You are on page 1of 23

ISLAM DAN TRANSFORMASI SOSIAL MASYARAKAT MELAYU MALAYSIA:

SUATU KAJIAN EKSPLORATORI


Mashitah Sulaiman1
Centre for Core Studies
Universiti Sains Islam Malaysia, Negeri Sembilan, Malaysia.
mashimumtaz@yahoo.co.uk, mas1@siswa.um.edu.my,
ABSTRAK
Islam merupakan entiti yang sangat penting dalam membentuk pandangan semesta dan budaya
hidup masyarakat Melayu Malaysia. Islam telah berkembang dan bertapak kukuh dalam masyarakat
Melayu di rantau ini selepas kedatangannya yang bermula seawal abad ketujuh Masihi lagi.
Walaupun pernah dijajah di bawah beberapa kuasa Barat, namun Islam tetap menjadi pegangan
dan identiti Melayu walaupun dengan fungsi yang amat terbatas. Kejayaan Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan pada tahun 1957, memberi lembaran baru dalam lipatan sejarah pembangunan
negara sebagai sebuah negara merdeka yang berdaulat berdasarkan kepada acuan sendiri. Selepas
tertubuhnya Persekutuan Malaysia, beberapa perancangan dan dasar ke arah transformasi
mencapai sebuah negara yang moden dan maju telah dilaksanakan termasuklah perkara yang
berkaitan dengan pembangunan Islam. Justeru itu, kertas kerja ini melatari perkembangan pengaruh
Islam dalam kehidupan masyarakat Melayu pada peringkat awal. Turut dikupas impak aktiviti
dakwah pada tahun 1970-an terhadap Islamisasi dalam dasar-dasar negara sosial yang berkaitan
dengan masyarakat Melayu berlandaskan nilai-nilai Islam. Selain itu, perbincangan juga melihat
reaksi yang ditunjukkan oleh pemimpin masyarakat Melayu melalui dasar-dasar pembangunan yang
dilaksanakan sepanjang tempoh 1970 hingga tahun 2009. Perbincangan tertumpu kepada usahausaha yang dilakukan untuk memajukan Islam dalam pelbagai bentuk pembangunan semasa
pemerintahan Tun Mahathir dan Tun Abdulllah. Analisis kandungan daripada dokumen rasmi, rekod
dan teks ucapan pemimpin serta temubual digunakan sebagai metod bagi menilai pengaruh Islam
dalam masyarakat Melayu Malaysia. Tinjauan mendapati bahawa kepimpinan masyarakat Melayu
mengambil sikap yang proaktif dan positif untuk mengwujudkan ruang yang lebih luas untuk Islam
terus berkembang di Malaysia. Dengan peluang yang terbuka luas dan kebenaran untuk penyebaran
elemen-elemen keislaman, Malaysia telah memperlihatkan kecenderungan perubahan ke arah
sebuah negara Islam moden yang moderat dalam masa yang sama proses modenisasi dipacu di atas
prinsip dan nilai-nilai Islam.
Kata Kunci:
Keywords:

perubahan sosial, modenisasi, identiti Islam.


sosial transformation, modernization, Islamic Identity.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------1. Pendahuluan
Islam telah berakar umbi dalam masyarakat Islam sejak kedatangannya ke rantau ini berkurun
lamanya. Tiga persoalan utama sering diutarakan apabila membincangkan persoalan Islamisasi di
Alam Melayu, iaitu tentang bilakah Islamisasi mula bertapak, dari mana asal Islam di Alam Melayu,
1

Penulis merupakan pensyarah di Universiti Sains Islam Malaysia yang kini mengikuti pengajian di peringkat
Phd. di Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. Kertas kerja ini dibentangkan di
International Conference of Social Sciences Research 2013 (ICSSR 2013), 4-5 Jun 2013, bertempat di Hotel
Equatorial, Pulau Pinang, Malaysia.

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013 (e-ISBN 978-96711768-1-8). 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net
778

bagaimana Islam berkembang di Alam Melayu telahpun dibahaskan dan tiada persepakatan dalam
kalangan ahli sejarah dan ilmuan. Sehingga kini kebanyakan tulisan sarjana Barat masih cenderung
untuk melewatkan tarikh proses Islamisasi iaitu, sekitar abad ketiga belas masihi menerusi
Samudera-Pasai dan banyak teori yang dikemukakan mengenai ejen-ejen Islamisasi sama ada
menerusi pedagang, pendakwah sufi dan sebagainya (Azyumardi Azra, 2002). Namun begitu, ramai
daripada kalangan sarjana serantau mempercayai bahawa proses Islamisasi masyarakat Melayu
telah berlaku sejak peringkat awal Islam lagi dan lebih daripada satu millennium atau seribu tahun
yang lampau melalui empat atau lima gelombang (Arnold, 1986; Abdullah, 1992; Muhammad
Mustaqim, 2011). Walau apapun teori yang dikemukakan, bukanlah menjadi tujuan kertas kerja ini
membahaskan tentang kedatangan awal Islam ke Alam Melayu. Sebaliknya, perbincangan tertumpu
kepada kesan kedatangan Islam yang mengubah pandangan hidup Melayu dari segi kepercayaan,
pemikiran, cara berfikir dan bertindak sehingga agama suci ini membentuk satu sistem hidup, sistem
nilai dan budaya masyarakat di rantau ini, khususnya dalam konteks pembangunan Islam di
Malaysia.
Sebagai rantau yang dihuni oleh sebahagian besar umat Islam di dunia, kedatangan Islam ke
Alam Melayu telah menarik perhatian sarjana Barat dan Timur untuk mengkaji keistimewaan Islam
sehingga menarik perhatian dan menjadi anutan sebahagian besar penduduknya. Tidak hanya
dengan itu, malahan segala bentuk manifestasi, simbol dan unsur-unsur keIslaman yang semakin
ketara dalam kehidupan masyarakat Melayu telah memdapat perhatian dan bahan kajian oleh
orientalis dan pengkaji dari Timur dan Barat.
2. Islam Dalam Sorotan Budaya dan Perjuangan Masyarakat Melayu
Islam merupakan elemen penting yang membentuk rupa dan wajah Melayu kontemporari. Sejak
kedatangan Islam, agama ini telah menjadi teras yang mencorakkan identiti dan kebudayaan Melayu
Malaysia. Walaupun masyarakat Melayu pernah menerima pengaruh budaya Hindu-Buddha
sebelumnya, namun difusi budaya ini tidak banyak membawa perubahan struktur sosial dan tradisi
budaya Melayu secara menyeluruh (Wan Abdul Kadir, 1998). Akan tetapi, kehadiran Islam telah
mempengaruhi bentuk budaya dan sistem hidup masyarakat Melayu. Transformasi sosial dan
budaya Islam berlaku secara berperingkat dan perubahan ini bersifat menyeluruh mencakupi semua
lapangan kehidupan orang Melayu. Secara umumnya, proses pengislaman masyarakat Melayu di
rantau ini dan di Malaysia secara khusus dapat dilihat secara bertahap apabila ilmu pengetahuan
tentang Islam semakin meningkat (Ibid, 85).
Transformasi budaya dan pemikiran Islam adalah satu perubahan asas dalam pembentukan
Tamadun Melayu. Transformasi masyarakat Melayu kepada budaya Islam secara jelas ditunjukkan
dalam pembentukan Kerajaan Islam Samudra-Pasai. Pasai telah muncul sebagai pusat pengajian dan
penyebaran Islam dan juga boleh dianggap sebagai pusat Tamadun Melayu Islam yang pertama di
Kepulauan Melayu (Abdul Rahman, 1990, 48; Wan Hussein, 1980,143; al-Attas, 1969, 12). Apabila
Ibn Battuta melawat Pasai pada tahun 1345/6M, beliau melaporkan bahawa Sultan Pasai pada masa
itu, Al-Malik al-Zahir merupakan seorang yang bermazhab Shafie dan amat menyayangi para ulama.
Fuqaha' atau ulama dalam ilmu Feqah dan perundangan Islam telah menghadiri majlis ilmu yang
dianjurkan oleh baginda untuk membaca kitab dan membincangkan hal-hal berkaitan agama (Ismail
Hamid, 1985, 177). Sultan adalah seorang yang alim dan baginda berjalan kaki ke masjid untuk
menunaikan sembahyang Jumaat (Syed Nurul Akla dan Adi Setia, 2006, 730-731). Di samping itu,
Hikayat Raja-Raja Pasai juga menyebut bahawa Nabi Muhammad SAW telah muncul di dalam mimpi
Merah Silu dan nabi memberi gelaran Sultan Malikul Saleh kepada baginda (Jones, R. 1999, 15).
Selain itu, pemerintah Pasai juga menggunakan gelaran Al-Malik al-Zahir selepas memeluk agama
Islam, dan ini menunjukkan hubungan yang amat kuat di antara kerajaan Melayu dan Timur Tengah
kerana gelaran ini juga yang telah digunakan oleh pemerintah Islam semasa kesultanan Mamluk di
Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013 (e-ISBN 978-96711768-1-8). 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net
779

Mesir (Mohammad Redzuan, 2005, 13). Begitu juga dengan gelaran yang digunakan oleh Maharaja
Derbar Raja II, pemerintah pertama Negeri Kedah yang memeluk Islam dalam 1136M. Pemerintah
Kedah tersebut telah menukar namanya kepada Sultan Muzaffar Shah selepas menjadi seorang
Muslim. Baginda dikatakan telah diislamkan oleh ulama Arab dari Yaman, iaitu Shaikh Abdullah
(Muhammad Hassan Dato Kerani Mohd Arshad, 1968, 26).
Pada abad pertama pengenalan Islam dalam kehidupan masyarakat Melayu, golongan yang
baru memeluk Islam amat tertarik dengan bentuk mistik Islam. Walaupun orang Melayu yang baru
memeluk Islam memulakan komitmen mereka sebagai penganut Islam dengan mengucap dua
kalimah shahadah dan disertai dengan niat di dalam hati', akan tetapi tindakan mereka ini secara
beransur-ansur disusuli oleh tekad dan usaha untuk memahami dan mendalami pengetahuan
tentang ajaran, doktrin dan undang-undang Islam. Dalam hal ini, tidak dinafikan sumbangan ahli Sufi
dalam membantu memudahkan proses pengislaman di Kepulauan Melayu iaitu, keupayaan mereka
untuk penyesuaikan (syncretise) ajaran Islam dengan kepercayaan tempatan yang sedia ada (van
Nieuwenhuijze, 1958, 39). Pendekatan sufisme dan tasawuf ini telah menarik perhatian masyarakat
Melayu dengan contoh amalan soleh dan akhlak terpuji yang ditonjolkan oleh pendakwah sufi
berbangsa Arab dan tidak dinafikan juga sumbangan pendakwah dari India. Pandangan ini turut
disokong oleh Richard Winstedt, yang berpendapat bahawa pada hakikatnya, proses Islamisasi telah
disumbangkan oleh penglibatan mubaligh awal Islam yang menyesuaikan ajaran Islam dengan
kepercayaan masyarakat tempatan (Winstedt, R.O., 1950, 35-36). Sebagai contoh, beberapa terma
Sanskrit bagi sesetengah maksud dengan fungsi agama telah digunakan merujuk kepada amalan
agama Islam dan bukannya menerima pakai terma Bahasa Arab. Perkataan Sanskrit, seperti puasa,
neraka, dan syurga adalah antara contoh bagaimana terma sanskrit dikekalkan bagi mewakili amalan
dalam Islam. Walau bagaimanapun, sama ada kehadiran bangsa Arab yang datang secara langsung
atau tidak langsung, pengaruh Arab diakui amat kuat terhadap budaya Melayu, terutamanya dalam
lingkungan istana kesultanan Melayu, karya-karya Sufi dan naratif popular, kesan daripada kehadiran
pengaruh Arab dan Parsi sejak awal proses pengislaman (Mohd Taib Osman dalam Khoo Kay Kim
(ed.) 1980, 5; Marison, G.E. 1955, 52-69.).
Sebagai pendakwah awal Islam, pengaruh Arab kepada orang Melayu dapat dikesan dalam
beberapa karya tasawwuf di Malaysia. Terdapat sebilangan besar tasawuf berfungsi muncul dalam
tempoh awal Islamisasi, sama ada oleh pendakwah Arab atau oleh ulama Melayu tempatan. Pada
tahun 1117M, Abdullah Arif berpindah ke Acheh dan beliau merupakan pengarang kitab Bahr alLahut, karya mistik Islam (tasawwuf) telah ditulis dalam bahasa Arab (Mahayudin, 1998, 19; 1992,
149-158). Kesan dan pengaruh tasawwuf ke arah pembangunan Islam di kalangan masyarakat
Melayu juga jelas digambarkan dalam sumber kesusasteraan dan sejarah Melayu. Sebagai contoh,
Sejarah Melayu telah mencatatkan kisah seorang pendakwah bangsa Arab, Syed Abd. Aziz yang
mengislamkan pemerintah Melaka, iaitu Parameswara. Parameswara, kemudian menukar namanya
kepada Sultan Iskandar Syah. Menurut Tome Pires, pengislaman Parameswara mempunyai kaitan
dengan perkahwinan baginda dengan Puteri Pasai dalam tahun 1414M (Pires, T., 1944, 240).
Berikutan perkahwinan ini, Islam mula berkembang yang menyebabkan lebih ramai ulama
berbangsa Arab melawat Melaka.
Gelombang kedua pengislaman orang Melayu berlaku antara abad ke-13 hingga pertengahan
abad ke-16. Gelombang ini telah ditandai dengan ketibaan misi dakwah pendakwah bermazhab
Shafie dibantu oleh keturunan mereka yang lahir di Kepulauan Melayu. Gelombang Islamisasi telah
merubah di rantau ini dan menjadikannya sebagai pusat pengajian dan penyebaran Islam, pusat
kecemerlangan Tamadun Melayu yang menjadi tumpuan para ilmuan dan sasterawan. Dari Pasai ke
Melaka, seterusnya Acheh, kerajaan-kerajaan ini bukan sahaja telah menjadi pusat kebudayaan
Melayu Islam yang melibatkan aktiviti-aktiviti pengajaran dan kelimuan Islam bahkan turut diangkat
menjadi pusat aktiviti perdagangan bertaraf antarabangsa. Kesultanan Melayu Melaka telah diiktiraf
Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013 (e-ISBN 978-96711768-1-8). 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net
780

kemasyhurannya bertaraf dunia dengan organisasi dan institusi sosial dalam bidang ekonomi, politik
pentadbiran, perundangan, norma dan ethos yang teratur dan berwibawa (Hashim 2001, 54).
Kegiatan penyebaran Islam dilakukan secara menyeluruh yang dimulakan dari kalangan istana
dan pembesar, kemudian diikuti oleh rakyat jelata merupakan satu bentuk penyebaran rasmi. Dari
kegiatan dakwah dan pendidikan, Islam berjaya merubah sikap dan konsepsi masyarakat terhadap
pegangan agama, kebudayaan dan keilmuan. Perubahan sikap tersebut telah dirakamkan oleh alAttas bagai berikut, jikalau dahulu mereka (raja-raja dan pembesar) asyik mengemari renungan,
foya, dongengan khayal, kini mereka giat menganjurkan penulisan dan pentafsiran ilmu-ilmu sejarah
dan tasawur serta falsafah Islam (Abdullah Ishak, 1992, 101). Kesan perasaan beragama dan
cintakan ilmu jelas terbayang pada jiwa raja-raja Melayu Melaka. Raja-raja memandang mulia ilmu
pengetahuan, ulama dan kitab-kitab serta hari kebesaran Islam menggambarkan perasaan beragama
yang mendalam menerusi pendidikan agama yang wujud pada ketika itu. Sebagai contoh, tindakan
Sultan Muhammad Shah memuliakan bulan Ramadhan terutama pada malam 27 dengan
menunaikan solat Tarawih di masjid bersama-sama rakyat. Hal ini dirakamkan oleh Shellabear
(1948),
Hatta jikalau pada bulan Ramadan, malam dua puluh tujuh, tatkala pada siangnya
mengarak sejadah ke masjid, Temenggong mengepalakan gajah. Maka puan dan seggala
alat kerajaan dan gendang semuanya diarak dahulu ke masjid; setelah malam maka raja
berangkat ke masjid, seperti adat hari raya, sembahyang Tarawikh.
Sejarah Melayu juga melaporkan tentang Sultan Mahmud sendiri merupakan murid kepada
Maulana Yussof dan baginda mempelajari ilmu Feqah berhubung bab Muamalat (Islamic Civil Law)
(Sejarah Melayu, 1938, 82-157). Bukti di atas menggambarkan bahawa amalan dan penghayatan
tentang Islam telah menjadi perhatian pemerintah Melayu dan pengamalan Islam yang bersifat topdown ini kemudiannya diikuti oleh para pembesar dan rakyat jelata.
Institusi pengajian dan pendidikan tidak hanya tertumpu di masjid-masjid dan surau, bahkan di
rumah dan juga di istana. Selain menjadi tempat belajar, istana berfungsi sebagai tempat
muzakarah, perpustakaan, tempat penterjemahan dan penyalinan kitab-kitab, sama seperti fungsi
Bayt al-Hikmah semasa kegemilangan Kerajaan Abbasiyah di Timur Tengah. Kitab-kitab Hikayat
Amir Hamzah, Hikayat Muhammad Ali Hanapiah dan al-Dar al-Manzum dilaporkan telah disimpan di
istana Melaka (Abdullah Ishak, 1992, 102-103). Hal yang demikian memperlihatkan peranan istana,
rumah, masjid dan surau pada zaman Kerajaan Melayu Melaka yang berfungsi sebagai institusi
pendidikan dan pusat dakwah yang berkesan. Mata pelajaran dan kurikulum yang ditekankan ialah
pembacaan, penulisan dan pengajian al-Quran serta asas-asas agama berkaitan ilmu Feqah, Tauhid,
Tasawwuf dan Sejarah Islam secara mendalam dan komprehensif. Pengajian al-Quran pula
merupakan asas tradisi ilmu Islam di Melaka sebagaimana ditegaskan oleh Munshi Abdullah:
Dari zaman nenek moyang pun tiada pernah pula orang menaruh tempat belajar bahasa
Melayu melainkan mengaji Quran sahaja. Dan patut belajar bahasa Arab, kerana iaitu
berguna kepada agama dan lagi dalam akhirat (Munshi Abdullah, 1963).
Tahap pendidikan Islam di Melaka turut meliputi pengajian di peringkat rendah hingga ke
peringkat yang lebih tinggi. Para pelajarnya terdiri daripada pelajar tempatan dan yang datang dari
luar, seperti Jawa. Institusi Pulo Upih (Pulau Upih), Melaka dikatakan menerima pelajar dari Jawa
antaranya, Sunan Bonang dan Sunan Giri, iaitu, antara tokoh Wali Songo yang terkenal. Mereka
berperanan mengembangkan ajaran Islam di Tanah Jawa sekembalinya dari pengajian di Melaka
(Abdullah Ishak, 1992, 104).
Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013 (e-ISBN 978-96711768-1-8). 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net
781

Kesan pengaruh Islam ke atas masyarakat Melayu dapat dilihat dalam pembentukan undang
undang tempatan seperti tercatat dalam Risalat Hoekoem Kanon iaitu, Undang-Undang Kanun
Melaka, Undang-undang Laut Melaka dan Undang-Undang Adat. Undang-Undang Kanun Melaka
merupakan undang-undang terawal yang mengandungi elemen Islam begitu juga dengan UndangUndang Adat. R.O Winstedt telah mengkategorikan kumpulan Undang-Undang Melayu kepada tiga
jenis iaitu, undang-Undang Melaka, Undang-undang Islam dan Undang-undang Minangkabau
(Winstedt, 1966, 58). Manakala, undang-undang Melaka terdiri daripada kumpulan undang-undang
yang mengandungi Undang-undang Melaka yang asal, Undang-Undang Laut, Undang-undang
Keluarga Islam, Undang-undang Jual Beli dan Acara Islam, Undang-undang Negeri dan UndangUndang Johor (Berhanundin Abdullah 1999, 82). Terdapat juga beberapa elemen undang-undang
Islam diasimilasikan ke dalam undang-undang Melayu tempatan di negeri-negeri Melayu yang lain.
Walaupun Undang-undang Adat Melayu tidak dicatat dan direkodkan, sebahagian kecil undangundang bertulis masih boleh ditemui di kebanyakan negeri-negeri Melayu seperti, Undang-Undang
Laut Melaka, Undang-Undang Kedah (mengandungi Undang-undang Pelabuhan, Undang-Undang
Dato Sri Paduka Tuan, Undang-Undang Kanun Dato Kota Setar), Undang-Undang Adat dari Sungai
Ujong dan Kuala Pilah, Undang-Undang Minangkabau Lama dari Perak, Undang-Undang Sembilan
Puluh Sembilan Perak, Undang-Undang Melayu Pahang, Perak dan Johor dan beberapa Undangundang bagi Selangor dan Johor (Azizan 1980, 29-30). Walaupun terdapat banyak prinsip hukum
Islam dimasukkan dalam Sistem Undang-Undang Melayu di kebanyakan negeri-negeri Melayu,
namun begitu, bukan semua prinsip ini diamalkan kerana Undang-Undang Adat masih diamalkan
secara bersama (Othman Ishak, 2003, 98-99, 104; Azizan 1980, 38). Asimilasi hukum Islam dalam
masyarakat Melayu yang bukan berlaku serta merta dan menyeluruh serta pengaruh sistem Adat
yang begitu menebal dalam jiwa Melayu ini dinyatakan oleh R.J. Wilkinson seperti berikut
(Wilkinson, R. J., 1948, 48):
Orang-orang Melayu tidak pernah menerima hukum Islam seluruhnya. Mereka adalah
bersedia untuk mengambil perkara-perkara agama semata-mata, seperti mengendalikan
tanah masjid dan pemungutan zakat/fitrah sahaja, tetapi bila sampai kepada pekerjaanpekerjaan yang agak serius dalam hidup, umpamanya perjanjian jual beli, hak hamba, hak
milik tanah, hutang dan warisan gelaran dan harta sebenar, maka ketua-ketua
meneruskannya dengan Adat mereka.
Walaupun Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511, legasi kepimpinan Islam
diteruskan di Aceh yang kemudiannya muncul sebagai pusat terpenting Tamadun Melayu Islam.
Kemunculan Aceh dan para pendakwah kelahiran neo-Sufism di Alam Melayu sendiri dengan
bantuan pendakwah-pendakwah dari Timur Tengah dan juga India, menandakan kebangkitan
gelombang ketiga Islamisasi bermula pada akhir ke-16 hingga pertengahan ke-18M. Keunggulan
Aceh diperkukuhkan oleh hubungan diplomatik, politik dan ekonomi yang erat dengan kerajaan
Turki Uthmaniyah di Istanbul sejak tahun 1530-an, iaitu sesudah Sultan Alauddin al-Qahhar menaiki
takhta Aceh pada tahun 1537 (Hashim, 2001, 54-55). Pada masa ini wujud rangkaian hubungan
antarabangsa yang akrab dalam ekonomi, diplomatik dan sosio-agama di antara Kepulauan Melayu
dengan Timur Tengah. Usaha kerajaan Uthmaniyah untuk meningkatkan keselamatan sepanjang
laluan haji telah menggalakkan masyarakat Melayu di rantau ini untuk pergi mengerjakan haji ke
Mekah. Selain hubungan ekonomi, telah wujud hubungan diplomatik dan sosio-agama di antara
Kepulauan Melayu dan Timur Tengah sejak abad ke 14 dan 15M lagi, apabila terdapat Jemaah haji
dan pelajar dari Kepulauan Melayu meneruskan pengajian Islam di pelbagai tempat di sepanjang
perjalanan haji dan jalan perdagangan. Keadaan ini meningkatkan kehadiran masyarakat bukan-Arab
di Dua Tanah Haram atau Haramayn (Mekah dan Madinah) dan mereka digelar sebagai ashab alJawiyyin (or Jawah) oleh penduduk Mekah dan Madinah. Hubungan keintelektualan ini melibatkan
sebilangan ulama Timur Tengah tersohor mengajar di Mekah dan Madinah (Azyumardi Azra, 2004, 23).
Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013 (e-ISBN 978-96711768-1-8). 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net
782

Zaman ini juga menyaksikan perkembangan dalam penulisan sastera falsafah, teologi rasional
atau Ilmu Kalam dan Tasawwuf yang menandakan zaman pembangunan rasionalisme dan
intelektualisme yang tidak pernah berlaku sebelumnya di Kepulauan Melayu. Akibat persaingan yang
berlaku dalam proses mendalami dan intensifikasi Islam pada jiwa masyarakat Melayu, telah
mewujudkan revolusi terhadap pandangan hidup dan dasar kebudayaan Melayu. Islam telah
mengubah budaya Melayu ini dari dasar estetik kepada dasar saintifik (Al-Attas, 1999, 44-45).
Perkembangan ilmu tasawwuf begitu ketara pada masa ini menerusi usaha ulama-ulama Sufi.
Pengajaran ilmu tasawwuf bukan sahaja berkembang subur dalam kalangan rakyat jelata, bahkan
dalam kalangan pembesar dan pemerintah. Antara aliran tasawwuf yang dibawa dari Asia Barat ke
Kepulauan Melayu khususnya ke Acheh ialah, seperti Tariqat Nasyabandiyah, Qadariyah, Satariyah
dan lain-lain. Antara tokoh-tokoh ulama tasawwuf terkenal yang lahir di Kepulauan Melayu ketika
waktu itu ialah, Hamzah Fansuri, Shamsuddin al-Sumatrani, Nuruddin al-Raniri, Abdul Rauf Singkel
al-Fansuri, Sheikh Ibrahim al-Shami, Sheikh al-Jailani dan lain-lainnya. Walaupun wujud pertentangan
antara dua kumpulan tariqat tasawwuf di Acheh, iaitu antara golongan Hamzah Fansuri dan
Shamsuddin al-Sumatrani yang berpegang teguh dengan konsep Wahdah al-Wujud dengan golongan
Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf Singkil yang berpegang kepada Wahdah al-Syuhud, namun
keadaan ini memberi kesan kepada penyebaran Islam. Hal yang demikian kerana ketokohan mereka
dalam mempertahankan fahaman dan aliran masing-masing serta keilmuan mereka yang diiktiraf
sebagai ulama yang bertaqwa dan berakhlak mulia yang menjadi contoh ikutan masyarakat Melayu
(Azyumardi Azra, 2004, 53-54; Abdullah, 1992, 119).
Sistem pendidikan yang wujud di Acheh lebih teratur bermula dari institusi di peringkat rendah
yang dikenali sebagai Meunasah, peringkat menengah disebut sebagai Rangkang, manakala
peringkat tinggi dikenali sebagai Balee. Himpunan daripada beberapa institusi pendidikan
rangkang dan balee akan melahirkan sebuah kompleks pendidikan yang dinamakan Dayah.
Selain dari institusi-institusi tersebut, pendidikan agama juga boleh diperolehi di masjid-masjid
seperti, Masjid Bayt al-Rahim, Masjid Bayt al-Mushahadah dan Masjid Jami Bayt al-Rahman. Masjidmasjid tersebut dikatakan bertaraf universiti kerana mempunyai beberapa buah fakulti (Abdullah
Ishak, 1992: 117).
Bahasa Melayu pula telah diangkat menjadi Bahasa Islam dengan penggunaan istilah-istilah
Arab yang akhirnya mencetuskan revolusi mencipta tulisan jawi oleh kearifan tempatan (local
genius) bagi menyampaikan maksud pengajaran dan ilmu Islam dalam bahasa Melayu. Hasil
penyebaran agama Islam, tulisan jawi diperkenalkan yang mengandungi huruf-huruf tulisan Arab
yang diubahsuai dengan beberapa penambahan huruf. Selain itu, penulisan manuskrif dan buku
dalam pelbagai bidang ilmu Islam, seperti Ilmu Feqah, Sufi, Tafsir, Falsafah, Ilmu Kalam; bidang
sastera dan bahasa telah menjadi semakin pesat di Kepulauan Melayu melalui perkembangan tulisan
jawi. Selain menggunakan bahasa Melayu, bahasa Arab juga digunakan sebagai bahasa dalam
penulisan karya selain menterjemah buku-buku luar tentang ilmu Islam. Keadaan ini meningkatkan
perbendaharaan kata dalam bahasa Melayu kerana banyak dipengaruhi oleh bahasa asing
khususnya bahasa Arab. Penggunaan Bahasa Melayu yang meluas dalam ilmu pengetahuan telah
menjadikannya sebagai bahasa intelektual dan lingua franca di rantau ini. Menerusi hasil karya
kesusasteraan dan ilmu pengetahuan dalam berbagai bidang ilmu Islam telah membangkitkan minat
untuk mendalami ilmu pengetahuan Islam.
Dalam abad ke-18 dan ke-19 pula menyaksikan Patani muncul sebagai pusat pengajian dan
peradaban Melayu Islam bersama-sama Kesultanan Riau-Lingga seterusnya mencetus gelombang
keempat kebangkitan Islam dalam masyarakat Melayu di rantau ini. Sistem pendidikan pondok
menarik begitu ramai penuntut dari segala pelusuk Kepulauan Melayu dengan sejumlah tokoh
tokoh agama yang dianggarkan sekitar 60 tokoh ulama yang disegani. Ismail Che Daud telah
Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013 (e-ISBN 978-96711768-1-8). 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net
783

menyenaraikan 60 orang ulama hasil daripada sistem pengajian pondok di Patani, antaranya Syeikh
Abdul Qadir Syeikh Muhammad Saman, Syeikh Abdul Wahid bin Syarif Sulaiman, Syeikh Muhammad
Salleh bin Abdul Rahman, Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani, Syeikh Mustafa bin Muhammad,
Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad (Tok Minal), Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani,
Syeikh Muhammad Saghir bin Ismail Daudi dan lain-lain lagi. Golongan ulama ini lahir hasil daripada
sistem pendidikan tradisional Melayu (Hashim Musa, 2001, 57-58). Sementara itu, Riau yang
diasaskan oleh Tun Abdul Jamil, seorang Bendahara kerajaan Johor pula muncul sebagai satu lagi
Pusat Persuratan dan Kebudayaan Melayu bersama-sama Patani dalam membangunkan sistem
tradisional Islam di rantau ini. Raja Ali Haji dalam karyanya yang agung Tuhfat al-Nafis menceritakan
bagaimana budaya Islam ini diamalkan pada zaman tersebut (Raja Ali Haji, 1982, 341):
Dan pada masa kerajaannya [Raja Ali] mendirikan ugama Islam, mendirikan
Jumaat dan memerintahkan perempuan bertudung dan menyempurnakan
berbuat masjid Pada masa Yang Dipertuan Muda Raja Ali inilah banyak ulama
yang datang dengan kemuafakatan saudaranya Raja Ali Haji, maka dikurniakan
masarif, disuruhnya segala pegawai-pegawai negeri menuntut ilmu perkara
ugama dan mengaji kitab-kitab dana belajar membaiki al-Quran al-Azim. Dan dia
sendiri pun suka talabat al-ilm [menuntut ilmu agama]. Maka diusahakan oleh
saudaranya Raja Ali Haji, beberapa orang ilmu-ilmu seperti Syed Abdullah Bahrain
dan lainnya duduk mengajar di dalam Pulau Penyengat setahun.
Dari Patani dan Kesultanan Riau-Lingga, tradisi keilmuan telah mengalir ke Kelantan dan
Terengganu yang juga masyhur dengan pusat pendidikan pondok dan beberapa orang ulama
terkemuka pada pertengahan abad ke-19 dan awal abad ke-20 bersama-sama satu lagi pusat
perabadan Melayu iaitu, Banjarmasin Kalimantan. Gelombang keempat Islamisasi ini mencetuskan
satu lagi gelombang kebangkitan agama kesan daripada kebangkitan golongan intelektual Melayu
Muslim terhadap penjajahan fizikal kuasa Barat ke atas umat Islam di Kepulauan Melayu.
Gelombang kelima Islamisasi berlaku antara awal abad ke-20 sehingga kini ditandai oleh beberapa
siri kebangkitan, iaitu, pada awal 1920-an dan awal 1970-an. Kedatangan penjajah ke Kepulauan
Melayu khususnya di Malaysia, membantutkan proses pembangunan Islam. Melalui sistem
pemerintahan yang diperkenalkan oleh penjajah barat khususnya British, masyarakat Melayu Islam
terpenjara sehingga pemerintahan Islam di Alam Melayu mulai terkikis secara beransur-ansur. Islam
pada ketika itu tidak ada bezanya dengan kepercayaan agama-agama lain (Ishak Saat, 2006, 96). Hal
ini kerana, Islam pada ketika itu menjadi sebuah agama yang bersifat ritual semata-mata tanpa
kuasa mutlak terhadap sistem politik, pentadbiran dan pemerintahan negara.
Sekiranya sebelum kedatangan British, pentadbiran negeri negeri di Tanah Melayu dibentuk
oleh Raja-raja Melayu berasaskan sistem pemerintahan bercorak Islam, di samping amalan dan
undang-undang adat yang masih diamalkan. Namun, setelah campurtangan oleh pihak British,
pentadbiran dan hal ehwal Islam mengalami perubahan. Walaupun British telah mengecualikan
agama Islam dan adat Melayu daripada pengaruh British, namun begitu, pada hakikatnya British
telah campur tangan dalam pentadbiran agama dan Undang-undang Islam di negeri-negeri Melayu
melalui peranan Penasihat dan kedudukan Residen British. Contohnya, dalam pentadbiran
agama Terengganu dalam tahun 1912M, sebelum meluluskan Undang-undang Nikah Cerai Bil
6/1340, persetujuan daripada Penasihat British, iaitu Humpreys, perlu diminta terlebih dahulu (Tuan
Ruhani, 1984, 145). Oleh kerana urusan pentadbiran Islam terikat dengan pentadbiran negara,
penjajah British didapati telah melantik para pegawai daripada kalangan anak-anak Melayu yang
berpendidikan Barat atau mereka yang diberikan kursus di Barat. Namun begitu, anak-anak Melayu
Islam ini tidak diberi jawatan yang tinggi kecuali setelah mendapat persetujuan kolonial British
(Khasnor Johan, 1979, 69). Manakala anak Melayu yang berpendidikan agama atau mendapat
pendidikan di Timur Tengah langsung tidak dipedulikan (Berhanundin Abdullah, 1999, 84).
Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013 (e-ISBN 978-96711768-1-8). 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net
784

Proses penyesuaian agama Islam dan adat telah diganggu gugat dan terbantut oleh pengaruh
British yang memisahkan undang-undang Adat dan Syariah dengan kemasukan Undang-undang
British (Yegar, 1979, 119). Seperti yang dinyatakan oleh R.J. Wilkinson, bahawa sekiranya UndangUndang British tidak menjadi penghalangnya, nescaya Undang-Undang Islam akan menjadi UndangUndang Negeri Melayu pada akhirnya (Wilkinson, 1975, 21). Kesannya, kefahaman terhadap Islam
disempitkan mengikut konsep kristian (Ahmad Ibrahim, 1988, 7). Hal ini dibuktikan oleh kajian yang
dilakukan oleh David John Becker yang menyatakan bahawa Malaysia tidak keseorangan dalam
mempunyai dan mentadbir organisasi agama secara berasingan di setiap negeri kerana ciri-ciri ini
juga dimiliki oleh pentadbiran gereja-gereja di Amerika Latin dengan beberapa kehormatan (Becker,
1973, 44; Berhanundin Abdullah, 1999, 84).
Dari segi pentadbiran, undang-undang Inggeris menjadi undang-undang asas dan undangundang negeri di Malaysia. Bidang kuasa Undang-undang Islam hanya dikenakan kepada orangorang Islam yang terhad kepada perkara yang berhubung dengan kekeluargaan dan individu Muslim
serta penyebaran agama Islam dan aktiviti-aktivitinya. Manakala pentadbiran hukum-hukum
jenayah, muamalah, muahadah dan seumpamanya diperuntukkan di bawah undang-undang Inggeris
(Ahmad Ibrahim, 1977, 144). Apabila wujud pertentangan dalam keputusan antara mahkamah
Syariah dengan Mahkamah Sivil, maka mahkamah Sivil lebih berkuasa dan digunapakai (Rauf, 1987,
126). Oleh itu, banyak Undang-undang Islam telah dibatalkan (Azizan, 1980, 42). Dengan ini, Undangundang Pentadbiran Agama Islam yang dikuatkuasakan di negara ini jelas membuktikan bahawa
undang-undang Islam sedia ada ini merupakan warisan daripada campur tangan penjajah yang
sengaja memperkecilkan peranan perundangan Islam yang luas dan menyeluruh yang pada suatu
masa dahulu menjadi undang-undang dasar di negara ini. Kesannya, Islam bukan lagi satu dasar
pentadbiran negara, akan tetapi secara praktisnya ditanggapi sebagai satu konsep agama, seperti
mana fahaman Barat dalam maksud material dan politik yang hanya sekadar ibadat khusus dan
bukan al-Din yang sempurna (Berhanundin, 1999, 84; Suhaimi, 1984, 62). Apabila bidang
pentadbiran diperketatkan peruntukannya tidak hanya kepada masyarakat Islam, bahkan Islam tidak
lagi menjadi satu amalan kehidupan yang menyeluruh dalam politik, ekonomi, sosial dan
pentadbiran.
Walaupun dijajah hampir 400 tahun, namun Islam dan bangsa Melayu merupakan elemen
yang tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain. Sistem pendidikan pondok tetap berkembang
subur pada zaman penjajah dan telah melahirkan ramai ilmuan yang turut terlibat memainkan
peranan yang penting dalam arus kebangkitan Islam di Tanah Melayu. Graduan daripada sistem ini
juga turut melanjutkan pengajian ke Timur Tengah, khususnya ke Universiti al-Azhar, Mesir.
Pengaruh gerakan Ikhwan Muslimin di bawah pimpinan Hassan al-Banna dalam usaha menentang
penjajah British di bumi Mesir, telah meresap ke dalam kalangan pelajar yang melanjutkan pelajaran
di Mesir. Sekembalinya ke tanah air, golongan ini yang dikenali sebagai Kaum Muda telah
memperjuangkan gerakan Islah Islam di Tanah Melayu dan ini menyedarkan Kaum Tua akan
tanggungjawab mereka memperbaiki masyarakat. Menurut Mohamad Abu Bakar, walaupun orang
Melayu telah lama beragama Islam, dan telah banyak aspek daripada kehidupan mereka yang
diislamkan, namun begitu, masih terdapat banyak lagi ruang dalam kehidupan orang Melayu yang
dipengaruhi oleh amalan bidaah dan khurafat. Hal ini cuba dihapuskan dan diperjuangkan oleh
golongan reformis atau Kaum Muda sebagai usaha bagi memperjuangkan kesucian Islam dan
tanggungjawab beragama (Mohamad Abu Bakar, 1980, 160). Pada masa ini dapat disaksikan
peranan tinta dan penerbitan akhbar serta majalah seperti al-Manar (1897), al-Imam (1906-1908),
Neraca (1911-1915), Tunas Melayu (1931), Ikhwan (1926) dan Saudara (1928) yang menjadi medium
yang menggerakkan revolusi pemikiran dan keintelektualan di Tanah Melayu (Ishak Saat, 2006). Di
sini dapat dilihat bagaimana melalui usaha Kaum Muda dan peranan majalah serta akhbar,
kebangkitan Islam berjaya menjiwai masyarakat Melayu dengan menyentuh persoalan yang
Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013 (e-ISBN 978-96711768-1-8). 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net
785

berkaitan seruan kembali kepada al-Quran dan Hadis, persoalan pemodenan, kemajuan bangsa serta
pembebasan tanah air daripada cengkaman penjajah.
Tekanan demi tekanan yang dikenakan oleh penjajah dalam usaha menyekat penyebaran
akhbar dan majalah telah meniupkan semangat jihad untuk menentang penjajah. Sistem pendidikan
pondok yang wujud pada zaman ini juga turut memainkan peranan penting dalam mencorakkan
suasana perkembangan politik tanah air bersama-sama arus kebangkitan Islam di Tanah Melayu.
Daripada sebuah madrasah, perkembangan Maahad II Ihya Assyarif, Gunung Semanggol, Perak yang
bermula dari semangat anti penjajah dan gerakan Islah Kaum Muda, telah melahirkan sebuah parti
politik yang memperjuangkan Islam yang diberi nama Hizbul Muslimin yang ditubuhkan pada 14 Mac
1948 dengan sokongan pertubuhan-pertubuhan Melayu yang lain (Nabir Abdullah, 1976, 159).2
Perjalanan parti ini penuh dengan liku. Pada tahun 1948, beberapa orang pemimpinnya seperti Ustaz
Abu Bakar al-Bakir, Ustaz Ahmad Tamimi dan Ustaz Muhammad Raof telah ditangkap setelah pihak
British mendapati parti ini menggugat kedudukan mereka. Akhirnya, parti ini dibubarkan kerana
ketiadaan pemimpin yang berani meneruskan tanggungjawab menerajui parti tersebut. Patah
tumbuh hilang berganti. Begitulah yang berlaku kepada pergerakan Hizbul Muslimin yang tidak
berkubur begitu sahaja, bahkan perjuangannya diteruskan oleh sebuah parti baru dengan
tertubuhnya Parti Islam SeMalaysia (PAS) pada tahun 1951. Di bawah kepimpinan Dr. Burhanuddin
al-Helmy, parti PAS dilihat lebih progresif dalam memperjuangkan Islam. Dalam pilihan raya tahun
1959, PAS berjaya menawan Kelantan dan Terengganu.
Dari segi perlembagaan, walaupun British masih mentadbir Tanah Melayu secara langsung,
namun dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948, perkara-perkara yang
berkaitan dengan adat istiadat orang Melayu dan Agama Islam masih terpelihara daripada disentuh
oleh kuasa mereka (Abdull Rahman Mahmood et.al., 2009). Walaupun dengan fungsi dan peranan
yang amat terbatas semasa pemerintahan British, namun desakan untuk memelihara kedudukan
Islam dipertahankan oleh orang Melayu. Malah selepas pengisytiharan Malaysia, kedudukan Islam
diperkukuhkan melalui peruntukan perkara 3 Perlembagaan Malaysia yang mengistiharkan bahawa
Islam ialah agama bagi Persekutuan membayangkan apa yang telah diperjuangkan oleh orang
Melayu sepanjang masa.
Proses transformasi masyarakat Melayu kepada budaya dan cara hidup Islam sebelum 1970
dapat disimpulkan sebagai satu proses Islamisasi yang bertahap dengan beberapa ciri-ciri utama.
Pertama, Islamisasi berlaku di Kepulauan Melayu berlaku secara aman dengan pendekatan yang
sederhana, bertahap dan berencana berdasarkan situasi semasa masyarakat Melayu pada ketika itu.
Kedua, pengislaman pemerintah, pembesar dan rakyat yang bersifat top-down dan naungan
pemerintah memberi ruang yang lebih luas untuk Islam berperanan dan disebarkan dalam
masyarakat secara menyeluruh. Keempat, peranan dan sumbangan ulama sufi yang berfahaman Ahli
al-Sunnah bermazhab Shafie dalam penyebaran dan memberi kefahaman Islam telah mencambah
kewujudan institusi pendidikan Islam di banyak tempat di Kepulauan Melayu dan membantu
mewujudkan jaringan intelektual di peringkat antarabangsa dan serantau. Kelima, Islam
menyumbang kepada pembentukan identiti Melayu, nilai daya fikir, intelektual dan kecemerlangan
tamadun Melayu serta mengubah struktur budaya dan kehidupan sosial Melayu. Keenam, Islam
seringkali menjadi faktor penyokong kepada kebangkitan umat Melayu Islam dalam menentukan
survival masa depan agama dan bangsa Melayu dari Islam berbentuk tradisionalisme kepada Islam
reformisme.

Pertubuhan-pertubuhan Melayu tersebut ialah, PERPEMAS, MATA, LEPIR, PKMM, SEBERKAS, PRKM/PRGM,
UMNO, GMPR.

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013 (e-ISBN 978-96711768-1-8). 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net
786

3. Kebangkitan Dakwah Islam Era 1970-an


Para pemerhati perkembangan dakwah dan kebangkitan semula Islam telah mengenalpasti bahawa
pertengahan dan lewat tahun 1970-an sebagai detik penting dalam perkembangan Islam di Malaysia
(Nagata, J., 1980; Chandra Muzaffar, 1987; Hussin Mutalib, 1993). Fenomena kebangkitan semula
Islam 1970-an merupakan satu gelombang kesedaran agama yang memperlihatkan kemunculan
Islam yang dominan dalam usaha untuk mengembalikan masyarakat Islam kepada ajaran Islam
sebenar dan mewujudkan kuasa politik di tangan umat Islam. Setelah kira-kira lima ratus tahun
berada di bawah pemerintahan kolonial Barat, Islam muncul kembali sebagai faktor yang signifikan
dalam kalangan masyarakat Melayu. Sekiranya kebangkitan Islam sebelum merdeka lebih kepada
perjuangan dalam membebaskan tanah air daripada cengkaman penjajah British dan kesedaran
terhadap kemunduran umat Islam, namun begitu, kebangkitan semula Islam era pasca merdeka
bersifat menyeluruh. Perjuangan dalam meneruskan kebangkitan Islam mencakupi pelbagai aspek
yang bersesuaian dengan sifat Islam yang syumul.
Sifat holistik penyebaran Islam pada era 1970-an yang berterusan sehingga kini disandarkan
oleh enam ciri utama. Pertama, arus kesedaran untuk kembali kepada Islam melibatkan kelompok
berpendidikan sastera (Pengajian Melayu), Islam dan Barat. Kedua, perjuangan dalam
menghidupkan semula Islam mencakupi pelbagai aspek yang selari dengan sifat Islam yang syumul
yang menyentuh soal amalan agama dan perubahan dalam bentuk world view Islam dalam aspek
sosial, pendidikan, ekonomi dan politik. Ketiga, berlakunya desakan yang kuat untuk mengubah
struktur pemikiran masyarakat Melayu terhadap peranan agama yang tidak sekadar sebagai ritual
yang tertumpu kepada sembahyang, puasa, perkahwinan dan sebagainya tetapi, sebagai satu sistem
hidup yang mengatur segala aktiviti manusia yang bersifat lahiriah dan rohaniah. Keempat, pada
zaman ini, kebangkitan Islam bukan sahaja melibatkan pertubuhan pelajar, malahan turut
melibatkan pertubuhan belia, pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan (Non-Government
Organization - NGO), parti politik seperti, PAS dan UMNO (parti pemerintah), gerakan dakwah
tradisional dan penyertaan masyarakat kelas menengah Muslim. Kelima, peningkatan persekitaran
sosial yang Islamic secara meluas yang memberi rangsangan dan minat terhadap Islam, seperti
kunjungan ke masjid dan pemakaian secara Islam dan penganjuran program-program berbentuk
kerohanian dan spiritual oleh media massa dan media cetak yang mana kesemuanya dipimpin oleh
sekumpulan orang Islam yang turut ingin menyumbang dalam menyemarakkan kebangkitan semula
Islam dengan lebih progresif di Malaysia. Keenam, wujud peranan yang dinamik, antara pemerintah
dan parti politik Islam pembangkang; antara parti politik Melayu Islam dan NGO Islam; serta antara
saranan pemerintah dan kemunculan golongan Intektual Muslim yang moderat; kesemuanya
membantu kewujudkan peningkatan terhadap seruan kepada Islam dalam bentuk yang menyeluruh.
Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan (Non-Government Organization) seperti, Angkatan
Belia Islam Malaysia (ABIM), Pertubuhan al-Arqam (sebelum pengharaman), Jemaah Tabligh, Jemaah
Islah Malaysia (JIM) dan parti politik PAS dan UMNO adalah antara organisasi yang memainkan
peranan dalam menyuburkan gerakan Islamisasi dan kebangkitan semula Islam di negara ini.
Walaupun terdapat perbezaan antara satu pertubuhan dengan yang lain dari segi kegiatan Islam
yang diutamakan, pendekatan dakwah, latar belakang pendidikan ahli yang menjadi tulang belakang
kepada perjuangannya serta tahap kelantangan dalam menyuarakan kepentingan Islam, namun
pertubuhan ini sehaluan dalam banyak perkara yang berkaitan dengan cita-cita, aspirasi demi
kepentingan umat Islam di negara ini (Osman Bakar, 1993, 46).

Terdapat ciri-ciri unik kebangkitan semula Islam di Malaysia yang mendorong kepada usaha
dakwah pada awal 1970-an dan berterusan sehingga kini. Pertama, wujud usaha berterusan untuk
mengembalikan masyarakat Melayu kepada ajaran Islam sebenar bagi membentuk nilai, pandangan
Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013 (e-ISBN 978-96711768-1-8). 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net
787

dan amalan cara hidup Islam yang holistik atau syumul. Dari segi sejarahnya, penggerak awal yang
membangkitkan kesedaran terhadap cara hidup Islam ini dimulakan oleh sekumpulan pelajar di
univerviti tempatan iaitu, Universiti Malaya yang menguasai Persatuan Bahasa Melayu Universiti
Malaya dan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) yang akhirnya membawa
kepada penubuhan Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan ABIM. Pada
masa yang sama inisiatif untuk mewujudkan gerakan kesedaran Islam turut berlaku dalam kalangan
para pelajar Melayu di negara-negara Barat. Pada tahun 1968, Malaysian Islamic Study Group of
Europe (MISG-Euro-Eire) telah ditubuhkan di United Kingdom, didaftarkan di bawah Malaysian
Student Department yang dipengerusikan oleh Razali Nawawi. Manakala Islamic Representative
Council (IRC) atau Majlis Syura Muslimun pula ditubuhkan hasil anisiatif sekumpulan pelajar Malaysia
di UK pada April 1974. Fenomena ini secara kebetulannya berlaku hampir serentak dan pendekatan
dakwah yang dilakukan ialah, dalam bentuk sesi penerangan dan membina kefahaman Islam
menerusi diskusi agama dan usrah. Walaupun pada satu ketika gerakan Islamisasi ini dikatakan lesu
selepas penginstitusian Islam pasca-1982, namun penilaian terhadap usaha dakwah sentiasa menjadi
perhatian pemikir dan ahli intelektual Islam yang memberi kesan terhadap usaha dakwah massa
oleh organisasi dan agen-agen dakwah Islam di Malaysia.
Ciri kedua keunikan kebangkitan semula Islam di Malaysia ialah, usaha untuk membangunkan
Islam mendapat perhatian daripada parti pemerintah, UMNO dan pembangkangnya PAS; keduaduanya merupakan parti Melayu Islam terbesar yang mewakili etnik Melayu. Islam seringkali
digunakan sebagai mewakili aspirasi masyarakat Melayu dan tidak kurang juga sebagai simbol untuk
menarik perhatian dan undi masyarakat tersebut menjelang pilihan raya. Hakikatnya, harus diakui
bahawa dalam proses pembangunan dan perjuangan politik Melayu, Islam seringkali menjadi faktor
penentu kesinambungan parti-parti yang mewakili masyarakat Melayu, di samping faktor-faktor lain
yang turut menyumbang kepada sokongan terhadap sesuatu parti Melayu. Bahkan isu dan slogan
berkaitan Islam seringkali berkumandang bagi mendapatkan sokongan Melayu terhadap UMNO dan
PAS. Tidak kurang juga isu Islam digunakan untuk menjatuhkan lawan mereka. Oleh itu, agenda
Islam sentiasa menjadi perhatian oleh parti-parti Melayu kerana menyedari hakikat bahawa dengan
Islam sahajalah, survival Melayu dapat diteruskan. Tambahan pula, sokongan pemerintah terhadap
pembangunan Islam amat kuat yang membantu dalam memperkembangkan peranan Islam dalam
masyarakat melalui dasar-dasar dalam dan luar negara.
Ciri ketiga ialah, pendekatan modenisasi dan pembangunan secara Islam mengambil tempat
dan peranan modenisasi berorentasikan Barat setelah model dan acuan Barat didapati gagal menjadi
mekanisme dalam membentuk identiti Melayu, bahkan semakin menjauhkan umat Islam dengan
cara hidup Islam. Persekitaran budaya dan gaya hidup Barat dalam kalangan orang Melayu pada
ketika itu amat ketara, khususnya di bandar-bandar. Pesta tari menari, pemakaian mengikut cara
hidup Barat dan budaya minum arak menjadi satu fenomena biasa dan budaya ini turut berlaku
dalam kalangan pelajar Melayu di universiti tempatan mahupun di luar negara. Berikutan munculnya
kesedaran Islam dalam kalangan masyarakat Melayu, berlaku perubahan modenisasi yang berciri
dan berintikan Islam dalam bentuk identiti dan amalan peribadi di kalangan golongan Menengah
Melayu Islam yang berpendidikan di bandar. Sementara itu, proses modenisasi dalam skala makro
oleh pemerintah turut mengambil pendekatan pembangunan moden berasaskan Islam dalam
merangka dasar-dasar pembangunan ekonomi dan sosial.
Ciri keempat kebangkitan semula Islam ditandai oleh kesedaran terhadap isu sosial umat Islam
yang secara relatif, majoritinya berbangsa Melayu didapati tertindas dan terpinggir dalam sektor
ekonomi. Dalam hal ini, perhatian diberikan kepada perjuangan menuntut keadilan sosial berasaskan
Islam. Perbezaan sosial dan ekonomi antara etnik ini dikesan berpunca daripada amalan sistem
kapitalis dalam pembangunan negara turut menjadi salah satu faktor penyumbang kepada
ketegangan hubungan etnik dalam sejarah hitam 13 Mei 1969. Situasi ini menimbulkan keresahan
Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013 (e-ISBN 978-96711768-1-8). 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net
788

dan kebimbangan dalam kalangan aktivis sosial di universiti yang kemudiannya mengalihkan
perhatian warga kampus daripada isu keadilan sosial dan kemasyarakatan yang biasanya
diperjuangkan oleh kelab sosialis dan golongan sekularis, kepada isu sosial yang berteraskan Islam
(Zainah, 1990, 36). Melalui slogan Islam Sebagai Satu Cara Hidup kumpulan penggerak kesedaran
Islam ini telah memperjuangkan isu-isu keadilan, kemiskinan, kritikan terhadap rasuah dalam
kalangan pemimpin, dan bahasa Melayu dengan melalui penyelesaian secara Islam.
Ciri kelima kebangkitan ialah, wujud inisiatif untuk mencari makna sebenar kehidupan Islam
secara syumul mengikut apa yang digariskan oleh Islam. Bagi mengisi ruang kekosongan tersebut,
pelopor kebangkitan Islam di Malaysia iaitu, PKPIM dan ABIM memerlukan suntikan dalaman dan di
sinilah munculnya pengaruh gerakan Islam dan individu tertentu dari luar negara seperti Mesir,
Pakistan, Indonesia dan sebagainya. Gerakan Islam di Malaysia sering merujuk dan mendapat
cetusan idea daripada tokoh-tokoh tersohor gerakan Islam di Timur Tengah seperti Abu Ala AlMaududi, Syed Qutb, Hassan Al-Banna, Dr. Yusuf Qardhawi dan lain-lain. Pada peringkat awal
pembentukan fikrah Islami misalnya, ABIM dan PKPIM mengadakan kerjasama dengan pertubuhan
pelajar di Indonesia, seperti Himpunan Mahasiswa Indonesia (HMI), dan mendapat sentuhan dari
tokoh-tokoh terkenal gerakan Islam seperti, Muhamad Natsir, HAMKA dan Dr. Imaduddin dalam
membantu pembinaan semangat kepimpinan, kemampuan intelektual dan kefahaman ilmu dakwah
bagi mendepani cabaran dakwah dalam masyarakat.
Keenam, proses Islamisasi pasca 1970-an mencapai kemuncaknya dan berkembang pada dekad
kedua pembentukannya (1980-an) apabila usaha menginstitusikan Islam secara rasmi dilakukan oleh
pemerintah yang menggalakkan perkembangan Islam dalam kehidupan awam dalam ekonomi, sosial
dan politik. Selain itu, Islam juga dirujuk sebagai penyelesaian kepada segala masalah yang dihadapi
oleh umat Islam di Malaysia. Dari sekecil-kecil perkara seperti, persoalan amalan peribadi
sehinggalah kepada perkara yang melibatkan soal masyarakat dan negara, Islam ternyata
menyediakan solusi kepada semua persoalan hidup manusia, melalui ruang sebaran dakwah dalam
masyarakat yang diberikan sebegitu luas di Malaysia.
Hasil perkembangan dakwah dan pendekatan yang digunakan untuk menyebarkan Islam, agama
Islam pada hari ini semakin subur dan berkembang yang mempengaruhi kehidupan masyarakat
Melayu di Malaysia. Program Islamisasi terus berkembang dalam bentuk yang lebih rasmi sekitar
tahun 1980-an menerusi dasar-dasar kerajaan dalam ekonomi, sosial, penubuhan institusi dan
perkara-perkara yang menyentuh tentang hal-ehwal masyarakat Islam atas usaha dan sokongan
parti pemerintah.

4. Dasar Ekonomi Baru dan Kebangkitan Kelas Menengah Melayu Muslim


Rusuhan kaum 1969 merupakan titik hitam dalam lipatan sejarah hubungan etnik di negara ini.
Insiden ini juga dikatakan berpunca daripada ketidakseimbangan dan jurang sosioekonomi yang
wujud antara etnik Melayu dan bukan Melayu. Situasi yang berlaku dalam kalangan masyarakat
Melayu turut mendapat perhatian kumpulan elit Melayu yang terpelajar khususnya kebangkitan
belia Melayu Islam di kawasan urban (Ahmad Fauzi, 2002, 87). Kajian-kajian tentang kebangkitan
semula Islam global juga telah merumuskan bahawa cabaran yang dihadapi oleh masyarakat Melayu
bandar telah mendorong kepada pengisian ruang kerohanian dan kesannya ialah kecenderungan
penduduk baru di bandar untuk terlibat secara aktif dalam politik untuk mempertahankan Islam dan
kebajikan masyarakat Melayu Islam (Hussin Mutalib, 1993).
Kebangkitan ini juga berkait rapat dengan peranan institusi pengajian tinggi di sekitar Kuala
Lumpur, iaitu ibu negara Malaysia. Organisasi dakwah pertama yang menggabungkan disiplin Islam
dan Barat ialah, al-Rahmaniah atau Badan dakwah dan Kebajikan Islam Malaysia yang ditubuhkan
Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013 (e-ISBN 978-96711768-1-8). 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net
789

pada tahun 1963 dan dipimpin oleh golongan terpelajar dari Universiti Malaya, Kolej Islam Malaya
dan beberapa pusat perguruan tinggi di sekitar Kuala Lumpur dengan kerjasama masyarakat awam
(Zulkifli Dahalan, 2008). Keanggotaan al-Rahmaniah terdiri daripada golongan intelektual Islam
sepertimana objektif penubuhannya, dan kurang sekali dari kalangan masyarakat biasa. Golongan ini
diharapkan dapat membimbing masyarakat awam. Penubuhan al-Rahmaniah juga memberi satu
anjakan dalam dimensi dakwah bahawa dakwah Islam boleh disumbangkan secara bersama oleh
tidak hanya mereka yang berpendidikan Islam, bahkan golongan yang berpendidikan Barat.
Penggembleng dan perkongsian kemahiran dan keilmuan antara pencinta Islam dapat memantapkan
gerakan dakwah Islamiah (Muhammad Uthman, 1988). Peranan badan dakwah ini adalah untuk
memberi kesedaran dan keyakinan terhadap Islam kepada golongan terpelajar sebagai satu sistem
yang mencakupi seluruh bentuk kehidupan. Al-Rahmaniah juga berperanan sebagai badan dakwah
berkaliber yang memenuhi keadaan semasa dan masyarakat, sebagai badan alternatif melibatkan
golongan terpelajar, pegawai kerajaan dan ahli peniagaan dan bagi mengisi kekosongan ruang
dakwah yang berhadapan dengan idea-idea sosialis dan sekularis yang berusaha mempengaruhi
pelajar pada waktu itu. Tan Sri Professor Dr. Mohd Kamal Hassan, Datuk Nakhaei Ahmad, Ustaz Dr.
Muhammad Uthman el-Muhammady dan Daeng Sanusi bin Daeng Mariok adalah antara tokoh yang
pernah menggerakkan badan dakwah ini (Zulkifli Dahalan, 2008, 134).
Gerakan dakwah juga telah dipelopori dan disebarkan oleh organisasi pelajar universiti melalui
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Persatuan Bahasa Melayu, Universiti
Malaya. Perkara yang menjadi perhatian golongan pelajar ini ialah, tentang cara hidup Islam yang
lengkap, survival orang Melayu, penyelesaian masalah kemiskinan, pembinaan Bahasa Kebangsaan
dan sistem pendidikan yang berteraskan Islam (Batumalai, 1996). Kemunculan seruan terhadap
Islam dalam kalangan pelajar kemudiannya memberi satu platform dakwah yang lebih luas dengan
terbentuknya Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), hasil perhimpunan Alumni PKPIM (Badlihisham,
1999; Zainah, 1987). Gerakan ABIM agak menonjol dengan kelantangan dan keberanian para
pemimpinnya. Slogan perjuangan ABIM iaitu, Islam is a way of life mendekatkan masyarakat
terhadap penghayatan Islam dan tanggungjawab beragama. Keadaan ini menyerlah dengan
munculnya kecenderungan pemakaian tudung bagi wanita-wanita Islam dan kesedaran menutup
aurat dalam kalangan lelaki sekitar tahun-tahun tersebut (Ishak Saat, 2006, 106).
Sementara itu, bagi golongan terpelajar Melayu yang dihantar ke luar negara hasil dari kejayaan
Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diwujudkan oleh kerajaan sekitar 1971, pendedahan secara terus
terhadap pemikiran, tokoh-tokoh dan bahan bacaan gerakan Islam serta cabaran budaya Barat
semasa berada diluar negara mendekatkan mereka kepada Islam. Golongan terpelajar ini
kebanyakannya berlatarbelakangkan pendidikan Barat dan diterajui oleh lima kumpulan iaitu, tiga
daripadanya berpusat di United Kingdom, terdiri daripada Malaysian Islamic Study Group of Europe
(MISG-Euro-Eire) dipimpin oleh Razali Nawawi dan Mohd Dahlan Arshad, Suara al-Islam dan Islamic
Representative Council (IRC) atau Majlis Syura Muslimun (MSM) yang turut bekerjasama dengan
Federal Organisation of Student Societies (FOSIS) di UK dan Eire, sebagai persatuan induk pelajarpelajar Islam dari seluruh dunia dalam mengerakkan aktiviti pelajar-pelajar Islam Malaysia di sana
(Razali Nawawi & Mohd Dahlan Arshad, 1996; Zainah Anwar, 1990, 59-60; Siti Hamisah, 2009).
Sementara itu dua lagi kumpulan pelajar masing-masing merupakan lepasan dari universiti-universiti
di Amerika Syarikat yang naungi oleh Muslim Students Association (MSA) dan di Australia
diorganisasikan oleh Australian Federation of Muslim Students Association (AFMSA) (Mohamad Abu
Bakar, 1981, 1043). Setelah kembali ke tanah air, golongan terpelajar ini membentuk satu golongan
kelas Menengah Melayu Muslim tersendiri yang telah melibatkan diri secara langsung dan
berpengaruh dalam pelbagai sektor awam, syarikat milik kerajaan (GLC), syarikat swasta mahupun
dalam gerakan dakwah Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) dan gerakan Islam sedia ada bagi
membantu program-program pembangunan Islam yang pesat sekitar 1980-an sekingga kini.
Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013 (e-ISBN 978-96711768-1-8). 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net
790

5. Transformasi Sosial Berteraskan Islam dalam Dasar-Dasar Kerajaan, 1970-2009


Kebangkitan semula Islam pada tahun 1970-an telah mencetuskan fenomena yang akhirnya
menjurus pengembalian bangsa Melayu kepada identiti dan akar Islamnya. Gelombang kebangkitan
tercetus akibat rasa kehilangan identiti diri masyarakat Islam melihat kegagalan masyarakat Islam
dalam bidang ekonomi dan politik akibat sistem kapitalisme Barat serta ancaman daripada dominasi
ekonomi kaum pendatang. Implikasinya, beberapa dasar berkaitan ekonomi dan sosial telah
dibentuk berasaskan kepada pendekatan Islam, seperti pengenalan sistem perbankan Islam dan
takaful Islam serta penerapan nilai-nilai Islam.
Pembangunan Islam dalam tahun 1970-an juga dikaitkan dengan kembalinya Dato Seri Dr.
Mahathir Mohamed (kini bergelar Tun) ke arus perdana politik Malaysia. Di bawah kepimpinan Tun,
kerajaan Malaysia dilihat banyak menyokong dasar-dasar berkaitan pembangunan Islam. Setelah
Tun kembali aktif dalam politik, beliau telah dilantik sebagai Menteri Pelajaran pada tahun 1974.
Dalam tahun 1976, beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan lima tahun kemudian
sebagai Perdana Menteri oleh Tun Abdul Razak, Perdana Menteri pada ketika itu.
Kesungguhan Tun Dr. Mahathir terhadap pelaksanaan Islam menyerlah setelah beliau menjadi
Perdana Menteri. Dalam tahun pertama pelantikannya, iaitu pada tahun 1981, kerajaannya telah
mengumumkan penganjuran seminar besar bertajuk the Concept of Development in Islam, yang
merupakan saranan-saranan yang akan dilaksanakan oleh kerajaan yang menyentuh aspek berkaitan
undang-undang, ekonomi, pendidikan dan sains serta teknologi. Petanda awal yang menunjukkan
minat pentadbiran Mahathir terhadap Islam secara rasminya telah diisytiharkan pada tahun 1984 ke
arah mengislamkan jentera kerajaan (Hussin Mutalib, 1993). Bagi menjelaskan apa yang
dimaksudkan dengan dasar tersebut, Mahathir menyatakannya seperti berikut:
Apa yang kita maksudkan sebagai Islamisasi ialah penyerapan nilai-nilai dalam
kerajaan. Penyerapan tersebut tidak sama seperti pelaksanaan undang-undang Islam
dalam negara. Undang-undang Islam adalah untuk orang Islam dan bermaksud untuk
undang-undang peribadi mereka. Akan tetapi undang-undang bangsa, walaupun tidak
berasaskan Islam boleh digunakan selagi ia tidak bercanggah dengan prinsip Islam
(ibid, 30).
Walaupun undang-undang Islam tidak ditujukan kepada golongan bukan Islam, namun kerajaan
di bawah pimpinan Dr. Mahathir telah pun memperkukuhkan program-program yang berkaitan
Islam dan melaksanakan dasar-dasar lain yang sehubungan dengannya. Ini termasuklah
pengisytiharan untuk mengkaji semula sistem undang-undang negara agar sistem ini selari dengan
undang-undang Islam, menjadikan Ilmu Agama sebagai mata pelajaran dalam peperiksaan,
meningkatkan program-program berkaitan Islam untuk siaran radio dan televisyen Malaysia.
Selain usaha yang bersifat simbolik dan berlandaskan kepada keputusan yang berbentuk
pentadbiran, Mahathir juga turut memperkenalkan dasar yang lebih jelas lagi yang melibatkan
doktrin, pendidikan dan ekonomi. Contohnya, dalam tahun 1980, sebaik-baik sahaja menjadi
Timbalan Perdana Menteri, beliau telah membentangkan asas-asas yang kemudiannya menjadi
rukun dalam strategi rasmi pembangunan Malaysia iaitu, pembangunan ekonomi tidak akan menjadi
kenyataan tanpa pembangunan kerohanian.
Bagi merealisasikan visi pembangunan ini, tidak dinafikan peranan yang dimainkan oleh Dato
Seri Anwar adalah penting kepada Tun Dr. Mahathir untuk memenuhi cita-cita dan pendiriannya
dalam menerapkan unsur-unsur keislaman dengan lebih berkesan. Hal ini diakui oleh ramai sarjana
Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013 (e-ISBN 978-96711768-1-8). 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net
791

akan keterlibatan Dato Seri Anwar secara langsung dalam menjaya dasar Islamisasi di Malaysia pada
ketika itu (Rahman Shaari, 1983; Hussin, 1993; Ishak Saat, 2006; Afififuddin Omar, Shafie Salleh,
2004). Kemasukan bekas pemimpin belia Islam (ABIM) ini ke dalam entiti politik Melayu, iaitu UMNO
dan kemudiannya, ke dalam Kabinet Kerajaan Malaysia, membantu dalam pembentukan beberapa
dasar lain, selain mempraktikkan Islam sebagai ad-din mengikut cara hikmah keilmuan, penggunaan
hati budi yang tinggi, berdiplomasi dan penggunaan teknologi moden. Antara institusi-institusi yang
dapat memperkembangkan lagi fungsi Islam dalam negara ialah, penubuhan institusi-institusi
ekonomi Islam seperti Bank Islam, Yayasan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Tabung Haji,
pengenalan sistem dinar emas Islam dan menaik taraf Pusat Islam. Komitmen yang tinggi Tun dalam
membangunkan ekonomi Islam dapat dilihat apabila pada bulan November 1981, Tun Dr. Mahathir
telah membuat kenyataan bahawa sistem kewangan dunia bukan berasaskan kepada emas tetapi
berasaskan kepada wang kertas dan cek yang tidak dan bukannya daripada sistem mata wang umat
Islam (Zuhaimy Ismail, 2003). Selain itu, beberapa institusi Islam seperti Yayasan Dakwah Islamiah
Malaysia (YADIM), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ditubuhkan dan berperanan untuk
memberi kefahaman tentang Islam kepada masyarakat.
Pada tahun 1982, kerajaan juga memperkenalkan satu lagi program untuk memupuk nilai-nilai
Islam dalam pentadbiran awam. Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam diperkenalkan untuk memberi
penekanan tentang kepentingan dedikasi, akauntabiliti, keboleh percayaan dan rasa tanggungjawab
dalam pentadbiran perkhidmatan awam dan politik kerajaan. Pada masa yang sama konsep
masyarakat madani yang dipopularkan oleh Dato Seri Anwar, menjadi wacana akademik dalam
usaha membentuk masyarakat sivil yang bertanggungjawab bagi mempertingkat akauntabiliti
kerajaan berdasarkan kerangka (framework) etika dan nilai-nilai Islam (Shahirah Mahmood, 2006,
61).
Sistem pendidikan negara turut mengalami perubahan besar dalam beberapa perkara penting
yang menyentuh tentang dasar dan falsafah pendidikan. Pada tahun 1972, Kementerian Pelajaran
telah meletakkan bahagian khusus untuk mempertingkatkan pentadbiran tentang segala aspek
berkaitan pendidikan Islam khususnya pengasingan sistem Sekolah Arab/Sekolah Agama dengan
sekolah-sekolah persendirian (independent) atau dengan bantuan oleh kerajaan atau Majlis Agama
yang bilangannya pada lewat tahun 1980-an melebihi 80,000. Kebanyakan pelajar lepasan sekolah
ini menyambung pengajian ke peringkat pendidikan tinggi Islam sama ada di dalam mahupun di luar
Negara (Mohd. Kamal Hassan et. al., 1992). Semasa pemerintahan era Mahathir, Kolej Islam yang
ditubuhkan pada 1955 di Klang Selangor, dinaiktaraf menjadi Jabatan Pengajian Islam pada tahun
1970 yang kemudiannya ditubuhkan Universiti Kebangsaan Malaysia. Jabatan Pengajian Islam yang
ditubuhkan pada tahun 1959 di Universiti Malaya, kemudiannya ditukarkan kepada Akademik
Pengajian Islam dan mempunyai cawangan di Nilam Puri Kelantan. Dalam tahun 1990 pula Maktab
Perguruan Islam yang ditubuhkan pada lewat tahun 1980-an, berpindah ke kampus Bangi. Manakala
dalam tahun 1982, kerajaan telah mengumumkan pelan Universiti Islam Antarabangsa di Kuala
Lumpur hasil perjuangan ABIM dan organisasi pelajar, seperti PKPIM (Roff, William R. 1998, 219).
Selain itu, reformasi pendidikan turut dilakukan dengan penggubalan Falsafah Pendidikan
Negara (FPN) yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani (JERI) berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Bagi mencapai hasrat murni FPN
tersebut, Kurikulum baru Sekolah Rendah (KBSR) telah digubal di peringkat sekolah rendah pada
awal tahun 1980-an, manakala Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dilaksanakan pada
tahun 1988 susulan daripada kurikulum di peringkat rendah. Jawatankuasa Kabinet juga
memperakui bahawa semua pelajar hendaklah disemai dengan nilai-nilai murni melalui pengukuhan
mata pelajaran Pendidikan Islam. Sementara bagi pelajar-pelajar lain, mata pelajaran Pendidikan
Moral perlu diajar. Selaku Menteri Pelajaran pada ketika itu, Anwar Ibrahim turut merangka strategi
Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013 (e-ISBN 978-96711768-1-8). 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net
792

pelaksanaan bagi memastikan keberkesanan kurikulum yang digubal antaranya menjangkakan


cabaran pelaksanaan yang memerlukan tindakan oleh semua pihak. Beliau menyatakan:
Kita juga menginsafi kenyataan bahawa falsafah murni, jika diterjemahkan ke dalam
kurikulum secara terperinci, perancangan yang teratur, kaedah latihan guru yang cukup
baik dan pengurusan sekolah yang berkesan, akan tinggal sebagai penyataan falsafah
sahaja. Oleh itu, perlu ditekankan penyediaan beberapa strategi pada peringkat
pelaksanaan (Wan Zahid, 1993).
Selanjutnya, pengenalan komponen adab dan akhlak Islam dalam kurikulum Pendidikan Islam
pada 2003 adalah merupakan suatu usaha untuk mempertingkat dan mengemaskini lagi pengajaran
dan pembelajaran akhlak di sekolah. Perubahan ini antara lainnya berhasrat untuk mencapai
matlamat melahirkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri khusus iaitu, mantap serta kukuh iman dan
taqwa sebagai benteng ketahanan diri, menguasai ilmu fardu ain dan fardu kifayah, sebagai
pedoman dan amalan hidup, mengamalkan tuntutan fardu ain dan fardu kifayah bagi memenuhi
tanggungjawab ibadah dan berakhlak mulia sebagai pelengkap diri dan tonggak budaya (Huraian
Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSM, 2002; Asmawati Suhid, 2005, 95-194).
Reformasi Islamisasi dalam pendidikan kemudiannya disusuli dengan beberapa perubahan
dalam penyiaran dan media. Dalam tahun 1988, dalam reaksi terhadap seruan bukan Islam agar
agama-agama lain diberikan ruang untuk menyiarkan aktiviti-aktiviti mereka di radio dan televisyen,
kerajaan tanpa ragu-ragu telah menegaskan bahawa hanya Islam akan diperuntukkan masa untuk
bersiaran ke udara kerana peruntukan perlembagaan menyatakan keistimewaan tersebut atas
landasan Islam sebagai agama persekutuan dan setiap warganegara perlu mempelajari nilai-nilai
agama tersebut (New Straits Times, 6 Februari 1988). Pada tahun 1987, semua pembaca berita
lelaki Islam di RTM dikehendaki memakai songkok pada hari Jumaat dan memulakan berita dengan
sapaan Islam, iaitu, Assalamualaikum (Hussin, 1993, 31). Hal ini diikuti dengan pengisytiharan
Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DPN) oleh kerajaan pada November tahun yang sama, yang
meletakkan Islam sebagai identiti yang mencerminkan dan mendasari budaya kebangsaan. Di bawah
Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Islam menjadi elemen utama dalam pembentukan budaya di
peringkat nasional, di samping tidak menghalang budaya bagi kumpulan etnik yang lain. Walaupun
budaya bukan Islam diterima, namun budaya tersebut tidak boleh bercanggah dengan ajaran Islam.
Pada tahun 1988, selain perasmian pembukaan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, iaitu
masjid yang termahal di Malaysia pada ketika itu yang terletak di Shah Alam, polisi lain yang
menekankan Islam telah dilancarkan. Mahathir berjanji bahawa kesucian Undangundang Islam
akan terus dipelihara daripada serangan sekular, undang-undang sivil, status mahkamah Islam akan
diletakkan sama taraf dengan mahkamah sivil; beberapa usaha untuk mengambil tindakan terhadap
orang Islam yang ditangkap makan dan minum ketika bulan puasa (Ramadhan); menaiktarafkan
program-program keIslaman oleh Pusat Islam; mengadakan Yayasan Dakwah (YADIM) untuk
mengkoordinasikan segala aktiviti-aktiviti dakwah di seluruh negara. Kerajaan juga telah
mengumumkan bahawa UMNO sebagai Parti Islam Terbesar di Malaysia dan pengumuman pelan
yang besar untuk membangunkan perkampungan Islam di bandar-bandar utama bermula dengan
Kuala Lumpur pada bulan Ogos 1988. Dalam ucapan umumnya juga Mahathir dalam membezakan
antara extremism dan fundamentalist beliau merujuknya sebagai prinsip asas kepercayaan. Pada
tahun 1992, ketika ucapan Tahun Baru kepada rakyat Malaysia beliau telah menyatakan tentang
memastikan pembangunan antara rohani dan jasmani yang seimbang (Ibid, 31).
Dasar luar negara semasa pemerintahan Mahathir memperlihatkan orientasi yang pro-Islam.
Polisi dan hubungan luar negara lebih menjurus kepada hubungan dengan negara-negara Islam atau
Dunia Islam, malahan lebih progresif berbanding pemimpin-pemimpin sebelumnya, iaitu Tunku
Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013 (e-ISBN 978-96711768-1-8). 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net
793

Abdul Rahman dan Tun Razak. Antara kenyataan dasar luar yang paling penting yang dilakukan oleh
kerajaan dalam deklarasi pada tahun 1983 ialah, hubungan dengan negara-negara Pakatan Tidak
Bersekutu (NAM) dan negara-negara Commonwealth tidaklah sepenting hubungan dengan negaranegara Islam, selain hubungan dengan negara-negara ASEAN. Sehubungan dengan hala tuju baru ini,
Malaysia dilihat ingin menjelaskan peranan dan identitinya bersama Pertubuhan Negara-Negara
Islam (Organisation of Islamic Countries atau OIC).
Sikap positif Mahathir dalam perkara yang berkaitan dengan kebangkitan dakwah Islam adalah
jelas. Contohnya, sebaik-baik sahaja dilantik menjadi Perdana Menteri pada tahun 1982, Mahathir
dalam ucapannya ketika pembukaan Mesyuarat Agung the Regional Islamic Council for Southeast
Asia and the Pasific (RISEAP) menyatakan:
It is always our intention to play an active role in the Islamic dakwah movement, both
locally and internationally. It is our policy to be closely associated with Islamic nations
and to support Islamic causes. In this regard, we believe that our participation should
not only be active but also truly effective in the true sense of the word.We in
Malaysia will continue to do everything within our means to assist in the struggle of
the Muslim ummah, for the right to live the life of true Muslims (Hussin, 1993, 32-33).
Mahathir juga menunjukkan keprihatinan terhadap nasib orang Islam akibat tekanan regime di
Myanmar. Dalam reaksinya terhadap peningkatan kemarahan Umat Islam di Malaysia terhadap
penderitaan masyarakat Islam Bosnia, beliau telah mengambil tindakan yang tegas terhadap
hubungan diplomatik dengan Yugoslavia sebagai membantah serangan puak Serbia terhadap
masyarakat Muslim Bosnia. Melalui Menteri Luarnya iaitu, Abdullah Badawi, kenyataan telah
dikeluarkan untuk meminta agar Kedutaan Yugoslav ditutup dan kesemua rakyatnya yang tinggal di
Malaysia diminta meninggalkan negara ini dengan segera (Ibid, 33).
Sokongan kerajaan berhubung pembangunan Islam semasa pemerintahan Tun Mahathir
kemudian diteruskan oleh Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi setelah mengambilalih tampok
pemerintahan pada tahun 31 October 2003. Islam Hadhari yang diperkenalkan semasa kempen
pilihan raya tahun 2004 mempopularkan idea progresif Islam dan menjelaskan lagi pendirian pihak
pemerintah tentang dasar-dasar berhubung pembangunan Islam (Terence Chong, 2006; Abdul
Rahman Mahmod et.al., 2009; Noor Hazarina et al., 2007; Pepinsky, 2007). Walaupun Islam Hadhari
pada peringkat permulaannya menerima pelbagai reaksi dan tafsiran sama ada di dalam mahupun di
peringkat global, namun begitu, Islam Hadhari telah pun menjadi satu dasar kerajaan di peringkat
nasional yang dilaksanakan dalam pentadbiran beliau. Pelan Integriti Nasional (PIN) juga
diperkenalkan bagi memupuk amalan beretika dan berintegriti dalam kalangan keluarga, masyarakat
dan pemerintah (Siti Akmar, Kamaruzaman, 2008).
Tidak dapat dinafikan bahawa antara sumbangan gerakan kebangkitan semula Islam tahun
1970-an ialah, menjurus kepada dan mempercepatkan proses pembangunan yang pesat dalam
kemajuan umat Islam di Malaysia. Walaupun gerakan ini dicetuskan oleh kumpulan pelajar yang
pada peringkat awalnya bermula di kampus Universiti Malaya, namun, kesannya membawa kepada
kemunculan dan tindakan aktif oleh gerakan-gerakan Islam lain seperti, ABIM, Al-Arqam, Jamaah
Tabligh, PAS dan Jamaah Islah Malaysia (dikenali sebagai Islamic Representative Council (IRC) di
United Kingdom). Dengan peranan yang dimainkan oleh ABIM dan gerakan Islam lain sebagai
kumpulan pendesak terhadap pelaksanaan Islam di Malaysia, beberapa perubahan telah dapat
dilihat melalui pembentukan dasar-dasar kerajaan yang membantu menyuburkan lagi fungsi Islam
sebagai cara hidup yang lebih kukuh dalam sistem kenegaraan. Tuntutan yang kuat terhadap
pelaksanaan Islam menyebabkan akhirnya pihak pemerintah yang dipimpin oleh UMNO terpaksa
akur terhadap gelombang kebangkitan Islam yang implikasinya membawa kepada tiga keadaan.
Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013 (e-ISBN 978-96711768-1-8). 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net
794

Pertama, kewujudan pelbagai sistem Islam yang terus berkembang luas disebabkan ruang yang
begitu luas diberikan oleh pemerintah. Kedua, perubahan daripada sistem konvensional yang tidak
Islam kepada sistem Islam; dan ketiga, perubahan orientasi dengan penyerapan unsur-unsur Islam
dalam sistem sedia ada. Kewujudan sistem Islam ini merupakan pengisian dan impak terhadap
tuntutan penghayatan Islam yang bersifat menyeluruh yang kesannya meluputi pelbagai aspekaspek lain seperti ekonomi, sosial, politik dan kenegaraan.
Dasar-dasar yang dilaksanakan semasa era 1970-2009 jelas memperlihatkan bagaimana Islam
menjadi faktor pendorong yang utama dalam menggerakkan perubahan masyarakat Melayu.
Tindakan yang diambil ini merupakan reaksi terhadap sistem ekonomi, sosial dan politik sedia ada
yang didapati gagal melahirkan individu, masyarakat dan negara sebagaimana digariskan oleh alQuran dan as-Sunnah. Inilah fitrah Sunatullah SWT yang berlaku dalam masyarakat Melayu yang
sentiasa dinamik untuk melakukan perubahan sebagaimana tuntutan Islam yang mengkehendaki
umatnya sentiasa melakukan transformasi demi kesejahteraan ummah keseluruhannya.

6. Penutup
Sepanjang sejarah Malaysia daripada zaman Kerajaan Melayu klasik hingga kepada zaman selepas
merdeka, Islam telah menjadi pemangkin utama yang membawa perubahan dalam masyarakat
Melayu. Islam tidak sekadar anutan yang bersifat amalan ritual, malahan agama suci ini telah
menjadi mekanisme yang diterapkan di dalam pemerintahan melalui dasar-dasar awam negara.
Impak Islamisasi yang berterusan ke atas masyarakat Melayu telah membawa kepada transformasi
sosial dan budaya berlandaskan kepada pembentukan identiti Melayu yang Islam. Hal yang
demikian dapat dilihat berlaku di merata-rata tempat. Pada hari ini, kesedaran, penghayatan dan
simbol Islam dipamerkan serta dimanifestasikan melalui budaya pemakaian tudung bagi wanita dan
pemakaian yang menutup aurat bagi lelaki, budaya pemilihan makanan dalam menentukan halal
atau sebaliknya, budaya kepenggunaan, dalam hubungan sosial, penentuan dan penggunaan
transaksi dalam ekonomi serta penyertaan dalam politik berasaskan Islam (politik Islam). Selain itu,
batas pergaulan antara lelaki dan perempuan turut menjadi perkiraan. Petanda-petanda lain juga
menggambarkan suasana hidup yang Islami, seperti penggunaan perkataan-perkataan Arab,
penyertaan dalam aktiviti di masjid dan surau, peningkatan saluran, siaran dan program-program
televisyen yang berunsur keislaman, kebangkitan irama nasyid, pemasyhuran ikon-ikon Melayu Islam
dalam media arus perdana dan sebagainya. Keadaan ini menggambarkan dinamisme masyarakat
Melayu dalam menentukan survival bangsa dan memperkukuhkan jati diri dalam pembentukan
identitinya selari dengan kehendak Islam.

Rujukan
Abdul Rahman Abdullah. (1990). Pemikiran Umat Islam di Nusantara: Sejarah dan Perkembangannya
Hingga Abad ke-19. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Rahman Mahmood et.al. (2009). Penerimaan Bukan Islam Terhadap Proses Islamisasi di
Malaysia, Jurnal Hadhari, 2, hlm. 39.
Abdullah Ishak. (1992). Islam di Nusantara (Khususnya di Tanah Melayu). Kuala Lumpur: Bahagian
Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.
Afififuddin Omar, Shafie Salleh. (2004). Perubahan Entiti Melayu: Antara Ketuanan dan Tuntutan
Global dalam Kerangka Wawasan Ekonomi-Politik. Dalam Mohamed Anwar Omar Din (ed.).
Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013 (e-ISBN 978-96711768-1-8). 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net
795

Dinamika Bangsa Melayu Menongkah Arus Globalisasi. Bangi: Penerbit Unverisiti Kebangsaan
Malaysia.
Ahmad Fauzi Abdul Hamid. (2002). The Formative Years of the Dakwah Movement: Origins, Causes
and Manifestations of the Islamic Resurgence in Malaysia. Jurnal IKIM, 10 (2), 87.
Ahmad Ibrahim dan Mahmud Saedon Awang Othman. (1988). Ke Arah Islamisasi Undang-Undang di
Malaysia. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.
Ahmad Ibrahim. (1977). Kedudukan Hukum Islam Dalam Masyarakat Melayu. Dalam Islam dan
Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Malaysia.
Al-Attas, Syed Muhammad Naquib. (1999). Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Kuala
Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
Al-Attas, Syed Muhammad Naquib. (1969). Preliminary Statement on A General Theory of the
Islamization of the Malay-Indonesian Archipelago. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Arnold, Thomas W. (1986). The Preaching of Islam. London: Darf Publishers Ltd.
Asmawati Suhid. (2005). Pemantapan Komponen Akhlak dalam Pendidikan Islam bagi Menangani
Era Globalisasi. Jurnal Kemanusiaan, 6, 95-104.
Azizan Abdul Razak. (1980). The Laws in Malacca Before and After Islam. In Tamadun Islam di
Malaysia. Khoo Kay Mim (Chief Ed.) Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia.
Azyumardi Azra. (2002). Islam Nusantara: Jaringan Global dan Lokal. Bandung: Penerbit Mizan.
Azyumardi Azra. (2004). The Origins of Islamic Reformism in Southeast Asia: Networks of MalayIndonesian and Middle Eastern Ulama in the Seventeenth and Eighteenth Centuries. Australia: Allen
& Unwin.
Badlihisham Mohd. Nasir. (January-March 1999). Islamic Movements in Malaysia: A Change and
Challenge in the Post Islamic Resurgence Period. Hamdard Islamicus. Vol. XXII. 1, 27-36.
Batumalai, S. (1996). Islamic Resurgence and Islamization in Malaysia: A Malaysian Christian
Response. Ipoh: St. Johns Church (Anglican).
Becker, David John. (1973). Local Muslim Organizations and National Politic in Malaysia. Phd
Thesis. University of Berkeley, California.
Berhanundin Abdullah. (1999). Sejarah Pengaruh Adat dan Barat dalam Pentadbiran Islam di
Malaysia. Malaysia dari segi SEJARAH (Malaysia in History), 27, 81-86.
Chandra Muzaffar. (1987). Islamic Resurgence in Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd.
Hashim Musa. (2001). Merekonstruksi Tamadun Melayu Islam: Ke Arah Pembinaan Sebuah Tamadun
Dunia Alaf Ketiga. Kuala Lumpur: Akademik Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013 (e-ISBN 978-96711768-1-8). 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net
796

Hussin Mutalib. (1993). Islam in Malaysia: From Revivalism to Islamic State. Singapore: Singapore
University Press.
Ishak Saat. (2006). Sejarah Sosiobudaya Melayu. Shah Alam: Karisma Publication.
Ismail Hamid. (1985). Pengantar Sejarah Umat Islam. Kuala Lumpur: Heinemann (Malaysia) Sdn.
Bhd.
Jones, Russell. (1999). Hikayat Raja Pasai. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan dan Penerbit Fajar Bakti.
Khasnor Johan. (1979). Perkhidmatan Tadbir Melayu: Tradisi dan Peranan Dalam Konteks Kerajaan
Penjajah. Dalam Malaysia: Sejarah dan Proses Pembangunan. Kuala Lumpur: Salam Press Sdn. Bhd.
Mahayudin Yahaya. (1992). Bahr al-Lahut: Nashhah Melayu Mengenai Islam Abad 6H/12M. in
Kobkua Suwannathat-Pian, et al. (ed.). Dua Dekad Penyelidikan Sejarah-Bahasa dan Kebudayaan.
Bangi: UKM Press.
Mahayudin Yahaya. (1998). Islam di Alam Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Marison, G.E. (1955). Persian Influence as Malay Life. Journal of the Malayan Branch of the Royal
Asiatic Society, XXVII, 52-69.
Mohamad Abu Bakar. (1980). Dakwah dan Pengislaman Masyarakat Melayu Masa kini: Satu Analisa
Pengenalan. Dalam Tamadun Islam Di Malaysia. Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia.
Mohamad Abu Bakar. (1981). Islamic Revivalism and the Political Process in Malaysia. Asian
Survey, 21(10), 1043.
Mohammad Redzuan Othman. (2005). Islam dan Masyarakat Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya.
Mohd Dahlan Arshad. (1996). My Early Steps dalam Angkatan Belia Islam Malaysia 1971-1996.
Petaling Jaya: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
Mohd Taib Osman. (1980). Islamisation of the malays: A Transformation of Culture. In Tamadun
Islam di Malaysia. Khoo Kay Kim (ed.). Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia.
Mohd. Kamal Hassan, Faisal Othman and Razali Nawawi. (1992). Konsep Pendidikan Islam dan
Matlamat Persekolahan Agama dan Arab di Malaysia, dalam Ismail Ab. Rahman (ed.). Pendidikan
Islam Malaysia. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Muhammad Hassan Dato Kerani Mohd Arshad. (1968). Al-Tarikh Salasilah di Negeri Kedah. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhammad Mustaqim Mohd Zarif. (2011, 9-11 Jun). "Satu Milenium Islam di Nusantara: Tinjauan
Sosio-Sejarah."'Konvensyen Wasatiyyah Sempena 1 Milenium Islam di Nusantara. Putrajaya:
Universiti Sains Islam Malaysia dan Nadi Dialog (NADI) dengan kerjasama JAKIM, 1-19.
Muhammad Uthman Al-Muhammady. (1988). Sejarah dan Perkembangan al-Rahmaniah.
Temuramah berakam oleh Zulkifli Dahalan. Jalan Tar 7, Pasir Mas, Kelantan.
Munshi Abdullah. (1963). Hikayat Abdullah. Singapore: Malay Publihing House Ltd.
Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013 (e-ISBN 978-96711768-1-8). 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net
797

Nabir Abdullah. (1976). Maahad II Ihya Assyarif Gunung Semanggol, 1934-1959. Bangi: Jabatan
Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nagata, Judith. (1980, Autumn). Religious Ideology and Social Change: The Islamic Revival in
Malaysia. Pacific Affair, 53 (3), 405-439.
Noor Hazarina Hashim, Jamie Murphy and Nazlida Muhamad Hashim. (2007). Islam and Online
Imagery on Malaysian Tourist Destination Websites. Journal of Computer-Mediated
Communication, 12, 10821102.
Osman Bakar. (1993). Implikasi Gerakan Dakwah Ke Atas Sistem Pendidikan Negara Kini. Dalam
Gerakan Dakwah dan Orde Islam di Malaysia: Strategi Masa Depan. Petaling Jaya: Angkatan Belia
Islam Malaysia.
Othman Ishak. (2003). Hubungan antara Undang-Undang Islam dengan Undang-Undang Adat. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pepinsky, Thomas B. (2007, January). Malaysia: Turnover without Change. Journal of Democracy,
18 (1), 113-127.
Pires, Tome. (1944). The Suma Oriental of Tome Pires : an account of the East, from the Red Sea to
Japan, written in Malacca and India in 1512-1515 and the book of Francisco Rodrigues, rutter of a
voyage in the Red Sea, nautical rules, almanac and maps, written and drawn in the East before 1515.
London: the Hakluyt Society.
Rahman Shaari. (1983). Zaman Mahathir. Kuala Lumpur: Munora Publishing Sdn. Bhd.
Raja Ali Haji. (1982). Tuhfat al-Nafis. T.t.:t.p.
Rauf. (1987). Ikhtisar Sejarah Islam. (Rustam. A. Sani (trans.) Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd.
Razali Nawawi. (1996). Penubuhan Sebuah Gerakan dalam Angkatan Belia Islam Malaysia 19711996. Petaling Jaya: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
Razali Nawawi. (2012). Sejarah Kebangkitan Semula Islam di Lembah Kelang dan Penubuhan ABIM.
Temubual Berakam oleh Mashitah Sulaiman. Akademi Quran Medik, Bandar Baru Bangi pada 10 Mei
2012.
Roff, William R. (1998). Pattern of Islamization in Malaysia, 1890s-1990s: Exemplars, Institutions
and Vectors. Journal of Islamic Studies, 9 (2), 210-228.
Sejarah Melayu. (1938). Raffles MS No. 18, JMBRAS, Vol. XVI (3), 82-157.
Shahirah Mahmood. (2009). Comparative Perspective of Muslim Activism in Singapore and
Malaysia. Dalam Mohamed Nawab, Farhan Ali (ed.). Igniting Thought, Unleashing Youth:
Perspectives on Muslim Youth and Activism in Singapore. Singapore: Select Publishing.
Shellabear, W.G. (1948). Sejarah Melayu or the Malay Annals. Singapore: The Malay Publishing
House Ltd.
Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013 (e-ISBN 978-96711768-1-8). 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net
798

Siti Akmar Abu Samah, Kamaruzaman Jusoff. (April, 2008). Instilling Moral Values in Report Writing
Course. Asian Social Science, 4 (4), 122.
Siti Hamisah Manan. (2009). Gelombang Kebangkitan Dakwah Kampus. Kuala Lumpur: JIMedia.
Straits Times. (6 Februari 1988). hlm. 12.
Suhaimi Said. (1984). Orang Melayu di Sisi Perlembagaan. Pahang: Penerbit Ujud.
Syed Nurul Akla and Adi Setia (translated). (2006). Pengembaraan Ibn Battutah: Pengembaraan
Agung, Karya Terulung Menyingkap Wajah Dunia. Petaling Jaya: MHP Group Publishing Sdn Bhd.
Terence Chong. (2006). the Emergence Politics of Islam Hadhari dalam Swee-Hock, Saw.,
Kesavapany, K. Malaysia: Recent Trends and Challenges. Institute of Southeast Asian Studies.
Abdull Rahman Mahmod, Kamaruddin Salleh, Ahmad Sunawari & Faudzinaim. (2009) Penerimaan
Bukan Islam Terhadap Proses Islamisasi di Malaysia, Jurnal Hadhari, 2, 33-51.
Tuan Ruhani Tun Shriff. (1984/85). Pentadbiran Agama Islam Di Terengganu Dari Tahun 1911-1930an. Jurnal Jabatan Sejarah (JEBAT), 13, 145.
van Nieuwenhuijze, C.A.O. (1958). Aspect of Islam in Post-Colonial Indonesia. The Hague and
Bandung: W. van Hoeve Ltd.
Wan Abdul Kadir Wan Yusoff. (1998). Tradisi Budaya Melayu Berteraskan Islam, Jurnal Pengajian
Melayu, 8.
Wan Hussein Azmi. (1980). Islam di Malaysia: Kedatangan Dan Perkembangan (abad 7-20M).
Dalam Tamadun Islam di Malaysia. Khoo Kay Kim (chief Ed.) & Mohd. Fadzil Othman (et al.). Kuala
Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia.
Wan Zahid Mohd. Noordin. (1993). Reformasi Pendidikan dan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah: Strategi, Cabaran dan Harapan. Dalam Dalam Gerakan Dakwah dan Orde Islam di
Malaysia: Strategi Masa Depan. Petaling Jaya: Angkatan Belia Islam Malaysia.
Wilkinson, R.J. (1975). A History of the Peninsular Malays with Chapters in Perak and Selangor. New
York: AMS Press.
Wilkinson, R. J. (1948). Law Part 1, An Introductory Sketch, JRASMB, xxi, Singapore, 48.
Winstedt, R.O. (1966). History of Malaysia. Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic
Society. 13 (1), 58.
Winstedt, R.O. (1950). The Malays: A Cultural History. Singapore: Graham Brash (Pte) Ltd.
Yegar, Moshe. (1979). Islam and Islamic Institutions in British Malaya: Policies and Implementation.
Jerusalem: The Magnes Press, The Hebrew University.
Zainah Anwar. (1987). Islamic Revivalism in Malaysia: Dakwah Among Students. Petaling Jaya:
Pelanduk Publication.
Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013 (e-ISBN 978-96711768-1-8). 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net
799

Zainah Anwar. (1990). Kebangkitan Islam di Kalangan Pelajar. Petaling Jaya: IBS Buku Sdn. Bhd.
Zuhaimy Ismail. (2003). Kembalikan Dinar Emas dan Dirham Perak: Mata Wang Umat Islam. Skudai:
Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Zulkifli Dahalan. (2008). Al-Rahmaniah: Sejarah dan Peranan Yang Pernah Dimainkannya Dalam
Aktivlti-Aktiviti Dakwah Islamiah di Malaysia. ESTEEM Akademic Journal, 4, 134-150.

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013 (e-ISBN 978-96711768-1-8). 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net
800

You might also like