You are on page 1of 7

VS

TELEFON ZAMAN DULU

SMARTPHONE ZAMAN
SEKARANG

LOKASI: RUMAH
TARIKH : 21/11/2013
MASA : 7:00p.m
KAMERA: TELEFON BIMBIT NOKIA X6
Pada zaman sekarang, siapa yang tidak mempunyai telefon bimbit? Saya
percaya bahawa hampir semua orang tak kira kanak-kanak , orang dewasa atau
orang tua memiliki telefon bimbit dan ianya bagaikan sesuatu aksesori yang
wajib ada dan lazim pada semua orang. Jikalau dahulu pada zaman 90an,
sesiapa yang memiliki telefon bimbit dianggap sebagai orang kaya kerana
harganya saja boleh buat deposit kereta walaupun telefon bimbit pada masa itu
sebesar batu bata.
Telefon bimbit telah menjadi barang keperluan pada masa kini. Murid
sekolah rendah dan menengah sehingga pelajar universiti memiliki telefon
bimbit masing-masing. Dulu kanak-kanak bermain galah panjang, konda-kondi,

'target' kasut, layang-layang, congkak, dan lain-lain lagi. Zaman sekarang


kanak-kanak disajikan dengan PS3, Xbox, PSP, permainan di telefon bimbit
pintar. Tak keluar peluh langsung pun! Cuma perlu duduk diam-diam di tempat
masing-masing sambil cuba sedaya-upaya habiskan 'level' yang ada.
Kenapa telefon zaman dulu (seperti gambar tersebut) ketinggalan zaman
kita ? Kecanggihan teknologi telah mengubahkan semua itu. Telefon zaman
dulu hanya boleh menelefon dan menjawab telefon sahaja, kita tidak boleh
membawa telefon itu bersama kami, kegunaannya memang terbatas. Tapi pada
masa kini, kita bukan sahaja boleh membawa telefon bersama kita, malah juga
boleh menggunakan telefon bimbit kita untuk mengambil gambar, melayari
internet, merakam video dan sebagainya.
Masa berlalu dengan pantas, teknologi berubah dan sampai sekarang pula
zaman telefon bimbit atau telefon pintar. Dari budak sekolah rendah hingga
orang dewasa pun dah menggunakan telefon bimbit sekarang. Syarikat-syarikat
utama telefon bimbit berlumba merekacipta bentuk telefon masing-masing
untuk menguasai pasaran. Antara syarikat-syarikat yang terkenal dulu Nokia,
Sagem, Motorola dan iphone. Ini adalah syarikat yang menguasai teknologi
komunikasi telefon pada masa itu.
Iphone adalah syarikat yang mula-mula mengeluarkan telefon pintar ini
pada tahun 2007. Dari situ bermulalah pasaran telefon pintar. Penjualan yang
mencecah beratus-ratus juta Iphone telah menyebabkan telefon jenama Nokia
dan jenama lain telah merudum dengan teruknya. Selepas itu telefon pintar
jenama Blackberry mula memberi saingan kepada Iphone. Maka bermulalah
syarikat-syarikat dari Asia membuat telefon bimbit jenama sendiri iaitu
Samsung dan HTC. Samsung telah merekacipta telefon bimbit dengan teknologi
terkini serta mampu milik bagi kebanyakkan rakyat yang berpendapatan
sederhana. Dengan menjual harga yang mampu milik dengan teknologi yang
terkini, Samsung dan HTC menjadi pilihan pembeli termasuk AK juga.

Mengapakah telefon bimbit berkembang dengan pesat dan hampir


setahun akan mengeluarkan model yang baru? Tidak dapat dinafikan bahawa
manusia mempunyai kehendak yang tidak mudah dipenuhi. Sudah mempunyai
yang baik, tetapi masih mahu yang terbaik. Memandangkan telefon bimbit
zaman dulu tidak boleh memenuhi kehendak manusia sekarang, jadi lahirlah
telefon pintar

pada masa kini. Pernahkah kamu fikir, kalau kita tidak

menggunakan telefon bimbit pada zaman sekarang, apa yang akan terjadi pada
kita? Adakah kita boleh hidup tanpa telefon bimbit? Apakah masalah yang
akan kita hadapi ?
Tidak dapat diragui, telefon pintar memang memudahkan kita dengan apa
jua urusan atau keadaan berbanding dengan telefon zaman dulu. Kita boleh
menghubungi dan berkomunikasi dengan orang lain secara senang melalui sms,
what apps dan sebagainya. Kita juga boleh mengambil gambar atau merakam
video dengan sesuka hati. Selain itu, kita juga boleh melayari internet dengan
mudah dan dapat menyiapkan kerja kami pada masa yang singkat. Ini semua
tidak dapat dibuat jika kita menggunakan telefon zaman dulu.
Akan tetapi, jika kita berfikir dari sudut lain, adakah telefon bimbit ini
sempurna dan tidak mendatangkan keburukan kepada kita? Jawapannya tidak,
ia juga akan mendatangkan keburukkan kepada kita. Contohnya ,kita boleh
melihat di mana-mana tempat pun, kebanyakan orang akan menggunakan
telefon pintar mereka untuk melayari internet atau bermain permainan dalam
telefon pintar mereka semasa menunggu makanan dan bukannya berkomunikasi
dengan keluarga atau kawan-kawan, Ini sudah menjadi fenomena yang biasa
bagi zaman sekarang. Kita boleh mengetahui bahawa telefon bimbit telah
menggantikan kedudukan kita untuk berkomunikasi dengan keluarga atau
kawan kita secara tidak langsung. Masa kanak-kanak untuk menghadap telefon
pintar lebih banyak dariapda mereka menghadap keluarga mereka. Lama
kelamaan ,komunikasi antara keluarga dan kawan kita telah mengurang dan

akhirnya mungkin akan berlaku konflik di antara keluarga dan kawan kita.
Perbualan terlampau kurang. Adakah ini sesuatu yang baik untuk masyarakat kita di

masa hadapan?
Tambahan pula, tidak hairanlah kita melihat kanak-kanak sekarang yang
baru bersekolah juga mempunyai telefon bimbit dan tahu menggunakan telefon
pintar. Jadi bagi kanak yang tidak begitu kaya,akan cemburu dengan murid yang
ada telefon bimbit dan akan meminta ibu bapa mereka supaya membeli telefon
bimbit kepada mereka. Jika ibu bapa mereka tidak membeli telefon bimbit
untuk memenuhi keinginan anak mereka, anak mereka akan mencuri daripada
kawan-kawannya. Ini menyebabkan kes jenayah meningkat. Selain itu ,anakanak juga saling bersaing untuk memiliki model telefon yang terkini. Setiap
kali, ibu bapalah yang mengeluarkan duit untuk mencapai keinginan mereka
yang mahukan telefon bimbit. Bagi orang yang berkemampuan sederhana, ini
menjadi suatu bebanan untuk memaksa diri memiliki benda yang tidak mereka
mampu. Yang penting sekali ialah ini memupuk persaingan yang kurang sihat.
Kita patut bersyukur terhadap apa yang kita ada.
Jikalau kita tidak menggunakan telefon bimbit dengan baik, ia akan
dijadikan sebagai alat untuk penyebaran khabar angin. Ini berlaku apabila
khabar angin yang nyata palsu telah disebarkan melalui kiriman sms. Kepada
mereka yang mudah percaya tanpa membuat siasatan dahulu dengan mudah
menyebarkan kepada pihak lain tanpa menyiasat kesahihan khabar tersebut. Ini
sekaligus telah member impak yang buruk kepada pihak pihak tertentu.
Selain itu, penyebaran unsur-unsur lucah seperti gambar dan video amat
mudah dengan adanya telefon bimbit. Kebolehan telefon bimbit untuk
memuatkan turun gambar/video dan juga fungsi Bluetooth telah memudahkan
penyebaran unsur-unsur lucah ini. Ianya telah memberi impak yang tidak baik
kepada para remaja khususnya kerana sikap mereka yang ingin tahu perkara-

perkara yang baru kepada mereka. Ini merupakan salah satu punca akan
kenaikan kadar kes tidak bermoral di sekolah.
Walau bagaimanapun, kebanyakkan di kalangan kita suka menggunakan
telefon pintar. Apakah kesan jika kehendak manusia terhadap telefon bimbit
semakin meningkat? Untuk memenuhi kehendak bagi golongan yang sederhana
atau rendah, didapati di pasaran memang banyak jenis-jenis telefon tiruan yang
hampir serupa dengan telefon pembuat jenama asalnya. Ianya bertujuan untuk
mengaut keuntungan daripada pembeli yang kurang berkemampuan untuk
membeli telefon jenama terkenal. Memang smartphone yang original harga
pasarannya agak tinggi sesuai dengan kecanggihan dan bagi yang mampu tentu
tidak mempunyai masalah untuk memilikinya tetapi bagi yang kurang mampu,
itu saja pilihan yang ada. Kebanyakan telefon tiruan ini datangnya dari negara
China, tetapi sekarang banyak syarikat jenama-jenama terkenal pun telah
membina telefon dan perisiannya di negara China kerana kos buruh dan pasaran
yang tinggi di Asia.
Bagi orang yang tidak mengetahui atau orang yang jenis tak kisah,
golongan ini mudah tertipu dengan tawaran-tawaran dari penjual telefon bimbit
dan smartphone tiruan ini. Harganya yang murah telah menarik minat pembeli
'tak kisah ini. Mereka hanya mahu bergaya. Apa yang mereka tidak tahu ialah
kualitinya yang memang agak teruk dan penggunaannya hanya sementara.
Jaminan memang tidak ada. Ada yang hanya berfungsi 2, 3 bulan saja. Kalau
nasib baik dapatlah sehingga setahun.
Di samping itu, telefon klon juga muncul di pasaran juga. Apa itu telefon
klon? Telefon klon memang agak sukar untuk dibezakan dengan telefon
original. Boleh dikatakan 70-90 peratus hardware/software, bahan, bentuk dan
aplikasinya dari bahan original daripada telefon yang berjenama utama di dunia.
Bagi mereka yang tidak mahir dalam membezakan telefon original dan bukan
original ini, mereka akan tertipu (tipah tertipu). Kadang-kadang ada penjual

yang sengaja mengeksploitasi pembeli yang tidak mahir ini. Pembeli haruslah
berhati-hati. Kalau nak beli yang original, belilah di kedai-kedai yang telah
didaftarkan atau pengedar yang sah oleh syarikat jenama-jenama telefon
tersebut seperti kedai Samsung, Iphone, Nokia dan sebagainya.
Telefon klon ini harganya murah dan boleh dikatakan satu pertiga atau
separuh harga daripada yang original. Fungsi aplikasinya sama dan perbezaan
kelancaran skrin pun tidak begitu ketara dengan telefon yang original. Yang
dapat membezakan telefon tersebut original atau tidak ialah imei dan melihat
dari aplikasi benchmark. Terdapat banyak negara yang membuat telefon klon
ini. Ada dari benua Eropah, Asia Timur, Asia Tenggara, Asia Selatan dan
Amerika Latin. Ada syarikat-syarikat telah mendaftarkan telefon klon ini atas
nama syarikat mereka dan mempunyai simbol atau logo jenama syarikat mereka
tersendiri. Mengenai jaminan pula, ianya antara pembeli dengan pekedai atau
syarikat pembuat tersebut. Telefon jenis ini boleh diberikan kualiti antara 3-4
bintang dari 5 bintang.
Kesimpulannya ,kita mestilah menghargai apa yang kita ada sekarang dan
menggunakan kecanggihan teknologi ini untuk melakukan perkara yang
berfaedah dan bermakna terhadap kehidupan kita.

Rujukan
1. https://www.google.com/search?
q=telefon+bimbit&tbm=isch&tbo=u&source=univ&sa=X&ei=48OOUuq
2.
3.
4.
5.

YHMjyrQfV0oGoBg&ved=0CEkQsAQ&biw=1366&bih=673
http://zaid-hakimi.blogspot.com/
http://ms.wikipedia.org/wiki/Telefon_bimbit
http://www.cnet.com/smartphones/
http://alyadina.blogspot.com/2012/10/kebaikan-dan-keburukan-telefon-

bimbit.html
6. http://www.omghackers.com/2012/08/teknologi-zaman-dulu-dan-zamansekarang.html
7. http://amanz.my/2012/11/evolusi-telefon-mudah-alih/

You might also like