You are on page 1of 11

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF

UNTUK MENINGKATKAN MOTIVASI PELAJAR DALAM


PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
Salha Mohamed Hussain
Kementerian Pendidikan
Singapura
salha_mohamed_hussain@moe.gov.sg
Abstrak
Pembelajaran Kooperatif mempunyai dasar-dasar atau prinsip-prinsip khusus yang dapat
meningkatkan pembelajaran di samping berupaya memupuk nilai-nilai murni seperti hormat,
bertanggungjawab dan kemahiran-kemahiran sosial yang berguna kepada pelajar. Melalui
Pembelajaran Kooperatif, pelajar akan terlibat secara aktif dalam pembelajaran. Penglibatan
sedemikian bermakna pelajar akan mempunyai motivasi tersendiri untuk belajar. Johnson and
Johnson (1989; dipetik daripada Panitz, 1998), menyatakan bahawa faedah utama Pembelajaran
Kooperatif ialah keupayaannya meningkatkan keyakinan diri pelajar dan menimbulkan motivasi
untuk pelajar terlibat secara aktif dalam proses pembelajaran. Maka, satu kajian telah dijalankan
untuk mengetahui keberkesanan kaedah ini dalam membina motivasi dan kesedaran para pelajar
untuk lebih terlibat dengan lebih aktif dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Kajian ini melibatkan
beberapa orang pelajar Menengah 4 Normal Akademik yang kurang menunjukkan minat terhadap
pelajaran secara umum di sebuah sekolah kejiranan di Singapura. Data kualitatif dan kuantitatif telah
didapatkan melalui pengajaran di bilik darjah, borang maklum balas dan wawancara dengan pelajarpelajar tersebut. Secara umum, dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perubahan dalam
sikap dan motivasi para pelajar ini terhadap pembelajaran Bahasa Melayu. Kajian ini juga diharap
dapat meninjau bagaimana kaedah ini berupaya memberikan satu suntikan semangat kepada para
pendidik agar menggunakan Pembelajaran Koperatif bagi menimbulkan keseronokan belajar dan
dalam pada itu membantu menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna dan menarik.
Kata kunci:

Pembelajaran Kooperatif, Motivasi, Gangguan Pembelajaran, Bahasa


Melayu

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------1. Pengenalan
Di dalam bilik darjah, seseorang guru itu tidak akan terlepas daripada menghadapi masalah
gangguan pelajar dalam pembelajaran. Masalah ini boleh dikategorikan sebagai masalah besar yang
memerlukan pelajar itu didisplinkan oleh pihak berkuasa di sekolah, ataupun sekadar masalahmasalah gangguan kecil yang sememangnya mengganggu pembelajaran dan pengajaran di bilik
darjah. Dalam kajian ini, pengkaji menumpukan perhatian kepada masalah-masalah gangguan
pembelajaran di bilik darjah atau off-task behaviours yang perlu ditangani oleh para guru sendiri.
Antara masalah-masalah gangguan pembelajaran yang biasa dilihat ialah lewat ke kelas, berbualbual kosong dengan rakan, tidur, bergerak atau berjalan di dalam kelas tanpa sebab dan membuat
cemuhan dan bersikap kurang sopan ketika guru atau rakan sedang bercakap. Seseorang guru yang
tidak berupaya menangani masalah-masalah ini pastinya akan merasakan satu kegagalan dalam
mengendalikan kelasnya. Gangguan-gangguan ini juga akan menyebabkan pengajaran tergendala
dan banyak masa terbuang kerana guru harus memberhentikan pengajarannya berkali-kali untuk
menegur perbuatan pelajar-pelajar yang melakukan perlakuan-perlakuan tersebut.
Proceeding of the Global Summit on Education, GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6),
4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net

485

Sebenarnya apabila kita kaji semula dan meneliti masalah utama yang menyebabkan perlakuan
sedemikian, kita akan mendapati bahawa pelajar bosan dengan pengajaran guru. Ini terutama sekali
apabila mereka terpaksa melalui pengajaran yang hanya tertumpu kepada guru, yang tidak langsung
melibatkan pelajar-pelajar secara aktif dalam pembelajaran. Apatah lagi jika mata pelajaran yang
dipelajari itu dianggap satu subjek yang tidak penting.
Ada pelbagai cara yang boleh diambil oleh guru untuk menangani masalah gangguan pembelajaran
ini. Antaranya adalah dengan mengambil tindakan disiplin ke atas pelajar tersebut, menegur
perbuatannya sebelum ia menjadi lebih tidak terkawal, atau bercakap dengan pelajar berkenaan
untuk menasihatinya pada akhir pelajaran. Namun, dengan melakukan hal-hal ini tidak bermakna
guru akan berjaya menangani masalah tersebut dalam jangka masa yang panjang. Apa yang penting
adalah untuk guru itu meningkatkan semula semangat pelajar untuk belajar dan terlibat secara aktif
dalam pembelajaran. Amat penting bagi pelajar mempunyai motivasi untuk belajar dan
bertanggungjawab atas apa yang dipelajari.
2. Pembelajaran Kooperatif
Pembelajaran Kooperatif telah terbukti sebagai satu cara pengajaran alternatif yang dapat
melibatkan pelajar secara aktif dalam pembelajaran. Menurut Panitz (1998), Pembelajaran
Kooperatif ialah an instructional strategy that employs a variety of motivational techniques to make
instruction more relevant and students more responsible. Melalui strategi-strategi Pembelajaran
Kooperatif, pelajar-pelajar didapati lebih bermotivasi untuk belajar dan bertanggungjawab atas
pembelajaran mereka sendiri. Ini bertetapan dengan inisiatif Kementerian Pendidikan Singapura
(MOE) yang mahu sekolah-sekolah Kurangkan Mengajar, Lebihkan Belajar. atau TLLM. i
Menurut Encik Tharman Shanmugaratnam, mantan Menteri Pendidikan Singapura, The teacher is
the heart of Teach Less, Learn More (TLLM). TLLM is not a call for teacher to do less. It is a call to
educators to teach better, to engage our students and prepare them for life, rather than to teach for
tests and examinations. This is why TLLM really goes to the core of quality in education. It is about a
richer interaction between teacher and student about touching hearts and engaging minds.
Ini bermakna guru harus bertanggungjawab mengajar dengan cara yang menarik untuk melibatkan
pelajar secara aktif. Guru juga harus berusaha memastikan para pelajar disediakan dengan
kemahiran-kemahiran sosial dan nilai-nilai murni untuk mempersiapkan diri mereka bagi
menghadapi kehidupan masa depan bukan setakat untuk menyediakan mereka untuk peperiksaan
dan ujian semata-mata. Perinteraksian yang lebih mendalam antara guru dan pelajar amat penting
bagi memastikan hubungan yang berpanjangan serta dapat mewujudkan minda yang sentiasa aktif
dalam pencarian ilmu.
Pembelajaran Kooperatif merupakan salah satu pendekatan pengajaran yang berkesan untuk
mewujudkan suasana TLLM kerana ia dapat membantu pelajar belajar secara berdikari, mewujudkan
semangat kekumpulan, menekankan dinamika kumpulan, menggalakkan komunikasi, di samping
mengajar kemahiran sosial. Jacobs, Power dan Loh, (2002) mengemukakan lapan prinsip utama
dalam melaksanakan Pembelajaran Kooperatif, iaitu:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.

Bekerjasama sebagai satu Nilai (Cooperation as a Value)


Kumpulan Pelbagai Jenis (Heterogeneous Grouping)
Kebergantungan Positif (Positive Interdependence)
Akauntabiliti Individu (Individual Accountability)
Perinteraksian Serentak (Simultaneous Interaction)
Peluang Saksama untuk Penyertaan (Equal Opportunity to Participate)
Pengajaran Kemahiran Kolaboratif (Teaching Collaborative Skills)
Autonomi Berkumpulan (Group Autonomy)

Proceeding of the Global Summit on Education, GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6),


4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net

486

3. Latar Belakang Permasalahan


Pelajar-pelajar yang mengganggu pembelajaran di dalam bilik darjah sering kali dianggap sebagai
pelajar-pelajar yang mempunyai masalah disiplin. Memang terdapat pelbagai sebab perlakuan
mereka itu sebegitu. Kurangnya kesedaran tentang nilai-nilai murni seperti hormat dan
bertanggungjawab adalah antara faktor yang menyebabkan para pelajar ini bersikap sedemikian.
Selain itu, kurangnya motivasi dalam apa yang diajarkan oleh guru juga menjadi penyebab utama
masalah di dalam bilik darjah. Sikap seperti ini amat biasa dalam kalangan para pelajar Normal
Akademik di Singapura. Pelajar-pelajar ini rata-rata lemah sedikit berbanding dengan pelajar-pelajar
aliran Ekspress dan banyak kesabaran diperlukan untuk mendidik mereka.
Pembelajaran Kooperatif pula mempunyai dasar-dasar atau prinsip-prinsip khusus yang dapat
meningkatkan pembelajaran. Di samping itu, Pembelajaran Kooperatif berupaya mengajarkan nilainilai murni seperti hormat, bertanggungjawab dan kemahiran-kemahiran sosial yang berguna
kepada pelajar. Dalam hal ini, guru dapat juga memperkukuh kesedaran tentang nilai hormat dan
bertanggungjawab dalam diri pelajar melalui Pembelajaran Kooperatif. Ini dilakukan dengan
'mengajarkan' nilai-nilai ini ketika para pelajar bekerja dalam kumpulan masing-masing.
Misalnya, nilai hormat - dapat dipraktikkan apabila setiap anggota kumpulan berdiam dan
mendengarkan pendapat atau input rakan mereka tanpa membuat sebarang 'judgement' atau
pengadilan. Nilai hormat juga dapat disemai melalui perbuatan menunggu giliran masing-masing
untuk mengemukakan pandangan, tanpa membuat celahan. Nilai hormat juga dapat dilihat apabila
para pelajar dididik agar menunjukkan reaksi melalui raut wajah atau gerak-geri yang positif ketika
mendengar pendapat rakan.
Nilai bertanggungjawab - dalam Pembelajaran Kooperatif, pelajar akan belajar bahawa 'we sink or
swim together'. Maknanya, pelajar-pelajar dalam kumpulan harus bekerjasama dan
bertanggungjawab untuk membantu setiap ahli memahami konsep yang dipelajari, dan saling
membantu
rakan
yang
dipilih
untuk
mewakili
kumpulan dalam
memberikan
jawapan/pembentangan. Nilai bertanggungjawab juga terserlah melalui aktiviti-aktiviti yang
menginginkan setiap ahli kumpulan memegang peranan khusus demi memastikan tugasan yang
diberikan kepada kumpulan itu terlaksana dengan sebaik mungkin secara bekerjasama.
Selain itu, melalui Pembelajaran Kooperatif, pelajar akan terlibat secara aktif dalam pembelajaran.
Penglibatan sedemikian bermakna pelajar akan mempunyai motivasi tersendiri untuk belajar.
Strategi-strategi Pembelajaran Kooperatif juga membantu pelajar bertanggungjawab ke atas
pembelajaran mereka sendiri dan guru bertindak selaku fasilitator. Aktiviti-aktiviti yang menarik
dalam strategi Pembelajaran Kooperatif membantu pelajar lebih fokus terhadap apa yang dipelajari,
justeru mengelakkan mereka daripada melakukan gangguan-gangguan di bilik darjah. Johnson and
Johnson (1989; dipetik daripada Panitz, 1998), menyatakan bahawa faedah utama Pembelajaran
Kooperatif ialah keupayaannya meningkatkan keyakinan diri pelajar dan menimbulkan motivasi
untuk terlibat secara aktif dalam proses pembelajaran. Dengan adanya motivasi sedemikian, sama
ada motivasi intrinsik mahupun ekstrinsik, pelajar akan lebih fokus dalam pembelajaran, dan ini
dapat membantu mengurangkan masalah gangguan atau off-task behaviours yang dinyatakan tadi.
Bersandarkan teori behaviouris Skinner, kajian menunjukkan bahawa motivasi seseorang itu
meningkat apabila diberikan ganjaran yang setimpal. Para behaviouris percaya bahawa untuk
melazimkan dan mendorong pelajar agar bekerjasama dengan kumpulannya, sokongan positif atau
positive reinforcement perlu dilakukan, terutama dalam bentuk ganjaran atau hadiah. Dalam
Pembelajaran Kooperatif, guru digalakkan memberikan ganjaran ekstrinsik sama ada melalui pujian
atau hadiah. Selain itu, melalui Pembelajaran Kooperatif, ganjaran intrinsik dapat diraih melalui
kepuasan yang didapati apabila kumpulan dapat bekerjasama menghasilkan satu tugasan yang
Proceeding of the Global Summit on Education, GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6),
4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net

487

dibanggakan dan berfaedah bagi semua. Ini tentunya akan semakin mendorong pelajar untuk
mencapai hasil yang terbaik dalam apa sahaja yang dilakukan.
Maka, melalui kajian ini, diharapkan dapat memberi kesedaran tentang potensi Pembelajaran
Kooperatif sebagai kaedah yang berkesan. Kajian ini juga diharap dapat memberikan satu suntikan
semangat kepada para pendidik agar menggunakan Pembelajaran Kooperatif untuk menimbulkan
keseronokan belajar dan dalam pada itu membantu menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih
bermakna dan menarik.
4. Fokus Kajian
Berdasarkan latar belakang permasalahan yang telah dinyatakan di atas, pengkaji ingin menyelidik
keberkesanan Pembelajaran Kooperatif dalam menangani masalah gangguan pembelajaran di kelas
Bahasa Melayu dalam kalangan para pelajar Menengah 4 Normal Akademik di sebuah sekolah
menengah di sini. Sekaligus, kajian ini juga diharapkan dapat membuktikan bahawa Pengajaran
Kooperatif dapat menimbulkan minat dan motivasi pelajar-pelajar ini terhadap pembelajaran Bahasa
Melayu.
Oleh itu, beberapa persoalan kajian akan dikemukakan:

Adakah Pembelajaran Kooperatif dapat menambahkan minat dan motivasi pelajar terhadap
pembelajaran?

Adakah masalah gangguan pembelajaran di bilik darjah dapat ditangani melalui Pembelajaran
Kooperatif?

5. Tujuan Kajian
Kajian ini bertujuan untuk:

melihat keberkasanan Pembelajaran Kooperatif dalam meningkatkan motivasi pelajar untuk


mempelajari Bahasa Melayu;

meninjau keberkesanan Pembelajaran Kooperatif sebagai pendekatan untuk menangani


masalah gangguan pembelajaran dalam kalangan pelajar-pelajar Bahasa Melayu di bilik darjah.

6. Kajian Lalu
Pelbagai kajian telah dijalankan oleh beberapa orang pengkaji mengenai Pembelajaran Kooperatif
dan kesannya terhadap pembelajaran.
Dalam kajian mereka, Nor Azizah Salleh, Siti Rahayah Ariffin dan Musa Daia (2001) mendapati
bahawa Pembelajaran Kooperatif adalah kaedah yang menarik dan dapat menerapkan nilai-nilai
murni. Selain itu, kajian mereka membuktikan Pembelajaran Kooperatif dapat menambahkan minat
dan motivasi pelajar-pelajar terhadap pelajaran Sains.
Abdul Halim Mohd Noh (2000), dalam kajian kesnya terhadap Pembelajaran Kooperatif dalam Mata
Pelajaran Sains di Selangor, mendapati terdapat persepsi yang baik terhadap penerapan nilai-nilai
murni kemahiran belajar dan pencapaian serta sikap yang baik lagi positif terhadap subjek Sains
dalam kalangan pelajar tingkatan satu. Kajian Abdul Halim ini disokong oleh Effendi Zakaria dan
Zanaton Iksan (2007) dalam artikel yang menekankan bahawa Pembelajaran Kooperatif harus
digunakan sebagai menggantikan kaedah mengajar Matematiks dan Sains yang tradisional di
Malaysia. Ini dapat membantu mempertingkatkan pembelajaran di negara itu.

Proceeding of the Global Summit on Education, GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6),


4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net

488

Pate-Clevenger, R., Dusing, J., Houck, P., & Zuber, J. (2008) telah membuat kajian yang meninjau
keberkesanan Pembelajaran Kooperatif dalam menangani masalah gangguan pembelajaran dalam
kalangan para pelajar sekolah rendah dan menengah di Chicago, Illinois pada tahun 2008. Dapatan
kajian menunjukkan Pembelajaran Kooperatif merupakan strategi yang berkesan untuk
mengurangkan masalah gangguan di bilik darjah serta berupaya meningkatkan kemahiran sosial
yang positif.
Ini disokong oleh Johnson, D. W., & Johnson, R. T. (1999) yang mendapati Pembelajaran Kooperatif
bukan sahaja membantu meningkatkan pencapaian akademik tetapi juga berkesan untuk memupuk
kerjasama, minat pada sekolah, kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi.
Walaupun dapat dilihat kesan Pembelajaran Kooperatif dalam pengajaran dan pembelajaran, kajian
yang dijalankan terhadap para pelajar dan pengajaran Bahasa Melayu seperti ketandusan. Oleh itu,
pengkaji ingin mengkaji keberkesanannya dari perspektif yang berbeza sebagai seorang guru Bahasa
Melayu.
7. Metodologi Kajian
Kajian eksperimental ini menggunakan tiga jenis instrumen yang terdiri daripada:
Borang Catatan Perlakuan (Tally Sheet)
Instrumen ini digunakan oleh pengkaji untuk merekod kekerapan perlakuan para pelajar yang
didapati menyebabkan gangguan pembelajaran di bilik darjah. Pengkaji membuat catatan pada dua
pengajaran yang tidak menggunakan Pembelajaran Kooperatif dan dua lagi pengajaran yang
menggunakan strategi-strategi Pembelajaran Kooperatif. Pengkaji juga telah mengenal pasti
beberapa jenis gangguan yang kerap berlaku dalam kalangan para pelajar yang dikaji, iaitu:i.
ii.
iii.
iv.

lewat ke kelas
berbual-bual dengan rakan (tidak berkaitan dengan pelajaran)
berjalan di dalam kelas (tanpa kebenaran)
mencelah dengan kurang sopan

Borang Soal Selidik


Borang ini merupakan borang berskala Likert 1 4 yang meminta pelajar memberikan respons sama
ada Sangat Setuju, Setuju, Tidak Setuju dan Sangat Tidak Setuju bagi item-item yang disenaraikan.
Borang soal selidik ini ingin mengukur sikap pelajar terhadap pengajaran Pembelajaran Kooperatif
dan kesannya terhadap pembelajaran serta sejauh mana ia dapat mengurangkan gangguan di bilik
darjah dan meningkatkan semangat pelaajr dalam pembelajaran.. Pengkaji meminta pelajar
mengisikan borang ini selepas Pembelajaran Kooperatif telah dijalankan di akhir kajian. Pengkaji
menerangkan maksud setiap item kepada pelajar sebelum mereka mengisinya.
Temu Bual Berstruktur
Pengkaji menjalankan temu bual yang mempunyai beberapa soalan berstruktur dengan beberapa
orang pelajar. Soalan-soalan yang diberi merupakan soalan-soalan terbuka yang bertujuan untuk
mendapatkan pandangan pelajar secara bersemuka tentang kesan Pembelajaran Kooperatif yang
mereka lalui di dalam kelas Bahasa Melayu. Temu bual ini membantu pengkaji mendapatkan
penjelasan bagi soalan-soalan yang dikemukakan. Sebelum sesi temu bual dimulakan, pengkaji
menerangkan kepada pelajar bahawa mereka harus berterus-terang dengan respons yang diberikan.
Mereka juga diyakinkan bahawa nama mereka tidak akan disebut dalam kajian yang dilakukan agar
mereka dapat memberi respons secara terbuka.
Proceeding of the Global Summit on Education, GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6),
4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net

489

8. Sampel Kajian
Memandangkan kajian ini berbentuk kajian eksperimental, maka sampling kajian ini merupakan
single-subject research atau single-group research. Sampling yang disengajakan atau purposive
sampling ini merupakan 14 orang para pelajar Menengah 4 Normal Akademik di sebuah sekolah
menengah. Kebanyakan pelajar Bahasa Melayu di kelas ini mempunyai masalah disiplin di bilik
darjah, yakni masalah gangguan dalam pembelajaran atau off-task behaviours. Sejak tahun lalu,
pengkaji mendapati para pelajar ini memberikan pelbagai masalah kepada guru-guru yang mengajar
mereka. Ini ditambah pula dengan sikap mereka yang agak negatif terhadap pembelajaran dalam
setiap subjek yang diajarkan di sekolah. Oleh itu, pengkaji bertekad untuk mencari dan menyelidik
punca masalah bagi menangani masalah tersebut.
9. Prosedur Kajian
Pada awalnya, pengkaji cuba menjalankan pengajaran Bahasa Melayu yang menggunakan pedagogi
teacher-centred, iaitu kaedah yang berpusat kepada guru. Pengkaji menjalankan dua pengajaran
bahasa dan karangan di mana pelajar hanya terpaksa duduk diam di tempat masing-masing tanpa
aktiviti berkumpulan yang berinteraktif. Pengkaji menyediakan bahan seperti slaid-slaid Powerpoint
untuk menerangkan konsep tatabahasa dan format penulisan karangan surat kiriman rasmi kepada
pelajar. Dalam pengajaran kedua-dua pelajaran tersebut, pengkaji mencatatkan perlakuan off-task
behaviour pelajar seperti yang dinyatakan di atas. Pengkaji membuat catatan sambil mengajar
menggunakan borang catatan perlakuan atau Tally Sheet.
Selepas itu, pengkaji mendedahkan pelajar-pelajar tersebut kepada Pembelajaran Kooperatif.
Sebanyak lapan pengajaran Pembelajaran Kooperatif dijalankan bagi komponen-komponen bahasa
seperti lisan, tatabahasa, kefahaman dan karangan. Dalam dua pengajaran yang menggunakan
strategi Pembelajaran Kooperatif, pengkaji membuat catatan pada borang catatan perlakuan atau
Tally Sheet yang digunakan awalnya.
Pengkaji kemudian mengadakan sesi temu bual dengan beberapa orang pelajar - 3 orang lelaki dan
3 orang perempuan. Setelah diterangkan tentang tujuan temu bual itu dan kerahsiaan identiti
mereka, para pelajar diajukan beberapa soalan untuk membantu mereka memberikan respons yang
sewajarnya. Ini semua dilakukan dalam masa tiga hingga empat minggu.
10. Dapatan Kajian
Hasil kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhannya, para pelajar menerima baik strategi
Pembelajaran Kooperatif dalam pengajaran Bahasa Melayu. Melalui Borang Soal Selidik, bagi Item 1:
Saya mendapati Pengajaran Kooperatif menarik., pelajar didapati memberi respons positif seperti
yang berikut:
Item 1 :

Sangat Setuju - 57.1%


Setuju
- 42.9%

Para pelajar juga menyatakan bahawa mereka gemar belajar secara berkumpulan (Item 2), dan lebih
terlibat secara aktif dalam pembelajaran (Item 5), seperti yang dilihat melalui respons-respons yang
berikut:
Item 2 :

Saya gemar belajar secara berkumpulan.


Sangat Setuju - 57.1%
Setuju
- 42.9%

Proceeding of the Global Summit on Education, GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6),


4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net

490

Item 5 :

Pembelajaran Kooperatif membantu saya melibatkan diri secara


aktif dalam pembelajaran.
Sangat Setuju - 57.1%
Setuju
- 42.9%

Pembelajaran Kooperatif juga menjadikan pembelajaran lebih berfokus dan ini membuat pelajar
lebih memahami pelajaran yang diajarkan. Malah, mereka lebih faham sekiranya konsep itu
dterangkan oleh rakan sendiri. Ini terbukti melalui dapatan berikut:
Item 3 :

Saya lebih fokus terhadap apa yang guru ajarkan melalui


aktiviti Pembelajaran Kooperatif.
Sangat Setuju - 35.7%
Setuju
- 64.3%

Item 6 :

Saya lebih memahami apabila rakan saya memberi


penerangan dalam kumpulan.
Sangat Setuju - 42.9%
Setuju
- 57.1%

Dapatan ini juga dikukuhkan lagi melalui analisis borang temu bual pelajar yang menunjukkan
bahawa kesemua responden bersetuju bahawa pengajaran Pembelajaran Kooperatif membantu
mereka lebih fokus dalam pelajaran. Tiga daripada mereka yang ditemu bual berpendapat bahawa
Pembelajaran Kooperatif menarik dan berkesan untuk membuat mereka lebih faham akan apa yang
dipelajari. Dua orang pelajar menyatakan mereka terdorong untuk lebih fokus disebabkan ganjaran
yang diterima daripada guru dan rakan-rakan mereka. Oleh itu, Pembelajaran Kooperatif berupaya
menambahkan minat dan motivasi pelajar terhadap pembelajaran.
Adakah masalah gangguan di bilik darjah dapat ditangani melalui Pembelajaran Kooperatif? Melalui
temu bual, kesemua pelajar menyatakan mereka tidak melihat masalah disiplin di kelas pengkaji,
seperti yang berlaku di kelas guru-guru lain. Sebabnya ialah kerana mereka dapati Pembelajaran
Kooperatif yang dijalankan oleh guru secara berkumpulan membuat mereka lebih fokus terhadap
apa yang diajarkan. Pelajar lebih mudah merujuk kepada rakan-rakan sekumpulan untuk masalah
yang dihadapi sebelum merujuk guru. Empat orang pelajar menyatakan aktiviti-aktiviti dalam
Pembelajaran Kooperatif tidak memberikan mereka peluang untuk memberikan masalah disiplin di
kelas pengkaji. Ini disebabkan mereka aktif melakukan aktiviti pembelajaran di kelas. Keenam-enam
responden juga bersetuju bahawa gangguan pembelajaran (off-task behaviours) dapat dikurangkan
sekiranya guru menggunakan cara pengajaran yang lebih menarik seperti Pembelajaran Kooperatif.
Dalam soal selidik pula, pelajar menyatakan Pembelajaran Kooperatif mengurangkan masalah
gangguan pembelajaran di bilik darjah. Ini terbukti melalui dapatan berikut apabila 100% pelajar
memberikan respons yang positif.
Item 7 :

Melalui aktiviti Pembelajaran Kooperatif, saya kurang memberi


gangguan dalam bilik darjah.
Sangat Setuju - 28.6%
Setuju
- 71.4%

Proceeding of the Global Summit on Education, GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6),


4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net

491

Item 8 :

Saya mendapati rakan saya kurang memberi gangguan di dalam bilik


darjah apabila Pembelajaran Kooperatif dijalankan.
Sangat Setuju - 35.7%
Setuju
- 64.3%

Apabila pengkaji merujuk kepada Borang Catatan Perlakuan yang digunakan, data seperti Jadual 1
didapati:
Jadual 1 : Data Daripada Borang Catatan Perlakuan
Masalah gangguan

Pra 1

Pra 2

Pasca - 1

Pasca - 2

i.

lewat ke kelas

5 kali

7 kali

3 kali

1 kali

ii.

berbual-bual dengan rakan (tidak


berkaitan dengan pelajaran)

7 kali

5 kali

2 kali

3 kali

iii.

berjalan di dalam kelas (tanpa


kebenaran)

2 kali

2 kali

1 kali

iv.

mencelah dengan kurang sopan

4 kali

3 kali

1 kali

1 kali

Nota:
Pra 1 - Pelajaran 1 tanpa strategi Pembelajaran Kooperatif
Pra 2 - Pelajaran 2 tanpa strategi Pembelajaran Kooperatif
Pasca-1 - Pelajaran 1 sewaktu Pembelajaran Kooperatif dijalankan
Pasca-2 - Pelajaran 2 sewaktu Pembelajaran Kooperatif dijalankan
Sebelum menjalankan Pembelajaran Kooperatif, para pelajar ini agak bosan diajar dengan cara
pengajaran yang bersifat teacher-centred atau berpusat kepada guru. Menurut empat orang
pelajar yang ditemu bual, tiga daripada enam orang guru yang mengajar mereka pada tahun ini lebih
gemar menjalankan pengajaran didaktik yang seperti syarahan. Kebosanan itu yang menyebabkan
mereka melakukan gangguan-gangguan pembelajaran seperti yang tersenarai di atas, sehingga
menjadi kebiasaan. Ternyata, apabila pengkaji menjalankan pengajaran yang sama yang tidak
berpusat kepada pelajar, masalah-masalah gangguan itu didapati lebih ketara.
Melalui strategi Pembelajaran Kooperatif, dapatan menunjukkan kurangnya perlakuan gangguan
tersebut. Misalnya, masalah pelajar yang lewat ke kelas Bahasa Melayu turun daripada 12 kali
kepada 4 kali apabila Pembelajaran Kooperatif dijalankan. Masalah pelajar yang berbual-bual tanpa
kaitan dengan pelajaran juga merosot daripada 12 kali kepada 5 kali. Yang lebih penting lagi, pelajar
didapati semakin kurang membuat celahan secara kurang sopan, iaitu kekerapnnya turun daripada 7
kali kepada hanya 2 kali. Begitu juga dengan masalah gangguan yang lain, kesemuanya merosot
bilangannya, seperti yang tertera dalam rajah di atas
Dapatan ini dikuatkan lagi dengan dapatan temu bual di mana bagi soalan 2, keenam-enam
responden menyatakan mereka dapat melihat gangguan-gangguan pembelajaran di kelas Bahasa
Melayu semakin berkurangan. Kesemua mereka menambah bahawa salah satu sebab utamanya
ialah cara pengajaran Pembelajaran Kooperatif yang dijalankan oleh guru yang dirasakan menarik.
Ini lantas membuktikan bahawa Pembelajaran Kooperatif berkesan untuk membantu guru
mengawal disiplin dan masalah gangguan pembelajaran di bilik darjah.

Proceeding of the Global Summit on Education, GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6),


4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net

492

Pembelajaran Kooperatif juga berupaya menerapkan sebahagian daripada nilai murni seperti
bekerjasama, bertanggungjawab dan hormat. Respons para pelajar menunjukkan bahawa
Pembelajaran Kooperatif dapat menerapkan nilai-nilai seperti bekerjasama, bertanggungjawab dan
hormat melalui:
Item 4 :

Pembelajaran Kooperatif menggalakkan saya bekerjasama dengan


rakan-rakan sekumpulan.
Sangat Setuju - 64.3%
Setuju
- 35.7%

Melalui temu bual pengkaji dengan pelajar pula, kesemua enam responden menyatakan bahawa
mereka dapat melihat sikap-sikap dan nilai-nilai positif dalam diri mereka sendiri serta rakan-rakan
mereka, seperti bekerjasama, membina keyakinan diri, menghormati pandangan orang lain,
berkongsi pendapat dan idea, dan bertanggungjawab terhadap tugas yang dipikul dalam kumpulan
masing-masing untuk menjayakan sesuatu tugasan yang diberi. Kesemua pelajar yang ditemu bual
itu juga menyatakan dalam aktiviti kumpulan, mereka belajar untuk menunjukkan sikap hormat
ketika rakan lain sedang berbual atau memberikan pandangan atau input. Keenam-enam pelajar
mengakui bahawa mereka dapat bekerjasama dengan lebih baik dan saling membantu. Mereka
menambah bahawa mereka lebih gembira kerana berpeluang memberikan pendapat tanpa
diperkecilkan, justeru membantu membina keyakinan diri mereka.
11. Rumusan Dapatan Kajian
Melalui dapatan kajian ini, pengkaji telah membuktikan bahawa Pembelajaran Kooperatif ialah satu
pendekatan pedagogi yang dapat membantu guru mengurangkan masalah disiplin yang mengganggu
pembelajaran di bilik darjah. Strategi-strategi Pembelajaran Kooperatif bukan sahaja menarik, tetapi
melibatkan para pelajar secara aktif dalam pembelajaran. Pelajar akan mempunyai motivasi untuk
belajar dan ini secara sendirinya akan mendorongnya agar lebih fokus terhadap apa yang diajarkan
oleh guru. Masalah gangguan pembelajaran akan dapat dikurangkan, jika tidak dihapuskan sama
sekali.
Melalui kaedah berkumpulan dalam Pembelajaran Kooperatif, ini didapati memberi kesan kepada
pembinaan sahsiah pelajar melalui pengajaran kemahiran sosial dan kemahiran kolaboratif.
Pembelajaran Kooperatif dilihat sebagai satu jambatan dalam aspek pengkaedahan yang dapat
menerapkan nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, hormat dan bekerjasama dalam kalangan
pelajar. Melalui kaedah ini, guru berupaya mengajarkan kepada para pelajar akan nilai-nilai murni
yang ingin ditekankan melalui aktiviti-aktiviti dalam Pembelajaran Kooperatif.
Yang penting sekali, kajian ini membuktikan bahawa Pembelajaran Kooperatif dapat meningkatkan
minat dan motivasi pelajar-pelajar dalam pembelajaran, khususnya dalam pembelajaran Bahasa
Melayu. Melalui strategi-strategi Pembelajaran Kooperatif, pelajar-pelajar yang dahulunya tidak
menunjukkan minat dalam pembelajaran, menjadi lebih bersemangat dalm melibatkan diri secara
aktif dalam pembelajaran, sehingga motivasi mereka terhadap pembelajaran Bahasa Melayu terus
meningkat.
12. Saranan-Saranan
Pengkaji ingin mengemukakan beberapa saranan mengenai kajian ini.
1.

Sebaik mungkin, dengan masa yang lebih panjang, pengkaji boleh menjalankan desain kajian
yang lebih kukuh lagi, iaitu The Randomised Posttest-Only Control Group Design. Melalui
cara kajian sebegini, pengkaji dapat mengeksperimen kesan Pembelajaran Kooperatif dalam
meningkatkan motivasi pelajar dengan menggunakan dua kumpulan berbeza. Satu

Proceeding of the Global Summit on Education, GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6),


4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net

493

kumpulan boleh diberikan rawatan atau treatment berupa pengajaran secara Pembelajaran
Kooperatif, manakala yang satu lagi tidak diberikan rawatan sedemikian. Kemudian, keduadua kumpulan diberikan posttest untuk melihat perubahan yang berlaku ke atas sikap
pelajar-pelajar berkenaan. Lebih baik lagi sekiranya subjek yang dieksperimen itu melebihi
40 orang supaya lebih kukuh lagi dapatannya.
2. Guru-guru, khususnya para guru Bahasa Melayu haruslah berusaha menjadikan
pembelajaran Bahasa Melayu lebih menarik lagi. Kajian-kajian yang dijalankan di peringkat
rantau dan global menunjukkan pemenerimaan yang positif terhadap Pembelajaran
Kooperatif dan kesannya untuk mewujudkan pembelajaran yang berpusat kepada pelajar
serta melibatkan mereka secara aktif. Namun, masih ada dalam kalangan guru yang masih
selesa berada di takuk lama dan menjalankan pengajaran Bahasa Melayu yang hanya
memberi perhatian kepada persiapan bagi pelajar menduduki peperiksaan. Pembelajaran
Kooperatif harus diteroka sebagai satu pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu yang harus difahami pada tahap prinsipnya dan bukan sekadar strategistrateginya sahaja.
3. Pengajaran yang menarik dan berpusat kepada pelajar akan mendatangkan banyak manfaat
kepada kedua-dua guru dan pelajar. Dalam Pembelajaran Kooperatif, guru hanya perlu
bertindak sebagai fasilitator yang memandu pelajar agar lebih bersikap mandiri dalam
penimbaan ilmu. Inilah yang sepatutnya dibentuk oleh setiap guru pelajar yang
bertanggungjawab ke atas pembelajarannya sendiri dan pelajar yang berpegang pada nilainilai murni yang membentuk sahsiahnya sebagai insan yang mulia. Dengan kesedaran
sedemikian, keadaan di dalam bilik darjah menjadi satu situasi win-win di mana kedua-dua
guru dan pelajar merasakan keseronokan dalam menyampaikan dan menerima ilmu.
13. Penutup
Sebagai kesimpulannya, Pembelajaran Kooperatif merupakan satu kaedah pengajaran yang bukan
sahaja menarik dan dapat menimbulkan keseronokan dan minat, malah ia dapat membantu guru
menangani masalah di bilik darjah. Nilai-nilai murni juga dapat diterapkan melaluinya untuk
mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih positif dan tidak tertekan akibat gangguan-gangguan
di dalam bilik darjah. Guru-guru Bahasa Melayu harus lebih kerap dan mahir menggunakan
pendekatan ini dalam pengajaran Bahasa Melayu agar para pelajar kita lebih berminat untuk
mempelajari bahasa tersebut dan meningkatkan motivasi mereka untuk mendalaminya.

Bibliografi
Abdul Halim Mohd Noh. (2000). Satu Kajian Kes Terhadap Pembelajaran Kooperatif Dalam Mata
Pelajaran Sains KBSM Sekolah Bestari Di Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Datok, Selangor:
Kaedah Kumpulan Perbincangan. Abstrak didapati daripada Malaysian Thesis Online Projek Sarjana
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Dishon, D., & OLeary, W. (1984). A guidebook for cooperative learning: A technique for creating
more effective schools. Holmes Beach, FL: Learning Publications.
Effendi Zakaria and Zanaton Iksan (2007). Promoting Cooperative Learning in Science and
Mathematics Education: A Malaysian Perspective. Eurasia Journal of
Mathematics, Science and
Technology Education, 3(1), Diambil pada Februari 2009, daripada http://www.ejmste.com

Proceeding of the Global Summit on Education, GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6),


4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net

494

Jacobs, G. M., Power, M. A., & Loh, W. I. (2002). The teachers sourcebook for cooperative learning:
Practical techniques, basic principles, and frequently asked questions. Thousand Oaks, CA: Corwin
Press.
Johnson, D. W., & Johnson, R. T. (1999). Learning together. In Sharan, S. (Ed.), Handbook of
cooperative learning methods (p. 115-133). Westport, CT: Praeger.
Joliffe, W. (2007). Cooperative learning in the classroom: Putting it into practice. London: Paul
Chapman Publishing.
Nor Azizah Salleh, Siti Rahayah Ariffin dan Musa Daia (2001). Penerapan Nilai Murni Melalui
Pembelajaran-Kooperatif dalam Sains. Jurnal Pendidikan, 27, Diambil pada Februari 2009, daripada
http://www.pkukmweb.ukm.my
Panitz. T. (1999). How cl motivates students and teachers: Benefits of cooperativelearning in relation
to student motivation.
Diambil pada Disember 30, 2008, daripada http://
home.capecod.net/~tpanitz/tedsarticles/motivation.htm
Pate-Clevenger, R., Dusing, J., Houck, P., & Zuber, J. (2008). Improvement of Off-Task Behavior of
Elementary and High School Students through the Use of Cooperative Learning Strategies. Diambil
Disember 1, 2008, daripada ERIC database.

TLLM merupakan satu inisiatif pihak Kementerian Pendidikan, Singapura, yang diperkenalkan pada September
2005. Dalam ucapannya pada Rapat Hari Kebangsaan tahun 2005, Perdana Menteri Singapura, Encik Lee
Hsien Loong, telah menyeru agar para guru mengajar dengan lebih baik dan menarik lagi, demi
mempersiapkan para pelajar kita menjadi lebih bersedia menghadapi cabaran masa hadapan apabila dewasa
kelak. Para pelajar harus menjangkau pencapaian akademik, dan bersiap-siaga melalui pembinaan sahsiah
yang kukuh serta berpandukan nilai-nilai murni.

Proceeding of the Global Summit on Education, GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6),


4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net

495

You might also like