You are on page 1of 3

MSSD Johor Bahru 2016

PERATURAN KEJOHANAN PING PONG


MSSD JOHOR BAHRU TAHUN 2016
1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN
1.1
Selain daripada peraturan AM MSSM, pertandingan ini dijalankan
mengikut Undang-Undang Persekutuan Ping Pong Antarabangsa (ITTF)
yang sedang berkuatkuasa sekarang.
2. PEMBENTUKAN PASUKAN
2.1 Setiap pasukan sekolah dibenarkan menghantar maksimum 4 pemain
perseorangan dan 2 pasukan bergu untuk setiap kategori (Lelaki dan
Perempuan bawah 12 dan 18 tahun).
2.2
Kategori yang dipertandingkan ialah :
2.2.1 Perseorangan Lelaki Terbuka
2.2.2 Perseorangan Perempuan Terbuka
2.2.3 Bergu Lelaki Terbuka
2.2.4 Bergu Perempuan Terbuka
2.3 Setiap pemain dibenarkan bermain dalam dua acara, iaitu satu
perseorangan dan satu bergu.
3. SISTEM PERTANDINGAN
3.1 Pertandingan yang dijalankan adalah secara kalah mati.
3.2 Bilangan set perlawanan ialah Best of 5 iaitu diputuskan dengan tiga
kemenangan daripada lima permainan bermula dari pusingan
pertama sehingga ke peringkat akhir.
3.3 Keutamaan pemain (seeding) diguna pakai dalam pembentukkan
jadual pertandingan.

4. KEMENANGAN PERCUMA
4.1 Kemenangan percuma (3-0) akan diberikan kepada pihak lawan
sekiranya pemain gagal berada di gelanggang perlawanan 15 minit
selepas urusetia mengumumkan nama pemain.

MSSD Johor Bahru 2016

5. PAKAIAN PEMAIN
5.1 Pemain hendaklah memakai pakaian sukan yang sesuai semasa
pertandingan. Pakaian yang berwarna putih adalah tidak dibenarkan.
6. JENAMA DAN SAIZ BOLA PING PONG
6.1 Jenama bola yang akan digunakan adalah jenis TIBHAR/NITTAKU (3
Bintang) berwarna putih dan bersaiz 40mm.
7. PERTUKARAN PEMAIN
7.1 Pertukaran pemain selepas tarikh undian dijalankan dan semasa hari
pertandingan
adalah tidak dibenarkan.
8. BAYARAN PENYERTAAN
8.1 Bayaran penyertaan bagi setiap sekolah akan dimaklumkan pada
mesyuarat bersama pengurus pasukan
8.2 Bayaran boleh dibuat secara tunai atau cek atas nama GURU BESAR
SJK(C) TAMPOI
9. PENGADIL
9.1 Pengadil akan dilantik dikalangan guru, pelajar sekolah menengah
atau individu dari kelab/persatuan ping pong.
10. HADIAH DAN SIJIL
10.1 Pihak penganjur akan menyediakan 4 medal/piala dan sijil untuk
setiap kategori
(Johan x 1, Naib Johan x 1, Ketiga x 1 dan Keempat x 1).
10.2 Sijil penyertaan akan diberikan kepada semua peserta yang terlibat.
11. BANTAHAN
11.1 Jika sesuatu pasukan itu tidak berpuas hati dengan apa-apa
keputusan, pengurus
pasukan hendaklah mengemukakan bantahan rasmi kepada pihak
Urusetia selewatlewatnya satu jam selepas tamatnya perlawanan tersebut dengan
menyertakan wang

MSSD Johor Bahru 2016

tunai sebanyak RM200.00. Wang tersebut tidak akan


dikembalikan sekiranya
bantahan ditolak.

12. JURI RAYUAN


12.1 Pengerusi Teknik Ping Pong MSSD JB.
12.2 Ketua Pengadil.
12.3 Pengurus Pasukan Tiga Buah Sekolah Berkecuali.
13. PENDAFTARAN PEMAIN
13.1 Borang pendaftaran hendaklah diserahkan melalui serahan tangan,
pigeon hole atau
email kepada S/U Sukan SJK(C) TAMPOI pada atau sebelum 21
Januari
2016 (Khamis). Sila hubungi pegawai berkenaan untuk
memastikan borang
pendaftaran yang dihantar telah selamat diterima oleh pihak
urusetia.
13.2 Borang pendaftaran yang lewat tidak akan dilayan.
13.3 Undian jadual perlawanan akan dijalankan pada 23 Januari 2016
(Ahad).
14.TARIKH DAN TEMPAT PERTANDINGAN
14.1 Pertandingan akan berlangsung pada (tarikh akan ditetapkan pada
mesyuarat
bersama pengurus pasukan) bertempat di Dewan SJKC Tampoi
15. PERKARA AM
15.1 Sekiranya terdapat perkara-perkara lain yang tidak dijelaskan
dalam peraturan ini,
pihak urusetia berhak menyesuaikan peraturan yang berkenaan
yang mana
keputusan adalah muktamad.

You might also like