You are on page 1of 19

1.

0 PENGENALAN
Pengenalan Akta Warisan Kebangsaan 2005 dikenali sebagai Akta Warisan Kebangsaan yang
meliputi warisan budaya yang dipecahkan kepada Warisan Ketara (tangible) dan Warisan Tidak
Ketara (intangible), warisan semula jadi serta warisan Budaya Bawah Air. Jelasnya Akta ini
telah merangkumi semua perkara perundangan yang berkaitan dengan pemuliharaan. Sebelum
penubuhan Akta Warisan Kebangsaan 2005, pihak Kerajaan Perseketuan amat bergantung pada
Akta

Bendapurba

1976

(Akta

168)

dan

Akta

Harta

Karun

1957

(Akta

542).

Walaubagaimanapun, Akta Bendapurba 1976 (Akta 168) hanya untuk melindungi dan
memulihara warisan negara, tidak termasuk aspek-aspek Ketara (tangible) dan Tidak-Ketara
(intangible). Akta Harta Karun 1957 (Akta 542) pula hanya terhad kepada harta karun.
Selain itu, penggunaan Akta-Akta tersebut menyebabkan wujudnya pertindihan kuasa
antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri. Hal ini menimbulkan kesukaran pihak Kerajaan
Persekutuan untuk melakukan kerja-kerja pemuliharaan warisan budaya lantaran terbatasnya
bidang kuasa itu. Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri pula tidak mempunyai kepakaran
dalam bidang pemuliharaan. Namun dengan tertubuhnya Akta Warisan Kebangsaan, bidang
kuasa kedua pihak kerajaan ini dapat diuruskan secara bersama. Ini bermakna Akta ini bersifat
saling melengkapi yang memperkukuhkan tetapi tidak menghapuskan perundangan sedia ada
berkaitan warisandan kuasa-kuasa yang ada pada Kerajaan Negeri, kecuali Akta Bendapurba
1976 (Akta 168) dan Akta Harta Karun 1957 (Akta 542).
Penggubalan Akta Warisan Kebangsaan 2005 telah membawa tertubuhnya Jabatan
Warisan Malaysia (JWN) pada tahun 2007 yang merupakan badan tertinggi dan paling berkuasa
dalam hal-ehwal perlindungan dan pemuliharaan warisan negara. Hasil kerjasama dan dedikasi
setiap warga JWN, pelbagai kejayaan telah dicapai antaranya kejayaan Malaysia menganggotai
World Heritage Committee1. Penubuhan Jabatan Warisan Malaysia menyebabkan wujud dua
buah agensi yang berpecah-pecah di mana Jabatan Warisan Malaysia dan Muzium Negara (dan
bahagian-bahagian di bawahnya terutamanya Muzium dan Antikuiti) masing-masing mempunyai
jentera, mekanisme, kepakaran, kakitangan dan dana tersendiri.

Elviza Marjali. 2012. Kolokium Sejarah Malaysia.Anjung Warisan. Bil :18.

Edward B. Tylor(1871) menjelaskan definisi kebudayaan dengan menyatakan:


Kebudayaan atau peradaban adalah suatu keseluruhan kompleks yang meliputi pengetahuan,
kepercayaan, peraturan (kemasyarakatan), undang-undang (kemasyarakatan), adat resam,
tabiat, kesenian, keupayaan dan kebiasaan lainnya yang dipelajari oleh manusia sebagai
anggota masyarakat2.
Warisan adalah bermaksud aspek-aspek sejarah dan peninggalan lama yang berkaitan
dengan sesuatu yang diterima secara turun temurun oleh seseorang dan sesuatu kelompok
masyarakat daripada generasi yang terdahulu. Kajian ini akan memfokuskan kepada warisan
kebudayaan yang dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu Warisan Ketara (tangible
heritage) dan Warisan Tidak Ketara (intangible heritage)3. Ketua Pengarah JWN, Profesor
Emeritus Datuk Siti Zuraina Abdul Majid berkata menerusi keanggotaan dalam UNESCO Kita
sebenarnya dididik dengan pelbagai jenis Warisan Tidak Ketaradalam diri kita ini sudah ada
budaya, nilai budi, adat dan bahasa yang menjadi sebahagian daripada warisan..

2.0 PENGKELASAN SEJARAH WARISAN DAN KEPENTINGANNYA


2.1 Warisan Ketara (Tangible Heritage)
Warisan kebiasaannya terdiri daripada perkara-perkara dalam persekitaran semulajadi dan
budaya sekeliling yang diwarisi daripada generasi sebelumnya atau kadang-kadang dicipta oleh
generasi semasa yang begitu penting untuk disampaikan pada generasi akan datang. Warisan
adalah satu proses pemilihan kerana bukan segalanya daripada warisan boleh dianggap satu dan
sama dalam sejarah. Tujuan perlindungan warisan adalah untuk melihat kepada nilai-nilai yang
kukuh dalam keadaan yang asli sebagaimana yang dapat dilihat kepada Warisan Ketara atau juga
dikenali sebagai Tangible Heritage.4 Berdasarkan Konvensyen Warisan Ketara, klasifikasi
terhadap Warisan Ketara disifatkan sebagai stabil, statik, mempunyai nilai-nilai hakiki dan tulen.
Konvensyen Warisan Ketara dilaksanakan sebagai lanjutan kepada penganjuran Konvensyen
2

Tylor, E.B., The Origin of Culture, New York, Harper Torchbooks, 1958.
Dalam Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan, 2004-2007, Prestasi Kementerian Kebudayaan, Kesenian
dan Warisan, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
4
Helaine Silverman, D. Fairchild Ruggles, Cultural Heritage and Human Rights, Springer Science + Business
Media, LLC, New York, 2007, Hlm. 35.
3

Kebudayaan Warisan Ketara pada tahun 1972. Hasil daripada Konvensyen Kebudayaan Warisan
Ketara tersebut telah menyenaraikan empat komponen yang dianggap sebagai tulen dalam
Warisan Ketara iaitu kesahihan dalam bahan-bahan berasaskan nilai-nilai fizikal atau kesetiaan
kepada objek, kesahihan dalam mutu kerja, kesahihan dalam reka bentuk dan juga kesahihan
dalam konteks atau kesetiaan kepada konteks.5
Berdasarkan Laporan Prestasi Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan pada
tahun 2004-2007, Warisan Ketara merujuk kepada sebagai sesuatu yang kekal dilihat dan
dipegang sama ada statik atau mudah alih. Perkara yang dikategorikan sebagai statik merujuk
kepada tanah bersejarah, monumen, bangunan atau sesuatu yang tidak boleh dipindahkan yang
meliputi tapak tanah bersejarah misalnya Lembah Bujang, Pusat Bandar Lama Melaka dan
Kawasan Perlombongan Sungai Lembing. Selain itu, ia juga meliputi monumen atau bangunan
seperti istana, kubu, makam dan menara serta merangkumi alam semulajadi seperti hutan,
gunung, gua, sungai, flora dan fauna. Bagi perkara yang dikategorikan sebagai mudah alih pula
merujuk kepada artifak-artifak bahan kebudayaan yang boleh dipindahkan termasuklah batu
nisan, tekstil, ukiran kayu manik dan manuskrip.6
Warisan Ketara kebiasaannya dipertahankan oleh kurator muzium dan seolah-olah
menjadi keutamaan dalam wacana akademik walaupun terdapat penghujahan bahawa terdapat
nilai-nilai Warisan Tidak Ketara kepada objek budaya untuk menonjolkan nilai-nilai tersebut
berguna bagi meningkatkan penghargaan kepada objek tertentu. Ini menyifatkan terdapatnya
nilai instrumental kepada unsur-unsur Warisan Tidak Ketara dalam manifestasi warisan budaya
tetapi ia tidak semestinya menjadikan elemen-elemen tersebut sebagai nilai utama dalam
melaksanakan pemuliharaan warisan seperti yang dilakukan terhadap Warisan Ketara. Tambahan
pula Warisan Ketara dalam sebarang bentuk hanya boleh berurusan dengan warisan yang hidup
kerana ia mampu merujuk kepada budaya yang tidak lagi wujud dan kerana itulah Warisan
Ketara dapat menggambarkan warisan keseluruhan yang lebih meyakinkan dan berkuasa.7

Susan Petrilli, Athanor (2006-2007) : Volume 10, Meltemi Editore Srl, 2007, Hlm. 226.
Mohamad Anwar Omar Din, Jurnal Aswara : Pembangunan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan : Beberapa Fakta
yang Tidak Dicatat dalam Laporan Rasmi, Pembangunan Kebudayaan, Kesenian & Warisan, Kuala Lumpur, 2009,
Hlm. 23-24.
7
Lucas Lixinski, Intangible Cultural Heritage in International Law, Oxford University Press, United Kingdom,
2013, Hlm. 20-21.
6

Selain itu, dalam pemuliharaan Leksikon juga menggunakan istilah Warisan Ketara
untuk pembinaan lokasi semulajadi. Pembahagian elemen warisan dalam menentukan Warisan
Ketara dan Tidak Ketara adalah perkara yang bermasalah terutamanya berkenaan pembinaan
tempat, lokasi semulajadi, artifak dan amalan budaya yang dilihat sebagai warisan yang
mempunyai kedua-dua unsur ini. Namun begitu, mengikut teori keupayaan imej, Warisan Ketara
merupakan dimensi tempat bersejarah melalui fabrik yang digunakan, tempat-tempat bersejarah,
amalan budaya dan artifak.8 Menurut Deacon yang merupakan seorang pemerhati warisan dunia
Selatan Afrika di kawasan Robben Island, tiada warisan yang tidak mempunyai nilai-nilai
Warisan Ketara walaupun pada hakikatnya, Warisan Ketara hanya boleh ditafsirkan melalui
Warisan Tidak Ketara.9 Namun begitu, nilai Warisan Tidak Ketara hanya boleh diungkapkan
kerana elemen yang terdapat pada Warisan Ketara dan hubungan antara kedua-dua warisan ini
telah diterokai dalam konteks objek budaya dan peranan muzium dalam pemeliharaan Warisan
Ketara dan Tidak Ketara ini.10 Oleh itu, semua Warisan Ketara mempunyai nilai-nilai Tidak
Ketara yang dikaitkan dengan mereka, tetapi tidak semua Warisan Tidak Ketara mempunyai
bentuk Ketara dan Warisan Ketara ini sangat menarik kerana mempunyai bentuk yang dapat
dibezakan serta memudahkannya untuk dikenali.11
Amalan pengurusan dan pemuliharaan yang cuba untuk mengekalkan sebagaimana
dijumpai barangan atau tempat yang mempunyai nilai Warisan Ketara merupakan satu proses
budaya untuk mencipta makna baru terhadap Warisan Ketara dibawah jagaannya. Pembuatan
makna ini dijalankan di beberapa peringkat samaada di peringkat antarabangsa melalui
pembinaan Senarai Warisan Dunia, peringkat Kebangsaan melalui pemeliharaan, pameran serta
promosi warisan dan dilaksanakan dalam pelbagai cara di peringkat komuniti.12 Ciri-ciri visual
yang terdapat dalam landskap budaya seperti bangunan awam, monumen, plak, grafiti dan namanama jalan mempunyai penonjolan terhadap ciri-ciri Warisan Ketara. Oleh itu, benda-benda
sebegini akan dianggap sebagai ikon identiti dan mempunyai nilai sejarah. Tambahan pula,
landskap budaya itu sendiri adalah sumber asas untuk memahami sambungan kompleks antara
8

Kapila D. Silva, Neel Kamal Chapagain, Asian Heritage Management : Contexts, Concerns and Prospects,
Routledge, New York, 2013, Hlm. 331.
9
Brian Graham, Peter Howard, The Ashagate Research Companion to Heritage & Identity, Ashagate Publishing
Limited, England, 2008, Hlm. 4.
10
Ibid.
11
Laurajane Smith, Natsuko Akagawa, Intangible Heritage, Routledge, New York, 2009, Hlm. 210.
12
Laurajane Smith, Uses of Heritage, Routledge, New York, 2006, Hlm. 275.

warisan, memori dan identiti. Misalnya warisan sastera yang merupakan salah satu jenis Warisan
Ketara yang menyediakan gambaran fizikal bagi perkara-perkara dari masa lalu yang berbincang
mengenai gambaran tempat, rasa kekitaan dan kemasyarakatan.13
Walaupun sumber budaya dan harta Warisan Ketara ini boleh ditiru, dipalsukan atau
dibina semula menggunakan bahan-bahan yang baru, tetapi entiti fizikal mereka tidak boleh
dipalsukan dan pada masa yang sama jelas menunjukkan bahawa warisan tersebut adalah dari
masa lalu yang masih kekal pada masa sekarang. Hal ini demikian kerana pemahaman kita
terhadap gambaran Warisan Ketara itu sendiri dapat ditentukan oleh maklumat luaran sumbersumber itu sendiri dengan bukti-bukti yang dijumpai.14 Antara senarai Warisan Kebudayaan
Ketara ialah Tapak Warisan Kebudayaan, Bandar atau Kota Bersejarah, Landskap Kebudayaan,
Tapak Suci Semulajadi, Warisan Kebudayaan Mudah Alih, Warisan Kebudayaan dalam Air,
Warisan Sinematografi, Muzium, Kraftangan, Warisan Dokumentari dan Digital, Tradisi Lisan,
Bahasa, Acara Perayaan, Ritual dan Kepercayaan, Muzik dan Lagu, Seni Persembahan,
Perubatan Tradisional, Sastera, Tradisi Makanan serta Sukan dan Permainan.15

2.1.1 Kepentingan Warisan Ketara


Warisan umumnya dikatakan sebagai sesuatu yang diwarisi daripada generasi yang terdahulu.
Warisan menjadi khazanah negara yang pernah atau sedang dimiliki oleh seseorang atau suatu
kelompok masyarakat atau manusia sejagat yang menjadi tanggungjawab bersama untuk
dilindungi dan dikekalkan. Warisan adalah ilmu, pengetahuan dan juga kepakaran yang
diwariskan kepada kita melalui cara hidup, dan menggambarkan memori seluruh hidup
masyarakat serta melambangkan ketamadunan sesuatu masyarakat itu. Warisan yang dipecahkan
kepada dua kategori ini mempunyai signifikannya tersendiri untuk dijaga dan dipelihara oleh
masyarakat. Dalam mengekalkan warisan ini, pelbagai langkah terus dijalankan. Warisan Ketara
yang melibatkan artifak yang nyata atau bangunan tinggalan yang bersejarah wajar dijaga dan

13

Ibid., Hlm. 40.


Henry Cleere, Approaches to the Archeological Heritage, Cambridge University Press, New York, 1984, Hlm. 45.
15
Ibid., Hlm.23-24.
14

amat penting kerana ia merupakan nilai sejarah yang tak ternilai dan merupakan warisan
tinggalan untuk dijadikan pengajaran kepada generasi akan datang.
Dalam menjaga dan memastikan Warisan Ketara/Warisan Nyata ini terus terpelihara,
banyak usaha pemuliharaan telah dijalankan. Pemuliharaan ini adalah suatu tindakan yang
dilakukan ke atas sesebuah bangunan bersejarah dan memberi makna kepada negara bertujuan
untuk memulihara dan mengelak kerosakan dari berlaku dengan melakukan pelbagai cara dan
seterusnya memanjangkan usia bangunan bersejarah berkenaan. Terdapat kepentingan untuk
terus memulihara khazanah negara yang nyata ini di mana bangunan bersejarah ini merupakan
sebahagian daripada alam bina yang wajar dikekalkan. Bangunan warisan ini patut dikekalkan
untuk tatapan dan pengetahuan sejarah generasi akan datang. Untuk mengekalkan bangunan
warisan ini, ianya perlulah melalui proses pemuliharaan secara menyeluruh. Pemuliharaan yang
dimaksudkan adalah satu proses kerja membaik pulih dan memulihara bangunan dengan
seboleh-bolehnya mengekalkan seni bina dan bahan binaan asal bangunan warisan tersebut.
Menurut Robiah Abdul Rashid (2010), aset yang paling bernilai bagi sesebuah negara adalah
stok bangunan. Selain daripada nilai kewangan, bangunan lama di dalam sesebuah negara turut
menjadi warisan negara dan ia seharusnya dikekalkan untuk generasi akan datang. Walau
bagaimanapun, tiada sebarang bangunan yang bebas daripada menghadapi kerosakan akibat
faktor masa dan cuaca.
Menurut Powell, bangunan-bangunan lama merupakan suatu warisan yang mempunyai
nilai tersirat dan juga tersurat. Bangunan-bangunan ini boleh dilihat dan disentuh walaupun
sekecil artifak dan seterusnya dapat dihayati dengan penuh bermakna. Ia mempunyai nilai yang
saling berkait dengan budaya hidup penghuni ini atau secara tidak langsung ia membentuk alam
persekitaran bandar yang bermakna dari segi fungsi fizikal dan kepentingan kebudayaan
masyarakat. Selain itu juga, Akta Benda Purba menjelaskan bahawa kerja-kerja pemuliharaan
termasuk mengawal, memulihara, menyelidik dan melindungi monumen-monumen lama dan
tapak sejarah adalah penting dan menjadi sumber kajian budaya dan warisan. Semua bahan
sejarah seperti bangunan dan juga sebagai bahan-bahan bukti sejarah. Peninggalan sejarah dari
zaman kesultanan melayu seperti istana, rumah pembesar, dan masjid mahupun peninggalan dari
penjajah barat seperti kota, menara jam dan bangunan-bangunan institusi dapat mengimbas
kembali era dan detik-detik sejarah yamg dialami negara.
6

A.Ghafar Ahmad berpendapat bahawa bangunan lama dapat berfungsi sebagai bukti
kepada sesuatu era atau peristiwa bersejarah. Warisan nyata juga mempunyai kepentingan di
mana ia mempunyai nilai-nilai seni bina. Contohnya bangunan-bangunan lama termasuk rumahrumah tradisional melayu yang diperbuat daripada kayu mempunyai ciri-ciri reka bentuk yang
unik. Ada bangunan yang masih tegap dan kukuh walaupun berusia lebih 80 tahun. Rumahrumah tradisional Melayu yang terdapat di Melaka, Terengganu, Perak, Selangor, serta Kelantan
mempunyai nilai-nilai seni ukir yang tinggi dan berkualiti. Usaha dan kemahiran tukang-tukang
rumah dan pengukir kayu tidak akan sia-sia sekiranya generasi muda mengambil inisiatif untuk
menghargai dan belajar agar kesinambungan warisan negara dapat diteruskan. Powell juga
berpendapat bahawa bangunan-bangunan warisan mempunyai keunikan dan keistimewaan yang
tersendiri dari segi gaya seni bina. Contohnya, bangunan tinggalan penjajah yang mempunyai
ciri-ciri dari Inggeris dan mempunyai unsur-unsur teknologi. Perkembangan dan kemajuan seni
bina yang telah berlaku ini adalah satu catatan kemajuan yang telah dikekalkan demi
perkembangan bidang ini di masa akan datang.
Dari sudut pelancongan pula, pemuliharaan bangunan-bangunan lama bersejarah di
dalam bandar pada masa kini boleh dianggap sebagai salah satu industri atau bidang yang
menyumbang kepada ekonomi sesebuah negara khususnya dalam sektor pelancongan. Warisan
sejarah yang nyata seperti bangunan dan tapak fizikal merupakan salah satu elemen penting
dalam pembentukan produk pelancongan sesebuah negara. Ini dapat dilihat dengan trend atau
tarikan masa kini yang mana sesebuah negara itu menjadi lebih dikenali melalui mercu tanda
atau monumen warisan yang masih kekal. Bangunan-bangunan lama contohnya juga boleh
diubahsuai untuk dijadikan muzium, galeri seni lukisan, restoran, tempat penginapan dan pusat
pelancongan. Fenomena ini sudah menjadi perkara biasa bagi negara-negara di Eropah seperti
Perancis, Venice dan Pisa di Itali dan Amsterdam di Belanda telah berjaya memulihara dan
melindungi bangunan warisan mereka dengan baik. Usaha ini telah berjaya menarik ramai
pelancong dari seluruh dunia untuk berkunjung dan dapat memberi sumbangan ekonomi kepada
negara. Selain dari menikmati keindahan alam semula jadi Malaysia, para pelancong boleh
melawat ke beberapa bangunan warisan selain daripada artifak-artifak di dalam muzium dan
galeri seni lukis. Pemuliharaan bangunan warisan secara tidak langsung dapat menyokong
industri pelancongan warisan negara.

Selain itu, bangunan dan monumen lama juga boleh memainkan peranan yang penting di
dalam pendidikan masyarakat Malaysia khususnya para pelajar dan penyelidik. Pelbagai ilmu
boleh dipelajari dengan memahami dan mengkaji bangunan warisan. Contohnya, dengan
terdapatnya bangunan-bangunan lama dan pancutan air Horse di sekitar Dataran Merdeka dan
Masjid Jamek (1909) di pertemuan Sungai Gombak dan Sungai Klang di Kuala Lumpur,
seseorang dapat mengetahui bukan sahaja kepentingan Kuala Lumpur di era kolonial British
tetapi kehidupan dan kebudayaan masyarakat penjajah dan tempatan pada ketika itu. Bangunan
Kelab Diraja Selangor (1890) dan Padang (Dataran Merdeka) telah dibina bagi kemudahan sosial
dan rekreasi khasnya kepada rakyat British dan Eropah yang berkhidmat di Tanah Melayu pada
akhir abad ke-19.
Menurut A.Gafar Ahmad (2010) pemuliharaan bangunan warisan amat penting di dalam
pembentukan minda generasi muda negara terutamanya ke arah penghayatan warisan dan
khazanah negara. Bangunan warisan merupakan aset negara yang patut dipelihara dan diwarisi
dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Dengan terdapatnya bangunan warisan ini, generasi
muda akan lebih menghargai dan peka kepada perkembangan sejarah negara. Ini akan
membentuk sebuah masyarakat yang sensitif terhadap sebarang pencerobohan dan pemusnahan
terhadap bangunan dan monumen bersejarah. Walaupun kesedaran tentang pemuliharaan
bangunan dalam kalangan masyarakat Malaysia masih berada di peringkat sederhana, adalah
penting bagi usaha-usaha ini diberikan keutamaan sebelum warisan dan khazanah negara lenyap
dibawa arus pembangunan moden. Pelbagai langkah boleh dilakukan untuk menyelamatkan
bangunan dan monumen daripada perobohan dan pemusnahan. Dalam usaha melakukan kerjakerja pemuliharaan memahami prinsip kerja dan rangka kerja pemuliharaan bangunan terlebih
dahulu.

2.2 Warisan Tidak Ketara (Intangible heritage)


Intangible adalah satu aset yang tidak fizikal di alam dunia.Warisan Tidak Ketara merupakan
ilmu dan kepakaran, tradisi lisan yang ditafsir melalui bahasa, sastera, kepercayaan, muzik, adat
resam dan sebagainya. Contoh Warisan Tidak Ketara seperti acara perayaan, ritual dan
kepercayaan, seni persembahan, seni tampak, seni perubatan tradisional, sukan dan permainan
tradisional. Intangible menjadi lambang kebudayaan spiritual dan pada masa yang sama dikongsi
oleh seluruh manusia. Pada zaman globalisasi kini, berlangsung pelbagai perbincangan aktif
dalam kalangan masyarakat dunia kepada pengiktirafan kepelbagaian budaya. Umumnya,
kepentingan memelihara dan meningkatkan Warisan Kebudayaan Tidak Ketara yang
mengandungi akar identiti budaya turut mendapat perhatian seantero dunia.

2.2.1 Bahasa
Convention UNESCO Safeguarding Intangible Cultural Heritage (2003) menyatakan warisan
Intangible antaranya ialah tradisi lisan dan ungkapan, termasuk bahasa sebagai Warisan
Kebudayaan Tidak Ketara. Tradisi lisan dan domain ungkapan-ungkapan merangkumi pelbagai
jenis bentuk lisan termasuk pepatah, cerita, puisi kanak-kanak, legenda, mitos, lagu-lagu epik
dan sajak, tarikan, solat, mentera, lagu, persembahan dramatik dan banyak lagi. Tradisi lisan dan
ungkapan digunakan untuk menyampaikan pengetahuan, nilai sosial dan kebudayaan dan ingatan
kolektif. Idea mencipta bahasa satu atlas dunia (satu projek mengekalkan bahasa), telah
diusahakan oleh negara Jepun apabila muncul berbagai rancangan tersendiri bagi mengekalkan
warisan kebudayaan tidak ketara ini.
Projek-projek mereka meliputi warisan seperti pengawetan teater Sanskrit Kutiyattam di
India dan membuat kain kulit kayu di Uganda. Jepun telah mengambil idea dari penciptaan
Safeguarding Intangible Cultural Heritage. Malahan, ia juga menyokong pembangunan institusi
tempatan untuk menjaga warisan bahasa di Oceania, sebuah rantau yang kaya dengan Intangible
Cultural Heritage, di samping menggalakkan negara itu menyertai Convention. Pada masa akan
datang, Jepun bercadang untuk menjalankan projek membantu States yang telah menandatangani
perlaksanaan Convention sepenuhnya. Intangible Cultural Heritage yang menitikberatkan usaha9

usaha pemuliharaan sering diwarisi oleh minoriti Jepun dalam kerjasama dengan UNESCO bagi
menghormati harapan semua negara yang terlibat. Usaha ini bertujuan untuk menghidupkan
kelangsungan Intangible Cultural Heritage di masa hadapan.
Umumnya, masyarakat yang mempersembahkan tradisi lisan ialah penduduk yang amat
khusus dan komunitinya merupakan penghibur profesional kerana mendapat banyak perhatian
serta ingatannya yang luas. Tanggal 31 Oktober 2012, Bahagian Warisan Tidak Ketara telah
menganjurkan program Penghayatan Cerita Rakyat bersempena dengan Bulan Bahasa bertempat
di Taman Budaya Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Kuala Lumpur. Jelas kepentingan
program ini dijalankan dengan tujuan bagi mengumpul beberapa penggiat cerita tradisi lisan dari
seluruh Semenanjung yang semakin berkurangan. Ianya memberi peluang kepada penggiat seni
untuk mengetengahkan Cerita Rakyat sebagai genre Sastera Rakyat dalam kalangan masyarakat
Melayu yang perlu diwarisi. Selain itu, cerita-cerita yang dibawa juga turut menonjolkan
perbezaan dari segi dialek mengikut negeri seperti Pak Kadok, Sang Kancil, Pak Belalang,
Lagenda Puteri Gunung Ledang antara contoh cerita rakyat berbentuk prosa. Program ini
mendapat liputan yang baik dari RTM untuk siaran berita dan telah dibuat rakaman untuk
program terbitan RTM kelak, selain didokumentasikan oleh Jabatan Warisan Negara sendiri16.
Tambahan, fungsi Lagu Rakyat dapat memberi kesedaran kepada manusia akan kepentingan
mengekalkan dan memeliharanya agar warisan negara ini akan terus kekal sepanjang zaman
seperti Puteri Wanangseri, Angin dan Bangun Pagi-pagi. Selain itu, persembahan penglipurlara
pula bukan sahaja sebagai wadah hiburan, malah ia merupakan landasan mewujudkan perpaduan
antara kaum melalui sikap penerimaan kesenian dan budaya kaum lain agar matlamat 1 Malaysia
dapat dicapai sepenuhnya. Seni persembahan penglipurlara ini turut berkepentingan menjadi
medium penyampaian pengetahuan terhadap pelestarian warisan bahasa tanpa mengira usia,
bangsa dan kaum. Tambahan, memberi penekanan kepada kepentingan memelihara dan
memulihara warisan tradisi di samping mampu memberikan impak yang besar kepada idea
membina negara bangsa melalui bahasa dan sastera kebangsaan.
Di samping itu, Bahagian Warisan Tidak Ketara ini turut menganjurkan Program Bicara
Warisan Puisi Melayu pada 30 Oktober 2012 untuk melaksanakan pengembangan Warisan Tidak
16

Elviza Marjali. 2013. Program Penghayatan Cerita Rakyat. Anjung Warisan. Bil : 20.

10

Ketara khususnya dalam bidang bahasa dan persuratan. Kepentingan program sebegini bagi
mengangkat dan memulihara Puisi Melayu Tradisional sebagai medium hiburan tradisi yang
diwarisi agar tidak pupus dan menjamin kelangsungan puisi sebagai Warisan Tidak Ketara dalam
menggalakkan penerbitan puisi sebagai bahan rujukan17. Manakala penyair dan tukang-tukang
cerita di persatuan-persatuan bukan Barat, seperti Griots (atau Jeli/Jali, seorang ahli sejarah
Afrika Barat yang menghantar seorang penyair, penyanyi, dan pemuzik terbiar) terkenal dari
Afrika, malah ada satu tradisi lisan yang kaya di Eropah dan Amerika Utara. Di Jerman dan AS,
misalnya, terdapat beratus-ratus tukang cerita profesional kerana mereka mengamalkan tradisi
lisan dan sering memberi signifikan ungkapan yang berbeza.
2.2.2 Seni Persembahan
Seni persembahan pernah mewakili cara kehidupan suatu komuniti pada suatu ketika dahulu
merangkumi irama dan muzik instrumental, tarian dan teater yang mencerminkan pelbagai
ekspresi dan kreativiti manusia. Muzik menjadi universal daripada seni persembahan yang
ditemui dalam setiap masyarakat, sebagai satu elemen penting dan domain-domain yang
mempamerkan warisan kebudayaan, ritual, acara meriah atau tradisi lisan. Misalnya, di
Terengganu terdapat persembahan Ulek Mayang dalam kalangan masyarakat nelayan di sekitar
Marang, Dungun dan Cukai (Kemaman). Selain itu di Negeri Sembilan terdapat Pesta Adat
Pepatih yang diadakan di Seri Menanti dan di Johor masih terdapat persembahan ghazal, kuda
kepang, hamdolok di Muar, Batu Pahat dan Pontian sementara di Perak masih ada persembahan
rodat.
Pergerakan-pergerakan berirama, langkah dan gerak isyarat tarian menyatakan satu
sentimen atau suasana untuk menjelaskan satu acara tertentu bagi menggambarkan perbuatan
harian yang mewakili pemburuan, keagamaan atau peperangan. Misalnya di Melaka masih
terdapat kumpulan Dongdang Sayang yang mengadakan persembahan dalam kehidupan
seharian. Seterusnya, Tarian Randai yang diwarisi oleh masyarakat etnik Minangkabau di
Kampung Gagu Jelebu, Negeri Sembilan18. Selain itu, Tarian Piring sebuah mitos tarian yang
17

Ibid.
Prof Madya Mohd Khalil Amran & Nurul Shima bt. Taharuddin, Kajian Antropologi Budaya dan Kesenian : Kajian
Kebudayaan dan Kesenian Etnik Minangkabau di Kampung Gagu Jelebu Negeri Sembilan, Jabatan Tahun Satu,
Perak, Universiti Teknologi Mara.
18

11

berasal dari kayangan masih lagi wujud hingga kini yang ditarikan oleh wanita-wanita cantik
yang menghidangkan makanan kepada dewa dengan lenggok tari yang lemah gemalai dan
mengasyikkan.
Pementasan teater tradisional biasanya menggabungkan seni lakonan, menyanyi, menari dan
muzik, dialog, penceritaan atau pembacaan, tetapi boleh juga termasuk seni patung atau
pantomim. Misalnya, Pementasan Tun Fatimah Srikandi Melaka yang berlangsung selama 3 hari
iaitu pada 1 hingga 3 Disember 2009 yang dianjurkan oleh JWN yang bermatlamat untuk
mengangkat nilai estetika serta nilai keaslian sesuatu seni dan budaya ke tahap yang lebih tinggi.
Tujuan tersirat pula memasyarakatkan bangsawan dan mendidik masyarakat mencintai budaya
warisan sendiri19. Sehubungan itu, kepentingan Warisan Tidak Ketara ini mewarnai corak
sesebuah kebudayaan masyarakat menerusi seni persembahan yang ditonjolkan. Persembahanpersembahan di pelbagai negeri ini disajikan dalam majlis-majlis perkahwinan dan pesta-pesta di
peringkat kampung, daerah atau negeri.
Justeru itu, pihak agensi-agensikerajaan seperti Jabatan Kebudayaan Negeri (cawangan
Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KEKKWA) KEKKWA dulunya KKKPM),
Pusat Penerangan Pelancong Negeri (TIC), Dewan Bandar Raya, Majlis Perbandaran, Majlis
Daerah dan institusi-institusi pendidikan memainkan peranan yang penting dalam menganjurkan
persembahan seni kebudayaan. Persembahan seni kebudayaan Melayu tersebut merupakan
sebahagian daripada program pemuliharaan oleh agensi-agensi berkenaan. Penubuhan
KEKKWA merupakan titik bersejarah dalam pengasas agensi Kerajaan dalam penggubalan
polisi dan pembangunan kebudayaan di peringkat nasional di negara ini. Sheppard (1972)
menyatakan :
Interest in the revival of traditional Malay folk and court dances is being stimulated by the
Ministry of Culture20.

19

Melinda Baharom. 2009. Bangasawan Tun Fatimah Srikandi Melaka. Anjung Warisan. Bil: 11.
Sheppard, C., Taman Indera, Kuala Lumpur, Oxford University Press, 1972, hlm. 93.

20

12

2.2.3 Ritual dan Kepercayaan


Ritual merupakan alat transformasi dalam sesebuah masyarakat melalui setiap persembahanpersembahan ritual kerana ianya mengandungi unsur-unsur simbolik. Dalam proses
pembentukan peraturan sosial, setiap perlakuan atau persembahan itu hendaklah dijalankan
mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Selain itu, perlakuan yang terdapat dalam
kalangan persembahan itu menjadi simbol dalam proses penyatuan orang yang memohon kuasa
(merujuk kepada manusia) dan yang memberi kuasa (merujuk kepada kuasa luar biasa atau kuasa
ghaib). Kejayaan dalam hal penghasilan seni secara amnya di antaranya adalah berteraskan
pengabdian kepada Illahi sebagaimana yang dikatakan oleh Prof. Mohd Taib.
The love to manifest beauty is seen as an act of devotion to the Creator as well as a gift
to his fellowmen21.
Amalan ritual ini penting kerana masyarakat dapat mengesahkan identiti mereka sebagai
sekumpulan atau sebuah masyarakat dengan mengaitkannya kepada peristiwa penting dalam
kehidupan mereka. Selain itu, ritual upacara ini merupakan salah satu cara menzahirkan
kesyukuran dan perasaan terhutang budi mereka terhadap tuhan. Ia juga merupakan kaedah
simbolik untuk menyatukan anggota masyarakat yang mengalami konflik sama ada dalam
bentuk perseorangan mahupun kumpulan. Misalnya, kepercayaan masyarakat Siam dalam
memilih tarikh bagi majlis pernikahan bagi mana-mana pasangan amat penting yang akan
ditetapkan oleh Tok Bomoh atau Tok Moh yang mahir dengan pergerakan hari dan waktu.
Tambahan, mengikut adat masyarakat Siam, pasangan pengantin akan dikalungkan dengan
kalungan bunga melur dan seutas tali pengikat atau dipanggil 'benang hidup' di atas kepala
mereka. Upacara ini akan dilakukan oleh Tok Moh sebelum upacara merenjis dijalankan oleh
ibu-bapa dan sanak-saudara bagi tujuan merestu majlis ini22.
Dua aspek yang paling nyata menjurus kepada bentuk ritual yang berupa unsur-unsur tradisi
dan bentuk-bentuk keagamaan. Kepentingan tugas bomoh dalam upacara ritual ini yang mampu
menyelesaikan hal-hal yang berkaitan dengan amalan tradisi iaitu yang menyentuh soal roh,
semangat, makhluk ghaib dan perkara-pekara yang supernatural oleh manusia. Bomoh dianggap
21
22

Mohd Taib Osman, Islamic Civilization in the Malay World, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997.
Melinda Baharom. 2011. Keunikan Adat Perkahwinan Siam.Anjung Warisan. Bil:16.

13

mewakili masyarakat setempat melalui komunikasi dengan alam ghaib dalam bentuk mantera,
perjanjian, hadiah atau pantang larang yang dipegang. Contohnya dalam adat masyarakat Siam,
Tok Moh merupakan individu paling penting dan cukup dihormati yang ditugaskan sebagai
tukang nikah. Manakala, bagi masyarakat Kadazan mereka akan mengadakan Pesta Keamatan
sebagai tanda terima kasih mereka kepada tuhan mereka iaitu Kinoingan dan masyarakat Dayak
di Sarawak pula akan mengadakan Gawai Dayak untuk menunjukkan rasa kesyukuran kepada
tuhan mereka iaitu Petara setelah tamatnya musim menuai.
2.2.4 Permainan
Permainan merupakan salah satu Warisan Tidak Ketara yang wujud sehingga kini dan
merupakan kebanggaan rakyat Malaysia. Galah panjang, ketinting/kapal terbang, sepak bulu
ayam, laga ayam, untai gelang getah, konda kondi (ketuk keli), rebut negeri dan sepak raga
bulatan antara permainan yang sangat popular. Permainan tradisi ini boleh dibahagikan kepada
dua jenis iaitu permainan anjung dan permainan laman. Permainan anjung merupakan permainan
yang mudah dan sering dimainkan di anjung-anjung rumah dan melibatkan pergerakan yang
terbatas seperti batu seremban, congkak, dam haji dan sebagainya. Manakala laman pula terdiri
daripada jenis permainan yang memerlukan kawasan yang luas, pergerakan yang lincah dan aktif
seperti galah panjang, sepak raga, kabbadi dan sebagainya.
Malangnya, ramai manusia seakan melupakan warisan intangible ini seiring dengan
perubahan zaman yang mendedahkan manusia kepada kecanggihan teknologi dan permainan
komputer. Justeru itu, JWN mengambil langkah agar permainan warisan ini terus dipelihara dan
dikenali generasi akan datang. Misalnya, JWN dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia
(UUM) menganjurkan Temasya Permainan Tradisi 1 Malaysia IPT Zon Utara 2010 yang
berlangsung di Pusat Sukan Sukan UUM, pada 6 Februari 2010. Kepentingan program sebegini
bertujuan menyemarakkan semula seni permainan tradisi secara skala besar melalui festival
permainan tradisi dengan lebih terancang dan sistematik. Segala etika permainan, tafsiran
falsafah, ragam rias mematikan langkah atau buah lawan diterap secara terus melalui seni budaya
khususnya kepada golongan belia. Kesinambungan pelancaran Temasya Permainan Tradisi

14

peringkat IPT yang berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada bulan
Disember 2009 dikembangkan ke zon timur, utara dan selatan23.
Di samping itu, permainan yang dianggap sebagai Warisan Tidak Ketara penting untuk
dipertahankan bagi memelihara dan melestari warisan nenek moyang kita, agar tidak pupus dan
tenggelam oleh arus teknologi moden seperti permainan playstation 2, facebook, twitter,
whatsapp, wechat yang semakin digilai anak muda masa kini sebagai saluran komunikasi yang
canggih, mudah dan pantas. Sekiranya tiada usaha ke arah memartabatkan warisan permainan
tradisi ini, maka warisan ini tidak dapat diperkenalkan kepada generasi akan datang. Di sebalik
usaha melestari permainan tradisi ini, terangkum konsep pembentukan jati diri melalui
permainan ini seperti menyemai sikap berpasukan serta pemupukan nilai bermasyarakat, berdaya
saing dengan mengatur strategi, bertolak ansur terhadap apa jua konflik dan mewujudkan sikap
kerjasama dalam mencapai objektif24.
Selain itu, permainan tradisional yang dianggotai dari kalangan masyarakat pelbagai
agama dan bangsa mampu menyahut gagasan 1 Malaysia sebagai satu formula yang membantu
memamstikan aspirasi negara iaitu wawasan 2020 dapat dilestarikan. Secara tidak langsung,
mampu memupuk semangat perpaduan dan patriotik yang tinggi dengan mengenali elemen
budaya kaum lain di Malaysia selain menghidupkan warisan permainan tradisional dalam
kalangan generasi muda. Misalnya, padaa 5 Oktober 2011 yang lalu, JWN dengan kerjasama
Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail (1) mengadakan Temasya Permainan Tradisional
1Malaysia. Temasya ini bertujuan untuk mendedahkan kepada murid-murid pelbagai jenis
permainan tradisional selain untuk lebih mengapresiasi permainan tradisional di negara ini25.
2.2.5 Seni Tampak
Pelbagai pameran, seminar, bengkel, pertandingan dan aktiviti seni dianjurkan untuk
memupuk minat dalam seni tampak. Sejumlah 142 pameran telah dianjurkan yang dikunjungi
lebih daripada 866,500 pengunjung (Rancangan Malaysia Kesembilan 2009-1010 : 493). Setiap
pameran mempunyai pendekatan dan tema yang berbeza dan mempamerkan bakat dan pemikiran
23

Melinda Baharom. 2010. Temasya Permainan Tradisi UUM. Anjung Warisan.Mei : 2010.
Melinda Baharom. 2009. Temasya Permainan 1 Malaysia.Anjung Warisan. Bil: 11.
25
Erviza Marjali. 2011. Temasya Permainan 1 Malaysia.Anjung Warisan. Bil: 17.
24

15

kreatif artis tempatan dan antarabangsa. Warisan Tidak Ketara ini penting untuk dipelihara
sejajar dengan usaha Balai Seni Lukis Negara (BSLN) yang terus mengumpul, memelihara dan
mempamerkan hasil kerja seni serta memupuk kesedaran dan penghayatan dalam kalangan
semua lapisan masyarakat. Sejajar dengan pandangan Smith mengenai Warisan Ketara :
All heritage is intangible, not only because of the values we give to heritage, but
because of the cultural work that heritage does is any society.26
Di samping itu, BSLN juga telahmemperkenalkan Laman Seni Kuala Lumpur, sebuah
pasar seni yang diadakanpada setiap bulan dan mendapat sambutan purata 2,000 pelawat
sebulan.
Pertukangan tradisional menjadi manifestasi paling ketara warisan kebudayaan
Intangible. Selain memberikan tumpuan ke atas pemeliharaan kraf-kraf, malah menggalakkan
pekerja-pekerja mahir berterusan menghasilkan kraf dan mempunyai kemahiran-kemahiran dan
pengetahuan yang lain terutama dalam komuniti mereka sendiri. Terdapat banyak ungkapan
pertukangan tradisional seperti alat-alat, pakaian dan barang kemas, kostum dan alatan untuk
perayaan dan seni lakon, bekas-bekas penyimpanan, objek digunakan untuk storan,
pengangkutan dan perlindungan, objek seni hias dan ritual, alat muzik dan alat-alat rumah
tangga, dan mainan, hiburan dan pendidikan. Kebanyakannya dicipta untuk digunakan dalam
upacara-upacara pesta atau menjadi warisan yang diluluskan dari generasi ke generasi.
Kemahiran terlibat dalam penciptaan kraf memerlukan kerja yang terperinci dan halus. Banyak
perjuangan craftspeople disesuaikan kepada pertandingan ini. Pergantungan kepada alam sekitar
dan iklim memberi impak pada pertukangan tradisional juga, dengan pembasmian hutan dan
pembersihan tanah mengurangkan ketersediaan sumber asli utama serta boleh mengakibatkan
kerosakan kepada persekitaran.
Warisan kebudayaan tidak ketara tidak boleh dipulih sebaik sahaja ia telah hilang.
Intangible Cultural Heritage telah melaksanakan usaha yang besar bagi menghadapi risiko
penghapusan kekurangan pengganti kepada seni dan kraf-kraf mereka. Tambahan, langkahlangkah segera mesti diambil untuk mengekalkan dan menggalakkan Warisan Tidak Ketara
26

Smith, L. Uses of Heritage, London, Routledge, 2006.

16

terpelihara. Misalnya, Jepun pada tahun 1933, telah menubuhkan UNESCO Funds di Trustfor
Preservation and Promotion of Intangible Cultural Heritage sehingga menyumbang sebanyak
15.18 juta USD kepada negara pada tahun 2012 serta mampu melaksanakan hampir 100 projek
di dunia.
3.0 PENUTUP
Warisan-warisan ini wajar dipelihara kerana ia mempunyai kepentingan yang banyak dari segi
pengetahuan generasi akan datang mahupun dari segi pembangunan ekonomi negara. Warisan
nyata mempunyai nilai-nilai yang sangat tinggi kerana ia memperlihatkan sejarah negara yang
lampau meskipun negara telah berkembang menjadi negara yang lebih moden. Usaha-usaha
untuk memulihara khazanah negara ini perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa dan ini
menjadi tanggungjawab masyarakat bersama dalam menjaga warisan ini. Sungguhpun usaha
pemuliharaan ke atas bangunan warisan di Malaysia masih berada di peringkat awal dan jauh
ketinggalan jika dibandingkan dengan kebanyakan negara maju seperti di Eropah, namun segala
usaha yang telah dan sedang dilakukan oleh pelbagai pihak baik kerajaan mahupun badan bukan
kerajaan dan pihak swasta serta orang perseorangan haruslah mendapat pujian walaupun bukan
pada tahap yang begitu membanggakan. Namun begitu sebagai permulaan ia adalah sesuatu
tindakan yang positif ke arah yang lebih baik.
Adalah diharapkan agar melalui usaha yang berterusan dari semua pihak di negara ini, kesedaran
mengenai tanggungjawab bersama dalam usaha untuk memulihara bangunan warisan akan
mendapat perhatian yang sewajarnya. Warisan intangible juga mengambarkan pengetahuan dan
amalan berkenaan sifat dan alam semesta termasuk pengetahuan, kemahiran, amalan dan
perwakilan yang dibangunkan oleh masyarakat melalui interaksi dengan alam sekitar. Pemikiran
tentang alam semesta dinyatakan melalui bahasa, tradisi lisan, dan perasaan dalam memori,
kerohanian dan pandangan dunia. Warisan ini kuat mempengaruhi nilai dan kepercayaan
individu atau kumpulan masyarakat dan menjadi banyak asas kebiasaan sosial serta tradisi
budaya. Domain ini termasuk banyak bidang, seperti kebijaksanaan ekologi tradisional, ilmu
tempatan, pengetahuan tentang fauna dan flora, sistem-sistem pemulihan tradisional, ritual,
kepercayaan, upacara-upacara, kosmologi, kepawangan, upacara-upacara milikan, organisasi
sosial, perayaan, bahasa dan seni tampak.

17

4.0 RUJUKAN
Cleere, Henry. 1984. Approaches to the Archeological Heritage. Cambridge University Press.
New York.

Graham, Brian. Howard, Peter. 2008. The Ashagate Research Companion to Heritage & Identity.
England. Ashagate Publishing Limited.

Kapila D. Silva. Neel Kamal Chapagain. 2013. Asian Heritage Management : Contexts,
Concerns and Prospects. New York. Routledge.

Lixinski, Lucas. 2013. Intangible Cultural Heritage in International Law. United Kingdom. Oxford
University Press.

Mohamad Anwar Omar Din. 2009. Jurnal Aswara : Pembangunan Kebudayaan, Kesenian dan
Warisan : Beberapa Fakta yang Tidak Dicatat dalam Laporan Rasmi. Pembangunan
Kebudayaan, Kesenian & Warisan. Kuala Lumpur.

Petrilli, Susan. 2007. Athanor (2006-2007) : Volume 10. Meltemi Editore Srl.

Silverman, Helaine. Ruggles, D. Fairchild. 2007. Cultural Heritage and Human Rights. New
York. Springer Science + Business Media, LLC.

Smith, Laurajane. Natsuko Akagawa. 2009. Intangible Heritage. Routledge. New York.

Smith, Laurajane. 2006. Uses of Heritage. Routledge. New York


Sheppard, C. 1972. Taman Indera. Oxford University Press. Kuala Lumpur.
Smith, L. 2006. Uses of Heritage. Routledge. London.
Tylor, E.B., 1958. The Origin of Culture.Harper Torchbooks. New York.

18

Laporan Prestasi Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. 2004-2007. Kementerian


Kebudayaan, Keseniandan Warisan.Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
Mohd Taib Osman. 1997. Islamic Civilization in the Malay World. Dewan Bahasa and Pustaka.
Kuala Lumpur.
Prof Madya Mohd Khalil Amran & Nurul Shima bt. Taharuddin. Kajian Antropologi Budaya
dan Kesenian : Kajian Kebudayaan dan Kesenian Etnik Minangkabau di Kampung Gagu
Jelebu Negeri Sembilan. Jabatan Tahun Satu. Universiti Teknologi Mara. Perak.
Majalah
Erviza Marjali. 2011. Temasya Permainan 1 Malaysia.Anjung Warisan. Bil: 17.
Elviza Marjali. 2012. Kolokium Sejarah Malaysia.Anjung Warisan. Bil : 18.
Elviza Marjali. 2013. Program Penghayatan Cerita Rakyat. Anjung Warisan. Bil : 20.
Melinda Baharom. 2010. Temasya Permainan Tradisi UUM. Anjung Warisan. Mei : 2010.
Melinda Baharom. 2009. Bangasawan Tun Fatimah Srikandi Melaka. Anjung Warisan. Bil: 11.
Melinda Baharom. 2009. Temasya Permainan 1 Malaysia.Anjung Warisan. Bil: 11.
Melinda Baharom. 2011. Keunikan Adat Perkahwinan Siam.Anjung Warisan. Bil:16.

19

You might also like