You are on page 1of 2

TEKS UCAPAN PENGETUA

SMK SEKSYEN 27
SEMPENA
PROGRAM ‘MAI MAKAN BUAH TEMPATAN’

Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Yang Berbahagia,
Dato’ Shahrizan bin Samdin
YDP PIBG SMK Seksyen 27

Yang Berusaha,
Pn. Zaiton binti Abu Hassan, Penolong Kanan SMK Seksyen 27

Yang Mulia,
Pn. Tengku Norhayati binti Tengku Mohamad, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Yang Berusaha,
Pn. Jusmaiwati binti Jusoh, Penolong Kanan Kokurikulum
Pn. Nik Azmawati binti Awang, Penolong Kanan Pendidikan Khas
Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran

Seterusnya, Guru-guru PPKI, Pembantu Pengurusan Murid,


dan anak-anak yang dikasihi sekalian.

Alhamdulilah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana


dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya, kita dapat berkumpul pada hari ini dalam
Program ‘Mai Makan Buah Tempatan’ yang julung kalinya diadakan.
Hadirin yang dihormati sekalian,

Program ‘Mai Makan Buah Tempatan’ ini merupakan satu inisiatif yang telah diambil
oleh guru-guru PPKI sekolah kita dalam menyampaikan isi pengajaran yang
berkonsepkan pembelajaran kontekstual dan pembelajaran berasaskan kendiri.
Program ini juga merupakan salah satu usaha dan kreativiti guru-guru dalam
menerapkan kefahaman kepada para pelajar PPKI khususnya berkaitan dengan
buah-buahan tempatan. Usaha seperti amatlah diperlukan dalam menggalakkan
anak-anak didik kita mengenali buah-buahan tempatan seterusnya memilih buah-
buahan tempatan sebagai salah satu keperluan dalam diet pemakanan mereka
setiap hari.

Ramai dalam kalangan anak-anak didik kita ini didapati kurang mengenali dan
mengetahui pelbagai jenis buah-buahan tempatan. Hal ini kerana kebanyakan
daripada mereka dibesarkan di bandar dan jarang didedahkan kepada buah-buahan
tempatan. Walhal, buah-buahan tempatan kita tidak kurang hebatnya dalam
memberi khasiat dan kebaikan kepada tubuh badan manusia setanding dengan
buah-buahan import. Contohnya, buah jambu mengandungi vitamin C dan buah
limau mengandungi asid yang boleh membantu dalam penghadaman makanan yang
kita makan. Terdapat juga di kalangan pelajar kita yang tidak dapat membezakan
antara buah-buahan tempatan dan buah-buahan import. Justeru, usaha sebegini
seharusnya mendapat sambutan yang baik dan sokongan sepenuhnya dalam
memastikan para pelajar kita tidak keciciran maklumat berkaitan buah-buahan
tempatan.

Pada kesempatan ini juga, saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada
semua warga kerja PPKI SMK Seksyen 27 yang telah bertungkus-lumus untuk
merealisasikan Program ‘Mai Makan Buah Tempatan’ pada hari ini. Semoga
program ini dapat menambah pengetahuan dan meningkatkan kefahaman para
pelajar PPKI khususnya tentang kebaikan buah-buahan tempatan yang terdapat di
negara kita.

Akhir kata, dengan lafaz Bismillahirrahmannirrahim saya merasmikan Program ‘Mai


Makan Buah Tempatan’ di bawah kelolaan PPKI SMK Seksyen 27, Shah Alam.

Sekian, terima kasih.

You might also like