You are on page 1of 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN INDAH

73000 TAMPIN,
NEGERI SEMBILAN
NO.TEL : 0-4414479 NO. FAX : 06-4413052

1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Ruj. Kami
:
Tarikh
: 13 Oktober 2013
Kepada,
Ibu bapa pelajar,
SMK Taman Indah.
Pengumuman Penggunaan FROG VLE Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
di SMK Taman Indah dan Kajian Kesediaan Ibu Bapa
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya telah diarah menarik
perhatian tuan/puan mengenai perkara di atas dan surat makluman pelaksanaan
Projek Perkhidmatan 1BestariNet bertarikh 28 Disember 2011, rujukan:
KP(PMOICT)100/02/01(3) adalah dirujuk.
2.
Berdasarkan kepada surat makluman perlaksanaan Projek Perkhidmatan
1BestariNet, pihak sekolah telah dibekalkan dengan perkhidmatan internet 4G di
dalam kawasan sekolah melalui penggunaan Yes Zoom, dari YTL Communications
Berhad menggantikan perkhidmatan internet projek Schoolnet oleh pihak TM
Berhad. Juga, merujuk kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2012
2025, yang baru-baru ini telah dibentangkan oleh Timbalan Perdana Menteri
Malaysia, merangkap Menteri Pelajaran, Y.A.B. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Haji
Mohd. Yassin, telah menggariskan Anjakan ke 7 iaitu, Memanfaatkan ICT bagi
meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Melalui anjakan ke-7 ini,
1BestariNet merupakan projek utama merealisasikan pendidikan akan datang.
3. Justeru, pihak sekolah ingin mendapatkan maklum balas kesediaan Tuan/Puan,
dalam usaha mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran anak-anak didik SMK
Bukit Jelutong, dengan menjawab beberapa soalan di Lampiran 1. Amat diharapkan
pihak tuan/puan, sudi meluangkan masa untuk menjawab soal selidik ini dan pihak
kami juga akan mempastikan setiap usaha dan keprihatinan tuan/puan terhadap
pembelajaran anak-anak jagaan tuan/puan akan diberikan lebih perhatian. Soal
selidik ini hendaklah dipulangkan kepada guru tingkatan kelas anak tuan/puan,
selewat-lewatnya 31 Oktober 2013 (Khamis).
Segala kerjasama tuan/puan, didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Yang menurut perintah,
.
(TN. HJ. RAMLI BIN IBRAHIM)
Pengetua
SMK Taman Indah,

Tampin, N.Sembilan.

LAMPIRAN 1
KESEDIAAN IBU BAPA TERHADAP PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN INTERNET OLEH MURID-MURID SMK
TAMAN INDAH, TAMPIN, N.SEMBILAN
SOAL SELIDIK
ARAHAN : SILA LENGKAPKAN RUANGAN KOSONG YANG DISEDIAKAN. BULATKAN YA
ATAU TIDAK MENGIKUT KEPERLUAN SOALAN.
Bahagian 1 : Latar Belakang
1.

Bilangan anak bersekolah di SMK Bukit Jelutong.

1
1.

Adakah anda memiliki komputer peribadi (termasuk laptop/

notebook/ultrabook/netbook) ? ( Gadget seperti tablet tidak

1.

termasuk )
Pernahkah anda mendengar tentang ICT dalam

pembelajaran ?

YA

TIDAK

YA

TIDAK

Bahagian 2 : Tahap Kesediaan Terhadap Penggunaan ICT dalam


Pembelajaran
Sila jawab dengan menggunakan skala berikut :
1
2
3
4
5

SANGAT TIDAK SETUJU


TIDAK SETUJU
TIDAK PASTI
SETUJU
SANGAT SETUJU

2.

Adakah anda bersedia membenarkan anak anda

menggunakan ICT dalam pembelajaran mengikut keperluan

2.

pembelajaran semasa ?
Adakah anda memahami keperluan asas pembelajaran di

atas talian (online learning) yang akan dilaksanakan oleh guru-

2.

guru SMK Bukit Jelutong mulai 2013?


Adakah anda yakin dengan membenarkan penggunaan

pembelajaran secara atas talian (online learning), ianya boleh


membantu mengatasi kelemahan pembelajaran anak

2.

anda?
Pernahkah anda menggunakan sistem pembelajaran atas talian

(online learning system) atau perisian secara atas talian (online


software) atau perisian pembelajaran berkomputer (

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

computerised learning software) yang dijual dipasaran untuk


2.

keperluan pembelajaran anak anda?


Adakah anda akan memberikan kerjasama dengan

membantu pihak sekolah memberi maklumat pembelajaran


secara atas talian anak anda melalui 1BestariNet Frog VLE mulai

1 2 3 4 5

2.

2013?
Adakah anda akan memantau pembelajaran anak anda

melalui akaun peribadi anda dan anak anda melalui 1BestariNet

1 2 3 4 5

2.

FROG VLE mulai 2013?


Adakah anda BERSETUJU menyediakan perkakasan

1 2 3 4 5

(hardware)sistem pembelajaran berkomputer ini di rumah?


Ini adalah spesifikasi komputer (desktop / laptop) yang
diperlukan:

Processor Dual Core 2.4 GHz+ (Pemproses Intel atau


AMD)
RAM 2 GB dan ke atas
Hard Drive 80 GB dan ke atas
Graphics Card mana-mana yang mempunyai
sokongan DVI
Sound Card
Wireless (for laptops) - 802.11a/b/g/n (dengan
sokongan WPA2)
Monitor - 19" LCD dengan sokongan DVI (desktop shj)
Operating System Windows XP Pack 3 dan ke atas
Ms Office Version 2007 dan ke atas
Internet Browser Google Chrome versi terkini
Printer mana-mana bubble jet / laser jet untuk
kegunaan peribadi
Scanner mana-mana scanner untuk kegunaan
peribadi
Internet connection STREAMYX / UNIFI / MAXIS HOME
/ YES 4G / P1 Wimax etc

Jika TIDAK BERSETUJU, nyatakan alasan anda


Saya tidak bersetuju kerana
.

.
2.

Sekiranya ada makluman terkini berkenaan projek 1BestariNet

FROG VLE, adakah anda akan menyokong sebarang hasrat


sekolah?

1 2 3 4 5

Bahagian 3 :

Komen dan Cadangan

3.1 Sila berikan KOMEN / CADANGAN anda berkenaan Projek 1BestariNet FROG VLE

3.2 Jika mempunyai sebarang soalan, sila nyatakan di ruangan berikut.

TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN DAN KERJASAMA YANG DIBERIKAN.


SILA SERAHKAN BORANG SOAL SELIDIK YANG TELAH LENGKAP DIISI
KEPADA GURU TINGKATAN MASING-MASING PADA JUMAAT, 2 NOVEMBER
2013.

You might also like