You are on page 1of 2

Assalamualaikum..

Saya suke karipap yang difrozen tanpa digoreng terlebih dahulu.


Tapi cara nak frozen tu ada tertibnya.
Dan sesuai untuk kegunaan dirumah sahaja, untuk jualan susah sikit.
Belajor masa nyembang2 kat rumah Mas n menyembang dengan Anna Qawina.
Tak silap tips ni dikongsi oleh kak Nor atau Tun Telani.
Resepi karipap untuk doh dari Tun Telani dan untuk inti dari kak Nor.
Elok la tu kan kombinasi tu :-)
Ok, cara nak frozen tanpa goreng ni, lepas je dikelim kemas karipap tu, susun satu2 karipap atas bekas tak melekat. * di alas plastik pun boleh. Atau bekas apa2 la kan. Pastu masukkan ke tempat
sejuk beku. Bior dlm sejam ke sejam lebih baru disusun tanpa lapik mcm dalam gambor di atas ke dalam taapuware. Bila karipp tu dah keras ianya mmg tak melekat dah. Bila nak goreng defros dulu
dlm 1/2 jam dengan susun satu2 karipap dlm bekas. Sebab kalau defros gitu je takut bila karipap lembut ianya akan melekat antara satu sama lain lak. Sekian :-)

DOH KARIPAP
resepi: Tun Telaani

Bahan :
4 cawan tepung
2 tbs margerin
1/2 cawan oil
3/4 cawan air
1/2 tsp garam
Cara membuatnya :
Panaskan margerin + minyak dalam periuk. Tutup api.
Tengah panas2 tu, masukkan tepung dalam periuk tadi dan gaul guna garpu ( jangan guna tangan, melecur nnti ).
Dah sejuk siket, campur garam dan air.
Uli-uli.. siap! Buleh wat karipap ikot suka inti apa..

INTI KARI AYAM DGN KELEDEK


resipi : K.Nor@SecubitGaram
Bahan:
400gm daging ayam kisar ~ brand Ramli (boleh juga guna daging kisar)
1 labu bawang besar ~ dipotong dadu
2 sudu besar cili mesin
1sudu kecil serbuk lada hitam
3 sudu besar rempah kari
1 sudu besar rempah gulai ~ boleh skip kalau tak ada
1 biji (saiz besar) ubi keledek ~ boleh gantikan dgn 2 bj ubi kentang
1 cawan air
garam
minyak
Cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga wangi.
Masukkan cili mesin dan serbuk lada hitam, tumis lagi hingga garing.
Masukkan pula rempah kari dan rempah gulai yg dibancuh dgn sedikit air.
Goreng hingga pecah minyak dan masukkan ayam/daging kisar dan keledek yg dipotong dadu.
Goreng sebentar hingga ayam/daging berubah warna.
Kemudian masukkan air dan garam secukupnya, masak hingga keledek empuk dan inti menjadi kering (mengikut selera masing2).
Angkat dan biarkan sejuk, kemudian bolehlah dijadikan inti karipap, pau dan sebagainya..

You might also like