You are on page 1of 3

Aplikasi Pembelajaran Kooperatif dalam Pengajaran-Pembelajaran

Pendekatan pembelajaran kooperatif boleh dikategorikan kepada dua kategori utama iaitu
kumpulan kooperatif formal dan kumpulan kooperatif infromal. Teknik kumpulan formal boleh
digunakan untuk mengajar isi kandungan tertentu atau kemahiran penyelesaian masalah manakala
teknik kumpulan informal boleh digunakan untuk memastikan proses kognitif yang aktif berlaku
semasa kaedah kuliah dijalankan. Kombinasi penggunaan pendekatan ini boleh menyediakan satu
struktur yang pelbagai kepada pelajar.
Kumpulan Kooperatif Formal:
Kumpulan kooperatif formal boleh digunakan dalam satu jangka masa kuliah atau boleh melewati
beberapa minggu untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan. Ia meliputi kumpulan kolaboratif
dan kooperatif. Dalam kumpulan kooperatif, pelajar bekerja bersama-sama untuk mencapai
objektif yang dikongsi bersama. Mereka mempunyai dua tanggungjawab utama iaitu: i) untuk
memaksimakan pembelajaran mereka sendiri dan ii) untuk memaksimakan pembelajaran
kesemua ahli kumpulan. Terdapat beberapa langkah umum dalam pendekatan ini. Prosedur
umum langkah-langkah pembelajaran berikut boleh digunakan dalam aplikasi pembelajaran
kooperatif.
i.
Agihkan kumpulan mengikut pelbagai kebolehan.
ii.
Pilih strategi pembelajaran kooperatif yang akan digunakan untuk menjalankan
tugasan.
iii.
Berikan tugasan yang perlu diselesaikan dengan pastikan objektif dan kaedah
penilaian dijelaskan.
iv.
Berikan bantuan jika diperlukan.
v.
Sediakan senarai semak penilaian untuk mengenal pasti kemajuan yang dicapai
oleh kumpulan.
vi.
Sediakan peluang berkongsi hasil kerja kumpulan antara kumpulan.
Antara contoh teknik kooperatif kumpulan formal ialah teknik STAD, JIGSAW dan teknik-teknik
pengajaran berasaskan kumpulan kecil. Berikut dijelaskan secara ringkas teknik- teknik tersebut:
1. Jigsaw: Dalam teknik ini, dua peringkat kumpulan dijalankan. Peringkat pertama pelajar
belajar dalam kumpulan pakar dan pada peringkat kedua pelajar mengajar ahli kumpulannya
bahan yang dipelajari dalam kumpulan pakar. Langkah-langkah dalam Jigsaw ialah:
Langkah 1: Bentuk kumpulan. Setiap ahli kumpulan diberi bahan yang berbeza (Contoh:
Jika ada empat ahli, beri bahan A,B,C dan D kepada ahli).
Langkah 2: Pelajar yang mendapat bahan yang sama dari kumpulan berbeza membentuk
kumpulan pakar untuk mempelajari bahan tersebut (Contoh: Pelajar A dari semua
kumpulan membentuk kumpulan A dan seterusnya. Kumpulan ini dipanggil kumpulan
pakar).
Langkah 3: Ahli kumpulan bailk ke kumpulan asal dan mengajar ahli kumpulan mereka
bahan yang dipelajari dalam kumpulan pakar.
Langkah 4: Semua ahli kumpulan menggabungkan kepakaran untuk melaksanakan tugasan
yang diberi atau mengambil ujian/penilaian.
2. STAD (Student Team Achievement Division) : Langkah-langkah dalam STAD meliputi:
Langkah 1: Guru menyampaikan pengajaran.
1

Langkah 2: Pelajar bekerja dalam kumpulan untuk mempelajari bahan yang diberikan
dalam kelas.
Langkah 3: Pelajar mengambil kuiz secara individu.
Langkah 4: Kumpulan menerima pengiktirafan berdasarkan skor individu dalam kuiz yang
mengambil kira skor yang diperolehi dalam skor kuiz yang lepas (contohnya peratusan
penambahan skor) untuk menangani masalah perbezaan kebolehan antara ahli kumpulan).

3. Penggunaan prinsip pembelajaran kooperatif dalam strategi berasaskan kumpulan.


Teknik/strategi pembelajaran berasaskan kumpulan seperti pembelajaran berasaskan
masalah, pembelajaran berasaskan projek dan pembelajaran inkuiri boleh menggunakan
prinsip pembelajaran kooperatif untuk meningkatkan keberkesanan kerja berpasukan yang
diperlukan dalam melaksanakan tugasan tersebut. Berikut ialah contoh aplikasi prinsip
pembelajaran kooperatif dalam pembelajaran berasaskan masalah:
Tugasan: Contoh- penyelesaian tugasan atau masalah yang diberikan.
Aktiviti individu: Mencari jawapan/strategi yang sesuai untuk menyelesaikan masalah.
Aktiviti kooperatif: Mencari persetujuan kumpulan. Memastikan setiap ahli boleh
menerangkan strategi yang digunakan untuk menyelesaikan masalah.
Kriteria untuk kejayaan: Setiap ahli mesti dapat menerangkan strategi yang digunakan
untuk menyelesaikan masalah.
Penilaian: Penyelesaian terbaik berasaskan sumber yang ada atau dalam limitasi yang ada.
Akauntabiliti individu: Ahli dari mana-mana kumpulan dipilih secara rawak untuk
menerangkan jawapan dan bagaimana masalah diselesaikan.
Tingkah laku yang diharapkan: Penglibatan aktif, penyemakan, elaborasi dan saling
menggalakkan antara ahli.
Kerjasama antara kumpulan: Jika diperlukan, semak prosedur, jawapan dan strategi
dengan kumpulan lain.
Kumpulan Kooperatif Informal
Kumpulan kooperatif informal adalah kumpulan sementara atau ad hoc yang dibentuk untuk satu
aktiviti perbincangan kumpulan kecil dalam kumpulan besar. Tujuannya ialah untuk menarik
fokus pelajar supaya mempelajari bahan yang dibincangkan dalam kelas. Ia boleh digunakan bilabila masa terutamanya dalam kaedah kuliah untuk mendapatkan penglibatan aktif pelajar secara
intelektual. Membahagikan kuliah dengan aktiviti pemprosesan maklumat secara kooperatif yang
pendek dapat meningkatkan apa yang dipelajari dan membina hubungan sosial antara pelajar.
Beberapa struktur kooperatif berikut sesuai digunakan sebagai aktiviti kumpulan kecil semasa
menggunakan pendekatan kumpulan besar (kuliah). Struktur tersebut merujuk kepada alat yang
boleh digunakan untuk menguruskan interaksi dalam bilik darjah.
1. Think-Pair-Share: Anda boleh memberhentikan syarahan dengan memberikan soalan,
item ujian atau isu untuk difikirkan secara ringkas oleh pelajar mula-mula secara individu
(fasa think), kemudian dibincangkan bersama dengan rakan di sebelah (Fasa pair),
Kemudian beberapa pasangan mengongsikan hasil perbincangan tadi dengan kelas. Teknik
ini melibatkan tiga langkah: i) masa berfikir secara individu- pelajar mencari jawapan kepada
soalan yang diberikan secara individu; ii) pelajar berbincang dan bertukar pendapat tentang
jawapan secara berpasangan dan iii) hasil perbincangan berpasangan dikongsi dengan
kumpulan lain/kelas.
2

2. Three-Step Interview: Setiap ahli kumpulan memilih ahli lain sebagai pasangan. Dalam
langkah pertama, pelajar pertama meminta pasangannya dengan bertanya soalan untuk
mendapatkan penjelasan. Pada pusiangan kedua, pasangan bertukar peranan dan pada langkah
akhir, ahli-ahli berkongsi hasil kerja berpasangan dengan kumpulan.
3. Round Robin Brainstorming: Kelas dibahagikan kepada kumpulan kecil (4-6 orang)
dengan seorang dilantik sebagai pencatat. Soalan yang memerlukan pelbagai jawapan
dikemukakan dan pelajar diberikan masa untuk memikirkan jawapannya. Selepas masa
berfikir diberikan, ahli-ahli bergilir-gilir memberikan respon jawapan. Pencatat mencatat
semua jawapan ahli.
4. Three-Minute Review: Anda boleh berhenti sekejap semasa memberi kuliah dan beri
masa tiga minit kepada kumpulan untuk meneliti semula apa yang telah dikuliahkan atau
dibincangkan, tanyakan soalan klarifikasi atau apa-apa soalan yang sesuai untuk mendapatkan
respon pelajar.
5. Two Minute Paper: Dalam teknik ini, beri pelajar masa dua minit untuk menulis tentang
sesuatu, kemudian minta mereka kongsikan dengan rakan di sebelah. Kemudian pilih
beberapa orang kongsikan apa yang ditulis kepada kelas. Pada akhir kelas, kertas yang ditulis,
dipungut dan boleh digunakan dalam kelas seterusnya.
6. Numbered Heads Together: Contohnya satu kumpulan yang terdiri daripada empat
ahli diberi nombor 1,2,3 dan 4. Kemudian, anda tanyakan soalan dan minta ahli-ahli kumpulan
menjawab soalan bersama-sama supaya mana-mana ahli boleh menjawab soalan yang
diberikan. Selepas itu, anda sebutkan mana-mana nombor katalah nombor dua dan semua
ahli kumpulan bernombor dua diminta menjawab soalan tersebut.
7. Team Pair Solo: Pelajar menyelesaikan masalah dalam kumpulan dulu kemudian
berpasangan dan akhirnya bekerja secara individu. Struktur ini direkabentuk untuk
memotivasi pelajar menangani masalah kurang kebolehan di kalangan pelajar. Jika diminta
bekerja sendiri mungkin tidak dapat diselesaikan, maka mulakan dengan kumpulan,
berpasangan dan akhirnya baru secara indiividu.
8. Lecture-Write-Share-Learn: Pensyarah minta pelajar bentuk pasangan untuk
membincangkan apa yang dikuliahkan dan mencatat hasil perbincangan. Pada akhir kuliah,
buat perbincangan rumusan dengan meminta pelajar berkongsi apa yang telah dibincangkan.
Akhirnya buat rumusan keseluruhan dengan meminta pelajar secara bergilir menerangkan
apa yang telah dipelajari menggunakan ayat: Saya belajar tentang
9. Pose a Question-All Write-Discuss: Tanyakan soalan kepada seluruh kelas, minta
pelajar tuliskan respon mereka. Beri mereka masa 2 atau 3 minit untuk membuat refleksi
dan menuliskannya. Kemudian minta beberapa pelajar ceritakan kepada kelas.
Dipetik dari:
Saemah Rahman. 2009. Pembelajaran kolaboratif dan kooperatif dalam Mohamed Amin Embi.
Panduan amalan pengajaran Pembelajaran Berkesan. PPA: hal 93-106

You might also like