You are on page 1of 3

Latihan

1.

Hukuman tangguh pergerakan gaji yang dikenakan ke atas seseorang pegawai oleh
Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah dilaksanakan pada
A. tarikh pergerakan gaji pegawai tersebut.
B. awal tahun kesalahan tersebut.
C. serta merta setelah tarikh pengenaan hukuman tersebut oleh Pihak Berkuasa
Tatatertib berkenaan.
D. tarikh ulang tahun pergerakan gaji berikutnya selepas tarikh pengenaan hukuman
itu oleh Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan.

2.

Encik Z seorang Pembantu Am Rendah di sebuah Jabatan telah dihadapkan ke


Mahkamah atas tuduhan rasuah. Laporan berkenaan dengan prosiding jenayah
tersebut telah dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib oleh Ketua Jabatan
beliau. Pihak Berkuasa Tatatertib setelah menimbangkan laporan dan syor berkenaan
boleh
A.
B.
C.
D.

3.

mengambil tindakan menggantung kerja Encik Z selama 60 hari.


mengambil tindakan menggantung kerja Encik Z.
mengambil tindakan menahan kerja Encik Z.
mengambil tindakan buang kerja Encik Z.

Seseorang pegawai yang terpilih untuk mengikuti kursus jangka panjang di Australia
selama 18 bulan, layak menuntut elaun dan bayaran berikut
I. Elaun runcit.
II. Elaun buku.
III. Elaun pakaian
IV. Insuran perubatan
A.
B.
C.
D.

4.

I dan II sahaja.
I, II dan III sahaja.
I, II dan IV sahaja.
II, III dan IV sahaja.

Pengertian yang tepat mengenai perlanjutan tempoh percubaan dengan berdenda


ialah :
A. membayar suatu amaun yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
B. penangguhan kenaikan gaji dalam tempoh percubaan lanjutannya.
C. hanya menerima gaji akhir sebelum perlanjutan dan hilang kekananan nya
sebanyak masa tempoh percubaannya dilanjutkan.
D. hilang kekananan sebanyak masa tempoh percubaan dilanjutkan.

5.

Sehingga 31.12.2003, Encik Ramli seorang jurutera PKNS masih mempunyai baki
cuti sebanyak 8 hari. Pada 1.6.2004, beliau telah diarahkan mengikuti kursus jangka
panjang selama 18 bulan di Australia. Dalam keadaan ini, baki cuti rehatnya sebanyak
8 hari itu
A.
B.
C.
D.
6.

boleh diambil semasa beliau berkursus.


boleh dibawa ke tahun 2005.
boleh diambil selepas beliau berkursus.
cuti tersebut akan terhapus sama sekali.

Cuti haji diluluskan oleh Ketua Jabatan kepada pegawai-pegawai Islam untuk
menunaikan fardhu haji dengan syarat pegawai telah
I. berkhidmat tidak kurang daripada 4 tahun bagi pegawai tetap.
II. berkhidmat tidak kurang daripada 5 tahun secara berterusan bagi pegawai
kontrak.
III. berkhidmat tidak kurang daripada 6 tahun secara berterusan bagi pegawai
berjawatan sementara.
IV. disahkan dalam jawatan.
B.
C.
D.
E.

I, II dan III sahaja.


I, II dan IV sahaja.
I, III dan IV sahaja.
I, II, III dan IV.

7. Encik Dol yang bertugas sebagai Pembantu Tadbir Rendah telah dilantik ke jawatan
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) secara Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
pada tahun 2000. Walau bagaimanapun, beliau gagal disahkan dalam jawatan
barunya kerana gagal dalam peperiksaan yang disyaratkan. Dalam keadaan ini, Encik
Dol
A boleh ditamatkan perkhidmatannya.
B. boleh dibenarkan oleh Suruhanjaya berkenaan kembali semula ke jawatan
asalnya.
C. boleh dibersarakan.
D. tidak dibenarkan kembali ke jawatan asalnya kerana beliau telah melepaskan
jawatan tersebut.
8.

Encik Nordin telah memiliki harta pusaka berupa 8 ekar kebun, 15 rumah sewa
peninggalan bapanya semasa berusia 18 tahun. Kini beliau dilantik ke perkhidmatan
kerajaan setelah tamat pengajiannya tahun lepas. Dalam keadaan ini, Encik Nordin
A. tidak perlu melaporkan hartanya itu kerana ianya diperolehi sebelum
berkhidmat dengan kerajaan.

beliau

B perlu melaporkan hartanya itu kepada Pihak Berkuasa Tatatertib sebaik sahaja
dilantik.
C. tidak perlu melaporkan hartanya kerana ianya merupakan harta pusaka.
D. hanya perlu melaporkan hartanya apabila diarah berbuat demikian oleh Pihak
Berkuasa Tatatertib.
9. Encik Rahim seorang Pegawai Tadbir diarah oleh ketua Jabatannya melakukan kerja
di luar Ibu pejabat. Beliau bertolak dari Kuala Lumpur ke Perak dengan menaiki
kenderaan sendiri pada jam 7.30 pagi dan kembali ke Kuala Lumpur pada hari yang
sama di mana beliau sampai di rumahnya jam 10.00 malam. Bagi maksud ini, beliau
layak menuntut
A elaun harian, bayaran tol dan elaun dobi.
B. elaun makan dan elaun perjalanan kenderaan.
C. elaun perjalanan kenderaan, elaun harian dan bayaran tol.
D. elaun perjalanan kenderaan, elaun makan dan bayaran tol.
10. Hukuman-hukuman berikut merupakan hukuman tatatertib kecuali
A. Tahan Kerja.
B. Lucuthak emolumen.
C. Tangguh pergerakan gaji.
D. Buang kerja.

You might also like