You are on page 1of 14

Konsep Demokrasi Oleh Aristotle Dalam Karyanya Politics

Aristotle telah dilahirkan pada tahun 384 di Stageira sebuah kota di


utara Yunani.Ayah beliau meninggal dunia ketika beliau masih kecil dan beliau
dipelihara oleh bapa saudaranya Proxenus yang mempunyai hubungan dengan
Atarneus. Tidak terdapat sebarang catatan mengenai pendidikan awal Aristotle
namun disebabkan beliau berasal daripada keluarga yang kaya dan alim, beliau
telah menerima latihan kesusateraan dan gimnastik yang merupakan pendidikan
asas bagi penduduk di Yunani. Beliau meninggal pada tahun 322SM di Chalcis,
Euboea ketika usianya 62 tahun.
Beliau merupakan anak buah Plato dan telah menuntut di akademik Plato
yang terletak di Athens selama 20 tahun. Ketika Aristotle berusia 37 tahun, guru
kesayangannya iaitu Plato telah meninggal dunia dan menyebabkan beliau
meninggalkan Athens menuju ke Atarneus. Beliau amat menyayangi Plato dan pada
hari Plato meninggal dunia beliau menulis sebuah sajak sedih yang memuji Plato
sebagai seorang manusia yang tidak layak pun dipuji oleh orang-orang yang jahat.
Walaubagaimanapun Aristotle bukanlah pengikut Plato sepenuhnya dimana terdapat
pandangan-pandangan Plato yang dikritik keras da nada juga kritikan-kritikan keras
tersebut dibuat semasa Plato masih hidup lagi. Plato pernah menggelar Aristotle
sebagai anak kuda. Aristotle juga mempunyai akademiknya sendiri di Athens yang
dikenali sebut sebagai Lyceum.
Antara karya-karya yang dihasilkan oleh beliau sepanjang hayatnya
antaranya adalah Metaphysics, Nicomachean Ethics, On Justice, On The Poets, On
Wealth, On The Soul, On Pleasure, On The Sciences, On Species and Genus,
Deductions, Definitions, Lectures On Political Theory yang mempunyai 8 buah buku,

The Art of Rhetoric, On The Phythagoreans, On Animals yang juga mempunyai 8


buah buku, Dissections mempunyai 7 buah buku, On Plants, On Motion, On
Astronomy, Homeric Problem mempunyai 6 buah buku, On Magnets, Olympic
Victors, Proverbs, On The River Nile.
Terdapat juga karya-karya yang dihasilkan oleh beliau dalam bidang logik dan
bahasa iaitu seni etika, politik dan undang-undang iaitu sejarah perlembagaan dan
sejarah intelektual, psikologi dan fisiologi, sejarah alam tabii yang merangkumi
zoologi, biologi dan botani. Beliau juga turut menghasilkan karya dalam bidang
kimia, astronomi, mekanik, matematik, metafizik dan teori ilmu pengetahuan. Namun
daripada kesemua hasil karya beliau hanya seperlima sahaja yang sampai kepada
umum dan kebanyakannya telah hilang.
Setelah

kematian Aristotle,

sahabat

dan

juga

anak

muridnya

iaitu

Theophrastus telah mengambil alih tugasnya dan dibawah naungannya Lyceum


kekal sebagai pusat pengajian sains dan falsafah yang Berjaya. Namun pada abad
ke-3 SM sinar Aristotelianisme menjadi pudar. Mazhab-mazhab pemikiran lain
seperti Stoik, Epicuruiah dan Skeptik telah mula menguasai dunia falsafah dan
ketika itu sains telah mula berkembang berasingan daripada bidang falsafah dan
menjadi satu bidang kepakaran. Sungguhpun begitu, Aristotle tidak pernah dilupakan
dan usahanya dinikmati lebih daripada satu zaman. Aristotle dikenali dengan
megahnya sebagai Ahli Falsafah. Pemikirannya terserap dimana-mana dan
percubaan-percubaan oleh pihak gereja untuk menggugat hasil-hasil penulisannya
hanya mengesahkan kewibawaannya. Selama lebih kurang empat kurun, falsafah
dan sains Aristotle memerintah barat dengan tanpa sebarang cabaran.

DEMOKRASI OLEH ARISTOTLE DI DALAM BUKU THE POLITICS


Apa Itu Demokrasi
Terdapat

pelbagai

definisi

yang

diberikan

oleh

Aristotle

mengenai

pemerintahan corak demokrasi. Antaranya adalah pada 1294 a:11: Aristotle


menyatakan bahawa kebebasan adalah prinsip yang menentukan demokrasi.
1317a: 40-1317b13: Prinsip asas demokrasi adalah kebebasan, dan ia adalah adat
untuk mengatakan bahawa hanya dalam demokrasi seseorang atau rakyat itu akan
mendapat kebebasan, kerana kebebasan inilah demokrasi menjadi matlamat
semua. Terdapat dua aspek utama kebebasan iaitu diperintah dan memerintah
kembali kerana semua orang adalah sama dan yang kedua adalah untuk dapat
hidup secara sesuka hati.
1280a: 7-11: Keadilan dalam demokrasi adalah kesaksamaan, tetapi ianya
hanya merupakan sebahagian daripadanya dan ianya membawa maksud yang
sama dalam oligarki. 1278b : 8-12 : Sistem kerajaan bagi bandar raya itu adalah
susunan pelbagai institusi, terutama orang-orang yang mempunyai kuasa. Dalam
demokrasi, rakyat mempunyai kuasa. 1279b : 18-19 : Demokrasi adalah apabila
orang-orang yang tidak memiliki harta yang banyak, miskin

mempunyai kuasa

dalam sistem kerajaan. 1328b : 32-33 : Dalam sistem demokrasi, semua orang
mempunyai bahagian dalam segala-galanya.
1290b : 17-20 : Demokrasi adalah apabila terdapat majoriti orang-orang
miskin yang mempunyai kuasa untuk memerintah manakala oligarki adalah apabila
majoriti ia berada di tangan orang kaya dan minoriti pada orang yang miskin. 1294b :
3-4: Demokrasi membenarkan lelaki untuk mengambil bahagian dalam perhimpunan
dengan ada atau tiada kelayakan harta benda atau dengan kelayakan minima.

1287a : 4-5 : Tidak akan wujud sebuah pejabat am ( Strategia ) tanpa had masa di
dalam semua sistem kerajaan walaupun dalam demokrasi.
1290a : 30 - 1290b2 : Demokrasi tidak semestinya hanya di mana orang
pelbagai mempunyai kuasa. Oligarki pula tidak semestinya di mana sahaja minoriti
mempunyai kuasa ke atas sistem kerajaan. Jika majoriti sebuah negara bandar itu
kaya dan mempunyai kuasa, tiada siapa yang akan memanggilnya demokrasi,
seolah-olah sekumpulan kecil orang-orang miskin mempunyai kawalan ke atas
penduduk kaya yang lebih besar dan tiada siapa juga akan memanggilnya oligarki .
Sebaliknya, demokrasi adalah apabila setiap rakyat bebas mempunyai kuasa dan
oligarki adalah apabila kaya memilikinya. 1299b : 24-27 : Dalam demokrasi, majistret
dipenuhi dari kalangan mereka yang bebas manakala di oligarki terdiri daripada
mereka

yang

kaya

dan

dalam

aristokrasi

terdiri

daripada

mereka

yang

berpendidikan.
1297a : 35-38 : Untuk menggalakkan demokrasi, seseorang boleh
menggunakan kaedah perundangan iaitu menyediakan bayaran bagi golongan
miskin untuk menghadiri perhimpunan dan juga perkhidmatan juri kepada merea dan
tidak mengenakan denda ke atas orang kaya yang tidak mengambil bahagian.
1301a : 11-12 : Cara demokratik untuk mengatur sistem kehakiman adalah untuk
mengambil juri daripada mana-mana kalangan rakyat dan mendengar semua kes.
1294a : 39-40 : Dalam demokrasi yang miskin menerima gaji kerana berkhidmat
dengan juri manakala yang kaya tidak dikenakan penalti sekiranya gagal untuk
berkhidmat.
1271a : 32-37 : Sparta bertujuan untuk menjadi institusi demokratik, tetapi
mereka tidak berfungsi sebegitu. Semua orang dikehendaki menyumbang tetapi
sesetengah daripada mereka terlalu miskin untuk berbuat demikian. Paling miskin

tidak boleh berkongsi dalam messes biasa, namun ini adalah prinsip utama sistem
mereka. Oleh itu, yang sangat miskin tidak mempunyai bahagian di dalamnya.

Jenis-Jenis Demokrasi
Secara umum Aristotle menyebut sebanyak dua kali mengenai jenis-jenis
demokrasi di dalam buku The Politics. Aristotle menyatakan bahawa 1289a : 8-10 :
Pelbagai jenis demokrasi memang wujud walaupun sesetengah orang mengatakan
hanya ada satu jenis. 1317a : 22-33 : Terdapat dua sebab mengapa terdapat
beberapa jenis demokrasi yang pertama majoriti mereka adalah jenis yang berbeza
(sebagai contoh petani dibandingkan dengan tukang atau buruh) dan yang kedua
mereka boleh mempunyai kombinasi institusi yang berbeza yang menjadikan
mereka demokratik. 1289a : 22-23 : Undang-undang yang sama tidak membawa
faedah kepada setiap jenis demokrasi.
1291b : 30 - 1292a13 : Terdapat lima jenis demokrasi yang disenaraikan
dalam petikan ini namun Aristotle hanya menyenaraikan empa sahaja.

Jenis

demokrasi yang pertama adalah berdasarkan kesaksamaan di mana tiada kaya


mahupun yang miskin mempunyai kuasa unggul, tetapi kedua-duanya adalah sama
[dalam kuasa mereka]. Jenis kedua adalah apabila rakyat perlu memenuhi penilaian
kewangan untuk memenuhi syarat untuk mendapatkan perkhidmatan di pejabatpejabat awam, tetapi

jumlah yang dikenakan adalah rendah dan mana-mana

warganegara yang layak layak boleh menerimanya.


Demokrasi yang ketiga adalah apabila warganegara yang tidak dipertikai
[kerana mereka adalah rakyat daripada keturunan yang tidak pernah dipersoalkan]

boleh mempunyai saham dan memerintah. Demokrasi yang keempat adalah apabila
semua orang selagi mereka adalah rakyat [dan walaupun mereka menjadi
warganegara dengan cara yang khas seperti yang dibuat rakyat dalam revolusi
politik dan tidak mewarisi kewarganegaraan mereka] boleh mempunyai bahagian
dalam pejabat awam dan peraturan undang-undang.
1292b : 22 - 1293a12 : Didalam petikan ini Aristotle menyenaraikan empat
lagi jenis demokrasi iaitu demokrasi pertama adalah apabila petani dan mereka yang
daripada golongan sederhana mempunyai kuasa. Mereka memerintah diri mereka
mengikut undang-undang kerana jenis kerja mereka yang menyebabkan mereka
mempunyai masa lapang yang sedikit. Oleh itu, mereka hanya bertemu di
perhimpunan apabila benar-benar perlu [untuk membuat keputusan mengenai
perkara yang tidak dilindungi oleh kod undang-undang ]. Mengambil bahagian dalam
sistem kerajaan adalah terbuka kepada sesiapa sahaja sebaik sahaja mereka
memenuhi penilaian kewangan yang ditetapkan oleh undang-undang. Mereka tidak
boleh mempunyi masa lapang [untuk perkhidmatan awam dalam mentadbir ] kecuali
terdapat hasil awam [sebagai sumbangan subsidi daripada penyertaan mereka].
Demokrasi

jenis

kedua

adalah

apabila

sesiapa

yang

mempunyai

kewarganegaraan yang tidak keturunanya tidak dipersoal boleh mempunyai


bahagiandi dalam pentadbiran awam namun mereka perlu mempunyai masa lapang
untuk berkhidmat. Undang-undang memerintah kerana tidak ada hasil awam.
Demokrasi jenis ketiga adalah apabila semua yang bebas layak mendapat bahagian
dalam sistem kerajaan tetapi mereka sebenarnya tidak mengambil bahagian atas
sebab yang dinyatakan sebelum ini. Oleh itu, undang-undang semestinya peraturan.
Demokrasi yang keempat ialah jenis terakhir terbit di bandar-bandar. Sejak
bandar-bandar telah menjadi jauh lebih besar berbanding sebelum ini dan

mempunyai hasil awam untuk membayar subsidi kepada perkhidmatan awam,


semua orang kini dapat menyertainya. Malah golongan miskin turut merasainya.
Peniaga swasta tidak menjadi penghalang perkhidmatan awam tetapi ianya menjadi
satu halangan kepada golongan kaya. Sehubungan itu, golongan miskin menang
kuasa

terhadap

sistemk

kerajaan

dan

bukanyya

undang-undang.

1318b : 6- 1319a3 : Terdapat empat jenis demokrasi, yang terbaik adalah


yang pertama dalam susunan dinyatakan sebelum ini [ iaitu dalam 1292b22 - 1293 1293a12, seperti yang disenaraikan di atas]. Dalam demokrasi jenis ini,
kbanyakannya terdiri daripada petani sibuk bekerja dan mempunyai masa yang
minima untuk berhimpun. Mereka tidak mahu berkhidmat di pejabat, di mana tidak
ada keuntungan yang besar di dalamnya. 1298b : 13-19 : Demokrasi hari ini
dianggap paling demokratik - iaitu yang padanya orang ramai mempunyai kuasa
walaupun melangkaui perkara-perkara undang-undang.

Cara-Cara Mewujudkan Demokrasi


Terdapat beberapan petikan didalam buku The Politics yang menyentuh
mengenai cara-cara mewujudkan demokrasi dan diantaranya adalah 1286b : 11-22 :
Apabila wujudnya rakyat yang cemerlang, mereka tidak lagi bersabar dengan raja
malahan akan mencari sesuatu yang boleh dikongsi dan menubuhkan tatanegara.
Apabila mereka menjadi teruk dari segi moral dan menjana keuntungan maka sistem
pemerintahan oligarki akan timbul dimana kekayaan akan dijadikan sesuatu yang
mulia. Kemudiannya, sistem oligarki berubah ke sistem tirani dan akhirnya daripada
sistem tirani ke sistem demokrasi. 1301a : 28-31 : Rakyat membangun kerana
orang-orang yang sama dalam apa jua cara yang menganggap bahawa mereka

adalah sama. Oleh kerana mereka adalah bebas dengan cara yang sama, mereka
fikir mereka adalah sama.
1292b : 11-14 : Mungkin berlaku dimana sistem kerajaan tidak demokratik
dari segi undang-undang namun masih diperintah secara demokratik berdasarkan
tabiat dan cara didikan rakyat. 1296a : 22-36 : Apabila terdapat perselisihan puak
antara kaya dan miskin kerana tidak ada "yang tengah" yang kuat [dalam badan
warganegara], konflik membawa kepada sama ada demokrasi atau oligarki,
bergantung kepada yang menang. Setelah perjuangan diputuskan, yang menang
tidak akan mewujudkan satu sistem yang dikongsi bersama atau satu kerajaan,
sebaliknya, mereka akan menubuhkan satu kerajaan berdasarkan faedah mereka
sendiri.
1305a : 37- 1305b11 : Mendera rakyat boleh membawa kepada penggulingan
oligarki dan penubuhan pemerintahan oleh rakayat seperti yang berlaku di Istros.
1303a : 1-10 : Sistem kerajaan boleh ditukar ke sistem demokrasi apabila saiz
golongan miskin bertambah seperti yang berlaku di Tarentum , Argos , dan Athens.
1304a : 17-34 : Perubahan ke arah demokrasi boleh berlaku apabila jawatan hakim
atau sebahagian daripada bandar raya itu mempunyai kuasa. Ini membawa kepada
demokrasi yang lebih besar di Athens selepas peperangan dengan Parsi, apabila
orang-orang yang mengayuh dalam armada menjadi punca kemenangan di Salamis
dan Athens mempelajari citi-ciri kepimpinan daripada kekuatan tentera lautnya.
Begitu juga di Syracuse, Chalcis dan Ambracia rakyat menubuhkan demokrasi
selepas penyertaan mereka dalam peperangan adalah elemen penting yang
membolehkan bandar-negeri mereka menang dalam peperangan.

Memelihara Demokrasi
Aristotle di dalam bukunya ada menyatakan beberapa kaedah dalam
memelihara demokrasi dan di antaranya adalah 1276b : 28-29 : Tugas rakyat adalah
memelihara perkongsian didalam sistem pemerintahan. 1309b : 35-37 : Ahli parlimen
dan ahli politik hendaklah tahu jenis institusi demokrasi yang memelihara dan jenis
institusi demokrasi yang memusnahkan. 1308a : 11-16 : Konsep kesamaan yang
dicari oleh penyokong demokrasi merupakan satu faedah kepada mereka yang
inginkan kesaksamaan. Di mana terdapat ramai orang dalam kerajaan yang
mendapat keuntungan daripada undang-undang demokrasi seperti menghadkan
tempoh memegang jawatan selama enam bulan dimana rakyat lain yang
mempunyai kelayakan yang sama boleh mempunyai mengisi jawatan tersebut.
1321a : 1-2 : Demokrasi secara amnya dipelihara dengan mempunyai jumlah
warganegara yang besar. 1296a : 13-16 : Demokrasi adalah lebih selamat daripada
oligarki dan lebih kekal kerana mereka mempunyai lebih ramai orang di kelas
pertengahan dengan penglibatan yang lebih besar. 1309b : 37- 1310a6 : Kedua-dua
golongan kaya dan miskin adalah diperlukan bagi membolehkan demokrasi bertahan
seperti oligarki. Demokrasi yang memusnahkan golongan kaya akan menjadi tidak
stabil. Apabila rakyat mempunyai kuasa terhadap undang-undang, penghasut akan
menyebabkan negara menjadi kucar kacir dengan melawan golongan kaya.
Sebaliknya, mereka perlu melakukan sebaliknya bercakap bagi pihak orang kaya.
1309a : 1-9 : Ia adalah demokratik apabila semua rakyat untuk layak
memegang jawatan di dalam pentadbiran awam. Dasar tidak membenarkan
pentadbir awam mendapat keuntungan daripada bekerja di pejabat akan
menyebabkan golongan miskin tidak berminat untuk menjawat jawatan awam tetapi
sebaliknya mereka akan lebih cenderung untuk bekerja sendiri . Sehubungan itu,

mereka akan menjadi lebih makmur dengan dengan bekerja sendiri manakala
warganegara daripada golongan kaya dan yang terkemuka akan memegang jawatan
di dalam pentadbiran awam kerana mereka tidak perlu untuk mencari wang apabila
berkhidmat dengan perkhidmatan awam. Dengan cara ini kaum bangsawan tidak
akan ditadbir oleh sesiapa. Kedua-dua kumpulan ini akhirnya akan mempunyai apa
yang mereka mahu [dan oleh itu negeri ini akan stabil].
1299b : 32-34 : Demokrasi disokong apabila terdapat satu majlis yang
mempunyai sejumlah ahli yang ramai kerana dimana perbincangan awal dapat
dilakukan dan rakyat boleh mempunyai masa untuk pekerjaan mereka. 1309a : 2731 : Dalam demokrasi sepertimana oligarki, adalah berfaedah untuk memberi
kesaksamaan atau keutamaan dalam semua aspek kerajaan kecuali kepada
pemegang jawatan tinggi dimana mereka mempunyai kurang perkongsian dalam
sistem kerajaan. Dalam demokrasi golongan tersebut terdiri daripada golongan
orang yang kaya-raya.
1319b : 33 - 1320b17 : Untuk mengekalkan demokrasi, seseorang itu tidak
perlu berusaha sehingga membuat ianya benar-benar sebagai demokratik tetapi
sebaliknya dan ini akan mengekalkan demokrasi untuk masa yang paling lama.
Langkah-langkah berikut adalah dicadangkan iaitu sebarang harta rampasan yang
dikenakan sebagai hukuman di dalam keputusan penghakiman undang-undang
hendaklah menjadi harta tuhan dan bukannya harta orang ramai, ini adalah
bertujuan untuk mengelakkan rasuah di dalam penghakiman dan menjamin
pembahagian harta rampasan tersebut kepada penduduk; penalti yang besar
hendaklah dikenakan ke atas pendakwaan yang remeh bagi mengelakkan gangguan
golongan kaya; sekiranya tiada pendapatan tambahan kerajaan selain cukai,
rampasan dan penalti terhadap penghakiman yang menerima rasuah boleh

digunakan

untuk

dibayar

kepada

sesiapa

yang

menghadiri

perhimpunan,

sehubungan itu sesi perhimpunan dan persidangan mahkamah perlu diadakan


secara kerap untuk mengurangkan keperluan mengambil wang daripada golongan
orang kaya untuk membayar subsidi; jika ada tambahan hasil awam, lebihan
tersebut tidak perlu diagihkan kepada golongan miskin, amalan ini akan merangsang
lebih banyak permintaan untuk pengagihan; pada masa yang sama, mereka ini juga
perlu dielak daripada menjadi terlalu miskin memandangkan pembangunan boleh
mencipta kecelakaaan [sekiranya berlebihan] demokrasi; wang perlu disediakan
daripada hasil awam kepada golongan miskin supaya mereka boleh memperolehi
tanah untuk pertanian atau belajar kraf dan menjadi lebih baik dari masa ke masa;
yang kaya perlu dikenakan cukai untuk menyediakan gaji, tetapi golongan kaya juga
perlu dibebaskan daripada perkhidmatan awam yang tidak penting; golongan kaya
harus membahagikan rakyat miskin di antara mereka dan kemudiannya memberi
mereka wang yang cukup untuk mereka bekerja; majistret harus dipilih daripada
beberapa pilihan raya dan daripada orang kebanyakan.
1310a : 12-36 : Apa yang paling tinggi daripada segala-galanya yang telah
disebutkan untuk memelihara sistem kerajaan, walaupun ini adalah perkara yang
dipandang ringan oleh semua orang adalah menyediakan pendidikan mengikut
sistem kerajaan. Walaupun terdapat undang-undang yang menguntungkan dan
diluluskan secara meluas ianya tidak akan membawa manfaat jika mereka tidak
dipupuk melalui pendidikan dan pengasuhan. Sistem pendidikan demokrasi tidak
dipandu berdasarkan apa yang membawa keseronokan kepada ahli demokrasi
tetapi apa yang menjadikan ia mungkin untuk menjalankan sistem kerajaan
demokratik. Dalam demokrasi khususnya yang dilihat paling demokratik, mereka
melakukan apa sesuatu tidak berfaedah disebabkan mereka mentakrifkan

kebebasan secara teruk sekali. Sesuatu negara dianggap demokrasi dengan


menakrifkan dua perkaraberikut iaitu dengan majoriti mempunyai kuasa dan
kebebasan. Keadilan dianggap sebagai kesamaan dan kesaksamaan adalah seperti
yang ditakrifkan oleh mereka yang berwibawa. Kebebasan dan kesaksamaan
membolehkan seseorang melakukan apa sahaja mengikut kemahuanyya. Jadi
dalam demokrasi jenis ini, semua orang hidup mengikut matlamat dan keinginannya.
Ini adalah satu perkara hina. Hidup berdasarkan sistem kerajaan, seseorang tidak
harus dianggap sebagai perhambaan, tetapi sebaliknya sebagai pemeliharaan.

Memusnahkan Demokrasi
1304b : 20 - 1305a7 : Penghasutan yang keterlaluan merupakan punca
utama penggulingan demokrasi. Dengan menyerang golongan pemilik harta akan
mendorong mereka untuk bersatu kerana takut dan merangsang rakyat menyerang
mereka dan kerana inilah demokrasi telah digulingkan di pelbagai tempat seperti
Cos, Rhodes, Heracleia , Megara dan Cyme. Ini adalah cara bagaimana demokrasi
dimusnahkan. Untuk memenangi sokongan popular, penghasut mencadangkan
rawatan yang tidak adil untuk kaum bangsawan dan dengan itu memaksa mereka
untuk bersatu, dengan membuat mereka melepaskan harta mereka untuk
pembahagian semula atau dengan membuat mereka membelanjakan sumbersumber mereka di perkhidmatan awam atau dengan merampas harta mereka
dengan membuat fitnah.
1303b : 6-7 : Dalam sistem demokrasi, kaum bangsawan menyebabkan
konflik puak kerana mereka mempunyai kesamarataan walaupun pada pandangan
mereka, mereka tidak sama taraf dengan yang lain dan menyebabkan mereka
merasakan mereka lebih unggul dan mempunyai kuasa politik. 1302b : 27-33 :

konflik puak berlaku dalam demokrasi apabila golongan kaya rasa penghinaan
disebabkan oleh gangguan dan anarki [kerajaan], seperti yang berlaku di Thebes
dan Megara yang menjurus kekalahan mereka dalam pertempuran dan di Rhodes
menyebabkan pemberontakan daripada kaum bangsawan.
1302a : 8-13 : Demokrasi adalah lebih stabil dan kurang terdedah kepada
konflik puak berbanding oligarki. Dalam oligarki ada dua jenis konflik iaitu konflik di
antara ahlinoligarki sendiri dan konflik antara oligarki dan rakyat. Dalam demokrasi,
hanya ada konflik antara rakyat memihak demokrasi dan rakyat yangmemihak
oligarki kerana tidak ada konflik puak yang serius timbul dalam rakyat.

Bilbliografi
1. Kassim Ahmad. (1991). Aristotle. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
2. T.A. Sinclair, Trevor J. Saunders. (1981). Great Britain : Richard Clay (The
Chaucer Press) Ltd.
3. http://www.stoa.org/projects/demos/article_aristotle_democracy?
page=13&greekEncoding=UnicodeC

You might also like