaan, rakyat dan pemimpin harus memahami
nilai kemerdekaan itu sendiri. Namun apa yang berlaku hari ini, terdapat segelintir
pihak dalam masyarakat yang terlalu terikut-ikut dengan globalisasi terutama isu
berkaitan hak asasi yang boleh memberi kesan baik dan buruk.
Konsep hak asasi harus difahami dengan menggunakan neraca yang tepat sekiranya
kita mahu menjaga dan mengekalkan serta mengisi kemerdekaan yang ada. Ia harus
menggunakan piawaian dan standard pembangunan serta perkembangannya
mengikut acuan kita sendiri dan bukan mengikut peradaban lain. Walau apapun
perubahan falsafah, ideologi hak asasi itu, namun tidak boleh meninggalkan perkaraperkara yang boleh menjamin dan menjaga kelangsungan peradaban dan tamadun
yang dibina. Selama mana kita mahu menjaga kemerdekaan ini, selama itu jugalah
adanya sekatan-sekatan tertentu terhadap hak asasi. Had ini harus diletakkan dalam
budaya dan adat sopan kita seperti hormat menghormati antara satu sama lain serta
menghormati agama yang menjadi ciri-ciri terpenting.
KEMATANGAN DAN JATI DIRI
Jati diri harus dibina atas warna dan cat yang kita berikan kepada demokrasi dengan
mengambil keadaan diri kita sendiri. Jika mahu mengambil hak asasi dari negara
lain, ia harus dilihat bagaimana ia boleh disesuaikan dengan keadaan di negara ini.
British sendiri tidak pernah memaksa Malaysia menggunakan undang-undang
mereka. Ketika itu British meletakkan syarat, undang-undang itu hanya diterima
sekiranya ia bersesuaian dengan keadaan masyarakat di negara ini. Jelas di sini
walaupun British itu penjajah, namun mereka menghormati pandangan dan keadaan

masyarakat di Tanah Melayu ketika itu. Sekarang ramai yang berhujah perlu ikut arus
permodenan hak asasi dengan mengikut apa yang ada di barat. Kita tanya semula
adakah ia bersesuaian dengan keadaan budaya dan masyarakat di sini?
Di sinilah perlunya kekentalan jiwa masyarakat Malaysia untuk menghadapi dan
memerangi apa yang tidak sesuai kerana sedia maklum, perkembangan di luar tidak
dapat dihindari kerana ia adalah lumrah alam. Kematangan dan jati diri penting
kerana dapat menjaga maruah, harga diri negara dan bangsa supaya tidak mudah
dipengaruhi elemen-elemen luar. Dalam peperangan memerlukan senjata sebagai
benteng dan perisai. Ia boleh diumpamakan jati diri kita. Jika kita tidak mampu
menyediakan perisai itu, hanya undang-undang sahaja yang boleh membantu
memastikan keselamatan terus terjamin.
PENTINGNYA AGAMA
Hakikat yang terpaksa diterima, setelah 56 tahun merdeka, kita masih lagi dalam
persimpangan dan tercari-cari untuk membentuk jati diri. Kekuatan agama dan
bangsa sebenarnya telah menjadi asas jati diri yang dipegang sejak dulu. Bangsa
Malaysia akan lemah dan lumpuh jika tidak berpegang kepada kedua-dua ini. Jika
paksi ini tidak dituruti dan mahu mengambil nilai orang lain kerana tuntutan
globalisasi, pasti kita tidak akan berjaya mengisi kemerdekaan itu.
Pentingnya agama kerana tidak ada agama di dunia ini mengajar ke arah keburukan
dan perpecahan. Malah kejayaan Malaysia, sebagai sebuah negara yang kecil
menjadi maju dan makmur seperti hari ini adalah kerana pegangan agama yang
masih kukuh yang menjadi benteng keutuhan bangsa. Tempoh lebih 50 tahun
merdeka, bukanlah tempoh yang terlalu panjang. Jika kita bandingkan dengan
Amerika yang mencapai kemerdekaan lebih 200 tahun. Kita kini baru sampai suku
atau 1/4 dan jika dibandingkan kemajuan yang kita capai kini, mungkin kita lebih
cepat lagi daripada Amerika. Semuanya kerana kita mempunyai asas agama yang
mengajak kita untuk hormat menghormati. Malah jika semua rakyat tidak kira agama
menghayati agama masing-masing, walau 10 bangsa sekalipun hidup di dalam
negara ini, kita tidak akan bersengketa. Hal ini kerana emosi dan perasaan dikawal
oleh agama yang boleh meredakan persengketaan serta menifestasikan cinta dan
kasih kepada negara dengan menjaga kemerdekaan yang ada.
UNDANG-UNDANG SEBAGAI PERISAI

Rakyat sesebuah negara yang masih belum matang dari segi jati diri, emosi dan
pemikirannya hanya akan menggunakan sentimen apabila membangkitkan soal
demokrasi, kebebasan bersuara atau hak asasi. Ini menyebabkan kadangkala
kebebasan dan hak asasi disalahgunakan secara emosi hingga menimbulkan
kegelisahan dan ketegangan rakyat yang boleh membawa kehancuran kepada
sesebuah negara. Apabila perisai dalam kalangan rakyat masih belum kukuh, hanya
sistem perundangan yang mantap sahaja dapat menjaga rakyat dan menjadi
mekanisme untuk mengekalkan dan mengisi kemerdekaan.
Mengambil contoh Akta Hasutan yang diperkenalkan bagi mengekang kegiatan
komunis yang mengancam keselamatan negara pada tahun 1948. Sumbangan Akta
Hasutan sangat jelas bagi menjaga keharmonian kaum, agama, insitusi raja-raja
yang membolehkan kita hidup dalam keadaan aman damai seperti hari ini, katanya
yang berharap penelitian rapi dilakukan kerajaan sebelum menggantikannya. Setiap
individu itu harus menjaga diri mereka melalui agama, nilai-nilai budaya yang ada.
Namun jika rakyat tidak mampu menjaganya, maka undang-undang dan
penguatkuasaan sahaja yang boleh mengekang kebebasan melampau. Janganlah
bangsa Malaysia menunggu sehingga berlaku detik sukar untuk menguatkuasakan
undang-undang yang lebih ketat kerana cabaran berterusan terus berlaku terutama
penghinaan rakyat, liberalisasi, tuntutan kesamarataan yang boleh mencabar
hubungan kaum dan agama di negara ini.
Tegasnya, Malaysia masih belum mampu untuk membuang semua undang-undang
yang boleh menjaga keharmonian kaum yang dikatakan menyekat hak asasi
manusia. Sentimen bangsa yang ada di Malaysia berbeza dengan apa yang ada di
barat. Bangsa barat sudah berkurangan nilai dari segi moral, namun kita di sini lagi
kekal dan kukuh. Lantaran itu, undang-undang yang ketat perlu bagi menjadi
semangat dan roh yang boleh menjaga keamanan kita di dunia dan akhirat.
Dipetik dan disesuaikan daripada BERNAMA

You might also like