You are on page 1of 13

Apakah itu Dadah?

Dadah atau "drug" adalah bahan atau kimia


yang amat merbahaya kepada individu yang
meng-gunakannya kerana ia mengubah cara
minda dan tubuh manusia berfungsi. Banyak
hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa
menjadi bahan dalam berita.
Apabila mendengar saja perkataan dadah,
kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah
seperti ganja dan heroin. Tetapi, sebenarnya
terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh
dunia ini yang digunakan oleh lebih kurang 200
juta manusia untuk pelbagai tujuan.
Dadah dan Anda!
Menurut Kamus Dewan Melayu - Inggeris, makna perkataan "Drug"
bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif
penyalahgunaan kepada "drug", perkataan "use", "misuse" atau "abuse"
perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan "drug". Contohnya
"drug abuse" atau "misuse of drug yang membawa maksud
penyalahgunaan dadah.
Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis
bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang
dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkahlaku pengguna apabila
digunakan.
Akibat
daripada
kesan
ini,
seseorang
yang
menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus
bergantung hidup kepadanya.
Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa
jenis dadah dalam hidup anda. Ubat-ubatan seperti "paracetamol" dan
"antibiotic" membantu menyembuhkan anda sekiranya anda tidak sihat.
Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang
dikenali sebagai "caffeine". Akan tetapi, dadah rangsangan seperti ini
tidak mengakibatkan ketagihan yang bermasalah kepada individu,
masyarakat dan negara. Oleh itu, penggunaan bahan minuman dan
makanan ini tidak salah di sisi undang-undang.
Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang
pengambilannya kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan
masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu
Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah
Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran,
pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah
seumpana ini. Jenis dadah seperti seperti kokainb, ganja, heroin, syabu

dan "ecstasy" diambil untuk mengubah perasaan fikiran anda. Dadahdadah ini juga dikenali sebagai "dadah yang disalahguna".
Dadah dan Ciri-cirinya
Dadah merujuk kepada sejenis bahan kimia
psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti
berikut :
Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem
saraf pusat (Otak dan saraf tunjang);
Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan
penggunaannya adalah dilarang;
Diperoleh secara haram;
Membawa kepada pergantungan fizikal dan
psikologikal dan meningkatkan daya tahan
terhadap dadah; dan
mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan
fungsi sosial seseorang.
Jenis-jenis Dadah
Setakat ini, dadah boleh dikategorikan kepada beberape jenis seperti
berikut :
Opiat dan Opiat sintetik
Stimulan
Ganja
Halusinogen
Depresen
Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang disalahguna
Apa itu Opiat?
Dadah jenis opiat diperolehi daripada tumbuhan pokok popi. Getah
dikeluarkan daripada buah popi, lalu ia dikeringkan dan diproses
menjadi dadah kumpulan opiat iaitu candu, morfin dan heroin.

pemprosesan morfin. Heroin mempunyai kekuatan berkali-kali ganda


morfin.
Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap
Nama Jalanan : "Fit", "Fun", tepung, cik putih, barang, "Penang
pink"

Jenis-jenis opiat
1. Candu
Candu adalah sejenis narkitik yang mempunyai fungsi menekan dan
memperlahankan aktiviti sistem saraf tunjang. Candu dihasilkan
daripada getah buah popi yang bertukar daripada warna putih kepada
coklat dan kehitaman. ia mempunyai bau yang kuat, mengajal (elastik)
apabila masih segar dan menjadi keras jika terdedah kepada udara.
2. Morfin
Morfin adalah sejenis alkaloid yang diperolehi setelah diproses
daripada candu mentah. Dalam pasaran gelap ia selalunya dikenali
sebagai morfin mentah, bes morfin, morfin sulfat atau morfin
hidroklorik.
Cara Mengunakan : Menelan, menyuntik
Nama Jalanan : "M", "White Powder", "Monkey", "Morpho"

4. Kodein
Kodein adalah bahan alkaloid yang wujud secara semula jadi di
dalam candu. Walau bagaimanapun, kebanyakan kodein di pasaran
adalah yang dihasilkan daripada morfin. Dalam bidang perubatan,
kodein digunakan untuk melegakan kesakitan sederhana dan sebagai
ubat batuk.
Cara Menggunakan : Menelan, menyuntik
Nama Jalanan : Ubat batuk
5. Opiat Sentetik
Opiat Sintetik meliputi bahan-bahan seperti "methadone" ,
"pethidine", "dipipanone" dan "dextropropoxyphene". Bahan-bahan ini
mempunyai sifat yang serupa dengan opiat dan digunakan dalam
bidang perubatan untuk melegakan kesakitan. Kini "methadone"
digunakan dalam rawatan penagihan opiat di negara kita.
Cara Mengunakan : Menelan, Menyuntik
Nama Jalanan : "Fizzies", "Dollies"
Stimulan
Stimulan merupakan bahan kimia psikoaktif yang merangsang aktiviti
sistem saraf pusat. Terdapat dua jenis stimulan iaitu jenis amfetamin
atau "Amphetamine-type-stimulants (ATS)" dan kokain.

Morfin Mentah
Bentuk blok/serbuk
Bertanda "999"
Megandungi 70% - 90% morfin
Juga dipanggil Heroin No.1
Bes Morfin
Seperti serbuk kopi halus
Megandungi 60% - 70% morfin
Pil-pil Morfin
Megandungi morfin sulfat/morfin hidroklorid
Pil kecil berwarna putih/coklat pucat
3. Heroin
Heroin adalah dadah jalanan yang paling kerap disalahguna oleh
penagih dadah di Malaysia. Heroin dalam bentuk tulen adalah serbuk
putih pahit yang merupakan produk yang terhasil daripada

Jenis-jenis Stimulan
1. Amfetamin
Amfetamin adalah stimulan sintetik buatan manusia. Pada masa ini
tidak ada ubat yang menganduni amfetamin yang didaftarkan dengan
Pihak Berkuasa Kawalan Dadah. Dadah perangsang jenis amfetamin

seperti
methamphetamine
(ice/syabu)
dan
"Methylenedioxy
methamphetamine" adalah dadah yang sanat berbahaya.
Cara Mengunakan : Menelan, menyuntik, menghisap, menyedur
("chasing the dragon")
2. Methamphetamine
"Methaphetamine hydrochloride" merupakan satu jenis dadah yang
berada dalam kumpulan stimulan. Ianya berbentuk kaca pecah dan
kadangkala berbentuk seperti tawas. Contoh "methaphetamine
hydrochloride" yang biasanya terdapat di Malaysia ialah syabu dan yaba.
syabu lazimnya diproses secara haram dan tidak mempunyai kegunaan
dari aspek perubatan.
Cara Mengunakan : Menghisap, menyedut ("chasing the dragon")
Nama Jalanan : "Ice"
3. Kokain
Kokain adalah serbuk putih yang berasal daripada daun koka yang
terdapat di Peru, Bolivia dan Colombia di Pergunungan Andes, Amerika
Selatan. Ia banyak digunakan di negara-negara Amerika Utara, Selatan
dan Tengah di samping negara-negara Eropah.
Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap
Nama Jalanan : "Coke", "Crack", "Snow", "Flake"
Kokain "Freebase" adalah bes kokain yang bebas daripada segala
campuran dan dihisap dalam bentuk tulen dengan menggunakan paip
khas.
Kokain "Crack" adalah campuran kokain dengan serbuk penaik dan
berbentuk "granusles". "Crack" mempunyai ketulenan sehingga 90%
dan sangat berbahaya kerana ia boleh menyebabkan ketagihan teruk
dalam masa yang singkat.
4. MDMA
"Methylenedioxy-methamphetamine" (MDMA) merupakan analo
meskalin dan amfetamin. ia dipanggil "feel good drug" dan boleh
meningkatkan daya tahan pengguna. Pil MDMA seringkali dibentuk
dengan ikon atau logo bagi memenuhi cita rase pengguna muda.
Cara Menggunakan : Menelan
Nama Jalanan : "Ecstasy", "XTC"

sekurang-kurangnya
421
jenis
bahan
kimia
yang
mana
"tetrahydrocannabinol" (THC) merupakan bahan psikoaktif yang utama.

Jenis-jenis Ganja/Kanabis
1. Kanabis Herba
Kanabis herba merujuk kepada daun dan pucuk berbunga pokok
"genus kanabis" yang dikeringkan dalam bentuk ketulan atau sate. ia
menyerupai tembakau tetapi berwarna lebih kehijauan.
Kandunan THC : 0.25% - 8%
Cara Mengunakan : Menghisap, menelan (bersama
makanan/minuman)
Nama Jalanan : "Ganja"
2. Hashish
Resin getah kanabis (hashish) ialah getah pucuk bunga kanabis yang
dikumpulkan dan dihasilkan menjadi ketulan, serbuk atau dicampurkan
dengan lilin. Warnanya berbeza-beza daripada coklat muda ke hijau,
coklat tua atau hitam.
Kandungan THC : 4% - 12%
Cara Menggunakan : Menghisap
3. Minyak Hashish
Minyak hashish dihasilkan daripada pengasingan bahan kanabinoid
dengan menggunakan bahan pelarut. Ia menyerupai minyak tar, tidak
larut dalam air dan menjadi pekat apabila terdedah kepada udara.
Kandungan THC : Sehingga 60%
Cara Menggunakan : Menghisap

Ganja/Kanabis
Kanabis ialah istilah umum yang digunakan untuk semua jenis dadah
yang diperoleh daripada pokok "cannabis sativa". Pokok ini berasal dari
kawasan beriklim panas seperti Asia, Mexico, Afrika dan Timur Tengah.
Ia merupakan bahan yang sangat kompleks dan mengandungi

Halusinogen
Halusinogen adalah jenis dadah asli dan
sintetik yang mengubah pencerapan deria. Ia

mengubah pandangan visual dan menyebabkan ilusi sehingga susah


membezakan yang benar dan tidak benar.
Halusinogen adalah ubat-ubatan terjadual di bawah kawalan
Kementerian Kesihatan. LSD, DMT, PCP, meskalin dan psilosibin
semuanya termasuk dadah jenis halusinogen. Kesan penyalahgunaan
ubat-ubatan ini sukar dibuktikan.
Ubat-ubatan ini amat popular disalahgunakan oleh gologan "hippies"
pada tahun 1960-70. Kini ia diguna oleh kebanyakan penagih di negaranegara barat.
Depresen
1. Ubat "Depresen"
Ubat "depresen" termasuk juga ubat-ubat "sedative" dan
"tranquilizer". Ubat-ubat ini bertindak dalam sistem saraf tunjang
manusia untuk memperlahankan atau menghentikan fungsi-fungsi
tubuh.
Contoh ubat "sedative" ialah "barbiturates" manakala contoh
"tranquilizer" ialah "erimin-5", "rohypnol" dan "valium".
"Erimin-5" sejenis "sedative" yang kerap disalahgunakan oleh
mereka yan menyalahguna "club drugs" untuk membantu mereka
kembali ke kehidupan rutin. Penagih heroin juga menganggap "erimin5" sebagai pengganti heroin apabila harga pasaran haram heroin tinggi.
"Rohypnol" sejenis "sedative" yang sangat kuat kesannya sehingga
ia kerap disalahguna di kelab malam bukan sahaja sebagai "club drugs",
bahkan juga sebagai "rape drugs" oleh perogol. "Rohypnol" boleh
mengakibatkan kematian apabila disalahgunakan bersama alkohol.
2. Alkohol
Alkohol adalah minuman keras yang lazimnya disalahguna
terutamanya oleh pengunjung kelab-kelab malam. alkohol juge
bertindak ke atas sistem saraf manusia dengan cara memperlahankan
fungsi dan reaksinya. Penyalahgunaan alkohol bersama dadah boleh
menyebabkan perlbagai kesan sampingan seperti hilang keseimbangan
badan dan tidak sedarkan diri. Tindak balas kimia alkohol bersama
dadah yang diambil secara berlebihan akhirnya boleh membawa maut.
Cara Menggunakan : Minum
Nama Jalanan : Pelbagai jenis "Bir", "wine" dan minuman keras lain.
3. GHB
"Gamma-hydroxybutyrate" (GHB) boleh diperoleh dalam bentuk
cecair jernih, serbuk putih, pil dan kapsul. GHB atau "gammahydroxybutyric acid" tidak pernah diiktiraf sebagai ubat dan dikeluarkan
dalam makmal haram tanpa sebarang kepiawaian. GHB juga kerap

disalahgunakan sebagai "rape drugs" kerana boleh mempitamkan


mangsa dalam tempoh beberapa minit sahaja.
Cara Menggunakan : Menelan
Nama Jalanan : "G", "Grieviuos bodily Harm", "Liquid Ecstasy"
4. Ketamin
Ketamin pula sejenis ubat bius haiwan yang kerap disalahgunakan.
Ketamin yang digunakan dalam bentuk cecair tidak mengkhayalkan. Ia
boleh menyebabkan pengguna tertidur dengan cepat. Ketamin dalam
bentuk tepung putih pula disalahgunakan dengan cara "smoked" atau
"snorted" untuk mendatangkan khayalan seperti bius.
Ubat-ubatan dan Bahan Yang disalahguna
1. Steriod
Steriod sejens ubat yang merupakan hormon testeron sintetik.
Steriod digunakan oleh doktor untuk merawat pesakit lelah dan lainlain. Steriod kerap disalahguna oleh atlit di seluruh dunia walaupun
terdapat kajian baru yang menunjukkan steriod tidak menyebabkan
pertumbuhan otot atau peningkatkan kekuatan fizikal. Penyalahgunaan
steriod mendatangkan banyak kesan sampingan yang buruk seperti
boleh menyebabkan kanser hati.
2. Gam, Petrol dan Inhalan Lain
Gam, petrol dan inhalan lain walaupun tidak perlu dibeli di pasaran
haram, juga boleh menghasilkan kesan seperti dadah apabila
disalahgunakan. Kekerapan menghidu gam atau petrol boleh
mengkhayalkan pengguna dan menyebabkan seseorang itu ketagihan.
Kini Kerajaan Malaysia sedan dalam proses menggubal akta Bahan
Mengkhayalkan agar gejala penyalahgunaan bahan seperti ini dapat
ditangani.
3. Daun Ketum
Selain daripada itu, daun ketum atau "species mytragynine" yang
telah disenaraikan sebagai racun dan bahan psikotropik dalam Akta
Racun 1952 juga kerap disalahgunakan oleh segolongan rakyat di Utara
dan Timur Semenanjung Malaysia.
4. Ubat-ubatan
Selain daripada ubat bius dan "depresen", lazimnya ubat-ubatan
yang kerap disalahguna adalah berkaitan dengan ubat penenang, ubat
tidur, ubat untuk menahan sakit ("pain killer") dan sebagainya.
Penggunaan yang kerap, banyak dan secara berpanjangan akan
menyebabkan kebergantungan kepada ubat-ubatan berkenaan.
Dadah Dari Sudut Agama
Dadah Menurut Pandangan Islam

Hukum dan larangan pengambilan dadah adalah jelas haram


berdasarkan kepada dalil yang dikiaskan kepada arak. Dalam Al-Quran
banyak menyebut mengenai pengharaman arak dan dalil pengharaman
ini berdasarkan kepada keterangan nas-nas (Al-Quran dan Al-hadis)
kerana ia termasuk dalam pengertian umum benda-benda yang
memabukkan, menghilangkan akal dan kedua-duanya mempunyai
alasan hokum yang sama iaitu memabukkan atau terdapat keburukankeburukan dan membawa kebinasaan terhadap individu-individu dan
masyarakat. Ini dapat dibayangkan melalui Firman Allah S.W.T. dalam
suruh Al-Baqarah ayat 195 yang bermaksud:
..Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam
bahaya kebinasaan.. Surah Al-baqarah : 195
Dadah juga menghancurkan rumah tangga, Keluarga yang dinaugi
oleh ketua yang mengguna atau menagih dadah akan menimbulkan
pelbagai kesulitan dan masalah. Antaranya tidak dapat menyediakan
nafkah yang diperlukan oleh keluarga, bahkan memaksa isteri dan
anak-anak memberi wang untuk membeli dadah. Sebagai ketua
keluarga, islam menitikberatkan mengenai kehidupan anggota keluarga
agar dipelihara dengan sebaik-baiknya.
Firman Allah S.W.T. dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud:
..peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka...
Surah At-Tahrim : 06
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
Seseorang itu adalah berdosa jika dia menyempitkan orang yang di
bawahnya. Riwayat Ahmad dan Abu Daud
Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Al Diar Al Masriah AlSabiq (bekas Mufti Mesir), Al Syeikh Hasanin Makhluf dalam kitabnya,
Fatwa Al Syariiyah (muka surat 184) bahawa dadah adalah haram
hukumnya dari segi penggunaan, pemberian dan membuat jualan
perniagaan, mengikut Mazhab Hanafi, Mazhab Syafie dan Al Syeikh Al
Islam Ibnu Taimiyah, tokoh Ulama Hambali.
Pendapat Ulama
Berdasarkan kepada ayat-ayat Al-Quran dan Hadis ini jelaslah
bahawa penyalahgunaan dadah hukumnua haram. Pengharaman ke
atas dadah meliputi semua kegiatan yang berkaitan dengannya seperti
yang diriwayatkan oleh Termizi dan Ibnu Majah, bahawa Rasulullah
s.a.w pernah melaknat tentang khamar.
Rasulullah s.a.w. melaknat tentang khamar, sepuluh golongan, (1)
pembuatnya, (2) pengedarnya, (3) peminumnya, (4) pembawanya, (5)
pengirimnya, (6) penuangnya, (7) penjualnya, (8) pemakan wang
hasilnya, (9) pembelinya, (10) pemesannya.

Oleh yang demikian bolehlah disimpulkan bahawa semua kegiatan


yang berkaitan dengan dadah adalah haram hukumnya seperti:
Menanam sebarang bahan untuk menghasilkan dadah
Memproses sebarang bahan untuk menghasilkan dadah
Menjual beli dadah.
Menggunakan keuntungan hasil daripada perniagaan dadah dan
sebagainya yang berkaitan
Pandangan Agama Hindu
Di antara falsafah dan kitab Tamil (Kural) ada menyebut bahawa:
Dipisahkan daripada deria adalah mereka yang memabukkan diri
(pengguna dadah), tidak ada bezanya mereka daripada yang tidur
mahupun yang telah mati.
Manusia adalah makhluk yang berfikir, diharap dapat mengawal dan
membendung segala tindak tanduknya dengan kuasa pemikirannya dan
tidak sekali-kali membiarkan pemikirannya menyeleweng daripada
sebab memasukkan dadah ke dalam badan, yang bukan sahaja
memusnahkan pemikiran tetapi juga tubuh fizikal.
Dhama Hindu menyatakan bahawa setiap tindakan seseorang adalah
dikawal oleh Dharma atau sifat yang terpuji. Setiap perbuatan atau
tingkah laku yang salah, merbahaya atau mencederakan diri mereka
atau orang lain dikira adharmic yang mana pembalasannya adalah
penderitaan. Oleh kerana itu, penggunaan dadah juga dianggap
adharmic.
Tubuh badan manusia dianggap sebagai makhluk tertinggi oleh
penganut agama Hindu, tetapi kesucian ini telah dikaburi oleh
kebodohan dan keangkuhan dengan mengambil dadah.
Daripada hujah dan pandangan di atas, maka jelaslah bahawa
penganut agama Hindu dilarang menggunakan dadah.
Apakah yang Dimaksudkan dengan Pergantungan Kepada
Dadah
Pergantungan kepada dadah adalah keadaan keperluan secara fizikal
atau psikologi atau kedua-duanya yang wujud daripada penggunaan
dadah secara berterusan atau pada waktu-waktu tertentu.
Dua jenis pergantungan kepada dadah apabila ianya digunaakna
secara kerap dan berterusan ialah:
Pergantungan secara fizikal
Pergantungan secara fizikal ialah satu keadan di mana badan
penagih memerlukan dadah dihentikan akan menimbulkan gejala-gejala
tarikan.

Gejala-gejala tarikan ialah tanda-tanda tertentu dari segi tingkah


laku dan fizikal seseorang penagih dadah yang ditunjukkan semasa
tidak menggunakan dadah dalam masa tertentu.
Antara tanda-tanda pergantungan fizikal ialah sakit perut, muntahmuntah, cirit-birit, menggeletar dan sebagainya.
Pergantungan secara psikologikal
Pergantungan secara psikik atau psikologikal merupakan satu
keadaan dimana penagih mengalami gian atau mengidam untuk
menggunakan dadah supaya dapat berfungsi secara normal serta
mencapai ketenangan jiwa.
Daya tahan (keupayaan sel-sel tubuh badan menentang kesankesan dadah)
Daya tahan atau tolerance kepada dadah dikatakan meningkat
apabila dos dadah yang biasanya diambil, tidak dapat memberi
kepuasan atau memberi kelegaan dalam mengatasi gejala tarikan. Dos
dadah terpaksa ditambah untuk mencapai tahapp kepuasan dan
kelegaan yang sama. Apabila pergantungan ini telah terbina, badan
bertindak dengan tanda-tanda yang boleh diteka sekiranya dadah itu
diberhentikan bekalannya dengan serta-merta.
Seseorang itu dikatakan telah bergantung pada dadah apabila : Penggunaan dadah menjadi bahagian penting dalam kehidupan
seharian mengatasi keperluan-keperluan hidup yang lain seperti
makanan dan minuman.
Daya tahan meningkat.
Mengalami gejala tarikan apabila tidak menggunakan dadah
Berada terdesak atau gian untuk menggunkan dadah lebih-lebih
lagi apabila cuba mengurang atau dapat mengawal jumlah dan
kekerapan penggunaan.
Terdapat tarikan atau kecenderungan menagih semula setelah
berhenti menggunakan untuk beberapa waktu.
Faktor-faktor yang mempengaruhi kesan-kesan dadah :
a) Jenis dadah
Perbezaan dari segi kesan ke atas fungsi system saraf pusat iaitu
sama ada ia merosakkannya (contohnya heroin) atau merangsangkan
(contohnya amfetamin dan kokain) atau merosak dan merangsangkan
(contohnya ganja).
b) Jumlah digunakan
Kesan daripada dos kecil adalah berbeza daripada kesan dos besar,
contohnya dos kecil heroin mungkin menyebabkan rasa mengantuk atau
euphoria berbanding dengan dos besar yang mana akan menyulitkan
pernafasan dan membawa maut.
c) Cara penggunaannya

Kesan dadah bergantung kepada cara penggunaannya (sama ada


ditelan, disuntik, dihidu, dihisap atau diguna bersama dadah lain),
jangka masa dan kekerapan mengguna.
d) Keadaan individu
Kesan dadah bergantung kepada umur, jantina, berat badan,
kesihatan, daya tahan, pengalaman penggunaan dadah aktiviti penagih.
f) Situasi ketika menggunakan dadah
Keadaan atau tempat menggunakan dadah sama ada ketika ada
orang atau tiada orang lain hadir bersama.
Sebab-sebab Seorang Mengambil Dadah
Statistik dan profil penagihan di Malaysia menunjukkan bahawa
sebahagian besar daripada penagih dadah adalah di dalam lingkungan
umur antara 15-25 tahun. Sebahagiannya adalah belia-belia yang masih
bersekolah sama ada di sekolah kerajaan, swasta ataupun di pusatpusat pengajian tinggi.
Di antara factor-faktor yang mendorong mereka menyalahgunakan
dadah adalah kerana : Keseronokan dan ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencubacuba untuk merasainya sendiri
Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya setiap jenis
dadah tersebut.
Pengaruh rakan, kawan-kawan sebab hendak menyesuaikan
dirinya dengan sesuatu kumpulan yang sebaya dengannya.
Mencari ketenangan jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah
kehidupan.
Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya.
Untuk menghilangkan kerunsingan yang disebabkan oleh desakan
ibu dan bapanya.
Tidak menggunakan masa lapangnya dengan melakukan perkaraperkara yang memberi manfaat dan berfaedah.
Masalah dan tekanan rumah tangga
Kurang kemesraan di antara ibu bapa dan anak-anak.
Keinginan untuk berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi
daripada yang termampu olehnya dengan cara menjadi pengedar.
Adanya dadah di persekitaran dan kecekapan pengedar-pengedar
untuk mempengaruhi pengguna baru.
Kurangnya pengetahun agama, penghayatan nilai-nilai serta
amalan agama.
Akibat Penagihan Dadah
Kesan dadah boleh dilihat daripada empat sudut iaitu :-

1.

2.

3.

4.

kesan kepada penagih


kesan kepada keluarga
kesan kepada masyarakat
kesan kepada Negara
Kesan Kepada Penagih
Penagihan akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan
bergaul hanya dengan kumpulan penagih, pengedar dan
penjenayah.
Tidak bertanggungjawap kepada persekolahan dan prestasi kerja.
Dari segi fizikal, penagih akan menjadi kurus, lemah tenaga, malas
dan kelihatan seperti dalam khayalan.
Pitam, pengsan, berperasan ganas, rase ketagihan berlebihan.
Daya tahan penyakit akan menjadi lebih dan mudah dijangkiti
seperti kancing gigi, Hepatitis, Tibi, HIV/Aids dan maut.
Kesan Kepada Keluarga
Menjatuhkan maruah dan nama baik keluarga
Membebankan keluarga penagih kerana menghabiskan masa,
tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya.
Rumah tangga menjadi porak peranda.
berlaku perceraian dan keganasan rumah tangga di kalangan
anggota keluarga.
Kesan Kepada Masyarakat
mengancam ketenteraman awam dengan kejadian jenayah seperti
rompakan dan pembunuhan.
Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh
terjejas akibat penglibatan remaja dan belia dengan dadah.
Persengketaan dan perselisihan antara masyarakat berlaku akibat
penglibatan anggota masyarakat dengan dadah.
Kesan Kepada Negara
Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi
akibat daripan masalah penyalahgunaan dadah yang berterusan.
Kos tersebut termasuklah :
Kehilangan./ kerugian akibat pengurangan daya pengeluaran
ekonomi.
Kos bagi menyediakan khidmat rawatan dan pemulihan penagih
dadah
Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan.
Kos kerana kerugian akibat daripan aktiviti jenayah yang berlaku
Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasaan seperti menambah
bilangan anggota polis, kakitangan jabatan penjara, mahkamah,
hospital dan sebagainya.

Kos kerugian tenaga dan modal insan yang kebanyakkan terlibat


dalam penagihan dadah terdiri daripada golongan remaja dan
belia.
Tanda dan Kesan-Kesan Penagihan Dadah
Tanda-tanda penagihan dadah pada umumnya boleh dilihat melalui
beberapa perubahan tertentu seperti paras rupa, sikap, tabiat dan
tingkah laku. Beberapa tanda umum boleh dilihat berkaitan dengan
kegiatan penangihan dadah adalah :
Kemerosotan kehadiran di sekolah atau tempat kerja, mutu kerja,
disiplin dan hasil kerja.
Meradang tidak tentu sebab, selalu menguap dan tidak bermaya.
Mengelakkan diri daripada tanggungjawab.
Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri.
Tabiat suka menyembunyikan apa-apa yang dilakukan atau
dimiliki.
Hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca dan
berair atau mata yang redup dan kuyu.
Parut dan bekas suntikan di lengan dan di hujung jari bertukar
warna akibat menghisap ganja.
Berdampingan dengan mereka yang diketahui menagih dadah.
Meminta wang secara berlebihan daripada keluarga.
Suka meminjam daripada kawan-kawan atau mencuri barangbarang yang mudah dijual dari rumah, sekolah, tempat kerja,
saudara mara atau kaum keluarga.
Selalu mengunjungi tempat-tempat terpencil tanpa sebab seperti
stor, bilik kecil, tingkat bawah bangunan dengan tujuan untuk
mengambil dadah.
Bagaimanapun, kita tidak harus membuat kesimpulan sendiri yang
seseorang itu penagih berdasarkan tanda-tanda ini sahaja. Ada baiknya
kita menyiasat dahulu, bertanya terus-terang kepada diri yang berkaitan
ataupun merujukkannya kepada pakar-pakar perubatan.
Undang-undang Dadah Malaysia
Akta Dadah Berbahaya 1952
Tafsiran
Pengedaran
Dadah
termasuklah
semua
seperti
menghilang, memgimport, meneksport, menyimpan, memyembunyi,
membeli, menjual, memberi, menerima, menyetor, mengendalikan,
mengangkut, membawa, menghantar, mengirim, mendapatkan,
membekal atau mengedar mana dadah berbahaya. Seseorang itu

adalah dianggap mengedar mana-mana dadah berbahaya. Seseorang


itu dianggap mengedar dadah sekiranya di dapati di dalam miliknya : 15 gram atau lebih berat heroin
15 gram atau lebih berat morfin
15 gram atau lebih berat monoasetilmorfin
Sejumlah 15 gram atau lebih berat heroin, morfin dan monoa setil
morfin atau sejumlah 15 gram atau lebih berat bagi mana-mana dua
daripada dadah berbahaya tersebut.
1,000 gram atau lebih berat candu masak
1,000 gram atau lebih berat candu mentah
Sejumlah 1,000 gram atau lebih berat candu masak dan mentah
200 gram atau lebih berat ganja
200 gram atau lebih berat resin ganja
Sejumlah 200 gram atau lebih berat ganja dan resin ganja
40 gram atau lebih berat kokain
2,000 gram atau lebih berat daun koka
50 gram atau lebih berat Aminohoxy-4 methyl phenypropane
50 gram atau lebih berat 2-Amino-1-(2,5-dimethoxy-4 methyl)
phenylpropane
50 gram atau lebih berat amphetamine
50 gram atau lebih berat 2,5-Dimethoxyyamphetamine (DMA)
50 gram atau lebih berat Dimethoxybromoamp hetamine (DOB)
50 gram atau lebih berat 2-5-Dimethoxy-4-ethylamphetamine
(DOET)
50 gram atau lebih berat Methamphetamine
50
gram
atau
lebih
berat
5-Methoxy-3,4Methylenedioxyamphetamine (MMDA)
50 gram atau lebih berat N-ethyl MDA
50 gram atau lebih berat N-hyroxy MDA
50 gram atau lebih berat N-methy-1-(3,4-methylenedioxypheny)2-butanamine
50 gram atau lebih berat 3,4-Methylenedioxy-methamphetamine
(MDMA)
50 gram atau lebih berat Paramethoxyamphetamine (PMA)
50 gram atau lebih berat 3,4,5-Trimethoxyamphetamine (3,4,5TMA)
Sejumlah 50 gram atau lebih mana-mana gabungan daripada dadahdadah berbahaya yang disenaraikan di dalam perenggan (xi) hingga
(xxiv)

Seseorang itu adalah dianggap melakukan kesalahan di bawah Seksyen


39(A) Akta Dadah Berhahaya 1952 sekiranya di dapati di dalam miliknya
terdapat : 5 gram atau lebih berat heroin
5 gram atau lebih berat morfin
5 gram atau lebih berat monoasetilmorfin
Sejumlah 5 gram atau lebih berat heroin, morfin dan monoasetil morfin
atau sejumlah 15 gram atau lebih berat bagi mana-mana dua daripada
dadah berbahaya tersebut.
250 gram atau lebih berat candu masak
250 gram atau lebih berat candu mentah
Sejumlah 250 gram atau lebih berat candu masak dan mentah
50 gram atau lebih berat ganja
50 gram atau lebih berat resin ganja
Sejumlah 50 gram atau lebih berat ganja dan resin ganja
15 gram atau lebih berat kokain
750 gram atau lebih berat daun koka
30 gram atau lebih berat Aminohoxy-4 methyl phenypropane
30 gram atau lebih berat 2-Amino-1-(2,5-dimethoxy-4 methyl)
phenylpropane
30 gram atau lebih berat amphetamine
30 gram atau lebih berat 2,5-Dimethoxyyamphetamine (DMA)
30 gram atau lebih berat Dimethoxybromoamp hetamine (DOB)
30 gram atau lebih berat 2-5-Dimethoxy-4-ethylamphetamine
(DOET)
30 gram atau lebih berat Methamphetamine
30
gram
atau
lebih
berat
5-Methoxy-3,4Methylenedioxyamphetamine (MMDA)
30 gram atau lebih berat N-ethyl MDA
30 gram atau lebih berat N-hyroxy MDA
30 gram atau lebih berat N-methy-1-(3,4-methylenedioxypheny)2-butanamine
30 gram atau lebih berat 3,4-Methylenedioxy-methamphetamine
(MDMA)
30 gram atau lebih berat Paramethoxyamphetamine (PMA)
30 gram atau lebih berat 3,4,5-Trimethoxyamphetamine (3,4,5TMA)
Sejumlah 30 gram atau lebih mana-mana gabungan daripada dadahdadah berbahaya yang disenaraikan di dalam perenggan (m) hingga (z).
Hukumannya ialah penjara tidak kurang 5 tahun atau penjara seumur
hidup atau 10 sebatan rotan.

Seorang itu adalah dianggap melakukan kesalahan di bawah


Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952 sekiranya ia di dapati
menanam atau mengusahakan pokok ganja (walaupun sepohon) dan
boleh dihukum penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang daripada
6 sebatan
Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan) 2002 Akta A1167 telah
diluluskan dan diwartakan pada 8 Ogos 2002. Dengan berkuatkuasanya
Akta ini mulai 11 November 2002, penagih-penagih dadah yang
menagih semual selepas 2 kali menjalani rawatan dan pemulihan di
Pusat Serenti atau pengawasan di dalam komuniti akan di kenakan
hukuman penjara dari 5 hingga 7 tahun dan sebatan tidak lebih dari 3
sebatan. Sekiranya mereka di dapati menagih sekali lagi bagi kali ke 4,
mereka akan dihukum penjara 7 hingga 13 tahun dan sebatan sebanyak
3 hingga 6 sebatan.
Akta Racun 1952
Tujuan akta ini diwujudkan ialah mengawal pengimportan,
pemilikan, pengeluaran, penjualan, penggunaan racun dan penjualan
semua jenis ubat-ubatan yang disenaraikan. Sesiapa yang didapati
bersalah di bawah akta ini akan diambil tindakan di bawah Akta Racun
1952.
Akta Rawatan/Pemulihan 1983
Seseorang boleh di tahan untuk ujian air kencingnya di bawah
Seksyen 3(1) APD (R&P) 1983 sekiranya disyaki sebagai penagih dadah.
Setelah disahkan bahawa seseorang itu adalah penagih dadah, majistret
boleh membuat perintah menurut Seksyen 6(1) samada penagih
tersebut :
menjalani rawatan dan pemulihan di pusat pemulihan selama 2
tahun dan kemudiannya menjalani pengawasan selama 2 tahun
atau
diletakkan di bawah pengawasan seseorang pegawai untuk tempoh
2-3 tahun.
Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakkan Harta), 1988
Akta ini dikuatkuasakan pada 10 Jun 1988 bertujuan memberi kuasa
kepada kerajaan melalui : Mengesan
Membeku

Akta

Merampas asset pengedar


ini berkuatkuasa sekiranya tangkapan dibuat di bawah :Seksyen 39(B) ADB 1952
Seksyen 6(B) ADB 1952
Seksyen 3(1) ADB (LLPK) 1985

Akta Langkah-langkah Pencegahan khas


Kategori orang yang boleh ditangkap di bawah akta ini adalah seperti
berikut : Orang yang telah ditangkap di bawah Seksyen 39B ADB 1952 dan
dibebaskan oleh mahkamah kerana kekurangan bukti untuk
dituduh di mahkamah.
Orang yang disyaki dan dikenalpasti terlibat dalam kegiatan
pengedaran dadah melalui proses mengumpul maklumat,
percakapan, risikan, saksi-saksi yang berurusan secara terus
dengan seseorang itu.
Seseorang yang ditangkap di bawah akta ini akan: Ditahan tidak melebihi 60 hari di bawah Seksyen 3(1) Akta Dadah
Berbahaya (LLPK) 1952.
Tidak dibicarakan di mahkamah
Proses Siasatan:
Laporan siasatan dibuat oleh pihak Polis dan dihantar kepada
Siasatan.
Pegawai Siasatan akan mengesahkan bahawa orang yang disyaki
itu benar-benar terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah.
Laporan siasatan Polis dan laporan Pegawai Siasatan dikemukan
kepada Menteri Dalam Negeri.
Menteri akan menimbang kedua-dua laporan dan membuat
keputusan samasa untuk mengeluarkan Perintah Tahanan,
Perintah Sekatan atau membebaskan orang tersebut.
Sumber : http://adkperlis.gov.my/

STATISTIK

Sumber : http://adkperlis.gov.my/

You might also like