You are on page 1of 1

Aplikasi Pembelajaran Kooperatif dalam Pengajaran-PembelajaranPendekatan pembelajaran kooperatif

boleh dikategorikan kepada dua kategori utama iaitukumpulan kooperatif formal dan kumpulan
kooperatif infromal. Teknik kumpulan formal bolehdigunakan untuk mengajar isi kandungan tertentu
atau kemahiran penyelesaian masalah manakalateknik kumpulan informal boleh digunakan untuk
memastikan proses kognitif yang aktif berlakusemasa kaedah kuliah dijalankan. Kombinasi penggunaan
pendekatan ini boleh menyediakan satustruktur yang pelbagai kepada pelajar.Kumpulan Kooperatif
Formal:Kumpulan kooperatif formal boleh digunakan dalam satu jangka masa kuliah atau boleh
melewatibeberapa minggu untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan. Ia meliputi kumpulan
kolaboratifdan kooperatif. Dalam kumpulan kooperatif, pelajar bekerja bersama-sama untuk
mencapaiobjektif yang dikongsi bersama. Mereka mempunyai dua tanggungjawab utama iaitu: i)
untukmemaksimakan pembelajaran mereka sendiri dan ii) untuk memaksimakan pembelajarankesemua
ahli kumpulan. Terdapat beberapa langkah umum dalam pendekatan ini. Prosedurumum langkah-
langkah pembelajaran berikut boleh digunakan dalam aplikasi pembelajarankooperatif. i. Agihkan
kumpulan mengikut pelbagai kebolehan. ii. Pilih strategi pembelajaran kooperatif yang akan digunakan
untuk menjalankan tugasan. iii. Berikan tugasan yang perlu diselesaikan dengan pastikan objektif dan
kaedah penilaian dijelaskan. iv. Berikan bantuan jika diperlukan. v. Sediakan senarai semak penilaian
untuk mengenal pasti kemajuan yang dicapai oleh kumpulan. vi. Sediakan peluang berkongsi hasil kerja
kumpulan antara kumpulan.Antara contoh teknik kooperatif kumpulan formal ialah teknik STAD,
JIGSAW dan teknik-teknikpengajaran berasaskan kumpulan kecil. Berikut dijelaskan secara ringkas
teknik- teknik tersebut:1. Jigsaw: Dalam teknik ini, dua peringkat kumpulan dijalankan. Peringkat
pertama pelajar belajar dalam kumpulan pakar dan pada peringkat kedua pelajar mengajar ahli
kumpulannya bahan yang dipelajari dalam kumpulan pakar. Langkah-langkah dalam Jigsaw ialah:
Langkah 1: Bentuk kumpulan. Setiap ahli kumpulan diberi bahan yang berbeza (Contoh: Jika ada empat
ahli, beri bahan A,B,C dan D kepada ahli). Langkah 2: Pelajar yang mendapat bahan yang sama dari
kumpulan berbeza membentuk kumpulan pakar untuk mempelajari bahan tersebut (Contoh: Pelajar A
dari semua kumpulan membentuk kumpulan A dan seterusnya. Kumpulan ini dipanggil kumpulan
pakar). Langkah 3: Ahli kumpulan bailk ke kumpulan asal dan mengajar ahli kumpulan mereka bahan
yang dipelajari dalam kumpulan pakar. Langkah 4: Semua ahli kumpulan menggabungkan kepakaran
untuk melaksanakan tugasan yang diberi atau mengambil ujian/penilaian.2. STAD (Student Team
Achievement Division) : Langkah-langkah dalam STAD meliputi: Langkah 1: Guru menyampaikan
pengajaran. 1

http://www.slideshare.net/zie_ainna/aplikasi-pembelajarankooperatifdalampengajaran

You might also like