You are on page 1of 10

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2013

PENGGUNAAN SIFIR TULANG IKAN DAN PETA ALIR I-THINK


DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID
MENYELESAIKAN MASALAH BAHAGI DENGAN PEMBAHAGI DUA
DIGIT
Oleh:
Muhammad Aliff b. Abdul Rahman & Mas Norbany Abu Samah
Jabatan Matematik, IPG Kampus Dato Razali Ismail
arelipes_score@yahoo.com & mas@ipgmkdri.edu.my

ABSTRAK
Kajian Tindakan ini bertujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran
murid dalam menyelesaikan masalah bahagi dengan pembahagi dua digit
dengan menggunakan Sifir Tulang Ikan dan Peta Pemikiran i-Think Peta
Alir. Seramai lima orang murid telah dipilih menerusi analisis yang dibuat
terhadap Ujian Overhead Targeted Increment (OTI) sebagai peserta kajian.
Data kajian dikumpul menggunakan ujian pra dan pos, protokol temubual
sebelum dan selepas intervensi dijalankan, penelitian dokumen, dan
pemerhatian berstruktur sepanjang proses intervensi dijalankan. Ujian pra dan
ujian pos digunakan bagi melihat perubahan skor sebelum dan selepas
intervensi dijalankan. Protokol temubual dan analisis dokumen digunakan
bagi mengenalpasti pengetahuan murid dalam menyelesaikan masalah bahagi
dengan pembahagi dua digit, dan pemerhatian berstruktur digunakan bagi
melihat perubahan murid sepanjang tiga sesi intervensi dijalankan. Hasil
dapatan menunjukkan minimum peningkatan skor antara ujian pra dan ujian
pos telah dicatatkan iaitu 55% dan maksimum peningkatan adalah sebanyak
100%. Menerusi protokol temubual dan analisis dokumen, didapati murid
telah berjaya menggunakan Peta Alir dan Sifir Tulang Ikan bagi
menyelesaikan masalah bahagi dengan pembahagi dua digit. Melalui
pemerhatian berstruktur, murid telah menunjukkan peningkatan kefahaman
menyelesaikan masalah bahagi dengan pembahagi dua digit pada setiap sesi
intervensi yang telah dijalankan. Secara kesimpulannya, Peta Alir dan Sifir
Tulang Ikan telah berkesan dalam meningkatkan kemahiran murid dala
menyelesaikan masalah bahagi dengan pembahagi dua digit.
Kata kunci : Sifir Tulang Ikan, Peta Alir, Peta Pemikiran i-Think, Bahagi,
Pembahagi Dua Digit.
PENDAHULUAN
Operasi bahagi merupakan operasi yang paling sukar diselesaikan oleh murid
berbanding 3 operasi yang lain. Hal ini disokong oleh Robinson (2006). Menurut beliau
dalam penulisannya iaitu A Microgenetic Study of the Conceptual Development of Inversion
on Multiplication/ Division Inversion Problem, pengajaran bagi topik darab dan bahagi
285

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2013

adalah lebih lambat jika dibandingkan dengan tambah dan tolak (Robinson, 2006). Selain itu
juga, bahagi merupakan operasi yang lebih kompleks jika dibandingkan dengan operasi
tambah tolak dan darab. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Rich dan Schmidt dalam buku
Review of Elementary Mathematics pada tahun 1997 iaitu pendaraban boleh dedifinasikan
sebagai penambahan berulang, dan operasi bahagi boleh ditakrifkan sebagai penolakan
secara berulang (Parkes A., 2008). Selain itu, operasi bahagi ini juga menjadi masalah
kepada murid kerana operasi ini tidak mempunyai algoritma iaitu bentuk lazim seperti
operasi yang lain. Hal ini juga turut dinyatakan oleh (John Back, 2007), algoritma
pembahagian tidak sama seperti algoritma penambahan, penolakan dan pendaraban dimana
operasi bagi algoritma ini deselesaikan dari kanan ke kiri, manakala algoritma pembahagian
diselesaikan dari kiri ke kanan dan memerlukan proses penurunan. Hal ini menunjukkan
operasi bahagi kelihatan sangat-sangat berbeza berbanding operasi lain. Oleh yang demikian,
murid kurang mempraktikkan operasi ini dan menyebabkan pengetahuan dan kemahiran
mereka dalam menyelesaikan masalah berkaitan operasi ini menjadi lemah.
Murid sering memikirkan kesukaran terhadap operasi bahagi kerana mereka tidak
dapat menyelesaikan algoritma dengan baik. Mereka tidak memahami prosedur yang tepat
dalam menyelesaikan algoritma pembahagian. Hal ini disokong oleh, Kamaludin Ahmad
pada tahun 1996 iaitu, proses menyelesaikan soalan Matematik dalam bentuk algoritma dapat
dilakukan secara lebih teratur setelah murid diberi bimbingan dengan menggunakan bahan
konkrit dan separa konkrit. Kesilapan yang lazim dilakukan oleh murid dalam melakukan
algoritma pembahagian adalah ketika menyelesaikan algoritma pembahagian panjang (Issic
L., Regina W., Pang W. S., 2006). Oleh itu, kefahaman yang tinggi terhadap konsep bahagi
dan cara menggambarkan satu proses penyelesaian adalah sangat penting supaya murid dapat
menyelesaikan masalah mengikut prosedur yang tepat dan betul.
FOKUS KAJIAN
Penguasaan keempat-empat kemahiran asas adalah satu perkara yang tidak boleh dipandang
ringan oleh semua pihak. Hal ini kerana, kefahaman terhadap operasi tambah, tolak, darab,
dan bahagi adalah sangat penting untuk murid menyelesaikan masalah Matematik yang lebih
rumit.
Kelima-lima peserta kajian mempunyai satu sikap yang negatif dimana mereka
menganggap bahawa soalan bahagi adalah sukar kerana mereka sukar untuk menghafal sifir
terutamanya sifir yang melibatkan 2 digit. Sekiranya hal ini berterusan, perkara ini dapat
menjatuhkan motivasi murid dalam mempelajari Matematik dan seterusnya mengurangkan
minat mereka dalam matapelajaran ini. Oleh yang demikian, bagi mengumpul maklumat
berkaitan masalah yang dihadapi, pengkaji telah membuat tinjauan terhadap masalah yang
berlaku dan seterusnya menganalisis tinjauan tersebut bagi mengenalpasti tindakan yang
sesuai untuk dilaksanakan kelak.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan. Berikut
merupakan objektif yang ingin dicapai oleh pengkaji melalui tindakan yang akan dijalankan
ini.
286

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2013

Objektif Umum
Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk membantu meningkatkan kemahiran murid
dalam menyelesaikan masalah bahagi dengan pembahagi dua digit dengan menggunakan
Sifir Tulang Ikan dan Peta Alir I-Think.
Objektif Khusus
1. Mengetahui keberkesanan penggunaan Sifir Tulang Ikan dan Peta Alir I- Think iaitu
dalam menyelesaikan masalah pembahagian dengan pembahagi dua digit.
2. Meningkatkan kemahiran murid dalam membina sifir dua digit dengan menggunakan
Sifir Tulang ikan dalam melakukan operasi bahagi dengan pembahagi dua digit.
3. Meningkatkan kemahiran operasi bahagi dengan pembahagi dua digit menggunakan Peta
Alir i-Think.
Terdapat beberapa persoalan yang ingin dirungkai melalui kajian ini iaitu:
1. Adakah penggunaan Sifir Tulang Ikan dan salah satu peta pemikiran i-Think iaitu Peta
Alir berkesan dalam menyelesaikan masalah pembahagian dengan pembahagi dua digit.
2. Bagaimana Sifir Tulang Ikan dapat membantu murid membina sifir dua digit dalam
menyelesaikan masalah bahagi dengan pembahagi dua digit?
3. Bagaimana penggunaan peta pemikiran i-Think iaitu Peta Alir dapat membantu murid
meningkatkan kamahiran menjawab soalan masalah bahagi dengan pembahagi dua digit?
KUMPULAN SASARAN
Pengkaji telah memilih seramai lima orang murid yang belajar di sebuah kelas yang sama di
sebuah sekolah di Kuala Terengganu sebagai kumpulan sasaran. Kumpulan ini terdiri
daripada 3 murid lelaki dan 2 murid perempuan. Semua peserta kajian mempunyai profil
yang berbeza walau pun mereka belajar di kelas yang sama. Pencapaian peserta kajian
didalam subjek Matematik adalah sederhana dan rendah iaitu dalam lingkungan gred B, C,
dan D.

287

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2013

TINDAKAN

Rajah 1. Kerangka Konsep Kajian Pengguan Peta Alir dan Penggunaan Peta Alir dalam
menyelesaikan masalah bahagi 2 digit yang diubahsuai daripada model Elliot
Kajian ini akan dilaksanakan dalam 4 peringkat fasa utama iaitu fasa pertama, kedua
dan ketiga. Fasa pertama akan digunakan pengkaji untuk menganalisis punca yang
menyumbang kepada kesukaran murid dalam membuat penyelesaian masalah bahagi dengan
pembahagi dua digit.. Pada peringkat fasa kedua pula pengkaji akan merancang kaedah yang
sesuai untuk menangani masalah-masalah yang dihadapi manakala intervensi yang telah
dirancang oleh pengkaji akan dijalankan pada fasa ketiga. Fasa keempat akan digunakan
pengkaji untuk menilai sejauh mana keberkesanan intervensi yang telah dijalankan dalam
membantu murid-murid menyelesaikan masalah bahagi dengan pembahagi 2 digit dan
seterusnya menilai samaada intervensi berjaya ataupun tidak dan apakah penambahbaikan
yang boleh dilakukan jika intervensi gagal.

288

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2013

SIFIR TULANG IKAN DAN PETA ALIR i-THINK

Rajah 2 : Bahan Intervensi (Sifir Tulang Ikan dan Peta Alir i-Think)
Sifir Tulang Ikan adalah satu kaedah untuk membantu murid membina sifir dua digit
dengan menggabungkan dua sifir satu digit. Penggunaan elemen tulang ikan dalam membina
sifir dua digit dipilih adalah bagi menarik minat murid dalam membinanya.
Sebagai contohnya untuk membina sifir 32 menggunakan kaedah Sifir Tulang Ikan
ialah dengan membina sifir 3 pada bahagian kiri tulang ikan dan membina sifir 2 pada
bahagian kanan tulang ikan. Murid kemudian akan menggabungkan kedua-dua sifir tersebut
menjadi sifir 43. Murid akan mengenalpasti nilai puluh pada sifir yang dibuat pada bahagian
kanan tulang ikan dan memindahkannya ke bahagian tulang kiri ikan.

Rajah 3 : Hasil Kerja Murid (Sifir Tulang Ikan)


Contoh :
Pada baris yang ke-5.

289

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2013

Rajah 4 : Keratan Hasil Kerja Murid pada Sifir Tulang Ikan.


Murid akan memindahkan digit 1 (nilai tempat puluh) dan menambahkannya pada
bahagian kiri tulang ikan iaitu 15. Murid akan membacanya sebagai (15+1) | (0) = 16 | 0 =
160.
Peta Alir i-Think merupakan peta pemikiran yang membantu murid dalam
menyenaraikan langkah-langkah yang terlibat dalam sesuatu proses supaya dapat memahami
apa yag perlu dilakukan untuk mencapai sesuatu. Murid akan menulis langkah secara tertib
bagi membantu mereka untuk mengingat langkah yang perlu dilakukan semasa
menyelesaikan masalah bahagi dua digit. Langkah yang terlibat semasa menyelesaikan
masalah bahagi dengan pembahagi dua digit adalah Soalan, Anggaran, Sifir, Selesaikan, dan
Jawapan.

Rajah 5 : Peta Alir i-Think

ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA


Persoalan Kajian 1
Adakah penggunaan Sifir Tulang Ikan dan salah satu peta pemikiran i-Think iaitu Peta Alir
berkesan dalam menyelesaikan masalah pembahagian dengan pembahagi dua digit.
Peserta Ujian Pra Ujian
Peningkatan
Kajian (%)
Pos (%)
Aiman
10
100
90
Khairul 0
75
75
Aisyah 0
100
100
Amira
0
55
55
Sarhan
5
65
65
Jadual 1: Analisis Peratusan Dapatan Antara Ujian Pra, Ujian Pos 1 Dan Ujian Pos 2
290

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2013

Berdasarkan Graf didapati setiap peserta kajian telah menunjukkan peningkatan yang sangat
memberansangkan dengan minimum peningkatan adalah 55% yang ditunjukkan oleh peserta
kajian empat iaitu Amira. Manakala, maksimum peningkatan telah ditunjukkan oleh peserta
kajian ketiga iaitu Aisyah sebanyak 100%.
PE RI NG K AT PE NCA PA I A N T E MUBUA L
5
5

Selepas Intervensi

Sebelum Intervensi

PK 1

PK 2

PK 3

PK 4

PK 5

5
3

4
2

3
2
1
0
Graf 1 : Pencapaian Peringkat Temubual NEA Sebelum da Selepas Intervensi
Berdasarkan Graf , didapati bahawa setiap peserta kajian menunjukkan peningkatan serta
berjaya melepasi kelima-lima peringkat Newman Error Analysis (NEA) pada temubual
selepas ujian pos. Secara kesimpulannya, penggunaan salah satu peta pemikiran i-Think iaitu
peta alir dan sifir tulang ikan adalah berkesan dalam menyelesaikan masalah pembahagian
dengan pembahagi dua digit.
Persoalan Kajian 2
Bagaimana Sifir Tulang Ikan dapat membantu murid membina sifir dua digit dalam
menyelesaikan masalah bahagi dengan pembahagi dua digit?

Ujian Pra

Catatan
Membuat
kesilapan
semasa
membina sifir

Ujian Pos

Catatan
Membina sifir
12 dengan tepat
menggunakan
kaedah Sifir
Tulang Ikan

Jadual 2: Perbandingan Skrip Jawapan Peserta Kajian Semasa Ujian Pra dan Ujian Pos.

291

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2013

Berdasarkan Jadual 2, didapati peserta kajian telah silap dalam membina sifir bagi
membantunya menyelesaikan masalah pembahagian dengan pembahagi dua digit (12).
Perkara ini telah menyebabkan peserta kajian telah membuat kesilapan dalam mencari pekali
yang sesuai bagi membuat algoritma pada peringkat ke-2 iaitu peserta kajian telah membuat
kesilapan dalam mencari hasil hasil darab pekali yang ke 8 pada sifir 12 iaitu 97. Hal ini
menyebabkan beliau silap dalam mendapatkan hasil jawapan. Semasa ujian pos dijalankan,
didapati peserta kajian telah berjaya membina sifir 12 menggunakan Sifir Tulang Ikan dan
seterusnya berjaya mendapatkan jawapan yang tepat bagi masalah pembahagian dengan
pembahagi dua digit.
Persoalan Kajian 3
Bagaimana penggunaan peta pemikiran i-Think iaitu Peta Alir dapat membantu murid
meningkatkan kamahiran menjawab soalan masalah bahagi dengan pembahagi dua digit.

Ujian Pra

Catatan
Ujian Pos
Tidak membina
sifir
Kesilapan
algoritma

Catatan
Sifir dibina
Algoritma yang
tersusun
Anggaran yang
tepat

Jadual 3: Perbandingan Skrip Jawapan Peserta Kajian Semasa Ujian Pra dan Ujian Pos.
Berdasarkan Jadual 2, peserta kajian didapati telah meningkatkan kefahamannya dalam
menyelesaikan masalah bahagi dengan pembahagi dua digit. Pada skrip ujian pra, didapati
peserta kajian tidak membina sifir bagi membantunya menjawab item 7 pada ujian pra.
Selain itu, peserta kajian telah membuat kesilapan semasa membuat proses penurunan iaitu
pada peringkat algoritma yang kedua iaitu semasa membuat penurunan nombor 0 (nilai
tempat sa). Manakala semasa ujian pos, didapati peserta kajian sudah mula menggunakan
Sifir Tulang Ikan dan telah berjaya menyelesaikan masalah bahagi 2700 25. Peserta kajian
juga telah membuat penurunan dan menyelesaikan algoritma dengan lebih teratur dan
tersusun.
PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN DAPATAN
Hasil dapatan kajian membuktikan bahawa penggunaan Sifir Tulang Ikan dan Peta
Alir i-Think berkesan dalam menyelesaikan masalah pembahagian dengan pembahagi dua
digit. Perkara ini jelas ditunjukkan dalam perbandingan skor ujian pra dan ujian pos dimana
semua peserta kajian menunjukkan peningkatan yang memberansangkan iaitu dengan skor
292

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2013

minimum peningkatan adalah 55% dan skor maksimum peningkatan adalah 100%. Menerusi
analisis dokumen yang dijalankan, semua peserta kajian telah menunjukkan perubahan yang
positif dimana mereka telah membuat algoritma yang lebih tersusun dan lengkap
menggunakan Peta Alir i-Think. Apabila menggunakan Peta Alir i-Think ini murid dapat
mengikuti langkah yang tersusun dalam menyelesaikan algoritma pembahagian.
Sebagaimana yang dinyatakan oleh Som Nor dan Mohd Dahalan Mohd Ramli,(1998) iaitu ,
sesuatu idea yang hendak disampaikan itu akan menjadi lebih jelas dan mudah difahami.
Bukan itu sahaja dengan menggunakan Peta Alir ini juga murid dapat memahami
langkah penyelesaian algoritma pembahagian. Hal ini disokong Hassan Hj Mohd Ali (1997)
yang menegaskan bahawa bahan bantu amat penting dalam membina konsep bahagi kerana
dengan bantuan bahan bantu mengajar murid dapat membina pemahaman yang lebih kukuh.
Selain itu, John Back (2007) turut menyatakan , algoritma pembahagian adalah lebih
kompleks tidak sama seperti algoritma penambahan, penolakan dan pendaraban dimana
operasi bagi algoritma ini deselesaikan dari kanan ke kiri, manakala algoritma pembahagian
diselesaikan dari kiri ke kanan dan memerlukan proses penurunan.
Penggunaan Sifir Tulang Ikan juga dapat membantu murid dalam menyelesaikan
masalah bahagi dengan pembahagi dua digit. Perkara ini jelas ditunjukkan oleh peserta kajian
semasa ujian pos iaitu dengan penggunaan Sifir Tulang Ikan, skor mereka dalam ujian pos
telah meningkat berbanding skor di ujian pos. Selain itu juga, peserta kajian ada menyatakan
jika Sifir Tulang Ikan tidak dipakai, mereka tidak boleh mencari sifir dua digit untuk
membantu mereka menjawab item yang diberikan. Menurut Ruslia (1990) dalam kajiannya
di Sekolah Kebangsaan Tasik, Ipoh, Perak; antara punca masalah dalam kelambatan dan
kelemahan mencongak pengiraan melibatkan operasi bahagi adalah sikap murid itu sendiri.
Oleh yang demikian, menguasai fakta asas congak darab dan bahagi merupakan aspek
penting dalam menguasai kemahiran menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi
bahagi.
RUJUKAN
Hassan Mohd Ali. (1997). Srategi Belajar Yang Berkesan. Cheras, Kuala Lumpur: Utusan
Publications And Distributers Sdn Bhd.
Issic L., Regina W., Pang W. S. (2006). Departing from Traditional Algorithm: An
Experimental Study. Hong Kong: Hong Kong Institution of Education.
John Back. (2007, Mac 6). Difficulties with Division. Retrieved from
http://nrich.maths.org/5450
Parkes A. (2008). A Concise Introduction to Language and Machines. London: British
Library Catalouguing in Publication Data.
Robinson, K. M. (2006). Multiplication/ Devision Inversion Problem. Retrieved from A
MIcrogenetic Study of the Conceptual Development of Inversion :
http://csjararchive.cogsci.rpi.edu/proceedings/2006/docs/p2032.pdf
293

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2013

Rusila Nordin. (1990). Kelemahan Murid Tahap 2 Menguasai Fakta Asas Congak Operasi
Darab dan Bahagi. Ipoh: Sekolah Kebangsaan Tasek Ipoh.
Som Nor, Mohd Dahalan Mohd Ramli,. (1998). Belajar Berkesan Dengan Kritis Dan
Kreatif. Selangor: Longman Sdn Bhd.

294

You might also like