You are on page 1of 5

UCAPAN PERASMIAN SEMINAR KEIBUBAPAAN HALA TUJU

MURID BERKEPERLUAN KHAS BERMASALAH


PEMBELAJARAN KALI KE-3
SMK PUTRAJAYA PRESINT 11(1) 2012
OLEH:

Terima kasih kepada Pengerusi Majlis.


Bismilaahirahmannir Rahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera
dan Salam Satu Malaysia.
Yang Berbahagia Puan Sri Halimah bt Abdul Majid, Pengetua
Cemerlang SMK Putrajaya Presint 11(1)
Yang Dihormati.
Yang ..
Ibu bapa, guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulilah, bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya

kita

dapat

berkumpul

bersama-sama

dalam

Seminar

Keibubapaan Hala Tuju Murid Berkeperluan Khas Bermasalah


Pembelajaran kali ke-3 tahun 2012 SMK Putrajaya Presint
Seminar

ini

dapat

dilaksanakan

atas

iltizam

yang

11(1).
telah

dipersembahkan oleh guru-guru pendidikan khas khasnya dan warga


sekolah amnya dengan penuh komited untuk memartabatkan
pendidikan khas. Sesungguhnya segala program yang dirancang
memberi manfaat kepada murid berkeperluan khas supaya bakat
istimewa yang ada pada diri mereka akan dapat digilap.

Transisi merupakan perubahan kehidupan seseorang daripada alam


persekolahan kepada alam pekerjaan atau peningkatan tahap
pendidikan

seseorang.

Kebanyakan

murid-murid

bermasalah

pembelajaran kekal dengan sistem persekolahan sehingga berumur


19 tahun. Murid-murid berkeperluan khas, seperti juga insan normal,
dilahirkan mempunyai naluri dan keinginan untuk bersaing bagi
mencapai kejayaan dalam hidup mereka. Mereka perlu dibimbing dan
dibantu untuk membolehkan mereka meningkatkan potensi diri dan
mencungkil bakat yang terpendam dalam diri masing-masing.

Saya mengambil contoh seperti di negeri Johor, Unit Pendidikan


Khas Negeri Johor

telah mengambil beberapa inisiatif

bagi

mengetengahkan seberapa ramai murid berkeperluan khas yang


berpotensi untuk melalui pelbagai aktiviti berkaitan kemahiran.
Program pendidikan khas di negeri Johor telah menjalankan Program
Transisi Kerjaya yang menjurus kepada bidang perhotelan, mencuci
kenderaan, pertanian, pembungkusan makanan ringan dan beberapa
aktiviti lain. Program ini juga telah menjadikan negeri Johor sebagai
program penanda arasan bagi tempat rujukan kepada program
pendidikan khas di seluruh negara.

Melalui program transisi dan koloborasi yang dijalankan, murid-murid


berkeperluan khas akan mendapat Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1
dan Tahap 2 untuk meningkatkan potensi diri mereka. Di samping itu,
murid-murid

berkeperluan

khas

boleh

mendapat

ilmu

dan

pengetahuan yang berguna untuk kehidupan mereka selain dapat


meningkatkan peluang mendapat pekerjaan. Kerajaan Malaysia telah
memperuntukkan sebanyak 1 % peluang pekerjaan diberikan kepada
golongan kurang upaya yang berkelayakan. Peluang-peluang ini
perlu direbut sebaik mungkin bagi merealisasikan harapan kerajaan.
Ianya menjadi tanggungjawab bersama bagi membimbing golongan
upaya berjalan seiring dengan orang lain dan dapat membuktikan
bahawa insan-insan ini tidak dipinggirkan. Pengecualian cukai

kepada mana-mana agensi swasta yang mengambil pekerja-pekerja


orang kurang upaya ini amat dialu-alukan dan diharapkan agar lebih
banyak lagi agensi-agensi swasta lain yang dapat membuka peluangpeluang pekerjaan kepada orang kurang upaya.

Badan-badan kerajaan serta NGO yang berkaitan boleh memberi


bimbingan dan latihan yang bersesuaian dengan tahap mereka.
Dengan menempatkan mereka dalam suasana pembelajaran yang
bersesuaian dengan tahap pemikiran dan kemahiran sedia ada,
diharap

akan

dapat

membentuk

kemahiran-kemahiran

asas

berdasarkan tunjuk ajar yang diberikan dari semasa ke semasa.


Murid berkeperluan khas ini hendaklah diberi pengetahuan mengenai
bidang pekerjaan yang diceburi. Ini adalah untuk menyediakan
keyakinan diri dan bersedia untuk menghadapi cabaran-cabaran di
dalam alam pekerjaan.

Diharapkan,

program

transisi

ini

membolehkan

murid-murid

berkeperluan ini membuat pilihan bidang kerjaya masa depan, dapat


memahami

kehendak-kehendak

majikan

mengenai

kemahiran-

kemahiran yang mereka perlu kuasai untuk mendapat pekerjaan dan


membolehkan mereka menyesuaikan kemahiran-kemahiran sedia
ada serta membuat pilihan bidang pekerjaan yang bersesuaian

dengan minat mereka. Program ini juga dapat memberikan


kefahaman kepada mereka tentang perbezaan di antara alam
persekolahan dan alam pekerjaan.

Akhir

kata

dengan

lafaz

Bismilahirrahmannir

Rahim,

saya

merasmikan Seminar Keibubapaan Hala Tuju Murid berkeperluan


Khas Bermasalah Pembelajaran, kali ke-3 SMK Putrajaya Presint
11(1) tahun 2012.

Sekian, terima kasih.

You might also like