Professional Documents
Culture Documents
Pengajaran
7 Pendidikan
Jasmani
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan kaedah-kaedah yang diaplikasikan dalam Pendidikan
Jasmani;
2. Menghuraikan ciri-ciri Stail Pengajaran Mosston dan Ashworth; dan
3. Membincangkan Model Teaching Games for Understanding (TGfU).
X PENGENALAN
Bagi melaksanakan satu proses pengajaran dan pembelajaran, seorang guru perlu
meneliti dan menganalisis teori pembelajaran dan kurikulum. Guru juga perlu
membuat pemerhatian dan menganalisis ciri-ciri pelajar sebelum memilih
pendekatan, gaya dan kaedah yang hendak digunakan. Proses pengajaran dan
pembelajaran menjadi berkesan sekiranya pendekatan, stail (gaya) dan kaedah
yang sesuai untuk dipilih.
Berikut adalah contoh langkah-langkah kuliah yang boleh digunakan dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani:
(a) Pengenalan
(i) Menerang dan menjelaskan skop pelajaran;
(ii) Memberitahu pelajar apa yang dikehendaki daripada mereka;
(iii) Cuba membangkitkan minat; dan
(iv) Sentiasa senyum, menghadap kelas dan bercakap dengan pelajar
termasuk pelajar di barisan belakang.
(b) Persembahan
(i) Kuat tetapi nada mesra;
(ii) Jelaskan arahan dengan memilih perkataan yang sesuai;
(iii) Huraikan istilah yang digunakan;
(iv) Bercakap dengan semua pelajar;
136 X TOPIK 7 KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI
(c) Penutup
(i) Mengulangi isi-isi utama;
(ii) Menggalakkan perbincangan; dan
(iii) Meneguhkan isi yang lemah.
(a) Pendahuluan
(i) Susun pelajar supaya mereka boleh mendengar dan melihat dengan
jelas;
(ii) Penkenalkan tajuk atau aktiviti dengan menggunakan kaedah kuliah;
dan
(iii) Hubungkan kemahiran dengan apa yang dipelajari sebelum ini.
(b) Demonstrasi
(i) Melakukan demonstrasi mengikut kadar pergerakan sebenar;
(ii) Ikut cara dan prosedur yang piawai; dan
(iii) Gunakan istilah yang piawai untuk mengelakkan kekeliruan.
(d) Penutup
(i) Ulang butiran penting;
(ii) Galakkan pelajar berbincang tentang kemahiran yang dipelajari; dan
(iii) Bentuk pengukuhan kepada pelajar.
138 X TOPIK 7 KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI
(a) Guru menyediakan satu set hasil pembelajaran yang hendak dicapai oleh
pelajar;
(b) Hasil pembelajaran perlu disusun mengikut hieraki atau unit
pembelajaran;
TOPIK 7 KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI W 139
(c) Guru perlu menyediakan aktiviti yang bermakna, berkesan, menarik dan
mengembirakan;
(d) Penilaian berasaskan Ujian Rujukan Kriteria (UKR);
(e) Bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkaitan;
(f) Murid perlu menguasai 80 peratus aras masteri yang telah ditetapkan
sebelum berpindah ke unit pembelajaran lain;
(g) Melaksanakan aktiviti permulihan bagi pelajar yang belum menguasai aras
masteri; dan
(h) Aktiviti pengayaan dilaksanakan untuk murid cemerlang.
Terdapat tiga kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru berhubung kait dengan
kaedah perbincangan ini iaitu:
Perbincangan juga boleh dijadikan sebagai alat dalam mengukur dan menilai
pengetahuan, kemahiran dan sikap pelajar. Kaedah perbincangan ini juga boleh
mengeratkan hubungan antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar
serta menggalakkan pembelajaran koperatif dan kaloboratif. Kaedah
perbincangan sesuai dilaksanakan untuk kumpulan kecil, sederhana dan
individu.
Guru perlu mengenal pasti terlebih dahulu objektif yang hendak dicapai dalam
kelas. Kemudian guru perlu fikirkan cara yang sesuai dan boleh digunakan
dengan berkesan. Pelajar pula perlu mencari bahan yang sesuai dan merancang
langkah-langkah yang diperlukan untuk melaksanakan serta menjayakan projek
tersebut. Kaedah projek yang berkonsepkan belajar sambil mempraktik (learning
by doing) boleh mempercepatkan pembentukan kefahaman dalam proses
pembelajaran. Projek atau tugasan menjadi matlamat kepada kemahiran yang
hendak diperolehi. Guru perlu menyenaraikan kriteria yang hendak dihasilkan
setelah pelajar menguasai kemahiran tersebut melalui aktiviti berkumpulan.
(a) Membentuk hubungan antara para pelajar, pelajar akan dapat bekerja
bersama- sama sebagai rakan sebaya, sila rujuk Rajah 7.2; dan
(b) Melibatkan peranan guru. Ini bukan bermakna guru mengetahui jawapan
kepada masalah tersebut. Guru perlu mempunyai pengetahuan yang
cukup berkenaan dengan proses penyelesaian masalah dan membina
pengetahuan. Dengan kata lain, guru perlu bertugas sebagai model dan
penunjuk arah. Guru perlu menunjukkan kepada pelajar bagaimana untuk
memperkembangkan pengetahuan mereka dan memberikan tunjuk ajar
apabila mereka mempunyai kesulitan.
Teori spektrum stail pengajaran Mosston dan Ashworth diasaskan pada tahun
1966 oleh Muska Mosston. Spektrum stail pengajaran Mosston dan Ashworth
merupakan teori pengajaran penyatuan (unified theory), iaitu teori yang
praktikal dan bebas (user-friendly) dan paling menarik, guru boleh
menyesuaikan stail-stail mengikut topic-topik dalam Pendidikan Jasmani.
Justeru, kelas yang diajar oleh guru mencerminkan kepelbagaian dan kebolehan
murid-murid yang berbeza. Maka pendekatan stail pengajaran yang pradominan
haruslah dicari untuk membolehkan semua murid-murid menyertai proses
pembelajaran. Alasan seterusnya, objektif dalam kurikulum Pendidikan Jasmani
adalah luas maka memerlukan banyak stail pengajaran.
Perkara asas yang mengawal spektrum pengajaran ini ialah proses membuat
keputusan antara guru dengan murid-murid sebelum pengajaran, semasa
pengajaran dan penghujung pengajaran. Proses membuat keputusan
termasuklah cara mengorganisasikan murid-murid, cara mengorganisasikan
tajuk pelajaran (subject matter), pengurusan masa dan ruang, interaksi guru
dengan murid-murid, perkembangan kognitif, afektif dan sosial (Mosston &
Ashworth, 2002). Dalam beberapa stail pengajaran, guru membuat keputusan
tentang pendekatan dan organisasi pengajaran dan pada beberapa stail yang
lain, guru boleh memindahkan setengah proses membuat keputusan kepada
murid-murid seperti dinyatakan di dalam Jadual 7.1.
144 X TOPIK 7 KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI
Bagi setiap stail pengajaran dalam spektrum ini mempunyai tiga bahagian
(anatomi) iaitu set pra-impak (semua keputusan tentang pengajaran dan
pembelajaran dibuat sebelum bermulanya unit pelajaran), set impak (membuat
keputusan semasa aktiviti pelajaran dan pelaksanaan prestasi dan tugasan) dan
set pasca impak (membuat keputusan di hujung unit pelajaran, berdasarkan
penilaian pencapaian aktiviti semasa set impak).
Sementara itu secara keseluruhan spektrum ini mempunyai enam premis untuk
menerangkan ciri-ciri dan membantu pelaksanaan stail-stail ini dalam
pengajaran dan penyelidikan, seperti:
Rujuk Jadual 7.2 menjelaskan stail-stail yang digunakan dalam pengajaran dan
penyelidikan.
146 X TOPIK 7 KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI
Stail-stail Penerangan
Stail A Arahan Guru melakukan segala keputusan ÂapaÊ, Âdi mana, ÂbilaÊ,
ÂbagaimanaÊ dan memberi maklum balas tentang
pembelajaran. Guru memberi arahan langkah demi langkah
supaya semua murid-murid belajar pada masa yang sama.
Stail B Latihan Pada bidang set praimpak, guru membuat segala keputusan
tentang pengajaran dan pembelajaran dengan menyedari
bahawa murid-murid boleh membuat keputusan tentang
pembelajaran pada set impak. Dalam set impak, guru
memulakan pengajaran dengan memperkenalkan isi
kandungan pelajaran. Diberi masa kepada murid-murid
untuk melakukan aktiviti atau tugasan mengikut rentak
mereka. Guru bergerak dari satu tempat ke tempat yang
lain untuk memerhatikan dan menasihatkan murid-murid
dalam melakukan aktiviti dan cara mereka membuat
keputusan.
Stail D Semak kendiri Dalam stail ini, murid-murid memilih aktiviti yang sesuai
dengan mereka melalui aktiviti tugasan yang disediakan
oleh guru. Maklum balas tentang aktiviti pembelajaran
diberikan oleh murid-murid. Guru menolong murid-murid
menjadi penilai kendiri yang berkesan.
Stail F Penemuan Dalam stail ini, guru membina susunan salah dan persoalan
yang bagi mencari jawapan dalam aktiviti sukan seperti
dibimbing permainan sofbol. Guru memimpin murid-murid mencari
jawapan kepada persoalan aktiviti fizikal. Guru
menentukan konsep dan prinsip dalam proses pencarian
maklumat.
Stail I Program Dalam stail ini, guru menyediakan bahan subjek (subject
pembelajaran matter) dan murid-murid menentukan corak pelbagai
individu rangka tugasan pembelajaran tentang „subject matter‰.
Stail ini menggalakkan murid-murid mencorak program
pembelajaran berdasarkan kebolehan, minat dan stail
pembelajaran yang sukai oleh murid-murid.
Model TGfU dikembangkan dengan hasil usaha Rod Thorpe dan David Bunker
di Universiti Lougborough pada tahun 1970-an dan 1980-an atas kelemahan
model teknikal atau skill based. Kelemahan yang wujud dalam model teknikal
pemain-pemain tidak dapat memindahkan kemahiran yang dipelajari secara
khusus digunakan dalam situasi permainan yang sebenar dan pemain-pemain
lemah dalam membuat keputusan dalam situasi permainan.
x Penyerangan (invasion),
x Jaring/tembok (net/wall game);
x Pukulan tepat/memadang (striking/fielding); dan
x Sasaran (target), seperti dalam Jadual: 7.3.
PUKULAN TEPAT/
PENYERANGAN JARING/DINDING SASARAN
MEMADANG
Kerangka model permainan TGfU, yang diasaskan oleh Bunker dan Thorpe
diajar melalui enam langkah seperti dalam Rajah 7.4. Murid-murid merupakan
tumpuan utama model ini. Tujuannya untuk memberi kesedaran kepada taktikal
kepada murid-murid untuk membuat keputusan penggunaan taktik dan
kemahiran yang sesuai dalam situasi permainan.
TOPIK 7 KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI W 149
Jadual 7.4 menyatakan enam langkah pengajaran dalam model TGfU yang
disesuaikan untuk mengajar unit-unit pelajaran permainan.
Langkah- Penerangan
langkah
Langkah x Langkah pertama ialah usaha yang perlu dilakukan oleh guru untuk
pertama memperkenalkan bentuk permainan kepada murid-murid supaya
mereka memahami tentang bentuk dan konsep permainan. Pada
peringkat ini, perlu wujudkan permainan yang diubahsuai dengan
objektif yang tertentu supaya murid-murid dapat memahami konsep
permainan dan kemahiran yang diperlukan dalam sesuatu jenis kategori
permainan.
Langkah Langkah ketiga dalam model ini, ialah menyedari elemen taktikal (tactical
ketiga awareness) seperti mencipta ruang untuk menyerang dan mempertahankan
ruang. Dengan menyertai situasi permainan, murid-murid perlu menyedari
kepentingan taktik, penggunaannya dalam gerakan menyerang (offensive)
dan pertahanan (defensive) dalam situasi permainan. Murid-murid perlu
mengetahui kepentingan dan amalan taktik pada tempat dan masa yang
sesuai yang dapat membantu ketika berdepan pasukan musuh.
Langkah Langkah yang terakhir dalam model ini, menggunakan semua langkah-
keenam langkah yang disebutkan di atas dalam permainan dan seterusnya berusaha
meningkatkan prestasi dalam situasi permainan.
150 X TOPIK 7 KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI
Rajah 7.4: Model Teaching Games for Understanding (Bunker & Thorpe, 1986)
C. MEMULAKAN
SEMULA
PERMAINAN
Balingan semasa
menyerang dan
bertahan
Tendangan sudut
semasa
Penyerang dan
bertahan
Tendangan bebas
semasa serangan
dan bertahan
AKTIVITI 7.1
x Kaedah adalah cara bagaimana sesuatu isi pelajaran itu disampaikan dan
teknik merupakan cara yang lebih teliti lagi dalam penyampaian isi pelajaran
itu. Antara kaedah yang selalu digunakan ialah: