You are on page 1of 13

TOPIK 2: BAHAN MENTAH DAN ALAT KELENGKAPAN

ALAT KELENGKAPAN
1. Paku: biasa, kotak, kemasan, panel, veneer, payung, berkepala dua, konkrit,
bergelugur
2. Skru: kepalar rata, kepala bulat, kepala timbul, kepala segiempat
3. Bolt dan nat: bolt mesin, bolt pedati, bolt gerigis
4. Engsel: muka tumpu, T, cangkuk dan simpai
5. Tombol Penarik: pintu, tingkap, laci
6. Pendakap
7. Selak: Laras, engkol, rata
8. Kunci : Puting
9. Penahan pintu hidraulik

1. PAKU
Sejenis bahan pemasangan yang kerap digunakan kerana ia mudah diperolehi dan
harganya berpatutan
Kebanyakkan paku diperbuat daripada keluli lembut
Paku jenis besi bergalvani sesuai digunakan pada tempat-tempat yang terdedah
pada cuaca kerana ia dapat mengelakkan daripada berkarat

1.

JENIS-JENIS PAKU
Paku Biasa

2. Paku Kotak

KETERANGAN
Paku berkepala bulat
Digunakan untuk kerja pembinaan
berat spt memaku lantai, dinding,
kerangka bumbung, pintu dan tingkap

Paku ini serupa dgn paku biasa


kecuali toloknya lebih kecil
Digunakan untuk membuat kotak dan
pembinaan
Paku ini digunakan apabila didapati
paku biasa mungkin meretakkan
hujung kayu

3. Paku Kemasan

4. Paku Panel

Digunakan untuk kerja-kerja kemasan spt


memasang pelapisan dinding, kerja
perabot atau kerja yang tidak melihatkan
kepala paku yang boleh mencacatkan
kemasan permukaan

Sejenis paku dawai yang halus


Saiznya antara 12 mm- 50mm
Kepalanya berbentuk kon yang
terbalik
Digunakan dalam kerja pemasangan
panel di mana apabila dipakukan ke
dalam kayu, kesannya kurang
kelihatan

5. Paku Venier

Paku dawai halus hampir sama


dengan paku panel
Kadangkala paku jenis ini tanpa
kepala
Sesuai digunakan untuk memaku
kumai dan bahan-bahan yang nipis

6. Paku Payung

Paku berkepala spt payung


Digunakan untuk memasang penutup
bumbung bergelugur bgi
4

mengelakkan ari mengalir melalui


lubang paku

7. Paku Berkepala Dua

Paku yang mempunyai dua kepala


Digunakan khas dalam pemasangan
acuan kayu dan kepala paku sebegini
mudah dicabut semasa membuka
acuan

8. Paku Konkrit

Digunakan untuk melekatkan bahan


lain pada konkrit

9. Paku Gelugur

Paku ini adalah sejenis paku nipis


segiempat bujur dan bergelugur yang
diperbuat daripada keluli
Digunakan untuk menemukan
beberapa keping papan dan juga
tanggam lain
5

Saiz paku seperti rajah di bawah digunakan berasarkan tujuan dan fungsi penggunaanya.
Saiz paku

2. SKRU
a) Skru diperbuat daripada keluli lembut bergalvani
b) Digunakan untuk:
i)
Mengikat kepingan kayu
ii) Menguatkan tanggam
iii) Memasang barangan logam spt kunci, engsel dan selak
c) Jenis-jenis Skru
BIL
JENIS SKRU
1
Skru kepala rata

KETERANGAN
Skru yang diperbuat daripada
keluli lembut bergalvani, tembaga
dan loyang untuk mencegah karat
Skru hendaklah dipasng dgn
cermat kerana ia mudah patah
Digunakan untuk kerja biasa di
mana kepala skrunya sama rata
dengan permukaan kayu spt dalam
pemasangan meja, kerusi, engsel,
selak dan barang-barang logam
yang lain
6

BIL
JENIS SKRU
2.
Skru kepala bulat

KETERANGAN
Mempunyai kepala bulat
Diperbuat daripada keluli, loyang
atau tembaga
Digunakan untuk:
i) Mengikat bahagian kayu dan
kepalanya yang timbul boleh
dijadikan hiasan
ii) Kerja pemasangan bumbung
iaitu mengikat kepingan besi
galvani dan aluminium

3.

Merupakan cantuman skru kepala


rata dan skru kepala bulat yang
diperbuat daripada bahan yang
sama tetapi lebih kuat daripada
skru kepala bulat

Skru kepala timbul

Digunakan dalam kerja


pemasangan engsel hiasan,
pendakap dan kepingan logam lain
pada kayu
4.

Skru kepala segi empat

Kepala berbentuk segi empat


Digunakan dalam kerja berat
seperti pemasangan engsel pintu
pagar, pembinaan jambatan dan
pasakan mesin

d) Bahagian Skru

e) Kelebihan menggunakan skru


i)
Cantuman lebih kuat berbanding paku kerana adanya benang skru
ii) Mudah dipasang atau dibuka jika berlaku kesilapan pencantuman
iii) Benda kerja tidak rosak semasa mencabut atau memasang semula bahagian
yang akan dicantum

3. BOLT DAN NAT


i) BOLT
Bolt mesin dan pedati digunakan sebagai bahan pengikat bahagian kayu atau
logam
8

Bolt ini panjangnya 12 mm hingga 750 mm dan berdiameter 6 mm hingga 25


mm.
1. Bolt mesin

2. Bolt pedati

3. Bolt gerigis
Digunakan untuk kerja mencantum atau menyambung kayu dengan
dinding tembok konkrit atau bata
Bolt ini akan mengembang apabila diketatkan dan sesuai untuk
pemasangan bahagian yang memerlukan pegangan yang kuat
Ia biasanya dipasang ke dalam dinding atau lantai

Jenis bolt gerigis

ii) NAT
Merupakan pasangan kepad bolt
Kegunaan untuk mengunci dan menguatkan pegangan bolt pada bahan
kerja
Terdapat pelbagai saiz dan nama nat diberi berdasarkan bentuk kepalanya.
Jenis nat : Segi empat, Heksagon, Topi, Kepak

Jenis Nat

10

4. ENGSEL
Merupakan barang logam yang utama dalam pemasangan pintu dan tingkap
Diperbuat daripada keluli, aluminium dan kuprum
BIL
1.

JENIS-JENIS ENGSEL (mm)


Engsel muka tumpu

KETERANGAN
Digunakan utk menggantungkan
daun pintu dan tingkap pada tiang
jenang
Terdapat dalam saiz 50 mm, 75
mm, 100 mm dan 150 mm

2.

Engsel T

Sesuai digunakan utk pintu lebar spt


pintu beroti kerana engsel ini dapat
menanggung daun pintu dgn baik
Berbentuk T dan terdiri daripada
engsel daun segi empat dan engsel
panjang
Saiz 150 mm 450 mm

3.

Engsel cangkuk dan simpai

Dipasangkan pada pintu yg berat


spt pintu bengkel dan garaj

Ia seakan engsel T tetapi lebih


tebal dan berat berbanding engsel T
11

Panjang simpai antara 250 mm 800


mm.

Engsel cangkuk dan simpai terdiri


daripada plat segi empat tepat yg
dipasangkan sebatang pin dan
dilipat mengelilinginya

5. TOMBOL PENARIK
Biasanya dipasang pada pintu, tingkap dan laci
Tujuannya memudahkan pengguna memegang pintu semasa menutup atau
membuka pintu, tingkap dan laci
Tombol penarik diperbuat daripada keluli, aluminium, loyang, kuprum,
plastik, kayu dan keluli tahan karat
Ia terdiri dari pelbagai bentuk dan saiz sesuai dengan pelbagai keadaan
Contoh-contoh tombol penarik:

Tombol penarik

12

6. PENDAKAP
Pendakap kayu merupakan sangga yang dapat menahan bahan atau bumbung
pelbagai kecondongan

Pendakap
7. SELAK
Merupakan alat pengunci yang diperbuat daripada keluli, kuprum, loyang dan
plastik
Bisanya selak dipasang pada permukaan sebelah dalam pintu atau tingkap yang
bertujuan untuk menguncinya setelah pintu atau tingkap ditutup rapat
Selak berfungsi menggerakkan tangkai pemegangnya.

Jenis-jenis selak: Selak laras, selak sedatar, selak menara, selak engkol

8. KUNCI: PUTING
Kunci dipasang pada pintu dan tingkap
Ia bertujuan menambahkan ciri-ciri keselamatan pada sesebuah rumah atau
bangunan apabila pintunya ditutup
Pintu yang dikunci hanya dibuka dengan menggunakan anak kunci
Kunci dipasangkan di bibir pintu dan plat hentaman dipasangkan pada tiang
jenang atau pasangan daun pintu
13

Apabila pintu ditutup, bolt selak dan bolt kunci akan masuk ke dalam plat
hentaman
Terdapat pelbagai jenis kunci di pasaran, antaranya kunci puting

Kunci Puting

9. PENAHAN PINTU HIDRAULIK


Berfungsi menahan pintu daripada tertutup secara mengejut atau kaun
Alat ini membolehkan pintu tertutup sendiri setelah dibuka
Kelajuan pergerakan pintu boleh diselaraskan pada alat yang mempunyai daya
hidraulik
Penahan pintu dipasang pada bahagian atas pintu iaitu di sebelah bahagian engsel
Terdapat dua jenis penahan pintu hidraulik yang biasa diguankan iaitu jenis yg
dipasang pada permukaan pintu dan jenis dipasang tersembunyi di dalam pintu

14

Penahan pintu hidraulik

15

You might also like