You are on page 1of 15

DERAF PERATURAN AKADEMIK KV KPM 2013

PERATURAN AKADEMIK
KOLEJ VOKASIONAL KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Bahagian A:
TAFSIRAN PERATURAN AKADEMIK KOLEJ VOKASIONAL

Diberhentikan ertinya murid yang tidak mencapai tahap lulus dalam pengajian; atau murid yang
dibuang dari Kolej Vokasional di bawah tindakan tatatertib.
Diploma Vokasional Malaysia (DVM) ertinya kelayakan akademik dan vokasional peringkat diploma
yang dianugerahkan kepada murid setelah berjaya memenuhi kriteria kursus pengajian yang ditetapkan.
Gred ertinya sesuatu penilaian dalam bentuk abjad bagi menunjukkan prestasi pelajar dalam sesuatu
kursus.
Gugur Taraf ertinya pelepasan status sebagai murid KV.
Jawatankuasa Pengambilan Pusat ertinya Jawatan Kuasa pengambilan murid KPM.
Jawatankuasa Pengurusan Akademik Kolej Vokasional ertinya jawatankuasa yang ditubuhkan oleh
kolej yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal akademik.
Kokurikulum ertinya apa -apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan
mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah.
Kolej Vokasional ertinya sebuah institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia yang
ditubuhkan dan diselenggarakan sepenuhnya oleh Menteri di bawah Bahagian IV (Akta 550) bagi
menyediakan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional selepas pendidikan menengah rendah.
Kompetensi ertinya kebolehan/keupayaan menunjukkan tugas spesifik (boleh buat) mengikut standard
yang memenuhi kehendak industri, majikan, organisasi dan/atau individu,yang mengandungi
pengetahuan, kemahiran dan sikap yang konsisten bagi setiap kemahiran, pengetahuan serta sikap yang
merujuk kepada prestasi yang standard di bidang pekerjaan.
Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) ertinya dokumen yang mengandungi standard
kandungan, standard pembelajaran dan kriteria pencapaian bagi sesuatu kursus.
Modul Akademik ertinya komponen mata pelajaran teras yang ditetapkan dan wajib dipelajari oleh
semua murid Kolej Vokasional.
Modul Vokasional ertinya kursus-kursus dalam komponen vokasional yang ditetapkan oleh pendidikan
Kolej Vokasional yang perlu dipelajari oleh murid untuk membolehkan murid memperoleh Diploma
Vokasional Malaysia dan Sijil Vokasional Malaysia.
Nilai Gred ertinya kredit yang diambil kira dalam pengiraan PNG dan PNGK.
1 / Mac 2013

DERAF PERATURAN AKADEMIK KV KPM 2013

Penangguhan Pengajian ertinya pengajian yang tidak dapat dihadiri pada semester tersebut.
Pendaftar ertinya pendaftar bagi KV KPM adalah Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri manakala
Pendaftar bagi KV Swasta adalah Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
Penilaian Akhir ertinya merujuk kepada penilaian bertulis dan amali yang diadakan di akhir sesuatu
semester yang dikenali sebagai Pentaksiran Pusat.
Pentaksiran Pusat
ertinya pentaksiran yang dilaksanakan diperingkat kolej oleh pensyarah
berpandukan peraturan pentaksiran, instrumen pentaksiran, garis panduan dan peraturan penskoran yang
dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan.
Pentaksiran, ertinya semua bentuk proses pengumpulan maklumat untuk mendapatkan eviden bagi
membuat keputusan tahap penguasaan prestasi pelajar.
Penyata Kelayakan Menduduki Pentaksiran Pusat ertinya penyata rasmi yang membenarkan murid
mengambil pentaksiran dibawah kendalian Lembaga Peperiksaan.
Penyata Keputusan Pentaksiran, ertinya penyata rasmi yang mengandungi keputusan peperiksaan
terperinci sepanjang tempoh pengajian yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan.
Plagiarisme ertinya perbuatan mencedok kata-kata, idea dan lain-lain hasil intelek daripada karya
orang lain dan menggunakannya sebagai karyanya sendiri.
Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) ertinya nilai yang ditentukan dengan membahagikan jumlah
mata gred yang diperolehi dengan jumlah jam kredit yang telah diambil mulai semester pertama
sehingga semester terkini.
Purata Nilai Gred (PNG) ertinya nilai yang ditentukan dengan membahagikan jumlah mata gred yang
diperolehi dengan jumlah jam kredit yang diambil dalam sesuatu semester.
Pembelajaran Berasaskan Produk (PBE) ertinya komersial atau perkhidmatan menggunakan kaedah
Latihan Autentik
School Enterprise (SE)ertinya pendekatan pelaksanaan kurikulum menerusi pembelajaran berasaskan
produk (PBE) komersial atau perkhidmatan bagi melahirkan teknousahawan yang berkemahiran dan
menepati keperluan industri.
Semester Pendek ertinya semester yang dilaksanakan di antara dua semester utama.
Sistem Semester ertinya kaedah pengajian yang dilaksanakan di KV.
Latihan Autentik ertinya kaedah latihan berasaskan pekerjaan sepertimana dilaksana di industri.
Pelaksanaan Latihan Autentik di KV adalah untuk memberi latihan dalam persekitaran pekerjaan yang
sebena untuk membolehkan pelajar lepasan KV menjadi pekerja mahir yang kreatif, inovatif,
berkebolehpasaran (marketable) dan berkebolehkerjaan (employable) mengikut keperluan industri pada
usia lebih awal untuk mencapai sasaran status negara berpendapatan tinggi. Konsep Latihan Autentik
2 / Mac 2013

DERAF PERATURAN AKADEMIK KV KPM 2013

(AT) adalah konsep yang merujuk kepada pelaksanaan latihan pengeluaran produk dan keusahawanan.
Ianya menjurus kepada situasi sebenar sepertimana yang berlaku di industri.

Bahagian B:
PERATURAN AKADEMIK KOLEJ VOKASIONAL
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
3 / Mac 2013

DERAF PERATURAN AKADEMIK KV KPM 2013

1.0

TAHUN AKADEMIK

Sistem pengajian akademik Kolej Vokasional (KV) dilaksanakan dalam sistem semester dan
dibahagikan kepada dua semester setahun. KV juga melaksanakan semester pendek di setiap
penghujung semester. Murid yang berjaya menamatkan pengajian selama tempoh pengajian
empat tahun dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan akan dianugerahkan Diploma
Vokasional Malaysia (DVM).

1.1 Pendaftaran Kursus


1.1.1 Pendaftaran kursus murid baru :

1.1.2

1.1.1.1

Pendaftaran murid baru akan diadakan pada awal semester satu (1). Murid
yang lewat mendaftar mestilah mendapat kelulusan khas daripada
Jawatankuasa Pengurusan Akademik KV.

1.1.1.2

Murid tidak dibenarkan mendaftar kursus selain daripada kursus yang


ditawarkan kecuali mendapat kelulusan khas daripada Jawatankuasa
Pengurusan Akademik KV.

1.1.1.3

Sekiranya murid tidak mendaftar pada tarikh ditetapkan tanpa sebab maka
dengan sendirinya tawaran tersebut adalah terbatal.

Pendaftaran kursus murid sedia ada:


1.1.2.1

Semua murid diwajibkan mendaftar pada awal setiap semester pengajian.

1.1.2.2

Murid wajib mengikuti semua modul kursus di dalam pakej yang


ditawarkan.

1.1.2.3

Penangguhan pengajian tidak dibenarkan kecuali mendapat kelulusan khas


daripada Jawatankuasa Pengurusan Akademik KV.

1.2 Pendaftaran Modul Kursus Kes Mengulang Bagi Pentaksiran Pusat.


Kes mengulang bagi pentaksiran pusat adalah khusus untuk modul akademik manakala bagi
modul vokasional tiada pentaksiran ulangan. Murid yang tidak mencapai Gred C (Rujuk Jadual
2) bagi modul akademik dibenarkan menduduki pentaksiran ulangan di semester berikutnya.

1.3 Takwim Pengajian Akademik


Takwim pengajian akademik KV dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
sebelum tahun akademik bermula.
1.4 Sistem Semester
4 / Mac 2013

DERAF PERATURAN AKADEMIK KV KPM 2013

1.4.1

Satu (1) semester KV terdiri daripada :


1.4.1.1 14 minggu pengajian,
1.4.1.2 dua (2) hingga tiga (3) minggu pentaksiran pusat
1.4.1.3 tiga (3) hingga empat (4) minggu semester pendek

1.4.2

Pengisian semester pendek dalam semester satu (1) hingga semester empat (4) :
1.4.2.1 Murid wajib mengikuti Modul Core Abilities bagi memenuhi 7 jam kredit
Kurikulum Vokasional bagi setiap semester pendek.
1.4.2.2 Pengukuhan dan penambahbaikan kompetensi murid
1.4.2.3 Aktiviti ko-kurikulum

1.4.3

Aktiviti kokurikulum dilaksanakan sepanjang Program Pra Diploma dan Program


Diploma Vokasional.

1.4.4

Pengisian semester pendek dalam semester lima (5) hingga semester tujuh (7):
1.4.4.1 Latihan Dalam Kerja (LDK/(OJT) yang dilaksanakan di KV atau industri
atau organisasi.
1.4.4.2 Pelaksanaan konsep School Enterprise (SE), Production-Based Education
(PBE) dan lain-lain.

1.4.5

Murid wajib mengikuti LDK/(OJT) di industri selama tiga (3) bulan selepas
semester lapan (8).

2.0

KURIKULUM
Murid KV wajib mengikuti Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) yang telah
ditetapkan oleh KPM.

2.1

KSKV ialah kurikulum pendidikan dan latihan vokasional yang berasaskan


kompetensi. KSKV digubal menggunakan garis panduan Standard Kompetensi Pekerjaan
Kebangsaan dan/atau Standard Kompetensi Pekerjaan Industri serta memenuhi aras
pembelajaran Kerangka Kelayakan Malaysia Tahap satu (1) hingga Tahap empat (4).

2.2

KSKV mengandungi dua komponen modul iaitu Modul Akademik dan Modul
Vokasional yang wajib diikuti berdasarkan kursus yang dipilih yang terdiri daripada
komponen teori dan komponen amali.

2.3

Bagi murid yang mengikuti kursus kejuruteraan, modul akademik pilihan bagi
matematik dan sains pada semester 3 dan semester 4 adalah Mathematics For Technology
dan Science For Technology. Murid yang mengikuti kursus bukan kejuruteraan, modul
akademik pilihan bagi Mathematics For Social Studies dan Science For Social Studies
pada semester 3 dan 4 adalah Matematik Untuk dan. Komponen kurikulum KV
keseluruhannya seperti Jadual 1 berikut:
Komponen Kurikulum
Pengajian

Peratus
(Semester 1-4)

Peratus
(Semester 5-8)

5 / Mac 2013

DERAF PERATURAN AKADEMIK KV KPM 2013

Program Pra
Diploma

Program
Diploma

Modul Akademik

30

20

Mod ul Vokasional

70

80

Jadual 1: Komponen Kurikulum


2.4 Latihan Dalam Kerja (LDK) atau On-the Job Training (OJT)
Latihan Dalam Kerja adalah latihan Autentik yang diwajibkan ke atas murid
mengikut kursus dan dilaksanakan di KV, industri atau organisasi bagi satu tempoh
tertentu.
Pelaksanaan LDK/(OJT) adalah seperti berikut :
2.4.1

Murid wajib mengikuti LDK/(OJT) 5 Kredit pada semester pendek, di


semester 5 hingga semester 7 yang dilaksanakan di dalam KV dengan gred
lulus atau gagal.

2.4.2

LDK/(OJT) wajib dilaksanakan dalam tempoh minima tiga bulan dan


sehingga maksima 6 bulan iaitu selepas semester lapan (8).

2.4.3

Murid perlu menyediakan laporan kerja harian sepanjang menjalani LDK/


(OJT) sebagai eviden.

2.5 Bahasa Pengantar


2.4.1

3.0

Bahasa Pengantar adalah dwi bahasa iaitu Bahasa Melayu atau Bahasa
Inggeris.

HAL EHWAL MURID


3.1 Kemasukan Murid
3.1.1 Syarat kelayakan kemasukan murid ke KV ditentukan oleh KPM dari semasa
ke semasa.

6 / Mac 2013

DERAF PERATURAN AKADEMIK KV KPM 2013

3.1.2 Pemilihan murid yang layak untuk kemasukan ke kursus pengajian KV dipilih
dan diperakukan oleh KPM.
3.1.3 Tawaran kemasukan dan pengambilan murid dikeluarkan oleh KPM.
3.1.4 Kemasukan murid baru ke KV dibuat SEKALI pada setiap tahun.

3.2 Status Murid Gagal dan Diberhentikan


3.2.1 Murid yang gagal keseluruhan modul pengajian (Purata Nilai Gred Kumulatif
(PNGK) kurang daripada 1.0) akan diberhentikan daripada meneruskan
pengajian.
3.2.2 Murid yang diberhentikan atas tindakan tatatertib boleh membuat rayuan
kepada KPM untuk kemasukan semula ke KV, KPM.
3.2.3 Segala urusan selain daripada yang dinyatakan di atas adalah tertakluk kepada
kelulusan Jawatankuasa Pengambilan Pusat, KPM.

3.3

Status Murid KV
3.3.1 Status murid KV adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
3.3.1.1 Mendaftar dengan KV untuk mengikuti kursus pengajian pada tarikh
pendaftaran rasmi yang ditetapkan.
3.3.1.2 Mengikuti kursus pengajian dengan memenuhi syarat-syarat
pengajian yang ditetapkan oleh KV.

3.4

Gugur Status Sebagai Murid


Murid akan diberikan status Gugur Taraf (GT) sekiranya tidak mematuhi para 3.3.1.

3.5

Keperluan Kursus
Murid yang berdaftar sebagai murid KV wajib memenuhi semua keperluan kursus
yang ditetap oleh KPM.

3.6

Tempoh Pengajian
Tempoh pengajian bagi murid KV adalah seperti berikut:
3.6.1 Program Pra Diploma dua (2) Tahun; dan

7 / Mac 2013

DERAF PERATURAN AKADEMIK KV KPM 2013

3.6.2 Program Diploma Vokasional Malaysia dua (2) tahun dan mengikuti LDK/
(OJT) selepas semeseter lapan (8) di industri/ Organisasi dengan tempoh
minima selama tiga (3) bulan.
3.6.3 Di akhir pengajian, murid akan dianugerahkan Diploma Vokasional Malaysia
(DVM) dengan syarat memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM.

3.7

Penangguhan Pengajian
Murid boleh diberi status penangguhan pengajian dengan kelulusan KPM. Tempoh
tersebut tidak diambil kira sebagai pengajian di KV.

3.8

Penggantungan Pengajian
3.8.1 Murid boleh diberi status penggantungan pengajian dengan kelulusan
Mesyuarat Jawatakuasa Akademik KV.

3.9

Kehadiran Murid
3.9.1 Murid diwajibkan menghadiri kuliah dan aktiviti berkaitan kursus yang
diikuti.
3.9.2 Kehadiran kurang 90% dari jumlah jam pertemuan untuk setiap modul, boleh
menyebabkan murid tidak dibenarkan menduduki Penilaian Akhir kecuali
dengan kebenaran bertulis Jawatankuasa Pengurusan Akademik di peringkat
KV.

3.10 Kelayakan Menduduki Penilaian Akhir


3.10.1 Murid perlu menyemak Penyata Kelayakan Menduduki Pentaksiran Pusat
yang dikeluarkan oleh KV dan disahkan oleh KPM. Sebarang pindaan
hendaklah mendapat pengesahan daripada Jawatankuasa Pengurusan
Akademik KV.
3.10.2 Murid yang gagal membawa Penyata Kelayakan Menduduki Pentaksiran
Pusat tidak dibenarkan menduduki Pentaksiran Pusat/Penilaian Akhir tersebut
kecuali mendapat kebenaran khusus daripada Jawatankuasa Pengurusan
Akademik KV.

3.11 Jadual Pentaksiran Pusat


3.11.1

Jadual Pentaksiran Pusat disediakan oleh KPM.


8 / Mac 2013

DERAF PERATURAN AKADEMIK KV KPM 2013

3.11.2

Pentaksiran Pusat hendaklah dijalankan dalam tempoh yang ditetapkan oleh


KPM.

3.12 Perlanggaran Tatatertib Murid bersabit dengan Pentaksiran KV


3.12.1

Murid yang didapati bersalah oleh Jawatankuasa Pengurusan Akademik KV


akan dikenakan tindakan mengikut keputusan Jawatankuasa Pengurusan
Akademik KV.

3.12.2

Murid yang disabitkan kesalahan di atas mengikut keputusan Jawatankuasa


Pengurusan Akademik KV boleh diberi Gred E (Gagal).

3.12.3

Murid yang telah terbukti terlibat dengan plagiarisme dalam projek/tugasan


akan digagalkan dalam modul tersebut dan diberi Gred E (Gagal).

3.13 Pentaksiran Pusat Semula


KPM berhak mengarahkan KV untuk mengadakan pentaksiran pusat semula pada
bila-bila masa sekiranya perlu dalam keadaan berikut:
3.13.1

Berlaku kebocoran soalan pentaksiran pusat.

3.13.2

Calon tidak dapat menduduki pentaksiran pusat kerana bencana alam.

3.14 Status Keputusan Pentaksiran


Status Keputusan Pentaksiran adalah berdasarkan pencapaian PNGK.
3.15 Penyata Keputusan Pentaksiran
3.15.1

Penyata keputusan pentaksiran akan dikeluarkan setiap semester oleh KPM.

3.15.2

KV berhak menahan Penyata Keputusan Pentaksiran sekiranya murid gagal


mematuhi mana-mana peraturan yang ditetapkan oleh KV.

3.16 Menduduki Semula Pentaksiran Pusat


3.16.1

Hanya modul akademik sahaja yang dibenarkan untuk diambil semula


pentaksiran pusat.
9 / Mac 2013

DERAF PERATURAN AKADEMIK KV KPM 2013

3.16.2

Murid yang gagal modul akademik dibenarkan mengambil sekali sahaja


ulangan pentaksiran pusat iaitu semasa pentaksiran modul akademik
tersebut ditawarkan semula.

3.17 Laluan Murid KV


Rajah 1 menunjukkan secara ringkas laluan murid KV KPM.

Kolej Vokasioanl KPM

Program Pra Diploma


(2 TAHUN) (SVM)

PNGK < 2.00

Tidak layak
mengikuti program
DVM
Tamat Pengajian di
KV

Dicadangkan ke Program
SLDN atau program lain
yang bersesuaian

PNGK 2.00 : Syarat


Kredit dalam Bahasa

Program DVM
( 2 tahun dan 3 bulan OJT

Tamat Pengajian

DVM + Sijil Industri

Rajah 1: Laluan Murid KV

4.0

PENTAKSIRAN
4.1

Kehadiran Pentaksiran Pusat


4.1.1 Murid mesti mematuhi para 3.9.
10 / Mac 2013

DERAF PERATURAN AKADEMIK KV KPM 2013

4.1.2 Sekiranya seseorang murid tidak menghadiri pentaksiran pusat, murid


dibenarkan untuk menduduki semula pentaksiran pusat tersebut tetapi hanya
bagi modul akademik sahaja.
4.2

Pentaksiran Amali
Persediaan Pentaksiran Amali akan dimaklumkan oleh KPM sekurang-kurangnya
dua (2) minggu sebelum pelaksanaan.

4.3

Peraturan Pentaksiran
Murid wajib mematuhi dan mengikuti peraturan pentaksiran yang telah ditetapkan
oleh KPM.

4.4

Keputusan Pentaksiran
Keputusan Peperiksaan dan penilaian kursus diberi dalam bentuk gred. Jadual gred
seperti ditunjukkan di dalam Jadual 2 (Program Pra Diploma) dan Jadual 3 (Program
Diploma Vokasional Malaysia).

4.5

Penyata Keputusan Pentaksiran


Penyata keputusan pentaksiran dikeluarkan oleh KPM pada setiap semester.

4.7

Sistem kredit
KPM menentukan nilai kredit dalam bentuk Purata Nilai Gred (PNG) dan Purata
Nilai Gred Kumulatif (PNGK).
Jumlah Nilai Gred Per Semester
PNG =

Jumlah Jam Kredit Diambil Dalam Semester Tersebut

Jumlah PNG
PNGK =

Bilangan Semeseter

Jumlah Nilai Gred Modul Voasional


PNGV=

Jumlah Jam Kredit Diambil Dalam Semester Tersebut

11 / Mac 2013

DERAF PERATURAN AKADEMIK KV KPM 2013

Jumlah PNGV
PNGVK=

4.8

Bilangan Semeseter

Penilaian Tanpa Nilai Gred


Status modul tanpa nilai gred keputusan L/G (Lulus/Gagal) tertakluk kepada kehadiran
murid.

4.9. Peraturan Pentaksiran KV.


Tertakluk pada Buku Panduan Pentaksiran Pusat Kolej Vokasional yang dikeluarkan
oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Putrajaya, 2012.

4.10 Sistem Gred


KPM menentukan Sistem Gred seperti di dalam Jadual 2 dan Jadual 3.

Jadual 2:
Sistem Gred Lembaga Peperiksaan
Tahun 1 dan Tahun 2 Kolej Vokasional
Program Pra-Diploma
12 / Mac 2013

DERAF PERATURAN AKADEMIK KV KPM 2013

Tahap Pencapaian
Akademik

Tahap Kompetensi Vokasional

Markah

Gred

90 - 100

4.00

80 - 89

A-

3.67

70 - 79

B+

3.33

3.33

65 - 69

3.00

3.00

60 - 64

B-

2.67

55 - 59

C+

2.33

2.33

50 54

2.00

2.00

45 49

D+

1.67

40 44

1.33

35 39

D-

1.00

0 34

0.00

Nilai Mata
Gred

Nilai Mata
Gred
Cemerlang

Kepujian

Memuaskan

Gagal
T

4.00

Kompeten Cemerlang

3.67

Kompeten Baik

Kompeten

2.67

1.67
1.33

Belum
Kompeten

1.00
0.00
0

Jadual 3:
Sistem Gred Lembaga Peperiksaan Tahun 3 dan Tahun 4 Kolej Vokasional
Program Diploma Vokasional Malaysia

13 / Mac 2013

DERAF PERATURAN AKADEMIK KV KPM 2013

5.0

Tahap Pencapaian
Akademik

Markah

Gred

90 100

4.00

80 89

A-

3.67

70 79

B+

3.33

65 69

3.00

60 64

B-

2.67

55 59

C+

2.33

50 54

2.00

45 49

D+

1.67

40 44

1.33

35 39

D-

1.00

0 34

0.00

Nilai Mata
Gred

Tahap Kompetensi Vokasional


Nilai Mata
Gred

Cemerlang

4.00

Kompeten Cemerlang

3.67

Kompeten Baik

3.33
Baik

3.00

Kompeten

2.67
Lulus

2.33
2.00
1.67

Gagal

1.33

Belum
Kompeten

1.00
0.00

PENSIJILAN KV KPM

14 / Mac 2013

DERAF PERATURAN AKADEMIK KV KPM 2013

5.1 Diploma Vokasional Malaysia (DVM) akan dianugerahkan kepada murid yang
berjaya menamatkan pengajian di KV dengan memenuhi segala keperluan dan
syarat ditetapkan.
5.2 Penganugerahan DVM akan dikeluarkan oleh KPM.
5.3 Murid juga berpeluang memperolehi sijil industri tambahan lain yang dikeluarkan
oleh Badan Persijilan Industri berkaitan seperti CompTia A+, City and Guild,
TWI, Certified Accounting Technician, CIDB dan lain-lain mengikut bidang
kursus yang diikuti.
5.4 Syarat ke Program DVM adalah memperolehi PNGK 2.0 dan ke atas bagi
Program Pra Diploma.
5.5 Murid yang tidak memenuhi syarat kelayakan di para 5.4 boleh mengikuti
Program Apprentis dan lain-lain program berkaitan yang disediakan oleh pihak
lain.

6.0

PENSIJILAN INSTITUT PENGAJIAN SWASTA (IPS)


Pensijilan atau/dan Penganugerahan Untuk Institusi Pengajian Swasta (IPS).
6.1 Sijil atau penganugerahan yang akan diberi kepada murid di akhir pengajian

6.1.1 Kolej Swasta Malaysian Aviation Training Academy (MATA):


6.1.1.1 Diploma Vokasional Malaysia Mengikut Bidang Berkaitan
6.1.1.2 Lesen Kategori A dari DCA.
6.1.2

Kolej Swasta Malaysia Institute of Technology Academy (MITA):


6.1.2.1 Diploma Vokasional Malaysia Mengikut Bidang Berkaitan
6.1.2.2 Sijil Kemahiran Malaysia Mengikut Tahap dan Bidang Berkaitan
6.1.2.3 Sijil City & Guilds Mengikut Tahap dan Bidang Berkaitan

15 / Mac 2013

You might also like