You are on page 1of 8

ISI KANDUNGAN

Bil

Tajuk

Muka
surat

Kandungan mata pelajaran Sejarah disusun secara kronologi

15

dan tematik. Persembahan kandunagn berfokuskan tentang


sejarah

negara

yang

disepadukan

dengan

elemen

kewarganegaraan dan nilai sivik bagi mewujudkan kesedaran


dalam kalangan murid tentang nilai jati diri dan semangat
patriotik. Jelaskan tema-tema tersebut dengan menggunakan
pendekatan kronologi.

Bibiliografi

Lampiran

Kandungan mata pelajaran Sejarah disusun secara kronologi dan tematik.


Persembahan
disepadukan

kandunagn
dengan

berfokuskan

elemen

tentang

kewarganegaraan

sejarah
dan

negara

nilai

sivik

yang
bagi

mewujudkan kesedaran dalam kalangan murid tentang nilai jati diri dan
semangat patriotik. Jelaskan tema-tema tersebut dengan menggunakan
pendekatan kronologi.

Perkataan kronologi telah berasal dari perkataan Yunani, iaitu chronos yang
bermaksud waktu dan perkataan Latin iaitu, chronologia. logia disini bermaksud
ilmu. Gabungan perkataan-perkataan ini telah melahirkan perkataan kronologi yang
membawa maksud ilmu mempelajari waktu atau sebuah peristiwa pada waktu
tertentu. Kronologi juga merupakan ilmu mengatur sesuatu peristiwa menggikut
urutan masa yang betul. Kronologi adalah sebahagian daripada penzamanan dan ia
juga adalah sebahagian daripada disiplin sejarah. Pendekatan kronologi sering
digunakan dalam ilmu sejarah dan pendidikan.
Seperti yang dinyatakan diatas Kandunagan matapelajaran sejarah di
Malaysia juga disusun secara tematik dengan menggunakan pendekatan kronologi.
Menurut pandangan Abdul rahim, penyusunan kandungan sejarah secara kronologi
bermaksud penyusunan kurikulum mengikut perkembangan tahun dan abad. Menurut
beliau juga penyusunan secara berkronologi ini akan dimulakan dengan pernyataan tentang
peristiwa sejarah yang berlaku terlebih dahulu berbanding peristiwa selepasnya (Abdul Rahim
Abdul Rashid, 1989). Omardin pula berpendapat bahawa penyusunan mengikut kronologi
membolehkan penceritaan peristiwa sejarah disampaikan dengan lebih tersusun dan
kukuh mengikut rentetan waktu yang berkesan. Menurut beliau lagi, penggunaan cara ini
akan memudahkan lagi pemahaman murid melihat kesinambungan seseuatu perstiwa
sejarah.
Seperti yang dinyatakan diatas,

pendekatan kronologi telah digunakan bagi

menyusun kandungan mata pelajaran sejarah KSSR juga dirangka secera tematik iaitu,
mengikut tema-tema tertentu. Terdapat tiga tema utama dalam matapelajaran sejarah sekolah
rendah menggikut tahun. Bagi tahun empat tema kandunagn yang digunakan ialah Sejarah
Awal Negara, tahun lima pula dirangka berdasarkan tema Kedaulatan Negara dan
1

kandungan mata pelajaran tahun enam pula dirangka berdasarkan tema Kemakmuran
Negara Kita.
Persembahan kandungan berfokuskan tentang sejarah negara yang disepadukan
dengan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik bagi mewujudkan kesedaran dalam
kalangan murid tentang nilai jati diri dan semangat patriotik. Penerapan elemen
kewarganegaraan dan nilai sivik melalui mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah
adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang bersatu padu,
berbangga sebagai rakyat Malaysia, setia kepada negara, bersemangat kekitaan,
berdisiplin, aktif dan bermaklumat dalam mengamalkan dan menghayati ciri-ciri
warganegara yang cemerlang. (DSKP tahun 4)
Petikan diatas merupakan penerangan yang terdapat dalam Dokumen
Standard Kurikulum dan pentaksiran yang menunjukkan tema-tema matapelajaran
sejarah telah disepadukan dengan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik. Tematema ini kemudiannya telah disusun dengan menggunakan pendekatan kronologi.
Pendikataan berkronologi ini digunakkan disebabkan penyusunan ini akan memudahkan
lagi pemahaman murid yang melihat kesinambungan di antara satu peristiwa dengan
peristiwa yang lainnya. Jika kesinambungan dalam kandunagn mata pelajaran tidak jelas
kemunkinan besar murid akan mengalami kesukaran dalam memahami isi pelajaran dan
akan menyebabkan kekeliruan. Secara tidak langsung, masalah ini akan menyebabkan
objektif mata pelajaran sejarah gagal dicapai.
Setelah meneliti penyusunan tema-tema tersebut, boleh dikatakan kanduangn mata
pelajaran sejaran dirangka dari aspek meluas kepada aspek yang kecil. Pada peringkat awal
iaitu, tahun empat tema kandungan mata pelajaran Sejarah adalah Sejarah awal Negara
yang mencakupi empat tajuk. Tajuk pertama ialah Mari Belajar Sejarah, tajuk ini
membincangkan mengenai makna sejarah dan pengenalan kepada salahsilah keluarga
sebagai langkah pertama mengenali sejarah diri sendiri dan keluarga. Tajuk ini juga
membincangkan tentang sekolah dan tempat tinggal seseorang murid. Seterusnya tajuk
dedua pula adalah Zaman Air Batu yang menerangkan tentang zaman air batu sebagai
permulaan pembentukan bumi. Kemudian, dalam tajuk ketiga, iaitu Zaman Prasejarah murid
diberi pendedahan tentang zaman prasejarah bermula dari zaman paleolitik hingga ke zaman
logam. Kandungan merangkumi tentang ciri-ciri, tempat tinggal, peralatan dan cara hidup
masyarakat pada sesuatu zaman.
2

Tajuk seterusnya membincangkan mengenai proses kemunculan kerajaan melayu


awal di bawah tajuk Kerajaan Melayu Awal yang merangkumi benua Nusantara. Kemudian
tajuk akhir iaitu tajuk terakhir bagi Tahun 4 membincangkan tentang tokoh-tokoh kesultanan
Melayu Melaka di bawah tajuk Tokoh-tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka. Melalui
tajuk ini murid diberi penerangan tentang definisi tokoh dan peranan tokoh-tokoh terbilang
dalam kerajaan Melayu Melaka. Walaupun tema utama tahun empat merupakan tentang
sejarah awal negara tetapi penggunaan pendekatan kronologi jelas kelihatan dalam
kandungan mata pelajaran sejarah tahun empat. Di mana, isi pembelajaran telah dimulakan
dari pengenalan kepada sejarah yang meragkumi persekitaran murid sahaja dan menjurus
kepada pembentukan kerajaan Melayu dan seterusnya mengenai tokoh-tokoh dalam
kerajaan Melayu Melaka secara berperingkat bagi menjamin pemahaman murid dalam
mempelajari mata pelajaran Sejarah secara berkesan.
Bagi tahun lima pula, terdapat tiga tajuk sampingan dibawah tema utama. Iaitu
Tamadun Awal, Kita Rakyat Malaysia dan Warisan dan Tradisi Negara. Di bawah tajuk
pertama penjelasan tentang sejarah sebelum kewujudan sistem tulisan iaitu dari zaman air
batu dan kehidupan manusia awal di samping melihat perkaitan diantara ilmu geografi dan
sejarah. Seterusnya, di bawah tajuk kedua, murid didedahkan kepada rakyat Malaysia yang
terdiri daripada pelbagai kaum yang mencakupi masyarakat orang asli, kepelbagaian kaum
dan etnik di Malaysia. Pendedahan ini termasuklah beberapa budaya masyarakat di Malaysia
melalui agama dan kepercayaan, perayaan, bahasa dan pendidikan. Tajuk ini dirangka
sebagai usaha agar murid dapat memahami dan mengenali Malaysia sebagai sebuah negara
yang berbilang kaum serta sebagai penerapan elemen kewarganagaraan dalam jiwa murid.
Tajuk ketiga pula merangkumi penerangan tentang institusi braja, ekonomi masyarakat
tradisional, gaya hidup, cerita rakyat, kesenian trasisional, pakaian tradisional dan permainan
tradisional. Ketiga-tiga tajuk ini secara berperingkat (pendekatan kronologi) menerangkan
tetang sejarah awal negara kita bermula dari tamadun awal ke penbentukan rakyat dan
warisan serta budaya yang dibawa oleh masyarakat tersebut.
Seterusnya, tema Tahun enam iaitu, Kedaulatan dan Tradisi Negara merangkumi dua
tajuk. Tajuk pertama adalah Kejayaan Negara dan kedua pula adalah Pencapaian dan
Kebanggaan Negara. Di bawah tajuk pertama pendidikan tentang penjajahan kuasa luar,
perjuangan tokoh tempatan dan kemerdekaan negara diberikan kepada murid. Tajuk kedua
pula mencakupi kejayaan Malaysia elepas kemerdekaan yang menggambarkan kemajuan
3

ekonomi, kemakmuran politik, keharmonian kaum, perpaduan rakyat dan hubungan Malaysia
dengan dunia. Melaui tajuk ini perasaan bangga terhadap pancapaian negara dapat
diwujudkan dalam kalangan murid. Pada masa yang sama semangat petriotisme juga dapat
ditanam dalam jiwa murid. Jika diteliti dengan jelas, pendekatan kronologi atau
kesimanbungan tajuk dapat dilihat antara setiap tajuk ini. Dimana murid diberi pendedahan
tentang penjajahan dan kejayaan tokoh tempatan memperoleh kemerdekaan melalui
perjuangan terlebih dahulu sebelum membincangkan tentang pencapaiyan negara dari segi
ekonomi, politik dan sosial.
Bukan setakat itu sahaja, tiga tema utama kandunagan mata pelajaran sejarah KSSR
sendiri membuktikan penggunaan pendekatan kronologi dalam sejarah sekolah rendah.
Setelah pengenalan mengenai sejarah awal negara ketika Tahun 4 diberikan kepada murid
pengajaran diteruskan dengan pendedahan tentang Kedaulatan Negara dalam Tahun lima.
Di sini murid-murid terlebih dahulu mendapat gambaran mengenai makna sejarah dan
penbentukan kerajaan awal Melayu iaitu tidak membincangkan tentan negara kita;
pengajaran diteruskan dengan mendedahan tentang negara kita dari segi rakyat, agama,
budaya serta kaum. Kemudian, ketika murid memasuki tahun enam murid diajar mengenai
kedaulatan negara yang akan membincangkan tentang kemajuan yang kebanggaan negara
Malaysia dari segi ekonomi, politik dan sosial termasuk kemerdekaan negara dari tangan
penjajah. Perkembangan tajuk secara berperingkat ini menunjukkan kesinambungan antara
tema-tema ini dan kesinambungan ini dapat mengelak murid daripada mengalami kekeliruan
ketika mempelajari mata pelajaran sejarah.
Rasional kurikulum sejarah adalah bertujuan untuk menyemai ilmu pengetahuan dan
asas Kemahiran Pemikiran Sejarah di samping penerapan semangat patriotik melalui
pengetahuan masa lalu yang mempengaruhi masa kini. Pendekatan kronologi telah
digunakan sebagai pendekatan yang berkesan bagi mencapai rasional ini. Melalui
pembelajaran sejarah, murid dapat membina kerangka kronologi tentang pengetahuan
sesuatu peristiwa penting dan tokoh-tokoh terlibat dalam peristiwa tersebut. Selain
itu, Murid juga dapat membuat perbandingan pengalaman manusia dan seterusnya
berupaya memahami diri mereka secara individu serta sebagai ahli dalam sesebuah
masyarakat. Pendekatan kronologi telah menjadi asas bagi sesorang murid mencapai
elemen-elemen tersebut.

Secara

keseluruhannya,

pendekatan

kronologi

telah

digunakan

bagi

menyusun kandungan mata pelajaran sejarah. Ia adalah disebabkan penyusunan


kandungan kurikulum sejarah secara bertema, berkronologi dan disusun mengikut tajuk
membolehkan

murid

menghayati

dan

menghargai

sejarah

tanah air dan

kegemilangannya dengan lebih mendalam. Secara tidak langsung, pemahaman asas


tentang sejarah negara dapat melahirkan perasaan cintakan negara dan melahirkan
perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia yang akan menjamin kemakmuran negara pada
masa akan datang.

BIBLIOGRAFI
BUKU
Ah Men Gee (1998), Pendidikan Di Malaysia: Falsafah Pendiidkan Guru Dan Sekolah, Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
Choong Lean Keow (2007), Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia, Kumpulan Budiman Sdn.
Bhd.
Mok Soon Sang (2009), Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia, Penerbitan Multimedia
Sdn.Bhd.
Sufean Hussin (2009), Pendidikan Di Malaysia: Sejarah, Sistem, Dan Falsafah, Dewan
Bahasa Dan Pustaka, Kementerian Pendidikan, Malaysia

LAMAN WEB
http://web.moe.gov.my/bpk/v2/index.php?
option=com_content&view=article&id=311&Itemid=477&lang=en&showall=1 (1/8/2014)
http://web.moe.gov.my/bpk/v2/kssr/index.php/pengenalan/bentuk_kurikulum (18/8/2014)
http://cikguza.weebly.com/ (18/8/2014)
http://myguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview/20120307100339Unit
%205_KRP3013.pdf (18/8/2014)

LAMPIRAN

Pemetaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah Sejarah Tahun 4, 5 Dan 6.

You might also like