Professional Documents
Culture Documents
Sej F5
Sej F5
* Dalam proses pembinaan bangsa dan negara Malaysia usaha bersama seluruh rakyat telah
dijalankan.
* Banyak tolak ansur telah berlaku.
1. Konsep Negara
* Satu wilayah tertentu yang didiami oleh sesuatu bangsa dan mempunyai institusi pemerintah
yang berkesan.
* Negara kita dikenali sebagai Persekutuan Malaysia yang terdiri daripada Persekutuan Tanah
Melayu, Sabah dan Sarawak.
2. Konsep Bangsa
* Bangsa ditakrifkan sebagai kumpulan manusia yang;
* menetap di satu wilayah
* mempunyai tamadun yang dapat dilihat dari segi
= budaya
= politik yang tersendiri
* Budaya ialah; bahasa, adat, resam, kesenian dan agama.
3. Konsep Kerajaan
* Merujuk kepada tiga badan yang terlibat dalam pemerintahan sesabuah negara demokrasi
iaitu:
* badan perundangan
* badan pelaksana
* badan kehakiman
* Bidang kuasa ketiga-tiga badan tesebut dinyatakan dalam perlembagaan.
* Konsep kerajaan saman tradisi ialah Kerajaan itu raja dan raja itu kerajaan
4. Konsep Perlembagaan
* Di takrifkan sebagai kumpulan peraturan atau undang-undang utama sama ada bertulis atau
tidak bertulis yang menentukan:
* organisasi kerajaan
* pembahagian kuasa antara badan-badan pemerintah
* prinsip umum yang menentukan bagaimana kuasa tersebut dilaksanankan
* Peraturan yang menentukan bagaimana sesabuah negara itu ditadbir.
* Di Malaysia Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi yang menjadi rujukan bagi
pemerintah negara.
KESEDARAN TENTANG BANGSA DAN NEGARA
1. Zaman Kesultanan Melayu
* Raja berkuasa mutlak sebagai penggubal dan pelaksana undang-undang serta ketua hakim.
Raja berdaulat, berwibawa memerintah dan tunggak menyatu-padukan rakyat.
* Raja dibantu oleh Majlis pembesar, Sistem Pembesar Empat Lipatan.
* Konsep Kerajaan pusat ialah empayar dengan negeri naungan contohnya Kesultanan Melayu
Melaka dan Kesultanan Melayu Johor.
2. Zaman Penjajah British
* Kuasa raja menjadi lemah.
* Kerajaan Melayu beransur pupus satu demi satu.
* Kerajaan Melayu terlepas kuasa melalui penipuan British;
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Singapura 1819
P.Pinang 1786
Dinding 1826
Labuan, P.Cocos
Sarawak
Sabah Syarikat Borneo Utara.
Perubahan pebtadbiran Negeri-negeri Melayu
Negeri-negeri Melayu menjadi negeri kekuasaan British
Tiga bentuk pentadbiran;
Negeri-negeri Selat secara terus
Negeri-negeri Melayu Bersekutu tidak langsung
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu penasihat
Pengwujudan sempadan oleh penjajah British.
maruah bangsa.
* Raja-raja Melayu dipaksa menandatangani perjanjian Malayan Union.
* Wawasan perpaduan bermula dengan Dato Onn Jaafar mencadangkan Tanah Melayu untuk
semua penduduk Tanah Melayu (Malaya for Malayan).
* Jawatan Kuasa Antara Kaum ditubuhkan di P.Pinang Januari 1949;
* atas galakan Gabenor Jeneral British bagi Asia Tenggara iaitu Malcom MacDonald.
* tujuannya untuk mengatasi hubungan orang Cina dan orang Melayu yang tegang.
* pada mulanya hanya DatoOnn mewakili orang Melayu dan Dato Tan Cheng Lock mewakili
orang Cina.
* kemudian diperluaskan dengan 16 ahli;
= 6 pemimpin Melayu
= 6 pemimpin Cina
= 1 pemimpin India
= 1 pemimpin Serani
= 1 pemimpin Sri Lanka
= 1 pemimpin Eropah
* Dato Onn cuba membuka keahlian UMNO kepada orang bukan Melayu dengan mencadangkan
nama United Malayan National Organization.
* Cadangan Dato Onn mendapat tentangan orang Melayu kerana;
* orang Melayu masih curiga terhadap orang Cina.
* belia Cina enggan berkhidmat dalam pasukan keselamatan bagi menentang gerila komunis.
* orang Melayu menganggap orang Cina tidak mahu bersekutu dengan identiti politik Tanah
Melayu.
* Dalam perhimpunan Agung UMNO tahun 1951 Dato Onn meletakkan jawatan sebagai Presiden
UMNO dan menubuhkan Parti Kemerdekaan (IMP);
* untuk berbilang kaum
* tidak mendapat sambutan dari semua kaum.
* Dalam tahun 1954 Dato Onn mrnubuhksn Parti Negara untuk tujuan perpaduan tetapi masih
gagal.
PAKATAN MURNI
1. Manifesto Kemerdekaan
* Manifesto Kemerdekaan dikemukakan oleh Parti Perikatan yang mewakili semua kaum.
* Manifesto ini dijadikan panduan oleh Lord Reid semasa menggubal Perlembagaan Persekutuan.
* Manifesto ini mendapat perhatian istemewa oleh Suruhanjaya kerana Parti Perikatan
merupakan parti pemerintah.
* Dalam pakatan murni orang Melayu bersetuju menerima kerakyatan secara jus soli manakala
orang bukan Melayu bersetuju menerima Raja-raja Melayu, Agama islam sebagai agama
Persekutuan, Bahasa Melayu dan Kedudukan Istimewa orang Melayu
2. Kenapa Pakatan Murni diterima
a. Kerakyatan;
* Secara Jus soli iaitu syarat kerakyatan yang longgar.
* Kerakyatan berdasarkan sama rata di kalangan warganegara Persekutuan Tanah Melayu.
* Tunku Abdul Rahman Putera bersetuju menerima walaupun mendapat tentangan dari UMNO
demi bertolak ansur.
* orang bukan Melayu bersetuju menerima syarat yang lain.
b. Kedudukan Raja-raja Melayu.
* Institusi raja sebagai warisan sistem politik Melayu
* Menjadi lambang kemegahan dan pernaungan orang Melayu.
* rakyat menyokong pemerintahan beraja sejak dahulu.
c. Agama Islam.
*
*
*
*
d. Bahasa Melayu.
* menjadi bahasa perantaraan (lingua franca) diGugusan Kepulauan Melayu sejak berabad-abad
lamanya.
* menjadi bukti orang Melayu mempunyai alam dan budaya.
* petunjuk kepada perkembangan tamadun orang Melayu.
4. Amalan Demokrasi.
* Amalan demokrasi bukan institusi baru. Diamalkan dalam adat Perpatih yang mementingkan
permaufakatan.
* Dalam konteks moden demokrasi ialah pemerintahan dari rakyat untuk rakyat.
* Dalam sistem demokrasi kerajaan yang dipilih secara bebas oleh rakyat untuk rakyat.
* Dalam sitem demokrasi tedapat kebebasan bersuara.
5. Sistem Parlimen
*
*
*
*
*
*
*
*
= Kewangan
= Pendidikan
= Pertahanan
* Senarai kuasa kerajaan Negeri
= Undang-undang
= Tanah
= Pertanian
= Perhutanan
= Perlombongan
* Senarai kuasa Bersama
= Kebajikan Masyarkat
= Biasiswa
= Perlindungan Mergastua
* Perkara yang tidak disenaraikan diletakkan dalam kuasa Dewan Undangan Negeri. Parlimen
boleh membuat undang-undang walaupun perkara itu termasuk dalam senarai negeri.
2. Raja Berperlembagaan
a. Yang DiPertuan Agong menjadi Ketua Negara
* dipilih di kalangan Raja Melayu secara bergilir-gilir dan tempoh perkhidmatan ialah selama 5
tahun.
* Dalam Sistem Raja Berpelembagaan, Yang Dipertuan Agong dan Raja-raja Melayu menjalankan
pemerintahan negara dan negeri atas nasihat Ketua Kerajaan.
* Ketua Kerajaan Persekutuan ialah Perdana Menteri
* Ketua Kerajaan Negeri ialah Menteri Besar atau Ketua Menteri.
* Perdana Menteri dibantu oleh Jemaah Menteri.
* Menteri Besar / Ketua Menteri mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau Kabinet
Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak.
b. Kuasa Yang Di Pertuan Agong
* atas budi bicara melantik Perdana Menteri.
* memperkenankan perintah membubarkan Perlimen.
* memerintah mengadakan mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu.
* Melalui perkara 153, Perlembagaan, melindungi orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan
Sarawak dan kaum-kaun lain.
* menjadi Panglima Tertinggi Angkatan Tentera.
* pengampunan bagi kesalahan dalam Wilayah Persekutuan. Bertindak atas nasihat Lembaga
Pengampunan.
* menjadi Ketua Agama bagi negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah
Persekutuan serta negerinya sendiri.
* kuasa mengisytiharkan Darurat atas nasihat Jemaah Menteri.
* semua rang undang-undang diluluskan oleh Parlimen perlu diperkenankan oleh baginda.
* melantik anggita jemaah Menteri dan Hakim Mahkamah.
3. Badan Perundangan : Parlimen
* Badan yang membuat undang-undang di peringkat Persekutuan ialah Parlimen.
a. Parlimen terdiri daripada;
* Yang di Pertuan Agong
* Dewan Negara
* Dewan Rakyat
b. Dewan rakyat mempunyai keahlian yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya.
* Keanggotaan Dewan bertambah dari masa kesemasa
* 1955 hanya 52 ahli (Pilihanraya Pertama)
* 1959 meningkat 104 ahli (Parlimen Bicameral)
* 1963 menajdi 180 ahli (Kemasukan Sabah dan Sarawak)
* Ahli Dewan Rakyat dipilih selama 5 tahun (tertakluk kepada pilihanraya) dan boleh dilantik
menjadi Jemaaah Menteri.
c. Dewan Negara atau Senet pada prinsipnya lebih tinggi daripada Dewan Rakyat.
* pada mulanya ahlinya seramai 38 orang;
* 16 dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong.
* 22 dipilih oleh Dewan Undangan negeri (2 orang dari sau negeri)
* Dengan kemasukan Sabah dan Sarawak dan pembentukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
dan Labuan anggotanya menjadi 69 orang.
* 40 dilantik oleh yang Di Pertuan Agong.
* 29 oleh negeri dan Wilayah Persekutuan.
* Senator berkhidmat selama 3 tahun dan boleh dipilih semula jika perlu.
* Senator juga boleh dilantik menjadi Menteri.
Proses Penggubalan Undang-undang
1. Sebelum di bawa ke Parlimen:
* Menteri menetapkan satu cadangan atau dasar.
* berunding dengan Peguam Negara.
* dikemukakan sekali lagi kepada Jemaah Menteri.
* Menteri akan memaklumkan kepada Setiausaha Dewan Rakyat dan Setiausaha Dewan Negara.
* menegedarkan rang -undang-undang yang dicetak kepada semua Ahli Parlimen.
2. Proses Dewan Rakyat:
* Bacaan Pertama (Memberi tahu secara lisan)
* Bacaaan kedua (prinsip dan rang unang-undang dibahaskan).
* Perbincangan peringkat Jawatankuasa Dewan.
* Bacaan kali ketiga (diluluskan atu di tolak)
* dibawa kepada Dewan Negara.
3. Proses Dewan Negara:
* membahaskan rang undang-undang melalui proses yang sama dengan Dewan Rakyat.
4. Perkenan oleh Yang Di Pertuan Agong:
* Undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Negara akan dibawa kepada Yang DiPertuan
Agong untuk diperkenankan.
* Jika undang-undang tidak diluluskan oleh Dewan Negara ia akan dibincangkan semula oleh
Dewan Rakyat
* Jika Dewan Rakyat meluluskan sekali ini ia terus di bawa kepada Yang Dipertuan Agong (YDPA).
* YDPA menurunkan Cop Mphpr Besar kepada rang undang-undang tersebut .
5. Rang Undang-undang menjadi Akta dan diwartakan dalam Warta Kerajaan.
6. Rang undang-undang yang diluluskan;
* oleh Parlimen disebut Akta.
* oleh Dewan Undangan Negeri disebut Enakmen.
* oleh Dewan Undangan Sabah dan Sarawak disebut Ordinan.
c. Kementerian;
* dilengkapkan dengan pegawai dan kaki tangan perkhidmatan awam.
* pentadbirannya diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian dan dibantu oleh pegawai
perkhidmatan tadbir dan perkhidmatan isktisas serta kakitangan am.
* mempunyai bahagian dan kabatan-jabatan diperingakat pusat, negeri dan daerah.
* ada kementerian yang mempunyai Badan Berkanun seperti Kementerian Pendidikan.
* Dewan Bahasa dan Pustaka
* Universiti-universiti
* Institut Teknologi Mara
* Badan Berkanun ialah agensi yang bersifat autonomi dan mempunyai ketua atau pengerusinya
yang tersendiri.
d. Suruhanjaya-suruhanjaya.
* bertujuan untuk urusan perlantikan kenaikan pangkat dan mengawal disiplin pegawai dan
kakitangan perkhidmatan awam.
* antara Suruhanjaya ialah;
* Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
* Suruhanjaya Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman.
* Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan.
* Suruhanjaya Pasukan Polis.
* Majlis Angkatan Tentera.
Badan Kehakiman: Mahkamah.
a. Kuasa Mahkamah.
* kuasa yang lebih besar dari Parlimrn dan badan pelaksana.
* berkuasa mentafsir perlembagaan, menguatkuasa undang-undang.
* boleh mengisytiharkan sebarang undang-undang sebagai sah.
* berkuasa mengisytiharkan sebahagian tindakan kerajaan sebagai tidak sah atau bertentangan
dengan undang-undang.
b. Ciri-ciri penting badan Kehakiman.
* tidak memihak kepada mana-mana pihak.
* bebas daripada kawalan sama ada badan perundangan atau badan pelaksana atau daripada
sesiapa pun.
c. Kehakiman;
* dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri.
* kebanyakan perbicaraan dijalankan oleh Mahkamah Rendah dan Mahkamah Sesyen.
d. Mahkamah terdiri daripada;
* Mahkamah Rendah.
* Mahkamah Utama.
e. Mahkamah Rendah terdiri daripada
* Mahkamah Penghulu.
* Mahkamah Majisteret Kelas satu.
* Mahkamah Majisteret Kelas Dua.
* Mahkamah Sesyen.
f. Mahkamah Utama terdiri daripada;
* Mahkamah Agung
* Mahkamah Tinggi
* Mahkamah Tinggi Malaya
* Mahkamah Tinggi Borneo.
g. Mahkamah Agung merupakan;
* Mahkamah rayuan yang terakhir.
* sebelum tahun 1985 dikenali sebagai Mahkamah Persekutuan.
h. Peguam Negara;
* penasihat undang-undang kerajaan.
* bertindak sebagai Pedakwa Raya atau Peguam Bela bagi pihak kerajaan,
* dibantu oleh pegawai daripada Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman.
6. Pemerintahan Rakyat
a. Parti Politik
Pertubuhan Politik Sebelum Perang Dunia Kedua
i) Kesatuan Melayu Singapura (KMS)
* ditubuhkan tahun 1926
* memperjuangkan kedudukan istemewa orang Melayu di N.Selat
ii) Kesatuan Melayu Muda (KMM)
* ditubuhkan tahun 1938
* bersikap radikal
* anti penjajah British
* memperjuangkan kemerdekaan
* mengekalkan identiti politik Melayu melalui percantuman dengan Indonesia.
b. Kesedaran Melayu selepas Perang Dunia Kedua
i) United Malays Nasional Organization (UMNO)
* Ditubuhkan pada bulan Mei tahun 1946 selepas Kongres Melayu pada Mac 1946.
* Kongres dihadiri oleh 39 pertubuhan.
* bersetuju menubuhkan sebuah parti politik yang diberi nama UMNO.
* Antara pertubuhan tersebut ialah:
* Persatuan Melayu Swlangor
* Pergerakan Melayu Semenanjung
* Persatuan Melayu Kelantan
* PKMM
* Pada mulanya UMNO mengamalkan sistem gabungan.
* Menjelang tahun 1949 disusun semula sistem organisasi dengan mewujudkan sistem
cawangan, bahagian dan pusat