Professional Documents
Culture Documents
Model Qa BHG B
Model Qa BHG B
Pengenalan
1. Sistem pembesar di Myanmar dan Vietnam diwujudkan membantu raja dalam pemerintahan.
2. Golongan ini menduduki lapisan kedua selepas raja dalam sistem feudal.
3. Pembesar ini mempunyai kuasa terhad dan sentiasa diawasi oleh pihak istana.
1. Sistem pembesar di Vietnam
1. Sebelum kedatangan Perancis ke Indo-China, negeri-negeri di Indo-China ditadbir oleh
sebuah kerajaan pusat berkuasa mutlak yang memberi kuasa penuh kepada pembesar tempatan.
2. Semasa pemerintahan maharaja Gia-Long, golongan mandarin yang mengetuai setiap
birokrasi di Vietnam.
3. Golongan mandarin ini dipengaruhi oleh system pentadbiran di Negara China, mereka dipilih
melalui peperiksaan awam dalam bidang bahasa dan klasik, Confucius.
4. Golongan mandarin mengetuai kementerian (Quan-quan).
5. Terdapat enam kementerian (quan) di mana Quan Awam mempunyai taraf yang lebih tinggi.
6. Golongan mandarin bertindak sebagai pembesar dan mempunyai kedudukan istimewa dalam
system pentadbiran awam.
7. Terdapat pembesar di peringkat daerah. Tanggungjawab mereka seperti mengutip cukai,
kendalikan urusan kehakiman, melatih anggota tentera dan menjalankan upacra keagamaan serta
adapt istiadat.
8. Pembesar paling bawah adalah pembesar peringkat kampong yang mengendalikan urusan
pentadbiran kampong.
2. Sistem pembesar di Mynmar.
1. Einshemin atau Raja Muda mempunyai istana dan pegawai sendiri. Raja Muda mengawal hal
ehwal negeri.
2. Pembesar-pembesar dibahagikan mengikut pangkat atau kedudukan mereka.
3. Lapisan yang teratas dalam hierarki kerajaan pusat ialah empat orang wungyi, mereka
membentuk Hluttaw atau Majlis Diraja.
4. Hluttaw menguruskan pentadbiran mengikut perintah raja dan bertindak sebagai mahkamah
yang mengendalikan kes-kes jenayah dan awam.
5. Wungyi dibantu oleh menteri kelas kedua iaitu Wun atau Pegawai Tinggi Kerajaan.
6. Ahmudan atau Pegawai Diraja mengendalikan pentadbiran dalam istana. Ahmudan
mempunyai pengaruh kuat ke atas raja kerana hubungan rapat dengan raja.
7. Pentadbiran di peringkat daerah dikendalikan oleh orang Myowun ataupun gabenor. Mereka
ini bertugas di ibu negeri dan mempunyai kuasa awam dan ketenteraan. Mereka berperanan
mengutip cukai dan menyerahkan 60%-80% daripada cukai ini kepada raja. Selain itu mereka
juga merupakan pengiring raja semasa utusan asing menghadap raja di istana.
8. Akunwun iaitu pengutip cukai serta mandur dan sitke iaitu pegawai polis tentera menduduki
lapisan selepas Myowun. Golongan ini membantu Myowun dalam melaksanakan perintah
kerajaan pusat.
Kesimpulan.
1. Pembesar di Vietnam dan Mynmar berperanan membantu raja demi melicinkan pentadbiran
6. Konsep Dharmaraja
a. Di Thailand raja berkuasa mutlak ke atas nyawa, tanah dan harta rakyat
b. Raja menjadi penaung pengembang agama
Kesimpulan
1. Sistem beraja menpunyai banyak persamaan dalam aspek kedudukan raja dan pengaruh
agama
2. Raja berperanan penting mengekalkan keamanan dan kemakmuran Negara
3. Sistem beraja mengalami banyak perubahan selepas campurtangan kuasa Barat di Asia
Tenggara.
Adat masyarakat di Myanmar dan India sebelum kedatangan kuasa barat.
Pendahuluan
1. Adat mempunyai pertalian rapat dengan masyarakat . Membentuk satu sistem nilai dan
mewujudkan satu peraturan untuk mengawal perlakuan anggota masyarakat.
2. Sebelum kedatangan barat, di Myanmar dan India telah mempunyai sistem adat yang tersusun
dan teratur yang diamalkan secara turun-temurun.
1. Myanmar
A. Adat Tanah
Tanah milik keluarga, masyarakat dan raja dan bukan milik perseorangan. Golongan yang
mempunyai tanah kedudukannnya terjamin daripada disingkir oleh masyarkat. Seorag
pemiutang boleh menjualkan diri dan keluarganya tetapi tidak boleh menuai tanah mereka
B. Adat mengadap Raja
Pihak istana menetapkan adat mengadap raja perlu dipatuhi kepada golongan bangsawan,
rakyat jelata dan perwakilan asing. Contohnya perwakilan asing perlu menunggu di perkarangan
istana untuk sesuatu tempoh yang ditetapkan dan dipandu melewati tiga pintu gerbang yang
dikawal oleh pasukan tentera yang berlainan.
C. Adat menanggal kasut
Setiap rakyat yang ingin memasuki istana perlu tanggalkan kasut dan tundukkan kepala kerana
istana dan persekitarannya adalah kawasan larangan dan merupakan kawsan yang suci.
Larangan ini sebagai simbol penghormatan tertinggi rakyat kepada raja.
2. India
Masyarakat di India mengamalkan sistem adat dalam seluruh kehidupan sejak lahir sehingga
saat kematian
Susun lapis masyarakat feudal di China dan Jepun sebelum kedatangan kuasa barat.
Pengenalan
1. Susun lapis masyarakat feudal China, dan Jepun dibahagikan kepada golongan pemerintah
dan golongan diperintah. Golongan pemerintah terdiri daripada raja, golongan bangsawan dan
pembesar manakala golongan diperintah terdiri daripada rakyat biasa.
A. China
1. Maharaja
a. Lapisan teratas ialah maharaja
b. Maharaja berkuasa mutlak
c. Maharaja mendapat mandat memerintah dari syurga.
2. Bangsawan
a. Menduduki lapisan kedua selepas maharaja.
b. Terdiri daripada pembesar pusat, wilayah dan tempatan.
c. Dilantik dan ditauliahkan kuasa memerintah oleh maharaja.
d. Membantu maharaja dalam pentadbiran negara.
e. Pemilihan pembesar berdasarkan kelulusan Peperiksaan Awam.
f. Kuasa mereka dikawal oleh maharaja.
3. Golongan rakyat biasa.
a. Golongan Sarjana mempunyai kedudukan yang tinggi dan boleh menjadi pegawai kerajaan
berdasarkan kelulusan mereka dalam Peperiksaan Awam.
b. Golongan petani dianggap sangat penting kerana mereka membekalkan makanan.
c. Golongan Artisan/tukang mahir, mereka mempunyai kemahiran dalam bidang tertentu seperti
pertukangan besi, kraftangan, dan barangan tembikar.
d. Golongan pedagang- dianggap rendah tarafnya kerana perdagangan dianggap satu pekerjaan
yang hina.
e. Golongan hamba lapisan paling bawah dalam susun lapis masyarakat feudal di China.
B. Jepun
1. Maharaja menduduki lapisan paling atas.
a. Semasa pemerintahan Shogun Tokugawa, maharaja tidak mempunyai kuasa kerana Shogun
telah merampas kuasa maharaja.
b. Shogun merupakan pemerintah sebenar di Jepun.
c. Shogun memerintah Jepun menerusi sistem pembesar feudal.
2. Pembesar
a. Pembesar feudal iaitu Daimyo, menduduki lapisan selepas Shogun.
Kesimpulan
Masyarakat feudal China membenarkan mobiliti sosial, rakyat biasa boleh menduduki jawatan
yang tinggi dalam kerajaan jika lulus peperiksaan awam.
Berbanding dengan Jepun, yang tidak membenarkan mobiliti sosial. Pembahagian golongan di
Jepun dibuat berdasarkan warisan turun-temurun.
Hierarki sosial masyarakat tradisional di Negara Thai dan Vietnam sebelum campur
tangan barat.
Pendahuluan
1. Umumnya masyarakat di Asia Tenggara pada awalnya mengamalkan sistem sosial yang
bercorak tradisional berasaskan sistem feudal.
2. Sistem feudal membawa maksud satu bentuk kerajaan yang hanya dijalankan oleh individu
tertentu yang bebas dari kawalan kerajaan pusat
3. Hierarki sosial masyarakat dalam sistem feudal adalah berbentuk piramid.
A. NEGARA THAI
1. Raja menduduki lapisan teratas diikuti oleh golongan bangsawan(nai),rakyat yang bebas
(phrai) dan hamba (that)
2. Golongan sangha (sami Buddha) berperanan penting dalam sistem feudal Thai. Raja Thai
mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahan.
3. Golongan nai berperanan sebagai pemimpin masyarakat dan memberi perlindungan kepada
golongan phrai
4. Phrai menjadi simbol kekayaan dan kekuasaan politik golongan nai
5. That pula merupakan hamba kepada golongan nai dan phrai yang kaya
6. dua kelas that yang penting iaitu hamba berhutang dan hamba tawanan perang
7. Golongan sangha mendapat pengiktirafan yang tinggi di kalangan masyarakat Thai dan
menjadi penggerak agama Buddha dengan menjadi tenaga pengajar utama kepada ahli
masyarakat Thai
8. Kedudukan mereka lebih tinggi dan mulia di sisi masyarakat.
B. VIETNAM
1. Sistem pemerintahan berasaskan sistem pemusatan kuasa melalui birokrasi pusat
2. Hierarki sosial masyarakat Vietnam terdiri daripada maharaja, golongan cendikiawan (quan
atau mandarin) dan petani
3. Golongan cendikiawan mempunyai kedudukan paling tinggi dan berpengaruh dalam
masyarakat Vietnam, kerana mereka merupakan pemerintah sebenar yang bertanggungjawab
menjalankan tugas-tugas maharaja
4. Golongan quan atau mandarin mendapat pendidikan tinggi berdasarkan ajaran Confucius
5. Rakyat biasa yang pintar serta berpengetahuan dalam ajaran Confucius secara mendalam
berpeluang menjadi pegawai tinggi awam
6. Golongan bangsawan tidak mendapat tempat dalam perkhidmatan awam kesan daripada
pembaharuan Maharaja Gia Long yang menamatkan keistimewaan dan pengaruh politik
golongan bangsawan dan keluarga diraja
7. Golongan petani menduduki hierarki sosial yang paling rendah di mana mereka menjalankan
kegiatan ekonomi sara diri iaitu menanam padi sawah
Kesimpulan
Sistem feudal yang diamalkan oleh masyarakat Asia dimansuhkan setelah berlakunya
imperialisme kuasa barat pada abad ke 19 dan awal abad ke-20.
Kesimpulan
1. Tidak dinafikan kemasukan kuasa Eropah ke Asia Tenggara membawa implikasi negatif
terhadap sistem ekonomi tradisi.
2. Tetapi kemasukan kuasa Eropah , pengaliaran modal yang banyak, perpindahan teknologi dan
sistem perhubungan telah dapat memajukan negara2 di Asia Tenggara dari segi pembangunan
ekonomi dan sosial.
Jelaskan sistem perundangan di Asia Tenggara pada zaman prakolonial pada abad ke 19.
Pendahuluan
1. Undang-undang merupakan peraturan umum untuk mengawal tingkah laku seseorang .
2. Undang-undang dikuatkuasakan dan sesiapa yang menyeleweng akan dikenakan tindakan
mengikut undang-undang tersebut. Amalan undang-undang wujud dalam bentuk bertulis dan
perlaksanaannya ditentukan serta dikawal oleh pemerintah. Selain dipengaruhi oleh amalanamalan tradisi juga terdapat pengaruh keagamaan dan falsafah terutamanya perkembangan
system perumndangan di rantau Asia Tenggara.
1. Pengaruh agama Hindu
a. Sistem perundangan di Asia Tenggara pada zaman prakolonial banyak dipengaruhi oleh
agama Hindu Budha dan Islam. Contohnya di Indonesia golongan pemerintah telah lama
memegang undang-undang yang mempunyai elemen-elemen Hindu seperti yang termaktub
dalam babad Tanah Jawa, babad Matarram dsb
b. Sistem perundangan di Siam pula banyak dipengaruhi oleh tradisi Hindu Budha. Sistem
undang-undang yang berkonsepkan Thammasat iaiatu undang-undang Hindu Dharmasastra
berlangsung seiring dengan kod undang-undang tiga Tera dan system undang-undang Diraja
yang dikenali sebagai system undang-undang istana.
c. Pengaruh agama Hindu dapat dilihat di Siam kerana terdapatnya ungkapan-ungkapan Budha
yang meluas digunakan.
2. Pengaruh agama Islam
a. Agama Islam banyak mempengaruhi perundangan yang sedia ada di Asia Tenggara yabg
sebelumnya banyak dipengaruhi elemen Hindu Budha.
b. Islam berkembang di kawasan-kawasan Bandar dan pusat-puat perdagangan telah melahirkan
satu sifat unik di Asia Tenggara dan dan lahirkan pelbagai perubahan dalam masyarakat. Bagi
masyarakat biasa adapt merupakan perkara penting dan masih dipatuhi sementara di kalangan
mahkamah, tardisi Hindu Islam diikuti.
c. Kebanyakan Negara Islam di Asia Tenggara mengunakan system perundangan tradisi Hindu
Islam sebagaimana yang terdapat dalam undang-undang Acheh, Undang-Undang Minangkabau,
Kanun Sulu dan teks undang-undang Jawa.
3. Pengaruh-pengaruh lain
a. Teradapat pengaruh lain yang mempengaruhi system perundangan di Asia Tenggara. Di
Filipina terdapat dua bentuk undang-undang iaiatu undang-undang lisan dan undang-undang
bertulis. Undang-undang lisan ialah adapt dan tradisi yang disebut sebagai ugali serta diturunkan
secara lisan.
3. China sebagai Negara pertanian dan bersikap anti-perdagangan. Oleh itu China tidak
memerlukan barangan luar kerana sumber mereka mencukupi. Walau bagaimana pun, China
membuka pelabuhan Canton kepada pedagang asing. Perdagangan di Canton dijalankan dengan
pelbagai sekatan, contohnya : urusan perdagangan mesti melalui Co-hong, keluarga tidak
dibenarkan dibawa ke Canton.
B. Jepun
1. Sebelum penubuhan Keshogunan Tokugawa, pedagang dan mubaligh asing dibenarkan
masuk ke Negara Jepun. Terdapat bangsa Portugis, Sepanyol, British dan Belanda di pelabuhanpelabuhan Jepun. Orang Jepun kemudian curiga terhadap mereka. Kebencian semakin menebal
dengan berita-berita berkenaan penjajahan orang Eropah.
2. Kegiatan mubaligh kristian di Jepun telah merungsingkan pemerintah, masyarakat kristian
semakin bertambah di Jepun. Golongan ini telah mengasingkan diri daripada kawalan kerajaan
pusat, ini menyebabkan pemerintah Jepun murka apabila masyarakat kristian memutuskan
hubungan dengan masyarakat Jepun bukan kristian. Jepun bimbang dengan tindak tanduk
kerana mencemar kebudayaan Jepun.
3. Tahun 1638, Shogun Tokugawa mengamalkan dasar yang lebih keras lagi ke atas orang
kristian. Contohnya rakyat Jepun dilarang menjalinkan hubungan dengan dunia luar terutama
kuasa-kuasa barat. Pedagang-pedagang asing tidak dibenarkan berdagang di Jepun.
4. Shogun Tokugawa yang mengambil alih kuasa dari maharaja Jepun bimbang atas sebarang
kesan politik yang tidak diingini. Dasar tutup pintu diperkenalkan untuk mengukuhkan
kedudukannya supaya dapat menangani sebarang anasir yang tidak puashati di Jepun khasnya
Daimyo Tozama. Shogun bimbang daimyo Tozama akan meminta bantuan senjata dan askar
dari luar.
5. Seperti China, Negara Jepun sebuah Negara pertanian tidak memerlukan bekalan barangan
dari barat. Perdagangan tidak diperlukan kerana jepun amalkan ekonomi sara diri.
C.Siam
1. Kuasa barat yang mula bertapak di Siam ialah Portugis diikuti oleh British, Belanda dan
Peranchis. Sehingga awal abad ke-19 Siam enggan menjalinkan hubungan diplomatic dengan
kuasa barat, ini disebabkan Siam mempunyai keperluan Negara yang mencukupi kecuali
senjata. Siam hanya memperolehi barangan yang diperlukan dari Negara China sahaja. Pada
1818, Rama II mengadakan hubungan terhad dengan barat.
2. Hubungan yang terhad dengan kuasa barat telah dijalinkan oleh Rama III, ini disebabkan
pergolakan politik yang berlaku di Negara-negara jiran Siam seperti Perang Ingg-Burma I,
Perang Candu I, dan negeri-negeri melayu utara. Negeri-negeri naungan siam memaksa Rama
III menjalinkan hubungan dengan kuasa barat khasnya British.
3. Di akhir pemerintahan Rama III, hubungan dengan barat tidak menguntungkan. Baginda
mengenakan sekatan perdagangan ke atas ekspot gula dan mengwal input-input lain. Selepas
1940-1n, baginda amalkan dasar tutup pintu.
Kesimpulan
1. Pemerintah di China, Jepun dan Siam mengamalkan dasar tutup pintu kerana mereka dapat
memenuhi keperluan Negara. Ketiga-tiga buah Negara merasa bimbang akan campurtangan
barat dalam politik tempatan yang akan menjejaskan kedaulatan mereka.
2. Mereka juga bimbang agama dan budaya akan terhakis.
Bincangkan peranan Raja RajaThai dan Burma dalam menangani kemaraan Barat.
Pengenalan
1. Thailand di bawah Mongkut dan Burma di bawah Raja Mindon telah mengubah dasar tutup
pintu kepada buka pintu.
2. Thailand dan Burma tidak mahu menerima nasib yang sama seperti China.
3. Perjanjian Bowring 1855 dan Perjanjian Perdagangan Inggeris-Burma 1862 dan 1867
merupakan titik permulaan pembaratan dan permodenan di Thailand dan Burma.
4. Kebijaksanaan raja-raja Thai dan Raja Mindon Burma menyebabkan Thailand dan Burma
berada dalam keadaan aman dan tidak memberi peluang kepada kuasa-kuasa Eropah untuk
menjajah Thailand dan Burma.
a. Thailand
i). Pembaharuan luar negeri
Rama IV mengubah dasar tutup pintu kepada buka pintu.
Baginda menjalankan dasar berbaik-baik dengan kuasa Eropah agar Thailand
tidak menerima nasib yang sama seperti China dan Burma.
Raja Thai mengadakan perjanjian perdagangan dengan Inggeris (1855),ekoran daripada itu
perjanjian yang sama ditandatangani di antara Siam dengan Amerika dan
Perancis(1856),Denmark(1858),Portugal(1859) dan sebagainya.
Mongkut juga telah memberikan hak wilayah asingan kepada Barat.
ii).Pembaharuan dalam negeri
Mongkut menggaji pakar-pakar Barat dalam pelbagai bidang untuk berkhidmat sebagai
penasihat dan ketua-ketua dalam pelbagai jabatan.Contoh, Rolin Jaequemins sebagai penasihat
umum dan Ann Leonowens sebagai pendidikan.
Raja Mongkut menjalankan dasar pembaharuan dan pembaratan negara Thailand melalui
pendididkan, pentadbiran,perundangan,dan sebagainya.
Pembaharuan Raja Mongkut dalam bidang ekonomi,sosial,serta agama dan pentadbiran dapat
membantu Thailand bagi menjadi negara yang bebas daripada penjajahan.
Memansuhkan sistem mengadap dengan menyembah raja kepada orang asing,mereka
dalam istana.
Kesimpulan:
Usaha-usaha pembaharuan dan pemodenan yang dijalankan oleh Raja Mongkut dan
Chulalongkorn yang terkenal dalam sejarah Thailand dan Raja Mindon terkenal dalam sejarah
Burma telah berjaya menahan atau mengekang kemaraan kuasa-kuasa Barat ke atas Thailand
dan Burma pada abad ke 19.
Dasar Tutup Pintu dan Dasar Buka Pintu China dan Jepun terhadap kuasa Barat.
Pengenalan
1. Dasar tutup pintu -usaha China dan Jepun mengelakkan campurtangan dan kemasukan kuasa
asing.
2. China menjalinkan hubungan perdagangan dengan kuasa asing khususnya dengan Barat tetapi
turut mengenakan sekatan hubungan diplomatik mahupun perdagangan.
3. Jepun mengamalkan dasar isolasi terhadap kuasa Barat yang berusaha mengadakan hubungan
perdagangan.
4. Kedua-dua negara beranggapan mampu mengadakan keperluan rakyat dengan mengamalkan
ekonomi sara diri.
5. Kebimbangan campurtangan kuasa asing dalam politik tempatan dan cubaan Barat untuk
menyebarkan agama Kristian.
Dasar Tutup Pintu dan Buka Pintu di China
1. Kerajaan Manchu berusaha menghadkan perdagangan China dengan Barat.
2. Hubungan perdagangan dikawal rapi - mengelakkan penguasaan asing terhadap ekonomi
mereka.Walau bagaimanapun orang asing masih dibenarkan berdagang di Canton.Contohnya
tahun 1727 Belanda dibenarkan berdagang di Fukien dan Canton.Portugis dan British juga
dibenarkan membuka petempatan di Canton.
3. Usaha menyekat hubungan perdagangan diperhebat semasa pemerintahan Maharaja Chien
Lung.
4. Dekri Lapan Peraturan diperkenalkan yang menetapkan peraturan-peraturan seperti :
a. Mereka hanya boleh bergerak di kawasan tertentu.Loji-loji - tidak boleh dibina dalam bandar
Canton tetapi di luar dinding bandar.Mereka juga memasuki bandar Canton.
b. Urusan dagang hanya boleh dijalankan melalui Co-hong (wakil perdagangan yang disahkan
oleh kerajaan Manchu). Co-hong berkuasa penuh untuk menentukan tarif , jumlah import dan
eksport, jenis barang-barang dan syarat-syarat perdagangan.
c. Co-hong bertindak sebagai pengantara di antara orang-orang barat dan pegawai kerajaan
China.Co-hong - berkuasa mendenda pedagang-pedagang asing.
d. Urusan perdagangan hanya bermula pada musim perdagangan (musim sejuk) dan berhenti
pada penghujung musim.Musim lain - anak isteri mereka mesti tinggal di Macao sebagai
jaminan supaya pedagang-pedagang asing tidak berdagang di Canton sepanjang tahun.
e. Orang asing - dilarang berkahwin dengan wanita tempatan dan ditegah mempelajari bahasa
Cina. Mereka tidak boleh menggunakan sungai dengan bebas dan tidak boleh melawat mana-
10. Mengikut perjanjian itu Jepun membuka dua pelabuhan iaitu Shimoda dan Hokadate.Jepun
juga dikehendaki memberikan layanan baik kepada pedagang dan kelasi Amerika
Syarikat.Mereka juga dibenarkan membuka konsulatnya di Shimoda.Perjanjian tersebut telah
disemak semula pada tahun 1858 yang memberi banyak keistimewaan kepada Amerika.Dengan
itu Jepun telah menamatkan dasar isolasinya seterusnya terbuka kepada pengaruh asing terutama
dari Amerika.
Kesimpulan
1. Dasar tutup pintu yang diamalkan oleh kedua-dua kuasa sebenarnya untuk menyekat
perluasan kuasa asing, mengelakkan penguasaan ekonomi, politik dan agama Kristian ke atas
masyarakat tempatan.
2. Walau bagaimanapun akhirnya dasar tutup pintu di kedua-dua buah negara telah berakhir
apabila China kalah dalam Perang Chandu dan terpaksa menandatangani serta menerima syaratsyarat Perjanjan Nanking.
3. Manakala Jepun pula terpaksa membuka negaranya kerana diugut oleh Amerika Syarikat
dengan kekuatan tentera. Akhirnya terpaksa menandatangani Perjanjian Kanagawa.
Kepentingan Perjanjian Nanking 1842 dan Perjanjian Kanagawa 1854
Pengenalan
1. Revolusi Perindusrian di Eropah memerlukan sumber bahan mentah dan pasaran untuk
memasarkan barangan mereka.
2. Jadi kuasa-kuasa Eropah menjalankan dasar imperialisme.
3. Perjanjian Nanking 1842 ditandatangani antara China dan British.
4. Perjanjian Kanagawa 1854 telah ditandatangani antara Jepun dan Amerika Syarikat.
5. Titik permulaan perjanjian antara pemerintah tempatan dengan Barat.
1. Perjanjian Nanking 1842
Sebab-sebab:
a. Negara China mengamalkan dasar tutup pintu.
b. Negara China menganggap orang-orang Barat sebagai barbarians dan bertaraf
c. rendah.
d. China enggan mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Barat atas dasar persamaan
taraf.
e. Perdagangan asing dibenarkan secara terhad di Canton sahaja.
f. Sistem perundangan yang bertentangan.
g. Britain telah menggunakan kekerasan untuk menghapuskan dasar tutup pintu
h. negara China dalam Perang Candu 1 yang berakhir dengan Perjanjian Nanking
Syarat-syarat:
a. China bersetuju menyerahkan Hong Kong kepada British.
b. Sistem monopoli co-hong dihapuskan..
c. China membuka 5 buah pelabuhan, iaitu Amoy, Canton, Foochow, Ningpo dan Shanghai.
d. Pegawai-pegawai Konsular British akan ditempatkan di pelabuhan-pelabuhan.
e. China berjanji untuk mengenakan cukai-cukai yang sederhana dan sama ke atas eksport dan
import.
f. China bersetuju membayar gantirugi sebanyak 21 juta tael
Kesan:
a. Menamatkan perang British-China pertama
b. Permulaan campur tangan Barat di China
c. China terpaksa tunduk kepada Barat dan menerima hakikat perdagangan bebas
d. China terpaksa menandatangani perjanjian-perjanjian dengan kuasa barat yang lain
e. China telah dibelah bahagikan oleh kuasa-kuasa barat:
Rusia mendapat pajakan di Selatan Semenanjung Linotung
selama 25 tahun pada tahun 1898
Jerman diberi pajakan 99 tahun di Teluk Kinochow
Perancis mendapat mendapat pajakan 99 tahun di Teluk Kwangchow
b. Perjanjian Kanagawa 1854
Sebab-sebab:
a. Jepun mengamalkan dasar tutup pintu.
b. Hanya orang Belanda dan China boleh berdagang di pelabuhan Nagasaki.
c. Menjelang abad ke 19 Amerika Syarikat sangat berminat untuk membuka Jepun kerana:
*Potensi perdagangan antara Amerika Syarikat dan Jepun.
*Perusahaan menangkap ikan paus Amerika di Lautan Pasifik berkembang pesat.
*Perdagangan Amerika dengan China di Canton semakin meningkat.
*Kerajaan Jepun terpaksa menandatangani perjanjian Kanagawa dengan Amerika Syarikat
Syarat-syarat:
a. 2 buah pelabuhan Jepun Shimoda dan Hokadate telah dibuka kepada kapal-kapal Amerika
Syarikat bagi mendapatkan bekalan dan berdagang
b. Anak kapal Amerika Syarikat yang terkandas di Jepun diberi layanan yang baik
c. Amerika diberi kebenaran melantik seorang konsul di Shimoda
d. Amerika diberi layanan most favoured nation
Kesan:
Kuasa Barat yang lain seperti Belanda, Rusia, Britain dan Perancis menandatangani perjanjian
perjanjian perdagangan dengan Jepun
Jepun dibuka kepada kuasa-kuasa Barat
Hubungan diplomatik atas dasar persamaan taraf dan hubungan perdagangan telah ditetapkan
Kesimpulan
Dasar tutup pintu yang diamalkan oleh China telah memberi padah kepada kerajaan China
sendiri sehingga dicerobohi oleh British
Selain perjanjian Nanking, China terpaksa membuat perjanjian dengan kuasa Barat yang lain
seperti Perjanjian Bogue, Perjanjian Whampoa (Amerika Syarikat) dan Perjanjian Wang Hsia
(Perancis) yang lebih merugikan China
Kesedaran pemerintah Jepun tentang perkembangan politik di Asia serta kebijaksanaan
pemerintahnya telah membolehkan Jepun mengekalkan kemerdekaannya
Bincangkan faktor-faktor yang mencetuskan perang di Burma dan China pada awal
kurun ke 19.
Pengenalan:Campurtangan British di Myanmar melalui 3 siri peperangan (Perang British- Burma 1 ( 18241826), II ( 1852-1853),III (1885-1886).
Konflik tercetus kerana factor ekonomi, politik dan social.
Di China peperangan Candu I ( 1839-1842) dan II (1856-1860) Berjaya menyebabkan
campurtangan British.
Faktor-faktor Perang British Burma
1. Masalah pelarian orang-orang Arakan
a. Hubungan British Myanmar tegang sejak pemerintahan Raja Bodawpaya yang telah
menjalankan dasar perluasan kuasa.
b. 1784 wilayah Arakan ditawan dan diletak di bawah penguasaan Myanmar.
c. Tercetus kebangkitan penduduk Arakan kerana kekejaman Raja Bodawpaya.
d. Bangkit beberapa siri penentangan tahun 1794,1799,1811 tetapi gagal.
e. Pemberontakan Arakan lari ke Chittagong (wilayah Inggeris) bagi mengelak serangan tentera
Bodawpaya.
f. Kehadiran pelarian Arakan mencetuskan konflik sempadan Myanmar dengan Inggeris.
g. Tentera Myanmar menceroboh wilayah Inggeris (di seberang Sg Naaf ) untuk menangkap
pemberontak telah merenggangkan hubungan Inggeris Myanmar.
2. Pemberontakan Chin Byan
a. Pemberontakan Chin-Byan (1811) semakin meregangkan hubungan Inggeris dengan
Myanmar.
b. Chin Byan mendirikan pangkalan tentera di Chittagong , menyerang wilayah Myanmar dan
menawan Mrohaung.
c. Tentera Arakan menyerang balas dan cuba menangkapnya tetapi gagal Chin Byan melarikan
diri dan memasuki Chittagong.
4. Masalah Candu
a. Ketegangan Inggeris dengan China semakin memuncak apabila kerajaan China mengarahkan
pengharaman perdagangan candu.
b. Candu mula dibawa masuk oleh pedagang Inggeris secara haram dari India dan Turki
sehingga menyebabkan menjadi barangan kegemaran masyarakat China mencetuskan masalah
kesihatan dan sosial.
c. Berbagai usaha dijalankan oleh China bagi menghalang perdagangan candu contohnya 2 Jun
1838 Maharaja Tao Kuang mengharamkan perdagangan dan mengenakan hukuman berat
sesiapa yang melanggar hukuman tersebut. Lin Tze Hsu( Pesuruhjaya Tinggi di Canton) telah
merampas dan memusnahkan candu 3 Jun 1839 di Hu Men.
d. Kapten Charles Elliat (Ketua Penguasa Perdagangan Inggeris) telah membawa Lord
Palmerstone menuntut ganti rugi daripada Kerajaan China tetapi gagal.
e. Hubungan semakin runcing apabila Lin mengenakan larangan penjualan makanan dan
keperluan lain kepada Inggeris di Macao dan meminta bantuan Perancis mengusir
f. Inggeris.
g. Ogos 1839,orang Inggeris meninggalkan Macao dan berpindah ke Hong Kong.Kedegilan
keduanya akhirnya mewujudkan peperangan.
Kesimpulan
1. Peperangan telah menyebabkan China dan Burma kalah ditangan Inggeris. Kekalahan Burma
menyebabkan mereka terpaksa menandatangani Perjanjian Yandabo.
2. Sementara China Perjanjian Nanking yang menyebabkan Inggeris dapat memulakan langkah
bertapak di Burma sementara di China menyebabkan maruah China sebagai negara bertamadun
tinggi jatuh seterusnya terpaksa membuka negaranya kepada perdagangan Barat dan
menamatkan dasar isolasi secara terpaksa
Pertembungan dua kebudayaan yang berbeza membawa kepada tercetusnya Perang
Candu 1 di China dan Dahagi di India . Bincangkan
Pengenalan:
1. Perang Candu 1di China tercetus pada tahun 1839 antara British dengan China. Dalam
peperangan tersebut, China kalah kepada British.
2. Manakala Dahagi India merupakan penentangan orang India khasnya golongan sepoi
menentang pihak British di India pada tahun 1857.
3. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kedua-dua Perang Candu 1 dan Dahagi India tercetus
disebabkan oleh pertembungan dua kebudayaan yang berbeza.
Isi-isi penting ( 20 m)
Perang Candu 1 ( 10 m )
1. Sistem perhubungan antarabangsa yang dipraktikkan oleh China bertentangan dengan konsep
hubungan antarabangsa British.
a. Orang Cina menganggap maharaja mereka sebagai anak syurga yang mesti dihormati sebagai
tuhan. Maharaja China dianggap sebagai pemerintah universal. Dengan ini segala utusa asing
mesti kowtow semasa mengadap maharaja.
b. China enggan menjalinkan hubungan diplomatic dengan kuasa Barat atas dasar persamaan
taraf. Ini kerana mereka menganggap Negara mereka itu sebagai Kerajaan Tengah iaitu kerajaan
di pusat dunia yang bertamadun. Negara-negara di luar sempada China dianggap tidak
bertamadun dan dikecap sebagai pembawa ufti, barbarian atau fan kwee iaitu hantu asing.
c. Bagi British pula, semua negara adalah negara berdaulat. British percaya kepada hubungan
diplomatick yang sama. Amalan kowtow di depan maharaja dianggap oleh orang Cina sebagai
penghormatan tetapi bagi pihak British amalan ini adalah penghinaan. Inilah yang membawa
kepada kegagalan utusan British yang diketuai oleh Lord Amherst pada tahun 1816.
2. Konsep perdagangan antara China dengan British juga jauh berbeza
a. China menganggap kegiatan perdagangan sebagai sesuatu kegiatan yang meghina lalu
bersikap anti-perdagangan
b. Negara China yang merupakan sebuah Negara pertanian cukup dengan keperluannya. China
tidak memerlukan barangan Barat. China hanya membuka pelabuhan Canton kepada
perdagangan asing. China mengenakan pelbagai sekatan perdagangan.
c. Bagi British pula, dasar perdagangan bebas adalah penting. British memerlukan barangan
china seperti sutera dan tembikar. Akibat Revolusi Perindustrian,Britain memerlukan bahan
mentah dan pasaran yang luas. Negara China dapat memenuhi hasrat Britain itu.
d. Britain sebuah Negara kapitalis yang progresif dan maju tidak setuju dengan konsep
perdagangan China, sebuah Negara pertanian yang bersikap anti-perdagangan.
3. Konsep perundangan yang berbeza
a. Sistem perundangan China menetapkan bahawa seseorang dianggap telah bersalah sehingga
dibuktikan tidak bersalah.
b. Ini bercanggah dengan system perundangan British yang menganggap seseorang itu tidak
bersalah sehingga dibuktikan demikian.
c. Undang-undang China juga mengasaskan tanggungjawab kumpulan dibandingkan dengan
undang-undang British yang mengutamakan tanggungjawab individu.
d. British menganggap bentuk hukuman China iaitu cekik sampai mati terlalu kejam.
e. Semua ini memburukkan lagi hubungan antara China dengan British. Kesudahannya ialah
Perang Candu 1 pada tahun 1839 hingga 1842.
Dahagi India.
1. Penghapusan amalan social.
a. Lord William Bentick menghapuskan amalan sutee pada tahun 1828. Amalan suttee iaitu
pembakaran balu bersama mayat suami merupakan adapt yang telah lama dipraktikkan oleh
masyarakat India. British menganggap amalan ini tidak berperikemanusiaan.
b. British juga menganggap amalan thugee iaitu perompakan dan pembunuhan pengembara di
jalanraya yang dilakukan oleh kumpulan bersenjata atas nama Dewa Kali terlalu kejam dan luar
biasa.
c. Pembunuhan bayi perempuan yang diamalkan oleh masyarakat India juga dilarang oleh
British. British memikirkan bahawa amalan ini adalah jenayah besar.
d. Lord William bentick meluluskan undang-undang yang membenarkan balu berkahwin
semula. Tindakan beliau ini jelas bertentangan dengan adapt resam orang India.
2. Cadangan pembinaan tali air
a. British bercadang membina tali air menghubungkan beberapa kawasam dengan Sungai
Ganges .
b. Orang India menentang kerana Sungai Ganges adalah sungai suci dan tindakan British ini
telah mencemarkan agama Hindu.
3. Pengenalan pendidikan Barat
a. Orang India menganggap bahawa pendidikan barat yang diperkenalkan oleh British adalah
usaha untuk mengkristiankan orang India. Ini bercanggah dengan kepercayaan dan nilai hidup
mereka.
4. Akta Pengambilan Khidmat Awam
a. Lord Canning memperkenalkan Akta Pengambilan Am yang memerlukan orang India tanpa
mengira kasta berkhidmat di India.
b. Akta ini menjejaskan kedudukan dan kasta golongan Brahmin dan rajput.
5. Pengenalan senapang rifle Enfield
a. Dikatakan bahawa hujung peluru senapang disapu dengan minyak babi dan lembu. Hujung
senapang mesti digigit sebelum peluru diisikan ke dalam senapang.
b. Ini bercanggah dengan amalan agama sepou Hindu dan Muslim.
Kesimpulan.:
1. Memang tidak dinafikan bahawa Perang Candu 1 dan Dahagi India tercetus kerana
pertembungan dua kebudayaan yang berbeza. Bagi China, konsep perdagangan , konsep
perundangan yang berbeza mencetuskan Perang Candu 1 .
2. Di India pula, pihak British menganggap bahawa amalan social India terlalu kejam manakala
orang India menganggap tindakan British menghapuskan amalan mereka melanggar adapt
tradisi dan nilai hidup mereka.
Huraikan kesan-kesan Perang Jawa terhadap Indonesia pada abad ke 19.
Pengenalan:
Perang Jawa telah berlaku antara tahun 1825 hingga 1830 yang dipimpin oleh Pengiran Dipo
Negoro. Perang Jawa dilancarkan untuk menentang pihak Belanda di Pulau Jawa khususnya di
daerah Jogjakarta. Penduduk Jawa tidak berpuas dengan penguasaan Belando terhadap ekonomi
2. Kuasa pemerintah tempatan turut dikurangkan. Susunan pangkat dalam istana Jogjakarta dan
Surakarta telah diperbaiki dan diletak di bawah pengawasan Belanda.Contohnya Sultan
PPakubuwono VI telah dibuang ke Ambon kerana disyakki memulakan satu pemberontakan dan
digantikan oleh anaknya pakubuwono VII. Baginda menjadi raja boneka Belanda.
3. Membangkitkan semangat rakyat Indonesia menentang Belanda . Perang Jawa telah menjadi
pendorong kepada golongan nasionalis untuk bangkit menentang penjajahan Belanda.
Penentangan yang dilakukan oleh Dipo Negoro menjadi inspirasi untuk menentang penguasaan
Belanda.
Kesimpulan :
1. Perang Jawa yang telah dipimpin oleh kerabat diraja Kesultanan Jogjakarta merupakan suatu
tanda ketidakpuasan terhadap penjajahan Belanda di Pulau Jawa, Indonesia. Kekalahan tentera
jawa menentang Belanda telah memberi impak yang sangat besar terhadap kehidupan politik,
ekonoi dan social khususnya penduduk Jawa.
2. Kehidupan rakyat Indonesia semakin sengsara kerana Belanda telah menguasai system politik
Indonesia dan ekonomi . Perang jawa telah mengakibatkan kerugian harta benda dan juga
kehilangan banyak nyawa sama ada daripada pihak rakyat mahupu tentera Belanda.
Pengilhakan India dan pengilhakan di Indo-China.
Pengenalan:
1. Menjelang abad ke 20 hampir seluruh India berada di bawah kekuasaan British.
2. Tujuan utama Britsh meluaskan kuasa di India adalah untuk kepentingan perdagangan.
3. Syarikat Hindia Timur meluaskan pengaruhnya ke atas wilayah-wilayah di India dengan
menggunakan kaedah pengilhakan.
4. Kerajaan Laos pada awal kurun ke 19 terdiri daripada negeri-negeri seperti Luang Prabang,
Vientiana, Champassah, Chien Kuang, Sip Song panna dan Sip Tha.
5. Perancis telah menakluki Delta Mekong, Vietnam dan Kemboja.
6. Mereka hanya akan berkuasa dengan berkesan jika semua kawasan ke timur Sungai Mekong
dikuasai. Mula mengalihkan perhatian Laos.
a. INDIA
Lord William Bentick mengilhakan wilayah-wilayah seperti Cachar, Coorg dan Mysore:
a. Raja Chacar mangkat tanpa waris atas permintaan penduduknya Lord William Bentick
mengilhakan wilayah itu pada tahun 1830.
b. Coorg telah diilhakan atas sebab-sebab penyelewengan dalam pemerintahan rajanya yang
zalim. Mewujudkan pentadbiran yang tidak stabil.
c. Mysore juga diilhakan atas sebab-sebab penyelewengan dalam pemerintahan.
Pengilhakan di bawah Lord Ellenborough
a. Perjanjian diadakan antara British dengan Sind bagi membenarkan saudagar menggunakan
sunga-sungai dan jalanraya.
b. Beliau ingin merampas wilayah Sind dengan membuat beberapa tuduhan terhadap amir-amir
Sind. Mereka dipaksa menyerahkan sebahagian besar wilayah Sind kepada British. Hanya mata
wang British diakui sebagai sah.
c. Para amir menjadi marah dan menyerang Residensi British. Amir dapat ditewaskan dalam
pertempuran di Miami dan Dabo. Sind dirampas dan diletakkan di bawah empayar British.
Pengilhakan di bawah Lord Dalhousie
a. Melanjutkan doktrin kebaikan untuk diperintah ke atas wilayah-wilayah yang dibelenggu
pelbagai masalah penyelewengan pemerintahan/ salah tadbir tempatan.
b. Beliau mengisytiharkan perang terhadap kaum Sikh dan mengalahkan mereka di pertempuran
Gujerat. British telah mengilhakan / mencantumkan Punjab ke dalam penguasaan British.
c. Beliau juga telah menggunakan doctrine of lapse atau Undang-undang Lesap Waris yang sah,
wilayahnya akan diambil alih oleh British.
d. Beliau enggan mengiktiraf hak seseorang pemerintah untuk melantik seorang waris yang
bukan keturunannya sendiri.
e. Doktrin ini digunakan ke atas negeri-negeri merdeka/negeri-negeri yang dibentuk oleh SHT
dan bukan ke atas negeri-negeri naungan.
f. Negeri-negeri yang diilhakan menggunakan doktrin ini ialah Sarata (1848), Jaipur dan
Sambalpur (1849), Baghat (1850), Udaipur (1853), Jhansi (1854), Karnatik (1853) dan Tajnore
(1855).
g. Melalui cara-cara penyelewengan pemerintahan dan doktrin kebaikan untuk diperintah,
pemerintah Oudh, mengabaikan pentadbiran dan berlaku kekecohan atau keadaan huru hara
serta amalan rasuah.
h. Perjanjian dibuat di anatra Briish dengan pemerintah Nawab, Nawab dibenarkan
mengekalkan gelaran serta dibayar pencen 15 000.00 rupee. Apabila Nawab enggan
menandatangani perjanjian tersebut, Oudh dilhakan.
Pengilhakan di Vietnam:
a. Maharaja Gia Long mengadakan hubungan baik dengan Perancis bertolak ansur dengan
agama Kristian walaupun fahaman Confucianisme bertapak kukuh di Vietnam. Pelantikan
Bishop Pigneau sebagai menteri besar mengeratkan hubungan dengan Perancis.
b. Minh Mang tidak meneruskan dasar ayahandanya. Baginda berpegang teguh kepada ajaran
Confucianisme dan menjalankan dasar tutup pintu.
c. 1825 mengeluarkan undang-undang melarang kemasukan mubaligh-mubaligh Kristian
kerana agama Kristian dianggap merosakkan kebudayaan Vietnam.
d. Baginda melakukan kekejaman terhadap orang Kristian, membinasakan gereja-gereja dan
melucutkan jawatan pegawai-pegawai Perancis.
e. Pada masa pemerintahan Thien Tri, baginda meneruskan dasar ayahanda dan menggiatkan
lagi penganiayaan terhadap penganut Kristian. Dasar pemencilan juga diteruskan.
f. Permusuhan perancis-Vietnam memuncak pada masa pemerintahan Tu Duc, kegiatan antiKristian semakin meluas dan pembunuhan mubaligh-mubaligh bertambah. Contohnya,
pembunuhan paderi Augustian Ascheffler dan Paderi Jean-Louis Bonnard antara tahun 18511852.
g. Perancis memerlukan Vietnam sebagai pangkalan perdagangan di timur.
h. Dengan alasan pembunuhan Bishop Diaz, paderi Sepanyol pada 1 September 1858, de
3. Barat meminati Asia kerana kepentingan ekonomi walau pun sebab-sebab lain seperti politik
dan agama juga penting.Bagi mencapai matlamat tersebut, kuasa-kuasa Barat telah campur
tangan dalam hal ehwal Negara-negara Asia, khususnya di India dan Indo China melalui tiga
cara utama iaitu perjanjian ,peperangan dan pengilhakan.
Jelaskan migrasi orang Cina dan proses pembentukan masyarakat majmuk di Filipina.
Pengenalan:
1. Migrasi-satu bentuk mobiliti ruang yang berlaku antara satu unit atau kawasan yang
membabaitkan peruabahan tempat tinggal ke tempat yan baru
2. Perpindahan satu kelompok manusia dari negara asal ke negara baru/lain
3. Masyarakat majmuk satu masyarakat yang mempunyai dua atau lebih unsur kebudayaan atau
kaum yang berbeza yang hidup dalam satu komuniti dan tempat yang sama
4. Orang Cina berpindah masuk ke negara Filipina dari negara China
5. Kemasukan orang Cina telah memberi kesan ke atas struktur social masyarakat Filipina
Isi-isi penting (20 M)
Penghijrahan berlaku dari abad 7 hingga 19 masihi
Penghijrahan dibahagikan kepada dua peringkat: I). 1834(Manila dibuka kepada perdagangan
asing) II). 1876-1886
Pemerintahan Sepanyol- masyarakat Cina dipanggil Sanleys (bermaksud pedagang yang
mengembara)
Dasar Sepanyol terhadap orang Cina mengikut keperluan ekonomi dan kebijaksanaan politik
Jawatan Gobernadorcillos diwujudkan bagi mengawal hal-ehwal dan aktiviti orang Cina
Larangan-larangan terhadap orang Cina:tidak dibenarkan menjelajah sesuka hati; dilarang milik
tanah; dibenarkan bergerak pada waktu siang sahaja.Reaksi penduduk Cina terhadap larangan
dan sekatan adalah melalui pemberontakan.
Pihak Gereja Roman Katholik menyokong orang Cina sebab mereka penting dalam gerakan
kristianisasi dan ekonomi.Dengan itu, pihak Sepanyol melepaskan sekatan terhadap orang Cina
Kristian;kumpulan ini dikenali Mestizo dan dianggap setaraf dengan orang tempatan serta
diberi banyak keistimewaan.
Orang Mestizos menguasai pertanian eksport, menjadi orang tengah dalam perniagaan,
pemborong dan ceti; merupakan golongan berpendidikan (llustrados) .
Orang Mestizos pandang rendah terhadap penduduk tempatan sehingga tercetusnya kekacauan
kaum.
Amerika Syarikat mewujudkan undang-undang seperti Akta Buku Simpanan Kira-kira 1921
Kesimpulan
1. Kemasukan orang Cina di Thailand dan orang Cina di Myanmar membawa kepada
pembentukan masyarakat majmuk
2. Kedudukan golongan imigran ini menjadi kuat dan kukuh disebabkan oleh penguasaan
ekonomi; wujudnya perasaan anti Cina dan anti India.
3. Hak ekonomi orang tempatan mula berkurangan; ini membawa kepada penentangan dan
kemunculan gerakan nasionalisme di Myanmar dan Thailand (contohnya gerakan anti Cina yang
dipimpin oleh Pibun Songram
Sejauh manakah faktor bahasa dan kesusasteraan mempengaruhi kesedaran nasionalisme
di kalangan orang Melayu di antara tahun 1900 hingga menjelang Perang Dunia Kedua?
A. Pengenalan:
Terdapat banyak faktor yang membawa kepada kesedaran nasionalisme:
Faktor agama
Kewartawanan
Sistem pendidikan
Intelektual
Pengaruh luar
Bahasa dan kesusasteraan
B. Isi:
Bahasa dan kesusasteraan:
k. Karya-karya sastera bukan sahaja digunakan untuk hiburan tetapi juga untuk menimbulkan
semangat kebangsaan di kalangan orang Melayu yang dihimpit oleh kaum imigran
l. Menyedarkan masyarakat Melayu yang berada dalam kemunduran dan kemerosotan
khususnya dalam ekonomi menerusi novel Dari Perangkap ke Penjara dan cerpen Rumah
Besar Tiang Seribu
m. Hikayat Faridah Hanom karya Syed Sheik Al-Hadi memperjuangkan emansipasi wanita
dan pentingnya wanita Islam moden diberi hak yang sama seperti kaum lelaki
n. Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj Muhamad menceritakan tentang kelemahan pemimpin
Melayu dan ketidakjujuran British
o. Abad ke-20 muncul karya untuk menyedarkan masyarakat Melayu pentingnya pendidikan
dan keazaman untuk mencapainya
p. Shamsudin Salleh melalui cerpen Cermin Pergaulan Hidup di Dunia mengisahkan tentang
tekanan di bawah penjajahan British
q. Puisi dan syair oleh Harun Aminurrashid semua puisi bertemakan semangat kebangsaan
Melayu. Contoh: Semenanjung, Rayuan Bangsamu, dan Perwira Melayu.
r. Abdul Samad Ahmad dalam puisi Serunai Pujangga menyeru orang Melayu bersatu dan
bergerak cergas untuk mencapai kemajuan.
s. Bidang kesusasteraan merupakan alat bagi masyarakat Melayu yang miskin meluahkan
ketidakpuasan hati dan sebagai suatu protes secara senyap terhadap nasib malang di tanah air
sendiri.
t. Bidang kesusasteraan menyedarkan orang Melayu tentang perjuangan golongan intelektual
melindungi agama, bangsa, dan negara.
Intelektual:
j. Perjuangan golongan ini berkait rapat dengan bidang bahasa dan kesusasteraan.
k. Terdapat tiga golongan intelektual yang membangkitkan nasionalisme Melayu iaitu golongan
intelektual berpendidikan Arab, Melayu, dan Inggeris.
l. Al-Imam meniupkan seruan Islah Islamiyyah di Tanah Melayu dan diilhamkan oleh tokohtokoh berpendidikan Arab di Timur Tengah. Contoh: Sheikh Mohd Tahir Jalaluddin dan Sheikh
Mohd Salim Al-Kalali
m. Golongan intelektual yakin umat Islam boleh diselamatkan sekiranya mengikuti apa yang
termaktub dalam Al-Quran dan hadis, mengutuk mereka yang mengamalkan agama sematamata dan enggan menerima hakikat perubahan masa yang menyebabkan pemikiran umat Islam
kolot dan mundur.
n. Perjuangan golongan intelektual berpendidikan Inggeris muncul akibat penguasaan ekonomi
oleh bangsa asing.
o. Golongan ini juga bersikap sederhana dan boleh bekerjasama dengan pihak penjajah.
Perjuangan mereka meliputi soal sosio-ekonomi masyarakat Melayu. seperti peluang
melanjutkan pelajaran ke luar Negara. Contoh : Dato Onn bin Jaafar dan Mohamad Eunos bin
Abdullah.
p. Golongan intelektual Melayu memainkan peranan membentuk persatuan-persatuan dan kelab.
Mereka menubuhkan persatuan-persatuan Melayu peringkat negeri. Contoh: Persatuan Melayu
Pahang dan Perak.
q. Golongan ini lebih radikal berbanding dengan intelektual berpendidikan Arab dan Inggeris.
r. Intelektual terkemukaa berpendidikan Melayu ialah Ibrahim Hj Yaacob
Sistem Pendidikan:
f. Terbukti perkembangan pendidikan dalam dan luar negeri melahirkan golongan intelektual
terpelajar yang berperanan penting membangkitkan gerakan nasionalisme.
g. Contoh: sistem pendidikan Arab yang dikenal sebagai sistem sekolah pondok
h. Pelajar-pelajar yang menuntut di Timur Tengah dipengaruhi oleh gerakan reformis Islam.
i. Perkembangan sistem pendidikan Inggeris melahirkan golongan intelektual yang
memperjuangkan hak-hak dan keistimewaan orang Melayu. Mereka menuntut keistimewaan
yang diberikan kepada orang British perlu juga diberi kepada orang Melayu.
j. MPSI merupakan tempat berkumpul golongan intelektual Melayu daripada golongan bawahan
yang mempunyai kesedaran untuk memperbaiki nasib orang Melayu.
Kewartawanan:
d. Bidang ini turut memberi sumbangan meningkatkan kesedaran politik masyarakat Melayu.
e. Contoh: Majlis, Warta Malaya, Idaran Zaman, Al-Imam, Utusan Melayu, Warta Negara,
Lembaga Malaya, dan Majalah Guru.
f. Akhbar menyalurkan ilmu dan mesej supaya masyarakat Melayu mencapai kemajuan dalam
hidup.
Faktor Luaran:
c. Peristiwa di luar Tanah Melayu memberi kesan besar kepada semangat nasionalisme orang
Melayu.
d. Contoh: perkembangan politik Indonesia, Perang Rusia-Jepun (1904-1905), Pergerakan Turki
Moden, dan kejayaan Revolusi 1911 di China.
Kesimpulan:
c. Bahasa dan kesusasteraan merupakan faktor penting membangkitkan kesedaran kebangsaan
Terangkan ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan reaksi penduduk Tanah Melayu
terhadap penubuhannya.
Pengenalan:
1. Pelaksanaan Malayan Union (MU) mendapat tentangan daripada orang Melayu. British
terpaksa membubarkan MU dan menubuhkan satu jawatankuasa kerja untuk merangka
perlembagaan Tanah Melayu yang baru
2. Pada 1 Februari 1948 Persekutuan Tanah Melayu (PTM) telah diisytiharkan
Isi:
1. Ciri-ciri:
a. PTM terdiri daripada 9 buah negeri Melayu dan 2 buah negeri Selat
b. Diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi dan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerja Dewan Undangan
Persekutuan
c. Majlis Perundangan pula bertanggungjawab dalam menggubal undang-undang
d. Kedaulatan dan kuasa sultan dipelihara. Sultan memerintah dengan bantuan Majlis Mesyuarat
Kerajaan Negeri dan Majlis Undangan Negeri yang mempunyai kuasa menggubal undangundang negeri
e. Orang Melayu diberi hak-hak istimewa sebagai kaum bumiputera
f. Pemberian kerakyatan mengikut prinsip jus soli dihapuskan dan syarat memohon kerakyatan
diperketatkan
2. Reaksi:
g. Sebahagian besar masyarakat Melayu menyokong kerana hak-hak istimewa masyarakat
Melayu dikembalikan
h. Masyarakat Melayu yang menjadi anggota parti berhaluan kiri seperti API, AWAS, PKMM
dan PUTERA menentang kerana pemimpin UMNO yang menganggotai jawatankuasa kerja
yang berfungsi menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan syarat-syarat
memperoleh kerakyatan semakin ketat
i. PKMM, AWAS, API dan BATAS mendesak rakyat diberi kebebasan untuk memerintah negara
j. Sebuah badan politik bukan Melayu (AMCJA) membantah cara-cara kerajaan memilih ahli
jawatankuasa yang merancang cadangan perlembagaan bagi kerajaan PTM
k. AMCJA turut membantah pertubuhan kerajaan PTM
l. AMCJA dan PUTERA bekerjasama dan mengemukakan idea-idea perlembagaan Tanah
Melayu kepada kerajaan British
Kesimpulan:
4. Masyarakat Melayu mendapat kejayaan menghapuskan rancangan MU dan memperkenalkan
PTM
5. Mereka dapat memperjuangkan kedaulatan raja-raja Melayu dan hak istimewa orang-orang
Melayu
6. PTM 1948 menjadi asas kepada Perlembagaan Kemerdekaan 1957
15. Bincangkan kemunculan pertubuhan-pertubuhan di Tanah Melayu antara tahun 1926 hingga
1941.
Pengenalan:
Semangat nasionalisme abad ke-20 lebih menumpu kepada perkembangan ekonomi dan
kemajuan social
Pertubuhan dipimpin oleh golongan berpendidikan
Isi:
Kesatuan Melayu Singapura (KMS)
1. Ditubuhkan oleh Muhammad Uenos Abdullah
2. Tujuan:
jj. menyedarkan orang Melayu tentang kepentingan pendidikan peringkat tinggi
nn. mengingatkan kaum Melayu tentang kesan penjajahan British
ll. menyedarkan orang Melayu tentang kepentingan melibatkan diri dalam politik dan hak-hak
serta kebebasan mereka
pp. memajukan kedudukan sosio-ekonomi orang Melayu
1. Kejayaan
qq. menawarkan biasiswa kepada anak Melayu
rr. menuntut sebidang tanah khas
pp. memperjuangkan penglibatan wakil Melayu dalam Majlis Perundangan Negeri-negeri Selat
Kelab Putera
1. Ditubuhkan di Kota Bharu oleh Asaad Shukri bin Haji Muda dan Abdul Kadir Abadi
2. Tujuan:
tt. menyatupadukan masyarakat Melayu Kelantan
uu. mencapai kemajuan dalam semua aspek kehidupan orang Melayu
1. Kegiatan
ss. menganjurkan ceramah agama, kebudayaan, ekonomi, politik dan pendidikan
tt. mengundang tokoh-tokoh seperti Ishak Haji Muhammad dan Ibrahim Haji Yaacob
uu. terlibat dalam penerbitan Majalah Akhbar Putera
vv. mendesak supaya tanah Bandar di Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Putih, Kuala Krai dan
Bachok dikecualikan daripada undang-undang penjualan tanah
Persekutuan Setiawan Belia
1. Ditubuhkan di Kota Bahru pemimpin-pemimpin Persekutuan Setiawan Belia
2. Tujuan:
ww. menyebarkan ilmu pengetahuan melalui penghasilan buku-buku dan penubuhan
perpustakaan
xx. menyatupadukan ahli-ahlinya yang terdiri daripada bekas-bekas pelajar Madrasah
Muhammadiah, Kota Bharu
Persaudaraan Sahabat Pena Malaya (PASPAM)
1. Ditubuhkan pada 1934
2. Dibuka kepada semua orang Melayu yang berumur 16 tahun dan ke atas
17. Tujuan:
rrr. memelihara hak orang Melayu
18. Perjuangan:
mmm. memelihara kepentingan adat istiadat dan kebajikan orang Melayu
nnn. menggesa bahawa hak keistimewaan orang Melayu dipelihara
Kesatuan Melayu Muda (KMM)
19. Parti politik pertama di Tanah Melayu
20. Pemimpin - Ishak Haji Muhammad, Abdul Karim Rashid, Onan b. Haji Siraj, Hassan b.
Manan, Isa Mohammad b. Mahmud, Ahmad Boestamam dan Mustapha Hussein
21. Sebuah parti radikal yang mengamalkan sikap tidak bekerjasama dengan British
22. Perjuangan:
uuu. menentang pihak British di Tanah Melayu
vvv. menghapus rejim British di Tanah Melayu
www. melindungi hak-hak orang Melayu
xxx. menyatukan Tanah Melayu dengan Indonesia dalam konsep Melayu Raya
Kesimpulan:
1. Pada awal abad ke-20 telah muncul kesedaran nasionalis dikalangan pemimpin-pemimpin
2. Mereka juga memperjuangkan penglibatan orang Melayu dalam ekonomi dan menekankan
kepentingan bidang pendidikan
Jelaskan syor-syor Malayan Union (MU) serta reaksi orang Melayu terhadap
penubuhannya.
Pengenalan:
1. MU telah diperkenal pada 1946 - selepas Perang Dunia Kedua
2. Orang Melayu menentang MU kerana menghapuskan keistimewaan dan ketuanan mereka
Isi:
3. Syor-syor MU:
a. gabungan sembilan negeri-negeri Melayu dan dua negeri-negeri Selat
b. diketuai oleh gabenor dan dibantu oleh dua majlis iaitu Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis
Mesyuarat Undangan
c. kedudukan raja-raja Melayu dikekalkan tetapi kuasa dikurangkan kepada hal-ehwal agama
dan adat istiadat orang-orang Melayu
d. taraf kewarganegaraan berdasarkan prinsip jus-soli / taraf kerakyatan diberikan kepada orang
asing dengan syarat yang longgar
e. hak kewarganegaraan yang sama kepada semua semua orang tanpa mengira bangsa dan dan
keturunan
f. Singapura diasingkan dan British mengekalkan pemerintahan di situ - Singapura mempunyai
kekayaan ekonomi dan merupakan pusat pertahanan Inggeris (pengkalan tentera laut dan darat)
g. Majlis Mesyuarat Negeri dikekalkan untuk menguruskan hal ehwal kerja tempatan
gabenor
j. Majlis Tempatan diubah menjadi Majlis Daerah di bawah Pegawai Daerah
k. Sarawak dibahagi kepada lima bahagian. Setiap bahagian diketuai oleh Residen. Daerah
diketuai oleh Pegawai Daerah
l. 24 buah daerah ditadbir dengan bantuan Majlis Daerah
m. Pilihanraya pertama untuk Majlis Daerah diadakan pada tahun 1959 untuk memilih wakil ke
Majlis Penasihat Bahagian
n. Ahli Majlis Penasihat Bahagian memilih wakil ke Majlis Negeri
o. Sistem ini kekal sehingga tahun 1963
3. Sabah:
a. Syarikat Berpiagam Borneo Utara telah menyerahkan Sabah kepada kerajaan Inggeris pada
15 Julai 1946
b. Sabah menjadi tanah jajahan Inggeris diperintah oleh gabenor dengan bantuan Majlis
Penasihat
c. Perlembagaan baru diperkenalkan yang terdiri daripada Majlis Eksekutif (Majlis Mesyuarat
Kerajaan) dan Majlis Mesyuarat Undangan
d. Majlis Eksekutif menasihati gabenor tentang pentadbiran dan dasar penting kerajaan Inggeris
e. Sabah dibahagi kepada empat residensi dan setiap residensi dibahagi kepada daerah-daerah
f. Majlis Tempatan diasaskan di daerah Kota Belud, Sipitang dan Papar. Matlamatnya untuk
memberi peluang kepada penduduk tempatan dalam pentadbiran
g. Majlis Tempatan dikenali sebagai Majlis Daerah
h. Perlembagaan dirombak. Jumlah ahli dalam Majlis Eksekutif ialah 12 orang dan Majlis
Undangan Negeri Sabah ditambah menjadi 25 ahli
Kesimpulan:
4. Menjelang awal 1960-an, banyak parti politik telah ditubuhkan di Sabah dan Sarawak.
5. Penduduk telah berjuang untuk kemerdekaan dan telah menyertai Malaysia yang telah
ditubuhkan pada 1963.
6. Sabah dan Sarawak telah memperkenalkan perlembagaan baru yang berasaskan
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
1957.
Pengenalan:
6. Tanah Melayu melalui pelbagai peringkat sebelum mencapai kemerdekaan
7. April 1951 - Sistem Ahli diperkenalkan
8. Ia merupakan satu usaha penting British untuk mewujudkan Pakatan Murni iaitu perpaduan
tiga kaum
9. Sistem Ahli dikenali sebagai kabinet bayangan yang merupakan satu barisan tokoh-tokoh
tempatan mentadbir Negara secara tidak langsung dan mendapat latihan mentadbir Negara
10. Tanah Melayu kemudiannya telah melalui proses pilihanraya
Isi:
18. Pilihanraya digunakan oleh British untuk menguji sama ada wujudnya perpaduan di
kalangan rakyat Tanah Melayu
19. Pada peringkat permulaan, pilihanraya peringkat tempatan diperkenalkan pada 1951 bagi
Majlis Bandaran Georgetown, Johor Bharu, Ipoh, Melaka, Seremban dan Kuala Lumpur
20. Pilihanraya umum diadakan pada 27 Julai 1955
21. Sebanyak 52 kerusi dipertandingkan
22. Parti Perikatan mewakili kombinasi parti-parti politik tiga kaum berlainan dan memenangi
51 kerusi
23. Kemenangan menunjukkan rakyat percaya cara terbaik mencapai kemerdekaan ialah melalui
kerjasama antara kaum
24. Penubuhan Parti Perikatan bertujuan untuk mendapat undi majoriti
25. Penubuhannya untuk membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan kuasa asing
26. Rundingan kemerdekaan diadakan di London antara pemimpin Tanah Melayu dengan
kerajaan British
27. Keputusan pilihanraya umum 1955 memaksa kerajaan British menerima hakikat Parti
Perikatan disokong oleh semua rakyat Tanah Melayu
28. Parti Perikatan telah berjanji akan mendapatkan kemerdekaan dalam tempoh 4 tahun semasa
kempen pilihanraya
29. Pada Februari 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan ke London untuk
merundingkan kemerdekaan Tanah Melayu
30. 8 Februari 1956, Perjanjian London dimeterai antara Raja-raja Melayu, Parti Perikatan dan
British
31. Perjanjian London menjanjikan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957
32. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu digubal oleh Suruhanjaya Reid. Suruhanjaya
menerima 131 memorandum bertulis
33. Beberapa pindaan telah dibuat oleh Suruhanjaya Reid terhadap rang perlembagaan yang
kemudiannya disahkan oleh Majlis Raja-raja
34. Perisytiharan kemerdekaan dibuat pada pagi 31 Ogos 1957
Kesimpulan:
4. Langkah awal untuk mencapai kemerdekaan ialah melalui Pakatan Murni dalam Sistem Ahli
5. British mengadakan pelbagai peringkat pilihanraya untuk menguji tahap perpaduan
6. Keputusan pilihanraya umum 1955 membuktikan dasar perjuangan sesuai dengan penduduk
Tanah Melayu
Huraikan tindakan-tindakan Parti Komunis Malaya (PKM) yang membawa kepada
perisytiharan darurat.
Pengenalan:
5. PKM melancarkan pemberontakan bersenjata untuk menggulingkan pemerintahan di Tanah
Melayu.
6. Menubuhkan Republik Komunis Tanah Melayu
7. PKM melakukan kekejaman iaitu dengan pembunuhan para pegawai British
8. British berusaha untuk membendung komunis dengan mengisytiharkan darurat pada 1948
Isi:
14. PKM ditubuhkan pada 1930 untuk menggulingkan kerajaan British dan menubuhkan
Republik Komunis Malaya
15. PKM menyusup masuk ke dalam kesatuan-kesatuan sekerja dan sekolah Cina (golongan
belia)
16. PKM bergerak secara sulit/gerakan bawah tanah kerana tidak didaftarkan
17. 1936 hingga 1937 organisasi PKM mantap dan menghasut para pekerja dan melancarkan
mogok di Perak, Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Johor.
18. 1939 keanggotaan PKM bertambah 37 ribu orang
19. Ramai orang Cina terpengaruh dengan perjuangan PKM untuk menjaga kebajikan dan
kepentingan mereka
20. 1942 hingga 1945 pihak British bekerjasama dengan PKM untuk menentang PKM
21. PKM membentuk Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA)
22. British melatih dan membekalkan senjata kepada tentera gerila komunis
23. Tamat Perang Dunia Kedua, British iktiraf PKM sebagai parti yang sah di Tanah Melayu
24. PKM meluaskan pengaruh menguasai sekolah Cina dan kesatuan sekerja
25. 1947 permogokan di Batu Arang untuk lumpuhkan ekonomi Chin Peng ambil alih lebih
agresif- guna kekerasan dan melancarkan pemberontakan bersenjata pada Jun 1948
26. Tiga orang pegawai British dibunuh di Sg Siput dan darurat diisytiharkan PKM
diharamkan
Kesimpulan:
3. British telah berjaya melumpuhkan kegiatan komunis
4. British lebih bersedia untuk bekerjasama dengan pemimpin tempatan yang lebih berfahaman
sederhana ini telah mempercepatkan proses kemerdekaan Tanah Melayu
Bincangkan usaha-usaha yang diambil untuk menubuhkan persatuan akhbar atau
pertubuhan orang Cina dan India selepas Perang Dunia Kedua.
Pengenalan:
3. Sejak kedatangan orang India ke Tanah Melayu, mereka telah menubuhkan pertubuhan yang
bercorak social, kebudayaan dan kebajikan dan memberi tumpuan kepada pergolakkan politik di
India.
4. Orang Cina pula mempunyai tradisi berpersatuan seperti kegiatan kongsi-kongsi gelap dan
lbih berminat dalam kegiatan politik di negara Cina.
Isi:
3. India:
m. Pergerakan politik kaum India telah mula memberi perhatian dalam pergolakan politik
negara ini
n. MIC ditubuhkan pada tahun 1946 dibawah John A. Thivy
o. Matlamatnya
p. menjaga kepentingan kaum India di Tanah Melayu
q. memperjuangkan kemajuan politik bersama-sama kaum lain
r. Kesatuan Sekerja , Malayan Union Association (MUA) dan Federal India
s. Organisation (FIO) di tubuhkan untuk menjaga kepentingan pekerja kaum
t. India di Tanah Melayu, dipimpin oleh K. Ramanathan
u. Perlembagaan MIC dipinda dan parti menerima penubuhan Persekutuan Tanah Melayu
v. Akhbar berbahasa Tamil ialah Tamil Nesan dan Tamil Murasu yang memberi perhatian
kepada sosio ekonomi kaun India.
w. 1954, MIC menyertai Parti Perikatan
x. 1955, V.T.Sambanthan dipilih menjadi presiden MIC.
4. Cina:
n. PKM (diwakili oleh kaum Cina) telah membantu British menentang Jepun semasa
pemerintahan Jepun di Tanah Melayu
o. PKM menentang British selepas pendudukan British
p. PKM melancarkan pemberontakan bersenjata
q. PKM gagal dan diharamkan pada tahun 1948
r. Peertubuhan politik dianggotai oleh orang Cina ialah MCA yang cuba menyekat fahaman
komunis di kalangan orang Cina dan menghalang mereka daripada menyertai PKM
s. Matlamatnya ialah untuk melindungi kepentingan politik kaum Cina di Tanah Melayu dan
bekerjasama dengan kerajaan British
t. MCA dibawah pimpinan Tan Cheng Lock. Keahlian MCA meningkat diwah kepimpinannya.
u. MCA telah membantu menempatkan semula setiggan-setinggan CIna di kampong-kampung
baru.
a. MCA berpakat dengan UMNO untuk pilihanraya 1952. Menang 9 daripada 12 kerusi.
v. Parti Buruh Pulau Pinag di bawah pimpinan Yeop Chong Kong, menjaga hak buruh Cina.
w. Parti Buruh Pulau Pinang telah bertanding pihihanraya Pulau Pinang 1951 telah menang 1
kerusi
x. Pan Malayan Labour Party (gabungan beberapa buah parti buruh) telah ditubuhkan
diperingkat Negeri.
y. Nama parti ditukar kepada Parti Buruh SeMalaya pada 1954.
z. Menentang PKM dan bekerjasama dengan British.
Kesimpulan:
2. UMNO,MCA dan MIC telah bergabung dan bertanding dalam pihihanraya peringkat
bandaran dan negeri pada tahun 1952 dan menjelang pilihanraya peringkat Persekutuan
1955.Parti Perikatan telah dibentuk(UMNO.MCA,dan MIC) untuk merintis jalan ke
kemerdekaan Tanah Melayu.
Terangkan perjuangan parti-parti politik berhaluan kiri di Tanah Melayu dari tahun 1945
hingga 1947.
Pengenalan:
4. Selepas tamat Perang Dunia Keda kegiatan berpolitik di Tanah Melayu semakin berkembang
pesat dengan pembentukan banyak parti politik baharu
5. Kewujudan parti-parti politik berhaluan kiri telah menyemarakkan lagi perkembangan
gerakan nasionalisme di Tanah Melayu
6. Parti-parti politik berhaluan kiri berideologikan sosialis dan komunis.
Isi:
12. Parti Kebangsaan Melayu Malaya ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Perak dengan nama
asalnya Parti Sosialis
13. PKMM dipimpin oleh Ahmad Boestamam dan Mokhtaruddin Lasso
14. PKMM berusaha menyatupadukan bangsa Melyu dan mencapai kemerdekaan melalui
gabungan dengan Indonesia
15. PKMM memajukan ekonomi dan memberi peluang pendidikan kepada orang melayu
16. PKMM mewujudkan hubungan baik diantara semua kaum di Tanah Melayu
17. Memberi sokongan terhadap perjuangan bangsa Indonesia untuk mencapai kemerdekaan
18. Angkatan Pemuda Insaf (API) ditubuhkan pada tahun 1946 menggunakan slogan Merdeka
dengan darah.Menggunakan cara radikal untuk mencapai kemerdekaan di Tanah Melayu
19. Angkatan Wanita Sedar (AWAS) ditubuhkan di Perak pada tahun1946 dipimpin oleh
Sawiyah bt. Ali.AWAS berfahaman sosialis dan berjuang bersama dengan pertubuhan berhaluan
kiri yang lain untuk menentang British di Tanah Melayu.
20. Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) ditubuhkan pada bulan Februari 1947, menjalin pakatan
dengan AMCJA untuk menentang pentadbiran British di Tanah Melayu
21. Pakatan ini juga menentang pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948
22. PUTERA telah mengemukakan perlembagaan rakyat yang mengandungi 10 perkara utama
untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu dan kedaulatan raja-raja Melayu dan Bangsa
Melayu
Kesimpulan:
5. perjuangan parti-parti politik berhaluan kiri di Tanah Melayu bertujuan untuk mencapai
kemerdekaaan
6. mengamalkan dasar-dasar tidak bekerjasama dengan British
7. perjuangan parti politik berhaluan kiri kurang mendapat sambutan daripada penduduk Tanah
Melayu kerana corak perjuangan berbentuk radikal
Bincangkan bentuk pemerintahan di Myanmar (Burma) dan Vietnam selepas Perang
Dunia Kedua.
Pengenalan (3 markah)
1. Myanmar (Burma) dan Vietnam mempunyai latar belakang sejarah pemerintahan yang
berbeza.
2. Burma/Myanmar pernah menjadi negara jajahan British manakala Vietnam berideologi
komunis
India ( 10 markah )
Merupakan sebuah negara kesatuan
Dibahagikan kepada tiga badan utama, iaitu eksekutif, perundangan dan kehakiman
Presiden adalah ketua badan eksekutif tetapi kuasa pemerintahan diketuai oleh perdana menteri.
Beliau dilantik untuk tempoh selama 5 tahun.
Kuasa presiden adalah seperti
a. mengetuai kuasa eksekutif
b. ketua tertinggi angkatan tentera
c. melantik perdana menteri dan ahli kabinet
kuasa perdana menteri
a. ketua bahagian
b. mempunyai kuasa pemerintahan sebenar
c. membuat dasar-dasar kerajaan
Tiga unit dalam badan perundangan ialah
a. Presiden
b. Dewan Negeri ( Rajya Sabha ) dengan 250 orang ahli yang berkhidmat untuk tempoh 6 tahun.
Semua ahli dipilih kecuali 12 dilantik oleh presiden
c. Dewan Rakyat ( Lok Sabha ) dengan 500 orang ahli yang berkhidmat selama 6 tahun
India dibahagi kepada beberapa negeri dan setiap negeri diketuai oleh Gabenor yang dilantik
oleh presiden untuk tempoh 5 tahun.
Kerajaan pusat mempunyai kuasa ke atas negeri
Setiap negeri dibahagi kepada daerah , daerah kecil dan taluk ( tahsil ). Daerah diketuai oleh
Pemungut sebagai pemungut cukai atau majistret.
Kesimpulan
Sistem pentadbiran yang tersusun dan bercorak demokrasi ini telah berjaya mewujudkan
keadaan yang aman dan meningkatkan pencapaian ekonomi negara masing-masing
Kesan kepada kewujudan bandar-bandar baru dan sistem sosial yang lebih baik seperti
pendidikan, kesihatan dan infrastruktur.
Bincangkan sistem pentadbiran yang diamalkan di negara China dan Thailand selepas
Perang Dunia Kedua.
Pengenalan
Sistem pentadbiran Thailand telah berubah akibat Revolusi Siam tahun 1932 daripada sistem
monarki mutlak kepada Raja Berperlembagaan .
Negara China pula berubah kepada sistem Republik Komunis setelah Parti Komunis China
( PKC ) berjaya merampas kuasa dari Kuomintang.
China ( 12 markah )
Menjalankan pemerintahan komunis
1949 dikenali sebagai Republik Rakyat China
Badan Tertinggi adalah Jawatankuasa Persidangan Perundingan Rakyat China yang bertindak
tergugat
3. Di Negara China, sistem pentadbiran republik komunis berjaya membawa kemajuan kepada
rakyatnya.
Situasi politik yang tidak stabil di negara Thai dan Pakistan menyebabkan seringkali
berlaku perubahan pucuk pimpinan Negara. Bincangkan.
Pendahuluan
1. Selepas Revolusi Siam 1932 berlaku rampasan kuasa oleh golongan tentera dan golongan
awam. Mewujudkan ketidakstabilan politik.
2. Di Pakistan , setelah kematian Muhammad Ali Jinnah pada September 1948 Pakistan
kehilangan simbol perpaduan yang telah menimbulkan masalah politik.
Thailand ( 10 markah )
1. Sebelum PD2 sehingga kekalahan Jepun, Jeneral Phibul Songgram mendominasikan politik
Thai. Lepas perang, kuasa politik kembali kepada rakyat dengan didominasi oleh Pridi.
2. Jawatan Perdana Menteri telah diserahkan kepada Pridi Panamyong sehingga tahun 1946,
apabila berlaku pembunuhan terhadap Raja Ananda dan beliau dipaksa untuk meletakkan
jawatan sebagai Perdana Menteri.
3. Kepimpinan Negara Thai telah diserahkan kepada Thamrong Nawasawat dengan sokongan
kuat daripada pihak tentera, walau bagaimanapun pemerintahan beliau telah berakhir dalam
rampasan kuasa pada November 1947.
4. Phibul Songgram telah dilantik semula menjawat jawatan Perdana Menteri Negara Thai yang
baharu berkuatkuasa pada bulan November 1947, beliau telah berusaha untuk mengukuhkan
kedudukannya dengan memperkenalkan perlembagaan baru.
5. Beliau menjalankan dasar berbaik-baik dengan Britain dan Amerika Syarikat yang
menimbulkan ketidakpuasan hati rakyat yang diterjemahkan dalam undi pilihanraya yang
memperlihatkan Phibul menang tipis pada tahun 1957.
6. Pada tahun 1957, Sarit Thanarat telah memimpin rampasan kuasa yang disokong oleh pihak
tentera, kemudian beliau telah dilantik menjadi Perdana Menteri Thai pada tahun 1958,
pemerintahan Thai dipegang oleh tentera sehingga pilihanraya dilaksanakan pada tahun yang
sama di mana Sarit Thanarat menang kerusi terbanyak.
Pakistan ( 10 markah )
1. Selepas merdeka , Pakistan menghadapi masalah bangsa, agama, pembangunan ekonomi dan
hubungan dengan India.
2. Kematian pemimpin pertama Muhammad Ali Jinnah menyebabkan Pakistan kehilangan
symbol perpaduan dan menambah maslah Pakistan.
3. Pengganti Jinnah, Linguat Ali Khan tidak disenangi rakyat terutama yang beragama Hindu
Pendahuluan
1. Selepas merdeka Filipina dan Indonesia berusaha memajukan sosioekonomi negara masingmasing
2. Menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur untuk terutamanya masyarakat luar bandar
Filipina
1. Penduduk Filipina lebih bertumpu di Bandar terutamanya Manila , Quezon City , dan Cebu.
2. Taburan penduduk 46% di Pulau Luzon dan 29% di kepulauan Visayan
3. Penduduk Filipina mempunyai hak kebebasan beragama dan peluang pendidikan yang sama.
Bahasa utama ialah bahasa Inggeris , Sepanyol dan Tagalog ( bahasa kebangsaan )
4. Penduduk Filipina bergantung hidup kepada hasil pertanian. Filipina merupakan pengeluar
utama dunia bagi kelapa dan abaka.
5. Ekonomi Filipina bercorak pertanian di mana padi merupakan tanaman sara diri dan eksport
yang terpenting. Penubuhan Institut Penubuhan Padi Antarabangsa menyebabkan hasil
pengeluaran padi meningkat.
6. Jagung , tebu, tembakau, nenas dan kelapa juga merupakan tanaman lain yang penting. Gula
dieksport khususnya ke Amerika syarikat.
7. Mengasingkan industri gula dan kelapa melalui penubuhan Lembaga Kelapa Filipina dan
menggerkkan semula Suruhanjaya Gula Filipina.
8. 1956 Filipina telah menghasilkan 1.4 juta tan metrik kelapa kering
9. Perindustrian merupakan punca utama pendapatan kerajaan dan kegiatan ini bertumpu di
Manila dan para pekerja terlibat dalam bidang industri ringan , pembungkusan, pemprosesan,
dan pemasangan .
10. Ilagan City, di Mindanao merupakan kawasan industri besi dan keluli.
11. Orang China menguasai 23% daripada jumlah pelaburan perdagangan dan ini menimbulkan
masalah pengagihan kekayaan Negara
12. Memberi penekanan kepada pembangunan sektor eksport.
13. 1960an kerajaan Filipina melancarkan Akta Insentif Eksport
14. Jawatankuasa Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat meluluskan peruntukn
sebanyak US$ 200 juta untuk membangunkan infrastruktur di Bandar General Santos
( Mindanao )
15. Kadar literasi telah meningkat secara mendadak pada zaman pasca perang. 1946 kadar
literasi penduduk Filipina ialah 60% berbanding 20% pada tahun 1900.
Indonesia .
1. Indonesia menduduki tempat kelima penduduk paling ramai di dunia. Lebih 65%
penduduknya tinggal di pulau Jawa dan Madura .
2. Etnik utama dan paling ramai ialah orang Melayu Indonesia yang menggunakan bahasa
Indonesia.
3. Agama Islam dan Hindu merupakan agama utama di mana kebebasan beragama diamalkan.
4. Ekonomomi Indonesia bergantung kepada penghasilan pertanian dan eksport komoditi. Lebih
60% tenaga kerja terlibat dalam sektor pertanian . Menjelang abad ke 20 petrolium dan gas asli
merupakan 65% daripada hasil eksport di samping ,bijih timah, getah , beras, ikan dan hasil
hutan merupakan keperluan asas penduduk tempatan dan merupakan pendapatan utama negara.
5. Jawa merupakan kawasan pertanian utama mengeluarkan 50% padi Negara, 90% soya, 75%
jagung dan 80% ubi kayu. Kerajaan Indonesia telah melaksanakan revolusi hijau untuk
memajukan sektor pertanian .
6. Pada tahun 1958 kerajaan menggalakkan pelabur asing mengusahakan estet pertanian . Pada
1961 Presiden Indonesia mengarahkan setiap keluarga petani perlu memiliki 2 hektar tanah
tetapi tidak melebihi 15 hektar tanah tanaman padi atau 20 hektar tanah tanaman biasa.
7. Dalam industri Indonesia menceburkan diri dalam bidang petroleum ,getah, pembuatan
barangan elektrik ,tekstil ,rokok dan kertas.
8. Pada 1958 Indonesia membenarkan pelabur asing memiliki industri sendiri tetapi telah
memiliknegarakan beberapa industri penting.
9. Pada 1950 kerajaan Indonesia telah meningkatkan taraf pendidikan penduduknya. Pendidikan
wajib dilaksanakan dan kelas pendidikan untuk golongan dewasa turut diadakan.
Kesimpulan
1. Usaha kerajaan kedua-dua negara berjaya memperbaiki kedudukan sosioekonomi masingmasing.
2. Pembangunan infrastruktur memberi kesan positif kepada perkembangan ekonomi .
3. Berlakunya peningkatan penduduk dan kewujudan bandar-bandar baru.
Jelaskan langkah-langkah yang dijalankan oleh India dan China dalam membangunkan
taraf sosioekonomi negara masing-masing selepas Perang Dunia Kedua.
Pengenalan
1. Negara China setelah dikuasai oleh Parti Komunis China (PKC) selepas perang Dunia Kedua
dan India yang diperintah secara demokrasi telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjaga
kepentingan rakyatnya
2. Program ekonomi di kedua-dua negara itu bertumpu dalam bidang pertanian, perusahaan dan
sistem kewangan.
China
1. Ekonomi
a. Rancangan 5 tahun pertama.
b. Tumpuan 56% kepada perusahaan perkilangan, 18% pengangkutan dan 10% pertanian.
c. Undang-undang pembaharuan pertanian untuk tingkatkan hasil dan mengelakkan penindasan
petani miskin.
d. Pada tahun 1952 kerajaan China memperkenalkan Koperasi Pengeluar-pengeluar Bahan
pertanian di mana para petani digalak bergabung dalam syarikat kerjasama. Akibatnya hasil
pengeluaran pertanian China berkembang pesat.
e. Menumpukan peranan pemodal persendirian yang dikawal oleh kerajaan yang kemudian
melibatkan pemodal barat
f. Tumpuan yang lebih kepada perusahaan menyebabkan keluaran pertanian merosot 30%.
g. Minta bantuan kewangan dan teknikal dari Soviet Union dalam bidang pertanian.
h. Pembukaan Zon Industri Berat di Manchuria dan Industri Ringan di Shanghai.
i. Penggunaan teknologi moden dalam bidang industri.
j. Penggubalan semula sistem kewangan untuk mengimbang perbelanjaan negara.
k. Cukai baru dikenakan seperti cukai tanah dan perniagaan untuk menambah pendapatan
l. Menghakmilik negara sistem bank serta memperbaiki sistem kewangan dan perbankan.
m. Peraturan ketat sistem kewangan dapat mengurangkan inflasi pada tahun 1950.
2. Sosial
a. Sistem perhubungan moden diperkenalkan seperti jalan keretapi dan jalanraya.
b. Sistem pengairan untuk pertanian dan projek hidroelektrik.
c. Sistem pendidikan peringkat asas dan tinggi diperbaiki.
d. Hak yang sama kepada kaum wanita dalam soal perkahwinan, perceraian dan harta benda.
e. Perkhidmatan awam diperbaiki.
India
Ekonomi
Pembangunan pertanian : mempelbagaikan hasil tanaman, pelbagai jenis bijiran ditanam . Padi
ditanam ( 1962 -62 : sejumlah 33.6 juta tan padi dikeluarkan )
Rancangan 5 tahun : mengatasi bidang industri dan perdagangan swasta, 1956 melaksanakan
dasar ekonomi sosialnya iaitu tanggungjawab kerajaan, dan memiliknegarakan.
Sosial
1. Pendidikan diwajibkan untuk pelajar 6 tahun hingga 11 tahun : Sekolah rendah ( 300, 384),
sekolah menengah ( 54, 710 ) Sekolah vokasional ( sekolah khas ) Sekolah latihan guru ( 1,103 )
Universiti ( 40 buah )
2. Pembangunan kesihatan dimajukan : tumpuan kepada penyakit malaria ,tibi, kelamin,
kematian bayi dan kusta. Mendapat bantuan WHO dan UNICEF. Kemudahan kesihatan
disediakan hospital dan dispensary Masalah vitamin diatasi. Jangka hayat penduduk bertambah
Penutup (2 markah)
Rancangan sosiokonomi China dan India telah dapat meningkatkan pengeluaran negara sama
dalam bidang pertanian dan perindustrian walaupun pada dasarnya China dan India mempunyai
matlamat berbeza sebelum dan selepas perang
Taraf hidup masyarakat China dan India menjadi lebih memuaskan.
Kerajaan China dan India tetap melaksanakan pembaruansosioekonomi demi kesejahteraan
rakyat masing-masing.
Sejauhmanakah ideologi komunis mempengaruhi dasar luar Negara China dan Vietnam
Utara?
Pengenalan
1. Ideologi komunis menjadi dasar sistem pemerintahan kedua-dua negara.
2. Negara-negara tersebut menjalin hubungan diplomaik dan perdagangan dengan negara
komunis dan bukan komunis.
Isi- Dasar Luar China
Dasar luar China bertujuan menjaga kepentingan dan keselamatan negara.
Hubungan luar China lebih rapat dengan Negara-negara komunis seperti Kesatuan Soviet Union
(USSR), Korea Utara, Vietnam Utara , Eropah Timur dan lain-lain.
China banyak membantu Korea Utara semasa Perang Korea dalam bentuk ketenteraan dan
kewangan
China juga membantu Vietnam Utara dalam bentuk ketenteraan dan kewangan.
Tujuan hubungan baik dengan Negara komunis untuk mengeratkan hubungan serta
mengukuhkan ideologi komunis
China turut menjalin hubungan perdagangan dan diplomatik dengan negara- negara bukan
komunis melalui PBB dan Persidangan Solidariti Afro-Asia
Menjelang 1963 negara China menjalinkan hubungan diplomatik dengan 42 buah negara
75% hubungan perdagangan dengan Blok Komunis dan 25% dengan negara bukan komunis.
Bergantung kepada Russia untuk perdagangan dan bantuan memajukan sumber ekonomi
Dasar Luar Vietnam Utara
Dasar luar Vietnam Utara bertujuan menjaga kepentingan dan keselamatan negara.
Hubungan terbesar Vietnam Utara adalah dengan negara komunis seperti Kesatuan Soviet
Union (USSR) dan Republik Rakyat China(RRC)
Vietnam Utara turut menjalin hubungan dengan negara bukan komunis .
Vietnam Utara juga menjalin hubungan perdagangan dan diplomatik, ekonomi dan kebudayaan.
Vietnam Utara bukan anggota PBB dan Blok Afro-Asia
Berusaha merapatkan hubungan dengan Negara-negara Asia seperti India dan Indonesia yang
dilawati Ho Chi Minh.
Juga mewujudkan dasar berbaik-baik dengan negara-negara baru merdeka di Afrika seperti
menghantar guru-guru bahasa Peranchis kepada kerajaan Guinea serta memberi bantuan
ketenteraan kepada tentera pembebasan Algeria.
Menyokong aktif negara jiran Laos dengan bantuan ketenteraan dan pakar peperangan
Tiga perempat perdagangan Vietnam Utara adalah dengan negara komunis dan rakan dagang
utamanya ialah China dan Rusia.
Penutup
China dan Vietnam Utara mempunyai banyak persamaan dari segi bentuk hubungan luarnya.
Mengutamakan negara yang sama ideologinya.
Dasar luarnya tidak tertutup dengan negara bukan komunis.
Bincangkan dasar luar India dan Pakistan dari tahun 1947 hingga 1963.
Pendahuluan
India mencapai kemerdekaan daripada British pada tahun 1947.
Pakistan muncul sebagai negara baru pada 14 Ogos 1947 setelah berpisah dengan India.
Dasar luar berbeza mengikut kepentingan dan perkembangan negara masing-masing.
India
Menjadi anggota PBB pada 1946 dan menganggotai KOMANWEL .
New Delhi menjadi tuan rumah beberapa persidangan antarabangsa seperti ECAFE pada 1956
dan 1961, Persidangan Bulan Sabit Merah dan ILO.
Mengambil bahagian dalam Perjanjian Damai di Korea.
Terlibat secara langsung dalam perjanjian damai dan gencatan senjata di Vietnam, Laos dan
Kemboja.
Menghantar kontinjen tentera ke beberapa negara di bawah Panji-panji PBB seperti Mesir dan
Congo.
1961 menghantar 700 orang pakar ke 24 buah negara di bawah program Bantuan Teknikal PBB
Perdagangan luar India melibatkan eksport bahan mentah dan bahan industri serta tekstil yang
ditukarkan dengan barangan mesin berat dan peralatan.
Eksport terpenting termasuk sutera serta kain kapas dan rempah ratus.
Britain merupakan pelanggan utama diikuti oleh Amerika Syarikat , Jerman, Jepun, Russia dll.
Pakistan
Menganggotai PBB dan memegang beberapa jawatan penting dalam agensi khas.
Aktif dalam PBB antaranya menghantar seramai 1400 orang anggota keamanan ke New Guinea
pada tahun 1962-63.
Melalui PBB Pakistan memperoleh banyak manfaat untuk kesejahteraan rakyatnya seperti
biasiswa pendidikan , teknologi pengangkutan dan telekomunikasi, perubatan dan kesihatan ,
kejuruteraan serta pengangkutan udara.
Pakistan menjalin hubungan dagangan dengan Negara-negara Amerika Syarikat , Jerman ,Jepun,
dll.
Pakistan memperoleh pendapatan yang lumayan dengan mengeksport barangan seperti kapas,
bulu bebiri dll.
Menganggotai beberapa pertubuhan lain seperti KOMANWEL, SEATO, Pertubuhan Islam serta
Pertubuhan AFRO- ASIA.
Rancangan Colombo memberi manfaat kepada Pakistan kerana diberi peluang untuk
menyediakan kemudahan pusat latihan dan memberi peluang membuktikan kemampuannya.
Pakistan turut menjalin hubungan dengan India untuk kepentingan bersama misalnya Perjanjian
Air Lembah Indus berkaitan pengairan kawasan pertanian maupun pembinaan terusan untuk
keperluan air bersih dari sungai Indus.
Kesimpulan
Kedua-dua Negara menjalin hubungan untuk kepentingan ekonomi ,politik dan sosial.
Melibatkan diri dalam beberapa pertubuhan serantau dan antarabangsa.
Dapat mewujudkan keamanan dalam Negara.
Huraikan peranan yang dimainkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dalam