You are on page 1of 5

Soalan:

Bincangkan
faktor-faktor
Persekutuan 1896 dan kesan-kesannya.

pembentukan

Jawapan cadangan:
Idea tentang pembentukan Persekutuan 1896 telah
dicadangkan oleh Frank Swettenham. Persekutuan bermaksud
satu sistem pemerintahan yang menggabungkan beberapa
buah negeri bebas menjadi satu unit politik yang baru di bawah
pentadbiran kerajaan pusat. Menurut Perjanjian Persekutuan
yang ditandatangani pada 1 Julai 1895, Perak, Selangor,
Pahang dan Negeri Sembilan disatukan menjadi Negeri-Negeri
Melayu Bersekutu (NNMB). Tidak dinafikan Sistem Residen telah
membawa kemajuan politik, ekonomi, dan sosial di negerinegeri Melayu. Namun, kemajuan yang dicapai tidak
menyeluruh kerana corak pentadbiran yang berbeza. Dengan
penubuhan Persekutuan, diharapkan masalah ini dapat diatasi.
Hakikatnya, penubuhan Persekutuan 1895 merupakan helah
British untuk mengurangkan kuasa raja-raja Melayu dan
mengukuhkan kedudukannya ke atas negeri-negeri Melayu.
Terdapat beberapa faktor utama yang mendorong British untuk
menubuhkan Persekutuan 1896 dan penubuhan ini turut
mengakibatkan beberapa kesan.
Antara faktor-faktor pembentukan Persekutuan 1896
ialah masalah kewangan Pahang. British telah campur
tangan di Pahang kerana menyangka negeri itu mempunyai
banyak hasil bumi seperti emas dan bijih timah. Setelah
menduduki Pahang, barulah British sedar beberapa kelemahan
Pahang iaitu kedudukan Pahang yang sukar dihubungi dari laut
selama enam bulan, iaitu semasa musim tengkujuh (November
hingga Mac). Selain itu, Pahang juga sukar dihubungi oleh jalan
darat kerana terhalang oleh Banjaran Titiwangsa.Selain itu,
Pahang tidak mempunyai hasil bijih timah yang banyak. British
mendapati hasil emas sudah habis kerana telah sekian lama
dilombong oleh orang Melayu, Cina, dan Siam. Tambahan pula,
tidak banyak orang Cina yang menetap di Pahang. Jadi kerajaan
British kurang mendapat hasil cukai daripada candu, judi, dan
arak. Kerajaan British mengalami masalah kewangan yang
kritikal setelah menduduki Pahang kerana Pahang tidak

mempunyai sumber kewangan yang mencukupi, tambahan


pula British terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk
membangunkan Pahang. Seterusnya, kerajaan British terpaksa
meminjam wang daripada NNS bagi membiayai kos
pentadbiran Pahang. Pada tahun 1892, hutang Pahang
berjumlah $ 610 000. NNS sudah tidak mampu lagi untuk
memberi pinjaman kepada British untuk membiayai Pahang
kerana sedang mengalami zaman kemelesetan. NNS telah
mencadangkan agar Pahang meminjam wang daripada
Selangor dan Perak. Kewangan British di Pahang bertambah
teruk apabila terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk
mengatasi penentangan masyarakat tempatan yang diketuai
oleh Dato Bahaman. Walaupun menghadapi masalah
kewangan yang serius di Pahang, kerajaan British tidak mahu
menarik diri dari Pahang kerana tidak mahu imejnya terjejas.
British juga tidak mahu kuasa Barat seperti Jerman dan
Perancis
menduduki
Pahang.
Dengan
pembentukan
Persekutuan, diharap negeri-negeri Melayu yang kaya seperti
Selangor, Negeri Sembilan dan Perak boleh memberi bantuan
kewangan kepada Pahang. Dengan cara ini, masalah kewangan
Pahang dapat diatasi.
Selain itu, faktor-faktor pembentukan Persekutuan 1896
seperti kelemahan Sistem Residen. Kerajaan British
menyedari
bahawa Sistem Residan mempunyai beberapa
kelemahan. Ini dibuktikan oleh penentangan masyarakat
tempatan yang berlaku di Perak, Pahang, dan Negeri Sembilan.
Selain itu, kemajuan setiap negeri di bawah Sistem Residen
tidak seragam. Terdapat negeri yang berkembang pesat tetapi
terdapat juga negeri yang masih mundur dan mengalami
banyak masalah. Keadaan ini bergantung kepada kebolehan
dan kecekapan seseorang residen itu. Selain itu, kerajaan
British mahu mengurangkan kuasa Residen. Setelah Sistem
Residen dilaksanakan di Perak, Selangor, Pahang dan Negeri
Sembilan, residen merupakan individu yang berkuasa
menentukan politik dan ekonomi di negeri masing-masing.
Walaupun residen dikehendaki selalu merujuk kepada gabenor
mengenai pentadbiran negeri masing-masing, tetapi gabenor
tidak dapat mengawal tindakan residen. Pada tahun 1890-an,
keempat-empat negeri tersebut terpisah dengan sendirinya di
bawah residen. Walaupun ditubuhkan Majlis Mesyuarat Negeri,
tetapi Majlis Mesyuarat Negeri tidak berkuasa menyekat

kehendak dan kuasa residen. Penubuhan Persekutuan 1896


diharap dapat mengurangkan kuasa mutlak residen.
Faktor pembentukan Persekutuan 1896 lain pula adalah
menyelaras dan menyeragamkan pentadbiran. Sistem
Residen menunjukkan bahawa setiap residen mentadbir negeri
dengan cara berbeza. Hal ini disebabkan kerajaan British tidak
menyediakan garis panduan tentang bidang kuasa residen.
Maka, wujudlah ketidakseimbangan dalam pentadbiran.
Akibatnya, ada negeri-negeri yang kaya dan ada negeri yang
miskin. Kemajuan atau kemunduran sesebuah negeri
bergantung kepada inisiatif dan sikap residen. Kerajaan British
cuba mewujudkan keseragaman dalam perundangan, sistem
pungutan cukai, pertanian, perhubungan, perlombongan, dan
kesihatan di negeri-negeri Melayu. Dengan penubuhan
Persekutuan, diharapkan dapat mewujudkan satu sistem
pentadbiran yang selaras di bawah kawalan residen jeneral.
Penyeragaman bidang pentadbiran akan mempercepat
pembangunan ekonomi dan menjimatkan perbelanjaan. Sistem
perhubungan seperti jalan raya dan jalan kereta api tidak
berkembang
maju
di
negeri-negeri
Melayu.
Melalui
Persekutuan,
diharapkan
sistem
pengangkutan
dapat
dimajukan. British akan mendapat faedah apabila terdapat
sistem jalan raya dan jalan kerata api menghubungkan antara
negeri-negeri Melayu yang terlibat. Sistem pengangkutan yang
baik antara negeri dapat memudahkan dan mempercepat
proses penghantaran hasil bumi ke pelabuhan untuk dieksport.
Selain daripada itu, faktor-faktor pembentukan
Persekutuan 1896 juga memperlihatkan pertahanan dan
keselamatan. Kerajaan British mahu mewujudkan satu
pasukan keselamatan yang bertujuan untuk mempertahankan
negeri-negeri Melayu daripada ancaman di dalam dan di luar
negeri. Semasa berlaku penentangan masyarakat tempatan di
Pahang dan Perak, British terpaksa meminta bantuan tentera
daripada Singapura, Hong kong, dan India. Oleh itu, British
terpaksa mengeluarkan wang untuk mengupah tentera
tersebut. Kewujudan pasukan tentera Persekutuan British telah
memudahkan pentadbiran British kerana tentera ini dapat
mempertahankan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) dan
negeri-negeri lain sekiranya berlaku penentangan dan
peperangan.

Pembentukan Persekutuan turut memberikan beberapa


kesan. Antara kesan-kesan pembentukan Persekutuan 1896
ialah pemusatan kuasa residen jeneral. Dalam Sistem
Persekutuan, residen jeneral merupakan ketua kerajaan pusat
yang mempunyai kuasa penuh dalam bidang pentadbiran di
NNMB. Residen jeneral akan membuat semua keputusankeputusan penting terutamanya dalam soal kewangan. Sultansultan dan residen-residen diarahkan supaya meminta nasihat
residen jeneral dan mematuhi arahan-arahan yang dikeluarkan
terutamanya yang berkaitan soal pentadbiran. Residen jeneral
telah menubuhkan beberapa buah jabatan kerajaan untuk
menyelaraskan pentadbiran. Residen jeneral telah melantik
pengawai-pengawai British untuk berkhidmat dalam Jabatan
Persekutuan. Sistem Persekutuan ini tidak berjaya untuk
membahagikan kuasa di antara kerajaan Persekutuan dan
Majlis Mesyuarat Negeri kerana residen jeneral mempunyai
kuasa penuh.
Kesan-kesan lain seperti kemerosotan kuasa sultan,
residen, dan Majlis Mesyuarat Negeri. Pemusatan kuasa di
tangan residen jeneral menyebabkan kuasa raja-raja Melayu di
NNMB semakin berkurangan. Pada mulanya, sultan-sultan
bersetuju menandatangani Perjanjian Persekutuan 1896 kerana
mereka berharap kuasa mereka yang diambil oleh residen akan
dikembalikan. Namun, selepas beberapa tahun Persekutuan
dilaksanakan, barulah sultan-sultan sedar bahawa kuasa
mereka semakin kurang kerana berlaku pemusatan kuasa di
tangan residen jeneral pula. Sultan mesti menerima semua
nasihat residen dalam hal ehwal pentadbiran kecuali yang
berkaitan dengan adat resam dan agama Islam. Sultan tidak
mempunyai hak dalam pentadbiran. Sultan hanya berperanan
menandatangani rang undang-undang yang telah dipersetujui
oleh residen jeneral sahaja. Residen British juga kehilangan
kuasa kerana terpaksa menerima semua arahan daripada
residen jeneral, tugas-tugas residen telah diagihkan kepada
Jabatan Persekutuan yang ditubuhkan. Majlis Mesyuarat Negeri
juga tidak berfungsi sepenuhnya kerana hanya meluluskan
undang-undang yang telah ditetapkan oleh residen di Kuala
Lumpur.

Seterusnya, pemusatan dan penyelarasan pentadbiran


melalui Persekutuan 1896 telah menunjukkan kejayaan dalam
bidang pentadbiran dan pembangunan ekonomi. Kemajuan
ekonomi dapat dicapai dengan adanya sistem cukai yang
seragam dan sistem perhubungan yang baik. Keadaan ini telah
menarik lebih ramai pelabur-pelabur menanam modal dalam
perusahaan bijih timah dan getah.
Kesimpulannya, pembentukan persekutuan 1896
sememangnya untuk menyelesaikan masalah-masalah yang
timbul seperti masalah kewangan Pahang, masalah kelemahan
sistem residen, masalah dalam pentadbiran dan juga untuk
mengatasi
masalah
pertahanan
dan
keselamatan.
Pembentukan Persekutuan 1896 turut memberi beberapa kesan
seperti kuasa para residen British, sultan, dan pembesar
Melayu dikurangkan.

You might also like