You are on page 1of 3

FUNGSI BANK PERDAGANGAN

FUNGSI UTAMA BANK PERDAGANGAN


- menerima simpanan
- memberi pinjaman
- membuat dan menerima bayaran
- mengurus pertukaran wang asing
- menawarkan perkhidmatan lain
1. MENERIMA SIMPANAN/ DEPOSIT
Deposit Semasa/ Akaun Semasa
- adalah akaun yang membolehkan pendeposit membuat bayaran dengan menggunakan cek
- tidak membayar faedah
- dikenakan bayaran perkhidmatan guna cek (caj Bank)
- boleh mengeluarkan wang bila-bila masa melalui cek
- boleh memohon kemudahan overdraf (mesti ada cagaran)
- penyata bank dihantar setiap bulan
- boleh guna kad juruwang elektronik (ATM) untuk : semak baki simpanan, buat
simpanan melalui cek atau tunai, keluarkan tunai, buat bayaran autodebit
Deposit Tabungan / Akaun tabungan
- adalah akaun yang benarkan orang ramai menyimpan wang dalam jumlah kecil
- terima faedah lebih rendah daripada akaun tetap
- boleh keluarkan wang bila-bila masa
- boleh guna kad juruwang elektronik
- diberi Buku Akaun Simpanan
Deposit Tetap / Akaun Tetap
- adalah akaun untuk menyimpan sejumlah wang bagi suatu tempoh masa tertentu
- dibayar kadar faedeh yang lebih tinggi
- pengeluaran wng simpanan sebelum tempoh matang akan terima faedah kurang atau
tiada faedah
- diberi sijil akaun tetap
2. MEMBERI PINJAMAN
Kemudahan Overdraf
- ialah kemudahan pinjaman kepada pemegang akaun semasa yang layak untuk
mengeluarkan wangnya melebihi jumlah baki tersimpan
*pinjaman jangka pendek
*dikenakan faedah atas jumlah wang dikeluarkan
*jumlah faedah bergantung kepada bilangan hari wang digunakan
*digunakan untuk beli stok, bayar beli, bayar perbelanjaan luar jangka (tidak
pasti masa dan jumlah bayaran)
Akaun Pinjaman
3 jenis pinjaman:
i.)Pinjaman bercagar
*ialah pinjaman yang diberi bagi suatu tempoh masa tertentu
*tujuan untuk beli harta tetap bangunan, rumah, tanah, kilang
*pinjaman jangka panjang
*dikenakan kadar faedah atas keseluruhan jumlah pinjaman
*perlu cagaran geran tanah, geran rumah, polisi insuran nyawa, syer
*peminjam bayar pinjaman serta faedah secara ansuran bulanan selama tempoh
disetujui
ii.)Pinjaman Persendirian
*ialah pinjaman jangka pendek kepada individu yang layak sahaja
*tidak perlu cagaran

*perlu penyata taksiran cukai pendapatan/ gaji & kemukakan penjamin


*bayaran balik pinjamn beserta faedah secara ansuran bulanan
iii.)Pinjaman memlalui Kad Kredit
*diberi kepada pemegang kad kredit untuk berbelanja ikut jumlah ditetapkan
*pemegang kad boleh buat bayaran secara kredit(tanpa wang tunai) semasa membeli
barangan
*bank membayar terlebih dahulu dan pemegang kad akan bayar kepada bank
*dikenakan kadar faedah tinggi atas kredit yang digunakan jika bayaran lewat
daripada tempoh yang ditetapkan (sebab tidak perlu cagaran)
Mendiskaunkan Bil-bil Pertukaran
- erti bank akan membeli bil pertukaran pada harga kurang daripada nilai
muka(nilai nominal) bil sebelum tempoh matang beli.
- perbezaan nilai muka bil dan harga diskaun ialah faedah yang dikenakan oleh bank
- tujuan untuk bantu firma yang perlu modal segera
*Bil Pertukaran - perjanjian yang dibuat oleh penghutang untuk bayar sejumlah
wang kepada pemiutang pada masa depan yang ditentukan tarikhnya
3. MEMBUAT DAN MENERIMA BAYARAN
a. Cek
(i)membuat bayaran
-cek ialah arahan pemegang akaun semasa kepada bank untuk buat bayaran kepada
pihak lain
-bank akan bayar jumlah tertulis pada cek kepada penerima cek
(ii)menerima bayaran
-terima bayaran dalam bentuk cek untuk pendepositnya dengan memasukkan cek ke
dalam akaun pendeposit
b. Arahan kepada Bank
(i) Perintah sedia Ada/ Arahan kepada bank
-ialah arahan daripada pemegang akaun tabungan & akaun semasa kepda bank untuk
buat bayaran tetap yang berulang pada tarikh ditetapkan
-arahan diberi sekali dan pindahan wang dilakukan berulang-ulang
-bayaran dibuat dengan mendebitkan akaun pelanggan
-cth bayaran : sewa, premium insurans, bayran ansuran sewabeli
(ii)Debit Langsung/ Debit Terus
-ialah arahan pemegang akaun tabungan dan akaun semasa kepdad bank untuk bayar
bil tanpa ambulkira jumlah apabila masa membayar bil tiba
-tarikh bayaran tidak tetap
-cth bayaran: bil elektrik, bil air
(iii)Pindahan Kredit
-ialah cara bank perdagangan membuat bayarn terus ke dalam akaun penerima
-pemegang akaun tabungan & akaun semasa arah bank memindahkan sejumlah wang
daripda akaunnya kepada akaun pihak lain. (atau keluarkan cek kepada bank untuk
dipindahkan kepada akaun pihak lain)
-sesuai untuk : mengkreditkan gaji,bonus,komisen, & tuntutan perubatan pekerja
c. Kad Kredit
- dikeluarkan oleh bank kepada pelanggannya yang membolehkan pemegang kad membeli
barangan secara kredit
- bank buat bayaran terlebih dahulu bagi pihak pelanggan kemudian bank hantar
penyata bulanan kepada pemegang kad untuk membuat bayaran.
- yuran tahun dan kadar faedah tinggi dikenakan atas baki kredit yang tidak
dijelaskan

d. Draf Bank
- cek dikeluarkan oleh bank perdagangan atas permintaan pelanggan sebagai bayaran
kepada pihak tertentu
- dijual pada harga yang sama dengan nilai muka cek dan ditambah yuran
perkhidmatan
- dijamin sepenuhnya oleh pihak bank yang mengeluarkannya
- cth penggunaan : bayaran ketika membeli kereta, melanggan saham baru
e. Perkhidmatan Kad Juruwang Elektronik (ATM), Teleperbankan dan Internet
- disediakan untuk pemegang akaun tabungan & akaun semasa untuk membuat bayaran
Kad ATM - pelanggan melakukan urusniaga layan diri seperti keluar wang, buat
simpanan, semak baki simpanan, pindahkan wang antara akaun, buat bayaran
- berfungsi sebagai kad debit iaitu sebarang urusniaga didebitkan daripada akaun
pemegang kad dan dikreditkan dalam akaun penjual secara automatik(beli-belah
secara POS elektronik Point of Sale pemindahan wang secara elektronik)
Teleperbankan - semakan baki akaun, bayran utiliti, bayaran zakat, maklumat
pertukaran asing
Internet - bayaran gaji, KWSP, pindahan wang antara akaun, bayaran insurans,
beli-belah
f. Cek Kembara
- Cek Kembara dikeluarkan untuk pelanggan yang ingin membuat bayaran semasa
melawat negara asing
- dijual dalam nilai mata wang asing dan ditunaikan dinegara yang dilawati
4. MENGURUS PERTUKARAN ASING
- bank membeli matawang asing pada harga rendah dan menjualnya pada harga lebih
tinggi
- membuat kiriman wang dalam matawang asing ke luar negara bagi pihak pelanggan
melalui draf bank, pindahan mail dan pindahan tali graphic.
5. PERKHIDMATAN LAIN
a. perkhidmatan peti simpanan selamat
- disewa kepada pelanggan untuk menyimpan dokumen penting barang kemas sijil saham
geran tanah
b. perkhidmatan nasihat dan perundingan
- tentang perniagaan dan pelaburan kepada orang perseorangan dan syarikat
perniagaan
c. Pemegang amanah
- khidmat pengurusan wasiat dan pemegang amanah
- bank bertindak ikut arahan yang diamanahkan oleh pelanggan dalam surat amanah
pelanggan termasuk pembahagian harta

You might also like