You are on page 1of 2

ATRIBUSI

Merupakan suatu yang kita fikirkan berkaitan diri kita dan pandangan kita terhadap kesan dan
akibat daripada tindakan yang dilakukan. Ianya berfungsi sebagai self-defence untuk
melindungi ego dan harga diri sekiranya melalui suatu keadaan yang sedih atau memalukan.
Menurut Cox (2007), atribusi adalah satu pendekatan motivasi berbentuk kognitif.
Pengasas teori ini iaitu Heider (1944) menjelaskan bahawa manusia berkeinginan untuk
menjelaskan tentang apa yang berlaku berdasarkan kepada persepsi mereka perkara tersebut.
Tingkah laku yang ditunjukkan oleh individu boleh dijelaskan menerusi sebab dan musabab
(causal attribution) dan kecenderungan faktor trait (dispositional attribution). Sebagai contoh,
pemain bola sepak yang berjaya dalam perlawanan bola sepak menyatakan sebab musabab
kejayaan mereka adalah kerana semangat berpasukan yang ditunjukkan oleh ahli pasukan
(causal attribution). Manakala seseorang atlet yang lain selalu memenangi pertandingan
disebabkan beliau mempunyai ciri-ciri atlet overachiever (dispositional attribution). Walau
bagaimanapun, atribusi terdedah dengan masalah bias. Bias dalam atribusi terbahagi kepada
empat jenis iaitu:
BIAS MAKLUMAT

BIAS PERSEPSI

Persepsi yang dilakukan oleh setiap


Salah faham berkaitan motif dan
sebab musabab tingkah laku. individu tidak sama kesemuanya.

Bias Dalam Atribusi


BIAS MOTIVASI

BIAS ATRIBUSI KHIDMAT DIRI

Atribusi menjadi motivasi tetapi


Kebolehan dan usaha yang dilakukan
juga boleh menjadi faktor helah
oleh diri sendiri merupakan satu
bela diri.
kecenderungan dalaman untuk melihat
kejayaan.
TEORI BERKAITAN ATRIBUSI
Model Atribusi
Diasaskan oleh Fritz Heider (1944,1958), beliau membentuk teori ini dengan membuat
andaian bahawa manusia berusaha ntuk meramal dan memahami perjalanan hidup seharian
bagi memudahkan jangkaan serta kestabilan hidup. Berdasarkan model ini, sebarang
keputusan yang terhasil boleh diatributkan secara kepada pengaruh individu (dalaman) dan
pengaruh persekitaran (luaran). Pengaruh individu terdiri daripada kebolehan dan faktor
usaha sementara faktor persekitaran pula terdiri daripada faktor nasib dan kesukaran tugasan.
Keempat-empat faktor ini iaitu usaha, kebolehan, tahap kesukaran tugasan dan nasib
bergabung dan membentuk perlakuan yang boleh diatributkan sebabnya oleh seseorang
individu. Atas sebab itu, Heider menjelaskan bahawa pengaruh individu dan persekitaran
bergabung dan menghasilkan perlakuan yang diingini.

Manakala Bernard Weiner (1972), membuat sedikit penambahan kepada asas yang
dibina oleh Heider dengan mengambil empat faktor atribusi dan mengatur semula menjadi
dua dimensi penyebab yang utama iaitu kestabilan dan lokus kawalan.
LOKUS KAWALAN
Dalaman

Luaran

KESTABILAN
Tidak Stabil

Stabil

Kebolehan

Kesukaran
Tugasan

Usaha

Nasib

Teori Atribusi Weiner

You might also like