You are on page 1of 5

Info Jabatan Penerangan

SEJARAH PENUBUHAN JABATAN PENERANGAN MALAYSIA


Sejarah penubuhan Jabatan Penerangan dikatakan bermula dari tarikh penubuhan Jabatan Publisiti dan
Percetakan (Department of Publicity and Printing) pada bulan September 1945. Walau bagaimanapun
sebelum itu terdapat agensi kerajaan yang menjalankan tugas-tugas perhubungan awam iaitu Malay
States Information Agency yang ditubuhkan pada tahun 1926. Jabatan ini disusun semula untuk
disesuaikan dengan pentadbiran sivil mulai 1 April 1946 dan diberi nama baru iaitu Jabatan Perhubungan
Raya (Department of Public Relations). Pada tahun 1950 nama itu ditukar kepada Jabatan Penerangan
dengan tugas-tugas yang tersusun dan diperluaskan lagi. Jabatan ini diletakkan di bawah Kementerian
Penerangan yang ditubuhkan pada tahun 1961.
Laporan Jabatan terawal yang terdapat di Arkib Negara ialah laporan bulanan bagi bulan September 1945
yang mencatatkan bahawa jabatan telah ditubuhkan semenjak 24 September 1945. Minit mesyuarat
D.C.C.A.O. Conference bertarikh 22 September 1945 mencatatkan bahawa Jabatan Publisiti dan
Percetakan telah diwakili oleh Colonel Dumeresque (Director, Department of Publicity and Printing, British
Military Administration, Singapore) dan Major Walker (mewakili Department of Publicity and Printing, Kuala
Lumpur). Jabatan ini ditubuhkan dengan tujuan mengembalikan imej Kerajaan British yang telah terjejas
akibat pendudukan Jepun. Pentadbiran Tentera British berlangsung dari 5 September 1945 dan tamat
pada 31 Mac 1946. British Military Administration menghadapi keadaan kucar-kacir selepas pendudukan
Jepun di Tanah Melayu. Sebahagian rakyat telah hilang kepercayaan terhadap mereka. Pada masa itu
beberapa pertubuhan kebangsaan telah tumbuh dengan matlamat membebaskan Tanah Melayu dari
sebarang penjajahan kuasa asing.

PERANAN JABATAN PENERANGAN MALAYSIA 1940-AN HINGGA


1990-AN
Sejak penubuhannya, Jabatan ini dipertanggungjawabkan untuk memberi penerangan bagi menenang dan
mengawal keadaan. Penerangan disampaikan melalui komunikasi bersemuka, bahan-bahan yang dicetak
dan penyiaran melalui radio. Pada masa itu, Jabatan Publisiti dan Percetakan turut bertanggungjawab ke
atas percetakan dan penyiaran radio. Selain itu, Jabatan ini juga bertanggungjawab untuk mencetak dan
mengawal percetakan semua jenis borang dan bahan-bahan lain yang diperlukan oleh semua jabatan
kerajaan. Pada 1 April 1946 Jabatan Publisiti dan Percetakan telah dibubarkan dan diberikan nama baru
iaitu Jabatan Perhubungan Raya (Department of Public Relations) yang mengambil alih semua fungsi
Jabatan Publisiti dan Percetakan. Sejak tarikh tersebut Jabatan ini tidak lagi bertanggungjawab ke atas
percetakan dan penyiaran. Pada tahun 1950 barulah nama Jabatan Penerangan diguna pakai selaras
dengan fungsi dan tanggungjawabnya.

AWAL PENUBUHAN
Pada awal penubuhannya Jabatan menjalankan tugas utama sebagai penghubung di antara
pemerintah British dengan rakyat tempatan. Peranan ini menjadi lebih penting kerana rakyat
tempatan masih ramai yang buta huruf dan anggota pentadbiran British pula keseluruhannya kurang
mahir dengan bahasa dan adat resam tempatan. Anggota-anggota Jabatan telah menjadi
penterjemah dan penghubung di antara mereka.
Peranan Jabatan semakin penting untuk memperjelas dan menyebarkan peraturan-peraturan dan
undang-undang yang dikeluarkan oleh pemerintah hingga seluruh ceruk rantau tanah air. Jabatan
juga diperlukan oleh kerajaan British untuk memberi penerangan dan maklum balas tentang reaksi
dan pandangan rakyat serta menerangkan kepada para pentadbir mengenai situasi ekonomi dan

sosial di sesuatu tempat. Boleh dikatakan peranan Jabatan adalah untuk memupuk persefahaman
rakyat dan mengawal kestabilan negara.

UNIT BERGERAK DAN WAYANG GAMBAR


Jabatan menjadi terkenal dengan unit-unit bergeraknya yang boleh didapati di seluruh negara. Fungsi
Unit Bergerak telah digariskan di dalam surat rasmi arahan Jabatan bertarikh 20 Mei 1946
(Department Instruction No. 2). Tugas-tugas Unit Bergerak adalah seperti berikut ;

Memberi penerangan dan nasihat yang sebenar kepada orang ramai.


Membina perhubungan baik di antara orang ramai dan kerajaan serta berkerjasama dengan
pegawai-pegawai tempatan.

Menjalin hubungan baik di antara orang ramai dan Unit-unit Bergerak Jabatan.

Mendapatkan maklum balas dari orang ramai kepada kerajaan.

Menyediakan laporan tentang hubungan mereka dengan orang ramai.


Wayang gambar adalah aktiviti Jabatan yang amat popular pada masa dahulu. Di setiap negeri
terdapat Unit-unit Bergerak yang dilengkapi dengan projector 16 mm. State Public Relations Officer
dan anggota jabatan amat popular di negeri masing-masing kerana merekalah yang sering
menjelajah ke seluruh negeri bersama Unit-unit Bergerak untuk memberi ceramah dan mengadakan
pertunjukan wayang gambar. Unit-unit ini menjelajah ke segenap tempat untuk mengadakan
pertunjukan wayang gambar yang biasanya diadakan di tempat-tempat orang ramai berkumpul
terutama di padang-padang sekolah.

PUSAT PENERANGAN
Pusat-pusat Penerangan telah ditubuhkan di bandar-bandar utama di seluruh negara mulai tahun 1945
untuk menjalankan kegiatan seperti mana yang dijalankan di Biro-biro Penerangan pada hari ini. Antara
Pusat Penerangan terawal didirikan ialah Pusat Penerangan di Java Street Kuala Lumpur yang dibuka
pada 20 Oktober 1945. Pusat Penerangan menjadi tempat orang ramai membaca buku, mendengar radio
dan melihat gambar-gambar yang dipamerkan mengenai peristiwa-peristiwa yang berlaku di dalam dan di
luar Negara. Pusat-pusat ini merupakan saluran penting bagi penyebaran maklumat di bandar-bandar.

PERHUBUNGAN AKHBAR
Perhubungan Akhbar adalah sebahagian yang penting sejak 1945 lagi. Tugas perhubungan akhbar
dijalankan di peringkat ibu pejabat oleh Press Relations Officers dengan dibantu oleh pemberita-pemberita.
Mereka bertanggungjawab membuat liputan dan mengeluarkan kenyataan akhbar khasnya acara-acara
rasmi
bersangkut-paut
dengan
pentadbiran
kerajaan.
Topik-topik
penting
termasuklah
rancanganrancangan dan kempen yang dijalankan oleh jabatan-jabatan kerajaan terutama pengeluaran
makanan dan kempen-kempen kesihatan, nasihat-nasihat tentang pendidikan kesihatan, menyimpan wang
dan sebagainya. Bahagian ini juga mengendalikan sidang akhbar dan mempastikan pihak media membuat
laporan informasi yang tepat.
Sehingga tahun 1947 Jabatan ini terbahagi kepada lima bahagian iaitu;
1.

Cawangan Kenyataan Akhbar

2.

Cawangan Intisari Akhbar

3.
4.

Perpustakaan Keratan Akhbar


Penulisan rencana untuk majalah-majalah luar negara terutama keluaran England bagi tujuan
memperkenalkan Malaya

5.

Cawangan Penterjemahan

PENERBITAN
Jabatan telah mencetak pelbagai bahan kempen seperti poster dan risalah sejak awal
penubuhannya. Pada tahun 1946 Jabatan telah menerbitkan (atau menaja penerbitan) 14 tajuk buku
disamping akhbar Jabatan Malayan Observer. Malayan Observer mengandungi berita-berita tentang
kegiatan-kegiatan kerajaan dan peristiwa semasa di Malaya. Akhbar ini dikeluarkan juga di dalam
edisi Tamil untuk disebarkan di estet-estet. Jabatan turut menerbitkan buku-buku yang boleh
digunakan sebagai teks atau bahan rujukan. Pada tahun 1946, Jabatan telah menterjemah dan
menerbitkan The History of the Second World War yang digunakan sebagai bahan rujukan di sekolahsekolah. Disamping itu jabatan menerbitkan risalah-risalah terutama mengenai kesihatan dan
kebersihan, pengeluaran bahan-bahan makanan dan aspek-aspek perlembagaan dan kenegaraan.
Poster-poster juga merupakan saluran penyebaran maklumat yang penting. Jabatan mengeluarkan
poster-poster untuk kebersihan dan kesihatan, menyimpan wang, kebajikan dan pemakanan.

PAMERAN
Aktiviti pameran dikendalikan oleh sebuah bahagian yang dikenali sebagai Artist and Caption Writers
Division. Bahagian ini menyediakan gambar-gambar dan caption untuk dipamerkan di semua Pusatpusat Penerangan dan di paparan yang disediakan. Pameran menjadi saluran penerangan yang
sangat berguna untuk menerangkan kepada orang ramai terutama mereka yang kurang mahir
membaca mengenai maklumat yang perlu diketahui. Jabatan turut mengambil bahagian serta
menyediakan kepakaran dalam pameran-pameran yang dianjurkan oleh agensi lain. Pada akhir tahun
1946 misalnya, Jabatan telah mengambil bahagian dalam pameran Royal Australian Exhibition di
Sydney dan pameran British Industries Fair.

PEMENTASAN
Pada bulan Oktober 1946 Jabatan telah menubuhkan pasukan teater yang terdiri daripada artis-artis
amatur. Mereka telah mengadakan persembahan di Pahang, Terengganu dan Kelantan. Mereka
mementaskan lakonan, nyanyian dan tarian yang bertemakan kebaikan menyimpan wang dan
kepentingan pendidikan pelajaran. Pada tahun 1947 Tamil Drama Party telah ditubuhkan dan telah
membuat persembahan di estet-estet terutama di Kedah dan Perak. Media hiburan secara
pementasan ini telah berjaya menarik minat di kalangan masyarakat.

VISI

Menjadi peneraju utama dan teras dalam menjayakan gagasan 1Malaysia dan pembinaan negara
bangsa berteraskan Rukun Negara.

MISI
Menterjemah dan memasarkan dasar dan agenda negara supaya difahami, disokong, dihayati dan
dibudayakan oleh seluruh rakyat melalui program penerangan.

FUNGSI ORGANISASI

Memberi penerangan dan penjelasan berkaitan dasar-dasar, falsafah dan wawasan negara;

Mengurus isu dan maklum balas awam sebagai input kepada perancangan Jabatan,
Kementerian dan Kerajaan

Membina, mengukuh dan memperluaskan jaringan komunikasi yang menyeluruh dan


berkesan dalam menguruskan maklumat strategik;

Membantu KPKK dalam menyediakan perkhidmatan perundingan perhubungan awam


kepada agensi kerajaan di peringkat pusat, negeri dan daerah;

Menyediakan khidmat kepakaran dan penerbitan bahan-bahan maklumat serta komunikasi


visual; dan

Memberi khidmat teras yang berkualiti dalam aspek perancangan dasar, pengurusan
kewangan, sumber manusia, pentadbiran dan teknologi maklumat

Tips Ambil dari blog


Tip-tip Temuduga Pegawai Penerangan.
Sejujurnya saya bukan orang yang layak memberikan tip-tip seperti yang diminta oleh rakan dalam
blog ni. Tetapi selepas seminggu dua saya fikir apa salahnya berkongsi sedikit pengalaman yang saya
ada. Ditambah juga dengan ilmu yang dicedok dari cerita rakan-rakan yang sama-sama berjaya
dalam temuduga yang sama tahun lepas. Maklumlah kami baru habis berkursus; Kursus Asas
Pegawai Penerangan S41.
Jika tidak silap saya Temuduga yang bermula esok ialah untuk Pegawai Penerangan S41 (Pendidikan
Kesihatan). Pertama-tamanya tahniah, berjaya ke peringkat temuduga.
Saya ditemuduga oleh En Mohd Sukari Ab Hamid dan seorang lagi pegawai dari SPA berpangkat
Datuk, maaf saya terlupa nama beliau. Temuduga dijalankan sepenuhnya di dalam Bahasa Malaysia.
Tetapi mereka yang dibilik sebelah di temuduga dalam dwi bahasa BM dan BI. Jadi medium yang
digunakan bergantung kepada penemuduga. Sila jawab dalam bahasa yang digunakan oleh

penemuduga.
Antara soalan yang ditanyakan kepada saya ialah;

1. Perkenalkan diri anda


2. Ceritakan pengalaman kerja anda?
3. Apa yang anda faham tentang integriti?
4. Apakah sumbangan anda terhadap syarikat tempat anda berkerja sekarang?
5. Kenapa anda berhenti kerja dari NCIA?
6. Kenapa mahu berkhidmat dengan kerajaan?
Pegawai dari jabatan lebih berminat untuk mengetahui tentang diri anda, tetapi pegawai SPA akan
cuba provok anda, sila jawab secara sederhana dan berhemah. Tentang komen diprovok oleh
penemuduga SPA hampir semua dari batch saya setuju memang SPA provok kaw-kaw punya.
Satu lagi soalan kegemaran dari wakil penemuduga jabatan

1. Anda berminat jadi Pegawai Penerangan atau PTD (hahaha... sah-sah jawab pegawai
penerangan)
2. Anda boleh atau tidak dihantar berkhidmat di mana-mana seluruh Malaysia?
Tapi dua soalan ini tidak ditanya pada saya.
Antara tip-tip lain di ambil dari internet yang saya guna pakai;

1. Jangan pakai minyak wangi ( mana tau dia alergik bauan)


2. Bawa satu beg yang kecil dan ringkas sahaja ke dalam bilik temuduga
3. Beri salam dan hanya duduk bila dibenarkan

4. Pakai baju yang bersesuaian (lihat etika berpakaian dalam portal SPA)

You might also like