You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN SERTING 3

(F)
72120 BANDAR SERI JEMPOL
NEGERI SEMBILAN

KERTAS KERJA
PERMOHONAN SUMBANGAN
KOMPUTER DALAM BILIK DARJAH

DISEDIAKAN OLEH :
PUAN RASYIDAH BINTI MOHD ZAINI
SETIAUSAHA
PIBG SEK KEB SERTING 3 (F)

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU


SEKOLAH KEBANGSAAN SERTING 3 (F)

KERTAS KERJA
MEMOHON SUMBANGAN KOMPUTER DALAM BILIK DARJAH
1.0

NAMA PERSATUAN

Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Sekolah Kebangsaan Serting 3 (F),


Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan.
2.0

NAMA PROJEK/PROGRAM

1K1M (1 Komputer 1 Kelas 1Malaysia)


3.0

TUJUAN KERTAS KERJA

Kertas kerja ini disediakan bagi memohon sumbangan daripada YAB


Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran
Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin bagi memohon
sumbangan kmputer dalam darjah seperti yang dinyatakan di
bawah.
4.0

PENDAHULUAN

Masyarakat Malaysia pada abad ke-21 merupakan masyarakat yang


hidup dalam era globalisasi yang berorientasikan sains dan
teknologi. Penggerak utama kepada kemajuan dan pembaharuan itu
ialah ilmu pengetahuan dan penyebarannya melalui teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT).
Menurut kajian oleh Rodiah Sidin, 2001, kualiti pendidikan negara
akan bertambah baik jika ICT digunakan kerana ia boleh
meninggikan minat dan motivasi untuk belajar, di samping
mempercepatkan proses belajar. Lantaran itu, samada sedar atau
tidak, kemahiran ICT kini telah menukar secara besar-besaran cara
murid menimba, mengguna dan mengedarkan ilmu pengetahuan.
David Dwyer, 1996 (dalam Noraien Mansor, 1999) pula telah
melaporkan dalam kajian beliau bahawa media telah menjadi
penggerak untuk pelajar berfikir dan bermuafakat. Malahan, jika
teknologi digunakan dengan cekap ia dapat meningkatkan prestasi
akademik pelajar.
Berlandaskan dapatan kajian ini, maka lahirlah idea projek 1K1M (1
Komputer 1 Murid) ini bagi mewujudkan pembudayaan ICT di
kalangan warga sekolah khasnya murid-murid..

5.0

MATLAMAT

Melahirkan murid-murid yang mahir dan celik IT dan seterusnya


dapat mengembangkan potensi diri mereka.
6.0

OBJEKTIF

6.1 Melahirkan murid yang celik dan mahir IT dalam sebarang


urusan harian.
6.2 Memanfaatkan sepenuhnya potensi ICT dalam membangkitkan
budaya baharu pembelajaran kendiri murid.
6.3 Mengembangkan potensi individu murid.
6.4 Memberikan akses dan peluang yang lebih terbuka kepada
semua murid dalam penyertaan menjayakan aspirasi kerajaan
dalam bidang ICT.
6.5 Membuka minda murid agar membudayakan ICT dalam
membantu pembelajaran mereka.
6.0

PERINCIAN PROJEK

Asas bagi cadangan projek ini adalah bagi memberikan akses yang
lebih terbuka kepada semua murid dalam ICT khasnya komputer.
Tidak semua murid berkemampuan untuk memiliki komputer di
rumah. Jurang digital ini dapat dirapatkan dengan menyediakan
prasana dan ruang khasnya di sekolah bagi mendapatkan
kemudahan ini.
Memandangkan pembelajaran kendiri berbantukan komputer
banyak membantu pembelajaran murid (Sandholtz, 1997), maka
adalah
wajar
sekurang-kurangnya
sebuah
komputer
ditempatkan dalam
setiap bilik darjah agar murid boleh
menentukan sendiri cara mencapai objektif pembelajaran mereka.
Selain itu, bagi melahirkan murid yang lebih kreatif dan inovatif,
ruang
yang secukupnya wajar diberikan kepada murid untuk
mengembangkan potensi mereka iaitu dengan menyediakan
komputer dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Satu
komputer satu bilik darjah adalah antara cara yang praktikal untuk
diamalkan.
Sebaik sahaja murid mendapat tugasan daripada guru, mereka
bebas mencari dan menghasilkan bahan seperti yang dikehendaki
oleh guru. Kontak masa yang lebih lama kepada komputer dalam
bilik darjah dapat mengembangkan idea dan kreativiti murid dalam
menyelesaikan tugasan mereka.

Murid juga dapat berbincang dan bertukar-tukar fikiran sesama


mereka dalam menghasilkan bahan yang berkualiti, menarik dan di
luar kebiasaan. Secara tidak langsung, daya kreativiti dan imaginasi
murid telah dibina. Dengan ini, benarlah dapatan kajian oleh David
Dwyer, 1996 (dalam Noraien Mansor, 1999) yang menyatakan
bahawa media telah menjadi penggerak untuk pelajar berfikir dan
bermuafakat.
7.0

SUMBANGAN DIPOHON

BI
ITEM
L
1 KOMPUTER PERIBADI
2 MEJA KOMPUTER
8.0

KUANTITI
15 UNIT (15 KELAS)
15 UNIT (15 KELAS)

PENUTUP

Projek 1K1M ini amat wajar dilaksanakan untuk perkembangan


potensi diri murid. Semoga projek ini dapat dilaksanakan untuk
kebaikan murid-murid. Semoga sumbangan YAB Tan Sri dapat
melahirkan anak-anak bangsa bermaklumat dan berilmu yang bakal
menjadi penentu masa hadapan negara kita.

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU


SEKOLAH KEBANGSAAN SERTING 3 (F)

RINGKASAN EKSEKUTIF
INSTITUSI
NAMA
PROJEK/PROGRA
M
JENIS
PROJEK/PROGRA
M

MATLAMAT DAN
OBJEKTIF

SUMBANGAN
DIPOHON

SEKOLAH KEBANGSAAN SERTING 3


(F)
1K1M (1 KOMPUTER 1 KELAS)
SUMBANGAN BAKTI (ICT)
1. MELAHIRKAN MURID YANG CELIK
DAN MAHIR IT DALAM SEBARANG
URUSAN HARIAN.
2. MEMANFAATKAN SEPENUHNYA
POTENSI ICT DALAM
MEMBANGKITKAN BUDAYA BAHARU
PEMBELAJARAN KENDIRI MURID.
3. MENGEMBANGKAN POTENSI
INDIVIDU MURID.
4. MEMBERIKAN AKSES DAN
PELUANG YANG LEBIH TERBUKA
KEPADA SEMUA MURID DALAM
PENYERTAAN MENJAYAKAN
ASPIRASI KERAJAAN DALAM
BIDANG ICT.
5. MEMBUKA MINDA MURID AGAR
MEMBUDAYAKAN ICT DALAM
MEMBANTU PEMBELAJARAN
MEREKA.
1. 15 UNIT SET KOMPUTER
2. 15 SET MEJA KOMPUTER

You might also like