You are on page 1of 1

Hak Asasi Manusia

Hak asasi manusia seperti yang difahami dan dimaksudkan pada hari ini datangnya daripada
warisan sejarah dan kebudayaan masyarakat Eropah. Pemikiran tentang hak-hak asasi manusia
bermula akibat daripada penindasan masyarakat Eropah dari segi ekonomi, politik dan agama
oleh golongan diraja dan gereja Khatolik Rom pada suatu masa dahulu. Perlu difahami bahawa
mengikut pemikiran masyarakat Amerika Syarikat (yang juga diikuti oleh sebahagian daripada
masyarakat Barat), tiga hak asasi manusia yang penting ialah kehidupan, kebebasan dan
mengejar kebahagiaan. Hak-hak ini begitu penting dari sudut pandangan mereka dan merupakan
hak yang dianugerahkan kepada mereka oleh tuhan.

1. Hak yang pertama: kehidupan, membawa maksud bahawa setiap manusia berhak untuk hidup
dan hak ini tidak boleh diambil daripadanya.Kemunculan hak asasi ini mungkin daripada masalah
penindasan yang berlaku di Eropah pada satu masa dahulu di mana pihak raja dan Gereja
mempunyai hak untuk membunuh sesiapa sahaja mengikut kehendak mereka tanpa sebarang
pembicaraan

2. Hak yang kedua: kebebasan,bermakna setiap manusia bebas untuk melakukan apa sahaja
asalkan dia tidak menghalang hak asasi mana-mana orang lain

3. Hak yang ketiga: mengejar kebahagiaan , sebenarnya adalah kebebasan untuk mengumpul
harta. Masyarakat Barat pada waktu dahulu tidak bersetuju dengan kuasa Raja dan kerajaan
mereka yang boleh mengenakan sebarang cukai terhadap mereka tanpa mendapat persetujuan
mereka terlebih dahulu.

Ketiga-tiga hak asasi yang dibincangkan lebih menjurus kepada hak individu. Ini berkait rapat
dengan pemikiran masyarakat Barat terhadap kepentingan individu. Kepentingan ini menjadi
penting hasil daripada penolakan masyarakat Barat terhadap pemikiran kepentingan kumpulan
lebih penting daripada kepentingan individu yang diamalkan oleh masyarakat Eropah pada
zaman pertengahan Eropah.

You might also like