You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT MAJLIS IHTIFAL

PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH SK PANGKALAN TLDM II 2014

TARIKH

: 20 JANUARI 2014

HARI

: ISNIN

TEMPAT

: BILIK MESYUARAT SK PANGKALAN TLDM II

KEHADIRAN

: SEMUA

MESYUARAT

1. Ucapan Pengerusi.
1.1 Tuan pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru
pendidikan Islam dan j-QAF SK Pangkalan TLDM II dalam mesyuarat
hari ini.
1.2 Beliau berharap agar semua guru GPI dan guru j-QAF dapat memberi
kerjasama yang sepenuhnya dalam menjayakan program ini.

2. Perbincang Kertas Kerja IHTIFAL 2014


2.1 Pertandingan Tilawah Al-Quran
2.1.1 Semua ahli mesyuarat bersetuju acara ini terbuka pada lelaki dan
perempuan. Ayat yang ditentukan adalah dari surah al-Baqarah
sahaja

Tindakan : Makluman Semua Guru

2.2 Pertandingan Hafazan


2.2.1 Semua ahli mesyuarat bersetuju acara ini terbuka sama seperti
acara tilawah al-Quran

Tindakan : Makluman Semua Guru

2.2.2 Semua ahli mesyuarat bersetuju surah hafazan yang dicadangkan


bermula dari surah al- Fatihah hingga surah al-Dhuha.
Tindakan : Makluman Semua Guru

2.3 Pertandingan Bacaan Dan Tulisan Jawi


2.3.1 Acara pertandingan bacaan jawi adalah terbuka pada tahap satu
sahaja lelaki dan perempuan manakala penulisan jawi dibuka
pada tahap dua bagi lelaki dan perempuan. Semua ahli mesyuarat
bersetuju dengan cadangan ini.
Tindakan : Makluman Semua Guru

2.4 Pertandingan Kuiz


2.4.1 Semua ahli mesyuarat bersetuju satu sekolah satu pasukan
seramai 3 orang peserta. Manakala soalan kuiz meliputi sukatan
pelajaran dari tahun satu hingga enam mengikut komponen yang
telah ditetapkan
Tindakan : Makluman Semua Guru

2.4.2 Soalan kuiz disediakan dalam bentuk objektif dan subjektif dan
pusingan saringan bagi menentukan juara.

Tindakan : Makluman Semua Guru

2.5 Pertandingan Azan Dan Iqamah


2.5.1 Acara pertandingan azan dan iqamah terbuka kepada lelaki
sahaja .Semua ahli mesyuarat bersetuju.

Tindakan : Makluman Semua Guru

2.6 Pertandingan Amali Solat


2.6.1 Acara pertandingan amali solat adalah terbuka kepada lelaki dan
perempuan. Semua ahli mesyuarat bersetuju dengan cadangan
ini.

Tindakan : Makluman Semua Guru

2.7 Pertandingan Nasyid


2.7.1 Ustazah Faizah menyatakan tentang pertandingan nasyid
merupakan acara baru bagi program ihtifal pada tahun ini dan
dipersetujui oleh semua ahli mesyuarat.

Tindakan : Makluman Semua Guru

2.7.2 Semua ahli mesyuarat bersetuju satu kelas satu pasukan seramai 6
hingga 9 orang peserta dan terbuka kepada lelaki dan perempuan.

2.7.3 Semua ahli mesyuarat bersetuju satu lagu bagi setiap kelas dan
lagu tersebut mestilah menggunakan bahasa melayu dan bahasa
arab serta masa yang diperuntukan adalah 6 hingga 8 minit untuk
setiap kumpulan.

Tindakan : Makluman Semua Guru

3. Perbincangan Tugas Bagi Ahli Jawatan Kuasa


3.1 Ustazah Faizah menjelaskan tentang setiap tugas yang perlu dilakukan
oleh ahli jawatankuasa yang telah dilantik bagi menjayakan program
IHTIFAL pada tahun ini.

Tindakan : AJK IHTIFAL

3.2 Bilangan bilik untuk pertandingan telah dipersetujui oleh ahli mesyuarat
sebanyak 11 bilik untuk semua acara yang dipertandingkan dan
termasuk dewan untuk acara Nasyid dan azan dan Iqamah.
Tindakan : Makluman Semua Guru

3.3 Semua ahli mesyuarat bersetuju pengundian peserta dilakukan oleh


pihak penganjur.
3.4 Jamuan adalah seperti yang telah ditetapkan iaitu sarapan pagi dan
tengahari semuanya diuruskan oleh pihak sekolah.
3.5 Hadiah dan cenderahati disediakan oleh Pihak penganjur.

Tindakan : Makluman Semua Guru

4 Lain-Lain Hal
4.1 Borang pendaftaran peserta IHTIFAL akan diedarkan dan berharap
semua GPI dapat menghantar pada pengelola dengan selengkapnya.
4.2 Pemakaian pada hari pertandingan telah ditetapkan iaitu bagi lelaki
berpakaian kebangsaan (baju melayu) bagi lelaki dan baju kurung bagi
perempuan.

Mesyuarat IHTIFAL ini ditangguhkan pada jam 5.00 petang.

Disediakan oleh,

---------------------------(PN. SURIANA BT MAT AIL)


Setiausaha,
Majlis IHTIFAL
SK PANGKALAN TLDM II
LUMUT, PERAK

Disahkan oleh,

-----------------------------------(EN. YAHYA BIN ABU HASHIM)


Guru Besar,
SK PANGKALAN TLDM II
LUMUT, PERAK

You might also like