You are on page 1of 2

Syarahan: Faedah Makan Buah-buahan Tempatan

Faedah Makan Buah-buahan Tempatan

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru,
serta rakan- rakan sekalian. Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan.

Pada pagi yang mulia ini, saya ingin menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk
Faedah makan buah-buahan tempatan. Definisi buah-buahan tempatan ialah
buah-buahan yang dikeluarkan dalam sesebuah negara. Sebagai contoh, buahbuahan tempatan negara kita ialah manggis, durian, tembikai dan sebagainya.

Buah-buahan tempatan banyak mengandungi khasiat yang setanding dengan buahbuahan yang diimport. Contohnya, buah jambu batu mengandungi vitamin C dan
buah limau mengandungi asid yang boleh menghadamkan makanan yang kita
makan.

Buah-buahan tempatan juga mudah didapati kerana hasil dari dalam negara kita.
Oleh sebab itulah, buah-buahan tempatan didapati lebih segar dan tidak
mengandungi bahan pengawet. Buah-buahan ini banyak dijual di gerai buahbuahan di seluruh negara.

Selain daripada itu, harga buah-buahan tempatan juga lebih murah jika
dibandingkan dengan buah-buahan import. Ini kerana buah-buahan tempatan tidak
memerlukan kos yang tinggi untuk dipasarkan seperti kos pengangkutan
berbanding buah-buahan yang diimport.

Buah-buahan tempatan juga telah pun berjaya dieksport keluar negara. Contohnya
buah nanas yang ditinkan telah dieksport keluar negara seperti Arab Saudi, Amerika
Syarikat dan lain-lain lagi. Ini menunjukkan buah-buahan tempatan juga digemari
dan dipercayai daripada segi mutunya.

Kesimpulannya, mengambil buah-buahan tempatan sangat banyak faedahnya.


Selain segar, murah, berkhasiat dan bermutu, mengambil buah-buahan tempatan
juga dapat meningkatkan pendapatan para petani. Oleh itu, makanlah buah-buahan
tempatan sebagai buah-buahan pilihan kita.

Sekian, terima kasih.

You might also like