You are on page 1of 5

TEKS MC

HARI MINDA USAHAWAN 2015


ATURCARA
Ketibaan

SKRIP
Mengumumkan ketibaan Puan Hajah
Farizah binti Haji Ahmad, Timbalan
Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan
Wilayah Persekutuan Putrajaya ke Hari
Minda Usahawan SMK Putrajaya Presint
11(1)
(Persembahan Silat)
Itulah tadi persembahan silat Seni Betawi
di bawah pimpinan Ustaz Wan Hussin bin
Wan Muhammad.
Terima kasih diucapkan diatas
persembahan seni silat itu tadi.
Hadirin dipersilakan duduk.
(Tetamu duduk)

Kata-kata aluan

Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera


dan Salam Satu Malaysia.
Yang berbahagia,
Puan Hajah Farizah binti Haji Ahmad,
Timbalan Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan
Putrajaya
Yang Berbahagia,
Puan Sri Halimah binti Abdul Majid,
Pengetua Cemerlang SMK Putrajaya
Presint 11(1)
Yang Berbahagia,
En. Kharul Anuar bin Arsib
Yang DiPertua PIBG SMK Putrajaya Presint
11(1)

CATATAN

Barisan Jawatankuasa PIBG

Pegawai-pegawai dari Jabatan Pendidikan


Wilayah Persekutuan Putrajaya
Pengetua-pengetua, guru besar-guru
besar
Barisan Pentadbir SMK Putrajaya Presint
11(1)
Tetamu jemputan, ibu bapa dan seluruh
warga SMK Putrajaya Presint 11(1)
Alhamdulilah, pada hari yang indah ini,
dapat kita berkumpul bagi memeriahkan
lagi Hari Minda Usahawan 2015 SMK
Putrajaya Presint 11(1) kali ke-3
Hari Minda Usahawan merupakan satu
program yang dapat memupuk semangat
kerjasama di antara murid serta
memberikan pengalaman dalam bidang
perniagaan.
Antara objektif utama Hari Minda
Usahawan diadakan adalah untuk
membeli sambil menderma dan
keuntungan dari hasil Hari Minda
Usahawan ini akan disalurkan kembali
kepada murid-murid bagi melengkapkan
prasarana untuk keselesaan
pembelajaran mereka.

Perasmian

Bagi tidak melengahkan masa, majlis


dengan ini, menjemput Puan Hajah

Farizah binti Haji Ahmad, Timbalan


Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan
Wilayah Persekutuan Putrajaya dengan
diiringi oleh Puan Sri Halimah binti Abdul
Majid untuk melancarkan gimik
perasmian Hari Minda Usahawan 2015.
Majlis mempersilakan
(pukul gong dan lepaskan belon)
Cabutan bertuah
Seterusnya, Majlis menjemput Puan
Hajah Farizah untuk mencabut 5 cabutan
nombor.
Dipersilakan
Nombor bertuah yang pertama ialah.
Kedua
Ketiga
Keempat
kelima
Tahniah diucapkan kepada yang bertuah
bagi sesi yg pertama.

Penyampaian
cenderamata
Sebagai tanda ucapan terima kasih,
majlis menjemput Puan Sri Halimah binti
Abdul Majid untuk menyampaikan
cenderamata kepada Puan Hajah Farizah
Binti Haji Ahmad.
Terima kasih diucapkan kepada Puan Sri
Halimah.
Dengan paluan gong dan upacara

melepaskan belon itu tadi, tanda


rasmilah sudah Hari Minda Usahawan
2015.

Terima kasih diucapkan kepada Puan


Hajah Farizah kerana sudi melancarkan
gimik perasmian Hari Minda Usahawan
2015 SMK Putrajaya Presint 11(1) kali ke
3
Persembahan tarian

Seterusnya, hadirin akan dihiburkan


dengan persembahan Healthy Dance
oleh kumpulan tarian Eleven One di
bawah pimpinan En Sofian Hamidy
Dipersilakan .
(persembahan health dance)
Terima kasih atas persembahan itu tadi.

Lawatan gerai & Bilik


Jamuan

Majlis dengan ini menjemput Puan Hajah


Farizah, dengan diiringi oleh Puan Sri
Halimah serta para jemputan untuk
melawat ke tapak gerai dan seterusnya
ke Bilik Jamuan untuk menikmati sedikit
jamuan ringan.
Majlis dengan ini mempersilakan
Sekian sahaja majlis pelancaran gimik
Perasmian Hari Minda Usahawan 2015.

Penutup

Para hadirin boleh meneruskan urusan


jual beli sambil menderma ke Tabung
PIBG SMK Putrajaya Presint 11(1)
sehingga jam 4.00 petang
Sekian, terima kasih

Untuk cabutan bertuah seterusnya

Untuk makluman semua, hadiah utama untuk cabutan bertuah berupa


basikal

hadiah bagi kategori individu untuk murid bagi jualan kupon tertinggi
akan menerima sebuah basikal. Hadiah tersebut adalah di
sumbangkan oleh

Manakala hadiah bagi kategori individu untuk guru bagi jualan kupon
tertinggi akan menerima sebuah microvave. Hadiah tersebut juga
merupakan sumbangan dari .

Oleh itu, rebutlah peluang untuk mendapatkan hadiah2 hebat tersebut!!

You might also like