You are on page 1of 1

RESEPI BISKUT LIDAH KUCING

Bahan-bahan :
250 gm mentega
175 gm gula kastor
100 ml putih telur
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex
Pewarna merah, oren, kuning, hijau dan biru ( pilih warna mengikut pilihan hati )
Loyang khas lidah kucing di gris dengan sedikit mentega

Cara-cara :
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex, ketepikan


Dalam mixer pukul mentega dan gula hingga berkrim
Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati
Masukkan tepung dan kaup balik dengan spatula hiungga rata
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian
Letakkan pewarna untuk setiap bahagian
Masukkan dalam piping bag untuk setiap warna berlainan
Potong hujung muncung bag plastik atau piping bag kecil
Paipkan atas loyang lidah kucing mengikut corak yang di kehendaki mengikut warna

pelangi
10. Bakar dalam oven pada suhu 150 C selama 15 hingga 20 minit
11. Jaga jangan sampai keperangan dan hangus kerana warnanya akan pudar dan tidak
menyerlah
12. Biarkan sejuk sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara

Jeng-jengggg , ini lah hasilnya bila dah siap :)

You might also like