You are on page 1of 88

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

TAJUK 1

PENGENALAN TEORI DAN PENDEKATAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Pengenalan:
Tajuk ini merangkumi teori pembelajaran, pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual berdasarkan kurikulum PSV KBSR.

Hasil Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran ini, anda akan dapat:
1. Membandingbeza pelbagai pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran PSV.
2. Menyediakan rancangan tahunan, semester dan harian pengajaran dan pembelajaran
PSV mengikut format ditetapkan.
3. Mengaplikasi pelbagai pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan
pembelajaran PSV
4. Mengaplikasikan teori pengajaran dan pembelajaran PSV melalui pengajaran mikro dan
makro
1.1

Teori Pengajaran dan Pembelajaran


Teori ialah prinsip kasar yang menjadi dasar pembentukan sesuatu ilmu pengetahuan . Ia
juga merupakan satu rumusan daripada pengetahuan sedia ada yang memberi panduan
untuk menjalankan penyelidikan bagi mendapatkan maklumat baru. Pada asasnya, teoriteori pembelajaran masa kini boleh diklasifikasikan kepada behavioris, kognitif, humanis,
psiko-analitik dan kontrukstivisme.

1.1.1 Teori Behaviourisme

Behaviouris yang diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan dikembangkan oleh Thorndike dan
Skinner. Teori ini berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan
tingkah laku. Kajian mereka kebanyakannya dihasilkan melalui ujian dan juga pemerhatian
yang dilakukan ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung di dalam makmal.
Mereka menumpukan ujian kepada perhubungan antara rangsangan dan gerakbalas
yang menghasilkan perubahan tingkahlaku. Secara umumnya teori behavioris menyatakan

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

bahawa pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah
laku pelajar sama ada baik atau sebaliknya. Teori pembelajaran ini juga menjelaskan
bahawa tingkah laku murid boleh diperhatikan, dikawal dan diramal.

1.1.2 Teori Kognitif

Teori Kognitif

berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang

berlaku dalam akal fikiran, dan tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah
laku. Ahli-ahli psikologi kognitif seperti Bruner dan Piaget menumpukan kajian kepada
pelbagai jenis pembelajaran dalam proses penyelesaian masalah dan celik akal mengikut
pelbagai peringkat umur dan kebolehan murid. Teori-teori pembelajaran mereka adalah
bertumpu kepada cara pembelajaran seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian
masalah, penemuan dan pengkategorian. Menurut teori ini, manusia memiliki struktur
kognitif, di mana semasa proses pembelajaran, otak akan menyusun segala maklumat di
dalam ingatan.

1.1.3 Teori Humanis

Teori Humanis berpendapat bahawa pembelajaran manusia bergantung kepada emosi


dan perasaannya. Carl Rogers menyatakan bahawa setiap individu itu mempunyai cara
belajar yang berbeza. Oleh itu, strategi dan pendekatan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran hendaklah dirancang dan disusun mengikut kehendak dan perkembangan
emosi murid itu. Beliau juga menjelaskan bahawa setiap individu mempunyai potensi dan
keinginan untuk mencapai kecemerlangan kendiri. Maka, guru hendaklah mengambil kira
kendiri murid dan memberi bimbingan supaya potensi mereka dapat diperkembangkan ke
tahap optimum.

1.1.4 Teori Psiko-Analitik

Teori Psiko-Analitik diperkenalkan oleh Sigmund Freud. Pendekatan teori ini berdasarkan
kepercayaan bahawa tingkah laku manusia dipengaruhi oleh proses psikologi yang tidak
sedar (kita sendiri tidak sedar). Ia berkaitan dengan penggunaan bahasa untuk
menganalisa atau membincangkan seni visual.

Terapi psiko-analitik merangkumi teori

perkembangan personaliti, falsafah sifat manusia(nature) dan kaedah psikoterapi yang

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

memfokus kepada faktor-faktor di luar kesedaran (unconscious) yang mempengaruhi


tingkah laku. Dalam konteks kemahiran seni kanak-kanak, Freud mempercayai bahawa
interpretasi mereka terhadap seni visual dan hasil karya mereka boleh mewujudkan
perasaan dan emosi. Sehubungan dengan itu penggunaan seni visual dalam rawatan
mental dan emosi adalah sangat penting bagi kanak-kanak. Ia dikenali sebagai kaedah
psikoterapi.

Menurut Freud, seni mampu meluahkan emosi seseorang. Beliau percaya bahawa seni
visual adalah bahan perantara paling penting dan utama dalam mengenal pasti pemikiran
bawah sedar manusia . Tahap ini boleh dicapai dengan menganalisis proses-proses kreatif
yang terlibat dalam penghasilan seni visual

1.1.5 Teori Konstruktivisme

Teori Konstruktivisime sebagai satu proses pembelajaran

menerangkan bagaimana

pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama


dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, IPG dan
universiti.

Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan di sekolah tidak boleh


dipindahkan daripada guru kepada murid dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu
bina sesuatu pengetahuan itu mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran
adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar bagi pihak
murid. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan di sekolah ialah satu skema aktiviti mental
yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan
pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing
dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang dia bina sendiri. Murid
sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur
kognitif terhadap persekitaran mereka sendiri.
Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil
kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuai
dan diserapkan menjadi sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah sesuatu
bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme. Beberapa

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna


itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid.

1.2

Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran


1.2.1 Pendekatan Proses dan Produk
Pendekatan ini diperkenalkan oleh Stufflebeam(1971). Tugas para penilai ialah
mengumpul data, merancang, menganalisis menyediakan maklumat untuk memilih
tindakan alternatif dan melaporkan. Penilaian proses tertumpu kepada proses yang
digunakan untuk mencapai objektif dan matlamat program. Maklumat ini perlu diketahui
dari masa ke masa untuk mengawal pelaksanaan program. Untuk kajian ini penilaian
proses ialah cara pengajaran dan pembelajaran guru-guru PSV, cara guru menilai kerjakerja projek dan kursus PSV yang diikuti oleh guru.

Strategi pengajaran dan pembelajaran yang disarankan bagi mata pelajaran PSV
berdasarkan kepada pembelajaran melalui pengalaman. Terdapat banyak aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian disarankan. Ini termasuklah kerja amali,
projek, tunjuk cara, kerja luar, main peranan, sumbang saran, dan kaji siasat. Adalah
diharapkan suasana yang diwujudkan dapat memberi murid pengalaman dan keyakinan
untuk mengaitkan pengetahuan PSV dengan kemahiran dan amalannya dalam kehidupan
seharian.

Program ini mengajar murid-murid sepatutnya menggunakan kaedah penyampaian yang


beragam, beberapa kajian telah menunjukkan keputusan yang agak memeranjatkan.
Penilaian produk tertumpu kepada hasil program setelah ia tamat dilaksanakan.
Penilaian produk dalam kajian ini ialah hasil perubahan sikap pelajar dan pencapaian
objektif PSV. Sikap pelajar juga merupakan faktor yang dapat menentukan pencapaian
matlamat pengajaran dan pembelajaran. Rummers dan Gage (1987) menyatakan bahawa
sikap mempengaruhi dan mencorakkan pengajaran di dalam bilik darjah. Ramlah (1993)
menegaskan bahawa ada empat proses sikap yang mempengaruhi pembelajaran iaitu
integrasi, perbezaan, kejutan, dan penerimaan.

Keempat-empat proses ini dapat

menentukan sama ada pelajar dapat menyesuaikan diri dengan pengajaran dan
pembelajaran.

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

1.2.2 Pendekatan Discipline Based of Art Education (DBAE)


DBAE adalah pendekatan kepada perkembangan Pendidikan Seni yang bermula pada
awal 1980an oleh Getty Center For Art Education (dikenali sebagai Getty Education
Institute). Ianya merupakan sebahagian daripada J.Paul Getty Trust sebuah yayasan
swasta yang mendedikasikan sumbangan kepada Seni Visual dan Kemanusiaan. DBAE
bukanlah teori yang asli tetapi lebih merupakan kerangka konsep yang menggabungkan
elemen-elemen daripada teori-teori pendidikan yang lain (contoh;

Visual Thinking

Strategies).

DBAE meliputi 4 Asas Disiplin Seni


i.

Produk Seni
Murid mempelajari kemahiran bagi menghasilkan keaslian hasil karya secara
tersendiri.

ii.

Sejarah Seni
Murid mempelajari kejayaan penghasilan karya pada masa lampau dan semasa
bagi memotivasikan diri, contohnya gaya serta teknik, atau pun perbincangan
tentang perhubungan dengan kebudayaan, politik, kemasyarakatan, agama,
ekonomi dan pergerakan seni.

iii.

Kritikan Seni
Murid akan menyata, menganalisa, membuat intepretasi dan membuat penilaian
sesuatu hasil karya. Aktiviti ini dikenali sebagai membuat apriesiasi seni.

iv.

Estetika
Murid akan menimbangkan keaslian, maksud serta impak dan nilai sesuatu hasil
karya yang menjana formula yang mencerminkan pendapat yang ilmiah serta
penghakiman terhadap karya seni itu. Di samping mengkaji karya serta membuat
penilaian sesuatu hasil karya itu.

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

Pada awalnya DBAE diperkembangan untuk hasil seni sahaja tetapi secara beransuransur terarah mengkaji pelbagai bidang termasuk, tarian, drama dan muzik. Ia juga
digunakan

dalam

kepelbagaian

bidang

pendidikan,

seperti

penkajian

tinggi,

pembelajaran sepanjang hayat, muzium seni tetapi lebih digunakan dalam kelas
Pendidikan Seni Visual.

Seperti kedua-dua Visual Thinking Strategies (VIS) dan New Muzeum Model (NMM),
DBAE merupakan satu asas latihan inkuiri (inquiry based training), di mana fokusnya
kepada murid dengan minat, pertimbangan, penaakulan serta kemahiran pemikiran
kritikal mereka. Inkuiri secara terbuka, perbincangan kumpulan serta penyelesaian
masalah memainkan peranan yang penting di dalam kurikulum dan bilik darjah di mana
guru dilihat sebagai pemudah-cara di dalam proses ini. DBAE berbeza dari kedua-dua
model ini (VTS dan NMM) kerana mempunyai matlamat pendidikan yang luas dan lebih
berstruktur serta kurikulum yang lebih terarah.

1.2.3

Pendekatan Chapman

Chapman (1986) telah menggunakan empat aspek utama yang seumpama ini dalam
pelajaran seni iaitu:
(i) Pemerhatian
(ii) Penerokaan
(iii) Penghasilan (pembuatan)
(iv) Apresiasi dan perlanjutan

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

Pemerhatian yang aktif


Aspek ini melibatkan sensitiviti deria. Semasa menyediakan aktiviti, perhatian perlu
diberi kepada perkara berikut:
pengetahuan sedia ada murid
benda yang konkrit
minat, kecenderongan dan latar belakang murid
bahan, bunyi, pergerakan, dan aksi
mencetus idea dan imaginasi

Interaksi yang kritis dan kreatif dengan bahan


Aspek ini melibatkan penerokaan dan penghasilan atau pembuatan. Aktiviti
penerokaan dijalankan sebelum aktiviti penghasilan. Semasa menyediakan aktiviti, anda
perlu beri perhatian kepada perkara berikut:
ii. Penerokaan
aktiviti kecil mudah ringkas
cuba mencuba, suaikenal dengan bahan
penemuan oleh murid sendiri, uji menguji
mencari altenatif, variasi dan kemungkinan lain
bebas daripada jawapan tetap, murid senang dan ingin mencuba
aktif melibatkan pelbagai kecerdasan
menggunakan kemahiran berfikir dan pengurusan grafik

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

Penghasilan / membuat penggunaan alat bahan dan teknik


tatacara, langkah dan proses membuat
amalan tertib kerja
keselamatan semasa bekerja
penyampaian kandungan subjek, idea, halbenda dengan bentuk hasil

iii Apresiasi
Aspek ini melibatkan penyataan dan unsur afektif, terdapat dua jenis aktiviti Apresiasi.
Aktiviti yang dirancang khas untuk projek apresiasi dan aktiviti mudah yang dirancang di
akhir setiap pelajaran. Semasa menyediakan aktiviti mudah, perhatian perlu diberi kepada
perkara berikut:
aspek bahasa yang berkaitan dengan istilah seni seperti sifat garisan, jalinan, warna,
ton, rupabentuk dan bentuk
aspek bahasa yang berkaitan dengan kandungan dan hal benda
aspek bahasa yang berkaitan dengan manipulasi, alat bahan dan teknik
penghargaan hasil kerja dan menghormati pembuat karya
perasaan, penghargaan dan refleksi diri
penyerapan pengetahuan dan penerapan nilai yang berkaitan dengan kandungan.

PROSES APRESIASI SENI

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

Terdapat berbagai cadangan oleh beberapa pakar Pendidikan Seni mengenai proses apresiasi.
Feldman (1967) dan Smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti apresiasi seni, berasaskan
kepada proses persepsi dan intelektual melalui empat tahap:
Jadual 1.1: Proses persepsi dan intelektual Feldman dan Smith
Jenis Tahap
Menggambar
(description)

Menganalisa
(analisis)

Tafsiran
(interpretation)

Penilaian
(evaluation)

Penerangan
Mengamati hasil seni dan
menggambarkan sifat-sifat tampak
seperti warna, garisan, bentuk, rupa,
jalinan dan elemen-elemen gubahan
iaitu prinsip dan struktur
Menganalisa perhubungan sifat-sifat
tampak seperti unsur-unsur seni,
prinsip dan struktur.
Menganalisa kualiti ekspresif seperti
mood dan suasana.
Menghuraikan stail sesuatu karya.
Mencari makna-makna yang terdapat
pada sifat-sifat tampak seperti subjek,
simbol, unsur-unsur seni, prinsip,
struktur corak dan bahan.
Mencari metafora-metafora
(ibarat/kiasan) dan analogi-analogi
(persamaan) untuk menjelaskan
makna tersebut.
Membuat penilaian berdasarkan
kepada kriteria yang bersesuaian
seperti keaslian, gubahan, teknik dan
fungsi.
Menilai hasil seni berdasarkan kepada
pengertiannya (significance) dari segi
individu, sosial, keagamaan dan
kepercayaan, sejarah serta
keseniannya.

Laura H. Chapman (1986) telah menggunakan empat aspek utama yang seumpama ini
dalam pelajaran seni iaitu:

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

(i)

pemerhatian

(ii) penerokaan
(iii) penghasilan (pembuatan)
(iv) apresiasi dan perlanjutan
Laura

H.

Chapman

penghasilan/artistik.

telah

Bagi

menyatakan

memperkembang

bahawa

proses

kreativiti

pelajar,

kreativiti

guru

PSV

proses
perlu

menggunakan pelbagai cara dalam menghasilkan karya dan yang penting sekali ialah
guru PSV harus menguasai bidang seni visual ini supaya guru mempunyai pengalaman
yang lebih banyak untuk mengajar murid.

1.2.4 Pendekatan PSV KBSR


Pendekatan PSV sekolah rendah merangkumi empat aspek utama iaitu:

Pemerhatian secara aktif

Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan

Apresiasi seni visual secara mudah

Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan.

Pemerhatian secara aktif:

Merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci

Memperkembangkan pemahaman terhadap asas seni visual

Murid dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia

Membantu murid terus menyelaras idea, imaginasi dan alam fantasi murid ke arah
perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak

Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan:

10

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

Menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan


kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan

Proses ini membantu perkembangan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni
visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik- teknik mudah.

Apresiasi seni visual secara mudah:

Memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan
kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi

Murid diperkenalkan tokoh- tokoh seni dan menghargai sumbangan mereka.

Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan:

Murid dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam
persekitaran dan kehidupan mereka

Ini termasuk memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai
kebersihan dan kepekaan.

1.2.5 Pendekatan Pendidikan Seni John A. Michael


Pendidikan Seni Visual di sekolah memberikan tumpuan yang khusus dalam empat
bidang utama iaitu :

Menggambar

Membuat Corak dan Rekaan

Membentuk dan Membuat Binaan

Mengenal Kraf Tradisional.

Micheal (1983) dan Feldman (1970) mencadangkan agar guru menggunakan pendekatan
kemanusiaan. Ia diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran yang akan memberi
peluang kepada pelajar mengenali dirinya dan hubungan dengan masyarakat dan
kehidupannya. Keadaan ini akan membantu proses perkembangan mereka dari peringkat
paling asas iaitu:
Mengenali diri sendiri
Mengenali seni dan kelompok-kelompok kecil di persekitaran mereka

11

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

Peka tentang perasaan


Memiliki konsepsi diri

Murid mempunyai cara pembelajaran mereka sendiri. Seharusnya kita mengeksploitasi


kelebihan itu di samping memberi tunjuk ajar secara berkesan

dalam

meningkatkan

kefahaman dan penguasaan mereka dalam menguasai sesuatu kemahiran. Mengikut


John A. Michael dalam bukunya 'Art and Adolescense' ada

dua

pendekatan

dalam Apresiasi Seni iaitu:


(a)

Pendekatan secara logik


Pendekatan ini adalah berbentuk tradisional dan memerlukan pemahaman
intelek semata-mata.Banyak berfaktakan kepada aspek andaian dan munasabah
pada yang melihat sesuatu karya seni tersebut.

(b)

Pendekatan secara psikologi


Pendekatan ini merangkumi perkara-perkara yang lebih menjurus kepada
perasaan peribadi, lebih bersifat emosi dan perasaan dalaman kepada
penghasilan dan penghayatan sesuatu karya seni. Pendekatan ini akan dapat
meninggalkan satu pengalaman yang amat berkesan dan mendalam. Secara ini
lebih realistik dan

dapat menerima response dan pendapat orang lain.

Kesan tindakbalas akan lebih terserlah terhadap bahan serta

alat yang

digunakan.

12

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

TAJUK 2

Pengenalan:
Tajuk ini menerangkan konsep, teori, pelaksanaan pelbagai strategi pengajaran dan
pembelajaran dalam empat bidang PSV KBSR iaitu Menggambar, Membuat Corak dan
Rekaan, Membentuk dan Membuat Binaan dan Mengenal Kraf Tradisional.
Hasil Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran ini, anda akan dapat:
1. Mengaplikasi teori pengajaran dan pembelajaran PSV dalam empat bidang.
2. Mengaplikasi pelbagai pendekatan dan strategi pengajaran dan pembelajaran
dalam empat bidang.
3. Membandingbeza pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran PSV.

2.1

Mengenal Konsep:

2.1.1 Kajian Masa Depan


Kajian Masa Depan (KMD) ialah satu pendekatan pengajaran untuk mendidik murid agar lebih
prihatin terhadap sesuatu perkara atau isu yang berlaku pada masa lampau, masa kini, dan
masa depan.

Ini bermakna, murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta

mengendalikan perubahan supaya mereka mendapat manfaat yang maksimum.

Pengajaran berasaskan KMD merupakan strategi secara saintifik yang dibina untuk
menambahkan keupayaan murid dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat
keputusan. KMD dapat dianalogikan seperti kita yang sedang memandu kereta. Sepanjang
pemanduan itu, kita sering dikejutkan dengan perkara-perkara yang tidak dijangka. Sebagai
contoh, ketika sedang memandu, tiba-tiba seorang kanak-kanak melintas di hadapan kereta
kita. Oleh itu, sepanjang pemanduan, kita haruslah peka dan sentiasa berwaspada. Masa
depan sangat dinamik kerana sentiasa berubah. Masalah yang berlaku pada masa depan
lazimnya kompleks dan penyelesaiannya bersifat global.

KMD lebih berciri saintifik kerana

dapat diuji, boleh diulangi, dan dapat diramal.


Rasional Pengajaran Kajian Masa Depan(KMD)

13

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

Pembelajaran berasaskan KMD diperkenalkan untuk mendidik generasi baharu supaya


menghadapi cabaran dan perubahan.

Pembelajaran berasaskan KMD merupakan strategi

secara saintifik yang dibina untuk menambahkan keupayaan pelajar dalam menghadapi
pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan untuk menghasilkan generasi masa depan
yang berkeyakinan, berupaya, dan bertanggungjawab.

KMD yang dilaksanakan dalam

pengajaran dan pembelajaran akan:


i.

Membina generasi masa depan


KMD memberi kesedaran dan merangsang murid berfikir tentang isu, masalah, dan
peluang yang bakal dihadapi. Keadaan ini akan membolehkan mereka memandang
masa depan dengan yakin dan optimis serta mengambil bahagian dalam merancang
masa depan mereka.

Ii

Menghasilkan tenaga manusia yang berfikir


Sistem pendidikan memainkan peranan penting dalam menghasilkan tenaga manusia
yang dapat berfikir tentang masa depan.

Selain daripada itu, mereka seharusnya

berfikir untuk menggambarkan serta menjangkakan masalah yang bakal timbul.


iii

Menjangka masalah dan membuat pilihan yang baik


Pelajar juga dapat mencari alternatif dan pilihan ke arah masa depan yang lebih baik.

iv

Membawa anjakan paradigma


Pelajar akan membawa anjakan paradigma terhadap budaya belajar yang berasaskan
pengetahuan dan ingatan semata-mata ke arah budaya berfikir.

Objektif Kajian Masa Depan

14

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

Berikut adalah objektif pelaksanaan KMD:


i

Berfikir secara kritis dan kreatif serta membuat keputusan tentang hal-hal masa
depan
KMD boleh membina minda suka bertanya dan kemahiran intelek yang dapat membantu
pelajar berfikir secara kreatif, terarah, analitis, dan reflektif tentang keseluruhan hidup
manusia dan proses meneroka alternatif dan pilihan.

ii

Berkomunikasi secara berkesan tentang hal-hal masa depan


KMD juga membantu pelajar memberi sumbangan ke arah kesejahteraan dan kebaikan
dunia dan membina strategi menambah keupayaan pelajar dalam menghadapi
berbagai-bagai cabaran hidup.

iii

Membina sikap dan nilai tentang masa depan


KMD akan membina keyakinan pelajar supaya mereka mampu mengawal diri, boleh
membuat pilihan berasaskan etika, dan nilai moral serta berupaya mempengaruhi masa
depan mereka.

iv

Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang kajian masa depan


KMD memberi asas kepada pelajar memahami dan menghayati Wawasan 2020 dan
memantapkan pelajar dengan ilmu pengetahuan, konsep, kemahiran, dan kaedah dalam
mengkaji masa depan.

Membuat kajian dan mengurus maklumat tentang hal-hal masa depan


Pelajar digalakkan menjadi warganegara yang lebih bertangungjawab, tahu membeza
dan menilai, berketrampilan, dan mempunyai gambaran jelas tentang masa depan.

Strategi Kajian Masa Depan

15

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

Pelajar menggunakan pemikiran kritis dan kreatif untuk meninjau perubahan keadaan daripada
masa lalu sehingga ke masa kini dan meramalkan keadaan pada masa hadapan. Pedagogi ini
berpusatkan pelajar dan menggabungjalinkan pelbagai bidang seperti Pendidikan Moral,
Pendidikan Alam Sekitar, dan Sejarah. Nilai murni seperti bertanggungjawab dan bekerjasama
dipupuk melalui kaedah ini.

2.1.2 Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP)


Kecerdasan Pelbagai ialah kebolehan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam
kehidupan sebenar, kebolehan menjana masalah baharu untuk diselesaikan, dan kebolehan
membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan sesuatu
budaya.

Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP) telah diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983). Dalam
kajiannya Howard Gardner mendapati seven ways of knowing, perceiving and understanding
life. Beliau telah membuat kajian terhadap pelbagai masyarakat termasuk kanak-kanak biasa
dan istimewa, juga kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang istimewa.Teori
Kecerdasan Pelbagai berperanan sebagai penjana kecerdasan serta mendefinisi konsep
kecerdasan yang relevan dalam pendidikan hari ini. Ianya dirumuskan sebagai:

kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar.

kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan.

kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam


lingkungan sesuatu budaya.

Dr. Roger Sperry turut menyatakan kaitan kecerdasan dan fungsi otak manusia yang berbezabeza mengikut perkembangan usia dan jantina individu. Otak kanan dan kiri mempunyai fungsi
yang berbeza namun menurutnya manusia tidak boleh dianggap menggunakan sebelah otak
sahaja. TKP berkembang mengikut konteks penggunaannya.

OTAK KIRI

OTAK KANAN

Bahasa
Formula Matematik
Logik
Nombor
Urutan
Linear

Bentuk dan corak


Ruang
Irama dan apresiasi
muzik
Imej/gambar

OTAK

16

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

Rajah 2.1: Perhubungan otak kiri dan kanan

Jenis-jenis Kecerdasan Pelbagai

Naturalis

Intrapersonal

VerbalLinguistik

KECERDASAN
PELBAGAI

Interpersonal

LogikMatematik

VisualRuang

Kinestetik

Muzik

Rajah 2.2: Jenis-jenis Kecerdasan Pelbagai (Howard Gardner)

Objektif Teori Kepelbagaian Kecerdasan(TKP)

17

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

TKP berperanan sebagai penjana kecerdasan serta mendefinisi konsep kecerdasan


yang relevan dalam pendidikan masa kini. Linda Campbell, Bruce Campbell dan Dee
Dickinson merumuskan definisiHoward Gardner sebagai:

a) kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar.


b) kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan.
c) kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam
lingkungan sesuatu budaya.
Tujuan Mengaplikasikan Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran

i.

Meningkatkan pemikiran yang lebih mendalam

ii

Memperoleh pelbagai perspektif mengenai sesuatu perkara

iii

Mengaplikasikan pengetahuan yang sedia ada dalam situasi dan konteks yang baharu dan
berlainan

Ciri-Ciri Teori Kepelbagaian Kecerdasan

Boleh dipelajari, dididik


dan ditingkatkan

18

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

Individu mempunyai
8 kecerdasan

Boleh dirangsang

Tidak berkembang
seiring

CIRI-CIRI

Boleh dipindahkan kecerdasan


interpersonal ke linguistik

Tidak boleh dinilai


berasingan

Satu atau dua kecerdasan


berkembang sepenuhnya

Rajah 2.3: Perhubungan otak kiri dan kanan


Jenis-Jenis Teori Kepelbagaian Kecerdasan
-

Natural

Verbal-linguistik

Logik Matematik

Visual-Ruang

Kinestatik

Muzik

Interpersonal

Intrapersonal

Contoh Pengintegrasian Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran

19

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

i Verbal-Linguistik
Merancang dan menyediakan bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi
menggunakan bahasa lisan (pidato, ceramah, perbahasan), bacaan (buku, surat khabar,
majalah), dan penulisan (puisi, laporan, minit mesyuarat).

ii Logik-Matematik
Merancang dan menyediakan bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
merangkumi memasukkan nombor, pengiraan, pengelasan atau menggalakkan pemikiran
kritis.

iii Visual-Ruang
Merancang dan menyediakan bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
merangkumi peta minda, garis, visualisasi, warna, seni, metafora atau lain-lain borang
pengurusan grafik.

iv Kinestetik
Merancang dan menyediakan bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi
pengalaman pergerakan seluruh badan atau aktiviti hands-on (latihan amali, penyiasatan,
kajian luar).

v Muzik
Merancang dan menyediakan bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi
penggunaan muzik, bunyi-bunyian persekitaran atau unsur ritma dan melodi.

vi Interpersonal
Merancang dan menyediakan bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan
murid dalam perkongsian rakan sebaya, pembelajaran korporatif dan kolaboratif atau
simulasi kumpulan, lawatan, amali, dan kerja lapangan.

vii Intrapersonal
Merancang dan menyediakan bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi

20

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

pilihan kepada murid merangsang perasaan kendiri (menulis, jurnal, diari, membuat refleksi,
penilaian kendiri).

viii Naturalis
Merancang dan menyediakan bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan
penggunaan flora dan fauna, awan, sungai, gunung (alam semula jadi) ke dalam bilik darjah
atau membawa murid ke luar ke alam semula jadi, kembara visual, amali, dan kerja lapangan.

Kepentingan Teori Kepelbagaian Kecerdasan

petunjuk kepada potensi murid

menjadi petunjuk kepada guru untuk merancang pengajarannya

membolehkan guru menjalankan pengajaran mengikut lapan kecerdasan

membangun bidang akademik dan ko kurikulum murid

mempelbagaikan cara penilaian

menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan FPK dan


keperluan murid

mewujudkan suasana kolaboratif di sekolah

menggalakkan inovasi dan penyelidikan baru dalam pengajaran dan pembelajaran

Bagaimana Melaksanakan TKP Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Terdapat lima model yang dicadangkan, guru boleh memilihnya berdasarkan

kesesuaian

murid, bilik darjah, dan topik yang diajar iaitu;

SISIPAN

Guru boleh memilih satu atau dua kecerdasan dan digunakan dalam
pengajaran secara tidak langsung.

JARINGAN

Setiap kecerdasan digunakan dalam pengajaran PSV.

JALINAN

Satu kecerdasan digunakan dalam beberapa mata pelajaran.

PERKONGSIAN

Beberapa kecerdasan dipilih untuk digunakan dalam dua mata


pelajaran.

KESEPADUAN

Beberapa kecerdasan digunakan secara bersepadu merentasi


mata pelajaran yang berlainan.

21

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

2.1.3 Teknologi Maklumat dan Komunikasi(TMK)


Penggunaan Teknologi Komunikasi dan Maklumat (TMK) dalam mata pelajaran Pendidikan
Seni Visual adalah merentas kandungan kurikulum Pendidikan Seni Visual itu sendiri.
Penggunaan TMK mestilah dilihat sebagai satu tambahan kepada alat Pengajaran dan
Pembelajaran atau Teknologi Pengajaran yang berkesan.

Penggunaan TMK juga mampu

menghasilkan kerja seni yang diberi nilai tambah dan juga kerja seni digital bermutu dalam
komunikasi visual dan bukan dilihat sebagai alat untuk menggantikan penggunaan media
secara manual dalam Pendidikan seni Visual.

Pendekatan TMK yang terbaik apabila

digunakan secara bijak dan terancang mampu

meningkatkan proses keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan seni Visual.


Perisian perlu sesuai mengikut keperluan sesuatu topik pengajaran Pendidikan seni Visual
supaya dapat membuahkan hasil kerja seni yang dinamik dan memuaskan.

Definisi Teknologi Maklumat dan Komunikasi(TMK)

TMK dalam Pendidikan Seni Visual lebih merujuk kepada kemampuan teknologi itu
sendiri, yang berfungsi sebagai satu alat kemahiran yang memberi sokongan kepada murid,
guru, panitia serta organisasi sekolah bagi menyempurnakan tugas serta kewajipan yang ada
kaitan dengan pengajaran dan pembelajaran serta sebagai salah satu kaedah melaksanakan
kegiatan Seni Visual yang terancang dan menarik.
Rasional Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

untuk menyediakan warga pendidik Seni Visual dalam menghadapi perkembangan


TMK masa kini dan akan datang.

Untuk menyediakan murid dengan pengetahuan seni digital yang telah menjadi
salah satu jurusan yang diminati serta kompetetif di IPT.

22

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

Sebagai salah satu tarikan serta salah satu cara penyelesaian masalah seni reka
dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual yang lebih
mudah, pantas dan berkesan.

Pengaplikasian TMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Pengaplikasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran boleh diintegrasikan secara:

i Integrasi TMK dalam pembelajaran tutorial


Integrasi ini bertujuan untuk menyampaikan kandungan pelajaran dengan lebih komprehensif
dan efisien, contohnya dalam bentuk CD-ROM, cakera keras, dan tapak pembelajaran. Aplikasi
ini lebih berfokuskan kepada pembelajaran secara kendiri.

ii Integrasi TMK dalam pembelajaran eksploratasi


Kemudahan TMK digunakan sebagai medium untuk pembelajaran penerokaan, mencari, dan
mengakses maklumat daripada CD-ROM, Internet, portal maklumat, dan tapak pembelajaran.
Dalam pembelajaran secara penerokaan ini, murid boleh mengawal dan menentukan maklumat
yang mereka terima melalui TMK. Hal ini berbeza dengan pembelajaran tutorial; murid hanya
menerima bahan pelajaran yang dikawal oleh sistem.

iii Integrasi TMK sebagai alat aplikasi


TMK digunakan sebagai alat aplikasi untuk membantu murid melaksanakan tugasan
pembelajaran, bukan sebagai mekanisme penyaluran maklumat pengajaran dan pembelajaran.

iv Integrasi TMK sebagai alat pemudah komunikasi


TMK digunakan sebagai alat pemudah komunikasi antara murid dan guru di lokasi yang
berbeza tetapi saling berinteraksi, menghantar, menerima, dan berkongsi maklumat seperti
dalam bentuk teks, bahan grafik, audio, emel, telefaks, Facebook, Blog dan lain-lain. Murid
boleh bertukar maklumat sesama sendiri bagi menganalisis dan membuat perbandingan
dengan pengalaman dan maklumat yang mereka peroleh.

Menerusi pembelajaran seperti,

murid dapat membina pengalaman yang lebih menarik, bermakna, dan berkesan.

23

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

Ciri-Ciri Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Penggunaan TMK adalah merentas kurikulum Pendidikan Seni Visual yang mengandungi
bidang Penghasilan Seni Visual, Sejarah dan Apresiasi Seni Visual. Dalam mencari maklumat
ini TMK boleh digunakan secara berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Penghasilan Seni
Visual

Kurikulum
Pendidikan seni
Visual

Sejarah dan Apresiasi


Seni Visual

Penggunaan TMK
Rajah 2.4: Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

24

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

Penggunaan TMK dalam Pendidikan Seni Visual boleh dibahagikan kepada 4 bahagian
utama;

1
Akriviti
Penghasilan
Seni Visual

Peringkat Awaldapatkan contoh


unsur seni dan motif
seperti jalinan, clip
dan lain-lain daripada
program cakera padat,
scanner atau kamera
digital.

2
Penghasilan
Seni digital

3
Sejarah dan
Apresiasi Seni
(internet,sumber
elektronik dan
media lain)

4
Pengurusan
Bilik Seni

Peringkat
awal/pertengahanmenggabungkan
kedua-dua
teknik/kemahiran
manual dan ICT
atau menumpukan
kepada ICT sahaja.

E-mail dan laman


web, CD dan Ebook. Kemudahan
Peringkat
komunikasi dan
Pertengahan-proses
perolehan data dan
eksperimentasi dan
Minit mesyuarat,
maklumat berkaitan
perkembangan idea
2.1.4 Pembelajaran Kontekstual
perancangan
Seni Visual secara
menggunakan
Peringkat akhirpengajaran,
elektronik
antara
kemudahan
dari menu pembelajaran
hasil kerja senisecara konkrik
Ia menyediakan
yang melibatkan aktiviti hands on
program Seni
murid,guru dan
dan tools sesuatu
digital
catan
danmind
on.
Kajian
Masa
Depan
dapat
menyedarkan
dan
merangsang
minda berfikir
Visual sepanjang
program untuk
ataupun grafik mesti sumber luar sama
tahun,rekod
markah,
ada dalam
negeri
membuat
apa gubahan
yang akan berlaku
berdasarkan ramalan,
imaginasi
dan kreativiti
yang didasarkan
dicetak
data
murid,
atau luar negeri.
seperti
mewarna,
menggunakan
kepada sejarah. Mengikut
Teori Pembelajaran Kontekstual, pembelajaran
hanya akan
stor/inventori
copy,paste dll.
pencetak.
terurus
dengan
baik.
berlaku apabila pelajar dapat memproses maklumat atau pengetahuan
baru
dengan
Rajah 2.5: Bahagian-bahagian Utama Penggunaan TMK Dalam PSV

25

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

2.1.4 Pembelajaran Kontekstual


Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan
pengalaman harian individu, masyarakat, dan alam pekerjaan. Pembelajaran ini disampaikan
dalam persekitaran yang pelbagai, secara konkrit, serta melibatkan latih amal dan berfikir.
Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baharu secara
bermakna dan menghayati kerelevanan pembelajaran dengan kehidupan mereka.

Minda seseorang akan cuba mencari makna dalam konteks dengan membuat hubungkait yang
bermakna dan relevan dengan persekitarannya. Teori Pembelajaran Kontekstual menumpukan
kepada kepelbagaian aspek persekitaran pembelajaran sama ada di bilik darjah, makmal,
tempat kerja atau kehidupan. Teori ini menggalakkan pendidikan memilik atau mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai pengalaman sama ada dalam konteks
sosial, budaya, fizikal atau psikologi untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang dihasratkan.

Ciri-Ciri Pembelajaran Kontekstual


Murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna
dalam rangka minda.
Maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermakna kepada murid.
Guru mewujudkan kepelbagaian persekitaran pembelajaran untuk menghasilkan
pembelajaran yang berkesan.

Pengalaman harian individu

Persekolahan

Kehidupan masyarakat
Alam pekerjaan
Rajah 2.6: Hubungan Pembelajaran-Persekitaran Sekolah

26

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

Perkara yang Boleh Dicapai Melalui Pembelajaran Kontekstual

Melalui pembelajaran kontekstual ini, murid boleh:


i

Membina keyakinan diri

ii

Memahami perhubungan antara teori dengan amalan

iii

Membina pendekatan kerja kumpulan untuk menyelesaikan masalah

iv

Memperoleh sokongan dan dorongan daripada ibu bapa kerana mereka terlibat secara
langsung dalam pembelajaran anak-anak mereka

Membina asas yang kukuh untuk melahirkan tenaga mahir sebagai modal insan
generasi masa depan.

Proses Pembelajaran Kontekstual

Dalam pembelajaran kontekstual, pengajaran dan pembelajaran perlu melalui empat proses
iaitu proses motivasi, pemahaman, aplikasi, dan refleksi.

Kemahiran melakukan latih amal

(praktikal) dan berfikir merupakan asas pembelajaran kontekstual. Kesimpulannya aktiviti ini
menjadi asas untuk murid sentiasa ingin tahu ketika berlakunya pengajaran dan pembelajaran.

27

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

Kaedah Pembelajaran Kontekstual


Kaedah pembelajaran kontekstual adalah seperti yang berikut:

Menghubungkait

Mengalami

Belajar dalam konteks menghubungkaitkan


pengetahuan baharu dengan pengalaman hidup

Belajar dalam konteks, penemuan, dan reka cipta

Mengaplikasi

Belajar dalam konteks bagaimana pengetahuan atau


informasi boleh digunakan dalam situasi lain

Bekerjasama

Belajar dalam konteks bekerjasama, memberi maklum


balas, dan berkomunikasi

Memindahkan

Belajar dalam konteks pengetahuan sedia ada dengan


menggunakan atau membina daripada apa yang telah
diketahui

Rajah 2.7: Kaedah Pembelajaran Kontekstual

Faedah Pembelajaran Kontekstual

Murid
Faedah
Pembelajaran
Kontekstual

Guru

Industri
Rajah 2.8: Hubungan Faedah Pembelajaran Kontekstual

28

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

Contoh Aktiviti: Hiasan Dalaman dan Landskap

Melalui aktiviti mereka bentuk hiasan dalaman dan landskap, faedah-faedah yang diperolehi:
i) Murid
-

Mengaitkan pembelajaran hiasan dalaman/landskap dengan pekerjaan atau kehidupan


harian.

Mengaitkan kandungan pembelajaran dengan pengalaman harian, contoh


keselesaan/keindahan landskap.

Memindahkan kemahiran (menghasilkan lukisan pelan atau perspektif)

Meneroka dan mendapatkan bukti.

Menguasai perkara abstrak melalui pengalaman konkrit.

Belajar secara bekerjasama melalui aktiviti berkumpulan.

ii) Guru
-

Menjadikan pengajaran sebagai satu pengalaman yang berjaya melalui hasilan projek

Dapat mengaitkan prinsip pembelajaran dengan dunia pekerjaan.

Menjadi penghubung antara pihak akademik dan vokasional atau industri.

iii) Industri
-

Menerima tenaga kerja yang berpotensi apabila murid telah diberi pendedahan awal.

Menggerakkan industri ke dalam pendidikan melalui projek hiasan dalaman.

2.1.5 Pendekatan Konstruktivisme


Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang boleh membina
pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan pengetahuan dan pengalaman
sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham, yakin, dan seronok untuk belajar
sepanjang hayat.

Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau
konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini,
murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk
membina pengetahuan baru. Mereka membentuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi

29

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

mereka dengan objek dan idea. Pembelajaran secara konstruktivisme menggalakkan murid
mencipta penyelesaian mereka sendiri bertolak daripada teori pembelajaran behaviorisme
kepada kognitivisme dan seterusnya konstruktivisme. Pembelajaran ini menggalakkan murid
mencari idea, buat kajian, yakin diri dan dapat berinteraksi dan proses inkuiri akan terhasil.
Ilmu pengetahuan murid tidak semuanya berasal daripada maklumat deria yang wujud secara
bebas dalam persekitaran yang diserap ke dalam fikiran mereka melalui pengalaman
pancaindera, atau kewujudan pengetahuan sejadi dalam mental, tetapi ilmu pengetahuan itu
diperolehi dengan cara membina sendiri oleh setiap murid melalui pengalaman, renungan dan
pengabstrakan.

Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang

menerangkan

bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah


lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, IPG dan
universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan.
Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira
struktur kognitif yang sedia ada pada diri mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan
diserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru
tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme.
Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang
bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid. John Dewey
mengatakan bahawa pendidik yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Beliau juga
menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam setiap aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
Pendapat ahli konstruktivisme, setiap orang murid mempunyai peranan dalam menentukan apa
yang akan mereka pelajari. penekanan diberi kepada menyediakan murid dengan peluang
untuk membentuk kemahiran dan pengetahan di mana mereka menghubungkaitkan
pengalaman lampau mereka dengan kegunaan masa depen. Murid dibekalkan dengan faktafakta dan diberi penekanan kepada proses berfikir dan kemahiran berkomunikasi.
Pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan konstruktivisme memberi peluang kepada guru
untuk memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan menentukan sendiri
masa yang diperlukan untuk memperolehi sesuatu konsep atau pengetahuan. Di samping itu,

30

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

guru dapat membuat penilaian kendiri dan menilai kefahaman orang lain supaya kefahamannya
tentang sesuatu bidang pengetahuan dapat ditingkatkan lagi.
Ciri-ciri Pembelajaran Konstruktivisme
Ciri-ciri pembelajaran konstruktivisme ialah:
i

Menggalakkan soalan/ idea yang dimulakan oleh pelajar dan menggunakannya sebagai
panduan merancang.

ii Di sekolah menggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan guru


iii Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil
pembelajaran
iv Menyokong pembelajaran secara koperatif
v Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi pelajar
vi Memberi peluang kepada pelajar untuk membina pengetahuan baharu dengan
memahaminya melalui penglibatan mereka dengan situasi dunia yang sebenar
vii Menggalakkan proses inkuiri penemuan
viii Mengenal pasti perubahan sikap pelajar

Kelebihan Pembelajaran Konstruktivisme


Kelebihan pembelajaran konstruktivisme yang boleh dimanfaatkan oleh pelajar adalah seperti
yang berikut:
i

Berfikir

Dalam proses membina pengetahuan baharu, pelajar akan berfikir untuk menyelesaikan
masalah, menjana idea, dan membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai
kemungkinan dan cabaran.

Sebagai contoh, pengetahuan boleh dicapai melalui aktiviti

penyelidikan dan penyiasatan seperti mengenal pasti masalah, mengumpul maklumat,


memproses data, membuat interpretasi, dan membuat kesimpulan.

ii Faham
Kefahaman pelajar tentang sesuatu konsep dan idea akan lebih jelas apabila mereka terlibat
secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baharu. Seseorang pelajar yang memahami
apa yang dipelajari akan dapat mengaplikasikan pengetahuan yang baharu dalam kehidupan
dan situasi baharu.

31

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

iii Ingat
Setelah memahami sesuatu konsep, pelajar akan dapat mengingati lebih lama konsep tersebut
kerana mereka terlibat secara aktif dalam mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan
pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baharu.

iv Yakin
Pelajar yang belajar secara konstruktivisme diberi peluang untuk membina sendiri pemahaman
mereka tentang sesuatu perkara. Hal ini menjadikan mereka lebih yakin kepada diri sendiri dan
berani menghadapi cabaran serta menyelesaikan masalah dalam situasi baharu.

v Kemahiran Sosial
Pelajar yang berkemahiran sosial boleh bekerjasama dengan orang lain dalam menghadapi
sebarang cabaran dan masalah.

Kemahiran sosial ini diperoleh apabila pelajar berinteraksi

dengan rakan-rakan dan guru dalam membina pengetahuan mereka.

vi Seronok
Dalam pembelajaran secara konstruktivisme, pelajar membina sendiri pengetahuan, konsep,
dan idea secara aktif. Hal ini menjadikan mereka lebih faham, lebih yakin, dan lebih seronok
untuk terus belajar sepanjang hayat walaupun menghadapi pelbagai kemungkinan dan
cabaran.

32

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

Langkah-langkah Pembelajaran Konstruktivisme

Langkah-langkah Pembelajaran Konstruktivisme dapat ditunjukkan menerusi carta alir berikut:

PENEROKAAN
Pelajar menghadapi situasi atau masalah

SOALAN DARIPADA PELAJAR


Pelajar mengajukan beberapa soalan yang berkaitan situasi atau masalah
yang dihadapi

PENYIASATAN DAN KAJIAN SPESIFIK


Pelajar memilih satu daripada soalan atau sebarang masalah yang diajukan
dan menjalankan penyiasatan penuh

PENEROKAAN
Pelajar mencari hubungan antara soalan-soalan dan sebarang masalah
yang dijanakan dan membuat generalisasi, seterusnya pelajar mungkin
menemui situasi atau masalah baru untuk diterokai atau disiasat
Rajah 2.9: Langkah-langkah Pembelajaran Konstruktivisme

33

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

2.1.6 Kemahiran Berfikir


Kemahiran berfikir merupakan proses menggunakan minda untuk mencari makna dan
pemahaman terhadap sesuatu serta dapat menyelesaikan masalah. Ia dibahagikan kepada
dua iaitu kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran berfikir secara kreatif. Kemahiran
berfikir secara kritis adalah kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea dan bersifat
evaluatif. Manakala kemahiran berfikir secara kreatif kebolehan kita mencerna dan
menghasilkan idea asli yang bersifat generatif. Kemahiran berfikir dapat dirumuskan sebagai
satu proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap
sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah.

Strategi berfikir merupakan proses yang lebih tinggi peringkatnya. Ia melibatkan beberapa
langkah dan setiap langkah pula melibatkan beberapa kemahiran berfikir. Dalam proses
mengkonsepsikan, menyelesaikan masalah atau membuat keputusan, kedua-dua KBKK secara
kritis dan kreatif digunakan.

Proses berfikir memerlukan aspek yang berikut:

a) Pengetahuan- apa yang anda tahu tentang sesuatu objek itu


b) Kemahiran- menyoal diri sendiri tentang sesuatu objek itu
c) sikap/Nilai- keinginan untuk mengetahui tentang sesuatu objek itu.

Sikap/

Pengetahuan

nilai

Kemahiran/
kognitif

Rajah 2.10: Proses Berfikir

34

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

Strategi penerapan pula perlu menggabungkan tiga pendekatan pengajaran dan


pembelajaran KBKK iaitu;

a) Mengajar cara berfikir


b) Mengajar untuk berfikir
c) Mengajar tentang berfikir

Rajah 2.11: Kemahiran Berfikir

35

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

2.1.7 Pembelajaran Masteri


Pembelajaran Masteri berfokus kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang
dipelajari. Melalui Pembelajaran Masteri murid diberi peluang untuk maju mengikut
kebolehan dan kadar pembelajaran mereka sendiri serta dapat mempertingkatkan tahap
penguasaan

pembelajaran.

Pendekatan

ini

memerlukan

proses

pengajaran

dan

pembelajaran yang terancang dan berkualiti serta berpandukan tahap penguasaan murid.

Model Pembelajaran Masteri dimulakan dengan Penentuan Hasil Pembelajaran, diikuti


dengan Pengajaran dan Pembelajaran.

Tujuan menentukan hasil pembelajaran murid

adalah untuk memastikan semua murid berjaya menguasai pengetahuan dan kemahiran
yang diberikan dengan kadar kemampuan biasa seseorang murid di tahap tersebut.
Setelah dibuat penilaian, murid yang telah menguasai akan diteruskan dengan aktiviti
pengayaan dan bagi murid yang belum menguasai akan diteruskan dengan usaha
pemulihan.

Ciri-Ciri Pembelajaran Masteri


a) Hasil pembelajaran perlu ditentukan, dan disusun mengikut hirarki atau unit
pembelajaran.
b) Aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah bermakna, berkesan, menarik dan
mengembirakan.
c) Keupayaan dan pencapaian dinilai semasa aktiviti pembelajaran.
d) Bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkaitan.
e) semua murid perlu menguasai 80% aras masteri yang ditetapkan setiap unit
pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang baru.
f) Aktiviti pemulihan dilaksanakan untuk murid yang belum menguasai aras masteri.
g) Aktiviti pengayaan dilaksanakan untuk murid yang telah mencapai aras masteri.

36

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

Model Pembelajaran Masteri


Dalam Pembelajaran Masteri terdapat beberapa langkah yang perlu dilaksanakan.
Langkah tersebut digambarkan melalui model berikut;

Unit Pembelajaran 1

Penentuan hasil pembelajaran

Pengajaran dan Pembelajaran

Penilaian

Tindakan
susulan aktiviti
pengayaan

Murid
sudah
menguasai

Tindakan
susulan aktiviti
pemulihan

Unit Pembelajaran 2
Rajah 2.12: Model Pembelajaran Masteri

2.2 Aplikasi strategi Ke Dalam empat Bidang Kegiatan:


2.2.1 Menggambar
Menggambar adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas
satu permukaan, mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna serta
menggambarkan gambaran mental yang jelas. Seterusnya, ilustrasi yang digunakan untuk
menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek. Penggunaan huruf diterangkan dalam
bentuk grafik sementara representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk dua dimensi dan
akhirnya gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu
imej atau objek.

37

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

Kegiatan Menggambar

Terdapat berbagai-bagai jenis kegiatan atau teknik menggambar. Antaranya adalah seperti
berikut :-

Kegiatan

Maksud
Merujuk Kamus Oxford, ' The art of representing by

1. Lukisan

line, delineation without colour or with a single colour


yang bermaksud lukisan ialah garisan yang membentuk
imej dengan menggunakan media kering.
Lukisan juga merupakan pengetahuan awal yang
dibuat untuk meluahkan perasaan yang berbentuk imej
dengan menggunakan media kering. Lukisan adalah
karya seni atau hasil seni yang dihasilkan atas sesuatu
permukaan.
Lukisan ialah garisan yang membentuk imej dengan
menggunakan titik, garisan dan ton, pada sesuatu
permukaan.

Melalui

proses

ini

pelukis

dapat

menyampaikan mesej berbentuk visual (gambar) tanpa


menggunakan bahasa. Melalui lukisan pelukis dapat
melahirkan perasaan
Lukisan dihasilkan dengan menggunakan alatan
Jadual 2.1

seperti pensel, pensel warna, pen, magic pen, maker


pen, kryon, soft pastel, charcoal, berus dan dakwat serta
pen teknikal.
Rumusan Lukisan merupakan hasil kerja seni yang
dibuat

dengan menggunakan media kering di atas

sesuatu permukaan bagi meluahkan perasaan yang


berbentuk imej.

38

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

2. Catan

Proses

melukis

dengan

menggunakan

bahan

pewarna yang disapu ke atas sesuatu permukaan. Alat


dan media yang digunakan seperti cat atau pewarna (cat
air, cat minyak, fresko, arkrilik, tempera,poster, cat
emulsion, pelaka), kertas, kanvas, air, minyak linsid ,
turpentin, plat pembancuh warna dan sebagainya.
Catan juga sebagai latihan mengaplikasikan pigmen
dari

satu

media

ke

atas

permukaan

seperti

kertas,kanvas, papan batu, simen, dinding, dan lain-lain


yang sesuai juga satu hasil kerja estetik dicipta dengan
mengaplikasikan warna basah ke atas permukaan 2D.
Melalui

catan,

pelukis

dapat

meluahkan

perasaan,membuat komen sosial, merakam peristiwa


Jadual 2.2

dan cerita. Catan dapat merakamkan gambar visual


sebenar.

3. Kolaj

Cara menghasilkan karya dengan menggunakan teknik


tampalan dari gubahan bahan-bahan seperti pelbagai
jenis kertas,bahan buatan manusia yang bersesuaian
dan bahan alam semulajadi ke atas permukaan seperti
kertas ,plastik atau papan secara bebas dan boleh
bertindih.
Satu komposisi artistik daripada imej atau gambar
yang berlainan, latarbelakang yang berlainan dan
daripada berbagai warna dan corak.

Teknik tampal

menampal dalam menghasilkan karya seni


Jadual 2.3

dan

membuat gambar serta membuat rekaan.

39

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

4. Montaj

Menampal dan melekatkan gambar-gambar pada


suatu

permukaan

untuk

menyampaikan

mesej

pengajaran, kecintaan, kecuaian, peperangan, alam


sekitar dan sebagainya.
Montaj juga bermaksud satu hasil seni mengandungi
sebahagian daripada imej yang sedia ada yang disusun
supaya

bercantum

bertindih,

menghasilkan satu imej.

Kini

diubahsuai

montaj

untuk

diaplikasikan

dalam sesuatu rancangan terutamanya di bahagian


pengenalan

sebelum

sesuatu

program

dijalankan.

Dihasilkan mengunakan slaid-slaid dalam Microsoft


Jadual 2.4

5. Cetakan

Powerpoint.

Secara umum hasil seni yang sama/gambar serupa


dapat dihasilkan lebih dari satu. Menghasil karya dengan
mencetak, menggunakan sifat timbul dan tenggelam
pada sesuatu blok atau skrin. Cetakan merupakan kesan
daripada gubahan yang dihasilkan oleh pelukis pada
permukaan plat atau blok, di mana permukaan blok diukir
atau diguris. Ia merupakan satu proses menekan, blok,
huruf atau gambar di atas kertas, kain atau bahan-bahan
lain.
Cetakan juga satu proses terapan blok,plat atau skrin

Jadual 2.5

ke atas sesuatu permukaan. Hasil seni melalui cetakan


dapat

dihasilkan

mengikut

beberapa

edisi

yang

dikehendaki.

40

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

6. Gosokan

Gosokan bermakna pemindahan reka bentuk atau


corak dari sesuatu permukaan ke permukaan lain
dengan cara menggosokkan pensel di atas permukaan
yang hendak dipindahkan. Gosokan juga dianggap satu
eksplorasi permukaan supaya dapat mengmbangkan
pemahamanan dalam penggunaan jalinan dan ton.
Rumusan Gosokan adalah satu proses hasil kerja
seni untuk merekodkan corak permukaan yang berjalinan

Jadual 2.6

dengan menggunakan proses menggosok. Hasil cetakan


dibuat dengan menggosokkan kertas menggunakan
dakwat, pensel, kapur, arang ke atas satu permukaan
yang mempunyai jalinan.

7. Resis

Suatu kaedah melukis cat air dengan sapuan warna


ke permukaan yang telah disapukan dengan lilin di
bahagian-bahagian

yang

tidak

hendak

dicat

atau

diwarnakan. Teknik ini menyebabkan kertas yang diliputi


lilin bertindak sebagai alat untuk membuat garisan atau
lakaran di atas kertas dan diwarnakan di permukaannya.
Teknik ini menyebabkan permukaan kertas yang diliputi
lilin tidak akan menyerap warna dan hasilnya terbentuk
gubahan dalam keadaan warna asal.
Jadual 2.7

8. Percikan

Hasil percikan adalah titisan warna yang direnjis di atas


kertas untuk menghasilkan satu gubahan terkawal,
bahagian yang ditutup dan permukaannya tiada terlekat
dengan warna. Mengikut buku

Glosari Seni Lukis

percikan membawa maksud corak-corak tompok dan titik

41

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

pada lukisan cat.

Jadual 2.8

9. Mozek

Mozek
dipotong

adalah
mengikut

susunan
saiz

kepingan

yang

kertas

yang

sama dan disusun

bersebelahan seperti bentuk mozek. Satu reka bentuk


atau gambar yang dibuat daripada serpihan kaca, kayu,
marmar atau pecahan tembikar. Karya yang dihasilkan
secara menyusun dan menambah bahan-bahan seperti
kertas, plastik,kepingan jubin

dan lain-lain ke atas

sesuatu permukaan secara tersusun,bersebelahan dan


Jadual 2.9

tidak bertindih.

2.2.2 Membuat Corak dan Rekaan


Corak ialah susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Oleh itu
corak terdiri daripada corak terancang dan corak tidak terancang. Corak juga boleh terbentuk
daripada bukan motif secara bebas atau corak tidak terancang. Motif ialah sama ada rupa atau
bentuk asas dalam satu-satu

rekaan atau gubahan. Ia terdiri daripada motif flora, fauna,

geometrikal dan organik. Corak Tradisi ialah corak yang mempunyai motifnya tersendiri dan
mempunyai nama-nama tertentu yang berunsur tradisi.

42

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

Motif fauna bagi batik

Ilustrasi 2.1

Motif geometrikal

Motif flora bagi batik

Ilustrasi 2.2

Ilustrasi 2.3

Corak Tradisi ialah corak yang mempunyai motifnya tersendiri dan


mempunyai nama-nama tertentu yang berunsur tradisi.

Corak pucuk rebung

Ilustrasi 2.4

PENGHASILAN CORAK

Terdapat dua cara untuk mendapatkan corak iaitu:

43

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

i Corak Terancang dibuat menggunakan motif yang disusun dengan teratur dan dalam
susunan tertentu. Motif ini menghasil kan corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan,
termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak.

Ilustrasi 2.5
Contoh corak terancang

ii

Corak Tidak Terancang atau bebas - Corak Tidak Terancang dihasilkan secara bebas

tanpa mempunyai motif tertentu. Ia boleh dihasilkan dengan cara seperti merenjis, meniup,
mengayak, menggolek dan sebagainya.

Ilustrasi 2.6
Contoh corak tidak terancang

CORAK TERANCANG

CORAK TIDAK TERANCANG

1.

Kolaj

1.

Gurisan

2.

Mozek

2.

Pualaman

3.

Capan

3.

Titisan

4.

Stensil

4.

Resapan

44

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

Jadual 2.10 Teknik Mencorak

JENIS-JENIS SUSUNAN DALAM CORAK DAN REKAAN

Berikut adalah jenis-jenis susunan dalam corak dan rekaan:

(a) Susunan Ulang Sekata - Motif yang diulang secara berurutan dalam baris dan lajur yang
sama bagi menghasilkan corak yang menarik. Susunan corak ini selalunya menggunakan
garisan grid sebagai panduan.

(b) Susunan Berselang Seli - Motif yang disusun secara berselang seli di antara motif yang lain
atau diantara ruangan yang kosong. Penggunaan garisan grid dapat membantu menghasilkan
corak yang menarik dan teratur.

(c) Susunan Batu-bata - Motif disusun secara berurutan pada baris atau lajur yang sama. Motif
seterusnya disusun di antara pertemuan dua motif yang sebelumnya.

(d) Susunan Bertimbal - Motif ini diwujudkan secara cerminan. Motif akan kelihatan dalam posisi
yang bertentangan.
AKTIVITI 1.4
(e) Susunan Bertindih - Motif yang sama disusun secara bertindih atau bertindan antara satu
sama lain sehingga membentuk corak yang menarik.

(f) Susunan Beralun - Motif yang dihasilkan kelihatan berombak dalam bentuk garisan yang
sekata atau tidak. Motif yang digunakan boleh terdiri daripada motif yang sama atau berbeza.

45

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

(g) Susunan Berpusat - Motif susunan berpusat, berpunca daripada satu titik tengah yang
dikembangkan. Motif ini boleh dihasilkan dalam bentuk bulatan, segiempat, hexagon, oktagon
dan sebagainya.

Teknik Mozek
Susunan bahan yang ditampal di atas satu permukaan kertas secara sebelah menyebelah
dan tidak bertindih tindih. Susunan bahan yang ditampal perlu mengikut corak yang
dirancang.
Bahan untuk mozek
1. Mozek kertas
2. Mozek manik
3. Mozek labuci
4. Mozek bijirin
5. Mozek lidi
6. Mozek syiling
7. Mozek kertas creep

Alatan dan Bahan


1. Gunting
2. Kertas creep pelbagai warna
3. Gam

46

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

Langkah-langkah aktiviti

Alatan dan bahan

Gentel kertas creep untuk membuat


bola bola kecil.

Gunting kertas creep dalam bentuk segi


empat tepat dengan saiz 3 cm.

Lukis garisan grid susunan corak


yang dipilih batu-bata.

47

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

Lukis lakaran motif pada susunan corak

Tampal bola bola kertas creep secara


sebelah menyebelah mengikut motif dan
warna yang sesuai

Hasil corak

Gambar 2.1 Langkah-langkah Penghasilan


2.2.3 Membentuk dan Membuat Binaan
Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi pelajar terhadap aspek seni dari segi
bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut pelajar dapat
memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu model. Bidang
kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan pelajar dengan penggunaan
pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi
secara kreatif dengan alat dan bahan, semasa menjalankan proses penghasilan seni.
Bidang kegiatan dan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi 9 aktiviti
seperti berikut:
Arca timbul

Arca stabail

Boneka

Arca asemblaj

Model

Topeng

Arca mobail

Diorama

Origami

Jadual 2.11 Aktiviti Membentuk dan Membuat Binaan


ALAT, BAHAN DAN TEKNIK PENGHASILAN
(a)

Arca timbul

48

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

Bahan/Alat

Teknik Penghasilan dan


Peralatan
yang Berkaitan

Kepingan
kayu, plaster
of Paris, batu,
kayu, plastik,
kertas lumat,
papier-mache
dan tanah liat.
Pahat, penukul,
alat pengukir,
pengikis, kikir
pari, kertas
pasir dan lainlain.

Bentuk tiga dimensi


tersembul
keluar dari permukaan
dua dimensi
yang rata atau dipahat
keluar yang
akhirnya menonjolkan
objek
ke permukaan.
Ia boleh di buat secara:
- Acuan
- Tampalan
- asemblaj
- binaan

Contoh

Still Life With


Musical
Instruments oleh
Jacques Lipchitz
(18911973)

Jadual 2.12 Arca Timbul


(b)

Arca Assemblaj

Bahan/Alat

Kayu, logam,
batu, simen,
bongkahbongkah,
spare-part
kenderaan,
bahan
kutipan,
besi dan
sebagainya.

Teknik Penghasilan dan


Peralatan
yang Berkaitan
Bahagian atau komponen
yang
berlainan yang dicantum
dan
menjadi satu kesatuan
objek dan
menjadi satu konsep
bermakna.
Teknik hasilan:
- Kimpalan
- Binaan
- cantuman skru/
paku, gam

Contoh

Bicycle Wheel oleh


Marcel
Duchamp (18871968),
Perancis.

Jadual 2.13 Arca Assemblaj

(c)

Arca Mobail

49

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

Bahan/Alat

Besi, dawai,
kertas,
tali-temali,
kepingan
logam dan
kadbod.

Teknik Penghasilan dan


Peralatan
yang Berkaitan

Contoh

Bahagian-bahagian
dicantum untuk membentuk
satu kesatuan. Digantung
untuk menjadikan objek
bergerak, berputar atau
berombak.
Teknik yang digunakan:
- Kimpalan
- Gam
- Skru
- ikatan

Horizontal Spines
oleh
Alexander Calder, 1942

Jadual 2.14 Arca Mobail

(d)

Arca Luakan

Bahan/Alat

Teknik Penghasilan dan


Peralatan
yang Berkaitan

Kertas tebal,
loyang,
gangsa,
plywood,
zink, akar
kayu,
papan dan
sebagainya

Bentuk yang digubah


untuk
tujuan membuat sesuatu
objek
konkrit. Contohnya model
buah-buahan.
Teknik yang digunakan:
- Kayu
- Plaster of Paris

Contoh

Womans head oleh


Pablo
Picasso, 1909

Jadual 2.15 Arca Luakan

2.2.4 Mengenal Kraf Tradisional

50

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

Kraf Tradisional boleh didefnisikan sebagai perusahaan atau kerja-kerja berunsurkan seni
yang melibatkan kemahiran kerja-kerja tangan serta memerlukan daya cipta dan kreatif
masyarakat yang diwarisi turun temurun mengikut kaum masing-masing.

Kraf tradisional terdiri daripada 8 jenis, iaitu:

Jenis Kraf

Contoh Kraf

Alat Domestik
merupakan peralatan yang dicipta
dan digunakan untuk memberi
kemudahan dan digunakan sebagai
peralatan harian kepada masyarakat
tradisional pada ketika itu. Teknikteknik untuk menghasilkan alat
domestik di atas ialah teknik luakan,
teknik asemble dan teknik ukir.

Alat Permainan - disini bermaksud


alat permainan tradisi yang
kebiasaannyadimainkan untuk
mengisi masa lapang selepas kerjakerja menuai padi.

Alat Pertahanan Diri - dipanggil


senjata. Senjata adalah alat
keperluan manusia di zaman purba.
Senjata digunakan untuk memburu
dan juga untuk mempertahankan diri.

51

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

Batik - merupakan sejenis kraf yang


dihasilkan melalui proses menerap
lilin dan mewarnakan kain.

Seni Tekat - termasuk dalam jenis


tekstil yang dihasilkan dengan cara
menyulam benang ke atas kain dasar
jenis baldu.

Tembikar - adalah hasil barangan


kraf yang diperbuat daripada tanah
liat, dibentuk dan dibakar.

Seni Anyaman - merupakan satu


proses menjalin helaian daun
pandan, mengkuang, bilah buluh,
rotan, lidi, bertam, paku-pakis riburibu atau bahan-bahan lain dengan
menggunakan cara dan peraturan
tertentu melalui teknik selang-seli
helaian antara satu sama lain.
Seni Ukiran Kayu - merupakan
sejenis kraf tangan Melayu
tradisional yang digunakan untuk
menghiasi rumah kediaman yang
menjadi kebanggaan masyarakat
pada zaman dahulu. Ukiran kayu
tradisional dianggap sebagai hasil
kreativiti orang Melayu dalam bentuk
tampak dan mendapat tempat yang
istimewa di kalangan masyarakat di
negara ini.
Jadual 2.16 Jenis-jenis Kraf Tradisional

ALAT DAN BAHAN SENI TEKAT

Alat

Bahan

52

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

Pemidang kayu
berkaki dan cuban.

Benang emas, benang putih, kain dasar baldu, kertas


tebal, gam dan rotan saga.
Jadual 2.17

2.25 Proses Menyulam


Proses

Proses
penciptaan

Persiapan
pemidang

Membentuk
mempulur

Menyulam

Penerangan
Dimulakan dengan menyiapkan pemidang dengan
meregang kain putih, kemudian diikuti dengan
menyediakan mempulur atau isi tekat dari kertas atau
rotan sega. Setelah persiapan ini selesai barulah
proses menyulam atau penciptaan tekat dimulakan.
Penggunaan pemidang berkaki atau tidak, dimulakan
dengan meregangkan kain putih di atasnya. Bahagian
pinggir atau tepi kain putih yang berukuran panjang
persegi dimasukkan batang pinang yang telah
dihaluskan. Cara ini dilakukan untuk membuat telinga
kain. Melalui bahagian ini, kain putih diikatkan ke
bingkai pemidang. Dengan cara ini kain menjadi
tegang. Di atas kain putih ini kain baldu sebagai dasar
dilekatkan dengan menyembat kasar.
Mempulur atau tempulur ialah isi tekat untuk motif
dan ragam hias. Bentuk motif dilukis di atas beberapa
helai kertas yang telah dilekat tindih (enam hingga
lapan helai). Kemudian bentuk motif dipotong dan
diasingkan dari kepingan kertas. Potongan-potongan
mempulur inilah yang dilekat kan di atas kain dasar
tekat sebelum proses menyulam benang emas
dimulakan.
Benang emas dari cuban merentasi bahagian batang
mempulur dari titik A ke titik B. Di titik A benang emas
akan ditindih dan diikat jahit oleh benang putih melalui
jarum yang sedang matanya.
Jarum yang sederhana matanya disesuaikan dengan
lebar batang mempulur.
Jadual 2.18

53

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

TAJUK 3

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

Pengenalan
Kaedah ialah cara atau peraturan digunakan untuk melaksanakan sesuatu merujuk kepada
satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran dalam jangka
masa yang pendek. Kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan
langkah-langkah penyampaian yang tersusun.

54

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

Hasil pembelajaran
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat;
1. Memahami kaedah pengajaran dan pembelajaran PSV.
2. Mengaplikasi pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran PSV.
3. Mengaplikasi kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran PSV melalui
pengajaran mikro dan makro.
3.1

Mengenal Konsep Kaedah dan Teknik Dalam Pengajaran dan Pembelajaran PSV

3.1.1

Kaedah

Pada umumnya, kaedah ialah cara atau peraturan digunakan untuk melaksanakan sesuatu.
Berlainan dengan pendekatan, kaedah merujuk kepada satu siri tindakan guru yang sistematik
dengan tujuan mencapai objektif pelajaran spesifik dalam jangka masa yang pendek. Dengan
perkataan lain, kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan
langkah-langkah penyampaian yang tersusun.

Menurut Edward M.Anthony (1963), kaedah merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan yang
dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun,

berlandaskan kepada sesuatu

pendekatan yang dipilih. Huraian ini bermakna kaedah-kaedah yang dipilih untuk proses
pengajaran dan pembelajaran harus berdasarkan kepada suatu pendekatan yang berkaitan
dengan model, prinsip atau teori pembelajaran. Misalnya, didalam pendekatan daripada spesifik
kepada umum, iaitu pendekatan induktif, guru boleh menggunakan kaedah inkuiri-penemuan
yang mengandungi lima prosedur yang tersusun seperti berikut:-

1.

Prosedur Pertama

Mengenal pasti masalah

2.

Prosedur Kedua

Merancang penyelesaian

3.

Prosedur Ketiga

Mengumpul maklumat

4.

Prosedur Keempat

Membuat tafsiran

5.

Prosedur Kelima

Membuat kesimpulan

Di dalam sesuatu pendekatan pula, terdapat beberapa kaedah mengajar yang boleh digunakan.
Oleh itu, selain kaedah inkuiri penemuan, guru juga boleh menggunakan kaedah Socrates,
iaitu; Kaedah Induktif, Kaedah Penyiasatan, Kaedah Kerja Praktis, Kaedah Dapatan dan
sebagainya dalam pendekatan daripada spesifik kepada umum.

55

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

3.1.2 Teknik
Menurut Edward M.Anthony (1963), teknik mengajar merujuk kepada satu muslihat, atau
strategi, atau satu kemahiran yang digunakan oleh guru dengan tujuan untuk mencapai objektif
pelajaran secara optimum. Di antara teknik-teknik mengajar yang biasa digunakan oleh guru
ialah; Teknik bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi dan hafalan,
penyoalan, sosiodrama, main peranan, simulasi, penyelesaian masalah, pemudahcara,
sumbangsaran, permainan dan sebagainya.

Tujuan menggunakan variasi teknik mengajar dalam situasi pengajaran ialah untuk menarik
perhatian pelajar, mengekalkan perhatian serta membangkitkan minat serta rasa ingin tahu
seterusnya bagi mencapai objektif pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari itu.

Oleh itu, teknik mengajar yang dipilh haruslah berdasarkan kepada peringkat umur,
kecerdasan, kebolehan dan minat pelajar. Contohnya, mengikut kajian Piaget, dalam
perkembangan kognitif kanak-kanak yang berumur 6 hingga 11 tahun, teknik mengajar yang
sesuai digunakan untuk menyampaikan konsep ialah bercerita dan permainan dengan
menggunakan pelbagai bahan konkrit.

Berikut adalah contoh antara teknik yang sesuai dengan aras kemahiran objektif pelajaran :Aras Kemahiran

Teknik Mengajar

Pengetahuan

Latih Tubi

Kefahaman

Syarahan

Aplikasi

Tunjukcara (Demonstrasi)

Analisis

Penyoalan

Sintesis

Perbincangan

Penilaian

Sumbangsaran

Jadual 3.1: Perhubungan Aras Kemahiran Objektif Pengajaran dengan Teknik Mengajar

56

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

3.2 Kaedah individu dan kumpulan dalam PSV

Kaedah Individu

Menumpukan perhatian kepada seorang individu atau murid.

Berbeza dari segi intelek, minat, kecekapan, daya cipta, dan kebolehan-kebolehan lain.

Kesemua

pengajaran individu

diwujudkan dengan mengambil

kira

perbezaan

pencapaian serta kadar kepantasan murid.

Murid-murid boleh belajar mengikut kemampuan sendiri.

Dijalankan dalam dua matlamat mengikut tujuan dan objektifnya.

Pengajaran biasa yang bertujuan untuk mengatasi masalah-masalah pembelajaran yang


dihadapi oleh individu-individu tertentu.

Sesuai untuk pengajaran pemulihan

Memperkaya pengalaman pembelajaran individu.

Belajar tanpa bergantung pada bantu guru tetapi memerlukan bimbingan guru.
Sumber pembelajaran dirancangkan supaya setiap pelajar mengkaji/memahami objektif
pembelajarannya dan bertindak sendiri untuk mencapai objektif-objektif ini.

Hubungan guru dan murid paling minima.

Bahan-bahan belajar sendiri disusun dengan tujuan supaya murid akan mencapai
kemajuannya sendiri mengikut kebolehan dan keupayaan masing-masing.

Kaedah ini menegaskan fleksibiliti dari segi masa, aktiviti-aktiviti diagnostik dan
pemulihan, pemilihan bahan-bahan mengikut kemampuan sendiri serta tempat belajar
dan cara mempelajarinya.

media seperti bahan-bahan bercetak, bahan-bahan tayangan, filem slaid atau strip, pita
rakaman video, dan lain-lain boleh digunakan.

Aktiviti pengajaran terancang atau pukal pembelajaran sendiri adalah amat penting.

Kaedah Kumpulan

Menurut Gibb (1969) ia didefinisikan, beberapa orang individu yang mempunyai tujuan
yang sama, saling berhubungan dan bertukartukar pendapat serta fikiran dan
bergantung di antara satu sama lain atau berganding bahu dalam apa juga aktiviti untuk
mencapai objektif mereka.

L.M.Smith (1969) pula menyatakan; unit sosial yang terdiri daripada beberapa individu
yang berinteraksi di antara satu sama lain, mempunyai nilai nilai yang sama dan saling
bergantung di antara mereka.

57

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

Berasaskan kepada perubahan strategi pengajaran yang berorientasikan guru kepada


berpusatkan pelajar.

Ianya bertujuan supaya pelajar dapat menguasai kemahiran yang tertentu.

mengikut kadar pembelajaran yang sepadan dengan kebolehan mereka .

3.3 Kaedah simulasi, sumbangsaran, projek, akses kendiri dan kembara visual.

Simulasi

Murid dapat gambaran atau contoh pengalaman secara spontan.

Melibatkan gambaran-gambaran murid terhadap sesuatu situasi atau keadaan dan


kemudian melakonkannya tanpa sebarang skrip.

Disebut juga sebagai ambil peranan atau sosiodrama yang mementingkan interaksi
individu serta kumpulan.

Dikelolakan sama ada dalam satu kumpulan kecil atau besar.

Berkesan terutama melibatkan aktiviti komunikatif.

Membolehkan murid berinteraksi dengan menggunakan bahasa dalam situasi sosial


yang disediakan olok-olok oleh guru dalam bilik darjah.

Murid perlu membayangkan keadaan situasi sosial yang sebenar terlebih dahulu
sebelum dapat berinteraksi dalam situasi-situasi tersebut.

Guru merancang aktiviti yang melibatkan murid berlatih untuk berinteraksi dalam situasi
sosial yang berlaku seharian di luar bilik darjah.

Guru boleh memberi peranan-peranan tertentu kepada beberapa orang murid dan
kemudian meminta mereka melakonkan peranan-peranan tersebut secara spontan.

Murid mempunyai kebebasan untuk memilih sendiri bahasa yang hendak digunakan
dalam situasi yang diberi oleh guru.

Murid juga diberi kebebasan untuk memperkembang watak yang diberi.

Dirancang oleh guru dengan teliti.

Menekankan perkara berikut;


-

Sebelum : terangkan terlebih dahulu kepada kelas situasinya.

Sewaktu : murid-murid lain diminta memerhati. Pemain-pemain peranan harus tidak


terkeluar daripada peranan mereka. Apabila tiba masa yang sesuai, guru
menamatkannya.

Bincangkan peranan yang telah dilakonkan oleh murid.

58

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

Sumbangsaran

Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang merupakan
satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan
pendapat dan idea.

Boleh didekati sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah dan
berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebih serius dan kompleks pada
peringkat sekolah menengah, universiti dan latihan profesional.

Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kreatif dan bukan


pembelajaran secara analitis.

Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat murid.

Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas.

Semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk dibincangkan
dalam sesi umum.

Setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-betul layak.

Setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan cadangan.

Pelajar digalakkan menyumbang seberapa banyak idea

Suasana perbincangan yang tidak formal hendaklah diwujudkan.

Pastikan peruntukan masa untuk sesi sumbangsaran adalah patut dan mencukupi.

Digalakkan menggunakan prinsip 5W + 1H ( What? Why? Who? Where? When? +


How? )

Cadangan dan idea yang dikemukakan tidak boleh dikritik.

Setiap kumpulan dimestikan mempunyai ahli-ahli yang pelbagai kebolehan.

Projek

Projek adalah satu kaedah yang mana pelajar menjalankan sesuatu eksperimen atau
aktiviti didalam situasi yang sebenar dan menghasilkan sesuatu.

Ia merupakan sesuatu aktiviti dijalankan oleh pelajar di dalam atau di luar bilik darjah
dan mereka belajar melalui proses menghasilkan sesuatu.

Tujuan kaedah projek ialah memperkembangkan daya kreatif pelajar dan meluaskan
pengalaman pelajar semasa menjalankan projek.
Ia juga membantu pelajar bekerjasama dan menanamkan sikap positif dalam
menghasilkan sesuatu projek.
Ia juga dapat memperkembangkan pembelajaran melalui pengalaman melaksanakan

59

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

aktiviti.
Projek yang hendak dibuat hendaklah bermakna dan membawa manfaat kepada pelajar.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk projek hendaklah mudah diperolehi.
Projek yang sesuai dengan objektif pelajaran.
Kelebihan kaedah projek ialah pelajar memperoleh kejayaan dan perasaan kepuasan
jika dapat menyelesaikan projek. Pengetahuan yang di perolehi kekal dan berkesan.
Akses Kendiri
Seseorang pelajar belajar apa yang ia kehendaki pada kadar sendiri di sesuatu tempat
yang disediakan. Tempat ini dikenali sebagai Pusat Akses Kendiri.
Ciri-cirinya memerlukan tempat yang selesa, koleksi bahan bacaan dan rujukan, setiap
unit pelajaran dibahagikan kepada unit yang terkecil dan setiap unit disimpan di dalam
folder yang berasingan.

Setiap unit disertakan dengan arahan, latihan dan jawapan.

Penggunaan Pusat Akses Kendiri terbahagi kepada, Ikut Jadual dan Tanpa Jadual

Setiap pelajar mempunyai kad rekod kemajuan.

Peranan guru menentukan aras kecerdasan pelajar, mengenalkan konsep akses


kendiri, pemudahcara (bila perlu) dan memantau rekod pencapaian dan membuat
komen.

Kaedah yang boleh digunakan ialah seperti terarah kendiri, mesra pengguna,
Maklum balas semerta, masa kendiri, kadar kendiri dan bersendirian tanpa
pengawasan.

Kembara Visual

Kembara visual ialah satu aktiviti sokongan yang membolehkan pelajar memerhati apa
yang mereka telah belajar dalam situasi sebenar.

Pelajar dapat mengumpul maklumat secara langsung dan guru boleh mengajar sesuatu
yang tidak boleh dibawa masuk ke dalam bilik darjah.

Tujuan lawatan ialah meningkatkan pemahaman sesuatu konsep kerana pengalaman


secara langsung.

Tujuan lawatan ialah menggalakkan penggunaan pelbagai deria dan ini membawa
kesan kepada pembelajaran.

60

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

Tujuan lawatan ialah ia memberi peluang kepada pelajar untuk memerhati perkaitan
antara bahan maujud dan proses-proses yang berlaku.

Kaedah ini juga menggalakkan pelajar untuk mengaitkan pengalaman di luar bilik darjah
dengan pembelajaran kandungan di sekolah.

Ia juga menggalakkan pembelajaran eksperimental dan lebih menyeronokkan kerana


perbincangan bermakna bermakna berlaku dalam proses mengumpul maklumat.

Kaedah lawatan juga dapat memberi peluang pelajar mengalami situasi sebenar dan ini
akan mengekalkan ingatan pelajar terhadap perkara-perkara yang diajar.

Garis panduan teknik membuat lawatan:

Sebelum
Persediaan - tentukan tempat, objektif, tempat, jadual lawatan, agihan tugas AJK, taklimat
lawatan.
-Surat/panggilan telefon/layari internet jika perlu.

Semasa
Perlaksanaan aktiviti ikut jadual, kawal semua murid, memberikan makluman
Selepas
Tindakan susulan - adakan perbincangan tentang nilai yang terkandung dalam lawatan
kesesuatu tempat itu. Ceritakan pengalaman tentang lawatan dalam kelas / persatuan /
perhimpunan sekolah. Hasilkan laporan dalam pelbagai bentuk seperti buku skrap, koleksi
gambar, lukisan dan lain-lain.

3.4 Teknik soal jawab dan teknik memberi arahan.

Teknik soal jawab


Merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan.
Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang
berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan.
Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan
dengan isi pelajaran dan murid dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya.

61

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan murid berfikir disamping dapat menguji dan
menilai apa yang diajar.
Untuk mengesan pengetahuan asas seni murid.
Untuk menggalakkan murid berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis.
Untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang telah ditunjuk ajar.
Memberi masa untuk murid berfikir menjawab soalan.
-Contohnya, guru memberi ruang masa kepada murid ketika menjawab soalan
berkenaan beberapa warna harmoni yang terdapat dalam gambar tersebut

Guru mengendalikan jawapan murid yang salah dengan baik. Misalnya, tidak memarahi
murid apabila soalan yang dijawab itu salah.
-Contohnya, bagus kerana menjawab, tetapi jawapan yang lebih baik ialah campuran
warna primer akan menghasilkan warna sekunder.

Guru perlu mendorong murid untuk menjawab sesuatu soalan yang diberi.
Contohnya, guru membuat tunjuk cara untuk menghasilkan topeng muka kartun
kegemaranku terlebih dahulu. Kemudian bantu murid ketika melaksanakan tugasan
yang diberikan. Dorongan ini boleh dalam bentuk petunjuk-petunjuk yang dapat
membantu murid-murid melaksanakan tugas dengan lebih baik.

Guru meminta murid menceritakan atau menjelaskan jawapan yang tidak jelas atau
tidak lengkap.

Teknik soal jawab ini boleh dilaksanakan mengikut aras rendah kepada aras tinggi.
Soalan-soalan yang diberikan memerlukan laporan dari aspek perasaan, pendapat atau
kegemaran, mengubah bentuk maklumat seperti membuat perbandingan, rumusan, dan
menyusun semula nilai maklumat yang diberikan misalnya, melaksanakan tugasan
berdasarkan prosedur yang diberikan.

Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar,
dapat mengapresiasikan sesuatu karya estetik dengan lebih baik di samping dapat
mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.

Teknik memberi arahan

Guru mengawal APA yang akan dipelajari, BAGAIMANA ia dilakukan serta MULA dan
AKHIR sesuatu aktiviti.

Pelajaran yang menggunakan gaya ini mungkin menggunakan prose yang dicadangkan
oleh Gallahue (1995)

Tujuan teknik ini;

62

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

- Mengawal penuh pengajaran


- Memilih aktiviti
- Menentukan bagaimana dan bila
- Mengawal tingkah laku
- Menilaikeputusan
- Menjimatkan masa untuk membuat percubaan

Guru memberi penerangan ringkas dan membuat demostrasi tentang kemahiran yang
digunakan.

Guru memberi komen am tentang prestasi kelas.

Jika perlu,guru memberi penerangan lanjut dan membuat demostrasi lanjut

Guru mengarahkan murid-murid mengeluarkan bahan dan alat.

Guru meminta murid-murid duduk dalam kumpulan. Murid-murid menjalankan aktviti


kolaj dalam kumpulan. Guru memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada semua
kumpulan.

Guru menunjukkan cara-cara menghasilkan hasil kerja.

Kumpulan yang dapat menyiapkan hasil kerja dengan segera diminta untuk bersedia
untuk aktiviti pembentangan.

Guru meminta murid-murid lain memberi respon / komen tentang hasil rakan-rakan
mereka.

Guru memberi bimbingan kepada murid-murid selepas membuat pembentangan.

3.5 Teknik tunjukcara, teknik tindakbalas, teknik bercerita, teknik kawalan kelas,
menggunakan sumber bahan pengajaran dan pembelajaran.

Teknik tunjuk cara

Tunjuk cara ialah satu cara untuk melatih pelajar memerhati dan melakukan sesuatu
aktiviti mengikut prosedur.

Ia melibatkan demonstrasi guru atau seorang individu di hadapan kelas untuk


menunjukkan sesuatu aktiviti atau prosedur atau langkah.

Cara ini sesuai untuk pengajaran tarian, kemahiran hidup, lukisan, gimnastik atau
proses pengajaran yang menjalankan sesuatu aktiviti.

63

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

Memberi peluang kepada pelajar untuk benar-benar memahami apa yang hendak
dipelajari setelah melalui prosedur yang ditunjukkan.

Membuat pelajar menguasai konsep dan prinsip dengan mudah.

Meningkatkan ingatan pelajar terhadap langkah-langkah pelaksanaan sesuatu


eksperimen.

Meningkatkan keyakinan pelajar untuk menjalankan sesuatu aktiviti.

Membolehkan pelajar mencontohi sesuatu perlakuan dengan lebih mudah.

Kelebihan teknik tunjuk cara ini ialah memperkenalkan bahan pembelajaran baru
kepada pelajar melalui penglihatan dan pendengaran.

Tiga jenis tunjuk cara ialah model hidup, model simbolik dan model persepsi.

Untuk menghasilkan pembelajaran melalui tunjuk cara yang berkesan, guru hendaklah
mematuhi prinsip-prinsip berikut:

Sebelum demonstrasi

Guru hendaklah mematuhi topik, objektif, dan kandungan tunjuk cara.

Alatan dan bahan disediakan.

Tempat demonstrasi hendaklah jelas dan mudah dilihat.

Semasa demonstrasi

Guru hendaklah memandang ke arah pelajar semasa penerangan.

Terangkan semula sekiranya ada yang tidak jelas.

Selepas demonstrasi

Bincangkan dengan pelajar tujuan demonstrasi supaya mereka boleh membuat


rumusan dengan tepat.

3.6 Teknik penerangan menggunakan contoh, ilustrasi dan sumber P&P.

Menurut Edward M. Antony;1963, kemahiran guru digunakan untuk pengelolaan dan


pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Kaedah membentuk teknik seperti teknik bercerita (teknik penyampaian)

Satu muslihat, strategi atau kemahiran digunakan guru dengan tujuan mencapai objektif
pelajaran secara optimum.

64

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

Teknik pembelajaran yang dilaksanakan di bawah penyeliaan guru.

Mempelbagaikan perbendaharaan kata untuk mendapatkan hukum.

Memperkenalkan pengetahuan dan pengalaman.

Mengakumulasikan maklumat untuk membentuk hukum.

Membentuk kesimpulan daripada contoh-contoh tertentu.

Pengajaran dengan mengemukakan generalisasi dan kemudian diikuti oleh contohcontoh.

Bermatlamatkan pemerolehan struktur kognitif.

Membentuk satu tatacara yang berkesan bagi mengajar kemahiran bahasa iaitu
memahami, menulis dan bertutur.

Generalisasi pada permulaan pengajaran mestilah dinyatakan secara eksplisit.

Contoh-contoh yang digunakan mestilah sesuai dan mencukupi.

Contoh hendaklah bertepatan dengan isi pelajaran.

Contoh mestilah betul supaya murid dapat meniru dan menghasilkan contoh yang lain.

Cara mudah untuk menyampaikan isi pelajaran.

Menjimatkan masa dan tenaga, tidak perlu membuat banyak persediaan.

Teknik ini patut dan sesuai digunakan oleh kerana secara tradisinya, guru patut
memberikan penerangan sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran.

TAJUK 4

PROSES PENGAJARAN MIKRO DAN PENGAJARAN MAKRO

Proses Pengajaran dan Pembelajaran Mikro dan Makro

Pengenalan
Pengajaran mikro dan makro biasa bagi semua guru kerana mereka pernah mengalaminya
semasa mengikuti kursus perguruan di universiti atau di institit pendidikan. Bakal guru, mereka

65

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

akan mengalaminya sebelum mereka keluar membuat latihan mengajar. Melalui pengajaran
mikro dan makro anda didedahkan dengan pengajaran seolah-olah di dalam bilik darjah dan
anda akan mengetahui kelemahankelemahan dan kekuatan-kekuatan anda melalui komen
yang dibuat oleh pensyarah atau pun rakan sekuliah anda. Di samping itu anda berpeluang
menonton hasil pengajaran anda melalui rakaman yang dibuat di bilik mikro untuk anda sendiri
menilai pengajaran anda dan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan sendiri. Pengajaran
mikro amat penting untuk mengesan kelemahan-kelemahan setiap bahagian pengajaran
supaya dapat diperbaiki lebih awal.
Hasil Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran ini, anda akan dapat:

1. menjelaskan maksud pengajaran mikro dan makro;


2. menerapkan kemahiran-kemahiran dan teknik-teknik pengajaran di dalam pengajaran
mikro dan makro,
3. membuat pengajaran mikro dan makro
4. membuat refleksi.

4.1

Proses Pengajaran Mikro

Definisi Pengajaran Mikro:


Micro

: kecil, terbatas, sempit

Teaching : pembelajaran
Micro Teaching bererti suatu pembelajaran yang segala aspeknya diperkecil atau
disederhanakan.
Tujuan Umum

66

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

Tujuan micro teaching adalah untuk meningkatkan berbagai keterampilan mengajar sehingga
calon guru mampu menciptakan proses pembelajaran yang nefektif, efisien, dan menarik
(pembelajaran yang mendidik)
Tujuan Khusus:
-

Calon guru mampu menganalisis tingkah laku pembelajaran kawannya dan


dirinya sendiri

Calon guru mampu melaksanakan berbagai jenis keterampilan dalam proses


pembelajaran

Calon guru mampu mewujudkan situasi pembelajaran yang efektif, produktif, dan
efisien

Calon guru mampu bertindak profesional

4.1.1

Fokus penguasaan kemahiran mengajar

4.1.2

Perancangan dan persediaan

Perancangan:

a) Bidang kegiatan
b) Aktiviti
c) Tajuk
d) Konsep dan isi
e) Pemeringkatan isi
f) Aras pembelajaran
g) Kesesuaian alat dan bahan
h) Prosedur
i) Strategi pengajaran dan pembelajaran
ii) Persediaan:
a) Objektif pengajaran guru
b) Hasil pembelajaran-eksplisit
4.1.3 Perlaksanaan
4.1.4 Maklumbalas
4.1.5 Kemahiran-kemahiran pengajaran

CONTOH PENGAJARAN MIKRO:

67

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

Mata pelajaran
Kelas
Tarikh
Masa
Bilangan murid
Bidang pelajaran
Tajuk

:
:
:
:
:
:
:

Pendidikan Seni Visual


Tahun 4M
27/08/ 2012
12.15 tgh 12.45 tgh (30 minit)
42 orang
Membentuk dan membuat binaan
Membuat topi menggunakan teknik tampalan dan
guntingan kertas.

Hasil pembelajaran: Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat:


A:
1.
2.

Menguasai isi kandungan pelajaran


Mengetahui cara-cara untuk menghasilkan topi dengan teknik tampalan dan guntingan
kertas.
Menghasilkan topi yang menarik dan kreatif.

B:
1.
2.

Membina kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir


Menggunakan bahan untuk menghasilkan topi secara mudah.
Meningkatkan kawalan psikomotor murid dalan kegiatan menggunting, menampal.

C:
1.
2.

Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni


Menghasilkan gubahan corak mudah daripada motif yang dihasilkan
Memupuk sikap kerja dengan cermat dan teliti

Konsep/ prinsip/ hukum /teori:


Menghasilkan topi dengan pelbagai cara: menggunting, menyusun dan menampal.

Bahan, peralatan dan bahan sumber:


Pensel 2B, gunting, kertas warna, manila kad, gam, benang.

Langkah keselamatan:
Berhati-hati semasa menggunakan benda-benda yang tajam seperti gunting.
Pengetahuan sedia ada:
1. Murid-murid pernah memakai topi.
2. Murid-murid biasa melihat topi dalam hari jadi kawan.
Fasa

Hasil

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Strategi P&P

68

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

Permulaan/
Mencungkil
idea
(5 min)

Pembelajaran
Memperkenalkan
topi kepada
murid.

Menstruktur/ Penerangan
Menstruktur tajuk, alat dan
semula
bahan.
Langkah 1
(5 min)

Aktiviti Guru
Buat kaitan dengan
pengetahuan sedia
ada pelajar dengan
menyanyikan lagu
hari jadi.
Cungkil idea murid
dengan menyuruh
seorang murid ke
depan mengeluarkan
benda di dalam beg
yang dibawa oleh
guru.
Guru menyuruh
murid tersebut
memakai topi
tersebut.

Aktiviti Murid
Murid
menyanyikan
lagu hari jadi
dan menjawab
soalan.

Menerangkan
tentang tajuk
pelajaran.

Murid
mendengar
dengan teliti
tentang topi.

Murid yang
dipanggil ke
depan mengikut
arahan guru.

Strategi/ Teknik:
Penyoalan
seluruh kelas
menggunakan
Ramal-PerhatiTerang.
Menjalankan
aktiviti simulasi.
Sumber
pengajaran:
Topi hari jadi

KBKK
-mencirikan
-menjana idea

Menunjukkan hasil
kerja yang telah siap
kepada murid.

Sikap saintifik
dan nilai murni:
-Berhati-hati

Mengeluarkan alat
dan bahan yang
hendak digunakan
sambil menerangkan
fungsi alat dan
bahan tersebut.

Sumber
pengajaran:
Alat : Pensel 2B,
gunting, gam.
Bahan : Kertas
warna, benang,
kad manila.

Memperingatkan
murid-murid supaya
menggunakan alat
seperti gunting
dengan cermat dan
baik.

Langkah 2
(5 min )

Langkah 1
lukiskan satu
bulatan besar di
atas kad manila.
Langkah 2
gunakan gunting
untuk
menggunting
bulatan besar.

Menerangkan teknikteknik menghasilkan


topi hari jadi
berpandukan
tayangan slaid.
Berpandukan
langkah kerja, guru
menerangkan sambil

Murid memberi
perhatian,
mendengar,
memerhatian
dan menyoal
apabila kurang
faham.

Strategi:
Perbincangan
kumpulan.
Sumber
pengajaran:
Tayangan slaid
Sikap saintifik

69

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

Aplikasi
Idea
(30 min)

Langkah 3
lipat bulatan
besar menjadikan
separuh bulatan,
kemudian
gunting.
Langkah 4
lukiskan corak di
atas separuh
bulatan.
Langkah 5
lipat separuh
bulatan supaya ia
menjadi kon.
Langkah 6
gunting kertas
warna untuk
dijadikan hiasan
di atas kon.

membuat demostrasi
di depan kelas.

Proses membuat

Menyuruh murid
duduk dalam
kumpulan supaya
mereka dapat saling
membantu semasa
menjalankan kerja.

dan nilai murni:


-Berani
mencuba
-Beri prihatian

Menunjukkan hasil
kerja yang siap
kepada murid.
Memberi peluang
kepada murid untuk
menyoal.
Menyuruh beberapa
orang murid
menerangkan
semula langkah
membuat.
Memberi pujian dan
pembetulan atas
penerangan murid
dan menerangkan
semula langkah
yang agak
mengelirukan murid

Menyuruh ketua
kumpulan tampil ke
depan untuk
mengambil kertas
lukisan dan kertas
tebal. Bagi murid lain
pula mengeluarkan
alat dan bahan yang
dibawa.

Murid bergerak
masuk
kumpulan
masing-masing
yang telah
ditentukan oleh
guru sebelum
ini.
Ketua kumpulan
tampil ke depan
mengambil
bahan dan murid
lain keluarkan
alat yang
dibawa.

Strategi/
Teknik:
Aktiviti inkuiri
dalam kumpulan
Sikap saintifik
dan nilai murni: - kerjasama
-saling
membantu
KBKK:
-berfikir secara
kreatif
-menjana idea

Menyuruh murid
memulakan kerja.
Memberi bimbingan
dan tunjuk ajar dari
satu kumpulan ke
kumpulan lain.

Murid
memulakan
kerja.

70

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

Refleksi/
Penutup
( 10min)

Penilaian

Mempamerkan hasil
kerja yang baik dan
juga yang kurang
memuaskan.
Memberi peluang
kepada murid untuk
memberi komen.
Memberi ulasan ats
hasil kerja mereka
dan beri pengukuhan
berdasarkan hasil
kerja murid.

Rumusan :
Topi hari jadi
boleh dibuat
sendiri dan
dihantar kepada
sesiapa sahaja
dengan
menggunakan
kos yang rendah.

Membuat rumusan
aktiviti hari ini.
Menyuruh murid
mengemaskan alat
dan bahan.
Memberi pesanan
kepada murid untuk
aktiviti minggu akan
datang.

Murid
menghantar
hasil kerja
mereka yang
sudah siap
kepada ketua
kumpulan.

Murid membuat
perbandingan
atas hasil kerja
dan memberi
ulasan.
Murid
membersihkan
meja dan
mengemaskan
alat dan bahan.

Strategi:
Penyoalan
keseluruhan
kelas
Sumber
pengajaran:
-hasil kerja
murid

Sikap saintifik
dan nilai murni: - kebersihan
-penghargaan
KBKK:
-membanding
beza
-menilai

Murid membuat
catatan.

Jadual 4.1 Contoh pengajaran Mikro

4.2 Proses Pengajaran Makro


4.2.1
4.2.2
4.2.3
4.2.4
4.2.5
4.2.6

Mengenalpasti bidang, jenis dan kandungan.


Menulis hasil pembelajaran mengikut aras, tahap dan latar belakang murid.
Merancang alat dan bahan untuk penghasilan.
Mereka bentuk bahan bantu pengajaran dan pembelajaran.
Menggunakan strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran.
Mereka bentuk set induksi, mereka bentuk langkah-langkah pengajaran dan
pembelajaran.
4.2.7 Mereka bentuk aktiviti pengayaan dan penambahbaikan.
4.2.8 Mereka bentuk aktiviti apresiasi dan refleksi.
4.2.9 Mereka bentuk penutup.
4.2.10Membuat maklumbalas, refleksi dan tindakan pembetulan.

71

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

CONTOH PENGAJARAN MAKRO


Rancangan Pengajaran Harian :
Mata pelajaran
Kelas
Tarikh
Masa
Bilangan murid
Bidang pelajaran

:
:
:
:
:
:

Pendidikan Seni Visual


Tahun 2M
30 Ogos 2012
12.15 tgh 12.45 tgh (30 minit)
16 orang
Membuat Corak dan Rekaan

A Hasil pembelajaran: Mengambar (Aras 3)


i) Menghasilkan Kad ucapan dengan menggunakan pelbagai bahan serta teknik gosokan
setelah membuat pemerhatian.
ii) Menyata dan mempamerkan hasil kerja.
B
i)
ii)
iii)
iv)

Objektif Pembelajaran: Pada akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat:


Menghasilkan kad ucapan dengan menggunakan teknik gosokan
Menguasai isi kandungan pelajaran
Mengetahui cara-cara untuk menghasilkan kad ucapan dengan teknik gosokan
Menghasilkan kad ucapan yang menarik dan kreatif.

C Membina kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir


1. Menggunakan bahan untuk menghasilkan kad ucapan secara mudah
2. Meningkatkan kawalan psikomotor murid dalan kegiatan menggunting, mengosok
D Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
1. Menghasilkan gubahan corak mudah daripada motif yang dihasilkan
2. Memupuk sikap kerja dengan cermat dan teliti
Konsep/ prinsip/ hukum /teori:
Menghasilkan kad ucapan dengan pelbagai cara: menggunting, menyusun dan mengosok.
Bahan, peralatan dan bahan sumber:
Krayon, gunting, kertas lukisan, kertas tebal.
Langkah berjaga-jaga: Berhati-hati semasa menggunakan benda-benda tajam seperti
gunting.
Pengetahuan sedia ada:
1. Murid-murid pernah melukis bentuk.
2. Murid pernah melibat atau menghantar kad ucapan kepada ibubapa, guru dan kawan.

72

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

3. Murid-murid pernah mendengar cerita Alladin.

Fasa

Permulaan/
Mencungkil
idea
(5 min)

Menstruktur/
Menstruktur
semula
Langkah 1
(5 min)

Hasil Pembelajaran

Menyatakan teknik
gosokan dengan
menghasilkan kad
ucapan yang cantik
dan kreatif

Teknik gosokan ialah


pemindahan reka
bentuk demi sesuatu
permukaan ke
permukaan lain
dengan cara
menggosokkan.
Kertas lukisan menghasilkan kad
ucapan.
Kertas tebal
melukis bentuk.
Gunting mengguntingkan
bentuk.
Krayon
mewarnakan
sekeliling stensil
kertas.

Aktiviti Pengajaran dan


Pembelajaran
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Buat kaitan dengan Murid
pengetahuan sedia memerhatian
ada murid dengan
gambar dan
mempamerkan
menjawab
gambar Alladin dan soalan.
bertanya.
-Ini siapa ?
Murid yang
-Alladin terjumpa
dipanggil ke
apa benda?
depan mengikut
-Bagaimanakah dia arahan guru.
menyuruh keluar ?
Cungkil idea murid
dengan menyuruh
seorang murid ke
depan melakukan
perbuatan Alladin.
Bolehkah kita
menggosokkan
untuk
menghasilkan
corak yang cantik ?
Menerangkan
teknik gosokan dan
kepentingan kad
ucapan.
Menunjukkan
beberapa contoh
kad ucapan.
Mengeluarkan alat
dan bahan yang
hendak digunakan
sambil
menerangkan
fungsi alat dan
bahan tersebut.

Murid
mendengar
dengan teliti
arahan guru.

Strategi P&P

Strategi/
Teknik:
Penyoalan
seluruh kelas
menggunakan
kartun konsep.
Menjalankan
aktiviti simulasi.
Sumber
pengajaran:
Tayangan slide

Strategi/
Teknik:
Aktiviti inkuiri
dalam
kumpulan
Sikap saintifik
dan nilai murni:
-Berhati-hati
Sumber
pengajaran:
Kertas tebal,
kerstas lukisan,
Gunting,
krayon.

Memperingatkan
murid-murid
supaya
menggunakan alat
seperti gunting

73

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

dengan cermat dan


baik.
Langkah 2
(5 min )

Langkah 1
gunting beberapa
bentuk daripada
kertas tebal.
Langkah 2
warnakan sekeliling
stensil kertas dengan
krayon.
Langkah 3 Pegang bentuk di
atas kertas lukisan
dan gosokkan
dengan jari
mengarah ke luar.
Langkah 4
ulangkan aktiviti
dengan
mendapatkan corak
yang menarik secara
tindah-tindih.
Langkah 5
menulis perkataan di
atas kad ucapan.

Menerangkan
teknik-teknik
menghasilkan kad
ucapan
berpandukan
tayangan slaid.

Murid memberi
perhatian,
mendengar,
memerhatian
dan menyoal
apabila kurang
faham.

Berpandukan
langkah kerja, guru
menerangkan
sambil membuat
demostrasi di
depan kelas.

Strategi:
. Perbincangan
kumpulan
Sumber
pengajaran:
Tayangan slaid
Sikap saintifik
dan nilai murni:
-Berani
mencuba
-Beri prihatian

Menunjukkan hasil
kerja yang siap
kepada murid.
Memberi peluang
kepada murid untuk
menyoal.
Menyuruh
beberapa orang
murid untuk
menerangkan
semula langkah
membuat.
Memberi pujian dan
pembetulan atas
penerangan murid
dan juga
menerangkan
semula langkah
yang agak
mengelirukan
murid.

Aplikasi
Idea
(30 min)

Proses membuat

Menyuruh murid
duduk dalam
kumpulan supaya
mereka dapat
saling membantu
semasa
menjalankan kerja.

Murid bergerak
masuk
kumpulan
masing-masing
yang telah
ditentukan oleh
guru sebelum
ini.

Strategi/
Teknik:
Aktiviti inkuiri
dalam
kumpulan
Sikap saintifik
dan nilai murni:

74

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

Menyuruh ketua
kumpulan tampil ke
depan untuk
mengambil kertas
lukisan dan kertas
tebal. Bagi murid
lain, mereka
mengeluarkan alat
dan bahan yang
dibawa.
Menyuruh murid
memulakan kerja.
Memberi bimbingan
dan tunjuk ajar dari
satu kumpulan ke
kumpulan lain.
Refleksi/
Penutup
( 10min)

Penilaian

Mempamerkan
hasil kerja yang
baik dan juga yang
kurang
memuaskan.
Memberi peluang
kepada murid untuk
memberi komen.
Memberi ulasan
atas hasil kerja
mereka dan beri
pengukuhan
berdasarkan hasil
kerja murid.

Rumusan :
Kad ucapan boleh
dibuat sendiri dan
dihantar kepada
sesiapa sahaja
dengan
menggunakan kos
yang rendah.

Membuat rumusan
aktiviti hari ini.
Menyuruh murid
mengemaskan alat
dan bahan.

Ketua
kumpulan
tampil ke depan
mengambil
bahan dan
murid lain
keluarkan alat
yang dibawa.

- - kerjasama
-saling
membantu
KBKK:
-berfikir secara
kreatif
-menjana idea

Murid
memulakan
kerja.

Murid
menghantar
hasil kerja
mereka yang
sudah siap
kepada ketua
kumpulan.

Murid membuat
perbandingan
hasil kerja dan
memberi
ulasan.
Murid
membersihkan
meja dan
mengemaskan
alat dan bahan.

Strategi:
Penyoalan
keseluruhan
kelas
Sumber
pengajaran:
-hasil kerja
murid

Sikap saintifik
dan nilai murni:
- - kebersihan
-penghargaan
KBKK:
-membanding
beza
-menilai

Murid membuat
catatan.

Memberi pesanan
kepada murid untuk
aktiviti minggu akan
datang.

Jadual 4.1 Contoh Pengajaran Makro

75

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

TAJUK 5

PERANCANGAN DAN PERSEDIAAN MENGAJAR, SUMBER


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pengenalan:

Perancangan persediaan mengajar merupakan

aktiviti yang meliputi pengajaran guru dan

pembelajaran murid, ataupun suatu tugasan pengajaran dan pembelajaran (P&P). Ahli falsafah
China berpendapat ia merupakan tugasan yang bertanggungjawab menyebarkan budaya dan
ilmu pengetahuan, melatih tenaga mahir dan menjelaskan keraguan. Ada juga ahli pendidik
berpendapat bahawa pengajaran adalah aktiviti menyampaikan bahan pelajaran secara jelas

76

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

dan menerangkannya dengan sempurna. Dalam konteks pendidikan formal, pengajaran


dihuraikan sebagai suatu proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau
kemahiran supaya murid-murid dapat mempelajari dan menguasainya dengan berkesan.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir pembelajaran ini, anda akan dapat:
1. menerapkan kemahiran-kemahiran dan teknik-teknik pengajaran di dalam pengajaran
mikro dan makro,
2. membuat pengajaran mikro dan makro
3. membuat refleksi.

5.1

Perancangan dan Persediaan Mengajar


5.1.1 Perancangan Tahunan dan Semester

CONTOH PERANCANGAN TAHUNAN


RANCANGAN TAHUNAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
TAHUN 1

MINGGU BIDANG/TEMA/TAJUK
PEMBELAJARAN
1

Menggambar
Tema :Alam benda
Tajuk :Rumah
Aktiviti :Lukisan

STANDARD
KANDUNGAN
1. Persepsi dan
pemahaman
bahasa seni visual
(unsur seni dan
prinsip rekaan :
garisan, rupa,
warna, imbangan

STANDARD
PEMBELAJARAN
1.1 Persepsi Estetik
:Murid dapat
mengenal,
menamakan, dan
memahami bahasa
seni visual yang ada
pada karya seni.
1.1.1 Unsur seni

CATATAN

77

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

1.1.1.1 Garisan
lurus dan melengkung
1.1.1.2 Rupa
organik
1.1.1.3 Jalinan
tampak
1.1.2 Prinsip rekaan
2. Aplikasi
1.1.2.1 Harmoni
pengetahuan dan
(bentuk, rupa, dan
kefahaman bahasa
warna)
seni visual menerusi 1.2 Aplikasi Seni
:Murid dapat
penentuan media
dan teknik dalam
mengaplikasikan
penghasilan lukisan. pengetahuan bahasa
seni visual dalam
3. Penzahiran idea
menghasilkan karya
melalui pelbagai
seni.
sumber, kajian, dan 1.2.1 Mengenal dan
teknologi dalam
menyatakan jenispenghasilan lukisan. jenis media
1.1.2.1 Alat palet,
4. Apresiasi
berus warna
terhadap karya
1.1.2.2 Media kertas
sendiri dan rakan
lukisan, bahan
berpandukan
semula jadi (flora) dan
bahasa seni visual,
warna air atau warna
sejarah seni, dan
poster atau tempera
budaya.
1.2.2 Mengetahui
penggunaan media,
teknik, dan proses
dalam penghasilan
karya
1.2.2.1 Teknik
capan (basah atas
kering)
1.3 Ekspresi Kreatif:
Murid dapat
mengaplikasikan
pengetahuan,
kefahaman, dan
kemahiran bahasa
seni visual dalam
menghasilkan karya
seni.
1.3.1 Memilih dan
memanipulasi bahan
secara kreatif
1.3.2 Menggunakan
unsur seni dan prinsip
rekaan dalam
penghasilan karya
dan kepelbagaian)
yang terdapat pada
objek buatan
manusia dan karya
seni dalam
penghasilan lukisan.

78

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

1.4 Apresiasi Seni:


Murid dapat membuat
apresiasi terhadap
karya sendiri dan
rakan berpandukan
bahasa seni visual.
1.4.1 Mempamerkan
karya yang dihasilkan
1.4.2 Menceritakan
karya sendiri secara
lisan
1.4.3 Menghargai
karya sendiri dan
rakan.
Jadual 5.1 Contoh Rancangan Tahunan

CONTOH PERANCANGAN SEMESTER

RANCANGAN PELAJARAN SEMESTER PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN DUA


SEMESTER SATU.
Contoh Rancangan Semester
Sila Rujuk Lampiran 1

5.1.2 Aplikasi 5P dalam Pengajaran dan Pembelajaran PSV KBSR

Konsep 5P

79

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

Apakah yang dimaksudkan dengan konsep 5P? Konsep ini merupakan strategi pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan seni Visual. Konsep 5P juga merupakan satu saranan supaya bidang
kemahiran atau bahan pengajaran dan pembelajaran disampaikan secara bersepadu dan tidak
secara berasingan.

Konsep

5P menekankan penggabungjalinan, penyerapan, penilaian,

pengayaan, dan pemulihan.

Penggabungjalinan

Penilaian

Penyerapan

5P
Pengayaan

Pemulihan

Rajah 1: Konsep 5P

Penggabungjalinan
Apakah yang anda faham tentang penggabungjalinan?
Penggabungjalinan ialah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menyarankan supaya
bidang kemahiran yang berkait rapat atau bahan pengajaran yang mempunyai urutan yang
baik tidak disampaikan secara berasingan. Strategi ini berhasrat untuk menjadikan aspek
kemahiran saling memperkukuh dan bahan pengajaran saling melengkapi. Dalam

hal ini,

aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan.


Tujuan strategi penggabungjalinan seperti yang berikut:
a. Kemahiran dapat dikuasai secara serentak.
b. Bentuk pengajaran lebih menarik dan berkesan.

80

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

c. Berpeluang untuk menggunakan kemahiran secara semula jadi.


d. Aktiviti melibatkan pelbagai kemahiran dan ramai pelajar.
Prinsip-prinsip penggabungjalinan
Mudah ubah, bergantung kepada matlamat dan objektif yang hendak dicapai.
Guru mesti tahu apa dan berapa kemahiran yang ingin digabungjalinkan.
Kemahiran fokus dan sampingan hendaklah dirancang dengan baik.
Berdasarkan kebolehan dan pencapaian pelajar.

Bentuk-bentuk penggabungjalinan
Ada 3 bentuk penggabungjalinan :
i.

Penggabungjalinan Kemahiran

K1

K4

K2

K3

K1-Kemahiran Mewarna
K2-Kemahiran Memotong
K3-Kemahiran Menampal
K4-Kemahiran Melukis
PSV-Pendidikan Seni Visual

PSV

Rajah 2: Penggabungjalinan Kemahiran Pendidikan Seni Visual dalam Satu Mata Pelajaran

81

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

K1

K3

PSV

K1-Kemahiran Pergerakan
K2-Kemahiran Muzik
K3-Kemahiran Seni
PSV-Pendidikan Seni Visual

K2

Rajah 3: Penggabungjalinan Kemahiran Lebih daripada Satu Mata Pelajaran

ii.

Penggabungjalinan Aktiviti

Anda boleh menggabungjalinkan sekurang-kurangnya dua aktiviti atau lebih mengikut


keperluan

dan

kesesuaian.

Untuk

melaksanakan

penggabungjalinan,

anda

perlu

merancangkannya dengan aktiviti-aktiviti yang mempunyai urutan yang baik.

Contoh:
a. Berceramah mencatat isi
b. Bercerita berbincang menulis karangan
c. Membaca mengesan isi mengulas menulis ulasan
iii. Penggabungjalinan Bahan
Penggabungjalinan ini memberikan tumpuan kepada bahan atau tema pengajaran dan
pembelajaran. Bahan itu boleh terdiri daripada bahan utama atau bahan sokongan.
Perancangan harus dibuat bagi menentukan bahan yang dipilih sesuai dengan keperluan,
pengalaman, dan tahap pencapaian

murid. Antara bahan yang boleh digabungjalinkan itu

adalah seperti yang berikut:


Contoh:
1. Berita ulasan
2. Iklan surat permohonan temu duga surat jawapan.

82

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

Penggabungjalinkan bahan-bahan ini boleh dilakukan mengikut keperluan masa yang


diperuntukkan, pertalian bahan, dan urutan aktiviti yang bersesuaian.

Penyerapan
Penyerapan merupakan proses penyebatian dan menyatupadukan pengetahuan atau unsur
pengetahuan daripada satu mata pelajaran lain sebagai isi pelajaran bagi sesuatu mata
pelajaran yang diajar. Dalam pengajaran Bahasa Melayu contohnya unsur ilmu, nilai, dan
kemahiran bernilai tambah seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar, dan kajian masa
depan boleh diserapkan. Dalam program KBSR, penyerapan boleh dilihat dalam dua aspek
utama, iaitu aspek pembelajaran dan aspek komunikasi.

Tujuan Penyerapan.
Aspek ini boleh membantu murid untuk :
a. Menambahkan kefahaman dan kemahiran untuk mematuhi arahan dan peraturan melalui
aktiviti yang dijalankan
b. Membentuk sikap ingin menambahkan ilmu pengetahuan
c. Meluaskan ruang untuk meneroka bidang ilmu yang mereka minati
d. Memupuk corak pemikiran yang terbuka dan sentiasa ingin tahu
e. Membentuk pemikiran yang rasional, logik, objektif, dan positif
f. Meluaskan ruang untuk meneroka bidang ilmu yang diminati
g. Membantu murid menguasai pengetahuan tentang penggunaan perbendaharaan kata,
pemilihan laras bahasa, tatabahasa, kegunaan intonasi, dan perlakuan bukan bahasa yang
lain mengikut konteks
h. Memahami dan menerima serta mengamalkan aspek nilai yang sesuai untuk perkembangan
diri
i. Menguasai dan mengamalkan tingkah laku yang bersesuaian dan diterima oleh rakan
sebaya dan masyarakat
Unsur Penyerapan dalam pengajaran Pendidikan Seni Visual.
Terdapat lima unsur penyerapan, iaitu:
i. Ilmu Pengetahuan.
Bahan atau kandungan isi pelajaran daripada mata pelajaran lain seperti Agama Islam,

83

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

Pendidikan Moral, Pendidikan Seni, Matematik, Kajian Tempatan, Muzik, Sains, dan
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang digunakan sebagai isi kandungan dalam satu mata
pelajaran untuk mata pelajaran lain.
Pelbagai karya sastera seperti pantun, syair, dan sajak.
Pengetahuan am seperti hal ehwal semasa dan hal ehwal dalam negeri.
Hal ehwal budaya, warisan, dan kemasyarakatan.

ii. Nilai murni.


Nilai murni boleh diserapkan dengan berbagai-bagai cara sepanjang pengajaran dan secara
terancang dalam aktiviti pembelajaran. Strategi utama untuk pembinaan nilai murni ialah melalui
aktiviti secara individu, berkumpulan, atau kelas.

Kadang kala nilai murni tidak dinyatakan secara terus, tetapi boleh disampaikan secara
terancang dalam satu waktu pengajaran dan pembelajaran. Pemupukan nilai murni ini boleh
dilakukan melalui aktiviti yang melibatkan murid secara aktif seperti gerak kerja kumpulan dan
kerja projek.

Penyerapan nilai dalam pengajaran dapat melahirkan insan yang baik, berakhlak mulia ,
berhemah tinggi, berperibadi mulia dan prihatin serta memahami antara satu dengan lain.

iii. Kewarganegaraan
Penyerapan unsur patriotisme dalam pengajaran Pendidikan Seni Visual

mengutamakan

pemupukan semangat cinta dan taat setia akan negara Malaysia. Aktiviti ini bertujuan untuk
melahirkan warganegara yang baik dan meningkatkan komitmen individu terhadap bangsa dan
negara.

iv. Peraturan sosio-budaya.


Peraturan sosio-budaya dalam Pendidikan Seni Visual meliputi proses, teknik dan penghasilan
karya seni masyarakat

Malaysia.

Peraturan sisio-budaya ini mencerminkan falsafah dan

keperibadian masyarakat Malaysia.


v. Kemahiran Bernilai Tambah.
Penyerapan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran Pendidikan Seni Visual bagi
membolehkan pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran itu dalam dunia sebenar pelajar.

84

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

Antara kemahiran bernilai tambah ialah kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan dan kecerdasan pelbagai.

5.1.3 Rancangan Pengajaran Harian PSV KBSR dalam empat bidang


5.1.3.1 bidang kegiatan
5.1.3.2 jenis aktiviti
5.1.3.3 kemahiran dan hasil pembelajaran
5.1.3.4 pemilihan sumber
5.1.3.5 aktiviti induksi set
5.1.3.6 langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran
5.1.3.7 Penutup
5.1.3.8 Refleksi
5.2 Sumber Pengajaran dan Pembelajaran
5.2.1 Bahan Bantu Mengajar
5.2.2 Alat dan media penghasilan
5.2.3 Pemilihan dan penyediaan sumber
5.2.4 Penggunaan sumber bahan cetak dan elektronik
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PSV KBSR DALAM BIDANG
MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
MATA PELAJARAN
TAHUN
BIDANG
AKTIVITI
TAJUK
MASA
OBJEKTIF PENGAJARAN

:
:
:
:
:
:
:

PENDIDIKAN SENI VISUAL


5 ANGGERIK
Membentuk dan Membuat Binaan
Membentuk Kereta
Kereta Idaman
8.30 hingga 9.30 pagi
Guru dapat mendedahkan teknik membentuk dan
membuat binaan daripada bahan-bahan terbuang.

HASIL PEMBELAJARAN

85

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

Pada akhir pelajaran murid dapat:


-

Membentuk dan membina sebuah model kereta dengan menggunakan bahan-bahan


buangan

Menghias model kereta dengan menggunakan pelbagai bahan buangan

Menghasilkan sebuah model kereta secara kreatif dan inovatif (pelbagai rupa dan
bentuk)

Penerapan nilai dan kemahiran berfikir

KEPERLUAN
Alat - gunting
Bahan- bahan buangan (contoh: straw board/bod tebal, bekas pembungkusan, straw minuman,
dan gam)
Bahan Rujukan :

Kad gambar
Objek maujud model-model kereta mainan
Buku Sumber Guru Pendidikan Seni Tahun 4
Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni
Maklumat Internet

PROSEDUR
1. Guru merancang strategi pengajaran dan menerapkan Teori Kecerdasan Pelbagai, Kajian
Masa Depan,dan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif

2. Guru menentukan aras pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran

3. Guru memulakan aktiviti dengan induksi set mengenai jenis kenderaan masa dahulu sambil
menerapkan Kajian Masa Depan bersoal jawab
4. Guru menunjuk cara dan membimbing murid dalam proses membuat sebuah model kereta

86

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

dari bahan buangan

Apresiasi dan Kritikan


KBKK

PENERAPAN NILAI :

Mereka cipta mensintesis, menjana idea, menghubungkaitan


Ketekunan dan Ketelitian

BUTIRAN KEGIATAN

HASIL PEMBELAJARAN

STRATEGI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN

Aktiviti 1
(5 minit)
Guru mengedarkan kad
gambar berkaitan dengan
kenderaan pada masa dahulu
Guru mengendalikan sesi soal
jawab
Apakah gambar yang terdapat
pada kad yang kamu pegang?
Apakah pandangan anda
tentang gambar tersebut?

Aktiviti 2 (20 minit)


Meneroka pelbagai bahan
yang boleh digunakan. Kesan
tindak balas bahan yang
digunakan
Guru menunjukkan cara
membuat model kereta

Aras 1
Murid memerhati dan membuat
analisa tentang gambar
Murid memberikan pandangan
mereka tentang gambar
berkenaan

Aras 2
Murid memilih bahan yang
sesuai untuk digunakan dalam
menghasilkan model kereta

Murid mengetahui bahawa


prinsip imbangan dan unsur
ruang, bentuk dan warna
penting dalam membuat model
kereta

Teori Kajian Masa Depan


Menjangka
Fungsi produk
Teori Kecerdasan Pelagai
Verbal Linguistik
KBKK (Kreatif)
Mereka cipta
Mensintesis
Penerokaan

Membanding beza
Menilai akibat penolakan
angin. Kelajuan yang
dihasilkan
KBKK (Kreatif)
Menjana idea
Mereka cipta
Menghubung kaitan

87

PSV3107 PEDAGOGI PSV KBSR

Aktivit 3
(25 minit)
Guru membimbing murid
semasa menghasilkan model
kereta
Memotong bentuk yang
diinginkan

Murid membuat model kereta


dengan

KBKK (Kreatif)
Mereka cipta inovatif

Memotong
Menebuk
Mencantum
Menampal

Nilai

Menebuk tayar kereta


Mencantum bahan kereta
Menampal kertas warna

Sesi Apresiasi dan Refleksi


(10 minit)
Sesi Apresiasi
Murid mempamerkan pelbagai
KBKK Kritis Membanding
Mempamerkan hasil kerja
hasil kerja yang dibuat
beza
Perlumbaan kereta
Menganalisis
Membuat refleksi bagaimana
Murid dapat menilai keupaaan
penghasilkan model kereta
diri sendiri
Teori Kecerdasan Pelbagai
dilakukan
Verbal Linguistik
Jadual 5.3 Contoh Rancangan Harian PSV KBSR Bidang Membentuk dan
Membuat Binaan
Refleksi Guru:
Pengajaran telah dapat dijalankan dengan berkesan. Murid menunjukkan minat dan
kesungguhan dalam menghasilkan sebuah model kereta. Pelbagai model kereta telah dapat
dihasilkan. Murid telah berjaya membuat penerokaan bahan. Objekif tercapai dengan jayanya.

88

You might also like