You are on page 1of 1

NAMEE ROSLAN:

Kulit Lembut Dengan Pantas!


60,104 VIEWS

Get paid to share your links!

Friday, 19 July 2013

Total Pageviews

508,117

Cara-Cara Mengatasi Pencemaran Alam Sekitar


Isu-isu yang bekaitan dengan alam sekitar kerap menjadi bahan paparan surat
khabar. Hal ini kerana pencemaran alam sekitar didapati telah bertambah dari semasa ke
semasa. Pada pendapat saya, isu pencemaran alam sekitar tidak boleh dipandang ringan
oleh masyarakat kerana banyak kesan buruk yang boleh berlaku. Terdapat beberapa cara
yang boleh dilakukan untuk mengatasi pencemaran alam sekitar.
Ibu bapa perlu memainkan peranan dalam mengatasi pencemaran alam sekitar. Hal
ini kerana ibu bapa mempunyai masa yang panjang bersama anak-anak. Ibu bapa boleh
menasihati anak-anak agar tidak membuang sampah ke dalam longkang, laut atau sungai.
Selain itu, ibu bapa perlu menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak dalam menjaga
alam sekitar.
Pihak sekolah juga boleh memainkan peranan yang penting dalam mengatasi
masalah pencemaran alam sekitar. Contohnya, pihak sekolah boleh menasihati pelajar
supaya menjaga alam sekitar pada setiap masa. Pihak sekolah juga boleh menganjurkan
program gotong-royong untuk mencantikkan persekitaran sekolah. Selain itu, pihak sekolah
juga boleh menganjurkan Kempen Sayangi Alam Sekitar agar para pelajar sayangkan alam
sekitar dan tidak melakukan perbuatan yang boleh mencemarkan alam sekitar.
Syarikat televisyen dan surat khabar juga boleh memainkan peranan. Sesungguhnya,
peranan stesen televisyen dan surat khabar dalam mempengaruhi minda masyarakat
memang tidak dapat disangkai. Oleh itu, stesen telivisyen perlu menyiarkan gambar pihakpihak yang telah mencemarkan alam sekitar agar menjadi pengajaran kepada orang ramai.
Surat khabar juga boleh menyiarkan rencana bagi mengatasi masalah alam sekitar.
Pemimpin masyarakat juga boleh membantu dalam menangani masalah pencemaran
alam sekitar. Pemimpin masyarakat mesti mengingati ahli masyarakat agar sentiasa menjaga
alam sekitar dalam kehidupan seharian. Selain itu, pemimpin masyarakat perlu melawat
persekitaran tempat tinggal masyarakat setempat dan berusaha mengatasi pencemaran alam
sekitar yang ada. Pemimpin masyarakat juga boleh membuat program gotong-royong untuk
membersihkan tempat tinggal penduduk di kawasan jagaan mereka bagi mengatasi
pencemaran alam sekitar.
Pihak kerajaan juga boleh memainkan peranan yang penting dalam mengatasi
masalah pencemaran alam sekitar. Hal ini kerana pihak kerajaan mempunyai peruntukan
wang bagi melaksanakan program-program mengatasi pencemaran alam sekitar. Pihak
kerajaan juga boleh mendakwa pihak yang mencemarkan alam sekitar di mahkamah agar
menjadi pengajaran kepada orang lain. Di samping itu, pihak kerajaan juga boleh

Popular Posts

Kebaikan Kitar Semula


Isu-isu yang berkaitan dengan kitar
semula kerap menjadi bahan perbincangan
di media massa. Pihak kerajaan giat
melaksanakan kemp...
Cara-Cara Mengatasi Pencemaran Alam
Sekitar
Isu-isu yang bekaitan dengan alam
sekitar kerap menjadi bahan paparan surat
khabar. Hal ini kerana pencemaran alam
sekitar didapa...
Cara-Cara Menjaga Kebersihan Alam Sekitar
Isu-isu berkaitan dengan alam
sekitar kerap menjadi bahan paparan dalam
surat khabar. Hal ini kerana alam sekitar di
negara kita ...
Sebab-Sebab Pencemaran Alam Sekitar
Isu-isu tentang alam sekitar kerap
dipaparkan dalam surat khabar dan
telebisyen. Terdapat beberapa jenis
pencemaran alam sekitar ...
Tanggungjawab Anak Terhadap Ibu Bapa
Isu-isu yang berkaitan dengan
tanggungjawab anak-anak terhadap ibu
bapa kerap dibincangkan dalam majalah
dan surat khabar. Hal ini...
Cara-Cara Mengurangkan Kemalangan
Jalan Raya
Isu-isu yang berkaitan dengan
kemalangan jalan raya kerap menjadi
bahan perbincangan dalam media massa.
Paparan kemalangan jalan r...
Cara-Cara Memupuk Amalan Berjimat
Cermat
Berjimat cermat merupakan amalan

You might also like