You are on page 1of 13

Bilik darjah merupakan tempat yang paling penting proses pengajaran dan pembelajaran.

Hal ini kerana murid banyak menghabiskan masa di dalam bilik darjah untuk menimba ilmu.
Secara rasmi, bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai sebuah bilik di mana sekumpulan murid
diajar oleh seorang guru. Manakala menurut Akta Pendidikan, murid atau pelajar merupakan
seseorang yang menerima pendidikan atau latihan. Sebaliknya guru bermakna seorang yang
mengajar murid murid di sekolah atau institusi pendidikan atau menyediakan bahan pelajaran
atau menandakan skrip jawapan di sesebuah sekolah. Pengurusan bilik darjah antara perkara
yang penting bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Kemahiran guru dalam
manipulasi saiz dan ruang bilik darjah akan menjadikan ruang yang sedia ada relevan dan
menarik untuk keperluan pelajar.
Pengurusan bilik darjah merupakan salah satu elemen yang penting dalam pengajaran dan
pembelajaran kerana ianya dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk terus berjaya dalam
pelajaran. Menurut Lemlech (1988), beliau mengatakan pengurusan bilik darjah sebagai orkestra
dalam bilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum penyelenggaraan prosedur dan
sumber pengajaran. Beliau juga menekankan kepentingan penyusunan suasana bilik darjah bagi
memaksimumkan keberkesanan, pemantauan perkembangan murid serta tanggungjawab guru.
Manakala menurut Marzano (2003) menyatakan tindakan guru dalam bilik darah mempunyai
impak dua kali ganda dalam pencapaian pelajar berbanding dengan polisi sekolah berkenaan
kurikulum, penilaian kerjasama di antara guru dan masyarakat.
Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu aktiviti yang meliputi pengajaran
guru dan disertai dengan pembelajaran murid. Masalah utama yang hadapi di dalam bilik darjah
semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah ialah masalah displin.
Masalah disiplin selalu berlaku samada di dalam sekolah atau dalam bilik darjah. Semua ini
kerana pelajar-pelajar terdiri daripada pelbagai latar belakang, mempunyai sahsiah, intelek,
jasmani, rohani dan sosioekonomi yang berbeza. Seperti yang kita sedia maklum, apabila tingkah
laku bermasalah atau disiplin berlaku dalam bilik darjah, proses pengajaran dan pembelajaran
akan terjejas.
Masalah displin dibahagikan kepada beberapa kategori yang utama iaitu jenayah
berkelakuan negatif, membolos dan menipu. Rujuk lampiran rajah 1.0. Contoh masalah disiplin

yang kerap berlaku semasa pengajaran dan pembelajaran ialah melawan dan tidak menghormati
guru, membaca bahan-bahan lain, membuat bising atau bergerak bebas di dalam bilik darjah,
tidak membuat kerja seperti yang diarahkan, ponteng kelas dan lewat masuk ke kelas.
Intensiti gangguan terhadap persekitaran pengajaran dan pembelajaran mempunyai
perkaitan dengan jenis kekerapan dan tempoh berlaku tingkah laku tersebut. Selain itu, ia juga
mempengaruhi keselamatan psikologi para pelajar, kesediaan mereka untuk belajar, dan tingkah
laku masa depan mereka .
Masalah lain yang dihadapi di dalam bilik darjah ialah suasana bilik darjah yang kurang
selesa. Keadaan bilik darjah yang tidak terurus, kerusi meja yang banyak dan nampak berselerak,
cahaya yang tidak mencukupi, panas, bekalan elektrik tidak ada atau sudah tidak berfungsi
menimbulkan ketidakselesaan kepada pelajar menyebabkan mereka gelisah. Oleh sebab itu,
mereka tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran sepenuhnya dan ini memungkinkan
berlaku gangguan kepada pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, bilangan pelajar yang terlalu ramai juga merupakan faktor yang mendorong
kepada masalah di dalam bilik darjah. Guru tidak akan dapat mengawal kelasnya dengan baik
apabila bilangan pelajar terlalu ramai lebih-lebih lagi terdapat berbagai-bagai tahap kebolehan
pelajar. Ada pelajar yang lemah, sederhana dan tinggi tahap kebolehan menerima apa yang diajar
oleh guru. Guru tidak mampu melayan semua karenah pelajar di dalam kelas tersebut. Jadi,
pelajar yang tertinggal atau atau tidak berminat mengikuti pengajaran guru akan melakukan
aktiviti-aktiviti yang mengganggu pengajaran dan pembelajaran. Contohnya membuat bising,
mengganggu rakan dan bergerak ke sana sini.

Masalah gangguan atau halangan dalam komunikasi antara pelajar dengan guru juga
berlaku mungkin disebabkan suasana kelas yang bising menyebabkan pelajar sukar mendengar
pelajaran yang disampaikan. Terdapat juga pelajar yang kurang berminat terhadap sesuatu subjek
telah menyebabkan pelajar itu mempunyai pemikiran tertutup terhadap subjek tersebut. Pelajar
enggan mendengar pengajaran guru dan mengehadkan aktiviti pembelajaran terhadap subjek
tersebut. Contohnya pelajar itu tidak suka kepasa subjek Sains. Guru sains mempunyai masalah
kerana terpaksa menanamkan minat kepada setiap pelajar untuk mendapatkan pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan. Selain itu masalah bahasa juga menyumbang masalah komunikasi.
Contohnya seorang guru Melayu mengajar di sekolah kebanyakan pelajarnya majoriti Cina atau
India. Pelajar tersebut tidak dapat memahami bahasa Melayu yang digunakan oleh guru dengan
sepenuhnya.

Pembelajaran dan pengajaran juga tidak dapat berlangsung dengan efektif sekiranya
terdapat masalah dalam cara mewujudkan interaksi yang berkesan dalam bilik darjah. Interaksi
boleh berlaku antara objek atau organisma yang tidak bertindak balak. Sebagai contoh, bila guru
berkomunikasi secara lisan atau melalui media, interaksi berlaku. Seorang pelajar berkomunikasi
bersama guru manakala dia hanya berinteraksi dengan sebuah komputer. Pelajar mengalami
masalah takut untuk berbincang dalam bilik darjah atau pun mereka tidak berminat dengan topik
perbincangan guru. Selain itu guru tidak dapat memadankan bahan bahan pelajaran yang sesuai
dengan umur kognitif para pelajar. Guru terlalu mengikut sukatan pelajaran dan mengabaikan
tahap pembelajaran Masteri. Ini ialah kerana bahan pembelajaran terlalu sukar, pelajar tidak
dapat menyertai dalam proses interaksi yang efektif dalam proses pembelajaran dan pengajaran.
Implikasi masalah masalah yang dihadapi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran
di dalam kelas ialah akan menjejaskan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah. Banyak masa terpaksa dihabiskan oleh guru untuk menangani masalah displin di
dalam bilik darjah sehingga menyebabkan guru itu tidak dapat menumpukan sepenuh masa dan
perhatian kepada proses pembelajaran dan pengajaran. Kekangan masa atau waktu yang diberi
contohnya 30 minit untuk satu waktu menyebabkan guru mengajar murid dengan cepat untuk
menghabiskan sukatan pelajaran dan mengabaikan aspek pemahaman dan penguasaan pelajar
terhadap subjek mata pelajaran tersebut.

Selain itu pelajar juga terpaksa belajar dalam persekitaran yang tegang dan tidak aman
kerana merasa terancam. Pelajar ini mungkin berasa terancam kerana rakan rakan mereka
menunjukkan perilaku yang negatif seperti berlawan dengan guru dan pelajar tidak membuat
kerja yang diarahkan. Tumpuan mereka juga terjejas kerana terdapat segelintir pelajar yang
membuat biasing, menyanyi, dan mungkin juga berlari lari di dalam kelas. Implikasinya semua
pelajar tidak berasa tenang untuk menerima pembelajaran yang akan diajar oleh guru

tersebut.Perasaan marah atau kecewa guru terhadap segelintir pelajar tidak berdisplin ini juga
kan menimbulkan keresahan kepada mereka yang berdisplin.

Implikasi masalah displin di dalam bilik darjah juga akan menjejaskan imej dan
kredibiliti sekolah sebagai pusat kecemerlangan pendidikan. Setiap masalah displin yang kecil
jika tidak ditangani dengan baik akan membawa kepada masalah displin yang lebih besar.
Contohnya seperti masalah ponteng kelas lama kelamaan pelajar ini akan ponteng sekolah pula
apabila tidak ada tindakan atau dendaan khusus untuk menangani masalah displin ini. Tambahan
pula masalah displin juga akan mewujudkan peluang dan ruang kepada kegiatan salah laku
seperti peras ugut, pergaduhan dan sebagainya. Akhir sekali risiko yang tinggi kepada pelajarpelajar lain untuk menjadi mangsa mereka.
Menilai aspek-aspek yang telah diketengahkan, maka adalah penting bagi kita menangani
permasalahan disiplin di kalangan pelajar sekolah demi menjamin keutuhan sekolah sebagai
agen sosial yang berwibawa dan dihormati. Prosedur pencegahan yang sistematik dan berkesan
berasaskan pertimbangan punca-punca penglibatan pelajar kepada masalah disiplin ini adalah
perlu demi memelihara masa depan yang positif kepada pelajar, sekolah dan masyarakat itu
sendiri. Oleh itu kerjasama bersepadu antara pelajar, sekolah, pihak berkuasa dan masyarakat
adalah perlu ke arah pelaksanaan program pencegahan yang berkesan serta menyeluruh.
Implikasi daripada susunan bilik darjah yang tidak selesa akan menyebabkan pelajar
tidak dapat menumpukan perhatian kepada guru. Keadaan kelas yang tidak ceria membuatkan
pelajar tidak berminat untuk masuk ke dalam bilik darjah. Bilik darjah juga memberikan
perspektif negatif terhadap pelajar yang berada di dalam bilik darjah. Contohnya bilik darjah
pelajar yang tidak cukup peralatan seperti kerusi yang patah, papan buletin yang tercabut
menyebabkan meraka berasa di dalam keadaan yang tertekan. Pelajar akan menganggap tiada
bantuan yang ditawarkan oleh pihak sekolah untuk memberikan mereka kerusi meja yang baru
dan mencukupi.

Keadaan terlalu ramai pelajar di dalam kelas menyebabkan pelajar tidak mempunyai
ruang yang cukup untuk berinteraksi semasa mereka di dalam bilik darjah. Selain itu mereka
akan berasa terkongkong dan tidak bebas untuk melakukan kerja berkumpulan. Tahap

kecerdasan pelajar yang pelbagai di dalam kelas menyebabkan pelajar akan memandang rendah
terhadap pelajar yang kurang pandai dan membuat pelajar kurang pandai merasa rendah diri.
Pelajar yang mempunyai masalah emosi ini akan mencari peluang unntuk memboloskan diri
seperti ponteng kelas.

Impikasi daripada interaksi yang tidak berkesan menyebabkan pelajar hilang fokus dan
minat terhadap pelajaran tersebut. Mereka juga tidak akan belajar untuk membaiki kelemahan
diri seperti tidak yakin atau terlalu malu untuk berbincang sesuatu topik dengan guru. Selain itu
ketiadaan interaksi pelajar di dalam kumpulan akan menjadikan mereka kurang bekerjasama dan
lebih kepada ahli kongsi tidur. Gangguan dalam proses interaksi juga boleh berlaku apabila
sesetengah murid tidak menungggu masa giliran untuk bercakap dan menyuarakan pendapat
mereka dengan cepat dan kuat.Keadaan ini menyebabkan terdapat pelajar yang tidak suka
bercakap dan lebih suka mendengar daripada bercakap.

Cara mengatasi masalah ialah seseorang guru itu perlu bijak, kreatif dan inovatif , maka
dia akan dapat menggunakan kaedah pengajaran pembelajaran yang berkesan dan melibatkan
pelajar secara aktif dan terkawal. Kaedah berkesan yang digunakan akan dapat mengurangkan
masalah yang tidak dikehendaki. Kepelbagaian kaedah, teknik dan strategi pengajaran dan
pembelajaran akan menjadi pelajar aktif, seronok dan mudah menerima apa yang diajar oleh
guru.

Kedua, perwatakan dan sahsiah guru juga merupakan salah satu faktor dalam masalah
disiplin ini. Guru yang kurang berpengalaman dan kurang tegas atas disiplin bilik darjah tidak
akan mendapat penghormatan dan kepercayaan daripada murid-murid. Murid-murid yang nakal
sering menimbulkan masalah dengan tujuan untuk membuli guru yang kurang tegas. Sifat-sifat
guru yang disukai murid ialah mempunyai emosi yang stabil dan mental yang sihat, mempunyai
badan yang sihat dan sahsiah yang dinamik, mempunyai kecerdasan otak yang lebih tinggi
daripada kebanyakan orang, mempunyai sifat kreatif, imaginasi dan ikhtiar, mempunyai suara
dan tingkahlaku yang beradab, bertata tertib, bertimbang rasa, mempunyai simpati dan bijaksana
dalam menghadapi masalah, sabar, jujur dan ikhlas, tegas, menepati masa dan berkebolehan

mengurus, mempunyai sikap yang positif dan menggalakkan, memberi bimbingan yang
demokratik dan menjaga status ikhtisas perguruan.

Ketiga, hubungan guru dengan pelajar kurang baik dan kurang mesra juga merupakan
salah satu faktornya. Tugas guru bukan bersifat statik dan hanya tertumpu kepada objektif
akademik sahaja. Tetapi guru berperanan dan mempunyai pengaruh yang besar kepada
pembetukan kehidupan sosial pelajar. Sehubungan itu, pembinaan hubungan berkesan antara
guru dan murid adalah pendekatan terbaik bagi mencapai hasrat ini. Antara kelebihan apabila
wujud hubungan baik antara guru dan pelajar ialah akan melahirkan persahaman yang baik
antara mereka serta wujud rasa percaya mempercayai dan ini dapat memberi kesan positif
kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh sebab itu, sudah pasti masalah disiplin akan
dapat dikawal dan dikurangkan.

Cara untuk menangani masalah displin atau tingkah laku negatif ialah arah semula
perhatian pelajar kepada tugas, kemudian semak kemajuan pelajar beberapa minit, perhati atau
bergerak ke arah pelajar berkenaan dan ingatkan pelajar tentang peraturan berkenaan. Akhir
sekali beritahu pelajar supaya berhenti melakukan. Guru juga boleh memperkenalkan peraturan
di dalam bilik darjah dan menampalnya di dalam kelas untuk pengetahuan pelajar tersebut.
Contoh peraturan bilik darjah seperti rajah 2.0

Pengurusan bilik darjah ialah suatu aspek yang penting dalam melaksanakan sesuatu
pengajaran.Seseorang guru itu perlu tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan
bilik darjah, mengurus pergerakan pelajar didalam kelas, dan mengawal disiplin pelajar di dalam
kelas supaya pengajaran dapat bejalan dengan lancar. Ada guru yang menekankan penyediaan
bilik darjah yang selesa untuk belajar serta mewujudkan hubungan dua hala yang mesra.

Kajian Kounin (1970) terhadap pengurusan bilik darjah menunjukkan terdapatnya


perubahan tumpuan daripada menekankan strategi disiplin kepada strategi pengurusan bilik
darjah secara proaktif atau preventif. Kedua-dua strategi mengambil pendekatan bersifat
mengelakkan sesuatu kejadian yang tidak diingini daripada berlaku dan tidak semata-mata

mengenakan hukuman kepada pelajar. Didapati kebanyakan pengurus bilik darjah yang berkesan
adalah mereka yang mengamalkan strategi preventif.

Menurut Levin dan Nolan (2004) pula, memberi tumpuan aspek keberkesanan dalam
pengurusan bilik darjah itu sendiri. Mereka berpendapat bahawa kedua-dua aspek arahan dan
pengurusan merupakan proses yang mempunyai tujuan di mana tindakan serta sikap guru itu
bertindak untuk memudahkan objektif yang ingin dicapai oleh guru itu sendiri dalam pengajaran
dan pembelajaran. Secara ringkasnya, matlamat dalam memberi arahan merupakan kaedah yang
terus membantu dalam pencapaian akademik pelajar. Dalam pengurusan pula, bertujuan untuk
memupuk dan memelihara tingkah laku pelajar yang menerapkan arahan yang efektif dan
efisien. Aspek pengurusan bilik darjah dan tingkah laku pelajar amat penting bagi guru dalam
menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar. Guru perlu memahami
konsep pengurusan bilik darjah, faktor yang mendorong wujudnya masalah disiplin dan cara
menangani masalah yang timbul bagi memudahkan tugas seorang guru apabila masuk ke bilik
darjah.
Peralatan asas bagi sesebuah bilik darjah adalah papan tulis, papan kenyataan, ruang yang
selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid, almari, bahan bacaan, bahan bantuan mengajar
serta dihiasi dengan kekeriaan dan kebersihan. Susunan kerusi dan meja boleh memberikan
kemudahan mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan;
cahaya yang mencukupi serta peredaran udara sekukupnya.Papan kenyataan yang dilengkapi
jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan, sudut matapelajaran, sudut
bacaan, kata-kata motivasi, pengunaan laman web, computer dan CD serta LCD.
Kejayaan guru mengurus fizikal, sumber dan suasana bilik darjah yang kondusif
bermakna guru berjaya membentuk budaya berdisiplin, kerjasama, saying kepada keindahan
alam sekitar, mematuhi setiap arahan, kehidupan berkualiti yang melambangkan sebahagian
daripada keimanan. Guru berperanan sebagai pencetus idea, pembimbing, fasilitator dan suasan
pembelajaran yang berkondusif, menyeronokkan, bermotivasi, bermoral, kreatif, inovatif
menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berfokus.

Peraturan keselamatan dan amalan bilik darjah juga membantu mengawal dan
mencorakkan tingkahlaku dan disipilin murid. Pelanggaran peraturan akan dibantu dengan
memberi nasihat, amaran dan tindakan. Tindakan yang diambil hendaklah berbentuk mendidik
dan bukannya menghukum.Ruang dan pergerakan harus diurus lebih fleksibel. Kebersihan dan
keindahan bilik darjah merupakan elemen meningkat nilai murni dalam diri seperti rasa
bertanggungjawab, perasaan kekitaan dan berbangga dengan kelas sendiri.
Bilik darjah pelajar perlulah di dalam keadaan yang selesa dan kondusif. Perkara utama
untuk mendapatkan susunan bilik darjah yg baik ialah pastikan lalu lintas di dalam bilik darjah
tidak sesak, guru perlu memastikan semua pelajar dapat dilihat dengan jelas, pastikan pelajar
mudah lihat dan dengar penyampaian guru, ruang dan tempat yang sesuai untuk guru berdiri
semasa mengajar. Selain itu terdapat bahan pengajaran untuk guru dan murid mudah didapati. Di
dalam kelas juga boleh diletakkan sudut bacaan supaya pelajar dapat mengisi masa lapang
dengan membaca. Papan buletin untuk pamer hasil kerja pelajar perlulah menarik dan dihias
sebaik mungkin. Artikel atau bahan bulletin perlulah digalakkan ditukar selalu untuk
mengelakkan pelajar bosan dengan bahan yang sama. Akhir sekali penggunaan ruang seperti
perabot dan alatan disusun teratur. Terdapat juga bilik darjah yang nyaman meletakkan pasu
pasu pokok dan akuarium ikan hiasan untuk menambahkan keceriaan di dalam kelas.

Cara mewujudkan komunikasi berkesan di dalam bilik darjah ialah komunikasi yang
berkesan akan berlaku jika mesej yang disampaikan oleh guru dapat diterima dan difahami oleh
pelajar dengan jelas. Komunikasi berkesan apabila wujudnya persefahaman ynag mendorong
meningkatkan hubungan yang baik di antara mereka yang terlibat. Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, guru perlu menggunakan kedua-dua jenis komunikasi (verbal dan bukan verbal)
dengan berkesan. Guru boleh memberikan peneguhan positif dalam bentuk verbal (Pujian) dan
bukan Verbal (sentuhan dan Senyuman). Kecekapan komunikasi boleh dipelajari dan dilatih oleh
guru dari semasa ke semasa. Pelajar mesti mendapat mesej atau arahan yang ingin disampaikan
oleh guru dengan tepat.

Antara amalan-amalan komunikasi yang berkesan dalam bilik darjah ialah guru mesti
mengendalikan strategi kumpulan di dalam bilik darjah dengan menggunakan kaedah

perbincangan, lakonan, main peranan dan sosia drama. Guru perlu menggunakan alat Bantu
mengajar yang akan membantunya menyampaikan konsep dengan lebih berkesan. Seseorang
guru juga perlu menyampaikan fakta dengan suara yang terang dan mempraktikkan kemahiran
menyoal yang berkesan.Konflik di antara kedua - dua pihak iaitu guru dan pelajar akan berlaku
sekiranya maksud guru tidak difahami oleh pelajar.

Komunikasi berkesan penting bagi menjamin pengajaran dan pembelajaran yang efektif
yang guru dapat berkomunikasi denagn berkesan, guru perlu mempraktikkan prinsip-prinsip
yang seperti berusaha untuk mendengar cadangan pelajarnya. Guru perlu memastikan tiada
halangan apabila guru menyampaikan pengajarannya dan berusaha membuka minda para pelajar
supaya mereka dapat berkomunikasi denagn lebih senang. Antara amalan komunikasi yang
berkesan ialah bersikap positif atau percaya kepada pelajar, bersifat ramah dan mesra, hormat
terhadap pandangan pelajar, ketahui latar belakang pelajar, pendengar yang aktif, tunjuk mimik
muka berseri dan manis, guna bahasa yang mudah dan difahami, arahan yang jelas, jitu, ringkas
dan dapat difahami oleh pelajar.

Selain itu guru perlulah mempelajari nama pelajar dan mengingatinya ketika berinteraksi.
bersemangat tinggi dalam pengajaran, galakkan pelajar supaya memberi idea atau pandangan,
gunakan gerak fizikal, gerak isyarat dan mimik muka ketika memberi penjelasan dan akhir sekali
amalkan pembelajaran kontekstual iaitu kaitkan pelajaran di sekolah dengan pengalaman harian
pelajar dan kaitkan pengetahuan baru dengan pengetahuan yang sudah diketahui oleh pelajar

Interaksi ialah satu proses saling bertindak antara individu dengan pihak atau individu
lain dengan pihak atau individu lain dengan alam sekitarnya.Contohcontoh interaksi yang boleh
berlaku dalam bilik darjah ialah seperti berikut:
i.

Apabila guru bercakap dengan murid-muridnya.

ii.

Apabila murid-murid bercakap antara satu sama lain.

iii.

Apabila murid-murid membuat soalan daripada buku kerja mereka.

iv.

Apabila seorang murid membuat pembentangan projek sejarahnya melalui satu


persembahan Power Point.

Menurut Flander (1970), terdapat dua jenis interaksi dalam bilik darjah iaitu interaksi di
antara individu seperti percakapan guru, percakapan murid dan kesenyapan dan interaksi di
antara dengan alam sekitar.Percakapan guru terbahagi kepada dua iaitu pengaruh langsung yang
meliputi guru member syarahan samada member arahan atau mengkritik.Interaksi ini adalah satu
hala dan penglibatan pelajar pada tahap minima. Percakapan murid pula terdiri daripada pelbagai
hala dimana terdiri daripada tindak balas dan respon murid di mana mereka mengambil inisiatif
sendiri untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Interaksi senyap
berlaku apabila terdapat kekeliruan berlaku di antara pihak guru dan murid dan juga untuk
memhentikan gangguan komunikasi di antara guru murid.
Cara mewujudkan interaksi yang berkesan dalam bilik darjah ialah mengadakan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang menggalakkan interaksi dua hala. Guru boleh menggunakan
strategi pengajaran koperatif dan kolaboratif, memastikan yang penglibatan murid sangat tinggi
dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran, menggunakan banyak alat bantuan mengajar
yang menarik dan canggih, memberikan ganjaran atau peneguhan mengajar yang menarik dan
canggih.
Guru perlulah menjadi seorang yang pemurah dan mudah memberikan ganjaran atau
peneguhan positif jika murid melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Ganjaran yang mudah mungkin berbentuk gula gula, hadiah seperti pensel,
pembaris atau buku nota. Guru menunjukkan gaya kepimpinan yang bercorak demokratik dalam
pengurusan dalam bilik darjahnya dimana terdapat suasana sesio-emosi yang sihat serta
perhubungan yang rapat antara guru dan murid-murid. Tidak digalakkan pendekatan yang
autokratik yang menyebabkan ada jurang di atara guru dan pelajar. Guru dapat menjadi
pendengar yang baik dan mengelakkan daripada menonjolkan pandangan yang negatif.
Sifat peramah dan mengaplikasikan konsep peneguhan positif di dalam bilik darjah akan
meggalakan penonjolan akhlak akhlak yang mulia yang dapat diteladani oleh pelajar.Akhir
sekali memikirkan strategi pengajaran yang kreatif dan inovatif untuk meningkatkan lagi
interaksi murid-murid di dalam bilik darjah.

Masalah masalah yang dihadapi di dalam bilik darjah perlulah dikenalpasti oleh guru
supaya proses pembelajaran dan pengajaran yang berterusan dapat dinikmati dan dihargai oleh
pelajar. Masalah displin pelajar perlulah ditangani sebaik mungkin untuk melahirkan insan yang
cemerlang akademik, rohani, jasmani dan inteleknya. Masalah keadaan di bilik darjah yang
tidak selesa dan peralatan yang tidak mencuupi boleh ditangani dengan baik oleh guru.Terdapat
pelbagai cara, teori dan kemahiran yang boleh digunakan untuk mendapatkan pengurusan bilik
darjah, kemahiran komunikasi dan interaksi yang berkesan. Jadilah guru yang mengajar dan
mendidik pelajar ilmu tanpa mengira penat lelah dan jemu demi masa depan negara, agama dan
bangsa.

Lampiran

Rajah 1.0: Kategori Masalah Disiplin Di Sekolah

Contoh peraturan bilik darjah


1. Semua murid hendaklah duduk di tempat masing-masing apabila
pelajaran bermula.
2. Murid-murid tidak dibenarkan makan atau minum di dalam bilik
darjah.
3. Murid-murid tidak dibenarkan membuat bising di dalam bilik darjah.
4. Murid-murid dilarang menconteng dinding, meja, papan notis dan
papan tulis.

Rajah 201: Contoh peraturan bilik darjah.

Rujukan
Ahmad Zabidi Abdul Razak, Jurnal Pendidikan 31 (2006) 3 - 19 3,
Ciri Iklim Sekolah Berkesan: Implikasinya Terhadap Motivasi Pembelajaran
Chew Fong Peng & Abdul Jalil Othman, 2008 Pengabaian Kemahiran Mendengar dan Bertutur
dalam Bilik Darjah di Sekolah Menengah: Punca, Masalah dan Kesannya di Malaysia
Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh (Phd), 2012 Panduan Ilmu Pendidikan Untuk DPLI Pedagogi
Kumpulan Budiman Sdn Bhd

You might also like