You are on page 1of 3

ENZIM

PERANAN ENZIM DALAM PROSES HIDUP ORGANISMA


Kesemua tindak balas biokimia yang berlaku dalam organisma
hidup disebut metablisme.
Metabolisme sel membolehkan pembinaan dan penguraiaan
sebatian kompleks dalamsel hidup.
Sesuatu tindak balas metabolisme bermula dengan molekul
substrat dan berakhir dengan hasil.
Enzim ialah mangkin organik yang mengawalatur semua tindak
balas biokimia dalam sel.
Enzim ialah mangkin biologi yang mempercepat kadar tindak
balas biokimia dalam sel.
Dalam sel, tindak balas biokimia mestilah berlaku dengan kadar
yang pantas supaya proses hidup sentiasa dipelihara.
Tindak balas biokimia dapat berlaku dengan cepat dengan
kehadiran enzim dalam sel.
CIRI-CIRI ENZIM

Semua enzim ialah protein yang dihasilkan oleh sel hidup.


Dalam tindak balas enzim, enzim bertindak dengan substrat bagi
membentuk hasil.
Secara ringkasnya:-

SUBSTRAT(ENZIM) = HASIL
HASIL(ENZIM) = SUBSTRAT

Enzim mengubah atau mempercepat kadar tindak balas kimia


tetapi struktur enzim kekal tidak berubahpada akhir tindak balas.
Enzim mempunyai tapak aktif yang spesifik untuk bergabung
dengan substrat spesifik.
Enzim diperlukan dalam kuantiti yang sedikit kerana enzim tidak
habis digunakan tetapi dibebaskan pada akhir tindak balas.
Kebanyakan tindak balas yang dimangkinkan oleh enzim adalah
tindak balas berbalik.
Aktiviti enzim boleh diperlahankan atau diberhentikan oleh
perencat.
Contoh perencat ialah plumbum dan merkuri.
Kebanyakan enzim memerlukan bantuan kofaktor untuk berfungsi
dengan baik.
Contoh kofaktor tak organik ialah besi dan kuprum
Contoh kofaktor organik ialah vitamin larut air seperti vitamin B.

PENAMAAN ENZIM
Nama enzim didapati dengan menambahkan imbuhan akhir -ase
kepada nama substrat yang dimangkinkannya.

Contoh, nama enzim yang memangkingkan hidrolisis laktosa ialah


laktase dan untuk lipid ialah lipase.
Cecara ringkasnya:LIPID + AIR = (LIPASE) ASID LEMAK +GLISEROL
Sesetengah nama enzim telah lama wujud sebelum cara
sistematik penamaan enzim terbentuk.
contoh nama-nama enzim ialah pepsin, tripsin dan renin yang
dikekalkan penggunaannya.
TAPAK SINTESIS ENZIM

Enzim ialah sejenis protein.


Oleh itu, ribosom juga merupakan tapak sintesis enzim.
Ribosom didapati terlekat pada jalinan endoplasma kasar atau
bebas dalam sitoplasma.
Maklumat untuk sintesis enzim terkandung dalam molekul DNA
nukleus.
Urutan bes bernitrogen pada DNA yang berlainan menggekodkan
protein yang berbeza.
Dalam proses, bebenang tunggal molekul RNA dibentuk untuk
menterjemah kod-kod tersebut menjadi satu urutan asid amino.
ENZIM INTRASEL DAN ENZIM LUAR SEL

Enzim disintesis oleh sel-sel tertentu.


Enzim yang tidak dirembes ke luar sel tetapi dikekalkan untuk
kegunaan dalam sel dinamakan enzim intrasel.
Enzim intrasel terdapat dalam sitoplasma, nukleus, kloroplas atau
membran plasma.
Enzim oksidoreduktase yang terdapat dalam organel
mitokondrion ialah enzim yang memangkinkan respirasi sel.
Enzim yang disintesis dalam sel dan kemudiannya dirembes
keluar untuk bertindak di luar sel disebut enzim luar sel.
PENGHASILAN ENZIM LUAR SEL
Kebanyakan enzim yang dihasilkan oleh sel khusus dirembes
keluar daripada sel.
Contohnya, pankreas merembes jus pankreas yang mengandungi
enzim pencernaan ke dalam duodenum.
Protein yang disintesis dalam ribosom diangkut melalui lumen
jalinan endoplasma kasar .
Apabila sampai di hujung jalinan endoplasma kasar, bahagian
membran di situ membentuk tunas yang menggenting untuk
menghasilkan vesikel angkutan.
Protein yang terkandung dalam vesikel angkutan kemudian
bergerak menuju ke arah jasad golgi dan bercantum dengannya.
Dalam jasad golgi diubah suai.
Kemudian, enzim dirembes ke dalam vesikel rembesan yang
terbentuk di hujung jasad golgi berhampiran dengan membran
plasma.

Vesikel rembesan yang mengandungi protein yang diubah suai


akan bergerak menuju ke membran plasma.
Vesikel ini akan berpadu dengan membran plasma sebelum
membebaskan protein keluar daripada sel sebagai enzim luar sel.
MEKANISME TINDAKAN ENZIM
Enzim ialah protein kompleks yang terdiri daripada satu atau
lebih rantai polipeptida.
Rantai polipeptida enzim berlipat-lipat menjadi bentuk tiga
dimensi yang mempunyai satu lurah atau lekuk pada
permukaannya disebut tapak aktif.
Mekanisme tindakan enzim yang spesifik dikenali sebagai
hipotesis mangga dan kunci kerana penggabungan substrat
kepada enzim dapat dianalogikan sebagai kunci dam mangga.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI AKTIVITI ENZIM


1.
2.
3.
4.

Suhu
pH
KEPEKATAN SUBSTRAT
KEPAKATAN ENZIM

You might also like