Professional Documents
Culture Documents
Amaran Dekan Undergrad
Amaran Dekan Undergrad
Mendaftar dan menduduki semula peperiksaan bagi kursus-kursus yang mendapat gred di
bawah gred C pada semester berikutnya tertakluk kepada peraturan untuk menduduki
semula peperiksaan; dan/atau,
Mendaftar semula kursus pada semester berikutnya sekiranya gred masih berada di
bawah gred C selepas mengulang semula peperiksaan.
Mendaftar kurang dari jumlah maksimum kursus yang dibenarkan di semester berikutnya
untuk mengurangkan beban pembelajaran ; dan/atau
Memaksimakan kegunaan Perpustakaan Digital OUM dan perpustakaan awam untuk
bacaan dan rujukan agar cemerlang dalam tugasan dan peperiksaan ; dan/atau
Menyertai kumpulan belajar (study group); dan/atau
Mendapatkan khidmat kauseling akademik dan pembelajaran berkaitan melalui cara
berikut :
Pengarah, Pusat Pembelajaran (untuk khidmat kaunseling secara bersemuka)
Unit Kaunseling OUM, Jalan Tun Ismail Kuala Lumpur pada waktu pejabat (untuk
khidmat kaunseling secara bersemuka)
Menghubungi Unit Kaunseling melalui emel: kaunselor@oum.edu.my
Perkhidmatan E-kaunseling di MyVLE
Menghubungi pihak pentadbiran Fakulti melalui E-CRM di dalam MyVLE yang akan
memanjangkan kes saudara/saudari kepada Dekan atau pegawai yang
bertanggungjawab di Fakulti Akademik.
Sekira PNGK pada semester terakhir adalah kurang dari 2.00, saudara/saudari adalah tidak
layak untuk bergraduat daripada program pengajian.
Maklumat lanjut tentang peraturan berkenaan prestasi akademik dan kelayakan bergraduat boleh
diperolehi daripada Buku Panduan Pelajar
Kami mengucapkan selamat maju jaya dalam pengajian.
DEKAN FAKULTI,
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA
4-Jun-15