You are on page 1of 38

Kontrak Sosial dan Ketuanan Melayu

Dalam Struktur Kenegaraan Malaysia:


Sikap dan Pendirian Gerakan Islam
OLEH USTAZ MUHAMMAD FAUZI ASMUNI
DIBENTANGKAN DI MUZAKARAH FIKRAH ISMA

Maksud Kontrak Sosial Dalam Konteks


Malaysia

Perjanjian antara kaum-kaum di Malaysia


Pengiktirafan kedudukan istimewa orang Melayu selaku
penduduk bumiputera:

Institusi beraja
Agama Islam
Kedudukan Bahasa Melayu
Hak-hak istimewa orang Melayu

Jaminan hak-hak dan kepentingan kaum lain

Kewarganegaraan (tambahan kepada kerakyatan)

Latarbelakang dan Idea

Imigran Cina dan India


Dasar British: pengenalan kaum berdasarkan faktor
penempatan, sosio ekonomi dan pendidikan
Jurang ekonomi yang membawa kepada hubungan tidak baik
Faktor yang memburukkan lagi suasana:

Pendudukan Jepun
Darurat
Pengenalan Malayan Union (April 1946)

Kegagalan Malayan Union membawa kepada Perlembagaan


Persekutuan Tanah Melayu 1948

Syarat warganegara yang ketat ditentang oleh bukan Melayu


AMCJA, PUTERA dan PKM tidak berpuas hati

Latarbelakang dan Idea

Penubuhan Communities Liason Committee (CLC) 1949 (Dato Onn, Tun


Tan Cheng Lock dan EEC Thuraisingham)

Pembentukan Parti Perikatan (UMNO-MIC-MCA) 1955


Draf Perlembagaan 1956 (Suruhanjaya Reid Britain, Australia, India dan
Pakistan)

Bibit awal kerjasama politik antara kaum


Mengakui kepentingan Cina dalam ekonomi Tanah Melayu
Bantuan untuk meningkatkan penglibatan ekonomi orang Melayu
Kerjasama kaum dalam meningkatkan ekonomi negara
Jus soli (kerakyatan berdasarkan kelahiran)

Pembentukan kerajaan persekutuan


Pemeliharaan hak dan kedaulatan Raja-raja Melayu
Pemeliharaan ha-hak istimewa kaum Melayu
Pemeliharaan hak-hak sah kaum lain
Sistem kewarganegaraan yang seragam

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 berkuat kuasa 31 Ogos 1957

Kesan dari Kontrak Sosial

Perubahan struktur Tanah Melayu

Rakyat di bawah naungan Raja Melayu (negeri-negeri)


Tanah Melayu
Undang-undang Islam

Sistem kewarganegaraan
Pembentukan Malaysia
Islam agama rasmi
Raja berpelembagaan
Demokrasi

Kenapa Melayu Menerima Kontrak Sosial?

Syarat paksaan kepada tawaran kemerdekaan


Pembesar Melayu rasa ianya lebih adil setelah mereka
dipaksakan dengan Malayan Union

Adakah Masih Ada Hak Melayu Dalam


Kontrak Sosial? (Ketuanan Melayu)
Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia

1.

Perkara 3 Fasal (1):

a.

Islam agama rasmi


Yang Dipertuan Agong sebagai ketua agama di peringkat
persekutuan dan bagi negeri-negeri yang tidak beraja (termasuk
Wilayah Persekutuan)
Sultan-sultan ketua agama di peringkat negeri

Perkara 11 Fasal (4):

b.

Mengawal dan menyekat apa-apa iktikad atau kepercayaan beragama


orang Melayu serta mengadakan undang-undang bagi peruntukan
kewangan bagi penubuhan institusi-institusi Islam atau apa sahaja
berkaitan dengan agama Islam
Perkara 11 Fasal (1): menjamin kebebasan beragama (hak menganut
dan mengamalkan agama masing-masing dengan aman)

Adakah Masih Ada Hak Melayu Dalam


Kontrak Sosial?
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

2.

Perkara 152 Fasal (1):

a.

Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan


Mesti digunakan untuk maksud-maksud rasmi
Tiada larangan menggunakan bahasa lain untuk apa-apa tujuan

Kewarganegaraan

3.

Perkara 14 Perkara 22:

a.

Peruntukan-peruntukan perolehan kewarganegaraan

Perkara 23 Perkara 28:

b.

Ciri-ciri kehilangan kewarganegaraan

Adakah Masih Ada Hak Melayu Dalam


Kontrak Sosial?
Hak-hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera

4.

Perkara 160 Fasal (2)

a.

Penafsiran siapakah Melayu:

Bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu


Dan lahir sebelum hari Merdeka, di Persekutuan atau Singapura atau ibu
bapa atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau Singapura atau pada
hari kemerdekaan itu, dia berdomisil di Persekutuan atau Singapura

(a)

Atau;
(a)

Dia adalah keturunan seseorang tersebut

Perkara 153 Fasal (1)

b.

Perlindungan kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan


sah kaum-kaum lain adalah di bawah tanggungjawab Yang Dipertuan
Agong

Adakah Masih Ada Hak Melayu Dalam


Kontrak Sosial?
Hak-hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera

4.

Perkara 153 Fasal (2): Perkhidmatan Awam

c.

Kuasa kepada Yang Dipertuan Agong untuk memelihara dan


menentukan apa perkara yang difikirkan perlu mengenai perizaban
jawatan yang berpatutan dalam perkhidmatan awal bagi orang Melayu
dan Bumiputera

Perkara 153 Fasal (2): Pendidikan

d.

Kuasa kepadaYang Dipertuan Agong untuk melindungi kedudukan


istimewa bumiputera dalam bidang pendidikan dengan menentukan
perizaban kemudahan pendidikan kepada mereka seperti peruntukan
biasiswa, kouta kemasukan ke institusi pendidikan serta lain-lain
kemudahan dan latihan khas yang diberikan dan diadakan oleh kerajaan
Persekutuan
Perkara 153 Fasal (4):YDPA tidak boleh menahan atau memberhentikan
biasiswa serta keistimewaan pelajaran kepada kaum lain

Adakah Masih Ada Hak Melayu Dalam


Kontrak Sosial?
Hak-hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera

4.

Perkara 153 Fasal (2): Lapangan Ekonomi

e.

YDPA hendaklah mengeluarkan arahan kepada pihak berkuasa yang


bertanggungjawab untuk mengeluarkan dan menentukan kadar
perizaban permit dan lesen bagi membantu penglibatan orang Melayu
dalam bidang perindustrian dan perdagangan seperti peruntukan
Perkara 153 Fasal (6)
Perkara 153 Fasal (9): Melindungi kepentingan kaum lain

Perkara 89 Fasal (1) dan Fasal (6): Tanah Rizab Melayu*

f.

Peruntukan tanah yang dirizab untuk diberi milik kepada orang Melayu
atau Bumiputera (hak Melayu dan isu makanan ruji)
Perkara 89 Fasal (2): jumlah keluasan tanah yang diisytiharkan rizab
Melayu tidak boleh melebihi keluasan tanah yang diberikan milik umum
Perkara 89 Fasal (4): kepentingan kaum lain perlu dilihat (sekat negeri
isytihar seluruh negeri sebagai rizab Melayu)

* Hari ini ianya tidak dilihat sebagai pro Melayu

Kebalkah Perkara 153?

Suruhanjaya Reid yang menyediakan kerangka


Perlembagaan menyatakan di dalam laporannya bahawa
Perkara 153 adalah bersifat sementara dan perlu dikaji
semula selepas 15 tahun (1972).
Kita terselamat kerana rusuhan 13 Mei 1969 selepas
pilihanraya umum menyebabkan negara sekali lagi
diisytiharkan darurat.
1972, tahun yang dijadualkan kajian semula Perkara153
berlalu tanpa sebarang kajian semula dan Perkara 153
kekal tanpa perubahan.

Apa Untungnya Kontrak Sosial Kepada


Imigran?

Kewarganegaraan
Hak-hak penglibatan

Adakah Bangsa Lain Berpuas Hati Dengan


Format Kontrak Sosial?

Contoh: Pertikaian tentang dasar Islam agama rasmi

Perkhemahan Pemuda Beraneka Agama (Inter-religious Youth


Camp) pada akhir 1970 an
Majlis Perundingan Agama-agama Buddha, Kristian, Hindu dan
Sikh (Ogos 1983) menyatakan kebimbangan terhadap dasar
Islamisasi
Christian Federation of Malaysia (CFM) penyatuan 40
kelompok mazhab dan aliran Kristian (1986)
Trancedent Unity of Religions (aktif di Indonesia) kebenaran
mutlak tentang Tuhan adalah milik bersama semua agama
(pluralisme)
IFC dll

Integrasi Nasional: Usaha dan Cabaran

Antara perpaduan dan integrasi:

Perpaduan: kerjasama, tolak ansur dan akodomasi


Integrasi: penyatuan biologikal (kesediaan untuk exogamy kesediaan
berkahwin dan mencari pasangan di luar kelompok)

Asimilasi Sepenuhnya

Asimilasi Kecil

Asimilasi Budaya (India India Malaysia)


Asimilasi Struktur (Ai+B+C=Ai+Bi+Ci)

Amalgamasi

(A+B+C=A)

pencantuman biologi melahirkan etnik baru


A+B+C=D

Pluralisme

Pluralisme Kebudayaan (A+B+C=A+B+C)


Pluralisme Ubahsuaian (A+B+C=A1+B1+C1)

Integrasi Nasional: Usaha dan Cabaran

Peristiwa 13 Mei 69 sebagai kemuncak masalah perpaduan


dan integrasi. Membuktikan:

Perubahan imbangan kuasa politik. Kegagalan Perikatan


mendapatkan 2/3 pada peringkat awal pilihanraya 69

67/104 di Semenanjung dan 23/40 di Sabah/Sarawak = 90/144


Kemasukan SUPP (5), Pesaka (2) dan bebas (1) dari Sarawak mencukupkan 2/3

Penguasaan ekonomi oleh penduduk bukan asli negara

Pemilikan syer dalam syarikat:


Rakyat asing
: 62.1%
Cina
: 22.8%
Melayu
: 1.5%
India
: 0.9%

Integrasi Nasional: Usaha dan Cabaran

Langkah yang telah diambil setelah peristiwa Mei 69:


Sosial:

Rukun Negara
Dasar Pelajaran Kebangsaan
Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Politik

Pindaan akta Hasutan:

Kedudukan istimewa Melayu dan kelompok bumiputera


Kedudukan Raja-raja Melayu

Politik Perikatan dan Barisan Nasional (1976)

Ekonomi

Dasar Ekonomi Baru (1971) target penguasaan Melayu 30%


(pencapaian 1990: 20% sahaja)

Sikap dan Pendirian Terhadap Kontrak Sosial


dan Ketuanan Melayu

Minima mengekalkan status qou dan tidak terikut-ikut


rentak permainan BN dan PR
Peka terhadap agenda tersembunyi yang mempunyai
susur galur sejarah yang panjang
Isu yang sensitif bukan sahaja kepada kaum selain Melayu
di Malaysia

Malaysian Malaysia (Lampiran 1)

Malaysian Malaysia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Jump to: navigation, search
The phrase "Malaysian Malaysia" was originally used in the early 1960s
as the rallying motto of the Malaysian Solidarity Council, a confederation of
political parties formed to oppose Article 153 of the Constitution of
Malaysia. This article specifically provides special quotas for the Malay and
other indigenous peoples of Malaysia in admission to the public service,
awarding of public scholarships, admission to public education institutions
and the awarding of trade licences. It also authorises the government to
create Malay monopolies in particular trades. This form of affirmative action
for the Malays has been alleged to be racial discrimination on the basis of
ketuanan Melayu (Malay supremacy), making the phrase "Malaysian Malaysia"
not a mere tautology because of the distinction between nationality and
race.
The complaint was that Malaysia was not being "Malaysian" by
discriminating against non-Malay Malaysians, and was rather being a "Malay
Malaysia".

Malaysian Malaysia (Lampiran 1)

[edit] Early use


The phrase "Malaysian Malaysia" is widely associated with Lee Kuan Yew, then leader of the People's Action
Party (PAP), the prime constituent in the Malaysian Solidarity Convention; who was foremost a critic against
the racial policy.
In a speech, Lee scoffed at what he viewed as a discriminatory social contract: "According to history, Malays
began to migrate to Malaysia in noticeable numbers only about 700 years ago. Of the 39 percent Malays in
Malaysia today, about one-third are comparatively new immigrants like the secretary-general of UMNO,
Dato' Syed Ja'afar Albar, who came to Malaya from Indonesia just before the war at the age of more than
thirty.Therefore it is wrong and illogical for a particular racial group to think that they are more justified to
be called Malaysians and that the others can become Malaysian only through their favour." [1]
The campaign for a "Malaysian Malaysia" was not viewed highly by the government of Malaysia and the
parties in the ruling coalition of the Alliance (later the Barisan Nasional). Those against the concept of a
Malaysian Malaysia justify their views by citing the fact that Malaya was progressively colonised by the British
from mid 19th century to its height in 1926. During this period, a large number of immigrants not of the
Malay race including Chinese and Indian peoples came to the Malaysia and Singapore.This is elaborated with
idea that the Malays were forced to accommodate other peoples during the colonial era and for them to
remain after independence would be a privilege, not a right, with the reason given the influx of immigrants
had negatively affected the rights and resources of the Malays. The argument is given in spite of existence of
Malay-Chinese Peranakans and regular Chinese presence in Malaya before the British arrival.
Some politicians in the United Malays National Organisation (UMNO) thought of the concept as a threat to
the Malays' special position in Malaysia, and considered Lee to be a dangerous and seditious trouble-maker;
one went as far as to call Lee a traitor to the country. The more moderate Prime Minister of Malaysia,
Tunku Abdul Rahman, was perturbed by the campaign for a "Malaysian Malaysia" and thought it would lead
to trouble, as, in his opinion, the Malays were not ready to be cut loose from their special privileges.
Eventually, he decided the best option would be to oust Singapore from Malaysia; Lee agreed, and Singapore
seceded from the Federation of Malaysia in 1965.

Malaysian Malaysia (Lampiran 1)

[edit] Contemporary use


In 1999, controversy was reignited when Lim Kit Siang of the Democratic Action
Party (DAP, the former Malaysian branch of the PAP) called for a second campaign
for a "Malaysian Malaysia". Then acting UMNO Youth Chief Hishamuddin Hussein
angrily responded with a warning not to "play with fire," and accused Lim of
politicising an issue that had been decided at independence with the social contract.
Lim argued that the concept of a Malaysian Malaysia did not differ much from the
government policy of establishing a Bangsa Malaysia (Malaysian race or Malaysian
nation). Some noted that ironically, Hishamuddin's grandfather, Dato' Onn Ja'afar, the
founder of UMNO, had left the party to form the Independence of Malaya Party
based on the concept of eliminating special privileges for the Malays.
In 2006, at the Johor UMNO convention, Johor Menteri Besar (Chief Minister)
Abdul Ghani Othman linked the "Malaysian Malaysia" campaign to those advocating
the Bangsa Malaysia concept, insinuating that Bangsa Malaysia was a threat to the
Bumiputra/Malay privileges granted under Article 153 of the Constitution.[2]
However, others criticised Ghani, with Deputy Prime Minister Najib Tun Razak
stating: "It (Bangsa Malaysia) does not question the special rights of the Malays, our
quota or anything of that sort."[3]

Malayan Union (Lampiran 2)

Penyatuan semua negeri-negeri Melayu Bersekutu, negeri-negeri Melayu


tidak bersekutu dan negeri-negeri Selat kecuali Singapura. Singapura tidak
dimasukkan kerana dikatakan ada hasrat British untuk menjadikannya
sebagai pengkalan tentera British di Asia Tenggara dan sebagai tapak untuk
orang Cina.
Penghadan kuasa Sultan-sultan Melayu kepada hanya apa-apa yang berkait
dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu.
British memerintah secara langsung melalui Majlis Penasihat yang diluluskan
oleh Gabenor Malayan Union.
Tiada lagi tanah rezab Melayu. Semua aset akan diambil oleh British kecuali
yang berkait dengan agama Islam (mungkin seperti masjid, surau, tanah
kubur orang Islam dan sebagainya) dan harta peribadi Sultan-sultan Melayu.
Status Warganegara diberikan kepada pendatang asing yang telah menetap
di Tanah Melayu dan Singapura melebihi 10 tahun pada 15 Februari 1942.
Status Warganegara diberikan secara automatik kepada sesiapa sahaja yang
dilahirkan di Tanah Melayu dan Singapura selepas itu.
Semua akan diberikan hak yang sama sebagai Warganegara termasuk hak
menjawat apa-apa jawatan di perkhidmatan awam.

Malayan Union (Lampiran 2)

Garis masa

14 Ogos 1941: Britain memeterai "Piagam Atlantik" yang mengisytiharkan hak


negara-negara untuk penentuan diri.

penghujung 1942: Pembentukan "Unit Perancangan Tanah Melayu" di United


Kingdom untuk menyediakan pembinaan semula Tanah Melayu selepas Perang Dunia
II.

Januari 1944: Cadangan untuk Malayan Union dikemukakan buat pertama kali oleh
Edward Gent, Penolong Setiausaha Rendah Tetap bagi Tanah Jajahan British, di
Parlimen United Kingdom.
Musim bunga: Pejabat Kolonial menjemput Sir Harold MacMichael untuk
mengetuai perwakilan ke Tanah Melayu selepas peperangan untuk memperoleh
perjanjian yang baru daripada sultan-sultan untuk bersetuju dengan Malayan
Union.

3 September 1945: Kabinet British memberikan kebenaran untuk dasar Tanah


Melayu yang baru dan bersetuju dengan misi MacMichael.

21 Disember 1945: Setiap Sultan atau Pemangku Raja telah memeterai perjanjian
baru untuk membentukkan Malayan Union.

Malayan Union (Lampiran 2)

Januari 1946: Pihak British mendedahkan rancangan Malayan Union melalui


sebuah Kertas Putih.
1 Mac 1946: Kira-kira 200 orang Melayu yang mewakili 41 buah persatuan
berhimpun di Kuala Lumpur untuk Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu
(Pan-Malayan Malay Congress). Kongres itu membincangkan penubuhan
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) serta kempen terselaras
untuk menentang Malayan Union.
1 April 1946: Malayan Union diisytiharkan oleh kerajaan jajahan British.
1 Mei 1946: Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu Ke-2 diadakan di Johor
Bahru. Penubuhan UMNO diisytiharkan dan Dato Onn Jaafar, Menteri Besar
Johor, dipilih sebagai Presiden pertama. Kongres ini juga mengisytiharkan
bahawa perjanjian-perjanjian MacMichael tidak sah dan mendesak bahawa
Malayan Union dimansuhkan.
1 Februari 1948: Malayan Union dibatalkan secara keseluruhannya dan
digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu seperti yang telah dipersetujui
dengan UMNO dan Raja-raja Melayu.

13 Mei 1969 (Lampiran 3)

Isu perkauman dalam pilihan raya 1969


Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama
sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di
Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli
politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal
sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa
orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini
telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.
Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan
yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan
Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66
kerusi pada tahun 1969. Parti Perikatan telah kehilangan majoriti dua-pertiga dalam
Dewan Rakyat.
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan
Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala
PAS menang 12 kerusi.
Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan pihak
pembangkang. Penyokong-penyokong Parti Gerakan telah mengutuk dan menghina
orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar
Kuala Lumpur.

13 Mei 1969 (Lampiran 3)

Pembangkang meraikan kemenangan


Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10
Mei 1969.
Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu,
Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti
tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut
menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan
Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung
Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa
terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri
Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.
Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada
kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi
sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut
sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut.
Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang
mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.

13 Mei 1969 (Lampiran 3)

Perarakan kematian Cina


Akibat daripada rusuhan maut tersebut, kesesakan
jalanraya turut berlaku.
Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua
diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun
perarakan kematian bertukar menjadi perarakan
kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.
Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden
Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya
melakukan kebiadapan semasa perarakan.Yeoh menang
besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi
permohonan maaf sudah terlambat.

13 Mei 1969 (Lampiran 3)

Rumah Menteri Besar Selangor


UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang
mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang
tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang.
Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul
Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar
Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang
berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu
arahan daripada Dato' Harun Idris untuk mengamuk. [perlu petikan]
Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan
meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di
Setapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor. Terdapat ceritacerita lain mengenai seorang wanita mengandung dibunuh dan kandungannya
dikeluarkan dari perut dengan menggunakan besi penggantung daging babi.Sebelum
menghembuskan nafas terakhir wanita tersebut sempat memasukkan semula janin
yang terkeluar itu ke dalam perutnya.

13 Mei 1969 (Lampiran 3)

4.00 petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan


Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok
dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang
dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak
balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala
Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap
dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di
hujung seperti dalam filem lama Cina.
Cerita-cerita seperti ini yang tidak diketahui sama ada benar
atau tidak telah menyemarakkan lagi api permusuhan di antara
Melayu dan Cina. Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat
dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah.
Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari
Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan
sekitar Kuala Lumpur.

13 Mei 1969 (Lampiran 3)

Rejimen Renjer
Anggota FRU semasa rusuhan 13 Mei berlaku.
Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari
Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari
orang-orang Melayu, Iban, Cina, India, Sikh, Gurkha dan lain-lain
turut menembak orang-orang Melayu dan ini menyebabkan
kemarahan orang Melayu semakin meluap-luap. Menurut
laporan, ketua pasukan Rejimen Renjer dikatakan berbangsa
Cina.
Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru
dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung
antara orang Cina dengan askar Rejimen Renjer. Beberapa das
turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.

13 Mei 1969 (Lampiran 3)

Askar Melayu
Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan
Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar
Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus
terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya
beberapa askar Askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas
Cina dan mengambil harta benda di sana. Malah ada askar
melayu yang menembak ke atas rumah kedai orang Cina kerana
kononnya mereka telah membaling botol ke arah askar melayu
tersebut. Ada yang berkata askar tersebut berpakaian preman.
Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong
bijih timah di Sungai Klang berhampiran lorong Tiong Nam,
Chow Kit. Konon ada rakaman televisyen oleh pemberita dari
BBC dan Australia, beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan
di tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang,
tiada bukti yang diedarkan mengenai rakaman ini.

13 Mei 1969 (Lampiran 3)

Panggung Odeon
Pemuda-pemuda Cina dari kongsi-kongsi gelap telah bertindak mengepung Panggung
Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam
bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari
panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut ramai yang mati. Ini termasuklah
dua orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang. Manakala di pasar pula
askar melayu telah menembak orang cina dengan kereta perisai mereka kononnya
melanggar perintah berkurung. Di lebuh raya persekutuan pula, penduduk melayu
Kampung Kerinchi telah membuang pasu di atas lebuhraya tersebut dan
mengakibatkan kesesakan lalulintas dan kemalangan. Pemilik kereta berbangsa cina
ditetak dan dibunuh. Seluruh keluarga peniaga cina yang menjual bunga berdekatan
habis dibunuh. Di lapangan terbang Sungai Besi waktu itu yang merupakan lapangan
terbang antarabangsa, askar melayu telah menembak orang Cina yang baru balik dari
luar negeri kononnya melanggar perintah berkurung.
Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton
wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih
hidup hingga sekarang. Akibat daripada tindakan sebegini, orang-orang Melayu mulai
bertindak balas, dan dikatakan kepala orang Cina yang dibunuh diletakkan di atas
pagar.

13 Mei 1969 (Lampiran 3)

Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut
terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu.
Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.

Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru
tetapi tersekat. Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat
tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.

Ada 4 kiai di sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan tangkal penebat, iaitu ilmu
kebal dengan harga yang agak mahal. Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh
terbang. Apa yang pasti, Askar Melayu juga telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung
Baru ketika itu. Mungkin juga ramai yang pernah mendengar kisah parang terbang yang terbang
di Kampung Cheras Baru dan penggal kepala orang Cina.

Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau
Pinang serta Perlis tiada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak
terjadi apa-apa kerana telah diberi amaran oleh PKM. Cuma ada sedikit kekecohan di Melaka.
Di Betong ada tembakan dilepaskan oleh PKM dan mereka memberi amaran jika askar melayu
menembak orang cina, mereka akan memberi senjata api kepada orang cina.

13 Mei 1969 (Lampiran 3)

Ada yang menyifatkan pergaduhan ini sebenarnya adalah


pergaduhan "politik" Datuk Harun dengan sokongan Tun Razak
yang tidak berpuas hati dengan Tunku Abdul Rahman bukannya
perkauman kerana pemimpin cina Parti Perikatan seperti, Tan
Siew Sin, Ong Yoke Lin telah "lari" bersama dengan Tunku Abdul
Rahman ke Cameron Highlands. Sebelum peristiwa itu
masyarakat Melayu dan Cina boleh hidup dalam keadaan yang
harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan tidak belaku di negeri
Melayu seperti Kelantan, Pahang dan Kedah. Jika ia merupakan
isu perkauman, pastinya pada hari itu orang cina dan melayu
akan berbunuhan sesama sendiri di negeri tersebut seperti di
selatan thai.

13 Mei 1969 (Lampiran 3)

Kesimpulannya, pergaduhan ini bukanlah rusuhan perkauman, kerana ia


hanya terjadi selepas pilihanraya (perbezaan politik) dan hanya melibatkan
orang-orang Melayu dan Cina di Kuala Lumpur menjadi mangsa agenda
Datuk harun dan Tun Abdul Razak. Akhirnya selepas Tun Abdul Razak
meniggal dunia dan Tun Hussein Onn dilantik sebagai Perdana Menteri,
beliau telah mengarahkan Datuk Harun ditangkap kerana pecah amanah duit
bank rakyat. Datuk Harun telah menaja Muhammad Ali kononnya juga
beragama Islam untuk datang ke Malaysia berlawan tinju dengan Joe Bugner
untuk menunjuk-nunjuk bahawa orang Islam mampu menandingi barat.
Perlawanan tersebut mengalami kerugian kerana diboikot akibat kecelakaan
Datuk Harun semasa peristiwa Mei 13. Datuk Harun juga berhasrat untuk
mencabar tempat Tun Hussein Onn .
Persepsi negatif masyarat Melayu terhadap kaum Cina juga berlaku kerana
orang Cina merupakan majoriti menganggotai pasukan Bintang Tiga yang
ingin menjadikan negara ini sebagai negara komunis. Selain itu, selepas
kekalahan Jepun, MPAJA bermaharaja lela selama dua minggu dengan
memerintah secara kuku besi dan ramai orang melayu dan cina yang
menjadi tali barut Jepun telah dikenakan hukuman bunuh.

13 Mei 1969 (Lampiran 3)

Angka korban
Polis dan tentera sedang mengawal Panggung Odeon yang menjadi
sasaran rusuhan.
Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143
ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai
lagi dibunuh. Sebuah thesis PhD. daripada Universiti California,
Berkeley menganggar seramai 20,000 orang hilang nyawa dalam
peristiwa 13 Mei. [1]
Statistik tidak rasmi jumlah kematian:
Melayu : 86 orang
Cina : 342 orang
Lain-lain : 3 orang
Statistik tersebut tidak begitu tepat kerana daripada kacamata orang
ramai yang menjadi saksi, mereka melihat berderet-deret lori
membawa mayat yang tidak sempurna ke balai polis Jalan Travers
waktu itu.

13 Mei 1969 (Lampiran 3)

Lokasi Tunku Abdul Rahman semasa peristiwa 13


Mei
Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru
pulang dari Alor Star meraikan kemenangan beliau di sana.
6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik Kuala
Lumpur memaklumkan kejadian pembunuhan kepada
Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam 7.00
malam 13 Mei 1969. Ada khabar angin mengatakan Tunku
sedang bermain mahjung dan ada khabar menyatakan
Tunku sedang menikmati hidangan arak. Dalam tulisannya,
Tunku menafikan hal tersebut. Pada malam peristiwa itu di
televisyen, Tunku berkata "Marilah kita tentukan sekarang
bahawa sama ada kita hidup atau mati".

13 Mei 1969 (Lampiran 3)

Mageran
Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969 di seluruh negara dan Mageran
dibentuk di bawah pentadbiran Tun Abdul Razak. Parlimen dibubarkan.
Peristiwa 13 Mei 1969 menyebabkan Tunku Abdul Rahman dipersalahkan oleh orang Melayu
dan Malaysia secara keseluruhannya. Berikutan itu Tunku meletakkan jawatan pada tahun 1970.
Buku "Dilema Melayu" ("Malay Dilemma") oleh Tun Dr Mahathir telah diharamkan. Dikatakan
Tun Dr Mahathir memburuk-burukkan Tunku Abdul Rahman sebagai kerabat raja Kedah yang
kaki joli.
Keadaan akhirnya dapat dikawal dan beberapa keputusan telah diambil bagi mencari jalan
penyelesaian termasuklah penubuhan beberapa badan seperti Majlis Perundingan Negara,
Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara telah diciptakan.
Ternyata langkah Tunku Abdul Rahman penyingkiran Singapura dari Malaysia tidak
menyelesaikan masalah perkauman. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan kemuncak kemarahan
lama orang Melayu kerana kemiskinan.
Tahun 1969 pilihan raya diadakan semula dan memberi kemenangan 2/3 semula kepada
kerajaan yang memerintah. Barisan Nasional dibentuk. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
dibentuk bagi mengurangkan pengundi Cina dalam Dewan Undangan Negeri Selangor.
Beberapa ahli politik yang dianggap berbahaya telah ditahan melalui Akta Keselamatan Dalam
Negeri (ISA). Persempadanan pilihan raya yang lebih bijaksana dan seimbang telah dilaksanakan.
Sistem demokrasi, pilihan raya dan agihan kek ekonomi (hak-hak keistimewaan bumiputera)
mendapat tafsiran semula. Peniaga cina terpaksa mencari rakan niaga bumiputra dan berkongsi
30% dari saham mereka di KLSE.

You might also like