You are on page 1of 57

Pembangunan Pelancongan Malaysia Dari Sudut Sejarah: Kajian Awal

Od. M. Anwar
Mohd. Zambri Jaafar
Zulayti bte Zakaria
Abstrak
Makalah ini merupakan satu usaha awal untuk merekonstruksi bagaimana
pelancongan Malaysia boleh wujud seperti adanya pada hari ini dan apakah isuisu yang timbul di sebalik pembangunan sektor industri ini. Sebahagian besar
sumber penulisan makalah ini adalah terdiri daripada sumber-sumber primary.
Ianya terdiri daripada pelbagai catatan abad ke-19 dan rekod-rekod dari arkib.
Makalah ini menghujah bahawa secara kronologinya pelancongan Malaysia
terasas daripada by-product kegiatan merkantilisasi, kolonialisasi British pada
sekitar akhir abad ke-19, dan kemudahan didominasi oleh migrasi orang Cina
pada pertengahan abad ke-19. Pada mulanya komponen-komponen pelancongan
itu terasas dan berkembang di Negeri-Negeri Selat kerana negeri-negeri tersebut
merupakan tempat terawal menerima dampak Revolusi Perindustrian yang tiba
melalui kemaraan kuasa-kuasa Barat, terutamanya ekoran daripada pendudukan
British. Kemudiaan, selepas Perjanjian Pangkor 1874, aspek-aspek pelancongan
berkembang pula ke beberapa buah bandar utama di pantai barat Negeri-Negeri
Melayu. Tempat pertama terasasnya pelancongan di Negeri-Negeri Melayu adalah
di Taiping kerana bandar tersebut merupakan tempat yang mempunyai
kepentingan ekonomi dan pentadbiran bagi golongan imprealis, merkantalis dan
kolonis di Negeri-Negeri Melayu. Analisis dari sudut sejarah menzahirkan hakikat
bahawa pembangunan pelancongan merupakan salah satu contoh bagaimana
berlakunya pembangunan bersifat pemisahan secara struktural antara wilayah
bandar dengan luar bandar dan antara kaum-kaum di negara ini. Sejak selepas
merdeka, pentadbiran kerajaan telah diterajui oleh elit administokrat Melayu.
Golongan ini telah mengadakan dasar-dasar untuk mengatasi masalah tersebut.
Dasar-dasar masih berjalan dalam sektor industri pelancongan pada hari ini.
Kata Kunci:

Komponen-komponen pelancongan, dampak Revolusi Perindustrian,


Negeri-Negeri Selat, Negeri-Negeri Melayu dan pemisahan secara
struktural

Pengenalan
Sejarah merupakan salah satu cabang ilmu paling penting dalam pelbagai sektor industri,
termasuk sektor industri pelancongan, kerana ia dapat menyediakan premis atau landasan
konkrit dalam proses penggubalan dasar dan perancangan pembangunan yang mantap. Ini
kerana apa yang ada pada hari ini tidaklah lahir dari kekosongan, sebaliknya, lanjutan
daripada perkembangan-perkembangan masa sebelumnya, dan dalam realiti ini sejarah
merupakan bidang kajian yang hanya mengemukakan keterangan apabila adanya buktibukti sahih dan dapat disemak oleh orang lain tentang kesahihannya. Oleh itu, kajian
sejarah dengan sendirinya merupakan kajian mengenai profile sesebuah industri
berasaskan fakta-fakta sahih dan berwibawa. Ini akan menzahirkan kekuatan, kelemahan,
peluang, ancaman dan potensi-potensi di sebalik sesebuah sektor industri itu. Jelasnya,
kajian sejarah dapat menyediakan data yang sahih bagi melakukan analisis SWOT
(Strength, Weaknesses, Opportunity and Threat). Di samping itu, kajian sejarah akan
mendorong proses penggubalan dasar dan perancangan pembangunan berasaskan lunaslunas yang realistik, baik dalam merangka objektif yang ingin dicapai mahupun hala-tuju
misi dan visi pembangunan itu, kerana ia disandarkan hakikat dan pengalaman sebenar
pada zaman masa sebelumnya. Selanjutnya, kajian dari sudut ini akan juga dapat
memberi iktibar, panduan dan aspirasi kepada penggubalan dasar dan perancangan
seterusnya agar menjadi lebih mantap. Ia juga dapat menukili isu-isu secara realistik
kerana diasaskan fakta-fakta sebenar; bukan bersifat teoretikal atau persepsi.
Sebenarnya, berbanding dengan topik-topik lain, seperti keusahawan, pengurusan,
perundangan dan impak pelancongan (negatif atau positif), kajian dari sudut sejarah
merupakan salah satu topik paling sukar dalam pengajian pelancongan. Kesukaran
tersebut bukanlah untuk mendapatkan fakta-fakta mengenai bilakah sesuatu aspek di
dalamnya bermula, misalnya, hotel dan agensi pelancongan manakah yang mula-mula
dibuka. Sebaliknya, kesukaran paling asasi dalam bidang pengajian ini ialah untuk
menentukan apakah yang dimaksudkan dengan pelancongan itu sendiri. Ini kerana
pelancongan adalah bersifat amorphous (tidak berbentuk), longgar dan luwes hingga
menyebabkan lingkup kajian mengenainya (area of study) amat luas. Di samping itu,
subject-matternya begitu banyak, meliputi hampir semua perkara. Ekoran daripada itu,

timbul kesukaran untuk menentukan secara tuntas apakah sebenarnya teras ilmu dan
aspek-aspek yang mencirikannya. Ekoran daripada itulah terdapatnya pelbagai sudut
pandangan mengenainya. Misalnya, ada pihak yang menanggapi sejarah pelancongan
bermula dengan keberadaan kegiatan merantau. Ada juga pengkaji menanggapi sejarah
pelancongan bermula dengan pembukaan hotel. Ada pula pengkaji yang menanggapi
sejarahnya bermula dengan keberadaan pelawat luar dan penyediaan tempat penginapan,
kemudahan dan keperluan kepada orang yang melakukan perjalanan itu. Selain itu, ada
pengkaji yang menanggapi sejarah pelancongan bermula dengan penerbitan buku
panduan perjalanan.
Harus ditekankan bahawa sejarah pelancongan bukanlah sejarah kegiatan
merantau, pembukaan hotel, promosi dan sebagainya yang dilihat secara berasingan,
sebaliknya, ia adalah gabungan (amalgam) kesemua aspek tersebut. Soalnya,
bagaimanakah sejarah kesemua aspek tersebut dapat digarapkan secara bersepadu
sehingga dapat dijelaskan sejarah pelancongan dalam satu definisi tunggal?
Menurut Mathieson dan Wall (1982: 3) walaupun amorphous namun tidaklah
menghalang pelancongan dapat muncul sebagai suatu disiplin ilmu dengan kesatuan
konsep (unified concept) yang tersendiri. Walaupun berliku-liku namun secara
keseluruhannya konsep pelancongan itu dapat ditanggapi dari dua sudut pandangan
utama iaitu: 1) definisi konseptual dan 2) definisi teknikal. Penjelasan yang sering dirujuk
oleh para pengkaji tentang hal ini adalah seperti mana diberikan oleh Burkart dan Medlik 1
(1981: 41) yang menyatakan:
In endeavouring to define tourism it is helpful to distinguish between the concept and the technical
definitions. The concept of tourism provides a broad notional framework, which identifies the essential
characteristics, and which distinguishes tourism from similar, often related, but different phenomena.
Technical definitions, evolved through experience over time, provide instruments for particular study,
statistical, legislative and administrative, and industrial purposes; there are different technical definitions
appropriate for different purposes.

Kenyataan

ini

bermaksud,

definisi

konseptual

menjelaskan

pengertian

pelancongan sebagai suatu fenomena. Ini meliputi ciri-ciri asasinya yang berbeza
daripada fenomena-fenomena lain. Manakala definisi teknikal pula menyediakan
1

Ini kerana penjelasan yang diberikan oleh pengkaji-pengkaji lain sering merujuk tulisan Burkart dan Medlik ini (lihat
Smith, S.L.J. 1988: 581-582).

peralatan (instruments) untuk melakukan penyelidikan, perkiraan perangkaan,


penggubalan polisi (legislatif dan pentadbiran) dan hal-ehwal keusahawanan (industri).
Burkart dan Medlik (1981: 41) menjelaskan dengan lebih terperinci lagi tentang definisi
teknikal itu iaitu:
A clearer concept and a more precise technical definitions is required for various purposes. First, for the
purpose of study: in order to examine any phenomenon systematically, it is necessary to define what it
cover. Secondly, for statistical purposes: when a phenomenon is to be measured, it must be defined; in
practice available techniques of measurement frequently determine what is possible to measure and in turn
tend to define tourism for particular purposes. Thirdly, for legislative and administrative purposes:
legislation may apply to some activities and not to others. Fourthly, for industries purposes: particular
economic activities give rise to market studies and provide the basis for the formation of industrial
organization.

Penjelasan sejarah pelancongan dalam makalah ini adalah berpandukan kenyataan


Burkart dan Medlik ini dengan melihat pelancongan dari dua wajah iaitu sebagai buah
industri dan suatu fenomena sosial.
Sebagai sesebuah industri: Pelancongan adalah sebuah industri gabungan (amalgam)
pelbagai industri bagi menyediakan (to chater) keperluan dan kehendak pelancong (atau
pengembara-bersenggang/traveler at leasure) seperti untuk bersenggang, bereadah,
berhibur, memperoleh pengetahuan dan apa saja kegiatan selain daripada untuk
bermestautin tetap, berkerja dan mendapatkan pendapatan di destinasi yang dikunjungi.
Antara industri-industri yang membentuk pelancongan ialah industri pengangkutan,
industri penginapan, destinasi kunjungan pelawat, agen-agen intermediary, kemudahan
dan itineri perjalanan pelancong. Dari sudut ini, kajian mengenainya lebih menekankan
bidang pengajian ekonomi, politik (dasar dan perundangan), pengurusan, pentadbiran,
sejarah, alam persekitaran dan komunikasi.
Sebagai suatu fenomena sosial: Pelancongan adalah kegiatan dan gaya-hidup yang
timbul dalam masyarakat industri/moden yang melakukan perjalanan atau/dan
pengembaraan ke luar dari tempat kediaman lazim untuk tujuan bersenggang, bereadah,
berhibur, memperoleh pengetahuan dan apa saja kegiatan selain daripada untuk
bermestautin tetap, berkerja dan mendapatkan pendapatan di destinasi yang dikunjungi.
Dari sudut ini, kajian mengenainya lebih menekankan bidang-bidang pengajian sains

sosial amnya terutamanya sosiologi, psikologi (dorongan, perlakuan, tingkah-laku) dan


kebudayaan.
Berdasarkan kedua-dua wajahnya yang utama ini maka: Sejarah pelancongan
dalam makalah ini adalah bermaksud kenyataan berasaskan bukti-bukti sahih dan dapat
dibuktikan kesahihannya dan dikonstruksikan secara kronologi (dan juga harus secara
diakronik/diachronic, bukannya secara asynchronistic) tentang bila dan bagaimana
komponen-komponen yang menyediakan (to cater) kemudahan, keperluan dan kehendak
kepada pelancong (pengembara bersenggang). Komponen-komponen yang menyediakan
(to cater) kemudahan, keperluan dan kehendak kepada pelancong (pengembara
bersenggang) itu adalah terdiri daripada pengangkutan, industri penginapan, destinasi
kunjungan pelawat, agen-agen intermediary, kemudahan dan itineri perjalanan
pelancong. Pelancong adalah dirujuk sebagai pengembara-bersenggang (traveler at
leasure) untuk tujuan-tujuan bersenggang, bereadah, berhibur, memperoleh pengetahuan
dan apa saja kegiatan selain daripada untuk bermestautin tetap, berkerja dan mendapatkan
pendapatan di destinasi yang dikunjungi.
Penulisan sejarah pelancongan dalam pengertian sebenar atau secara holistik
adalah seharusnya dikonstruksikan berasaskan berasaskan wajah-wajahnya (pelancongan)
ini. Makalah ini berusaha merekonstruksi sejarah Malaysia berasaskan kenyataan.
Sebagai satu kajian sejarah, penjelasan mengenai persoalan ini tidak dapat dielakkan
daripada memperkatakan tentang sejak bila dan bagaimanakah pelancongan Malaysia
(dalam gabungan komponen-komponen) boleh wujud seperti adanya pada hari ini. Selain
itu, akan ditelusuri apakah isu-isu pada zaman lampau yang mencorak pembangunan dan
keusahawan dalam sektor industri ini? Adakah isu-isu pada zaman lampau itu masih
menjadi isu-isu pada hari ini?

Bingkai Besar Persejarahan


Berdasarkan sumber-sumber yang diselidiki (seperti mana disenaraikan dalam Rujukan),
dapat dihipotesiskan bahawa evolusi pembangunan pelancongan Malaysia tidaklah
5

menuruti skema five successive stages of economic growth yang diajukan oleh W.W.
Rostow (1960). Skema beliau menggagaskan bahawa pembangunan ekonomi sesebuah
masyarakat berkembang dalam lima tahap secara kesinambungan seperti mana berikut: 1)
Traditional Stage, 2) Transitional Stage, 3) Take-Off Stage, 4) Maturity Stage, dan 5)
High Mass Consumption Stage. Walau bagaimanapun, dalam realiti sejarahnya, evolusi
pelancongan Malaysia hanya berkembang dalam tiga tahap berikut: 1) Tahap Pengasasan
(Germinal Stage) yang berlangsung dari akhir abad ke-18 hingga Perang Dunia Kedua; 2)
Tahap Pemacuan (Take-off Stage) yang berlangsung dari akhir tahun-tahun 1950-an
hingga akhir tahun-tahun 1970-an); dan Tahap Pembangunan (Developmental Stage)
yang berlangsung dari tahun-tahun awal 1970-an sehingga kini.
Hakikat evolusi pembangunan pelancongan Malaysia melalui jalan pintas, iaitu
tidak melalui Tahap Tradisional dan Tahap Transisi, sebaliknya, terus bermula dengan
Tahap Pengasasan, dapat diabsahkan dengan dua hakikat berikut:
Pertama, hampir tidak ada satu pun komponen pelancongan Malaysia yang ada
pada hari ini, kecuali sebahagian daripada unsur-unsur daya tarikan, berasal dari tradisi
warisan masyarakat tempatan. Amat jelas hampir kesemua komponen yang membentuk
pelancongan, seperti hotel, pengangkatan, sebahagian besar destinasi, agen-agen
intermediary, imej, gaya-hidup, penampilan dan itineri kemudahan dalam perjalanan
adalah berasal dari tradisi peradaban Barat.
Kedua, para sarjana (seperti Sutton 1967: 220, Lanfant 1993, Pemple 1987: 34,
dan Burkart dan Medlik 1981: 15) bersepakat dengan kenyataan bahawa di negara mana
sekalipun, pelancongan moden yang wujud di seluruh dunia pada hari ini adalah berakar
umbi daripada peradaban masyarakat industri di Barat yang telah mengalami tahap
modeniti daripada dampak Renaissance dan Revolusi Perindustrian di Barat sejak abad
ke-15.
Agak sukar untuk menafikan apa yang disepakati oleh para sarjana dalam bidang
pelancongan itu. Di Barat, terutamanya dalam masyarakat Eropah Barat, bibit-bibit
(rudimentary forms) kemunculannya yang ketara sejak abad ke-16 itu adalah ditandai
dengan The Grand Tour, iaitu kegiatan pengembaraan dalam kalangan para elit
6

bangsawan dan intelektual mereka ke tempat-tempat yang mempunyai bekas-bekas


peninggalan tamadun Rom-Yunani, terutamanya di sekitar Laut Mediterranean.
Kata kunci pengasasan pelancongan di mana-mana negara ialah dampak Revolusi
Perindustrian. Dalam konteks Malaysia, sebagaimana sudah menjadi pengetahuan umum
(misalnya, seperti digambarkan oleh Wright and Cartwright, 1908; Swettenham, 1948;
Innes, 1974, Part 1 & 2; Braddel, 1982; Lim 1978; Khoo 1972; Ginsburg dan Roberts,
1958), tempat yang mula-mula mengalami modenisasi atau menerima dampak Revolusi
Perindustrian adalah di Negeri-Negeri Selat, meliputi Melaka, Pulau Pinang dan
Singapura. Rebakan (extention) dan pengembangan (expansion) pengaruh Barat boleh
ditandai dengan pendudukan Portugis di Melaka dari tahun 1511 (hingga 1643), dan
diikuti pendudukan Belanda, juga di Melaka, dari tahun 1643 hingga 1800. Seterusnya,
diikuti pula oleh pihak British yang bermula bertapak di Pulau Pinang pada tahun 1786 di
Pulau Pinang dan terus menduduki tanah air ini sehingga tahun 1957 (iaitu tahun
diistiharkan

kemerdekaan

Persekutuan

Tanah

Melayu).

Pendudukan

Portugis

meninggalkan di sekitar Bukit St. Paul. Manakala pendudukan Belanda pula


meninggalkan Stadthuys. Bangunan Merah itu pada asalnya dibina oleh orang Belanda
sebagai pejabat pentadbiran mereka (Government House). Pada zaman pendudukan
British di Melaka (sejak tahun 1800), bangunan tersebut dijadikan tempat penginapan
utama bagi para pelawat dalam kalangan orang Eropah (Begbie 1967; Cameron 1965;
Mohamed Ibrahim Munshi 1980; Innes 1974).
Walau bagaimanapun, rebakan dan pengembangan peradaban Barat secara meluas
dan mendalam di Malaysia ketara pada zaman pendudukan British. Pendudukan Portugis
dan Belanda hanya meninggalkan beberapa objek daya tarikan; itupun hanya ketara di
Melaka dan beberapa serpihan peninggalan Belanda di Pulau Pangkor dan di Kuala
Selangor (di atas Bukit Melawati). Pendudukan kedua-dua kuasa kolonis awal itu tidak
meninggalkan aspek-aspek yang menjadi asas pembangunan pelancongan di Malaysia
pada hari ini seperti establishmen penginapan berbayar (hotel dan resi-house),
pengangkutan (laut dan darat) pelawat secara regular, kemudahan-kemudahan dan itineri
perjalanan lainnya. Misalnya, menurut catatan an Cameron (1965: 375) yang berada di
Melaka pada tahun-tahun 1830-an, In Malacca, however, there are no hotels.

Sebaliknya, selama kira-kira 170 tahun pendudukan mereka itu (bermula di Pulau
Pinang pada tahun 1786), pentadbiran British telah meninggalkan kesan bukan sahaja
dalam ekonomi, pentadbiran, politik, sistem persekolahan, infrastruktur, tetapi juga ke
atas pelancongan.2 Antara aspek-aspek pelancongan yang ditinggalkan pendudukan
British ialah establishmen penginapan berbayar (seperti hotel dan rest-house),
pengangkutan pelancong (ke destinasi-destinasi pelancong), infrastruktur dan rangkaian
perjalanan ke destinasi-destinasi pelancong, agensi-agensi intermediary, landskap budaya
(buatan manusia) yang kemudiaannya menjadi destinasi-destinasi kunjungan pelawat
pada hari ini (seperti hiasan taman di tepi pantai, Cameron Highlands, Frasers Hills,
taman-tasik bunga) dan kemudahan serta itineri perjalanan.
Pengasasan pelancongan Malaysia yang terawal dapat dikesan sejak berkibarnya
bendera Union Jack oleh Fransis Light pada 1786 di Pulau Pinang. Kemudiaannya, ia
berkembang Negeri-Negeri Selat lain (iaitu di Singapura dan Melaka). Seterusnya,
selepas lebih daripada 80 tahun bendera Union Jack berkibar di Pulau Pinang, aspekaspek pelancongan barulah berkembang di Negeri-Negeri Melayu. Kemunculannya di
Negeri-Negeri Melayu dapat dikesan sejak termeterainya Perjanjian Pangkor pada tahun
1874.
Selari dengan kedudukannya sebagai tempat terawal menerima dampak Revolusi
Perindustrian secara agak mendalam dan menjadi fenomena secara berterusan sehingga
ke hari ini, dapatlah dihipotesiskan bahawa pelancongan Malaysia adalah bermula di
Pulau Pinang sejak sekitar awal abad ke-19. Hipotesis ini diasaskan pada kenyataan
bahawa di situ dan pada era itulah buat pertama kalinya negara ini menerima impak
Revolusi Perindustrian dan terbitnya komuniti industri. Sekali gus di situlah juga buat

Sungguhpun begitu, apabila diperhatikan, kesan pendudukan kuasa-kuasa Barat ke atas masyarakat watan lebih
banyak dampak Revolusi Perindustrian berbanding dengan dampak Renaissance. Ini kerana rebakan dan
pengembangan dampak peradaban Barat ke atas masyarakat watan tidak begitu ketara dari segi falsafah, fahaman,
ideologi, intelektual dan keagamaan. Sebaliknya, lebih ketara dari segi aspek-aspek kebendaan, terutamanya pada
aspek-aspek ekonomi dan infrastruktur. Memang terdapat sedikit sebanyak dampak Renaissance Barat ke atas
masyarakat watan iaitu hanyalah dari segi penggunaan tulisan (abjab Rumi), kalendar (mengikut takwim Masihi),
organisasi dan sistem pentadbiran (ala-Montesquieu), sistem persekolahan, perbendaharaan kata (hanya sebahagian
iaitu yang berkait dengan perkara-perkara moden).

pertama kalinya terasas komponen-komponen pelancongan (baik ia sebagai industri


mahupun sebagai fenomena sosial) dalam suatu gabungan (amalgam) agak bersepadu.
Pengasasan aspek-aspek pelancongan di Negeri-Negeri Selat berlangsung dalam
sistem ekonomi laissez-faire. Selain itu, dari situlah golongan kapitalis dan kolonis
menyerap ke Negeri-Negeri Melayu. Negeri-Negeri Selat merupakan pintu masuk dan
pengkalan bagi kemasukan golongan imprealis, merkantalis, kolonis serta gaya-hidup
dan pelbagai institusi kewangan dan perkhidmatan serta teknologi moden (Khoo 1972:
79). Ginsburg dan Roberts (1958: 37) mencatatkan:
The primary importance of the Straits Settlements lies in their strategic position as bases for the extension of
British power and control the basis of Pax-Brintanica in the region over the Malay States and the
centres for introduction and distribution of Western institutions, concepts and technology. (Ginsburg dan
Roberts (1958: 37).

Menurut Lim (1978: xix), Singapura dan Pulau Pinang merupakan jambatan
penghubung antara Negeri-Negeri Melayu dengan dunia luar. Malah, sehingga Perang
Dunia Kedua (pertengahan tahun-tahun 1940-an) Singapura masih menjadi ibu negara
bagi Negeri-Negeri Melayu. Mengenai keadaan pada masa sebelum Perang tersebut,
Braddel (1982: 116-117) yang membuat catatan pada tahun-tahun 1930-an menyatakan:
Now, the Governor of the Colony is also the High Commissioner of the King for
all the Malay States, federated and unfederated. As every one of these States is
bound by treaty to follow his advice, which he is never is the least bashful in
giving, and as he lives at Government House in Singapore, surrounded by many
supermen, it is nowadays said that Singapore is the political capital of Malaya. If
you have any doubts as to its being also the financial capital, your banker will
dispel them.
Kenyataan ini menjelaskan kedudukan Singapura sebagai pusat penggerak segala
roda modenisasi termasuk pusat politik, kewangan dan bank bagi golongan kapitalis dan
kolonis menyerap ke Negeri-Negeri Melayu. Senario ini berlanjutan sehingga tahuntahun 1950-an. Misalnya, sehingga beberapa dekad selepas Perang Dunia Kedua,

Ginsburg dan Roberts (1958: 50) mencatatkan Singapore, in the respects, the entrance
and exit oleh Malaya as well as a major city in Southeast Asia and world affairs.
Secara teoretikalnya, evolusi sejarah pembangunan pelancongan Malaysia adalah
natijah daripada rebakan (extension) dan pengembangan (expansion) modenisasi yang
bersifat extended-core (pengembangan dari pusat), iaitu berpusat di Barat dan sekali gus
Barat menjadi pusat modenisasi dunia. Manakala negara-negara bukan-Barat (atau
negara-negara di luar benua Eropah), termasuk Malaysia, merupakan kawasan
pinggiran. Walaupun pada hari ini keadaan tersebut telah berubah iaitu dominasi
Barat sudah menjadi pudar dan masyarakat-masyarakat yang dahulunya berada di
pinggiran telah mengeksport barangan, perkhidmatan, modal dan kepakaran ke wilayah
Pusat atau ke dunia Barat, misalnya, kereta buatan Malaysia sudah memasuki pasaran
Eropah

namun

pengembangan

modenisasi

yang

bersifat

extended-core

(pengembangan dari pusat) itu merupakan senario universal di seluruh dunia pada zaman
lampau, dan ia ketara di koloni-koloni imprealisasi dan kolonialisasi kuasa-kuasa Barat
(Sutton 1989: 85-99). Senario tersebut begitu ketara di Malaysia. Sehubungan itu,
perkembangan sejarah pelancongan pada zaman lampau dapat dianalisis dengan
mengaplikasikan teori-teori neo-marxist, meliputi Teori Pergantungan (Dependency
Theory oleh Cardoso & Faletto

E., 1979) dan The World-Systems Theory (oleh

Wallerstein, 2004).
Dampak ketara Revolusi Perindustrian yang tiba seiringan dengan kemaraan
imprealisasi, merkantalis dan kolonialisasi ke atas pengasasan pelancongan Malaysia itu
meninggalkan dua kesan yang berkekalan. Pertama, ia membawa munculnya aspek-aspek
yang mengasaskan pembangunan komponen-komponen pelancongan yang ada di
Malaysia pada hari ini. Aspek-aspek tersebut terdiri daripada establishmen penginapan
berbayar, pengangkutan pelancong, agensi-agensi intermediary, destinasi-destinasi
kunjungan pelawat dan kemudahan serta itineri perjalanan.
Kedua, dampak Revolusi Perindustrian yang tiba seiringan dengan kemaraan
imprealisasi dan kolonialisasi itu membawa munculnya golongan-golongan mekantalis,
kolonis dan kapitalis Barat. Dalam kerangka ini juga, ia membawa dominasi keusahawan

10

orang Cina di Negeri-Negeri Selat, kemudiaan Negeri-Negeri Melayu. Golongangolongan inilah yang menjadi aktor atau pemain utama dalam keusahawan aspek-aspek
yang mengasaskan pembangunan komponen-komponen pelancongan yang ada di
Malaysia pada hari ini itu.
Lantaran ia diasas dan dibangunkan oleh golongan ini telah membawa wujudnya
pembangunan sosioekonomi dalam bentuk pemisahan struktural iaitu pembangunan
yang tidak sama rata antara di bandar dengan di luar bandar, dan juga antara kaum
terutamanya antara orang Cina dengan masyarakat-masyarakat watan. Pada era sebelum
merdeka, pembangunan aspek-aspek pelancongan adalah tertumpu di beberapa buah
bandar yang menjadi pusat kegiatan dan kepentingan golongan merkantils, imprealis dan
koloni Barat bersama dengan golongan pengusaha kapitalis Cina. Aspek-aspek tersebut
tidak terbangun di luar bandar kerana tidak ada kepentingan dalam kalangan golongan
tersebut. Oleh kerana undang-undang pemilikan tanah pada zaman kolonial masih
wibawa sehingga ke hari ini maka pembangunan sosioekonomi dalam bentuk pemisahan
struktural itu berkekalan sehingga ke hari ini. Inilah isu paling utama dalam
pembangunan pelancongan Malaysia pada hari ini yang dicorak oleh peristiwa-peristiwa
sejarah.

TAHAP PENGASASAN DI NEGERI-NEGERI SELAT


Seperti telah dinyatakan, Tahap Pengasasan pertama pelancongan di Malaysia bermula di
Negeri-Negeri Selat. Tempat terawal pengasasan pelancongan Malaysia adalah di Pulau
Pinang kerana bandar pelabuhan merupakan tempat mula-mula diduduki oleh golongan
imprealis, merkantalis dan koloni ditandai pendudukan Fransis Light pada tahun 1786.
Kenyataan ini diasaskan kepada dua realiti. Pertama, sebahagian besar aspek-aspek yang
membangunkan sektor industri pelancongan Malaysia pada hari ini, seperti establishmen
penginapan, sanatorium, kelab sosial, taman awam (botanical gardens), pengangkutan
pelawat (kapal laut dan ke tempat peranginan), itinerari, agensi intermediari, kemudahan,
itineri serta ancillaries layan tamu lainnya adalah bermula di Pulau Pinang. Kemudiaan,

11

pada bahagian kedua abad ke-19 aspek-aspek tersebut terbangun di Singapura, dan
seterusnya ianya terbangun di Melaka.
Kedua, Negeri-Negeri Selat telah menjadi tempat terawal menerima dampak
Revolusi Perindustrian melalui pendudukan British dan menjadi pintu masuk dan
seterusnya menjadi pengkalan bagi pengembangan modenisasi Barat ke Negeri-Negeri
Melayu khususnya dan ke rantau Asia Tenggara amnya.
Antara aspek-aspek pelancongan yang terasas di Pulau Pinang adalah seperti
berikut. Sanatorium terawal di Malaysia adalah resort-bukit di Bukit Bendera, Pulau
Pinang, yang dibina sejak zaman Francis Light lagi. Misalnya, pada tahun 1796 Lennon
(1796: 54) mencatatkan kawasan puncak bukit itu sudah dihubungkan dengan sebatang
jalan laluan kereta kuda. Pada tahun 1805 Johnson (1807: 225) mencatatkan kawasan
tersebut sebagai tempat where Europeans occasionally retire to enjoy the country air, as
a relaxation after business in town.
Hotel terawal yang terbuka kepada semua pelawat di negara ini juga di Pulau
Pinang. Ini kerana The Government Gazette bertarikh 16 Ogos 18063 menyiarkan berita
tentang Hotel Nicoll, milik Mr. Nicoll seorang merkantilis British, yang didiami oleh
pelbagai bangsa. Kelab-sosial yang terawal juga muncul di pulau tersebut. The
Government Gazette (Volume 5), bertarikh 19 Mac 1806, menyiarkan berita tentang
perjumpaan ahli-ahli Prince of Wales Club di sebuah kedai minuman keras (tavern) milik
seorang pengusaha yang bernama Mr. Porter.
Catatan-catatan ini menjelaskan komponen-komponen utama pelancongan telah
wujud dalam satu kesatuan (amalgam) adalah bermula di Pulau Pinang. Selepas ianya
berkembang di Pulau Pinang, komponen-komponen tersebut berkembang pulau di
Singapura dan Melaka.

The Government Gazette adalah akhbar terawal di negara ini. Keluarannya (Volume) yang pertama diterbitkan pada 19
Mac 1806. Akhbar ini kemudiannya ditukar nama The Prince of Wales Island. Dari resensi yang telah dilakukan
terhadap pelbagai sumber sezaman, termasuk terbitan The Government Gazette sebelumnya, dalam fail CO 717 serta
CLC, dan travelogues serta tulisan pegawai British sebelum itu didapati tidak ada catatan mengenai kewujudan hotel di
negara ini.

12

Pada zaman sebelum merdeka, sejarah Malaysia meliputi juga di Singapura. Ini
kerana Singapura merupakan sebahagian daripada Negeri-Negeri Melayu.
Kewujudan leisure class moden terawal bermula di Singapura sejak sebelum
pertengahan abad ke-19 lagi.4 Menurut Turnbull (1977: 66) Change came over
Singapore in mid-1840s, in her appearance, in commerce, and in the attitudes of the
upper class. Visitors were amazed at the physical improvement but complained that much
of her exotic charm and he friendliness had gone. This reflected changes in her pattern of
life.
Sukan dan rekreasi moden juga merupakan fenomena orang Eropah par
excellence. Kegiatan-kegiatan tersebut diadakan di kelab-sosial, esplanade, government
houses dan dalam kawasan banglo golongan tersebut. Wright dan Cartwright (1908: 198)
mencatatkan Europeans have to a large extent, to make their own amusement, almost
every house has its tennis court and they organised cricket, football, tennis, golf,
swimming and rowing.
Kebanyakan jenis sukan itu diperkenalkan melalui kelab-sosial terutamanya di
Singapura. Bola sepak diperkenalkan oleh kakitangan pentadbiran British pada tahun
1885. Wright dan Cartwright (1908: 289) mencatatkan Government permission was
granted to use a portion of old goal site for tennis and the Raffles reclamation for
football. Kemudian diperkenalkan polo, tenis, hoki, badminton, golf dan lumba kuda.
4

Misalnya, Swettenham (1948: 6-7) memberi gambaran pada mula-mula beliau tiba di Singapura pada tahun 1872:
The social life of Singapore was gay enough. Every man had work and office generally closed at 5 p.m. The
town, the banks, the mercantile firms, and all the busy life of this Far Eastern Clapham Junction, were on one
side of the side of the Singapore river, with further away, while Government offices, the Esplanade, cricket
and tennis ground, the Law Courts, cathedral and hotels were on the other. Three miles inland was the
Tanglin district with most of the residencies of the European community.
From 5 p.m. Till dark, cricketers and tennis players patronised the Esplanade, while others, most wives, sat in
their carriages spectating and waiting for their husbands to find them and be driven home. The older
residents, especially heads of firms, who owned and occupied comfortable houses with well-kept gardens,
were very hospitable and, in the evening, there were constant dinner parties and occasional dances, while
concerts, theatrical and travelling shows of many kinds helped to counteract the unavoidable depression of a
perpetual high temperature just over one degree from Equator.
The Annual Race Meetings, enthusiastically supported by Maharaja of Johore, by Chinese and other rich
Asiatics, meant a weeks festivities; and there were constant week-end parties to various seaside bungalows,
where bathing was made safe from sharks, crocodiles and jelly fish by staking a reach of water. There was
such a bungalow and swimming bathe on an island in New Harbour, and it was there that we found real joy. It
was this time, early 1872, that I had my first experience of life in Malay States and it came about this way.

13

Kegiatan sukan juga diadakan melalui pertubuhan YMCA. Kegiatan sukan itu hanya
terbatas di kalangan orang Eropah (Wright dan Cartwright 1908: 289).
Kegiatan hiburan popular di bandar juga dimulai oleh golongan merkantilis dan
para tadbir kolonial. Sejak 1840-an mereka telah menganjurkan persembahan drama.
Misalnya, dalam The Straits Times and Singapore Journal of Commerce (14 Oktober
1845) dilaporkan:
THE THEATER.We hear that the lovers of the Drama will probably have an opportunity of witnessing at
the end if the month the opening of the Theater. Active preparations are going on for the purpose of
completing the property arrangement. We trust our amateurs are brushing up for the occasion. 5

Resort-laut terawal di negara ini dibuka oleh pentadbir kolonial di Pulau Pangkor
sejak 1870-an lagi. Misalnya, pada tahun 1876 Innes (1974, Part 2: 96-117) sudah pergi
bercuti ke sana untuk tujuan to recuperate my health, to stay at the seaside with Captain
Lloyd, the administrator of Pangkor Island off the coast of Perak.
Kegiatan pergi melancong juga bermula di Negeri-Negeri Selat sejak sebelum
pertengahan abad ke-19 lagi. Misalnya, Straits Times and Singapore Journal of
Commerce (30 September 1845) melaporkan tentang adanya apa yang disebut le tours
de baton iaitu orang-orang yang mengembara untuk tujuan bersenggang. Pada masa
tersebut pelancong disebut sebagai invalid.
Sejak era penggunaan kapal layar lagi sudah terdapat perkhidmatan kapal secara
regular antara Negeri-Negeri Selat dengan Eropah dan China (termasuk Hong Kong). 6
Kapal wap pertama yang tiba di perairan Nusantara ialah kapal Vander Capellan pada
tahun 1827 milik kapal Gabenor Belanda di Batavia (Singapore Chronicle 26 April
5

Dalam Straits Times and Singapore Journal of Commerce (27 Mei 1846) diiklankan On Friday, the Amateur
contributed to enliven the Settlements by performing at the theater. The first piece was The Little back Parlour.
Dalam Straits Times and Singapore Journal of Commerce (17 January 1846) diiklankan Theatre Royal Singapore. On
Tuesday the 27th Inst. her Majesty Servants will perform the much Admired Comedy of MEET ME BY MOONLIGHT,
to include with the Laughable Farce of MY WIFES FLOOR. Boxes $ 2 / Gallery 1.
6

Contoh pelayaran antarabangsa pada 1840-an seperti dilaporkan dalam Straits Times and Singapore Journal of
Commerce terbitan 14 Oktober 1845:
. this flattering announcement, following immediately on the establishment of the regular monthly Steam
communication with Hong Kong, raised our expectations to the highest pitch. These already, and to be,
established arrangements were matters for congratulation inasmuch as they designed to give and would really
impart to Singapore those facilities which her importance, commercial prosperity, and geographical situation
eminently merit. A more frequent communication with the system Settlements, Penang and Malacca,
appeared only to be wanting to render our Steamer arrangement complete.

14

1827). Firma perkapalan wap pertama ialah cawangan P. & O. Co. (Peninsular & Orient
Steam Navigation Company) yang dibuka di Singapura pada tahun 1852 (Tregonning
(1965: 275). Bilangan kapal wap semakin banyak selepas Terusan Suez dibuka pada
tahun 1869.7 Sejak itu bilangan kapal wap pesisir (coastal steamers) bersaiz kecil milik
persendirian juga bertambah, antaranya seperti Sri Sarawak, Phy Pekket, Cesarewith,
Arabia, Ringdove, Rainbow, Thistle, Dragon, Modeste, Himalaya, Sri Malacca,
Benmore, HMS Hart, SS Kedah, Avon, dan Telegraph. Kesemua kapal tersebut adalah
milik firma British, Belanda dan saudagar Cina.
Penyediaan kemudahan di atas kapal yang memenuhi kriteria kapal pelancong
moden telah wujud di perairan Selat Melaka sejak 1840-an lagi seperti oleh firma
perkapalan P. & O.8
Agensi-pelancong pertama di negara ini adalah cawangan agensi pengembaraan
Messrs. Allen Dennys & Co. dan Thomas Cook & Sons di Singapura pada 1910-an
(Harrison 1910/1923: 26). Thomas Cook & Sons di Singapura adalah cawangan kepada
firma James Cook & Co. di Midlands (England) yang sememangnya sudah tersohor di
seluruh dunia sebagai pelopor dalam penubuhan agensi pelancongan dunia. Ia ditubuhkan
pada tahun-tahun 1850-an. Penubuhan agensi pelancongan di Singapura itu merupakan
salah satu petanda pengembangan the Grand Tour yang berpusat di Eropah ke benua
luarnya.
Buku panduan pelancong yang terawal adalah Picturesque and Busy Singapore
yang ditulis oleh T.J. Keaughran dan diterbitkan oleh penerbit Straits Times pada tahun
1887. Pada tahun 1890, B.E. DAranjo menerbitkan Strangers Guide to Singapore. Pada
tahun 1892, kedua-dua buah buku ini dikemaskinikan oleh seorang padri bernama G.M.
7

Tregonning (1965: 275-276) menjelaskan:


Steam replaced sail. There had been steamers in the Straits since 1827, but these were few and very small.
The long haul round Africa and across the India Ocean, and the primitive engine which demanded large
quantities of coal, made it largely uneconomic to run steamers to Asia until the Suez Canal was cut. With it
open, steamers immediately established a predominance. In 1869 before the Canal opened, the sailing
tonnage in Singapore was 347,596 tons, with steam tonnage 246,790. By 1872 the figure were: sail, 313,018
tons, steam 748,322. Four years later it was: sail, 163,385 tons to 1,291,304 steams.

Misalnya, dalam Straits Times and Singapore Journal of Commerce (28 Oktober 1845) terdapat iklan firma perkapalan
P. & O. menyebut:
Passenger to Europe: In the P. & O. Steamer Hinduostan, Bentink, and Precursor there are certain cabins
reserved for passenge and lowest after cabins each containing 1 berth and 1 sofa. Precursor two poop cabins;
2 berths; one saloon cabin with 2 berths. And one first class forward containing 4 berths.

15

Reith dengan memberi judul baharu G.M. Reiths Handbook to Singapore. Lima belas
tahun kemudian buku itu disemak semula oleh Walter Makepeace. Walau bagaimanapun,
buku-buku berkenaan hanya memberi fokus mengenai Singapura.
Jelasnya, hanya terdapat dua pihak dalam kegiatan perjalanan-bersenggang, layan
tamu dan beriadah dalam Tahap Pengasasan pelancongan di Negeri-Negeri Selat, iaitu
orang Eropah dan kaum Cina. Masyarakat tempatan hampir tidak wujud sama sekali
dalam keusahawan sektor industriini.

Pengasasan Di Negeri-Negeri Melayu: Pengasasan Tahap Kedua


Setelah lebih daripada 80 tahun komponen-komponen pelancongan terasas di Pulau
Pinang (sejak tahun 1786), ia terasas pula di Negeri-Negeri Melayu. Dapat dihujahkan
bahawa tempat yang mula-mula terasasnya pelancongan di Negeri-Negeri Melayu adalah
di Taiping. Ini diasaskan kepada bandar tersebut merupakan tempat pertama menerima
dampak Revolusi Perindustrian di Negeri-Negeri Melayu kerana ia merupakan pusat
bandar pertama yang menjadi pusat pentadbiran moden/British dan pusat kegiatan
ekonomi perlombongan utama pada abad ke-19. Sebagaimana telah dinyatakan,
pelancongan moden, baik sebagai sebuah industri mahupun sebagai suatu fenomena
sosial, hanya muncul dalam masyarakat moden atau masyarakat industri. Banyak perkara
yang dibuka di bandar tersebut menjadi perkara pertama di Negeri-Negeri Melayu. Ini
sekali gus berkait secara langsung dengan pengasasan komponen-komponen pelancongan
di Negeri-Negeri Melayu. Antara perkara-perkara tersebut seperti berikut: Landasan dan
perkhidmatan kereta api (pada tahun 1885), jalan raya moden (1884), European Club
(Taiping New Club) (1885), muzium (1883), esplanade (1890), resort bukit/sanatorium
(1880), Rest House (1870), taman tasik (1880), padang golf (1894), kelab lumba kuda
(1885), kolam renang awam (1870), taman rekreasi (Coronation Park, 1920), lapangan
terbang (1930), Clock Tower (1890), bangunan Government Offices Building (1892).
Selain itu, perkara-perkara lain yang melengkapkan komponen-komponen pelancongan
ialah pembukaan perkhidmatan pos dan telegraf (1884), surat-surat khabar (Melayu pada
tahun 1893 dan Inggeris pada 1890). Perkara yang berkait dengan keselamatan
16

pelancong, bandar tersebut merupakan tempat pertama ditubuhkan pasukan polis di


Negeri-Negeri Melayu (iaitu The Malay States Guides 1896).
Dapat ditegaskan bahawa berdasarkan keberadaan aspek-aspek yang berkait
dengan pengangkutan, penginapan, daya tarikan, perhubungan dan kemudahankemudahan lain secara bersepadu maka dapat dirumuskan bahawa tempat pertama
berlakunya pengasasan pelancongan di Negeri-Negeri Melayu adalah di Taiping.
Berdasarkan perkembangan-perkembangan dan kriteria-kriteria seperti dinyatakan
di atas, dapat dihujahkan bahawa Tahap Pengasasan pelancongan di Negeri-Negeri
Melayu adalah implikasi daripada termeterainya Perjanjian Pangkor pada tahun 1874. Ini
kerana dengan pemeteraian Perjanjian itulah yang membawa tiba-tiba dampak Revolusi
Perindustrian di Negeri-Negeri Melayu. Perjanjian tersebut telah memperkenalkan sistem
pentadbiran kolonial yang dinamakan Her Majestys Service (Innes 1974, Part 2: 231
dan 248). Ia diimplimentasikan melalui Sistem Residen. Para pegawai mereka dinamakan
Native States Officers. Oleh itu, Perjanjian Pangkor 1874 itu telah menyebabkan
berlakunya pemastautinan orang Eropah dalam jumlah secara relatifnya agak besar di
Negeri-Negeri Melayu. Ini terutamanya di Taiping. Menurut Wright dan Cartwright
(1908: 195) mereka umumnya terdiri daripada Government servants, capitalists,
professionals, merchants and agreement men in mercantile houses. Menurut
Swettenham (1948: 236), orang-orang Eropah itu terdiri juga daripada para pengusaha
dan pemodal dari pelbagai negara termasuk California, Australia and other parts of the
world had come to this country. Golongan kapitalis itu terdiri daripada pengusaha
ladang, pengusaha lombong bijih, pedagang dan pemodal (Wright and Cartwright, 1908:
150-350).
Sebagaimana berlaku di Negeri-Negeri Selat, pengasasan komponen-komponen
pelancongan di Taiping juga berlangsung dalam sistem ekonomi laissez-faire. Dari
situlah golongan imprealis, kapitalis dan kolonis mula-mula bertapak ke Negeri-Negeri
Melayu. Pada mulanya telah bertapak di Negeri-Negeri Selat.
Walau bagaimanapun, agak berbeza daripada di Negeri-Negeri Selat, pengasasan
pelancongan di Negeri-Negeri Melayu adalah tradisi yang dimulakan oleh kegiatan
17

Native State Officers itu. Golongan inilah yang memulakan amalan melancong di
Negeri-Negeri Melayu apabila mereka melakukan lawatan sambil kerja, iaitu
mengembara dari sebuah negeri Melayu ke Negeri-Negeri Melayu lain. Di samping itu,
sejak bahagian kedua abad ke-19 lagi mereka telah melakukan kegiatan melancong ke
negeri-negeri luar dari Tanah Melayu seperti ke Jawa, Rangoon, India, Thailand dan
China.
Pengasasan kemudahan dan itinerari pelancongan di Negeri-Negeri Melayu juga
dilakukan oleh golongan ini. Mereka membuka rest-house, hill-stations (sanatorium),
kelab-sosial, muzium, hotel, dan kemudahan-kemudahan lain. Ada dua sebab utama
kenapa kemudahan dan itinerari tersebut diadakan. Pertama, sebagai infrastruktur
pentadbiran kolonial (colonial administration tools). Kedua, sebagai langkah untuk
menjimatkan kos. Menurut Swettenham (1948: 267) rest-house dan hill-stations
dibangunkan oleh pentadbiran kolonial telah saved many a man a long and expensive
journey to Europe.
Rest-house membawa tiga maksud iaitu 1) merujuk sanatorium, seperti resortbukit dan resort-laut, 2) tempat penginapan kakitangan pentadbiran kolonial semasa
melakukan tugas di luar pejabat (out-station), dan 3) establishment berbayar, iaitu ia
berfungsi sebagai hotel.
Rest-house pertama di Negeri-Negeri Melayu adalah di Taiping; dibina pada
tahun 1870 oleh merkantilis Eropah. Ini diikuti di tempat-tempat lain. Rest-house
pertama di Kuala Lumpur dibuka pada tahun 1879. Di bandar Ipoh rest-house dibuka
pada tahun 1894. Pada tahun-tahun 1920-an terdapat lebih daripada 50 buah rest-house di
Negeri-Negeri Melayu (Harrison 1910/1923, dan Sidney 1926: 132). Pada akhir dekad
1950-an bilangannya adalah 112 buah dengan jumlah bilik sebanyak 582 buah
(Department of Tourism 1961).
Secara evolusinya, pembangunan kemudahan dan itinerari perjalanan itu menuruti
perkembangan tahap-tahap kemajuan ekonomi dan pelebaran daerah pentadbiran
kolonial. Sejak akhir abad ke-19, setelah termeterainya Perjanjian Negeri-Negeri Melayu
Bersektu pada tahun 1895, pusat pentadbiran utama bagi Negeri-Negeri Melayu adalah
18

Kuala Lumpur. Sejak itu berlaku pelebaran pentadbiran ke Kuala Kangsar, Kota Tinggi,
Seremban, Kuala Lipis, Kuala Krai hinggalah ke Kuala Ketil (Kedah). Perkembangan ini
mendorong berlakunya pengembangan rest-house, club-house, kelab-rekreasi, pusat
riadah, padang golf dan sebagainya.
Rest-house yang asalnya tempat penginapan pegawai kolonial menjalankan tugas di luar
daerah itu dijadikan juga tempat penginapan berbayar dalam kalangan pelawat. Harrison
(1911/1923: 121) mencatatkan:
The rest-houses are complete in every respect and provide, or can procure, everything needed, but people
who are wise enough to be particular as to their bedding will never regret bringing with them a roll
containing a couple of sheets, a couple of pillow cases, a mosquito net and their favourite shape and size in
pillows. Many a good nights rest can be lost and the next day rendered less pleasant by finding that ones
own private idiosyncrasies in these respects have not been studied in detail.

Terdapat beberapa buah rest-house di Kuala Kangsar, Ipoh dan Kuala Pilah yang
mempunyai padang golf (Robson 1911/1923: 223). Selain itu, terdapat juga rest-house
yang dibina oleh para merkantilis Eropah. Misalnya, di Alor Setar, Kangar dan Satun
telah dibina rest-house tauke-tauke Cina sejak tahun 1899 (Kadir Haji Din 1990: 115).
Hill-station yang pertama di Negeri-Negeri Melayu dibuka di Bukit Taiping pada
tahun 1884 oleh Hugh Low. Selanjutnya, menurut Hale (1908: 251) sehingga tahun 1907
terdapat sekurang-kurangnya lapan buah Government bangalows di atas bukit tersebut.
Seterusnya, lebih banyak hill-stations dibuka di tempat-tempat lain seperti di Gunung
Kledang (1892) (Butcher, 1979: 72-73), Bukit Kutu (1893) dan Gunong Bubu. The
Gab iaitu sebuah rest-house yang dijadikan tempat peranginan dibuka di Genting Sepah,
sebuah tempat antara Selangor dengan Pahang, pada awal abad ke-20 (Hale 1908: 252).
Resort-laut terawal di Negeri-Negeri Melayu dibuka di Pulau Angsa (Hale 1908:
252) dan Port Dickson sejak akhir kurun ke-19. Selain itu, terdapat dua buah rest-house
tempat bersenggang air panas (sulphur springs) yang dibuka oleh pentadbir British di
Dusun Tua (Wright dan Cartwright 1908: 880, 939) dan di Melaka (Hale 1908: 252).
Sanatorium dan rest-house itu adalah begitu ekslusif iaitu hanya dikhaskan kepada
pegawai tadbir kolonial British, ekspatriat, missionary Kristian dan merkantilis Eropah

19

(Stockwell, 1993 dan Butcher 1979). Hale (1908: 252) mencatatkan At present there is
very little chance for the general public to get a holiday on the hills, because, although the
government bungalows are designed for their use on payment of a small rent, as well as
for officers of the service, the latter naturally have the first option, and there is very rarely
room for anybody else.

Hotel di Negeri-Negeri Melayu


Amat besar kemungkinannya hotel pertama di Negeri-Negeri Melayu adalah Victoria
Hotel di Jalan Brickfields, Kuala Lumpur, yang dibuka pada tahun 1896 oleh Puan
Harper. Hotel kedua tertua di Negeri-Negeri Melayu adalah Empire Hotel di Jalan Tangsi
(asalnya dinamakan Barrack Road), Kuala Lumpur yang dibuka pada tahun 1908 oleh
Loke Chow Kit (Gullick, 2000: 208). Pada tahun 1910, FMS Hotel dibuka oleh pihak
Federated Malay States. Hotel ini asalnya Victoria Hotel milik Puan Harper tadi.
Namanya ditukar menjadi FMS Hotel iaitu ringkasan kepada Federated Malay States
Hotel.
Pada tahun 1911 pihak FMS Railway membuka Station Hotel di Kuala Lumpur.
Pada tahun yang sama (1911) pihak FMS Railway membuka Station Hotel di Ipoh.
Kedua-dua hotel ini merupakan hotel yang terkenal pada masa tersebut. Kedua-duanya
mempunyai lampu elektrik dan kipas angin elektrik. Ia juga mempunyai high class
restaurant (Harrison 1911/1923: 216). Kadar sewanya adalah dari $4 (14s.) (Harrison
1911/1923: 217). Robson (1911/1923: 218) mencatatkan The hotel at Ipoh is often full,
so it is advisable to enquire by wire from Penang if rooms will be available on the day
required.
Pada tahun 1915 Great Eastern Hotel dibuka oleh saudagar Cina di Jalan Pasar,
Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur juga, pada tahun 1921 dibuka Hotel Coliseum di Jalan
Tuanku Abdul Rahman. Pada tahun 1932 Hotel Majestic dibuka oleh pentadbiran British.
Menurut Gullick (2000: 100), selama 20 tahun sejak hotel-hotel tersebut dibuka
(sejak awal abad ke-20), tidak banyak perubahan yang berlaku dalam sektor perhotelan:
20

In the ups and downs of the Malayan economy, there was no substantial further progress
until 1932, when the Majestic Hotel opened its doors.
Dalam pada itu, tidak semua hotel atau rumah tumpangan menjadi tempat
penginapan pelawat. Hanya Empire Hotel, FMS Hotel dan Station Hotel yang menjadi
tempat penginapan dalam lingkaran pelancong (tourist circuit), khususnya, dalam
kalangan kelas pentadbiran menengah Eropah. Di antara hotel-hotel tersebut, menurut
Gullick (2000: 278) sehingga tahun 1932 Station Hotel and Empire Hotel were the only
first class hotels ini Kuala Lumpur.
Sejak era tersebut akomodasi dalam kalangan orang Cina seperti kongsi, hotel,
rumah tumpangan dan rumah penginapan sementara (mansions for short term
accommodation) di Negeri-Negeri Melayu juga berfungsi untuk memenuhi keperluan
pelawat. Walau bagaimanapun, para pelawat berkenaan adalah terdiri daripada
pengembara-busines dalam kalangan orang Cina. Ini memandangkan pelbagai syarikat
milik orang Cina sudah berkembang pesat pada era tersebut. Misalnya, dalam Telephone
Directory 1939 tersenarai pelbagai syarikat perniagaan orang Cina di merata tempat di
Negeri-Negeri Melayu.
Keusahawanan tersebut adalah akomodasi kelas bawahan (lower circuit
accommodations). Harrison (1911/1923: 92) menamakannya sebagai a rabbite warren:
Chinese of Kuala Lumpur still lived in a rabbite warren, in contrast to European inhabitants who occupy the
white bangalows, each in its garden which dot the hill beyond the native town (Harrison 1911/1923: 92-93).

Gullick (1993: 100) pula menamakannya sebagai down-at-heel lesser hotels.


Menurut Gullick lagi tempat tersebut bukanlah tempat penginapan manusia
bertamadun jika dibandingkan dengan hotel yang dibuka oleh pentadbiran British seperti
Station Hotel dan Majestic Hotel The Station Hotel and Majestic Hotel, until the
1950s, offered more civilized lodging to temporary visitors than rather down-at-heel
lesser hotels which were the only alternative (Gullick 1993: 100).

21

Selain itu, hotel-hotel juga dibuka di Sabah sejak akhir abad ke-19. Misalnya,
dalam The British North Borneo Herald and Official Gazette9 (16 February 1900)
dilaporkan North Borneo dinner at Hotel Cecil. Majlis tersebut dihadiri oleh 270 orang,
dalam kalangan merkantilis Barat dan orang Cina yang kaya. Akhbar tersebut (BNBHOF,
16 February 1900) juga melaporkan bahawa pada tahun 1889 terdapat orang Cina
memohon sebuah kawasan tanah di Sandakan, Sabah, untuk membina hotel.
Di tempat-tempat tersebut juga berlaku pembukaan tempat penginapan. Sejak
tahun 1890 sudah ada Hotel Cecil di Sabah yang didiami oleh Barat dan orang Cina. Di
Kedah, menurut Kadir Haji Din (1990: 109) di Alor Setar sejak 1910-an sudah terdapat
Kheng Lan Hotel (1918) dan Tye Tong Hotel (1929). Kedua-duanya dibina di tempat
yang strategis iaitu berhampiran sungai dan jeti. Hotel-hotel ini dimiliki oleh orang Cina
sepenuhnya.

Pelancongan dan Fenomena Orang Cina


Seperti telah dijelaskan, selain daripada imprealis, merkantalis dan kolonis Barat, satu
lagi aktor penting dalam sejarah pelancongan Malaysia ialah orang Cina. Berbeza
daripada kaum-kaum pendatang lain, seperti orang-orang dari India, penghijrahan orang
Cina ke negara ini tidaklah diurus oleh pentadbiran kolonial kerana mereka tidak
dianggap British subject. Ekoran daripada itu, mereka terpaksa menyedia dan mengurus
sendiri tempatan penginapan, pengangkutn dan segala keperluan-keperluan lain.
Di samping itu, dalam keperitan hidup itu, orang Cina mempunyai budaya layan
tamu yang berakar umbi dari peradaban Tanah Besar China yang panjang zaman
berzaman. Sejak zaman purba kala lagi mereka sudah mempunyai pengalaman
perkhidmatan layan tamu, misalnya, mereka mempunyai amalan penyediaan hotel yang
disebutkan ke zhan dalam bahasa Mandarin, hak zhan dalam dialek Kantonis, kak zham
dalam dialek Hakka dan k zham dalam dialek Hokkien. Di samping itu, dalam kalangan
orang Cina terdapat penginapan kongsi iaitu penginapan yang disediakan oleh mereka
9

The British North Borneo Herald and Official Gazette diterbitkan oleh East Borneo Company; mempunyai dua fungsi
iaitu 1) sebagai akhbar umum, dan 2) warta pemerintah (government gazette).

22

yang datang lebih awal penginapan sementara kepada keluarga dan orang sekampung
dari Tanah Besar China.
Selanjutnya, terdapat kedai kopi yang menjadikan tingkat atasnya sebagai rumah
tumpangan disebutkan li Tian (Mandarin). Kuil-kuil Cina juga menyediakan tempat
penginapan bagi orang dari luar. Pendatang Cina itu membuka rumah kongsi, rumah
tumpangan, hotel kecil dan tempat hiburan serta bersenggang di bandar sebagai
infrastruktur dan itinerari mereka menjalankan keusahawanan perlombongan bijih timah
itu. Keusahawanan tersebut membangun seiringan dengan evolusi urbanisasi yang
dibangunkan kaum itu. Ini dapat dilihat pada lokaliti kemunculan komponen-komponen
pelancongan pada hari ini, seperti hotel, pusat pengangkutan, pusat perkhidmatan,
restoran, barang-barang keperluan dan kepakaran. Hampir kesemua perkara ini adalah
terasas dan kekal berkembang di beberapa buah bandar utama yang dibuka dan
dibangunkan oleh pentadbiran British dan orang Cina. Ini ketara di negeri-negeri pantai
barat yang kaya dengan bijih timah dan perladangan seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Johor
Bahru dan Seremban.

Pemilikan dan Sebaran Wilayah Pembangunan Pelancongan


Dalam Tahap Pengasasan: Pada Zaman Kolonial
Sebagaimana telah digambarkan, industri pelancongan Malaysia terasas dan membangun
dalam sistem laissez-faire yang diperkenalkan oleh golongan imprealis, merkantilis dan
kolonis di beberapa buah bandar yang menjadi pusat kepentingan ekonomi mereka.
Kemudiaan ianya dikuasai orang Cina.
Masyarakat watan tidak terlibat langsung dalam sektor ini sejak detik
pengasasannya. Ini kerana mereka tidak mempunyai peluang untuk terlibat sama dalam
sistem laissez-faire. Malah kegiatan layan tamu itu adalah sesuatu yang asing bagi
mereka. Keadaan ini timbul kerana masyarakat watan tinggal di luar bandar dan
mengamalkan cara hidup bersifat tradisionalisme.

23

Salah satu bahan yang boleh dijadikan sumber rujukan utama tentang
perkembangan-perkembangan yang berlaku dalam industri ini pada zaman sebelum
Perang Dunia ialah Telephone Directory 1939buku direktori telefon pertama di negara
ini. Berdasarkan direktori tersebut, tidak semua negeri (di Semenanjung) mempunyai
hotel, rumah tumpangan dan hostel pada zaman sebelum Perang Dunia Kedua.
Perkhidmatan-perkhidmatan tersebut hanya wujud di beberapa buah bandar utama di
pantai barat Semenanjung. Hanya lima buah negeri yang mempunyai establishment ini
iaitu Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Perak, Melaka dan Pahang. Lokaliti yang menjadi
tumpuan pembangunannya ialah di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Ini kerana
perkembangan establishment tersebut adalah didorong oleh faktor pembangunan
perbandaran ekoran daripada pembangunan ekonomi moden. Bandar-bandar tersebut
menjadi pusat ekonomi, politik dan sosial.
Perkhidmatan-perkhidmatan

tersebut

diadakan

untuk

memenuhi

fungsi

perbandaran, bukannya kerana daya tarikan. Dalam pada itu, walaupun tidak ada data
yang lengkap namun dapat dirumuskan hotel dan rumah tumpangan di bandar adalah
dimonopoli hampir sepenuh oleh orang Cina. Keusahawanan tersebut dijalankan secara
kecil-kecilan dalam kalangan keluarga Cina (Chinese family small town run hotels).
Sebahagian

besar

bandar

di

Malaysia

dibuka

oleh

orang

Cina.

Berlatarbelakangkan budaya dari Tanah Besar China itu dan keperluan perjalanan dan
perkhidmatan hiburan, mereka membuka perkhidmatan layan tamu di negara ini yang
berlaku seiringan atau bersama-sama dengan pembukaan bandar.
Pemilikan orang Cina dalam bidang perhotelan itu berkekalan sehingga ke hari
ini. Ini kerana mereka memilki kawasan tanah di bandar-bandar sejak zaman sebelum
merdeka lagi. Pentadbiran kolonial British telah mengadakan sistem pendaftaran tanah
dengan memberi kawasan-kawasan tanah terhadap kepada orang Cina. Pendaftaran itu
dimulai dengan pengenalan Sistem Torrens di Perak oleh W.E. Maxwell pada 1879.
Sistem ini kemudian dijadikan asas penggubalan Selangor Land Regulations (or Code)
pada tahun 1891. Selangor Land Regulations (or Code) itu disebarkan ke Negeri-Negeri
Melayu Bersekutu (meliputi Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang). Ia

24

laksanakan oleh State Council (di bawah Residen). Selari dengan semangat Perjanjian
Pangkor 1874, Residen merupakan wakil sultan untuk mengurusi hal-ehwal tanah di
negeri-negeri berkenaan (Ahmad Nazri Abdullah 1985: 28).
Dalam situasi orang Cina sudah menguasai tanah bandar itulah pihak kolonial
mengadakan pendaftaran hakmilik tanah. Hampir kesemua kawasan tanah di bandar
dimiliki oleh kaum berkenaan.
Sebaliknya, orang Melayu tidak memiliki harta-tanah di bandar, terutamanya di
kawasan strategik dan mempunyai nilai komersial. Dominasi orang Cina dalam
pemilikan harta-tanah di bandar itu berkekalan sehingga ke hari ini kerana undangundang tanah zaman kolonial masih berfungsi dan berwibawa selepas terbentuknya
Persekutuan Tanah Melayu atau memperoleh pemerintahan-sendiri (ditandai dengan
pengistiharan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957) sehingga ke hari ini. Di samping itu,
sistem laissez-faire yang diasaskan pada zaman kolonial itu juga masih menjadi amalan
di negara ini.
Undang-undang tanah dan amalan laissez-faire itu merupakan faktor-faktor
penting yang menyebabkan secara keseluruhannya sejak zaman kolonial lagi
pelancongan adalah memiliki dan dikuasai oleh pihak pentadbiran kolonial dan orang
Cina.
Dalam situasi tersebut, orang Melayu bermestautin di luar bandar, tidak
mempunyai harta-tanah di bandar dan hidup dalam keadaan tertutup dengan gaya-hidup
tradisionalisme. Ekoran daripada masalah pemilikan dan penguasaan pihak-pihak
tersebut dan juga pemisahan secara struktural itu, orang Melayu tidak dapat terlibat
dalam proses sejarah pengasasan pelancongan. Orang Melayu tidak mempunyai ruang
dan peluang untuk terlibat sama dalam keusahawanan pelancongan. Perkembanganperkembangan sejarah tersebut membawa berlakunya pemisahan struktural iaitu taraf
pembangunan antara bandar dengan luar bandar dan juga antara kaum (antara orang Cina
dari orang Melayu) sehingga ke hari ini.

25

TAHAP PEMACUAN
Tahap Pemacuan pembangunan pelancongan Malaysia muncul pada akhir tahun-tahun
1950-an hingga akhir tahun-tahun 1960-an. Sehubungan itu, perkembangannya adalah
seiringan dengan proses pembangunan negara yang baharu memperoleh pemerintahansendiri (disebut Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu yang diistiharkan pada 31
Ogos 1957). Hujah untuk menyatakan Tahap Pemacuan pembangunan pelancongan
Malaysia pada masa tersebut adalah kerana wujud ciri-ciri yang berbeza daripada
masyarakat

sebelumnya,

misalnya,

komponen-komponen

pelancongan

semakin

bercirikan sebuah sektor tersendiri. Antara ciri-ciri Tahap tersebut adalah berikut:
1. Munculnya ciri-ciri komponen pelancongan yang lebih bersifat kontemporari;
berbeza daripada era sebelumnya yang lebih bercirikan pentadbiran kolonial dan
penginapan murah orang Cina.
2. Jumlah bilangan aspek-aspek pelancongan, seperti hotel dan destinasi bertambah
3. Pembangunan pelancongan tidak bersifat dalaman semata-mata. Ia tidaklah
digerakkan hanya oleh faktor-faktor, sebaliknya, oleh pihak-pihak luar juga
4. Pelancongan diiktiraf sebagai sebuah industri yang tersendiri oleh pihak kerajaan
5. Pelancongan dijadikan oleh pihak kerajaan sebagai salah satu wahana
pembangunan sosioekonomi bagi mengatasi masalah pemisahan-struktural
Kemunculan Tahap Pemacuan pelancongan Malaysia adalah kesan daripada
perkembangan-perkembangan di peringkat dunia. Impak di luar negara itu amat besar ke
atas pembangunan pelancongan di Malaysia sehingga membawa munculnya era baharu
iaitu Tahap Pemacuan. Di samping itu, kemunculan era baharu dalam sektor industri
pelancongan di Malaysia pada masa tersebut adalah digerakkan juga oleh perkembanganperkembangan politik, ekonomi dan sosiobudaya dari dalam negara sendiri. Sebahagian
besar pembangunan pelancongan dalam Tahap Pemacuan adalah digerak dan
dibangunkan oleh pihak kerajaan. Ini amat ketara dalam pembangunan infrastruktur dan
destinasi di luar bandar. Jelasnya, faktor-faktor yang mendorong munculnya Tahap

26

Pemacuan pelancongan Malaysia terdiri daripada faktor-faktor luar negara dan dalam
negara.
Antara perkembangan-perkembangan yang menandakan Tahap Pemacuan
pelancongan sedunia pada masa tersebut adalah seperti berikut: munculnya Era JumboJet iaitu era mula-mula kapal terbang kuasa jet menjadi pengangkutan utama; berlakunya
pertambahan jumlah pelancong dunia secara mendadak, termasuk di rantau Asia Pasifik;
berlakunya peningkatan kemajuan infrastruktur perhubungan (darat, laut dan udara);
berlangsungnya Persidangan Pelancongan Sedunia di Rome (1963); tertubuhnya
Southeast-Asia Travel Commission (SATC) dan BOAC (sejak 1948); seterusnya,
munculnya

pertubuhan-pertubuhan

antarabangsa

yang

khas

dalam

hal-ehwal

pembangunan pelancongan seperti PATA (1960) dan IUOTO (yang diserap ke dalam
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 1961) (Burkart dan Medlik 1981: 24-25, dan
Lanfant 1993).
Antara tanda-tanda Tahap Pemacuan pelancongan Malaysia ekoran daripada
perkembangan-perkembangan di luar dan di dalam negara adalah seperti berikut:
Perhotelan: Pada akhir tahun-tahun 1950-an itulah munculnya era baharu dalam
sektor perhotelan di negara ini. Era tersebut ditandai oleh pembukaan hotel besar bertaraf
antarabangsa, jumlah bilangan hotel dan bilik penginapan berbayar yang lebih banyak
dan perkhidmatan hotel yang membawa ciri-ciri kontemporari seperti adanya
kelengkapan penyaman udara (air conditions), restoran, shopping-arcades dan kolam
renang, di samping adanya bar dan kabaret. Ciri-ciri aspek perhotelan di Kuala Lumpur
pada era tersebut dapat digambarkan dengan catatan James Kirkup (1963: 33), seorang
pensyarah di Universiti Malaya sejak tahun-tahun 1950-an hingga sekitar awal 1960-an:
There are a number of Swiss modern air-conditioned hotels with their own shoppingarcades, restaurants, bars and cabarets. Catatan ini dapat menggambarkan telah berlaku
anjakan baharu (shifted-changes) yang tidak pernah berlaku pada masa sebelumnya
dalam aspek-aspek perhotelan di Malaysia sejak tahun-tahun 1950-an. Malah, menurut
beliau lagi, pada era tersebut hotel-hotel yang dianggap kelas satu pada zaman sebelum
Perang Dunia Kedua (seperti Majestic Hotel dan Station Hotels) telah dianggap tidaklah

27

sehebat mana lagi (Kirkup, 1963: 33). Misalnya, hotel-hotel ternama dan tercanggih
pada zaman sebelum itu masih tidak mempunyai alat penyaman, sebaliknya, hanya
menggunakan kipas angin elektrik.
Pembukaan hotel besar bertaraf antarabangsa bersifat kontemporariseperti
berhawa dingin, kolam renang dan bersama restoranadalah bermula sejak tahun-tahun
akhir 1950-an di beberapa buah bandar utama. Hotel bertaraf antarabangsa pertama di
negara ini adalah Federal Hotel di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Ia dibuka oleh
pemodal Cina, bernama Low Yat, pada 31 Ogos 1957 sebagai penyediaan tempat
kediaman bagi para pelawat dari dalam dan luar negara yang datang untuk meraikan
sambutan kemerdekaan pertama itu. Hotel ini mempunyai 700 bilik, berhawa dingin
sepenuhnya dan dibina dengan kos RM 28 juta.
Hotel-hotel bertaraf antarabangsa lain yang dibuka pada era tersebut ialah Union
Hotel di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur (dibuka pada 8 April 1958); Hotel Merlin di
Kuala Lumpur (23 Mei 1959); Hotel Merlin di Kuantan (13 Mei 1959); Hotel Merlin di
Cameron Highlands (29 September 1959); dan Equatorial Hotel di Kuala Lumpur (1963).
Hotel-hotel ini dimiliki oleh para pelabur antarabangsa dan kapitalis Cina tempatan.
Dalam Rancangan Malaysia Kedua (1972: 187) dilaporkan bahawa: Bilangan
bilek2 di-hotel2 yang bertaraf antarabangsa telah bertambah dari kira2 1,900 dalam tahun
1965 kepada 6,000 dalam tahun 1970.
Pada era tersebut sudah mulai dijalankan pengutipan data perangkaan tentang
bilangan hotel dan bilik hotel pelbagai jenis. Ini dapat dilihat dengan serta merta pada
laporan tentang bilangan hotel dan bilik hotel dalam Rancangan Malaysia Keua di atas.

Faktor-faktor Dalam Negara


Satu lagi ciri ketara dalam Tahap Pemacuan pembangunan pelancongan di Malaysia ialah
berlakunya intervensi pemerintah bagi membantu masyarakat watan terlibat dalam
keusahawan sektor industri ini. Intervensi tersebut begitu ketara hinggakan pihak
kerajaan menjadi sebahagian daripada aktor atau pengusaha dalam sektor industri ini.
28

Kemerdekaan merupakan salah satu eventual period dalam pembangunan di


negara ini amnya, termasuk dalam industri pelancongan. Ia bukan hanya suatu proses
permindahan kuasa politik secara teknikal dari kuasa kolonial ke tangan anak watan
tetapi lebih penting lagi ia merupakan peralihan kuasa (succession of power) dari
pentadbiran kolonial ke elit administokrat Melayu berpendidikan Inggeris. Elit ini
memain peranan cukup besar bukan sahaja dalam pentadbiran dan pemerintahan tetapi
juga dalam pembangunan. Mereka berperanan dalam pembangunan hotel, infrastruktur
dan destination di luar bandar sehingga mendorong terbitnya era baharu dalam sektor
industri pelancongan. Dari satu sisi, pengan perolehan pemerintahan-sendiri itu telah
membolehkan elit administokrat Melayu berada pada kedudukan commanding position
dalam pentadbiran dan pemerintahan negara (Untuk keterangan lanjut sila lihat Means
1976; Ratnam 1967; Hickling 1978; Purcell 1957; Sheridan 1964; Ness 1965;
Puthucheamy 1978; Vasil 1985; Crouch 1996; Mohamed Salleh Abbas 1968; Mohamed
Suffian Hashim 1976; Mohamed Suffian et al. 1984). Mereka inilah yang memulakan
tradisi atau amalan affirmative actionsiaitu dasar intervensi atau campur tangan
pemerintah yang ketara dalam sektor-sektor ekonomi untuk membantu orang Melayu
dan Bumiputera lain (Gomez dan Jomo 1997: 2, Jomo 1999: 85-88, Jesudason dan Hing
1997: 196-197, Hoi 1997: 219-220). Matlamat utama dasar afirmatif itu adalah untuk
merekonstruksikan atau menyusun semula ketidaksamarataan sosioekonomi ekonomi
antara kaum dan wilayah melalui pembangunan pelancongan sebagai wahananya.
Tindakan elit administokrat Melayu adalah legitimat kerana diasaskan lunas-lunas
perundangan yang sah, iaitu Artikel 153, Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Dari sisi yang lain, peranan golongan elit administokrat ini cukup besar dalam
pembangunan

sektor

industri

pelancongan.

Dengan

bersandarkan

lunas-lunas

perundangan itu, golongan elit administokrat Melayu telah menjadikan kerajaan sebagai
salah satu aktor penting dalam keusahawan pelbagai sektor industri, termasuk sektor
industri pelancongan. Peranan kerajaan sebagai aktor atau pengusaha dalam sektor
pelancongan dapat dirujuk ucapan Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri, yang
bertajuk Free Malaya Surges Ahead in Economic Progress (pada 22 Ogos 1961):

29

The importance of tourism as a major industry has not been overlooked by the Government, a Tourist
Promotion Section being established two years ago. The Federation is a member of the Pacific Area Travel
Association (PATA), the International Union of Official Travel Organisation (IUOTO) and the Southeast-Asia
Travel Commission (SATC). A practical result of the increased attention to tourism is the construction today
of new airstrips at Kuala Terengganu, on Pulau Langkawi, and near the National Park, with the object of
opening up direct air links to these centres. Planned publicity has created a great impact resulting in a marked
increase in tourist traffic in Malaya (Ucapan-Ucapan Tun Haji Abdul Razak Bin Hussein, 1975: 195).

Berasaskan kenyataan ini, ada empat asas penting yang membawa berlakunya
perubahan secara menganjak (shifted change) dalam sektor pelancongan di negara ini
sejurus memperoleh kemerdekaan itu. Pertama, kerajaan menggubal polisi dan
mengadakan program pembangunan pelancongan negara. Kedua, pada era kemerdekaan,
kerajaan Malaysia sudah mengadakan hubungan dengan pelbagai agensi di luar negara.
Hubungan tersebut merupakan salah satu mekanisme yang memesatkan pembangunan
pelancongan sehingga munculnya Tahap Pemacuan dalam sektor industri ini. Ketiga,
kerajaan telah menubuhkan agensi khas untuk mengurusi hal-ehwal pembangunan
pelancongan negara iaitu Tourist Promotion Section pada tahun 1959sebuah unit di
bawah Kementerian Perdagangan dan Pengindustrian; kemudian namanya ditukar
menjadi Department of Tourism (DOT). Agensi tersebut merupakan tapak asas
penubuhan TDC10 (pada tahun 1972) dan KKKPM (1987).
Keempat, pada masa yang sama kerajaan telah merancang untuk menggunakan
sektor industri pelancongan sebagai wahana untuk mengatasi masalah pemisahan
struktural dengan memberi penekanan terhadap pembangunan luar dan pemberian
peluang penglibatan orang Melayu dan bumiputera lain dalam keusahawan sektor industri
ini. Di dasar perancangan sektor industri pelancongan ini terbenam dasar afirmatif
kerajaan (di bawah elit administokrat Melayu) yang membawa matlamat untuk
merekonstruksikan atau menyusun semula ketidaksamarataan sosioekonomi ekonomi
antara kaum dan wilayah melalui pembangunan pelancongan sebagai wahananya. Antara
langkah-langkah yang telah dijalankan untuk tujuan tersebut pada era ini ialah pembinaan
lapangan terbang Kuala Terengganu, Pulau Langkawi dan Taman Negara Pahang. Selain
itu, pihak kerajaan membangunkan infrastruktur dan mengadakan promosi dan

10

TDC: Tourism Promotion Board, dan KKKPM: Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia.

30

penggalakan dengan imej-imej luar bandar. Langkah-langkah lain berkait dengan dasar
ini akan dijelaskan nanti.
Jelasnya, dasar afirmatif telah dijalankan oleh pihak kerajaan sejak awal
perolehan pemerintahan-sendiri (kemerdekaan) lagi. Seterusnya, prinsip dasar afirmatif
ini dijadikan asas penggubalan polisi pembangunan negara amnya dan sektor industri
pelancongan khususnya hingga ke hari ini. Ia diterapkan dalam semua Rancangan Lima
Tahun Malaysia sejak Rancangan Malaya Kedua (1960-1965). Seterusnya, prinsip ini
dijadikan asas DEB (Dasar Ekonomi Baru) yang diistiharkan secara rasmi melalui
Rancangan Malaysia Kedua (1971-1974). Sejak tahun 2010, ia dijenamasemula dengan
nama Model Ekonomi Baru (MEB). Dasar ini dijadikan Dasar Induk Pembangunan
Negara hingga ke Rancangan Malaysia Ke-10 (2011-2015) yang masih berjalan pada hari
ini.
Selain itu, sejak Kemerdekaan itu juga kerajaan mengiktirafkan kedudukan
pelancongan secara satu industri yang penting bagi negara ini. Sejak itu telah kerajaan
melibatkan pelbagai agensi supaya berperanan dalam sektor industri ini. Ekoran daripada
itu, selain DOT, agensi-agensi kerajaan lain yang dilibatkan dalam sektor ini ialah
Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Kementerian
Dalam Negeri (Jabatan Imigresen), Kementerian Luar Bandar, Kementerian Pertanian
dan Jabatan Perhiliran. Pada tahun 1959 Setiausaha Kementerian Perdagangan dan
Perindustrian membuat saranan berikut:
Practically all Departments of Government can play a part in combined
effort to encourage tourists to visit Malaya. Department directly in contact with
visitors e.g. Immigration, Customs and Police have a particularly important role
especially in the creation of a good first impression to visitors. Travel
departments, for example, in ensuing a high standard of service to the travelling
visitor (dipetik dari Chew, 1965: 4).
Dari segi perancangan, Tahap Pemacuan pembangunan pelancongan itu
melibatkan dua Rancangan Lima Tahun Malaya/Malaysia iaitu Rancangan Malaya Kedua
(1960-1965) dan Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970). Dalam Rancangan Malaya
31

Kedua (1960-1965) kerajaan telah memberi peruntukan sebanyak RM 0.25 juta (dari
seluruh jumlah bajet sebanyak RM 2,150,34 juta) untuk sektor ini (Second Malaya Plan,
1960: 97). Sejak Rancangan tersebut juga kerajaan (melalui JKR) telah mengadakan
pelan untuk membangunkan Genting Highlands pada tahun 1963. Malangnya, rancangan
tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana pada masa tersebut negara sedang menghadapi
masalah Konfrantasi dengan Indonesia dan Filipina.
Seterusnya,

dalam

Rancangan

Malaysia

Pertama

(1966-1970)

kerajaan

memperuntukkan sebanyak RM 2 juta dalam sektor industri ini.


In the coming years, the government will take greater efforts, in
association with private enterprise, to facilitate and promote tourist travel to and
within Malaya throughout the provision of better facilities. For this purpose a sum
of $2 million has been allocated. Tourist information centres in Kuala Lumpur and
Port Swettenham will be improved and more recreational activities will make
available in Kuala Lumpur area (First Malaysia Plan, 1965: 189).
Sejak Rancangan Malaysia Pertama itu juga kerajaan tidak mengabaikan Sabah
dan Sarawak dalam pembangunan pelancongan. Ini disebutkan dengan tuntas dalam First
Malaysia Plan (1965: 189): The potential of tourist industry in Malaya and the Borneo
States will be carefully appraised to serve as a basic for further promotional and
development work.
Sejak Rancangan Malaysia Pertama (1965:187-188) itu juga kepentingan sektor
ini telah dianggap setaraf dengan sektor keselamatan dalam negara, dasar perhubungan
luar negara, pembangunan luar bandar, pembangunan infrastruktur, pendidikan,
perusahaan getah, perlombongan, pertanian, kelapa sawit, perdagangan, kewangan,
perbankan dan sebagainya. Dalam Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970) digariskan
matlamat pembangunan pelancongan iaitu:
To help Malaysia to become better known to the world at large and
promotes closer ties with other countries. At the same time the increasing amount
of foreign exchange is being earned from tourism. In the coming years, the

32

government will make efforts, in association with private enterprise, to facilitate


and promote tourist travel to and within Malaysia through provision of better
facilities (First Malaysia Plan, 1965: 189).
Ada dua matlamat utama yang tersulam dalam Rancangan Malaysia Pertama itu.
Pertama, kerajaan berusaha menjadikan pelancongan sebagai diplomatic barometer
kedamaian dan persahabatan dengan negara-negara lain. Kedua, menggalakkan pihak
swasta agar turut terlibat dalam pembangunan di luar bandar. Kerajaan mengharapkan
proses penstrukturan semula sosioekonomi dapat berlaku secara tidak langsung kerana
objek-objek daya tarikan seperti pantai, pulau dan bukit-bukau itu berada di luar bandar.
Dalam Rancangan Malaysia Kedua (1966-1970) itu kerajaan menubuhkan
Jawatankuasa Mohar 1967 (Mohars Commission Report Mohar 1967) dan menggubal
Akta Galakan Pelaburan 1968. Kedua-duanya membawa matlamat khusus untuk
menggalakkan pihak swasta menjadi agen pengagihan sektor pelancongan ke luar bandar
dan antara kaum. Antara pengesyoran oleh Jawatankuasa Mohar ialah supaya kerajaan
mengadakan kemudahan pelancong di Batu Caves, membina Kompleks Pelancong di
Bukit Nanas, menaik-taraf kemudahan di Templer Parks, membuka Restoran Rasa
Sayang, mengadakan Pasar Malam (Mohars Commission Report Mohar 1967: 32). Ia
juga mengesyorkan diadakan pembangunan projek di luar bandar seperti pembinaan
motel di Bukit Pak Apil dan pembinaan motel dan pusat pelancong di Rantau Abang.
Selain itu, Jawatankuasa tersebut juga membuat pengesyoran agar sektor
pelancongan domestik dibangunkan. Secara keseluruhannya semua projek yang
dirancang Jawatankuasa tersebut membawa objektif untuk menjadikan pembangunan
pelancongan sebagai wahana pembangunan sosioekonomi yang seimbang antara wilayah
(bandar dengan luar bandar) dan kaum.
They should also generate a number of economic activities and provide
employment opportunities which would eventually raise the standard of living and
to bring about national unity among the various races in the country, as
envisaged by Governments accelerated industrialisation programme. Apart from
those considerations, the projects are also geared to provide adequate facilities
33

and attractions to induce international tourists to stay longer in this country and
also provide recreational facilities to local population (Mohars Commission
Report Mohar 1968: 34).
Matlamat yang sama menjadi asas penggubalan Akta Galakan Pelaburan 1968. Akta ini
adalah dikawal secara langsung oleh Kementerian Kewangan. Insentif taraf perintis akan
diberikan, iaitu dalam bentuk pengecualian cukai Acceleration Depreciation Allowance
for Plant, Machinery and Equipment, kepada mana-mana pihak yang menempat dan
menjalankan keusahawanan mengikut wilayah-wilayah yang ditentukan oleh kerajaan
mengikut empat zon berikut:
Zon A :

Kuala Lumpur dan Pulau Pinang

Zon B :

Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Kota Kinabalu

Zon C :

Pahang, Terengganu, Kelantan, Perlis, Sabah (kecuali Kota Kinabalu)


dan Sarawak

Zon D :

Pulau, resort-bukit dan wilayah-wilayah seumpamanya seperti


digariskan oleh Kementerian Kewangan

Acceleration Depreciation Allowance for Plant, Machinery and Equipment


diberikan dengan kadar-kadar seperti berikut: bagi Zon A sebanyak 15 peratus, Zon B 20
peratus, Zon C 25 peratus dan Zon D 30 peratus. Bagi Zon A (Kuala Lumpur dan Pulau
Pinang) insentif tersebut hanya diberikan kepada mana-mana pihak yang menjalankan
keusahawanan dalam pelbagai bidang dalam masa lima tahun selepas Akta tersebut
digubal, iaitu dari 1 Januari 1968 hingga 31 Disember 1973. Zon-Zon lain
dikuatkuasakan serta merta pada masa tersebut.
Pembangunan pelancongan dalam Tahap Pemacuan pada era pascamerdeka (dari
akhir 1950-an hingga akhir 1960-an) itu adalah era sebelum DEB. Sektor pelancongan
masih belum membangun dengan pesat lagi pada era tersebut. Walaupun dilakukan dalam
dua Rancangan Malaysia namun pembangunan projek pelancongan Malaysia tidak
banyak berubah daripada keadaannya pada era sebelum merdeka. Misalnya, masih belum

34

ada destinasi pelancong yang dibuka. Faktor utamanya adalah kerana hampir kesemua
projek yang dirancang oleh kerajaan pada era pascamerdeka itu tidak dapat disiapkan.
Hampir kesemua rancangan kerajaan masih dalam proses pembinaan (TMRA 1971:1718). Projek-projek berkenaan diteruskan pada tahun-tahun 1970-an di bawah Rancangan
Malaysia Kedua (1971-1975) serentak dengan pelancaran DEB (1971).
Pada era sebelum DEB itu pihak bukan-kerajaan masih tidak mengadakan
sebarang usaha dan pelaburan untuk membangunkan destinasi di luar bandar walaupun
terdapat beberapa buah tempat yang mempunyai daya tarikan pelancongan. Hanya
syarikat Genting Highlands Sdn. Bhd setelah mengambil alih projek JKR yang
memulakan pembukaan Genting Highlands sejak tahun 1965. Projek ini siap pada tahun
1972.
Akomodasi zaman kolonial masih beroperasi pada zaman selepas merdeka itu.
Pihak kerajaan merupakan pihak pemilik ke atas rest-house, hill-stations (sanatorium)
dan hotel-stesyen. Pemilikan tersebut dilakukan melalui proses pindah milik dari tangan
pentadbiran kolonial. Ianya menjadikan harta negara. Taburan dan bilangan akomodasiakomodasi milik Kerajaan mengikut negeri di Semenanjung pada awal tahun-tahun 1960an adalah seperti Jadual 1.
JADUAL 1: Akomodasi milik kerajaan, 1961
NEGERI
Kedah
Kelantan
Melaka
Perlis
Negeri Sembilan
Pahang
Kuala Lumpur
Selangor
Terengganu
Perak
Pulau Pinang

BILANGAN
7
6
2
1
12
26
0
5
5
23
7

Sumber: Telephone Directory 1961-1964


Sebagaimana telah dibayangkan, pada akhir 1950-an itu telah muncul era baharu
dalam sektor perhotelan negara ini apabila beberapa buah hotel besar bertaraf
35

antarabangsa dibuka seperti Federal Hotel, Union Hotel, Hotel Merlin dan Equatorial
Hotel. Hotel-hotel tersebut merupakan hotel milik orang Cina. Selain daripada hotel-hotel
tersebut, masih terdapat hotel milik kaum Cina yang dibuka sejak selepas Perang Dunia
Kedua. Dari semakan fail-fail di Pejabat Pendaftaran Pertubuhan (ROC) didapati antara
hotel-hotel yang didaftarkan pada tahun-tahun 1940-an dan pertengahan 1950-an adalah
terdiri daripada Tong Ah Hotel di Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur, didaftarkan pada 8
Disember 1947; Eastern & Oriental Hotel (didaftarkan semula pada 18 Oktober 1951);
Shui Kat Hotel, Penang Road, Penang (1 Januari 1955).
Hampir kesemua hotel kecil, rumah tumpangan dan lojing bersaiz dari lima
hingga 20 bilik di bandar adalah dimiliki oleh orang Cina dalam bentuk hotel kecil milik
keluarga Cina (small Chinese family town hotels)11 (lihat Jadual 2). Landskap akomodasi
berbayar pada Tahap Pemacuan terus dicirikan oleh hotel bandar lingkaran bawahan
(lower circuit town hotels). Ciri-ciri keusahawanan hotel kecil milik keluarga Cina itu
tidak banyak berubah daripada keadaannya pada zaman sebelum Perang Dunia Kedua.
Keusahawanan tersebut dibuka untuk memenuhi keperluan pasaran pengembara domestik
yang umumnya terdiri daripada pengembara-busines (business-travellers) dalam kalangan
orang Cina. Pengembara itu terdiri daripada wakil atau agen jualan, juru jual, pembekal
dan pengedar pelbagai syarikat dan perkhidmatan perniagaan.
Jadual 2 menunjukkan juga sejak awal 1960-an terdapat beberapa buah hotel kecil
di bandar yang dimiliki oleh orang Melayu, iaitu, Hotel Razak (1960) di Kota Bharu;
mungkin hotel milik orang Melayu yang pertama dalam jenisnya (iaitu hotel kecil di
bandar) di negara ini. Hotel-hotel lain milik orang Melayu yang awal ialah Hotel Irama
(1963) di Kota Bharu, Hotel Aman (1965) di Kota Bharu, Shahs Village di Petaling Jaya
(1968) dan Hotel Kesina di Kota Bharu (1971). Shah Village dibuka dari bantuan UDA.
Hotel Irama di Kota Bharu dibuka secara usahasama orang Cina dan Melayu.

11

Terdapat hotel-hotel yang diusahakan dalam bentuk hotel milik keluarga Cina (Chinese family hotels) itu yang
dibuka di bandar-bandar lain sejak selepas Perang Dunia Kedua. Antara contoh hotel-hotel berbentuk begitu di Melaka
ialah Majestic Hotel, Suan Kee Hotel, Westernhay Hotel, Chin Nam Hotel dan Hotel Capitol. Hampir kesemuanya
dimiliki oleh Cina Baba dan Hailan, kecuali Westernhay Hotel yang dimiliki orang Eropah yang membuka ladang getah
di negeri tersebut. Kesemua hotel ini masih wujud sehingga kini, kecuali Capitol Hotel. Pada dekad 1950-an,
Westernhay Hotel telah diambil alih (succession) oleh orang Cina. Pada pertengahan 1980-an Chin Nam Hotel
dinamakan Hotel New Chin Nam. Hotel-hotel ini menyediakan restoran, bar dan kaunter minuman keras.

36

JADUAL 2: Hotel dan Rumah Tumpangan di Semenanjung (Kesemua Saiz), 1964

NEGERI

JUMLAH
WILAYAH

Pulau Pinang

Kuala Lumpur

dan

TABURAN

LOKALITI/

MILIK
WATAN

MILIK BUKANBUMIPUTERA

33

33

32

32

31 (18 di Ipoh, 7 di Taiping, 1 di Sungai Siput, 2 di


Tanjung Malim, dan 2 di Teluk Anson)

31

Pahang

18 (5 di Mentakab, 4 di Kuantan, 2 di Raub, 2 di


Jerantut, 1 Endau, 1 di Rompin, 1 di Kuala Lipis, 1 di
Temerloh, dan 1 di Bentong).

18

Johor

17 (5 di Kluang, 4 di Johor Bahru, 2 di Batu Pahat, 3


di Muar, 2 di Segamat, dan 1 di Pontian)

17

Negeri
Sembilan

7 (6 di Seremban, 1 di Kuala Pilah)

Kelantan

6 (semua di Kota Bharu)

Kedah

6 (4 di Alor Star, dan 2 di Sungai Petani)

Selangor

5 (4 di Klang, 2 di Kuala Selangor, dan 1 di Petaling


Jaya)

10

Melaka

4 (3 di Bandar Melaka, dan 1 di Bukit Tanah)

11

Terengganu

1 (di Kuala Terengganu)

12

Perlis

Perak

Sumber: Telephone Directory 1964


Sejak akhir 1960-an kerajaan telah mengadakan kerjasama dengan syarikat
bukan-Melayu dan pelabur asing dalam sektor perhotelan. Antara yang terawal ialah
dengan Shangri-La Hotel KL (1969), Shangri-La Hotels di Pulau Pinang (1971), Hilton
Hotel (1971), dan Golden Sands Beach Resort (1972) (Rekod di ROC, 2001).

37

Sehingga era awal kemerdekaan terdapat empat negeri yang mempunyai


penginapan peranginan resort-bukit iaitu Pulau Pinang, Pahang, Perak dan Selangor.
Resort-bukit berkenaan dimiliki oleh dua pihak utama, pertama, kerajaan, dan kedua,
orang Cina. Resort-bukit milik Kerajaan pada asasnya terdiri daripada rest-house dan
sanatorium peninggalan pentadbiran kolonial. Jadual 3 menunjukkan taburan lokasi
resort-bukit milik kerajaan pada tahun 1964. Manakala Jadual 4 menunjukkan lokasi
resort-bukit milik bukan-kerajaan pada tahun 1964.
Sama seperti resort-bukit, resort-laut dimiliki oleh dua pihak utama, pertama,
kerajaan, dan kedua, orang Cina. Taburan lokasi resort-laut milik kerajaan adalah seperti
Jadual 5. Taburan lokasi resort-laut bukan-milik bukan-kerajaan adalah seperti Jadual 6.
Selain itu, sehingga awal kemerdekaan terdapat tujuh buah negeri yang mempunyai
tempat penginapan peranginan laut (termasuk rest-house yang boleh dianggap resort-laut)
iaitu Negeri Sembilan, Selangor, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu dan Perak.
Sejak era pengasasannya lagi Port Dickson bukanlah tempat bagi masyarakat
tempatan. Ia dianggap tempat pegawai tadbir British. Pada era pascamerdeka ia
dianggap tempat pelaburan orang kaya dari luar, khusus orang Cina dari Singapura
(Nicol 1977: 76).

JADUAL 3: Resort-bukit milik kerajaan di Semenanjung, 1964


NEGERI

BILANGAN LOKASI

Pahang

18

Semua di Frasers Hill, kecuali sebuah di Cameron


Highlands

Pulau
Pinang

Semua di Bukit Bendera

Perak

Semua di Bukit Maxwell

Selangor

Kuala Kubu Rest Hse (jalan ke Fraser Hill), dan the Gap
Rest Hse

38

Sumber: Telephone Directory 1964

39

JADUAL 4: Resort-bukit milik bukan-kerajaan di Semenanjung, 1964


NEGERI

JUMLAH dan
WILAYAH

TABURAN

LOKALITI/

BUMIPUTERA

BUKANBUMIPUTER
A

1 Pahang

15 (10 di Cameron Highlands, 3 di Frasers


Hill, dan 2 di Ringlet)

15

2 Pulau
Pinang

4 (semua di atas Bukit Bendera)

Sumber: Telephone Directory 1964

JADUAL 5: Resort-laut milik kerajaan di Semenanjung, 1964


NEGERI

JUMLAH dan TABURAN LOKALITI/ WILAYAH

1.

Negeri Sembilan

7 (di Port Dickson dan Teluk Kemang)

2.

Selangor

2 (1 di Port Swettenham, dan 1 di Kuala Selangor)

3.

Johor

4 (1 di Johor Bahru, 1 di Batu Pahat, 1 di Pontian, dan


1 di Muar)

4.

Melaka

1 (di Tanjung Kling)

5.

Pahang

1 (di Teluk Sisek)

6.

Terengganu

1 (di Batu Buruk)

(Sumber: Telephone Directory 1964)

40

JADUAL 6: Resort-laut milik bukan-kerajaan di Semenanjung, 1964


NEGERI

BUMIPUTERA

BUKANBUMIPUTERA

JUMLAH dan TABURAN WILAYAH


1

Negeri Sembilan

10 (semua di Port Dickson dan Teluk


Kemang)

10

Pulau Pinang

3 (semua di Batu Feringghi)

Perak

3 (2 di Lumut, dan 1 di Pangkor)

Melaka

2 (1 di Klebang Besar, 1 di Tanjung Kling)

Sumber: Telephone Directory 1964

Pada akhir dekad 1960-an tidak banyak hotel baharu yang dibina. Menurut Syed
Abdul Rasyid (1982: 49) The hotel investors in the 1960s and early 1970s were
compelled to build hotels rather than attracted to do as they did not have other alternative
use of their valuable land. And that time, the demand for office space and multi-storeyed
shopping complex was not great, thus had discouraged the investors from putting these
types of commercial buildings as it would have ended up as non-performing assets.
Secara keseluruhannya, pada era sebelum DEB hampir seluruh sektor akomodasi
di negara ini adalah dimiliki oleh orang Cina, dan sedikit sebanyak oleh pelabur asing.
Hanya empat buah akomodasi yang dimiliki oleh orang Melayu. Bilangan pemilikan
orang Melayu terlalu kecil hinggakan tidak mempunyai apa-apa signifikan dalam
pengimbangan pemilikan ekuiti.
Dalam pada itu, kewujudan keusahawanan tersebut hanya tertumpu di bandarbandar utama, terutamanya di pantai barat, iaitu di Selangor, Pulau Pinang, Perak, Johor,
Pahang dan Negeri Sembilan. Di Selangor, tumpuan utama ialah di Kuala Lumpur. Di
Perak tumpuannya ialah di Ipoh, Taiping dan Kuala Kangsar. Di negeri Johor
tumpuannya ialah di Johor Bahru, Batu Pahat dan Muar. Di Pahang tumpuannya ialah di
Bentong, Mentakab dan Kuantan. Di Negeri Sembilan tumpuannya ialah di Seremban.
41

Senario yang sama berlaku dalam sektor intermediari seperti agensi-perjalanan


dan agensi-pelancongan. Pada 1961-1964 terdapat sekarang 17 buah syarikat intermediari
(Telephone Directory 1960-1964). Sebagaimana ditunjukkan dalam Jadual 7 syarikatsyarikat berkenaan hanya terletak di dua bandar utama iaitu Kuala Lumpur dan Pulau
Pinang. Sebahagian besar daripadanya (kira-kira 80 peratus) adalah dimiliki oleh orang
Cina, dan sebahagian lagi, kira-kira 20 peratus, adalah dimiliki oleh syarikat Eropah.
Antara syarikat intermediari milik entiti luar negara yang menjalankan
perkhidmatan untuk pelancong ialah Socfin Co Ltd dan Mansfield & Co Ltd. Syarikatsyarikat berkenaan mempunyai cawangan berangkaian dengan destinasi-destinasi
peranginan pelancongan, misalnya Socfin Co Ltd mempunyai cawangan di Kuala
Lumpur (Ibu pejabat di Jln Damansara), Frasers HILL, Bukit Bendera Pulau Pinang dan
Port Dickson. Mansfield & Co Ltd mempunyai cawangan di Kuala Lumpur (ibu pejabat
di Bangunan Loke Yew) dan Bukit Bendera, Pulau Pinang. Walaupun bilangannya tidak
banyak berbanding dengan syarikat orang Cina tetapi ruang legar perkhidmatan mereka
amat luas. Mereka mengadakan perkhidmatan antarabangsa.
Selain itu, terdapat juga agensi-agensi intermediari milik (atau tajaan) kerajaan.
Antaranya, Kuala Lumpur Tourist Association (di Bangunan Kwang Tunggu), Penang
Tourist Association (di King Edward Place). Penang Tourist Association merupakan
persatuan pelancongan terawal di negara ini. Ia ditubuhkan di bawah Kerajaan Negeri
Pulau Pinang.

42

JADUAL 7:

Agensi-perjalanan dan wakil pengusaha pengembaraan di Semenanjung


1964

1.
2.
3.
4.
5.

6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.

Federal Travel Agency Ltd


Kuala Lumpur, 41 Princes Road, Sales Rep (Mohd Tahir), 12 Jln 65 Petaling Jaya
International Shipping Agency Penang
Penang, 51 Beach St
Mansfield & Co Ltd
Kuala Lumpur, Kuala Lumpur Office Loke Yew Bdg
Penang, Penang Office Chartered Bank Chbrs Outside Office Hours
Mutiara Travel Agencies Ltd
Penang, 20-A Penang St
SOCFIN CO LTD
Kuala Lumpur, Headqrs Jln Damansara
Frasers HILL Bnglw Villa Adrien Hallet
Penang Bgnlw Villa Aremi
P Dickson Bnglws
Port Shampir Branch
E & O Travel Service Ltd, 5 Jln Pasar Bahru
Kuala Lumpur Tourist Asasnya, Kwang Tung Berdagang
Mayfair Trading, 16 Jln Bt Bintang
Mayflower Tours, 44 Jln Pudu
Meempat Agencies, 131 Jln T A Rahman
Orient Travel & Express Agency, 1 Jln Damansara
Selangor Baggage Bureau, 142 Jln Petaling
Wong Travel Svce, 61 Jln Sultan
Timor Tours & Traders, 59 Beserah Rd
Jeddah Pilgrim, 87 Acheen St
Penang Tourist Asso, King Edward Place

(Sumber: Telephone Directory 1960-1964)


Terdapat hanya sebuah syarikat intermediari milik orang Islam, iaitu, Jeddah
Pilgrim yang tujuan asasinya hanya untuk perkhidmatan membawa umat Islam ke Jeddah
bagi menunaikan Fardhu Haji ke Mekkah. Intermediari khusus untuk pelancongan milik
Bumiputera tidak wujud pada masa itu. Sebagaimana dijelaskan, syarikat agensiperjalanan Bumiputera yang pertama ialah KRIS MAS Sdn. Bhd yang ditubuhkan pada
tahun 1968 dari bantuan Kerajaan, iaitu, UDA dan MARA. Ia menjalankan kegiatan
menjual tiket, reservation dan melakukan kegiatan outbound. Syarikat ini merupakan
syarikat peniagaan-pelancong milik Bumiputera pertama mempunyai coach berhawadingin.
Agak menariknya, beberapa syarikat milik orang Cina yang wujud pada hari ini
telah wujud sejak awal 1960-an lagi. Ini termasuk syarikat Mayfair Trading, Mayflower
Tours dan Reliance. Pada hari ini syarikat Reliance merupakan syarikat terulung di

43

negara ini dalam perkhidmatan intermediari. Pada masa awalnya ia merupakan syarikat
yang menjual barangan elektrik dan syarikat bas.12

TAHAP PEMBANGUNAN
Dapat dihujahkan bahawa tapak asas pembangunan pelancongan Malaysia yang ada pada
hari ini adalah terbentuk daripada peristiwa-peristiwa bersejarah yang berlaku pada awal
1970-an. Ia merupakan Tahap Pembangunan sektor industri pelancongan di negara ini.
Kemunculan tahap tersebut dicirikan oleh darjah intensiti yang lebih tinggi dari segi
pengikhtirafan pelbagai pihak terhadap sektor pelancongan, penglibatan secara aktif
pihak kerajaan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa berkait dengan pembangunan
pelancongan, buat pertama kalinya pelancong antarabangsa yang datang ke Malaysia
melebihi satu juta orang (sejak 1973), pembangunan kepelbagaian produk (diversity of
products), pembangunan pesat aspek-aspek pengangkutan (termasuk penggunaan pesawat
jet), kepesatan agen-agen intermediary, pengurusan pelancongan yang lebih efisyen,
jumlah akomodasi pelbagai kelas yang lebih banyak, dan mutu kemudahan dan itinerari
yang lebih baik.
Selain itu, satu lagi aspek yang mencirikan tahap ini ialah pembangunan sektor
pelancongan mulai menyebar ke seluruh negara. Misalnya, sejak pertengahan 1960-an
sudah mulai dibangunkan motel dan chalet di kawasan perpantaian Terengganu dan
Pahang. Pembangunan ini dilakukan oleh pihak kerajaan.
Walaupun Malaysia telah menjadi anggota pertubuhan sedunia sejak awal
kemerdekaan (1957) namun hanya sekitar awal 1970-an negara ini menjadi anggota
aktif dalam PATA dan WTO. Pertubuhan-pertubuhan ini memberi bantuan dari segi
promosi, kerjasama, perundingan, kepakaran dan kewangan (TMRA 1970 dan Rancangan
Malaysia Ketiga: 76). Pada tahun 1972 diadakan persidangan PATA buat pertama kalinya
di Kuala Lumpur. Persidangan ini sangat penting kerana ia menjadi pemangkin kepada
12

Dalam Telephone Directory 1964, dinyatakan syarikat Reliance Electric (Malaya) Ltd. dan cawangan-cawangannya
iaitu di: Kuala Lumpur, C-29 Suleiman Court, Jln T Abd Rahman; Kuala Lumpur, Reliance Office Supplies 270 Jln
Pudu; Perak, Ipoh, Reliance Omnibus Co Ltd; dan Perak, Kuala Kangsar, Bus Station Jln Kangsar

44

kemunculan Tahap Pembangunan pelancongan di Malaysia. Ia mendorong pelancongan


diterima sebagai salah satu sektor utama dalam pembangunan negara. A Report of the
Advisory Panel on Tourism Development in Malaysia (1976: 6) menyatakan:
Although it was known to exist in pre-war Malaya, it can be said that tourism to
have achieved a meaningful status only after the PATA Conference which was
held in Malaysia in 1972.
Ekoran daripada persidangan tersebutlah kerajaan menubuhkan TDC pada tahun
1972. Ia merupakan sebuah perbadanan di bawah Kementerian Perdagangan dan
Perindustrian bagi menggantikan DOT (1959) yang hanya sebuah unit kecil (jabatan).
Pada awal 1970-an juga berlakunya ledakan pelancong global (global tourism
boom). Perkembangan di luar negara itu memulakan tradisi penerimaan kedatangan
pelancong antarabangsa ke negara ini melebihi angka satu juta orang, iaitu kira-kira
1,083,500 orang pada tahun 1973, dan 1,165,270 orang (dengan pendapatan RM 353.9
juta) pada 1974. Seterusnya, dari tahun 1980 hingga 1997, berlaku pertumbuhan jumlah
pelancong dan pendapatan dari pelancong antarabangsa.
TDC menjalankan promosi dan penggalakan di dalam dan di luar negara dengan
lebih hebat. Pada awal tahun-tahun 1980-an perbadanan ini mengintesifikasikan lagi
aktiviti tersebut di seberang laut. Ini termasuk di pasaran negara-negara Scandinavia.
Pada masa yang sama, usaha dijalankan untuk memperkukuhkan kedudukan pelancongan
Malaysia dalam pasaran-pasaran tradisional seperti Amerika Syarikat, Jepun, Hong Kong,
Singapura, Australia, German dan Britain.
Awal dekad 1970-an memulakan Era Jumbo-Jet di dalam negara ini apabila MAS
mula menggunakan kapal terbang jenis Boeing 737 pada tahun 1972. (Era Jumbo-Jet
yang berlaku pada tahun-tahun 1960-an hanya berlaku di luar negara). Dari segi
prasarana, kerajaan menaiktarafkan lapangan terbang agar pesawat berkuasa jet dapat
mendarat. Pada era itulah infrastruktur, kemudahan awam dan itinerari pelancong mula
melebar ke seluruh negara. Kerajaan mengadakan langkah-langkah untuk memudahkan
pengaliran perjalanan (traffic flow) di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang ekoran

45

daripada volume penerbangan semakin bertambah. Ini termasuk mengadakan airline


bridges,

sistem

informasi

penerbangan

dan

sistem

pemantauan

berkomputer

(computerised monitoring systems). Pembesaran terminal dijalankan untuk menampung


dan memberi perkhidmatan kepada 2,600 orang penumpang pada waktu kemuncak
(TMRA, 1971).
Lapangan-lapangan terbang di pelbagai negeri juga dinaiktarafkan. Ini termasuk
pemasangan sistem peralatan mendarat di lapangan terbang Senai (Johor Bahru),
pemanjangan landasan mendarat di lapangan terbang Langkawi dan Sandakan, dan
membina terminal baharu dan memanjangkan landasan lapangan terbang Kuala
Terengganu untuk membolehkan pesawat Boeing 737 dapat mendarat. Di Sarawak, selain
menaik-taraf lapangan terbang Kuching, sebuah lapangan terbang baharu dibina di Sibu
pada tahun 1980 (Laporan Tahunan & Penyata Kira-kira 1981).
Di samping itu, pada era itulah berlakunya penglibatan pihak swasta dengan agak
aktif dalam sektor industri ini. Pada tahap tersebutlah insentif yang ditawarkan oleh Akta
Penggalakan Pelaburan 1968 mula mendapat sambutan oleh para pelabur dari dalam dan
luar negara. Akta tersebut mensyaratkan hanya hotel-hotel dan keusahawanan
perkhidmatan lain yang dimulakan sebelum 31 Disember 1973 yang layak diberikan taraf
perintis dan alauan penggalakan (accelatioan allowance) serta tax-free holiday selama
lima tahun itu. Seterusnya, pada dekad 1980-an Kerajaan mengadakan beberapa insentif
lain seperti Akta Penggalakan Pelaburan 1986 dan Tabung Pelaburan Baru 1986.
Antara projek-projek pelancongan umat yang dibuka sekitar awal 1970-an
sehingga pertengahan 1980-an adalah seperti berikut:
1.

Kompleks Pelancong di Bukit Nanas (yang dirancang oleh Jawatankuasa


Mohar 1967 dan dibina oleh TDC) dibuka pada tahun 1974

2.

Motel Desa di Kuala Terengganu (dibina oleh DOT dan JKR) sejak pada
pertengahan 1960-an dibuka pada tahun 1972 (diambil alih oleh TDC)

3.

Motel di Bukit Pak Apil, Kuala Terengganu (dibina oleh TDC dan JKR
sejak tahun 1966) dibuka pada tahun 1969
46

4.

Pusat Pelancong Rantau Abang (dibina oleh TDC dan JKR) dibuka pada
tahun 1977.

5.

Pusat Penerangan Pelancong dan Muzium Laut Rantau Abang dibuka pada
tahun 1980

6.

Zoo Negara dan taman-taman binatang lain dinaiktaraf

7.

Tempat berkelah (di ulu sungai, air terjun dan pantai), taman bunga dan
taman awam semakin banyak dibuka di merata negeri

8.

Gua Gelap, Perlis, dimaju dan dikelolakan oleh TDC telah dibuka pada
tahun 1972

9.

Restoran Rasa Sayang dan Gazebo di Kampung Baru dikelolakan oleh


TDC dibuka pada tahun 1974

10.

Kedai Bebas Cukai dibuka di Kompleks Membeli-Belah Ampang pada


tahun 1974 oleh TDC

11.

Kedai Bebas Cukai dibuka di Bukit Nanas pada tahun 1978 oleh TDC

12.

Kedai Bebas Cukai dibuka di Lapangan Terbang Bayan Lepas pada tahun
1978 oleh syarikat Cina

13.

Kedai Bebas Cukai dibuka di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di


Pulau Pinang pada tahun 1978 oleh syarikat Cina

14.

Genting Highlands dibuka pada 8 Mei 1972 oleh syarikat Genting


Highlands Sdn. Bhd.

15.

Mediterranee Club dibuka pada 1979 oleh TDC dengan usahasama dengan
Club Mediterranee Paris dan PKEN Pahang

16.

Langkawi mula dibangunkan di bawah Rancangan Malaysia Kedua (19761980) oleh kerajaan pusat

47

17.

Hotel-Resort Tanjong Jara dibuka pada tahun 1980 oleh usahasama TDC
dengan PKEN Pahang

18.

Pulau Tioman mula dibangunkan fasa pertama pada pertengahan 1970-an

19.

Desaru, Johor, mula dibangunkan pada tahun 1975 oleh KEJORA

20.

Pesta dan pameran: di Changkat Pavilion dan Pesta Pulau Pinang pada
tahun 1974

21.

Pembangunan di Melaka: Zoo Melaka, Taman Buaya, Taman Ular, Taman


Mini Malaysia, Taman Mini ASEAN dan Taman Orang Asli di Ayer Keruh
dibangunkan pada 1980-an. Di Bandar Hilir dibangunkan Muzium Budaya
dan Lights and Sounds

22.

Feri dan cruise pelancong: Feri Malaysia dilancarkan pada 31 Ogos 1986
oleh TDC dan kerajaan negeri Pahang (dihentikan pada 1991)

23.

Pembangunan di Sabah dan Sarawak:

a.

Imej flora-fauna di Malaysia Timur dipertonjolkan dalam brosyur dan


pamplet terbitan DOT sejak tahun 1963 lagi

b.

Tiga buah hotel besar bertaraf antarabangsa dibuka pada tahun 1976
Hotel Holiday Inn di Kuching, dan Kinabalu International Hotel di Kota
Kinabalu

c.

Perbadanan Penggalakan Pelancongan Sabah (Sabah Tourism) ditubuhkan


pada 1976

d.

Lembaga Pelancongan Sarawak (Sarawak Tourism Board) ditubuhkan


pada 1970-an

Sejak awal 1970-an itu lebih banyak hotel bertaraf antarabangsa yang dibuka di
negara ini. Antara hotel-hotel tersebut terdapat milik syer kerajaan iaitu di Kuala Lumpur

48

Shangri-La Hotel KL (1969) dan Hilton Hotel (1971), dan di Pulau Pinang Shangri-La
Hotels (Malaysia) (1971) dan Golden Sands Beach Resort (1972) (Sumber: ROC 2002).
Seterusnya pada awal dekad 1980-an pembangunan ekstensif dijalankan oleh
kerajaan-kerajaan negeri. Antaranya, di Terengganu PKEN meneruskan pembangunan
projek yang telah dijalankan oleh DOT seperti projek motel dan resort di Rantau Abang,
Tajung Jara dan Kuala Terengganu. Kerajaan Negeri itu menjalankan usahasama dengan
TDC membangunkan Tanjung Jara Beach Resorts. Pada pertengahan 1980-an Kerajaan
tersebut membina Hotel Primula. Matlamat pembangunan projek-projek tersebut adalah
supaya ...Terengganu a must in tourist itinerary (The Star 19 April 1984).
Tindakan yang sama dijalankan oleh Kerajaan-Kerajaan Negeri lain. Antaranya,
Kerajaan Pahang memperuntukkan dana kira-kira RM1 juta untuk mempromosikan
negeri tersebut dengan perasaan optimis bahawa ...facelift for potential tourist spots
(New Straits Times 22 November 1984). Jawatankuasa Pembangunan Negeri Pahang
mengadakan kerjasama dengan MAS untuk menjadikan lapangan terbang Kuantan
sebagai transit perjalanan antara Bangkok dengan Kuala Lumpur (New Straits Times 7
Jun 1985). Di Johor, PKEN dan KEJORA membangunkan Desaru sebagai salah satu
destinasi pelancongan yang utama. Kerajaan negeri berkenaan juga mengadakan
perkhidmatan feri antara Desaru dengan Changi, Singapore (New Straits Times 24 Jun
1985). Di Perak, Kerajaan negeri pernah merancang membina mini Disneyland di Ipoh.
Pada masa yang sama kerajaan Negeri tersebut mengembangkan pembangunan di Pulau
Pangkor sebagai destinasi resort laut utama supaya on par with the worlds best (New
Straits Times 5 January 1985). Walau bagaimanapun, di antara kerajaan-kerajaan tersebut,
kerajaan yang paling ambitious adalah kerajaan Kedah. Kerajaan berkenaan merancang
projek RM 2 billion untuk menukar Pulau Langkawi into a tourist paradise (Malaysian
Business September 1984). Kerajaan Pulau Pinang mengadakan lebih promosi untuk
bersaingan dengan negeri-negeri lain (New Straits Times 27 June 1987).
Masih banyak perkembangan yang berlaku pada Tahap Pembangunan itu yang
tidak dijelaskan di sini. Walau bagaimanapun, senario yang dipaparkan dapat memberi
gambaran bahawa telah berlaku perubahan drastis dalam sektor industri ini sejak

49

pelancaran DEB hingga kini. Satu lagi peristiwa bersejarah dari perkembangan pesat ini
ialah penubuhan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia
(KKKPM) pada tahun 1987.

Kesimpulan
Keberadaan pelancongan Malaysia pada hari ini boleh digarapkan secara teoretikal iaitu
sebagai sebuah industri dan fenomena sosial yang terasas dan membangun dalam bingkai
pengembangan pusat-pinggir (extended centre-core) dalam ertikata ia berasal dari Barat
dan negara-negara Barat menjadi pusat pembangunan pelancongan dunia. Ini terzahir
pada hakikat hampir segala aspek pembangunan di seluruh dunia, termasuk modal,
model, teknologi, ilmu pengetahuan dan ciri-ciri pengurusan adalah berpaksi di Barat.
Negara-negara lain (bukan-Barat) merupakan daerah pinggiran. Di bekas-bekas koloni
Barat, termasuk Malaysia, perkembangan dari pusat ke pinggiran itu berlaku melalui
aktiviti-aktiviti yang dimainkan oleh golongan merkantalis, imprealis dan kolonis.
Demikian juga pengasasan dan pembangunan aspek-aspek pelancongan, meliputi
penginapan, pengangkutan pelancong, sanatorium, kelab sosial, taman awam (botanical
gardens), agen-agen intermediary, itinerari dan ancillaries layan tamu lainnya dan juga
pengurusan model, gaya dan penampilan dalam sektor ini. Kesemuanya tidaklah terasas
atau berbenih, bercambah dan membangun secara organik dari warisan peradaban
masyarakat watan. Sebaliknya, Pengasasan sektor ini di Malaysia adalah rebakan
(extension) dan pengembangan (expansion) dampak Revolusi Perindustrian di Barat
dalam bentuk by-product kegiatan merkantalis, imperialis dan kolonialis British dan
kegiatan kaum penghijrah Cina. Ianya berkembang seiringan dengan kemaraan
kolonialisasi dan pembentukan sistem ekonomi laissez-faire di negara ini. Agak ketara
bahawa sektor pelancongan di negara ini adalah fenomena masyarakat industri yang telah
mengalami modenisasi dari Revolusi Perindustrian. Sehubungan itu, sejarah kemunculan
pelancong di negara ini adalah di tempat yang mula-mula menerima dampak rebakan dan
pengembangan Revolusi Perindustrian itu. Sudah dimaklumi bahawa tempat yang mulamula menerima ketibaan kolonial adalah di Negeri-Negeri Selat. Walau bagaimanapun,
dampak pengaruh Barat yang paling kuat dan mendalam ke atas aspek-aspek

50

pembangunan pelancongan di negara ini adalah dari pendudukan British di Pulau Pinang
sejak sekitar awal abad ke-19. Terbukti bahawa di pulau itulah buat pertama kali
munculnya komponen-komponen pelancongan di negara ini secara bersepadu (amalgam).
Ini termasuk tempat peranginan, pengangkutan, tempat penginapan, destinasi dan
sebagainya. Kemudiaan, perkembangan tersebut berkembang di Singapura dan Melaka.
Selain itu, Negeri-Negeri Selat merupakan tempat yang menggerakkan pengasasan
pelancongan Malaysia kerana ianya merupakan pintu masuk dan pengkalan bagi
kemasukan aspek-aspek yang membangunkan pelancongan di Negeri-Negeri Melayu. Ini
termasuk tempat bertapaknya golongan imprealis, merkantalis dan kolonis dan juga
orang-orang Cina. Dari situ aspek-aspek tersebut meresap ke Negeri-Negeri Melayu.
Tahap Pengasasan pelancongan Malaysia kali kedua berlaku di Negeri-Negeri Melayu
sejak termeterainya Perjanjian Pangkor pada tahun 1874, iaitu selepas lebih daripada 80
tahun komponen-komponen pelancongan terasas di Negeri-Negeri Selat. Makalah ini
menghujah

bahawa

tempat

yang

mula-mula

terasasnya

komponen-komponen

pelancongan secara bersepadu (amalgam) di Negeri-Negeri Melayu adalah di Taiping


kerana di situlah tempat yang mula-mula menerima ketibaan moden atau pengaruh Barat
yang yang membentuk komponen-komponen pelancongan, termasuk tempat penginapan,
pengangkutan, tempat-tempat peranginan dan pelbagai kemudahan lain bagi memenuhi
kehendak pengembara-bersenggang (atau pelancong) wujud secara bersepadu (amalgam).
Sama seperti berlaku di Negeri-Negeri Selat, pengasasan komponen-komponen
pelancongan di Taiping juga berlangsung dalam sistem ekonomi laissez-faire. Dari
situlah juga golongan imprealis, kapitalis dan kolonis mula-mula bertapak ke NegeriNegeri Melayu. Kajian sejarah menzahirkan hakikat bahawa isu paling utama dalam
pembangunan pelancongan di negara ini ialah pembangunan berlaku dalam bingkai
pemisahan secara struktural iaitu ketidaksamarataan kemajuan antara wilayah (antara
bandar dengan luar bandar) dan juga antara kaum. Keadaan ini berlaku kerana pemain
utama dalam sektor industri ini, terutamanya semasa Tahap Pengasasan dan Tahap
Pemacuan, adalah terdiri daripada imprealis, mekantalis dan kolonis dan British dan
orang Cina. Kedua, ia adalah disebabkan oleh pengasasan dan pemacuannya tertumpu
hanya di bandar-bandar. Kawasan-kawasan tanah strategik yang mempunyai nilai
komersial di bandar-bandar tersebut hanya memiliki oleh orang Cina. Masyarakat watan

51

tidak terlibat dalam keusahawan sektor industri ini kerana sektor ini membangun di
beberapa buah bandar yang memiliki oleh pihak-pihak luar itu. Anak watan tidak tidak
memilki tanah di bandar. Mereka tidak terlibat dalam sistem ekonomi moden berasaskan
laissez-faire. Malah, mereka tidak mempunyai golongan kapitalis (pemodal). Mereka
juga tidak terdedah dengan pengalaman hubungan dalam rangkaian antarabangsa. Mereka
umumnya bermestautin di luar bandar dan secara tertutup dan dalam keadaan
tradisionalisme. Situasi pemisahan secara struktural berterusan dalam masa begitu, dari
sejak akhir abad ke-19 hingga pertengahan tahun-tahun 1950-an meliputi Tahap
Pengasasan dan Tahap Pemacuan. Situasi ini mulai ditangani apabila anak watan
memperoleh pemerintahan-sendiri (diistiharkan secara rasmi pada 31 Ogos 1957). Sejak
itu muncul elit administokrat Melayu yang berada pada commanding position dalam
pemerintahan-sendiri yang telah menjalankan dasar-dasar bagi mempertahankan
kedudukan hak keistimewaan orang Melayu melalui penggubalan Perlembagaan
Persekutuan dengan mengadakan Artikel 153. Seterusnya, pada awal tahun-tahun mereka
mengadakan polisi tindakan afimatif (affirmative actions) melalui pelancaran Dasar
Ekonomi Baru (DEB). Dalam pelaksanaan pembangunan, mereka menggunakan jentera
kerajaan bagi membantu penglibatan orang Melayu dan bumiputera lain. Tindakantindakan tersebut membawa munculnya satu lagi aktor atau pemain dalam industri
pelancongan iaitu kerajaan sendiri. Melalui intervensi kerajaan itu telah membolehkan
anak watan turut pembangunan sektor industri ini. Iktibar daripada perkembangan ini
ialah sama ada mereka digelar masyarakat bermentaliti subsidi mahupun masyarakat
yang memerlukan tongkat dan pihak kerajaan dilabelkan sebagai menjalankan dasar
diskriminasi kaum malah, juga disebut bersikap perkauman namun bukanlah
alasan bagi pihak kerajaan tidak menolong masyarakat watan dalam keusahawan sektor
industri ini. Apa yang jelas terzahir ialah tindakan-tindakan mereka terbukti telah mulai
merombak situasi pemisahan secara struktural itu.

Para Penulis
1. Mohamed Anwar bin Omar Din (Profesor Dato Dr.)
Fakulti Sains Sosial Gunaan
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
52

Gong Badak
21300 Kuala Terengganu
2. Mohd. Zambri b. Jaafar (Profesor Dr.)
UniSZA International Campus
P.O. Box 77, Level 21,
Main Block, Menara Takaful Malaysia,
No. 4, Jalan Sultan Sulaiman,
50000 Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur
3. Zulayti bte Zakaria
Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu
Bahagian Kewangan
Wisma Darul Iman
21300 Kuala Terengganu

53

Rujukan
A Report of the Advisory Panel on Tourism Development in Malaysia. December 1976.
Kuala Lumpur: Ministry of Commerce and Industry.
Ahmad Ibrahim. 1974. Malaysia as a Federation. Journal of Malaysia and Comparative
Law I. Mei. Pp. 1-7.
Ahmad Nazri Abdullah. 1985. Melayu dan tanah: tumpuan khusus kepada Tanah
Simpanan Melayu. Petaling Jaya: Media Intelek.
Akta Galakan Pelaburan 1968. Kuala Lumpur: Kementerian Perdagangan dan
Perindustrian.
Begbie, P. J. 1967. The Malayan Peninsula. Kuala Lumpur: Oxford University Press.
[Ditulis pada tahun 1833; merupakan salah sebuah tulisan objektif yang
terawal mengenai Malaysia dan kawasan-kawasan sekitarnya].
Braddel, R. 1982. The lights of Singapore. Kuala Lumpur: Oxford University Press.
[Originally published in 1933).
Burkart, A. J. and Medlik, S. 1981. Tourism: Past, present and Future. London:
Heinemann.
Cameron, J. 1965. Our tropical possessions in Malayan Indies. London: Oxford
University Press. (Asalnya ditulis pada1860-an. Cameron adalah editor
The Straits Times di Singapura dari 1830-an hingga 1860-an. Tulisan
beliau memberi tumpuan terhadap Singapura, Pulau Pinang dan Melaka
pada masa itu. Pada masa beliau menulis buku ini pentadbiran NegeriNegeri Selat belum lagi dipindah dari Benggala, India ke London1867).
Cardoso, F. H. & Faletto, E. (1979). Dependency and development in Latin Amrica.
University of California Press.
Chew, Sing Buan. 1965, Tourism in Malaya. Unpublished B. A. honours thesis, Faculty
of Economics. University of Malaya, Kuala Lumpur.
Crouch, H. 1996. Government and Society in Malaysia. Cornell: Cornell University
Press.
Department of Tourism Review of Activities. Kuala Lumpur: Department of Tourism,
Ministry of Trade anCommerce. Semuanya dari 1965 hingga 1971.
First Malaysian Plan. 1965. Kuala Lumpur: The Government of Federated of Malaya
Press.Fourth Malaysian Plan. 1981.
Ginsburg, N. and C. F. Roberts. 1958. Malaya. Seattle: University of Washington Press.
Gullick, J. M. 1989. Malay society in the late nineteenth century: the beginnings of
change. Singapore: Oxford University Press.
Gullick, J. M. 2000. A history of Kuala Lumpur, 1857-1939. Kuala Lumpur: MBRAS
Monograph No. 29. [Originally published in 1956].
Hale, A. 1908. Hill-stations and sanitaria. Dalam Wright, A. and H. A. Cartwright
(editors). Twentieth century impression of British Malaya. London:
DLloyd Greater Britain Publishing Company Ltd. Pp. 251-252.
Harrison, C. W. 1911/1923. An illustrated guide to the Federated Malay States.
Singapore: Oxford University Press (Asalnya diterbitkan pada tahun 1911
dan disemak semula oleh pengarangnya pada tahun 1923). (Diterbitkan
semula oleh Oxford University Press pada 1985).
54

Hickling, R.H. 1978. An overview of the Constitutional changes in Malaysia, 1957-1977.


Dalam Mohamed Suffian Hashim, N.P. Lee and F.A. Trinade (eds.).
Development and underdevelopment in Southeast Asia. Ontario: Canadian
Society for Asian Studies. Pp. 198-217.
Innes, E. (Part 2 & 2), 1974. The chersonese with the gilding off. Vols. 1 and 2. Kuala
Lumpur: Oxford University Press. (Asalnya diterbitkan pada tahun 1885).
Jafar Jahari 1983. Anatomy of travel industry. The Cornell H. R. A. Quaterly, May, pp.
71-77.
Johnson, J. 1807. The oriental voyager or description sketches and country remarks on a
voyage to India and China in His Magestys Ship Caroline. London: James
Asperne.
Kadir Haji Din. 1990. Bumiputra Entrepreneurship in the Penang and Langkawi Tourist
Industry. Honolulu: University of Hawaii. Unpublished PhD thesis.
Keaughran, T.J. 1887. Picturesque and Busy Singapore. Singapore: Straits Times.
Khoo, Kay Kim. 1972. The western Malay States 1850-1873: the effects of commercial
development on Malay politics. Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Kirkup, J. 1963. Tropic tempera memoir of Malaya. London: Collins [dalam Gullick
1993. pp. 103-104].
Lanfant, M-F. 1993. Methodological and conceptual issues raised by the study of
international tourism: a test for sociology. Dalam D.G. Pearce and R.W.
Butler (eds.). Tourism Research. Critiques and Challenges. London:
Routledge. pp.70-87.
Lennon, W. C. 1965. Journal of a voyage through the Straits of Malacca on an expedition
to the Molucca Islands under command of Admiral Rainier. JBRAS. No. 7
(reprint 1881). London: Kraus Ltd. Vadus. Pp 51-74.
Lim, Heng Kow. 1978. The evolution of the urban system in Malaya. Kuala Lumpur:
Penerbit Universiti Malaya.
Malaysian Business: Tourism Heading for a Slump 1 December 1984; Terengganu
Quiet Development of a Tourist Haven 1 Febuary, 1985; In Need of
Tour de Force 1 Febuary, 1985; Directory Sans Co-ordination 1
Febuary, 1985; Hotel & Tour Agencies, Bull Chasers and Cowed Looks
1 Febuary, 1985; Direct Sans Co-ordiation 1 Febuary 1985.
Mathieson A. and Wall, G. 1982. Tourism: Economic, Physical and Social Impacts.
London: Longman.
Maxwell, W. E. 1885. Notes and Queries. JBRAS, Vol. 15.
Means, G. P. 1976. Malaysian politics. London: Hodder & Stouhgton.
Mohamed Salleh Abbas. 1968. Prinsip Perlembagaan dan Pemerentahan Di-Malaysia.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohamed Suffian Hashim. 1976. An Introduction to the Constitution of Malaysia. Kuala
Lumpur: Jabatan Percetakan Negara.
Mohamed Suffian, Lee H. P. dan F. A. Trindade (penyelenggara). 1984. Perlembagaan
Persekutuan Malaysia: Perkembangannya, 1957-1977. Kuala Lumpur:
Penerbit Fajar Bakti.
Mohars Commission Report. 1968. Kuala Lumpur: Ministry of Commerce and Industry.
Ness, G.D. 1965. Modernization and indigenous control bureaucracy in Malaysia. Dalam
Asian survey. Vol. 5, No. 9. Pp. 467-473.

55

Nicol, G. 1977. Malaysia and Singapore. London: B. T. Batsford Ltd.


Pemple, J. 1987. The Mediterranean passion: Victorians and Edwardians in the South.
Oxford: Oxford University Press.
Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia (PKPM)
Purcell, V. 1957. After Merdeka: the Constitutional outlook in Malaya. Dalam
Parliamentary Affairs, Vol. 10, No. 4 (August). Pp. 390-402.
Puthucheamy, M. 1978. The politic of administration: the Malaysia experience. Kuala
Lumpur: Oxford University Press.
Rancangan Malaysia. Kedua hingga Kelapan.
Ratnam, K. J. 1967. Communalism and the political process in Malaya. Kuala Lumpur:
University of Malaya Press.
Reith, G.M. & Walter Makepeace (Editor). 1986 (asal diterbitkan pada 1892). Handbook
to Singapore. Australia and New Zealand : Oxford University Press.
Rekod di ROC, 2001 (Kajian lapangan pada tahun 2001).
Rostow, W. W. 1960. The stages of economic growth. Cambridge: Cambridge University
Press
Sheridan, L.A. 1964. Constitutional problems of Malaysia. Dalam International and
comparative law quarterly, Vol. 13, No. 4. Pp. 1361-1379.
Stockwell, A. J. 1993. Early tourism in Malaya. In M. Hitchcock, V. King and M. J. G. Parnvell
(eds.). Tourism in South-East Asia. London and New York: Routledge.

Sutton, W. A. 1967. Travel and understanding: Notes on the social structure of touring.
International Journal of Comparative Sociology 8: 218-213.
Swettenham, F. A. 1948. British Malaya: an account of the origin and progress of British
influence in Malaya. London: Allen and Unwin. [Asal ditulis pada tahun
1906]
Syed Abdul Rasyid. 1982. A strategy study of bumiputra participation in the hotel
industry in Peninsula Malaysia. Thesis in partial fulfillment of Master
Degree in Management in Asian Institute of Management, Manila.
Tabung Pelaburan Baru 1986. Kuala Lumpur: Kementerian Perdagangan dan Industri.
Telephone Directory 1939 dan 1950-an
TMRA (Tourism in Malaysia: Review of Activities). Dari 1967 hingga 1972. Kuala
Lumpur. Department of Tourism, Ministry of Commerce and Industry.
Turnbull, C. M. 1977. A history of Singapore. Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Ucapan-Ucapan Tun Haji Abdul Razak Bin Hussein, 1975. Kuala Lumpur: Arkibt Negara
Malaysia.
Vasil, R.K. 1985. Alliance. Dalam Harushiro Fukui (ed.). Political parties of Asia and the
Pacific. Westport: Greenwood Press. Pp. 705-726.
Wallerstein, I. (2004). World-systems analysis: an introduction (5. print. ed.). Durham:
Duke University Press.
Wright, A. 1908a. The Straits Settlements. Dalam Wright, A. and H. A. Cartwright
(editors). Twentieth century impression of British Malaya. London:
DLloyd Greater Britain Publishing Company Ltd. Pp. 13-73.
Wright, A. and H. A. Cartwright (editors). 1908. Twentieth century impression of British
Malaya. London: DLloyd Greater Britain Publishing Company Ltd.

56

Surat khabar
The Straits Times, 1887.
The Government Gazette, 19 March 1806.
The Government Gazette, 16 August 1806.
Singapore Chronicle, 26 April 1827.
The Star, 19 April 1984.
New Straits Times, 5 January 1985.
New Straits Times, 7 June 1985.
New Straits Times, 24 Jun 1985.
New Straits Times, 27 June 1987.
The British North Borneo Herald and Official Gazette, 16 February 1900.
The Straits Times and Singapore Journal of Commerce, 30 September 1845.
The Straits Times and Singapore Journal of Commerce, 14 October 1845.

57

You might also like