You are on page 1of 19

PENGENALAN ORANG KURANG UPAYA (OKU)

Orang Kurang Upaya (OKU) ataupun sebelum ini disebut sebagai Orang
Kurang Upaya (OKU) merupakan sebahagian daripada masyarakat. Mereka juga
mempunyai kesaksamaan hak dan peluang untuk menjalani kehidupan seperti
anggota masyarakat yang lain. Kurang upaya adalah istilah yang merangkumi
kecacatan, batasan aktiviti dan sekatan penyertaan individu dalam situasi
kehidupan. Manakala, kemerosotan adalah masalah dalam fungsi badan atau
struktur dan keadaan ini menyebabkan individu terbabit menghadapi kesukaran
dalam melaksanakan tugas atau tindakan.
Hilang upaya bukan hanya disebabkan oleh faktor kesihatan namun, ia
fenomena kompleks yang mencerminkan interaksi antara ciri-ciri badan seseorang
dengan ciri-ciri masyarakat dalam kehidupan yang dilaluinya dengan halangan
persekitaran dan sosial. Kehilangan upaya merupakan keadaan yang dianggap
mengurangkan fungsi atau keupayaan seseorang jika dibandingkan dengan ukuran
manusia biasa (Alijah, Norlidah & Saedah, 2013). Istilah ini biasanya merujuk
kepada fungsi individu seperti kelemahan fizikal, deria, kognitif, intelektual dan
kesihatan mental. Kehilangan upaya ini boleh terjadi sejak lahir atau kemudiannya.
Mereka yang mengalami keadaan ini digelar Orang Kurang Upaya (OKU) atau
gelaran kontroversi orang cacat, terencat atau orang istimewa.
Namun

demikian,

terdapat

kelebihan

yang

telah

dicungkil

daripada

kekurangan golongan kurang upaya (OKU) yang telah melahirkan tokoh-tokoh


terkenal sepertimana diketahui umum iaitu Albert Einstein (masalah pertuturan dan
juga seorang pelajar yang lembab serta lambat memahami bahasa), Thomas Alva
Edison (cacat pendengaran apabila diserang demam cacar ketika kecil), Tanni GreyThompson (atlet yang lumpuh bahagian kaki) dan Stephen Hawking (lumpuh hampir
seluruh badan akibat sejenis penyakit neuron motor) (Wilkinson, 2009).
DEFINISI ORANG KURANG UPAYA (OKU)
Menurut World Health Organization (WHO) (2011) Orang Kurang Upaya (OKU)
dianggap sebagai Orang Kurang Upaya yang memenuhi kriteria dalam takrif
1

seperti mempunyai kecacatan fizikal atau mental, jangka panjang atau pendek dan
tidak mempunyai hak yang sama di dalam bidang kesihatan, pendidikan dan
peluang pekerjaan. WHO (2011) juga mengatakan bahawa 1.3% penduduk
sesebuah negara terdiri daripada golongan kurang upaya (OKU). Ini bermakna,
Malaysia mempunyai penduduk seramai 25 juta dan seramai iaitu 250,000 orang
ialah golongan kurang upaya (OKU).
Di Malaysia, menurut Akta Orang Kurang Upaya (OKU) 2008 Orang Kurang
Upaya (OKU) didefinasikan sebagai "seseorang yang mempunyai kekurangan jangka
panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi
dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan
mereka

dalam

menunjukkan

masyarakat".

halangan

Walaupun

pekerjaan

pelbagai

namun,

di

definisi

Malaysia

diberikan
melalui

yang

Pekeliling

Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 2010 terdapat keistimewaan yang diberikan


kepada Orang Kurang Upaya (OKU) iaitu dasar satu peratus (1%) peluang pekerjaan
dalam perkhidmatan awam diberikan kepada golongan kurang upaya ini. Melalui
dasar ini, OKU yang memiliki kelayakan akademik dan kemahiran yang sesuai
dengan bidang tugas suatu jawatan akan dipertimbangkan peluang dalam
perkhidmatan awam.
AKTA ORANG KURANG UPAYA (OKU) 2008
Akta Orang Kurang Upaya (OKU) telah ditubuhkan setelah mendapat
kelulusan daripada Parlimen Malaysia maka tertubuhlah Akta Orang Kurang Upaya
(OKU) 2008 (Akta 685) di bawah undang-undang Malaysia. Akta Orang Kurang
Upaya (OKU) 2008 (Akta 685) telah mendapat perkenan Diraja pada 9 Januari 2008
dan telah diisytihar dalam Warta pada 24 Januari 2008. Akta Orang Kurang Upaya
(OKU) 2008 (Akta 685) telah merangkumi kesemua keperluan yang diperlukan,
bermanfaat serta menjadi rujukan utama kepada Orang Kurang Upaya (OKU).
Menurut Akta Orang Kurang Upaya (OKU) 2008 mengiktiraf bahawa
ketidakupayaan merupakan suatu konsep yang sentiasa berkembang dan bahawa
ketidakupayaan terhasil daripada interaksi antara Orang Kurang Upaya (OKU)
dengan halangan sikap dan persekitaran yang menyekat penyertaan mereka dalam
2

masyarakat. Akta Orang Kurang Upaya (OKU) 2008 juga mengiktiraf sumbangan
sedia ada dan berpotensi yang bernilai yang dibuat oleh Orang Kurang Upaya (OKU)
kepada kesejahteraan dan kepelbagaian komuniti dan masyarakat keseluruhannya.
Selain itu, Akta Orang Kurang Upaya (OKU) 2008 juga mengiktiraf kepentingan
kebolehaksesan kepada persekitaran fizikal, sosial, ekonomi dan kebudayaan
kepada kesihatan dan pendidikan serta kepada maklumat dan komunikasi bagi
membolehkan penyertaan penuh dan berkesan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam
masyarakat.
Akta Orang Kurang Upaya (OKU) 2008 juga mengiktiraf bahawa Orang Kurang
Upaya (OKU) adalah berhak kepada peluang dan perlindungan serta bantuan sama
rata dalam segala hal keadaan dan tertakluk hanya kepada apa-apa batasan,
sekatan

dan

perlindungan

hak

sebagaimana

yang

diperuntukkan

oleh

Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Justeru itu, Akta Orang Kurang Upaya (OKU)
2008 mengiktiraf kepentingan kerjasama antara Kerajaan Malaysia dengan sektor
swasta dan pertubuhan bukan kerajaan dalam memastikan penyertaan dan
penglibatan penuh dan berkesan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam masyarakat.
Terdapat lima bahagian utama dan 46 seksyen dalam Akta Orang Kurang
Upaya (OKU) 2008 (Akta 685) iaitu :
1) Bahagian I Permulaan
Seksyen 1 : Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
Seksyen 2 : Tafsiran
2) Bahagian II Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang Upaya
Seksyen 3 : Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang Upaya
Seksyen 4 : Anggota silih ganti
Seksyen 5 : Pembatalan pelantikan
Seksyen 6 : Keterhentian keanggotaan
Seksyen 7 : Mesyuarat Majlis
Seksyen 8 : Setiausaha Majlis
Seksyen 9 : Fungsi Majlis
Seksyen 10 : Majlis hendaklah dibantu oleh Jabatan
Seksyen 11 : Penubuhan Jawatankuasa
Seksyen 12 : Pewakilan fungsi dan kuasa
Seksyen 13 : Majlis hendaklah mengesyorkan perubahan pada undangundang
Seksyen 14 : Tanggungjawab Kerajaan
Seksyen 15 : Tanggungjawab kementerian yang berkaitan, dan lain-lain
3

Seksyen 16 :
Seksyen 17 :
Seksyen 18 :
Seksyen 19 :
3) Bahagian III

Tanggungjawab sektor swasta dan penubuhan bukan kerajaan


Tindakan susulan
Dana
Laporan tahunan
Pelantikan Ketua Pendaftar, dan lain-lain dan Pendaftaran

Orang Kurang Upaya


Seksyen 20 : Pelantikan dan tugas Ketua Pendaftar dan Pendaftar
Seksyen 21 : Daftar Orang Kurang Upaya
Seksyen 22 : Permohonan bagi Pendaftaran
Seksyen 23 : Kuasa Pendaftar untuk meminta dokumen atau maklumat
tambahan
Seksyen 24 : Pendaftaran dan keengganan untuk mendaftar
Seksyen 25 : Pengeluaran Kad OKU
4) Bahagian IV : Penggalakan dan Pembangunan Kualiti

Hidup

dan

Kesejahteraan Orang Kurang Upaya


Bab 1 : Kebolehaksesan
Seksyen 26 : Akses kepada kemudahan, ameniti, perkhidmatan dan
bangunan awam
Seksyen 27 : Akses kepada kemudahan pengangkutan awam
Seksyen 28 : Akses kepada pendidikan
Seksyen 29 : Akses kepada pekerjaan
Seksyen 30 : Akses kepada maklumat, komunikasi dan teknologi
Seksyen 31 : Akses kepada kehidupan berbudaya
Seksyen 32 : Akses kepada rekreasi, santai dan sukan
Bab 2 : Habilitasi dan rehabilitasi
Seksyen 33 : Habilitasi dan rehabilitasi
Seksyen 34 : Perkhidmatan di rumah, kediaman dan sokongan komuniti lain
Bab 3 : Kesihatan
Seksyen 35 : Akses kepada kesihatan
Seksyen 36 : Pencegahan daripada berlakunya ketidakupayaan selanjutnya
Seksyen 37 : Pengadaan personel kesihatan
Bab 4 : Perlindungan orang dengan ketidakupayaan teruk
Seksyen 38 : Perlindungan sepanjang hayat dan sistem sokongan sosial
Seksyen 39 : Pengertian orang dengan ketidakupayaan teruk
Bab 5 : Keadaan berisiko dan kecemasan kemanusiaan
Seksyen 40 : Akses kepada bantuan
5) Bahagian V Am
Seksyen 41 : Perlindungan terhadap tindakan guaman dan prosiding undangundang
Seksyen
Seksyen
Seksyen
Seksyen
Seksyen

42
43
44
45
46

:
:
:
:
:

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948


Kuasa membuat peraturan-peraturan
Perkara yang dilakukan dalam menjangkakan Akta ini diperbuat
Kecualian dan peralihan
Pencegahan anomali

KATEGORI ORANG KURANG UPAYA (OKU)

Terdapat pelbagai kategori yang diberikan oleh pelbagai pihak. Kategori


Orang Kurang Upaya (OKU) menurut American with Disabilities Act 1990 terdapat
lima aspek Orang Kurang Upaya iaitu :
1) Aspek mental
2) Aspek fizikal
3) Attention Deficit Disorder (ADD) dan Attention Deficit/Hyperactivity
Disorder (ADHD)
4) HIV/AIDS
5) Kumpulan Orang Kurang Upaya yang minoriti
Disamping itu, menurut WHO (2011) Orang Kurang Upaya (OKU) terbahagi
kepada 3 kategori utama iaitu :
1) Kecacatan fizikal iaitu seseorang terhalang yang disebabkan oleh keadaan
fizikal dari mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti sosial, rekreasi dan
vokasional. Contohnya ialah autism, musculor dystropy, spina bifida,
kecacatan anggota kongenital, lelangit dan bibir
2) Kecacatan mental iaitu keadaan perkembangan otak yang terbantut
terutamanya dari segi kepintaran hingga memerlukan rawatan penjagaan
atau latihan khas. Contohnya ialah down syndrome
3) Kecacatan sensor melibatkan kecacatan deria pada manusia seperti deria
pendengaran dan penglihatan. Contohnya ialah pekak dan buta.
Namun begitu, dalam konteks Malaysia menurut Akta Orang Kurang Upaya
(OKU) 2008, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui
Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengklasifikasikan Orang Kurang Upaya (OKU)
kepada tujuh kategori iaitu :
1) Kurang upaya pendengaran iaitu individu yang tidak dapat mendengar
dengan jelas di kedua-dua belah telinga tanpa menggunakan alat bantuan
pendengaran atau tidak dapat mendengar langsung walaupun dengan
menggunakan alat bantuan pendengaran. Terdapat empat tahap yang boleh
dikategorikan sebagai OKU pendengaran iaitu :
a) Minima (Mild)
- (20 - < 30 dB) (untuk orang dewasa)
b) Sederhana (Moderate)
- (30 - < 60 dB)
c) Teruk (Severe)
- (60 - < 90 dB)
d) Sangat Teruk (Profound)
- (> 90 dB)
2) Kurang upaya penglihatan iaitu individu yang tidak dapat melihat atau
mengalami penglihatan terhad sama ada di sebelah atau di kedua-dua belah

mata walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan seperti cermin


mata atau kanta sentuh. OKU penglihatan terbahagi kepada dua iaitu :
a) Buta (blind) iaitu penglihatan kurang daripada 3/60 pada mata yang lebih
baik walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan atau medan
penglihatan kurang daripada 10 darjah daripada fixation
b) Penglihatan terhad (low vision/partially sighted) iaitu penglihatan lebih
teruk daripada 6/18 tetapi sama dengan atau lebih baik daripada 3/60
walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan atau medan
penglihatan kurang daripada 20 darjah daripada fixation.
3) Kurang upaya fizikal iaitu seseorang yang mengalami ketidakupayaan
anggota badan sama ada kehilangan fungsi atau tidak mempunyai satu
anggota di mana-mana bahagian anggota badan termasuklah keadaan
anggota

yang

tidak

sempurna

yang

mana

keadaan

ini

menjejaskan

keupayaannya. Kategori ini termasuklah kerdil, kudung tangan atau kaki atau
keduanya, kudung ibu jari tangan, lumpuh, spina bifida, musculor dystropyn
dan cerebral palsy. Bagi kekurangan (impairment) yang tidak menjejaskan
fungsi seperti kudung satu jari, mempunyai 6 jari atau lebih dan tidak ada
atau kurang sempurna cuping telinga tidak dikategorikan sebagai kurang
upaya fizikal.
4) Masalah pembelajaran iaitu seseorang yang mengalami masalah kecerdasan
otak yang tidak selaras dengan usia biologikalnya. Mereka yang tergolong
dalam kategori ini ialah lembam, down syndrome, kurang upaya intelektual,
autisme,

Attention

pembelajaran

Deficit

spesifik

Hyperactive

(dyslexia,

Disorder

dyscalculia,

(ADHD),

dygraphia)

masalah

dan

lewat

perkembangan global (global development delay).


5) Kurang upaya pertuturan iaitu individu yang mengalami masalah pertuturan
tetapi boleh mendengar
6) Kurang upaya mental iaitu seseorang yang menghadapi penyakit mental
yang teruk yang telah menjalani rawatan atau telah diberi diagnosis selama
sekurang-kurangnya 2 tahun oleh Pakar Psikiatri. Akibat daripada penyakit
yang dialami, mereka masih tidak berupaya untuk berfungsi sama ada
sebahagian atau sepenuhnya dalam hal berkaitan dirinya atau perhubungan
dalam masyarakat walaupun setelah menjalani rawatan psikiatri. Antara
jenis-jenis penyakit mental tersebut ialah skizofrenia, mood disorder dan
organic mental disorder yang serius dan kronik.

7) Kurang upaya pelbagai iaitu individu yang mengalami lebih daripada satu
jenis ketidakupayaan dan secara umumnya tidak sesuai diklasifikasikan di
bawah mana-mana lima kategori lain yang sedia ada. Contohnya seseorang
individu mengalami 2 jenis ketidakupayaan dari segi penglihatan dan
pendengaran akan didaftarkan dalam kategori kurang upaya pelbagai.
Walaupun pelbagai kategori yang diberikan oleh pelbagai pihak, kita sebagai
masyarakat perlulah melihat Orang Kurang Upaya (OKU) sebagai insan yang perlu
lebih perhatian sama ada dalam keluarga, bidang pendidikan, sektor pekerjaan dan
sebagainya. Dalam kertas kerja ini, penulis memfokuskan kepada Orang Kurang
Upaya (OKU) dalam kategori masalah pembelajaran iaitu autisme.
KEISTIMEWAAN ORANG KURANG UPAYA (OKU) DI MALAYSIA
Di Malaysia, golongan kurang upaya (OKU) mendapat perhatian di mata
masyarakat

dan

kerajaan.

Dengan

penubuhan

sebuah

kementerian

khusus

berperanan menjaga kebajikan golongan kurang upaya (OKU) iaitu Kementerian


Pembangunan

Wanita,

Keluarga

dan

Masyarakat

melalui

Jabatan

Kebajikan

Masyarakat. Jabatan Kebajikan Masyarakat amat peka dan prihatin serta bersedia
mendengar dan membantu golongan kurang upaya (OKU) supaya tidak disisih
masyarakat. Jabatan Kebajikan Masyarakat telah membuat pendaftaran kepada
Orang Kurang Upaya (OKU) supaya mereka mendapat manfaat yang sewajarnya.
Pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU) boleh dilakukan di Pejabat Kebajikan
Masyarakat Daerah/Jajahan, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri dan Ibu pejabat
Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.
Pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU) oleh Jabatan kebajikan Masyarakat
dan menurut Akta Orang Kurang Upaya (OKU) 2008 adalah bertujuan untuk :
1) Untuk mengetahui bilangan sebenar taburan OKU di negara ini
2) Untuk mengenalpasti bilangan OKU mengikut jenis- jenis kecatatan
3) Untuk merancang kesesuaian program-program latihan, pendidikan dan

pemulihan bagi golongan kurang upaya


4) Untuk

menyediakan

kemudahan-kemudahan

keperluan OKU
7

yang

bertepatan

dengan

5) Warna Kad Kenal Diri OKU

a)
b)
c)
d)
e)
f)

Fizikal Hijau
Pendengaran Ungu
Penglihatan Biru
Masalah Pembelajaran Kuning
Cerebal Palsy (Spatik) - Merah Jambu
Lain - lain - Coklat / Oren

Kad Kenal Diri OKU ialah untuk setiap OKU yang berdaftar dengan JPKAS akan
dikeluarkan kad kenal diri yang bertujuan sebagai pengenalan diri serta
memudahkan
Setelah

OKU mendapatkan perkhidmatan.


pendaftaran

dilakukan,

terdapat

pelbagai

kemudahan

dan

keistimewaan yang diberikan untuk Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia yang
menurut Akta Orang Kurang Upaya (OKU) 2008 iaitu :
1) Kemudahan pendidikan
a) Elaun RM150 sebulan bagi pelajar sekolah rendah dan menengah
b) Elaun RM300 bagi pelajar IPT
c) Pengecualian bayaran pendaftaran pelajar pekak bagi latihan
kemahiran kementerian pelajaran
d) OUM ; Potongan 75% yuran pengajian
2) Pengecualian bayaran rawatan perubatan di Hospital Kerajaan
a) Bayaran wad Kelas 3
b) Bayaran pakar
c) Bayaran ubat
3) Pelepasan cukai pendapatan
a) Pelepasan cukai sebanyak RM5000 kepada pembayar cukai yang
mempunyai anak OKU
b) Pelepasan cukai tambahan RM6000 kepada OKU dan RM3500
kepada pasangan yang OKU
c) Pelepasan cukai sehingga RM5000 bagi membeli alat-alat khas OKU
d) Pelepasan cukai tambahan RM4000 untuk anak OKU yang
mengikuti kursus di Institut Pengajian Tinggi (IPT)
4) Pengecualian cukai jalan; Dengan Syarat;
a) Kereta, van dan motosikal nasional sahaja
b) Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat
c) Pengecualian kepada pemohon sahaja
d) Sebuah kenderaan dalam satu masa
e) Memiliki lesen memandu yang sah
5) Kemudahan pengangkutan iaitu tambang konsesi

50%

KTMB,

Transnasional, Rapid KL, Penerbangan Malaysia (MAS)


6) Pengecualian bayaran untuk dokumen perjalanan dan kad pengenalan

7) Pengecualian duti import dan cukai jualan bagi semua peralatan yang
direka khas untuk kegunaan OKU seperti kerusi roda, alat pendengaran
dan sebagainya
8) Jagaan dan pemulihan di institusi seperti :
a) Taman Didikan Kanak-kanak Kurang Upaya (TDKKU) di Sembulan,
Tawau dan Sandakan di Sabah
b) Kompleks Pemulihan Orang Kurang Upaya Kimanis (KPIKU), Pusat
Khidmat Kanak-kanak Kurang Upaya dan Pusat Latihan Vokasional
OKU.
9) Telekomunikasi (Telekom Berhad) iaitu :
a) Bayaran sewa bulanan dikecualikan
b) Panggilan menunggu atau indaan secara percuma
c) Panggilan 103 operator tidak dikenakan caj
10)
Kemudahan asas seperti :
a) kemudahan tandas yang bersesuaian untuk kegunaan mereka
b) tempat duduk khas yang ditawarkan di pengangkutan awam seperti
bas dan kereta api
PERANAN KAUNSELOR KEPADA KLIEN ORANG KURANG UPAYA (OKU)
Menurut Noor Haizam (2011) peranan seorang kaunselor kepada klien Orang
Kurang Upaya (OKU) amat penting dan memberikan impak yang besar kepada
pertumbuhan kesihatan mental dan fizikal mereka. Noor Haizam (2011) juga
berpendapat bahawa keperluan hubungan personaliti kaunselor iaitu aspek empati,
kongruen serta mesra klien untuk melihat perubahan emosi, tingkah laku dan
kognitif klien. Kesemua aspek yang perlu ada kepada kaunselor iaitu empati,
kongruen serta mesra atau penerimaan tanpa syarat adalah berteraskan kepada
teori kaunseling Pemusatan Insan yang dipelopori oleh Carl Rogers (Corey, 2013).
Menurut Nor Shafrin & Rohany (2013) proses kaunseling juga bergantung
kepada kaunselor yang akan seorang yang boleh dipercayai, prihatin, empati,
ikhlas, tulen dan benar-benar jujur dalam membantunya ke arah pembangunan
kendiri dan pembangunan yang konstruktif. Pendapat ini turut dosokong oleh Kottler
& Shepard (2008) yang mengatakan bahawa adalah menjadi kemestian kepada
seorang kaunselor untuk bersikap kongruen, menerima tanpa syarat dan empati
kepada setiap klien yang datang ke sesi kaunseling. Ini kerana sikap kaunselor yang
tulen membawa kepada proses kaunseling yang terapeutik dan memberikan
9

suasana bahawa kaunselor sudi mendengar dan menerima serta klien bersedia
untuk berkongsi sebarang perasaan dan emosi yang terdapat dalam dirinya.
Walaubagaimanapun, menurut Lau, Ahmad Shamsuri & Chew (2011)
pendekatan kaunseling yang sedia ada perlu dibentuk berdasarkan keperluan Orang
Kurang Upaya (OKU), kerana pendekatan itu lebih sesuai untuk orang biasa. Selain
itu, kaunselor boleh menggunakan bahasa dan teknik yang bersesuaian dengan
umur

klien,

memberi

penekanan

pada

kekuatan

yang

dimiliki

klien

dan

menghormati nilai serta kepercayaan klien. Lau, Ahmad Shamsuri & Chew (2011)
juga berpendapat bahawa kaunselor perlu bertindak secara realistik dan sedar
bahawa mereka sedang berurusan mengenai harapan, impian, perasaan dan
aspirasi golongan ini dan bukannya dengan kecacatan atau kekurangupayaan yang
dialami mereka. Lau, Ahmad Shamsuri & Chew (2011) juga memberi cadangan
kepada

kaunselor

yang

bekerja

di

pusat-pusat

perkhidmatan

OKU

yang

memfokuskan perkhidmatan kaunseling kerjaya iaitu :


1) Merasionalkan sistem pemikiran berdasarkan teori Rasional Emotif Terapi oleh
Albert Ellis
2) Menjalankan kaunseling kelompok
3) Menjalankan bimbingan kerjaya dan vokasional
4) Menyediakan program pendidikan kerjaya supaya wujud kesedaran untuk
tingkah laku sosial
5) Menjalankan kaunseling untuk ahli keluarga
6) Menjalin kerjasama dengan badan bukan kerajaan
Walaubagaimanapun, menurut Robertson, Emerson, Hatton, Elliot, McIntosh,
Swift, Krinjen-Kemp, Towers, Romeo, Knapp, Sanderson, Routledge, Oakes & Joyce
(2007) telah membuat kajian mengenai penggunaan teori pemusatan insan bagi
menangani klien bermasalah pembelajaran seperti lembam dan autisme. Mereka
juga berpendapat bahawa peranan kaunselor semasa sesi kaunseling dijalankan
amatlah dititikberatkan dan kaunselor dengan sokongan keluarga boleh melakukan
aktiviti seperti di bawah :
1) Menjalankan sesi kaunseling secara pemusatan insan dengan menerapkan
aspek empati, kongruen dan penerimaan tanpa syarat
2) Menggalakkan klien mempunyai hubungan sosial dengan masyarakat sekitar
perumahan

10

3) Menggalakkan penglibatan klien dalam komuniti seperti terlibat dalam


program kemasyarakatan, gotong-royong
4) Menambah jadual aktiviti seharian klien supaya dapat meluahkan perasaan
serta berhubung melalui aktiviti yang dilakukan
5) Memperbaiki hubungan dengan rakan supaya lebih selesa dan seronok
6) Memperbaiki hubungan dengan keluarga supaya lebih selesa dan seronok
7) Memberikan pilihan untuk melakukan pelbagai aktiviti lain yang difikirkan
perlu
ORANG

KURANG

UPAYA

(OKU)

DALAM

KATEGORI

MASALAH

PEMBELAJARAN : AUTISME
Menurut Jadual 5.3, Jabatan Perangkaan Malaysia 2011 bilangan Orang
Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar di Malaysia ialah seramai 359,203 dan
mengikut jenis kecacatan seperti berikut :
1)
2)
3)
4)
5)
6)
7)

Masalah Pembelajaran :
Fizikal
:
Pendengaran
:
Penglihatan
:
Mental
:
Pertuturan
Lain-lain
:

Berdasarkan

perangkaan

134,659 orang
123,346 orang
43,788 orang
31,924 orang
8,927 orang
: 725 orang
15,834 orang
yang

telah

dikeluarkan

Jabatan

Perangkaan

Malaysia pada Disember 2012, jumlah Orang Kurang Upaya (OKU) tertinggi
mengikut kategori ialah masalah pembelajaran. Orang Kurang Upaya (OKU) dalam
kategori masalah pembelajaran ialah kanak-kanak yang berbeza daripada kanakkanak normal dalam aspek ciri-ciri mental, keupayaan sensori, komunikasi, tingkah
laku sosial atau ciri-ciri fizikal yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh pakar
profesional klinikal (Salizawati, 2011). Menurut beliau lagi, kanak-kanak ini juga
disahkan mengalami kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran serta
memerlukan pengubahsuaian dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran di
sekolah ataupun program perkhidmatan pendidikan khas bagi membolehkannya
berkembang secara optimum. Di Malaysia, kanak-kanak yang mempunyai masalah
pembelajaran di tempatkan di sekolah-sekolah khas dan diajar oleh guru-guru yang
mempunyai kelulusan pendidikan khas supaya mereka tidak tertinggal dalam
aktiviti pembelajaran dan pengajaran sebagaimana yang telah diperuntukkan dalam
11

Akta Orang Kurang Upaya (OKU) 2008 dan juga dalam Peraturan-peraturan
Pendidikan Khas (1997).
Menurut Schalock, Brown,
Parmenter

(2002)

mengatakan

Brown, Cummins,
bahawa

Felce, Matikka, Keith &

ketidakupayaan

yang

dialami

oleh

seseorang kanak-kanak atau kanak-kanak istimewa boleh dikategorikan mengikut


tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan-kebolehan yang berikut :
1)
2)
3)
4)
5)
6)

Kebolehan kognitif
Tingkah laku sosial/perkembangan sosial
Penguasaan bahasa lisan/pertuturan
Penguasaan membaca
Kemahiran perkembangan
Kemahiran matematik
Kanak-kanak

istimewa

sering

dikaitkan

dengan

ketidakupayaan

pembelajaran. Sebenarnya ketidakupayaan pembelajaran bukanlah bermaksud


bodoh, lembab, malas, atau tahap kecerdasan yang rendah. Ia juga bukanlah
berlaku akibat daripada perbezaan budaya, status sosial, kekangan ekonomi, dan
pengaruh

persekitaran.

Menurut Emerson

&

Hatton

(2007) ketidakupayaan

pembelajaran bermaksud masalah khusus di dalam otak kanak-kanak ini, yang


menjejaskan cara seseorang itu memproses dan bertindak balas terhadap sesuatu
maklumat. Menurut Cooper, Siley, Morrison, Williamson & Allan (2007) terdapat
beberapa bentuk ketidakupayaan pembelajaran iaitu;
1) Disleksia : ini adalah ketidakupayaan pembelajaran yang menjadikan kanakkanak itu sukar membaca, menulis, dan mengeja dalam cara yang biasa.
2) ADHD (Attention Deficit and Hyperactivity Disorder) : ini adalah satu
gangguan yang menjejaskan keupayaan otak untuk menumpukan atau
memfokus kepada sesuatu benda. Misalnya, seseorang kanak-kanak itu
mungkin normal, cerdas, dan bijak tetapi dia tidak dapat menumpukan
perhatiannya dan mengawal tingkah lakunya sendiri.
3) Dispraksia : ini satu ketidakupayaan pembelajaran yang melibatkan masalah
dengan gerakan anggota tubuh.
4) Diskalkulia : satu jenis ketidakupayaan pembelajaran yang melibatkan
matematik, apabila kanak-kanak itu mengalami masalah dalam pengiraan
dan hitungan. Walau berkali-kali diajar dengan cara yang paling mudah,
namun di tetap sukar memahaminya.
12

5) Autisme : ini pula merujuk kepada ketidakupayaan kanak-kanak mengalami


dunia persekitarannya, sebagaimana yang dialami oleh rakan-rakannya yang
normal. Mereka sukar bercakap dan berbual-bual, sebaliknya mendiamkan
diri serta memerlukan bantuan untuk berkomunikasi. Mereka juga bertindak
balas dalam cara yang berbeza. Bunyi yang indah mungkin membingitkan
telinga mereka. Sentuhan dan belaian yang manja mungkin menjadi sesuatu
yang tidak disenangi. Mereka juga tidak dapat mengaitkan sesuatu perkataan
dengan maksudnya. Jadi, mereka mungkin mengulang-ulang perkataanperkataan tertentu, panas baran, dan bertindak balas secara luar biasa.
Dalam penulisan ini, penulis menjurus kepada kanak-kanak yang mempunyai
masalah pembelajaran iaitu autisme. Menurut Min (2011), Leyfer, Folstein,
Bacalman, Davis, Dinh, Morgan, Tager-Flusberg & Lainhart (2006) dan Provost,
Lopez & Heimerl (2006) kanak-kanak autisme berkarektor seperti berikut :
1) Interaksi sosial :
a) Tidak suka untuk bersosial dengan rakan-rakan (menyendiri)
b) Tidak suka berseronok
c) Selalu menggunakan komunikasi bukan lisan
2) Komunikasi
a) Kurang bercakap
b) Bermasalah untuk memulakan perbualan
c) Kurang meniru sebaliknya bermain dengan imaginasi sendiri
3) Penggunaan bahasa
a) Lambat bercakap
b) Menggunakan bahasa tersendiri
c) Masalah untuk mengkategori dan menaakul
4) Pergerakan motor badan
a) Minat yang bukan kebiasaan orang dan terlalu obses dengan minat
tersebut
b) Tangan dan jari selalu bergerak berulang kali
Kebiasaannya kanak-kanak autisme ditempatkan di sekolah pendidikan khas
setelah mereka disahkan mengalami masalah autisme oleh ahli perubatan yang
profesional. Namun begitu, kanak-kanak autisme mempunyai masalah untuk
bersosial dengan rakan-rakan dan guru di sekolah. Kanak-kanak ini juga sering kali
membawa diri dalam dunianya tersendiri serta tidak menyukai muzik yang bising.
Namun begitu, kanak-kanak autisme kebiasannya cemerlang dalam akademik sama
ada dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik.
Menurut Peraturan-peraturan Pendidikan Khas (1997) mengatakan bahawa guru13

guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa
bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi
mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas. Oleh yang demikian, teknik
pengajaran dan pembelajaran kepada kanak-kanak autisme diberikan mengikut
kreativiti dan inovatif guru serta mengikut kesesuaian supaya mereka mendapat
maklumat yang disampaikan guru.
Walaubagaimanapun, menurut Min (2011) terdapat pelbagai cara yang boleh
digunakan oleh guru dan ibu bapa untuk menggalakkan kanak-kanak autisme
bertingkah laku positif iaitu :
1) Mengajar kanak-kanak

autisme

bertingkah

laku

dengan

baik

dengan

mengurangkan perasaan marah atau panas baran melalui galakan positif


seperti token di atas perubahan sikap serta pujian daripada guru dan ibu
bapa. Guru dan ibu bapa perlu mengulang berkali-kali serta menjelaskan
maksud setiap arahan yang diberikan kepada kanak-kanak autisme.
2) Mengajar kanak kanak-kanak autisme berkomunikasi dengan secara efektif
dalam kelas tanpa perasaan malu. Terdapat kaedah Pivotal Response Training
(PRT) atau Picture Exchange Communication System (PECS) yang boleh
digunakan guru sebagai instrumen kepada pelajar yang minima bahasa lisan
dan bahasa bukan lisan.

Guru boleh meminta kanak-kanak

autisme

berkomunikasi mengikut kesesuaian minat pelajar tersebut dengan sebutan


perkataan yang perlahan-lahan dan tidak terlalu laju.
3) Menarik minat untuk bersosial melalui aktiviti-aktiviti yang menarik minat
kanak-kanak autisme contohnya membuat kad ucapan hari lahir yang
memerlukan kanak-kanak autisme mewarna kad tersebut dengan menarik.
Guru perlu menerapkan supaya kanak-kanak autisme menggunakan pelbagai
warna dalam kad tersebut dan membuat aktiviti membaca tulisan dalam kad
tersebut dalam kelas.
Namun demikian, menurut Alavi, K., Aizan, Subhi, N., Mohamad, M., Sarnon
(2012) kajian kesihatan mental kanak-kanak di Malaysia mendapati bahawa
perubahan tingkah laku atau masalah pembelajaran ini adalah dipengaruhi oleh
cara gaya keibubapaan, hubungan interpersonal ibubapa dan kanak-kanak, konflik
antara ibubapa dan kesihatan mental ibubapa sehingga keadaan ini membentuk
pengalaman dalam hidup kanak-kanak itu kelak. Terdapat juga kajian daripada
14

Kersh, Hedvat, Cram & Warfield (2006) yang mengatakan bahawa terdapat
pengaruh yang kuat daripada perkahwinan ibubapa, keadaan keluarga samada
kedua-dua ibubapa, ibu tunggal atau bapa tunggal terhadap keadaan kanak-kanak
kurang upaya pembelajaran.
ULASAN KES
Amira (bukan nama sebenar) merupakan pelajar berumur 12 tahun,
bersekolah di Sekolah Pendidikan Khas Titi Teras, Balik Pulau, Pulau Pinang. Amira
merupakan anak sulong dan mempunyai 3 orang adik beradik. Bapanya bekerja
sebagai operator kilang manakala ibunya seorang guru tadika swasta. Amira
disahkan mengalami masalah autisme ringan semasa berumur 3 tahun setelah
ibunya mendapati Amira mempunyai kesukaran untuk berkomunikasi walaupun
perkataan yang mudah seperti mama dan papa. Setelah doktor membuat
pengesahan, ibunya mendaftar Amira ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Daerah
Barat Daya dan Amira semakin lama boleh berkomunikasi dengan baik namun
dalam bahasanya tersendiri. Walaubagaimanapun, ibu bapa serta gurunya boleh
memahami percakapan yang diucapkan dan sekiranya memerlukan penjelasan
Amira boleh menjelaskan dengan baik walaupun kadang kala sukar difahami.
Kemudian, pada umur 7 tahun Amira ke Sekolah Pendidikan Khas Titi Teras
dan berasa seronok serta minat untuk ke sekolah. Di sekolah, Amira mempunyai
rekod

kehadiran

yang

baik.

Menurut

gurunya,

Amira

berkemahiran

untuk

berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris lebih baik berbanding Bahasa Malaysia.


Amira merupakan pelajar yang terurus dan seorang yang menjaga barang-barang
peribadi miliknya sendiri. Amira akan menyusun pensel warna mengikut warna dan
susunan yang betul. Sekiranya buku atau barang miliknya hilang, Amira akan
menangis dan menjerit sehingga barang tersebut dijumpai. Namun begitu, Amira
kerap menyendiri dan selalu bercakap dalam bahasa yang kurang difahami. Dalam
kelas, gurunya sering membuat aktiviti kumpulan dan meminta Amira menjawab
soalan yang dikemukakan bersama-sama dalam kumpulan.
Setelah pulang dari sekolah, Amira sering kali menyendiri dalam biliknya dan
menggunakan komputer riba yang dihadiahkan bapanya sempena hari lahir untuk
15

mengakses maklumat daripada internet. Amira hanya keluar dari bilik untuk makan
bersama keluarga sahaja. Menurut gurunya, Amira pernah dirujuk kepada guru
kaunseling kerana sikapnya yang panas baran dan suka melempar barang sesuka
hati setelah mendapati kasutnya hilang namun, dia hanya berdiam diri semasa
permulaan sesi. Namun demikian, melalui gurunya Amira semakin lama dapat
berkomunikasi lebih baik dan boleh difahami oleh guru dan ibu bapanya.
Walaubagaimanapun, Amira hanya bermasalah untuk bergaul dengan rakan-rakan
di sekolah sahaja kerana Amira suka menyendiri daripada bersosial namun Amira
tetap memberi sokongan terhadap aktiviti yang diberikan oleh guru di dalam kelas.
RUMUSAN
Oleh yang demikian, Orang Kurang Upaya (OKU) merupakan insan yang
istimewa

terpilih

daripada

Tuhan

dan

perlu

mendapat

perhatian

daripada

masyarakat tanpa kira umur, bangsa dan jantina. Walaupun terdapat rungutan serta
keluhan daripada ahli keluarga untuk menguruskan kanak-kanak bermasalah
pembelajaran terutamanya autisme, namun mereka seharusnya banyak bersabar
dan sentiasa merujuk pihak berwajib seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),
kaunselor, guru serta pegawai sosial supaya kebajikan kanak-kanak ini tidak
terabai.
Seorang kaunselor pula seharusnya menerima klien tanpa syarat walaupun
seorang yang kurang upaya (OKU). Ini kerana penerimaan tanpa syarat daripada
kaunselor secara tidak langsung memberikan petunjuk bahawa golongan kurang
upaya (OKU) boleh bermasyarakat serta boleh bersosial dengan orang selain
daripada ibu bapa dan keluarganya.

16

BIBLIOGRAFI
Akta Orang Kurang Upaya (OKU) 2008
American with Disabilities Act 1990
Alavi, K., Aizan Sofia Amin, Subhi, N., Mohamad, M.S. & Sarnon. N. (2012), Kertas
Sosial di

Sekolah: Memahami dan Menangani Penderaan Kanak-kanak, Jurnal e-

Bangi, Volume

7,Number 1, 17-37, ISSN: 1823-884x

Alijah Ujang, Norlidah Alias & Saedah Siraj (2013), Analisis Kandungan Aspek-aspek
Pendidikan Kesihatan Reproduktif Merentasi Kurikulum Pendidikan Khas
Bermasalah Pembelajaran, JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, Julai
2013, Bil. 1 Isu 3
Beth Provost, Brian R. Lopez & Sandra Heimerl (2006), A Comparison of Motor
Delays in

Young Children: Autism Spectrum Disorder, Development Delay and

Development

Concerns, J Autism Dev Disord DOI 10.1007/s 10803-006-0170-6

Corey, G (2013), Theory and Practice of Counseling and Psychotherapy (9 th.ed.),


India :

Brooks/Cole.

Eric Emerson & Chris Hatton (1997), Mental Health of Children and Adolescents with
Intellectual Disabilities in Britain, British Journal of Psychiatry, 191, 493-499,
doi:

10.1192/bjp.bp.107.038729

Jabatan

Pendidikan

Kementerian

Khas

(1997),

Peraturan-peraturan

Pendidikan

Khas

Pendidikan Malaysia

Jabatan Perangkaan Malaysia, Buletin Perangkaan Sosial Malaysia 2012, Disember


2012
J. Kersh, T.T. Hedvat, P. Hauser-Cram & M. E. Warfield (2006), The Contribution of
Marital

Quality to the Well-being of Parents of Children with Developmental

Disabilities, Journal

of Intellectual Disability Research, Volume 50 Part 12 pp

883-893, December 2006


J. Robertson, E. Emerson, C. Hatton, J. Elliot, B. McIntosh, P. Swift, E. Krinjen-Kemp,
C.

Towers, R. Romeo, M. Knapp, H. Sanderson, M. Routledge, P. Oakes & T. Joyce


(2007),

Outcomes for

Person-centered

Planning:

Factors

Associated

People with Intellectual Disabilities,

Disability Research, Volume

Successful

Journal of Intellectual

51, Part 3 pp 232-243, March 2007

17

with

Jeffrey A. Kottler & David S. Shepard (2008), Introduction to Counseling Voices From
the Field

(6th Ed.), USA : Thomson Brooks/Cole

Lau Poh Li, Ahmad Shamsuri Muhamad & Chew Fong Peng (2011), Peranan
Kaunselor dan

Perkhidmatan Kaunseling Kerjaya bagi Orang Kurang Upaya,

ATIKAN, 1(2) 2011


Low Hui Min (2011), Identification, Education and Intervention for Children with
Autism

Spectrum Disorders (ASD), Diges Pendidik Universiti Sains Malaysia

(USM) Jilid 11, Bil. 2/2011


Mary Wilkinson (2009), Defying Disability The Lives and Legacies of Nine Disabled
Leaders,

London and Philadelphia : Jessica Kingsley Publishers

Nor Shafrin Ahmad & Rohany Nasir (2013), Aplikasi Praktik Teknik Kaunseling &
Psikoterapi

(Edisi Pertama), Selangor : Universiti Kebangsaan Malaysia

Noor Haizam Abdul Zahid Shaghia (2011), Hubungan Antara Personaliti Kaunselor
dengan

Peubahan Kognitif, Emosi dan Tingkahlaku

Tingkatan Empat di

dalam Kalangan Pelajar

Zon Skudai, tesis Sarjana Pendidikan Universiti Teknologi

Malaysia (tidak diterbitkan)


Ovsanna T. Leyfer, Susan E. Folstein, Susan Bacalman, Naomi O. Davis, Elena Dinh,
Jubel Morgan,
Psychiatric

Halen

Tager-Flusberg

&

Janet E.

Lainhart (2006),

Comorbid

Disorders in Children with Autism: Interview Development and Rates of

Disorders, J Autism Dev Disord (2006) 36: 849-861, DOI 10.1007/s 10803-0060123-0
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 2010, JPA. BK (S) 256/6/6 Klt. 9
Robert L. Schalock, Ivan Brown, Roy Brown, Robert A, Cummins, David Felce, Leena
Matikka,

Kenneth D. Keith & Trevor Parmenter (2002), Conceptualization,

Measurement, and Application of Quality of Life for Persons With Intellectual


Disabilities: Report of an International Panel of Experts, Mental Retardation, Volume
40, Number 6: 457-470,

December 2002

Salizawati Omar (2011), Masalah Bahasa Bukan Lisan, Diges Pendidik Universiti
Sains Malaysia (USM), Jilid 11, Bil 1/2011
Sally-Ann Cooper, Elita Smiley, Jillian Morrison, Andrew Williamson & Linda Allan
(2007),

Mental Ill-Health in Adults with Intellectual Disabilities: Prevalence and

Associated

Factors, British Journal of Psychiatry, 190, 27-35

World Report on Disability 2011, World Health Organization, printed in Malta, ISBN
978 92 4

156418 2
18

www.jkm.gov.my
www.who.int/en/

19

You might also like